Kedah Ke KL - MctHeory |
- PANASS!! Komen Dr Fadhilah Kamsah Mengenai Doa K.O Pas Terhadap UMNO/BN!
- PANASS!! Mat Sabu Cuba UGUT Rakyat Malaysia?
- TUDIAA!! Kontroversi Bayaran PSY, Kerajaan Malaysia Bersalah? #GangnamMalaysia
- HOT! #IsuAirSgor Khalid Gagap Suruh, Tony PuaKA MEMFITNAH Lagi!!
- EKSKLUSIF! Bila Ustaz Pas Berceramah atas Pentas UMNO!!
- PANASS!! Pejabat Pas Kupang Masih Berhutang Dengan Kontraktor Ukur Tanah Ladang Rakyat? #TukarKedah
PANASS!! Komen Dr Fadhilah Kamsah Mengenai Doa K.O Pas Terhadap UMNO/BN! Posted: 14 Feb 2013 07:18 AM PST Video ini dikirimkan dari email seorang sahabat yang mahu Mc sebarkan. Temubual dengan Dr Fadzilah Kamsah mengenai doa KO UMNO yang dibuat oleh Pas semasa sidang muktamarnya dahulu. Boleh tonton video dibawah, Untuk pengetahuan semua, Dr Fadzilah Kamsah bukan seorang ahli politik dan seorang yang hidupnya dengan suka berpolitik. Pandangan beliau telus dan benar. Pandangan beliau dinilai dari sudut ilmu dan Islam. Apakah beliau setuju dengan cara Pas yang mendoakan K.O BN? McTheory: Hanya orang gila yang buat doa macam tu.. |
PANASS!! Mat Sabu Cuba UGUT Rakyat Malaysia? Posted: 14 Feb 2013 04:37 AM PST Sudah jelas, Pakatan Haram melalui kenyataan Mat Sabu Komunis telah menunjukan Pakatan Haram mempunyai niat ingin menjadikan Malaysia huru hara seperti mana " Arab Spring " sekiranya Pakatan Haram tewas dalam PRU 13 ini. " Arab Spring' hanya akan berlaku di negara ini jika pilihan raya umum dicemari dengan penipuan pihak-pihak berkepentingan sehingga menimbulkan kemarahan rakyat ".- Mat SabuPastinya kekalahan Pakatan Haram di PRU 13 ini akan dijadikan alasan bahawa pilihan raya umum tidak telus, dan mereka mengunakan alasan tersebut, untuk mereka menghuru harakan Malaysia. Kita sudah diberi contoh seperti mana demo bersih 3.0, mereka menghuru-harakan keadaan dan berperang dengan polis. Mereka ini tidak kisah negara kacau bilau, kerana bagi mereka, kuasa lebih penting. Malah sekarang ni mereka mula mengugut rakyat Malaysia untuk berkuasa. - Media Kedah Mereka boleh mengugut dengan apa cara sekalipun. Namun jika negara Malaysia kacau bilau, nescaya akan ada penentang yang akan mengajar mereka ini menjadi lebih baik dan beradab. Kami rakyat Malaysia pencinta keamanan juga bersumpah, akan memberikan balasan yang setimpal dengan apa yang mereka cuba buat. McTheory: Diam bukan bererti takut, cuba malas nak layan. |
TUDIAA!! Kontroversi Bayaran PSY, Kerajaan Malaysia Bersalah? #GangnamMalaysia Posted: 14 Feb 2013 01:17 AM PST Scooter Braun Projects, syarikat yang menguruskan penyanyi popular Korea Selatan, PSY menyatakan bahawa mereka tidak pernah terlibat atau yang dibayar oleh kerajaan Malaysia bagi persembahan PSY di Pulau Pinang baru-baru ini. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kepada Bernama semalam, pengurusan PSY menegaskan bahawa berita dan artikel yang beredar di internet adalah tidak benar, dan hanya khabar angin. "Scooter Braun Projects ingin tegaskan disini bahawa kita tidak pernah terlibat atau dibayar oleh kerajaan Malaysia untuk persembahan PSY di Pulau Pinang, Malaysia," dalam kenyataan media mereka. Pihak pengurusan juga menafikan dakwaan di blog-blog yang mendakwa bahawa kerajaan Malaysia menaja prestasi persembahan PSY di rumah terbuka 1Malaysia Tahun Baru Cina, Isnin lepas. Berita asal bahasa english boleh rujuk SINI Sumber berita Mc ambil dari bernama. Masalah orang kita sekarang adalah, mereka tidak percaya jika kita cakap sendiri. Bila kita terangkan kepada mereka bahawa kerajaan tidak mengeluarkan wang untuk persembahan itu, mereka kata menipu. Tetapi bila Manager PSY sendiri yang keluarkan kenyataan, Mc rasa baru cai-cai mangkuk Pakatan nak percaya kot. Tu pun akan ada mangkuk yang tuduh BN 'bayar' Manager PSY untuk keluarkan kenyataan sedemikian. he he.. Kalau ada yang fikir macam tu, memang la orang tu tak waras dan otaknya setahap mangkuk ayun saja! McTheory: Otak cai Pakatan dah kena suntik racun, sebab tu susah nak percaya kat orang.. |
HOT! #IsuAirSgor Khalid Gagap Suruh, Tony PuaKA MEMFITNAH Lagi!! Posted: 13 Feb 2013 10:18 PM PST Selepas Khalid dan konco exco Selangornya bergilir menghentam SYABAS dan Kerajaan Pusat. Kini tiba giliran Ketua Publisiti Dap yang memang terkenal dengan kenyataan media yang putar belit. Tony PuaKA mendakwa, peruntukan tambahan RM120 juta bagi menaik taraf kemudahan air yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, menjadikan jumlah dana untuk 'menyelamatkan' Syabas daripada kerajaan persekutuan kini meningkat menjadi RM3.41 bilion dalam tempoh empat tahun. Maksudnya Kerajaan Pusat banyak habiskan duit untuk bantu SYABAS selama 4 tahun ni. Umpama, SYABAS ni tak tahu buat kerja dan menjaga kewangan. Sampai Kerajaan Pusat kena bantu selalu, kalau tak bantu mungkin SYABAS akan bankrup. Lebih kurang macam itulah maksudnya. Sedangkan RM120 juta peruntukan dari Kerajaan Pusat tu untuk rakyat dan bukan untuk kepentingan SYABAS. Duit peruntukan tu akan digunakan untuk kos baik pulih peralatan, pam, tangki dan paip-paip yang perlu digantkan segera. Semua projek tu pula perlu dapat kelulusan dari SPAN dulu. Kiranya SYABAS perlu 'memohon' kepada SPAN untuk segala tindakan yang perlu mereka lakukan. Kemudian SPAN akan kaji dan luluskan peruntukan tersebut. Pengunaan wang tersebut dipantau! Ianya bukannya seperti dakwaan Tony PuaKA yang mendakwa SYABAS diberi terus peruntukan tersebut dan boleh digunapakai sesukahati. Malah ada dakwaan yang mengatakan RM120Juta tu sebenarnya duit bantuan dari Kerajaan Pusat untuk mengelakan SYABAS dari bankrup. Semua dakwaan tersebut tidak berasas kerana selama ini pun SYABAS tidak pernah dibantu oleh Kerajaan Negeri, malah CAPEX SYABAS juga telah lama disekat. Atas sebab demikian, CAPEX yang amat diperlukan untuk membaik pulih fasiliti air untuk manfaat rakyat Selangor, Kerajaan Pusat hulurkan peruntukan khas. Semuanya hanyalah demi menyelamatkan rakyat Selangor. Kalau Kerajaan Pusat tidak bantu, kewangan SYABAS pula disekat oleh Kerajaan Negeri Selangor, bagaimana SYABAS hendak beroperasi dengan baik? Siapa yang menderita, rakyat Selangor bukan? Contoh terbaik, macam gangguan air yang lepas, seperti mana gangguan air di Wangsa Maju dan Cheras tempohari, siapa yang disalahkan? tentulah SYABAS, sedangkan punca utama tersebut adalah Kerajaan Negeri Selangor yang menyekat CAPEX dan gagal menjelaskan hutang SYABAS. Bila takdak wang, tentunya ia menjejaskan operasi SYABAS. Sebab tu Kerajaan Pusat bantu. Untuk mengelakkan masalah menjadi lebih teruk. Bukan macam Khalid gagap yang "selamatkan" Talam Corp dengan harga tinggi dan tak munasabah dari harga pasaran. he he.. Nak harapkan Kerajaan Negeri Selangor? Mereka lebih suka SYABAS bankrup! Biar rakyat susah, janji hasrat mereka tercapai!! McTheory: Mangkuk betul Kerajaan Negeri Selangor ni.. |
EKSKLUSIF! Bila Ustaz Pas Berceramah atas Pentas UMNO!! Posted: 13 Feb 2013 07:17 PM PST Memang benar apa yang di pekatakan Ustaz Hassan Basri, kemenangan Pakatan Haram di Kedah, Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang serta Perak selama 11 bulan bukannya pertanda Pakatan Haram kuat tapi kerana di sebabkan ketika itu UMNO/BN sedang berhadapan dengan pergolakan memboikot calon / cantas calon. Di harapkan pengalaman yang lalu di PRU 12, UMNO/BN jadikan iktibar di PRU 13 ini supaya jangan di ulangi kembali pergolakan tersebut demi perjuangan Agama, Bangsa dan Tanah Air. Jangan gadaikan maruah perjuangan parti demi mengikut hawa nafsu pemimpin yang tamak dan haloba kepada jawatan semata-mata. Jadilah orang UMNO/BN yang sejati dan mempunyai maruah perjuangan. Ingatlah pesan Ayahanda Tun Mahathir :- SUMBER Medan Tempur |
PANASS!! Pejabat Pas Kupang Masih Berhutang Dengan Kontraktor Ukur Tanah Ladang Rakyat? #TukarKedah Posted: 13 Feb 2013 04:37 PM PST Semalam Mc ada dapat email mengenai kedudukan sebenar tanah di Ladang Rakyat Baling. Patutlah selama ini Pas Baling tidak dapat menunaikan janji mereka untuk berikan geran tanah pada penduduk kampung. Rupanya ada masalah besar yang sedang dihadapi. Mc tak pasti bagaimana kerjasama diantara Pas Kedah dan Pas Baling menghadapi masalah ini. Namun Pas Kupang, Baling telah mengutip bayaran ukur tanah dari penduduk dan sesetengah penduduk terpedaya dengan janji untuk dapatkan geran. Cerita tersebut boleh baca kat SINI. Rupanya disebalik semua itu ada satu cerita lain, 8000 ekar tanah tersebut dalam proses untuk disukat, RM300 ribu kos ukur tanah, RM150 ribu dah dibayar oleh pejabat Cikgu Joe dan RM150 ribu lagi masih terhutang dengan kontraktor ukur. Malah email tu memberitahu Mc, status tanah di kawasan Ladang Rakyat pun belum ditukar, sebab itu mereka masih belum pohon EIA dari Jabatan Alam Sekitar. Disebabkan itu juga, tanah tersebut belum boleh diberikan kepada penduduk kampung. Berita yang Mc terima ini sangat mengejutkan. Apakah boleh Pejabat Pas Kupang beri sedikit pencerahan mengenai perkara ini? Jika benda ini tidak betul, sila nafikan dan beri kami status sebenar Ladang Rakyat sekarang. McTheory: Rakyat berhak mengetahui, sila jawab soalan kami! |
You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment