CELAH GELEGAR

CELAH GELEGAR


Lahad Datu: Gambar-Gambar Tragedi

Posted: 01 Mar 2013 06:12 PM PST


  


12 Februari - Kumpulan itu dikenal pasti berpecah di beberapa lokasi di kampung itu iaitu di kawasan sungai bakau kampung itu, sebuah surau di kampung itu dan rumah Ahmad Malandi atau dikenali Mad bon.

14 Februari - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan Malaysia akan melakukan yang terbaik termasuk melalui perundingan, bagi menangani isu pencerobohan tersebut sebelum mengusir mereka keluar dari kawasan itu.


1 Feb - Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, polis telah mengenal pasti kumpulan warga Filipina yang mendarat di pesisir pantai Lahad Datu, Sabah sebagai pewaris berketurunan 'Raja Sulu' dari Selatan Filipina.

Ismail berkata, kumpulan terbabit menuntut mereka dikenali sebagai Askar Diraja Kesultanan Sulu dan mereka tidak mahu rakyatnya berketurunan Sulu dihantar pulang ke negara asal.

Ismail berkata, rundingan dengan pihak bersenjata masih dijalankan bagi mencari jalan penyelesaian yang terbaik tanpa melibatkan pertumpahan darah.

14 Februari - Laporan memetik salah seorang anggota tentera Filipina yang merupakan pengikut setia Raja Muda Sulu, Raja Muda Azzimudie Kiram sebagai berkata kedatangan kumpulan tersebut selepas mendapat jemputan pihak pembangkang untuk membincangkan isu tanah di Sabah.


16 Februari - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan kumpulan tersebut bukan kumpulan militan atau pengganas sebaliknya penyokong kuat 'Kesultanan Sulu' dan menegaskan situasi di Kampung Tanduo adalah terkawal.

Kumpulan itu yang mahu dikenali sebagai 'Askar Diraja Kesultanan Sulu'antara lain menuntut Sabah dikembalikan ke wilayah kesultanan Sulu, kerana sebelum ia diambil British ia di bawah kerajaan Sulu.

18 Februari - Hishammuddin berkata, kerajaan Malaysia dan Filipina sentiasabekerja rapat dalam menyelesaikan konflik ini dan memberitahu ia akan dilakukan secara diplomasi tanpa sebarang pertumpahan darah.

24 Februari - Kerajaan Filipina menghantar sebuah kapal dalam misi kemanusiaan untuk membawa pulang kumpulan 180 anggota termasuk 30 pengawal bersenjata yang bertahan di Lahad Datu, Sabah sejak 12 Februari lalu.



26 Februari - Tempoh pengusiran mereka tamat namun rundingan masih dijalankan terhadap kumpulan penceroboh itu.

28 Februari - Kerajaan Malaysia digesa mengadakan rundingan secara terus dengan Sultan Jamalul Kiram III di Manila untuk menamatkan konflik perebutan kawasan di Lahad Datu, Sabah yang berlanjutan selama lebih tiga minggu.

Gesaan tersebut disuarakan adik bongsu Jamalul, Agbimuddin Kiram yang menegaskan hanya abangnya boleh mengarahkan kira-kira 180 'tentera diraja' meninggalkan Felda Sahabat 17, Lahad Datu.

1 Mac - Pertempuran tercetus antara pasukan keselamatan dan sekumpulan kecil kumpulan penceroboh ketika kumpulan terbabit cuba keluar daripada kepungan polis di Kampung Tanduo, menyebabkan dua anggota pasukan keselamatan terkorban serta tiga lagi cedera.





Lahad Datu: Anwar Mula Sambung Lakonan Ikut Skrip Bersama Tian Chua

Posted: 01 Mar 2013 06:46 AM PST

SHAH ALAM – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan menteri yang bertanggungjawab menjaga urusan keselamatan dan pertahanan menjelaskan kepada rakyat tentang kejadian berdarah di Lahad Datu pagi tadi.

Anwar dalam satu kenyataan hari ini turut mempersoalkan bagaimana sempadan negara begitu mudah boleh dibolosi oleh sekumpulan warga asing bersenjata.

"Mengapakah kerajaan begitu berkompromi dalam menyelesaikan isu ini?

"Isu keselamatan negara tidak sewajarnya dipandang remeh dan diambil mudah oleh pihak kerajaan. Rakyat perlu diberi maklumat mengenai apa yang berlaku," katanya.


Hari ini dilaporkan 2 orang anggota komando polis Malaysia dan 12 orang tentera Sulu terbunuh dalam kejadian berbalas tembakan.


Yang terkorban dari kedua-dua belah pihak adalam umat Islam, tapi siapa yang mula tersenyum lebar dengan berita ini?? jawapannya; ANWAR IBRAHIM kerana menyedari cita2 politiknya untuk menspekulasikan isu bagi menambah bilangan undi PRU13 di Sabah semakin menampakkan hasil.

Menurut laporan portal berita Filipina, Anwar Ibrahim telah menghantar wakilnya, seorang ahli politik Sabah menemui Sultan Sulu sebelum insiden pencerobohan di Lahad datu berlaku. Dengan bukti ini berkemungkinan besar pencerobohan di Timur Sabah itu adalah idea Anwar Ibrahim.

Ahli politik pembangkang sudah mula mempolitikkan kematian 2 anggota PDRM dengan mengaitkan sebagai sandiwara pihak kerajaan/BN, ada juga yang menyalahkan kerajaan/BN atas kematian tersebut sedangkan semua pihak sudah mencuba segala yang terbaik untuk menyelesaikannya secara diplomasi. - 1peluru.com


Sabah politician allied with Anwar met Sulu Sultan before Lahad Datu standoff

Ikuti pendedahan oleh portal berita Filipina, inquirer.net mengenai penglibatan ahli politik dari Sabah yang mempunyai kaitan dengan Anwar Ibrahim dalam insiden pencerobohan ini... 

Sultan Jamalul Kiram III and his followers.
MANILA: A Malaysian Opposition politician allied with Datuk Seri Anwar Ibrahim is believed to have met with the Sulu Sultan late last year and gave the Opposition's support to the Kirams' claim to Sabah, a Philippine intelligence source revealed.
In a special report by the Philippine Inquirer, the intelligence officer said that one member of the Malaysian political opposition allied with Anwar Ibrahim was running for a post in Sabah.
"Apparently, this politician was one of those who spoke with the Kirams. He supposedly gave the Opposition's support to the Kirams' claim to Sabah," the source said.
The source also believed that in their meeting in November last year, the Kirams decided to "reclaim Sabah or at least ask for a compensation for Sabah that is commensurate to the land's value today, and for the royal family to be given due recognition by Malaysia."
According to the Philippine Inquirer, the intelligence sources consistently mentioned three groups that appear to have taken advantage of the decision of the Kirams to pursue their Sabah claim.
"These are groups that wanted to ride on the Kirams' pursuit with their own interests in mind," one of the sources said.
Another source added: "There are a lot who can gain from this, not just in the Philippines but in Malaysia as well."
These "external factors," as an Inquirer source described the groups, are one small faction that is in it for the money, an anti-Aquino administration group, and the Malaysian political Opposition.
"The Kirams planned to pursue their claim as early as last year. But they went to Lahad Datu also on the instigation of these groups," the intelligence officer said.
The small group supposedly goaded the Kirams to ask Malaysia for a higher rent on Sabah. If Malaysia gives in, this small group would allegedly have a share of the increase.
The anti-administration group simply wants to discredit President Aquino and is using the peace process as a cause of disenchantment for the Kirams.
"All those who do not like P-Noy (the President's nickname) have joined forces. This is one way to really test how this administration will react (to such an issue). Whatever happens in Malaysia, there will be a backlash on us," one source said.
"In a way, whoever wants to disrupt the peace process or the gains of President Aquino has already won," the source added.
The third group is allegedly the Malaysian political Opposition, which is gearing up for general elections that may be called before June.
Whether the heirs of the sultanate of Sulu acted on their own to reclaim Sabah or were instigated by an external force to do so, one thing is certain, according to government intelligence sources: It was a business that proved too big for the heirs to handle on their own, the Philippine Inquirer reported.
The sources said that the Philippine government's policy on Sabah is to keep it in the back burner.
But apparently "some people" want to push it forward now. And why now, at this time, is one of the questions government intelligence is looking into.
It is being Tausug that is keeping Sultan Jamalul Kiram III, his family, and their subjects stubbornly pressing their renewed claim to Sabah, even to the extent of defying President Aquino, one of the Inquirer sources said.
"This is the last stand of Sultan Jamalul. Being Tausug, they already gave their word they would pursue their claim. This is now do or die for them just to keep their word of honour," the source, a senior military officer, told the Inquirer.
The source said the Kirams decided to unite because they felt left out of the peace negotiations between the Aquino administration and the Moro Islamic Liberation Front, which signed a premilinary peace deal last October.
"The Kirams wanted to get the attention of the Philippine government," the source said.
"For so many years, the family felt they have been exploited in politics. Sultan Jamalul was goaded to run for senator in 2010 but he lost. Then their letter to President Aquino (in 2010 before he assumed office) got lost," the source said.
The source said the Kirams and their followers "conceived the details of the plan to go to Lahad Datu" in late January this year.
"In February, a small group of the Kirams' followers left for Lahad Datu, followed by Raja Muda Agbimuddin," the source said.
The estimated 70 firearms now in the hands of the group holed up in Tanduao are owned by residents in Lahad Datu, Tausug and Badjao holding Malaysian identification cards, the source said.
Malaysian security forces have encircled Agbimuddin's group but are holding action, with the grace period for the group to leave having been extended three times and a fourth being requested by the Philippine government.
Malaysians careful
The Inquirer's military source said the impasse continues because the Malaysians are extra careful in dealing with Agbimmudin's group.
"They are all Muslims and they know that if there is violence, it would go on forever. There are 800,000 Filipinos in Sabah. It would be a huge problem in Sabah if violence erupts. The Malaysian security forces may end up dealing with guerrillas or a rido," the source said, using a Muslim term for clan war. - http://newsinfo.inquirer.net

Lahad Datu: PM Sahkan Dua Komando Terbunuh, Kesal Pertumpahan Darah

Posted: 01 Mar 2013 06:04 AM PST

PEKAN: Perdana Menteri mengesahkan dua anggota keselamatan terbunuh dan tiga yang lain cedera dalam pertembungan antara pasukan keselamatan Malaysia dan kumpulan bersenjata di kampung Tanduo berhampiran Lahad Datu, Sabah.

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kumpulan bersenjata Filipina telah keluar sejauh 1.5 kilometer dari kawasan berkurung mereka dan melepaskan tembakan kepada pasukan keselamatan Malaysia.

"Saya amat sedih atas kejadian itu kerana apa yang kita mahu untuk elakkan, iaitu pertumpahan darah, sebenarnya telah berlaku.

"Sekarang tidak ada tempoh lagi bagi kumpulan itu untuk pergi.

"Saya telah memberi mandat penuh kepada komander bertugas, iaitu Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Tan Sri Zulkefli Mohd Zin untuk mengambil tindakan yang difikirkan perlu," katanya.

Sementara itu, di Lahad Datu, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib memberitahu pemberita bahawa 12 lelaki bersenjata Sulu terbunuh dalam pertembungan antara anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) dan kumpulan bersenjata Sulu.

Bilangan yang cedera di kalangan kumpulan Sulu tidak diketahui.

Pada sidang media pada pukul 6 petang, Hamza berkata, pertelingkahan bermula pada 9.59 pagi Jumaat dan selepas 30 minit kemudian lima anggota elit PGA elit bergerak untul mengawal ketat sekitar kampung Tanduo di mana terdapat kira-kira 180 orang termasuk 30 lelaki bersenjata Sulu yang diketuai oleh Rajah Mudah Azzimudie Kiram yang menceroboh kawasan itu sejak 9 Februari.

"Anggota kami cedera apabila beberapa penceroboh menembak mereka, memaksa pihak kami untuk melepaskan tembakan," katanya sambil menambah bahawa pasukan keselamatan kini mengawal kawasan itu dalam radius 10 kilometer persegi.

Beliau berkata, polis berjaya mendapatkan beberapa senjata milik kumpulan Sulu.
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...