BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


KANTOI !!! KONFLIK DALAMAN PR SEMAKIN GOYAH !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 14 Feb 2013 07:30 AM PST


Pakatan pembangkang semakin bergolak menjelang pembubaran Dewan Rakyat bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke 13 pada bila-bila masa sahaja.Kerjasama sesama PKR,Pas dan Dap semakin rapuh dan goyah dengan pemimpin-pemimpin mereka mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dan mengelirukan.Antara lapisan kepimpinan parti dan ahli-ahli di peringkat akar umbi sudah wujud benteng pemisahan menyebabkan anggota parti menjadi tidak keruan dan terumbang-ambing.Ambil sahaja isu kalimah ALLAH yang dicetuskan oleh parti perkauman Cina Dap.Setiausaha Agung Dap Lim Guan Eng menjadi juara untuk menjadikan kalimah suci ALLAH sebagai bahan politik untuk menjadi modal politik murahan.Isu ini disokong pula oleh Ketua Umum PKR,seorang liberalis dan mendokong fahaman pluralisme dan gerakan LGBT.Anwar sokong Guan Eng dalam isu ini untuk menarik undi di Sabah dan Sarawak di mana terdapat ramai penganut Kristian daripada kalangan ethnik Iban,Kadazan,Murut dan sebagainya.Anwar rela berdepan dengan kemarahan umat Islam di Malaysia asalkan beliau mendapat apa yang diidamkan iaitu menjadi Perdana Menteri. 

Sokongan pengundi Kristian dianggap kritikal baginya sekiranya beliau mahu menawan Putrajaya tapi malangnya strategi tersebut 'backfire' atau memakan diri sendiri.Walaupun Pas pada mulanya terpaksa tunduk dengan desakan Anwar,Lim Kit Siang,Guan Eng dan Karpal untuk menyetujui pendirian Pakatan Rakyat berhubung isu kalimah ALLAH namun ia berpusing 180 darjah tidak lama kemudian. Ini kerana Pas melihat sokongan terhadap parti itu sudah mula luntur dan terjejas teruk berikutan majoriti ahlinya tidak bersetuju dengan dasar tersebut.Isu siapa mendapat jawatan Perdana Menteri sekiranya pembangkang memenangi PRU13 juga semakin merenggangkan hubungan PKR,Pas serta Dap.Karpal sebagai Pengerusi Kebangsaan Dap bertegas mahukan Anwar sebagai Perdana Menteri walhal pada masa yang sama beliau mendakwa Anwar terlibat dalam aktiviti seks songsang liwat. Melihat kepada keadaan ini, sokongan lisan yang disuarakan oleh Karpal hanyalah satu taktik politik yang tidak mempunyai makna. Ini kerana Dap mahu menunggang atas pengaruh Anwar untuk mendapat lebih kerusi parlimen atas undi penyokong PKR dan Pas. Pas pula mahu presidennya Abdul Hadi Awang menjadi Perdana Menteri dan ini telah dinyatakan beberapa kali. 

Malah terkini Majlis Syura Ulama parti itu dikatakan telah menolak Anwar sebagai calon jawatan itu atas alasan moral yang rendah serta sikapnya yang pro-Kristian. Rundingan Pakatan Rakyat dengan Parti Maju Sabah (SAPP) juga sudah terbengkalai.Timbalan Presiden PKR Azmin Ali menyatakan pintu rundingan dengan SAPP sudah ditutup kerana sikap keras kepala dan individualistik Yong Teck Lee.Anwar pula menyanggah kenyataan anak emasnya itu dengan mengatakan pintu rundingan sentiasa terbuka untuk meneruskan rundingan dengan SAPP.Pada hakikatnya pembangkang menipu diri mereka sendiri dengan berfikir kedudukan mereka adalah kukuh untuk menjadi kerajaan pusat PRU13 nanti.Hinggakan Timbalan Pengerusi Dap Perak A. Sivakumar dengan angkuhnya mensasarkan pembangkang mampu merangkul 40 kerusi DUN di negeri itu.Mungkin Sivakumar masih di alam mimpi atau fantasi melampau kerana sejak kerajaan negeri beralih tangan kepada Barisan Nasional pada Mach 2009,banyak perubahan sudah berlaku.Mungkin pada awal episod pergolakan politik Perak, ramai yang terkeliru lalu marah kepada BN.Ini adalah hasil dakyah dan fitnah pembangkang yang tidak memberi penerangan yang sebenar mengapa Pakatan Rakyat tumbang di Perak setelah hanya sebelas bulan memerintah.Di bawah pentadbiran BN,banyak perubahan telah dilakukan bukan sahaja dalam skop pembangunan dan kebajikan rakyat tetapi juga dasar keterbukaan yang diamalkan oleh Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Kadir.Jadi jika pembangkang berfikir mereka boleh menang sebanyak kerusi yang mereka katakan,eloklah sedar daripada mimpi itu dan melihat kepada realiti politik di Perak kini. 

Karpal tetap mahu Anwar menjadi perdana menteri February 12, 2013 

Anwar Ibrahim: Yang paling layak, kata Karpal. — Gambar fail 

GEORGE TOWN, 12 Feb — Pengerusi DAP Karpal Singh sekali lagi menegaskan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi perdana menteri jika pembangkang berjaya menawan Putrajaya dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU-13). Beliau menyifatkan dakwaan kononnya Majlis Syura Ulama PAS menolak Anwar bagi menduduki jawatan berkenaan sebagai satu spekulasi."Pilihan DAP adalah Anwar Ibrahim dan saya fikir pilihan ini akhirnya akan disokong PAS dan PKR (Parti Keadilan Rakyat) kerana Anwar Ibrahim paling layak," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.Baru-baru ini,akhbar melaporkan Majlis Syura Ulama PAS menolak Anwar dilantik sebagai perdana menteri jika pakatan pembangkang menang dalam PRU-13 dan berkemungkinan melantik seorang pemimpin dari luar pakatan pembangkang.Menurut laporan itu,Anggota Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mendakwa rakan-rakannya dalam PAS memberitahu penolakan Majlis Syura Ulama PAS terhadap Anwar semakin kuat. — Bernama

KANTOI !!! AGENDA TERANCANG PR UNTUK PINGGIR KAUM MELAYU DI JELATEK TERBONGKAR !!!

Posted: 14 Feb 2013 04:00 AM PST


Projek PKNS Datum Jelatek ,kerajaan PR Selangor nampaknya lebih mementingkan golongan-golongan yang kaya raya.Malah mungkin hanya beberapa persen golongan yang kaya raya di negara ini yang mampu membeli hartanah di Datum Jelatek.Mungkin disebabkan ini lah pelancaran Datum Jelatek dibuat di Singapura bagi menarik pembeli-pembeli di negara jiran itu.Kalau dulu kawasan Jelatek majoriti penduduknya adalah orang Melayu,apabila projek ini siap kelak penduduk-penduduk Melayu yang berada di sekitar kawasan ini mungkin akan beransur keluar secara perlahan-lahan.Maka hilanglah satu lagi kubu kuat UMNO di Kuala Lumpur iaitu Parlimen Setiawangsa.Projek Datum Jelatek dah diteruskan,dah ada perjanjian dan segala kontrak yang berkaitan,jadi adalah mustahil bagi kerajaan Selangor sekiranya BN mengambil alih untuk menghentikan semua ini.Mungkin langkah yang terbaik adalah dengan membina sebuah apartment kos sederhana khas untuk bumiputera berhampiran kawasan ini bagi mengimbangi komposisi kaum.Sekarang fungsi PKNS dah tak seperti dulu lagi iaitu menyediakan perumahan mampu milik PKNS lebih cenderung untuk mengaut keuntungan di bawah pemerintahan PR di Selangor .

Petikan artikel dari portal Kl Pos :

"Pembinaan Datum Jelatek juga dijangka akan menggalakkan pembangunan-pembangunan lain di kawasan sekitarnya iaitu di kawasan penempatan majoriti kaum Melayu.Sekiranya dilihat dari sudut demografi politik,pembangunan kawasan elit ini dijangka akan merubah peratusan pengundi berbangsa Melayu yang sebelum ini mendominasi jumlah pengundi keseluruhaan bagi Parlimen Setiawangsa.Dari keputusan pilihanraya 2008,untuk Parlimen Setiawangsa (P118), jumlah pengundi mengikut peratusan kaum adalah 56.44% bagi kaum Melayu,33.23% kaum Cina dan 19.13% kaum India. Penduduk-penduduk dari kaum Melayu yang mendapat pampasan dari pembangunan ini akan berpindah ke kawasan kediaman yang lain seterusnya memberi kesan dalam komposisi seperti yang dinyatakan diatas.

Mungkin apabila projek ini siap sepenuhnya kelak komposisi kaum yang mendominasi jumlah pengundi keseluruhan akan berubah.Sebelum ini,beberapa penduduk flat yang enggan berpindah mempersoalkan penerimaan wang pampasan yang ditawarkan oleh PKNS.Penduduk mendakwa,PKNS pada tahun 2009 telah bersetuju untuk memberi pampasan berjumlah RM250,000 hingga RM300,000 bergantung kepada saiz rumah,manakala antara RM400,000 hingga RM500,000 bagi rumah kedai."

ANDA NAK LAGI ???


UNTUK SELANJUTNYA 

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! DAP BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS PENINGKATAN KADAR JENAYAH ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 14 Feb 2013 12:30 AM PST


Menyorot sejarah kemasukan kaum Cina ketika era perlombongan bijih timah di Perak,turut membawa kita kepada sejarah kongsi gelap atau jenayah tersusun.Orang Cina telah menubuhkan kongsi-kongsi gelap tidak lama selepas British menduduki Pulau Pinang (1786) dan Singapura (1819).Sejak tahun 1799 lagi kongsi-kongsi gelap Cina mula menentang pentadbiran British di Pulau Pinang. Antara kongsi-kongsi gelap yang terkenal ialah Ghee Hin (Kantonis) dan Hai San (Hakka).Antara objektif kongsi-kongsi gelap ini adalah menguasai lombong-lombong bijih timah,perdagangan kuli,perjudian dan pelacuran.Keadaan menjadi begitu buruk kerana pada tahun 1831, hanya terdapat 18 orang polis sahaja bagi penduduk seramai kira-kira 16000 orang di Singapura.Malahan kakitangan kehakiman juga tidak mencukupi bagi menyelesaikan kes-kes jenayah.Sehingga tahun 1856 hanya terdapat seorang hakim di Negeri-negeri Selat.Keadaan ini telah menggalakkan perkembangan kongsi-kongsi gelap Cina.Sehingga tahun 1867,tiada langkah-langkah positif yang diambil untuk mengawal kongsi-kongsi gelap.Langkah yang diambil oleh kerajaan sebelum tahun 1867 adalah hanya memanggil pemimpin-pemimpin pelbagai puak Cina apabila berlaku kekacauan dan meminta mereka menjaga ketenteraman. Selepas tahun 1867,beberapa langkah telah diambil untuk mengawal kongsi-kongsi gelap ini antaranya :  

a.Akta Pemeliharaan Keamanan 1867 Pada tahun 1867,Sir Harry Ord,iaitu Gabenor pertama tanah jajahan Negeri-negeri Selat telah meluluskan Akta Pemeliharaan Keamanan.Melalui akta ini,Gabenor mempunyai kuasa untuk membuang negeri orang-orang salah yang mengancam ketenteraman awam tanpa sebarang perbicaraan atau hak kerakyatan.Hukuman dera (Corporal Punishment) dan menembak perusuh-perusuh dibenarkan. 

b.Akta Pendaftaran Pertubuhan-pertubuhan 1869 Pada tahun 1869,kerajaan meluluskan Akta Pendaftaran Pertubuhan-pertubuhan yang mewajibkan pendaftaran semua pertubuhan yang terdiri daripada 10 atau lebih orang ahli. Semua pertubuhan dikehendaki memberi nama ahli-ahli yang memegang jawatan dan menyatakan tujuan-tujuan penubuhan mereka. 

c.Penubuhan Protektorat Orang Cina 1877 Pada tahun 1877,kerajaan menubuhkan Protektorat Orang Cina yang diketuai oleh W.A. Pickering. W.A. Pickering yang boleh bertutur dalam bahasa Cina teklah mendapat keyakinan kaum Cina. 

d.Kelulusan Undang-undang Dua undang-undang untuk mencegah kuli-kuli serta melindungi pendatang-pendatang Cina telah diluluskan 

e.Ordinan Pertubuhan-pertubuhan 1889 

Pada tahun 1889,kerajaan meluluskan Ordinan Pertubuhan-pertubuhan yang mengharamkan kongsi-kongsi gelap Cina. 

Kongsi-kongsi gelap diberi tempoh 6 bulan untuk menghentikan kegiatan mereka.Ordinan tersebut memaksa kongsi-kongsi gelap bergerak secara rahsia atau disusun semula dengan menggunakan nama lain.Walau bagaimanapun,langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri-negeri Selat untuk menghapuskan sama sekali kongsi-kongsi gelap Cina tidak berjaya.Kongsi-kongsi gelap Cina meneruskan kegiatan mereka secara rahsia dan masih wujud hingga hari ini.Di bawah ordinan darurat 5/69 sebelum ini,pesalah jenayah dan kongsi gelap boleh ditangkap dan ditahan selama 60 hari. 

Berikutnya dibawah sek. 4 (1) pula boleh dihukum oleh Kementerian Dalam Negeri supaya ditahan di Pusat Pemulihan Akhlak,Pulau Jerejak, Pulau Pinang selama 2 tahun Atau Dibawah sek. 4A (1) Ordinan yang sama boleh diperintahkan kediaman terhad disesebuah tempat oleh Kementerian Dalam Negeri untuk selama 2 tahun.Mereka yang tertangkap pula akan berakhir di Pusat Pemulihan Akhlak Simpang Renggam, Muar dan Machang.Memahami sejarah pesalah tertangkap di bawah Akta yang disebut di atas, maka kita merasa cukup musykil akan kesungguhan Pembangkang yang memperjuangkan agar Akta-akta ini dihapuskan.Malah,pembangkang juga seolah-olah 'meraikan' pembebasan tahanan Simpang Renggam setelah Akta tersebut dihapuskan dan digantikan dengan Rang Undang-Undang Baru Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012.2,664 pesalah dibawah akta itu telah mula dibebaskan secara berperingkat sejak tahun 2010 yang kebanyakannya ialah kaum Cina dan India.Pembebasan ini diterima oleh rakyat dengan rasa gelisah dan bimbang.Ternyata kebimbangan orang ramai adalah berasas sekali gus, menunjukkan yang kemusykilan terhadap motif pembangkang juga tepat apabila hanya sebulan kemudian, kita mula membaca berita bagaimana seorang bekas tahanan Simpang Renggam dibunuh,bermotifkan dendam jenayah lama. 

Tiga bulan kemudian dilaporkann lima bekas tahanan melakukan tiga lagi kes samun.Di masa yang sama,kes-kes samun,ragut,rompak,bunuh yang berkaitan Along juga terus meningkat sejajar dengan peningkatan rumah urut dan pusat-pusat maksiat di sekitar Selangor dan Pulau Pinang.Kesemua jenayah ini adalah berkaitan dan berangkai antara satu sama lain serta bergerak secara tersusun yang menjadikan ia sukar untuk dibuktikan atau dibendung.Sememangnya kaum Cina sendiri tidak dapat menafikan bahawa kongsi gelap sudah menjadi 'budaya' masyarakat mereka.Kerana itu,kita melihat akhir-akhir ini sudah ada protes secara terang-terangan dari kaum itu yang menuduh DAP sebagai dalang kongsi gelap,pelacuran,along dan sebagainya.

Jelas bahawa sudah semakin ramai kaum Cina sendiri yang mula gusar sekiranya DAP berjaya mengambil alih negara melalui PR dan menyebabkan samseng dan kongsi gelap semakin bermaharajalela.Kegusaran mereka difahamkan ada kena mengena dengan 5 kes pembunuhan yang berlaku dalam jangka masa hanya dua hari sahaja sejak 6 Februari lalu.Hakikatnya,hubungan DAP dengan kongsi gelap sudah menjadi rahsia umum, di mana semua orang mengesyakinya tetapi tidak dapat mengesahkannya.Namun,malangnya,terdapat juga di kalangan kita yang memandang remeh hubungan ini atau yang dengan sengaja memejamkan mata kerana pentingkan diri atau mungkin juga kerana bebal atau jahil.Hari ini,PR / DAP telah 'berjaya membebaskan' tahanan Simpang Renggam dan kadar jenayah pun meningkat serta-merta.Bayangkan,entah siapa lagi yang akan mereka bebaskan jika mereka ditakdirkan berkuasa dan kadar jenayah juga pastinya akan meningkat berkali ganda.

RENUNG-RENUNGKAN 

KANTOI !!! ANWAR KENA 'MAIN' DI SABAH SEBAB TAMAK KERUSI !!!

Posted: 13 Feb 2013 09:00 PM PST


Kenyataan Presiden Parti Progresif Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee yang bertegas negeri Sabah mesti bertanding di majoriti kerusi dalam dewan undangan negeri adalah sesuatu yang menarik dalam konteks Negeri Di Bawah Bayu itu.Teck Lee memberi alasan parti-parti yang ditubuhkan di Semenanjung perlu memberi laluan kepada parti seperti SAPP untuk menerajui kerajaan sekiranya menang dalam Pilihan Raya Umum ke 13 nanti.Katanya ini adalah penting demi untuk melindungi autonomi negeri tersebut mengikut perjanjian gagasan Malaysia 1963.Mesej sebenarnya dituju kepada tiga parti pembangkang Semenanjung iaitu PKR,Pas dan Dap yang beria-iya untuk merampas negeri yang menjadi 'deposit undi' bagi Barisan Nasional untuk sekian lama.Walaupun SAPP terkenal dengan slogan parochial 'Sabah Untuk Sabah' yang agak keterlaluan,namun ia membayangkan hasrat serta pandangan yang terpendam dalam sanubari pemimpin-pemimpin parti tempatan terhadap parti-parti pembangkang dari Semenanjung. 

Ini berbeza dengan UMNO yang bertapak di Sabah secara semulajadi dan terhormat dengan menyerap parti USNO yang diasaskan oleh Tun Datu Mustapha.Oleh itu rakyat Sabah tidak rasa janggal menerima kehadiran UMNO di bumi mereka kerana 100 peratus UMNO adalah juga warisan USNO yang banyak berjasa dalam perjuangan kemerdekaan negeri itu serta peranan besarnya dalam penyertaan dalam Persekutuan Malaysia.Bagi rakyat Sabah,USNO adalah UMNO dan UMNO adalah USNO. Ini berlainan pula dengan ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat yang berlagak sombong dan angkuh apabila mula datang ke negeri itu. Parti-parti ini berfikiran status dan kedudukan mereka yang dianggap sudah popular di Semenanjung membolehkan mereka juga diterima dengan tangan terbuka dan senang hati di Sabah.tanggapan mereka meleset sama sekali kerana PKR,Pas dan Dap gagal menyelami perasaan dan memahami sanubari rakyat Sabah. Rakyat Sabah tinggi semangat patriotisme mereka dan oleh kerana itu perjanjian 20 perkara ditandatangani dengan Kerajaan Persekutuan di bawah Al Marhum Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj sebelum bersetuju kekal bersama-sama dalam Malaysia. 

BN amat memahami senario politik Sabah dan oleh kerana itu ia berjaya membangunkan ekonomi negeri itu dengan baik sekali melalui jaringan bijak dengan pemimpin-pemimpin tempatan. Rakyat Sabah menyokong BN dengan penuh keikhlasan sementara negeri itu pula dibangunkan secara adil setaraf dengan negeri-negeri lain di dalam persekutuan.Ketua Pembangkang berfikiran Pakatan Rakyat akan mendapat laluan mudah di Sabah tetapi kenyataan Teck Lee mencerminkan sebaliknya. Sejak empat tahun lalu pembangkang dari Semenanjung masih terus gagal meyakini parti-parti politik Sabah seperti SAPP terutamnnya dalam isu pembahagian kerusi pada PRU13 nanti.Sehingga kini isu tersebut masih dalam terawang-awang tanpa keputusan yang muktamad. Persoalan parti pembangkang mana yang bakal bertanding di 60 kerusi dewan undangan negeri dan 25 kerusi parlimen terus menjadi teka teki dan igauan kepada Anwar Ibrahim. Beliau berharap perkara ini telah dapat diselesaikan sejak lama dahulu tetapi nampaknya parti-parti Sabah tidak mudah digula-gulakan oleh Anwar dan pemimpin Pakatan Rakyat.Malah bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah,Wilfred Mojilip Bumburing yang meninggalkan BN untuk menyertai blok pembangkang bersama-sama bekas Timbalan Menteri Pengangkutan, Lajim Ukin pada Julai tahun lalu,kini bertelagah secara terbuka dengan Teck Lee berkaitan isu tersebut. 

Bumburing yang bertindak sebagai orang tengah bagi PR di Sabah telah mengumumkan rundingan isu pengagihan kerusi telah digantung, menandakan perpecahan sedang melanda pakatan pembangkang di negeri itu.Impian Anwar untuk menyatukan semua parti pembangkang di Sabah menjelang PRU13 sudah berkecai dan tinggal harapan sahaja.Tidak mustahil sepertimana Anwar melepaskan impian untun menawan Sarawak pada pilihan raya negeri 2011,beliau juga akan berbuat demikian apabila melihat keadaan di Sabah sudah tidak dapat diselamatkan lagi.Hakikatnya Anwat telah 'dimain' oleh SAPP serta parti lain seperti Parti Pembaharuan Negeri (STAR), pimpinan Dr Jeffrey Kitingan yang turut berkongsi citarasa politik yang sama dengan Teck Lee.Kedua-duanya tidak mahu Anwar mendominasi politik Sabah dan sudah tentunya tidak mahu PKR,Pas dan Dap menjadi 'abang long' kepada parti-parti tempatan.Anwar tamak kerana mahu memiliki majoriti kerusi yang bakal ditandingi dengan mengenepikan sentimen dan hak parti-parti Sabah. Akhirnya sifat tamak Anwar dan hanya mementingkan diri kini memakan diri sendiri dan PR bakal kecundang di Sabah sebelum pun masuk gelanggang PRU13

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! RAKYAT PULAU PINANG BAKAL MINUM AIR LONGKANG ??? MANA LIM GUAN ENG ??? APA CERITA NI ???

Posted: 13 Feb 2013 06:00 PM PST


Isu bekalan air antara Kedah dengan Pulau Pinang nampaknya masih tiada perkembangan baru.Sejak ia pertama kali timbul dalam pembentangan Bajet 2013 Kedah tahun lepas,hanya satu surat yang dihantar oleh kerajaan Kedah kepada Pulau Pinang untuk menyatakan perkara tersebut.Itupun surat tersebut hanya dihantar selepas menerima respon melalui media dari Pegawai Eksekutif,Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP),Jaseni Maidinsa yang menolak untuk membayar air yang diambil dari Sungai Muda, Kedah atas sebab yang termaktub dalam Riparian Right iaitu Kedah tidak ada hak untuk mendapatkan sebarang bayaran air kerana kaedah saluran air yang digunakan adalah semula jadi.Beliau memberi contoh Sungai Mekong yang membekalkan air kepada begitu banyak negara di sepanjang alirannya,namun tidak ada satu pun dari negara terbabit membayar kepada China.Jelasnya lagi,walaupun memang ada negeri yang membayar jualan air seperti Melaka kepada Johor dan Pahang kepada Selangor,tetapi ia adalah kerana bekalan itu bukan melalui kaedah semula jadi,tetapi sebaliknya melalui saliran paip atau terowong. 

Bertitik tolak dari itu,tiada diberitakan jawapan atau hujah balas dari Kedah terhadap kenyataan PBAPP itu selain dari beberapa kenyataan media oleh Exco Kedah,Phahrolrazi yang menegaskan untuk tetap meneruskan rancangan menuntut bayaran terhadap bekalan air kepada Pulau Pinang dan perkembangan terbaru pada dua hari lepas juga serupa di mana Phahrolrazi sekali lagi membuat kenyataan media 'merungut' kerana kerajaan Pulau Pinang masih belum memberi respon kepada cadangan Kedah untuk mengenakan harga 3 sen/m3 ke atas bekalan air mentah ke negeri itu.Katanya,keengganan Pulau Pinang untuk memberi respon menyebabkan perkara ini menjadi bertambah sukar.Malah,seolah-olah mengugut,beliau turut membayangkan 'akibat yang serius' sekiranya cadangan Kedah terus diabaikan oleh Pulau Pinang. Pulau Pinang bagaimanapun, terus mengambil sikap 'pekak-badak' dan 'diam membisu',enggan melayan apa-apa perbincangan dengan Kedah. Sekiranya Phahrolrazi atau Datuk Seri Azizan Razak,Menteri Besar Kedah sedikit bijak,mereka pasti menyedari yang DAP Pulau Pinang sedang menunjukkan kepada PAS di manakah kedudukan PAS di mata DAP,walaupun setelah menjadi kerajaan sebuah negeri. 

Lebih dari itu, tindakan PAS meletakkan anggaran hasil dari sesuatu yang belum pun dibincangkan dengan pihak yang terlibat,dengan sendirinya menjustifikasikan pandangan DAP terhadap PAS yang jauh terlalu rendah dan hina kerana tidak tahu cara bekerja mahupun membentangkan bajet negeri.Namun,seperti juga Guan Eng,Azizan tidak kurang juga angkuhnya. Secara umum, kedua-dua mereka adalah sama saja iaitu, bodoh sombong.Bezanya,Guan Eng mengambil tahu apa yang terjadi di dalam negerinya tetapi Azizan langsung tidak ambil tahu apa-apa.Justeru,Guan Eng mempunyai kawalan ke atas setiap projek dan berpeluang menutup segala kelemahan dengan lebih kemas tetapi Azizan tidak mampu langsung menutup apa-apa.Dari sejarah dan perkembangan semasa, kita percaya yang Azizan akan tetap kalah dengan Guan Eng sepertimana PAS sentiasa kalah dengan DAP.Jika Azizan bertegas sekali pun,PAS Pusat pasti akan mengarahkannya beralah juga. 

Walaubagaimanapun,isu air ini mungkin tidak akan berakhir seperti kelaziman itu kerana Azizan berhadapan dengan kedudukan kewangan negeri yang benar-benar parah.Lebih parah lagi apabila beliau sendiri tidak memahami tahap 'keparahan' tersebut kerana hilang kawalan atas pentadbiran negeri dan semua projek-projek yang telah,sedang,termasuk yang akan dilaksanakan oleh orang-orang kelilingnya. Azizan mungkin punya sedikit gambaran bahawa negeri Kedah berada dalam keadaan tenat tetapi beliau juga tahu yang beliau tidak mampu berbuat apa-apa kerana beliau tidak tahu apa-apa. Egonya yang terlalu besar pula membuatkan beliau tidak sanggup turun menyiasat dan melihat sendiri kerana bimbang tidak dapat menerima kenyataan akan kesilapan dan kesalahannya selama ini. Memandangkan Azizan terdesak dari segi menepati bajet yang dibentangkan, serta terdesak untuk menjaga air mukanya, maka tidak mustahil yang beliau akan mengambil tindakan drastik sepertimana 'ugutan' yang dibayangkan oleh Phahrolrazi.

Tidak mustahil Kedah akan mencari jalan untuk menghentikan aliran air mentah ke Pulau Pinang melalui Sungai Muda. Azizan sebelum ini telah membuktikan yang beliau sedia mengambil risiko bencana banjir lumpur dan rakyat sengsara semata-mata untuk meneruskan pembalakan di kawasan tadahan dan kawasan-kawasan sensitif. Beliau telah mendabik dada megah untuk meneruskan aktiviti berisiko itu dengan alasan untuk mencari wang untuk negeri. Jika ini bukan kenyataan orang terdesak,maka apakah ia ??? Justeru,ingatlah bahawa orang yang terdesak sanggup melakukan apa saja. Jika nasib dan nyawa rakyat negeri sendiri juga sanggup diperjudikan,apatah lagi rakyat di negeri orang ??? Oleh itu,jangan terkejut jika Azizan menyekat bekalan air ke Pulau Pinang sekiranya Guan Eng enggan membayar caj sepertimana yang dituntut dan sekiranya PAS terus berkuasa di Kedah selepas PRU ini,mungkin rakyat Pulau Pinang perlu bersedia untuk minum air longkang.

RENUNG-RENUNGKAN  
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...