UMNO Online - “Pakatan VS Majlis Syura, Mana Satu Keutamaan Pas?” plus 9 more

UMNO Online - “Pakatan VS Majlis Syura, Mana Satu Keutamaan Pas?” plus 9 more

Link to UMNO Online

Pakatan VS Majlis Syura, Mana Satu Keutamaan Pas?

Posted: 14 Feb 2013 03:13 AM PST

Beria-ia benar Pas melalui Ketua Dewan Ulamanya, Datuk Harun Taib mahu membuktikan kepada umum bahawa parti itu lebih mengutamakan keputusan Majlis Syura Ulama Pas sama ada dalam isu kalimah Allah s.w.t mahupun berkenaan isu terbaru mengenai siapa yang layak menjadi Perdana Menteri sekiranyaa PR menang PRU 13.

Dalam kenyataan terbarunya, Harun Taib berkata siapa sahaja tidak berhak campur tangan hal ehwal dalaman Pas khususnya membabitkan Majlis Syura termasuklah DAP, sekalipun parti cauvinis Cina itu dan Pas berada dalam gabungan rapuh, PR.

Itu respons rasmi Pas terhadap kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang bangkit menegaskan bahawa bakal PM dari PR tetap Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim dan segala cakap-cakap mengenai bangkangan dari Majlis Syura Pas hanyalah spekulasi murahan sahaja.

Kenyataan Karpal itu memang menghina kedudukan Majlis Syura Ulama Pas di mata umum, tapi sudah hakikatnya sebegitu. Pas sebenarnya sedang tersepit di antara prinsip bersama PR dan dasar Majlis Syura Ulama Pas, mana satu yang wajib menjadi keutamaan.

Pilihan yang rumit, tapi sebetulnya tidaklah sesukar mana untuk diputuskan sekiranya Pas memiliki jati diri dan berpegang teguh pada dasar perjuangannya yang asal.

Apa yang diperkatakan oleh Karpal ada merit dan ada kewajarannya memandangkan sekian lama sudah menjadi pengetahuan umum, Anwar adalah calon rasmi sebagai PM sekiranya PR berjaya mengalahkan BN. Dan patutnya tiada sebab untuk Pas membangkangnya, hatta Majlis Syura Ulama Pas juga tidak layak untuk menidakkan keputusan muktamad PR itu.

Tapi bukan juga satu rahsia pun, bukan sahaja di kalangan ahli Majlis Syura Ulama Pas malah sesetengah pemimpin Pas yang lain juga kurang bersetuju dengan keputusan meletakkan Anwar sebagai calon PM. Ini bukan masalah baru sementelah lagi desakan demi desakan di peringkat akar umbi lebih serasi untuk melihat Presiden Pas, Abdul Hadi Awang yang dicalonkan sebagai PM.

Namun demikian, pada siapa Pas mahu menipu, walhal umum mengetahui status Pas dalam PR hanyalah sekadar balaci yang tidak mempunyai prinsip dan jati diri yang teguh, melainkan terbukti sering kali tunduk pada kemahuan DAP yang mendominasi arah tuju gabungan pembangkang itu.

Pas berlakon sehebat mana pun, hakikatnya Pas adalah sebahagian dari PR. Ke kiri PR menongkah arus, ke kirilah tempiasnya pada Pas. Ke kanan PR mengiring, ke kananlah Pas turut sama di badai ombak. Lainlah jika Pas yang mendominasi PR maka tentunya senario akan berbeza, tapi kemungkinan ini amat-amat mustahil berlaku.

Dah namanya hidup sepakatan dan sudah sekian lama berjanji membawa bahtera PR mengikut hala tuju sebagaimana diputuskan secara rasmi, maka wajiblah Pas patuh dan wala’ pada persetujuan yang telah dibuat. Suka atau tidak, Pas perlu mengikut sahaja selagi parti itu kekal dalam PR.

Sebagaimana dalam isu kalimah Allah s.w.t di mana PR tetap kekal dengan keputusan bersama yang sebulat suara dicapai di antara DAP, PKR dan Pas sekalipun selepas itu Pas kelihatan seperti mahu mengikut kehendak Majlis Syura Ulamanya, namun hingga kini PR secara rasmi menyokong penggunaan kalimah Allah s.w.t untuk dinukilkan dalam kitab Bible.

Itu sudah lebih dari cukup membuktikan Pas kekal sebagai balaci dan Majlis Syura Ulama Pas pula tidak lebih sekadar tin kosong yang diketuk bertalu-talu untuk mengalih pandangan ahli dan penyokong Pas dari menyedari hakikat kedudukan sebenar Pas dalam PR.

Kini bila timbul semula isu siapa yang layak menjadi PM di kalangan pemimpin utama PR, pusing kot mana pun sudah muktamad bagi PR hanya Anwar Ibrahim sahaja yang layak.

Baik Harun mahupun Pas sendiri buat apa nak peningkan kepala marah-marahkan Karpal Singh atau mana-mana pemimpin DAP sekali pun, tiada gunanya. Karpal ada hak untuk mengkritik Pas selagi mana Pas kekal dalam PR.

Sekiranya Pas benar-benar mahu memartabatkan kembali peranan Majlis Syura Ulama yang kononnya adalah tunjang kekuatan parti itu, seeloknya sudah lama Pas keluar dari PR sebagai bukti parti itu mengutamakan Majlis Syura Ulamanya.

BieBi Kuala Lumpur

‘Janji Sebelum Kahwin Pembangkang’ Tidak Mampu Tipu Rakyat Perlis

Posted: 14 Feb 2013 03:02 AM PST

KANGAR 14 Feb – Barisan Nasional (BN)  Perlis melihat  'janji sebelum kahwin' oleh pembangkang tidak mampu untuk menarik sokongan rakyat negeri berkenaan yang lebih memahami serta menaruh keyakinan terhadap kerajaan yang ada hari ini.

Pengerusinya, Datuk Seri Mohd Isa Sabu berkata rakyat negeri itu telah dapat melihat bagaimana 'janji bulan dan janji bintang' yang hanya sekadar indah dan manis semata-mata dan bukannya dilaksanakan.

Menurut beliau berbanding dengan BN yang dipimpin oleh Datuk Seri Najib, ianya mencakupi serta menyeluruh dengan melihat kepada kepentingan dan kebajikan rakyat yang memerlukan.

"Polisi kita janji ditepati……kita buat janji apa yang boleh ditunaikan. Kita tidak janji cat langit.. kita tidak janji keringkan laut sebaliknya kita janjikan apa yang boleh dan kita mampu laksanakan untuk kepentingan rakyat.

"Kalau tengok negeri yang diperintah oleh pembangkang janji mereka ini umpama janji sebelum kahwin. Janji semasa bercinta ini kadangkala  lain. Sebab itulah kita tengok janji bantuan ibu tunggal yang tidak ditunaikan dan bermacam-mamacam lagi. Kita tak janji benda ini tetapi kita buat…. contoh terdekat Datuk Seri  Najib buat  BRIM dan sebagainya. Kita tengok kemampuan kita," katanya dalam wawancara bersama UMNO-Online.

Beliau yang juga Menteri Besar Perlis seterusnya menambah BN tidak berlandaskan isu dan kerja-kerja politik semata-mata sebaliknya menyelami masalah rakyat.

"Kita di Perlis ini mesra rakyat yang mana berasaskan kepada apa yang telah diterapkan oleh pucuk pimpinan parti yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib yang dekat dengan rakyat.

"Begitulah juga kita di Perlis ini…cumanya disesuaikan dengan keadaan serta senario setempat atau dengan kata lainnya dengan keadaan tempatan….Contohnya keduri kahwin, orang sakit, orang yang memerlukan bantuan kita itulah yang kita utamakan kerana kita berkhidmat  untuk mereka.

"Kita dalam BN tidak hidup atas isu tetapi menyelami masalah rakyat dan selesaikan serta mendampingi mereka. Kita ambil contoh kalau kos sara hidup meningkat kerajaan buat BR1M dan juga yang kurang kemampuan..Bantuan untuk anak sekolah menerusi bantuan awal persekolahan… terbaru untuk  anak-anak muda yang tidak ada lesen  kerajaan  buat Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M)” katanya.

Sambil menyatakan komitmennya BN Perlis akan merampas kembali dua kerusi DUN yang dimenangi oleh pembangkang pada pilihan raya umum lalu, beliau seterusnya mengajak rakyat bukan sahaja di negeri itu malah seluruh negara untuk memberikan kepercayaan kepada BN.

"Apa pun sewajarnya kita mesti pertahankan dan terus menyokong mana-mana pihak yang membela rakyat. BN sebuah parti yang peka dan memberikan tumpuan kebajikan rakyat.Kita seharusnya beri penuh keyakinan. Jadi yang inilah kita perlu buat. Sejak merdeka, BN yang dulunya Perikatan mampu menjaga rakyat negara ini dengan aman damai.

"Pelbagai subsidi telah diberikan oleh kerajaan…nak memasak pun ada subsidi…bahan nak masak pun ada subsidi..nak 'travel' pun ada subsidi. Itu tidak dikira benda yang 'free' yang dibayar oleh kerajaan. yuran sekolah, perubatan  dan sebagainya lagi. Semua ini untuk apa…bukankah semuanya untuk rakyat," kata beliau. -MediaUMNO

Sabah CM Shoots Down Opposition Parties’s Claims

Posted: 14 Feb 2013 02:58 AM PST

BEAUFORT, Feb 14  - Chief Minister Datuk Seri Musa Aman shot down claims by opposition parties here that the Barisan Nasional (BN) government had failed to spur Sabah’s progress or allocate funds to the state.

He pointed to the substantial federal government allocation of RM23.2 billion for the state’s development, via the 10th Malaysia Plan, including RM7 billion last year for education, health and various development projects.

“This is testimony to the BN’s commitment to ensure that the people in Sabah, including residents here, would also enjoy progress in line with the country’s development,” he said, in conjunction with Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak’s visit here today.

At the gathering attended by about 20,000 people from all walks of life, Musa said it was pertinent to reject the opposition and choose the BN government to allow the latter to continue the nation’s development agenda.

On the Beaufort parliamentary seat currently held by Datuk Seri Lajim Ukin, who in July resigned from all his posts in Umno, he said the former party divisional chief had represented the people for 28 years and it was time for him to step down.

He said, people in the state, including Beaufort, would wisely favour BN candidates in the next general election to fight for their interests.

Belum Tentu Menang Sudah Berbalah Isu Jawatan PM Sesuatu Yang Memalukan

Posted: 14 Feb 2013 02:46 AM PST

KUALA LUMPUR, 14 Feb – Bekas Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang, Hafiz Nordin membidas kemelut perebutan jawatan Perdana Menteri antara ketiga-tiga parti di dalam Pakatan Pembangkang yang dianggap sesuatu yang amat memalukan ahli dan penyokong Pakatan Pembangkang dan sangat jelas memperlihatkan kedangkalan kepimpinan gabungan parti tersebut dalam soal pemilihan pemimpin.

Menurut beliau, polemik tentang jawatan PM ini merupakan satu bukti betapa singkatnya pemikiran kepimpinan Pakatan Pembangkang sekaligus memperlihatkan bahawa perjuangan Pakatan bukanlah untuk rakyat, sebaliknya untuk kepentingan politik dan agenda peribadi dan parti tertentu.

"Saya sebagai ahli Pakatan Pembangkang merasa amat malu bila lihat pemimpin Pakatan  tidak habis-habis berbalah siapa mahu jadi PM sehingga jadi isu antara mereka sendiri. Sepatutnya mereka ini tumpu untuk menang pilihanraya dulu, barulah fikir siapa yang layak untuk jawatan itu.

"Ini pilihanraya pun belum tentu menang, sudah kalut berkelahi siapa nak jadi PM. Nampak sangat kepimpinan Pakatan sudah mula tamak dan berebut jawatan, terutamanya DAP. Saya sebagai ahli merasa kecewa dengan sikap kepimpinan yang separuh masak tetapi bercita-cita tinggi untuk mentadbir negara," tegas beliau kepada UMNO Online di sini hari ini.

Tambah beliau lagi, jika mahu dibandingkan dengan Barisan Nasional (BN) yang sudah memerintah lebih 55 tahun, isu siapa yang patut menjadi PM tidak pernah timbul dan ini membuktikan bahawa kepimpinan parti-parti komponen di dalam BN lebih bijak bermuafakat dan menjadikan agenda nasional lebih utama daripada kepentingan politik parti masing-masing.

"Selama 55 tahun BN memerintah, isu seperti ini tak pernah timbul. Tapi Pakatan, belum pun tentu menang pilihanraya akan datang nanti, mereka sudah mula berbalah siapa yang patut jadi PM. Inilah bezanya antara kematangan BN dan kedangkalan Pakatan.

"Bagi pendapat saya, Pakatan memang tak layak jadi pemerintah. Mereka tidak ada calon yang berpengalaman. Katakanlah jawatan PM ada calon, tapi bagaimana pula jawatan-jawatan lain, seperti timbalan dan sebagainya? Siapakah pemimpin yang benar-benar layak dan berpengalaman untuk pegang jawatan itu dalam Pakatan,?" soalnya.

Jelasnya lagi,hakikatnya  Pakatan Pembangkang sebenarnya amat ketandusan pemimpin yang berpengalaman dan berkalibaer untuk mentadbir negara.

"Saya yakin rakyat boleh menilai sendiri siapa diantara kepimpinan Pakatan Pembangkang yang layak dan berpengalaman untuk mentadbir. Macam Karpal, biarpun dia seorang ahli politik veteran, tetapi kadang-kadang sikapnya dan pendapatnya seperti budak-budak.

"Datuk Seri Haji Hadi sendiri pun tidak punya pengalaman tadbir negara, cuma ada pengalaman jadi MB saja. Itu pun tak lama, sepenggal saja. Mungkin Anwar sajalah yang dilihat ada pengalaman. Tapi rasa malulah sikit, sebab pengalaman mentadbir yang Anwar ada pun bukannya dikutip dalam Pakatan, sebaliknya semasa dia memegang jawatan dalam UMNO.

“Jadi, saya tidak nampak ada pemimpin dalam Pakatan yang benar-benar layak dan berpengalaman untuk tadbir negara. Sebab itu saya tegaskan, Pakatan Pembangkang hari ini tidak layak lagi untuk memerintah negara," ujarnya. -MediaUMNO

Khalid Tak Mampu Lagi Bertahan Asakan Rakyat Tuntut Janji

Posted: 14 Feb 2013 02:39 AM PST

SEPANG, 14 Feb – Tindakan  Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang secara kelam kabut mahu membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor lebih awal iaitu pada 26 Februari ini disifatkan sebagai cuba lari dari tekanan selepas menyaksikan asakan kebangkitan rakyat menuntut janji yang ditaburkan pada pilihanraya umum lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Sepat, Datuk Dr Karim Mansor berkata tindakan Khalid itu sememangnya pelik kerana sebelum ini beliau juga menyatakan bahawa DUN Selangor tidak akan bubar hingga cukup tempoh lima tahun mandat yang diberikan.

Tetapi kini jelas Dr Karim apabila sudah hampir tempoh, tiba-tiba  pula Khalid mengumumkan untuk membubarkan DUN Selangor lebih awal.

"Hakikatnya jika kita lihat rentetan yang membuatkan dia (Khalid Ibrahim) mahu bubarkan DUN lebih awal adalah kerana semakin ramai rakyat bangkit untuk mengasak Kerajaan Selangor menunaikan janji-janji yang ditaburkan pada pilihanraya umum lalu.  Sebagai contoh janji untuk elaun ibu tunggal, pesara-pesara, janji air percuma kepada rakyat Selangor dan sebagainya.

"Rakyat Selangor bangkit tuntut hak mereka.  Akibat tidak mampu berdepan menahan asakan inilah yang membuatkan Khalid tergesa-gesa mahu membubarkan DUN segera.  Dia sebenarnya tak mampu lagi tunai tanggunggjawab dan berdepan dengan rakyat," ujarnya dalam satu pertemuan eksklusif bersama UMNO-Online mengulas isu-isu semasa negeri Selangor dan persiapan jentera BN di Parlimen Sepang.

Tegas Dr Karim lagi akibat janji-janji yang tidak tertunai itu, rakyat mula bangkit menuntut hak dengan membawa kes janji-janji yang tidak tertunai ke mahkamah, contohnya kumpulan ibu tunggal serta kumpulan yang menuntut air percuma seperti yang dijanjikan dalam PRU12 yang lalu.

Terkini tambah beliau lagi dimaklumkan bahawa kumpulan warga emas dan kumpulan ibu-bapa yang menuntut bantuan pendidikan prasekolah serta saman berhubung caruman takaful yang dijanjikan kepada warga emas.

"Nak tolak kat mahkamah, mahkamah tolak pula permohonan mereka (kerajaan negeri). Kalau ditunggu lebih lama, macam-macam benda yang boleh berlaku, makin banyak saman, saya fikir makin banyak beban dia nak menjawab kepada rakyat.

"Janji manis mereka dulu kini menjadi beban kepada kerajaan pakatan pembangkang di negeri ini sehingga membuatkan Khalid selaku Menteri Besar menyatakan manifesto bukan janji. Kalau macam tu senanglah, dalam pilihanraya akan datang, tulis apa sahajalah manifesto, dah menang, dah jadi kerajaan kata itu manifesto sahaja bukan janji," ujarnya yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian Sepang. -MediaUMNO

Isu Keluarga Dan Wanita Diberi Bab Khusus Dalam Manifesto BN – Shahrizat

Posted: 14 Feb 2013 02:15 AM PST

KUALA LUMPUR 14 Feb – Institusi keluarga dan wanita di negara ini mendapat perhatian Barisan Nasional (BN) apabila turut diberi bab khusus untuk golongan berkenaan dalam manifesto parti pada pilihan raya kali ini.

Ketua Wanita BN, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak telah bersetuju mengenai perkara itu dan akan diumumkan ketika pelancaran manisfesto itu nanti.

"Saya rasa amat gembira sekali kerana wanita kita minta kepada Datuk Seri Najib supaya ada bab khusus untuk wanita dan keluarga dan Datuk Seri Najib setuju, kerana pembangunan keluarga dan wanita amat mustahak.

"Bukan hanya kerana  wanita itu sebahagian daripada pengundi, tetapi wanita juga menjadi rakan kongsi kepada kaum bapa dalam pembangunan keluarga kepada negara, jadi akan ada bab khas dalam manifesto Barisan Nasional," katanya selepas mempegerusikan mesyuarat Exco Wanita di sini, hari ini.

Sementara itu Shahrizat turut menyatakan kesiap siaga Wanita BN untuk menghadapi pilihan raya bagi memastikan kemenangan dua pertiga Barisan Nasional bukan sahaja di peringkat parlimen  malah menawan negeri yang kini di perintah pembangkang.

"Saya nak maklumkan Wanita BN dalam keadaan bersiap siaga, bila-bila masa sahaja, wanita akan menjadi benteng utama kepada kejayaan Barisan Nasional.

"Saya nak maklumkan kekuatan Barisan Nasional terletak di akar umbinya, kekuatan Wanita BN seperti akar, akar yang kukuh di akar umbi, mereka membawa visi dan misi Presiden UMNO merangkap Pengerusi BN kepada rakyat dan pengundi," katanya.

Sehubungan itu, Wanita BN juga akan mengerakkan Gelombang Biru Jalinan Rakyat Wanita BN di seluruh negara di setiap parlimen dan ia juga petunjuk bahawa ramai rakyat sebenarnya yang menyokong Barisan Nasional. -MediaUMNO

Rakyat Beaufort Teruja Kehadiran PM

Posted: 14 Feb 2013 12:50 AM PST

BEAUFORT 14 Feb – Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke  Beaufort  untuk menghadiri majlis pemimpin bersama rakyat dianggap sebagai perangsang dan penghargaan kepada rakyat di sana,

Ketua Penerangan Barisan Nasional Sabah,  Datuk Haji Sapawi Ahmad berkata mesej yang disampaikan Perdana Menteri Najib pada perhimpunan raksaksa  kali ini boleh   menaikkan semangat rakyat tempatan yang hadir pada majlis itu sesuai dengan situasi untuk berhadapan dengan pilihan raya umum ke 13.

” Sesuai dengan setuasi kita berhadapan dengan pilihanraya umum ke 13 ini, diharapkan  majlis ini menjadi medan terbaik baik rakyat  untuk mendengar amanat dari Perdana Menteri.

"Rakyat juga ia juga dapat informasi serta penjelasan dari Perdana Menteri mengenai dasar serta program tranformasi kerajaan yang telah dan akan dilaksanakan untuk kepentingan rakyat serta menangkis dakyah dan isu yang sering dimanipulasikan oleh pembangkang, ” katanya.

Sementara itu, Ketua Puteri UMNO Beaufort,  Saridah Datuk Mohd Dun melahirkan rasa teruja dan bangganya sebagai anak jati Beaufort kerana Perdana Menteri memilih daerah itu sebagai salah satu lokasi program lawatan pada kali ini.

” Pada kami sebagai anggota puteri dan genarasi muda sudah tentu kunjungan Pemimpin nombor satu negara ini memberikan impak yang cukup bermakna, ia memberikan dorongan serta semangat untuk kami bekerja menghadapi pilihan raya,"

Manakala Pemuda UMNO Beaufort, Mohd Ishak Ibrahim berkata kehadiran Perdanan Menteri memberi ruang kepada rakyat mendapat gambaran sebenar terhadap apa yang sering dilemparkan pembangkang kepada Barisan Nasional.

“Terdapat terlalu banyak tuduhan liar dan tidak ada orang yang lebih baik untuk menerangkan semua ini selain Perdana Menteri sendiri, dan sudah tentu rakyat khususnya di kawasan ini akan memanfaatkan majlis ini” katanya.

Anwar As DPM Was Unsympathetic Towards Sabahans – Najib

Posted: 14 Feb 2013 12:34 AM PST

PAPAR, Feb 14  - Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak today said that opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim was never sympathetic towards the people of Sabah when he (Anwar) was deputy prime minister.

“Now he puts on a sad face, trying to show that he sympathises with Sabah which purportedly does not receive enough allocations,” he said.

Najib hoped the people would not fall for the empty promises made by the opposition which, he said, was only good at talking and pretending to be sympathetic towards the ‘rakyat’, especially in Sabah.

“They (opposition leaders) have different dreams …that is why they cannot guarantee a more secure future for the people,” he said at a gathering with  people in the Papar parliamentary constituency, here.

The prime minister said the people should be wise in choosing a government with the power and capability to fulfil the promises made to them.

“We (Barisan Nasional) will always carry out transformation towards something positive or better for the people’s own future.

“We don’t want an uncertain future and to do things that will be questioned by the people,” he said.

NGO Desak Pulau Pinang Kaji Harga Siling Rumah Mampu Milik

Posted: 14 Feb 2013 12:30 AM PST

GEORGE TOWN, 14 Feb –  Kerajaan Pulau Pinang hari ini didesak untuk mengkaji semula harga siling RM400,000 yang ditetapkan bagi unit rumah mampu milik berkeluasan 1,000 kaki persegi yang dirancang dibina di Jalan S.P Chelliah, di sini.

Presiden Persatuan Kebajikan Insan Mulia (PKIM), Aminah Abdullah berkata tanah seluas 2.83 hektar milik Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) itu seharusnya diperuntukkan untuk orang ramai dengan membina rumah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) dan rumah mampu milik berharga bawah RM100,000.

“Memang tak mampu kita beli. Penduduk di sini pun bukan semua orang senang. Yang kerajaan negeri kata nak buat rumah berharga RM72,000 untuk rumah kos rendah di sini saya tak setuju juga, sebab parking lot kena bayar lain sebanyak RM28,000. Kalau kita tambah dah jadi RM100,000…kita tetap tak mampu beli juga.

“Kalau kerajaan negeri nak buat bisnes pergi la cari tempat lain. Jangan guna tanah kerajaan. Depa sebagai pemerintah kena tengok (kemampuan) rakyat,” katanya kepada pemberita di sini, Khamis.

Bulan lepas, Ketua Menteri Lim Guan Eng mengumumkan kerajaan negeri menetapkan harga siling RM400,000 bagi unit rumah mampu milik berkeluasan 1,000 kaki persegi yang dirancang dibina di Jalan S.P Chelliah dan RM250,000 bagi rumah mampu milik di Bandar Cassia, Batu Kawan.

Aminah berkata sebanyak 770 unit rumah kos rendah berkeluasan 700 kaki persegi berharga RM72,500 dicadang dibina di tanah tersebut selain 468 unit rumah sederhana rendah berharga di antara RM200,000 dan RM300,000 berserta 82 unit rumah mampu milik berharga RM400,000.

Beliau berkata kerajaan negeri perlu mengkaji semula penetapan harga siling itu bagi mengelakkan lebih ramai penduduk di negeri ini berpindah ke tanah besar, Kulim dan Sungai Petani.

Aminah yang juga bekas Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat negeri berkata kerajaan negeri juga seharusnya memberi keutamaan kepada golongan kurang berkemampuan untuk memiliki rumah selepas projek pembangunan perumahan di tanah berkenaan siap kelak.

Timbalan Pengerusi SPR Dakwa Difitnah Mat Sabu

Posted: 14 Feb 2013 12:28 AM PST

SHAH ALAM, 14 Feb –  Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar mahu menyaman Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu dan empat yang lain berhubung satu artikel mengenai beliau yang didakwa berunsur fitnah yang diterbitkan dalam lidah rasmi Pas, Harakahdaily.

Beliau berkata perkara itu dibuat setelah kelima-lima individu terbabit masih belum memberi maklum balas terhadap notis tuntutan bertarikh 7 Februari lepas yang dihantar kepada mereka walaupun tempoh untuk berbuat demikian tamat esok.

“Empat lagi pihak ialah Pas, pencetak akhbar Harakah, Angkatan Edaran Sdn Bhd, Ketua Pengarang Harakah, Lutfi Othman dan penulis artikel, Aziz Muda,” katanya pada sidang akhbar di kediamannya di sini, Khamis.

Dalam satu laporan bertajuk “Wan Ahmad tak boleh dipercayai” bertarikh 1-3 Februari lepas, Mohamad Sabu dilaporkan mendesak Wan Ahmad meletak jawatannya segera bagi memulihkan keyakinan rakyat terhadap SPR kerana mendakwa beliau seorang pemimpin yang tidak boleh dipercayai.

Dalam laporan itu, Mohamad Sabu antara lain mendakwa Wan Ahmad memainkan peranan bersama beberapa individu lain yang memberi kerakyatan kepada warga asing menerusi apa yang didakwanya sebagai “Projek IC” di Sabah untuk memenangkan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya.

Mengulas lanjut, Wan Ahmad berkata segala tuduhan yang dibuat menerusi laporan berita itu tidak berasas dan serius serta berniat jahat untuk memburuk dan merosakkan reputasi dan imejnya.

Katanya ia antara lain juga bertujuan untuk menjatuhkan dan merendahkan maruah dan kredibilitinya selaku Timbalan Pengerusi SPR yang mempunyai imej awam yang baik dan merupakan suatu badan bebas.

Beliau berkata susulan laporan berita itu, banyak pengikut media alternatif dan blog membuat komen dan pandangan berunsur fitnah terhadap beliau.

Mengulas lanjut, Wan Ahmad menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Mohamad Sabu bahawa beliau pernah terlibat dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam memberi kerakyatan kepada warga asing di Sabah untuk memenangkan BN dalam pilihan raya.

Katanya, beliau bertugas sebagai Menteri Penasihat di Kedutaan Malaysia di Washington DC, Amerika Syarikat ketika tempoh yang dimaksudkan itu dan “kenyataan itu jelas memberi tafsiran kononnya saya mendalangi konspirasi jahat memenangkan BN dalam pilihan raya itu.”

“Saya tidak pernah bertugas di Sabah sepanjang karier saya dan bagaimana Mat Sabu menuduh saya terlibat (dalam memberi kerakyatan kepada warga asing di Sabah),” katanya yang mula berkhidmat dengan SPR sebagai setiausaha SPR pada 1998.

Beliau berkata individu ‘Wan Ahmad’ yang didakwa Mohamad Sabu itu bukan dirinya tetapi bekas pegawai SPR Sabah pada ketika itu, Wan Ahmad Wan Yusof.

“Itu Wan Ahmad lain, beliau kini sudah meninggal dunia. Bukannya Wan Ahmad saya,” katanya.

Wan Ahmad berkata beliau menerusi peguamnya dari firma guaman Hafarizam Wan dan Aisha Mubarak telah menghantar satu notis mahkamah menuntut Mohamad Sabu dan empat lain membuat permohonan maaf tidak bersyarat dan menarik balik laporan berita itu dalam tempoh tujuh hari bermula 7 Februari lepas.

Ditanya mengenai jumlah ganti rugi yang dituntut, Wan Ahmad berkata beliau menyerahkan perkara itu kepada mahkamah untuk diputuskan.

Wan Ahmad yang mula menjawat jawatan Timbalan Pengerusi SPR pada Disember 2004 berkata beliau tidak menerima sebarang reaksi daripada kelima-lima individu terbabit berhubung notis yang dihantar.

“Daripada pengalaman saya, tidak pernah mereka meminta maaf kalau buat kesilapan,” katanya.

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...