tun faisal dot com

tun faisal dot com


BN wajar beri penghargaan yang lebih baik kepada blogger dan cybertroopers pro-BN

Posted: 21 Feb 2013 08:00 PM PST


Pemimpin BN, khususnya UMNO seharusnya memberikan penghargaan yang lebih baik terhadap para blogger dan cybertroopers pro-BN di seluruh negara. Mengeluarkan perkataan yang tidak sepatutnya, yang memberi maksud memperlekeh dan memperkecilkan apa yang mereka telah lakukan selama ini untuk UMNO dan BN adalah TIDAK WAJAR sama sekali.

Koordinasi penting. Kita sambut baik arahan koordinasi. Malah sejak dulu lagi, bagi sesiapa yang pernah berbincang dengan saya, saya pernah tunjukkan strata komunikasi siber dan cadangan untuk mengkoordinasikannya. Tapi jangan bercakap seolah-olah tidak ada koordinasi sama sekali di kalangan bloggers dan cybertroopers pro-BN. Sejak Pilihan Raya Kecil Manek Urai, koordinasi untuk memenangi perang persepsi telah dilaksanakan di kalangan blogger dan cybertroopers pro-BN, sehinggalah Pilihan Raya Negeri Sarawak dan peristiwa-peristiwa seperti Bersih, 901, Ambang Merdeka, Tweet Merdeka - semuanya memerlukan koordinasi.

Boleh dikatakan koordinasi di kalangan blogger dan cybertroopers dalam komunikasi menyeluruh dan perang siber berlaku lebih awal dari arahan untuk pemimpin UMNO dan BN mengkoordinasikan mereka. Malah tidak salah untuk menyatakan, bloggers dan cybertroopers pro-BN `mengajar' pemimpin dan agensi kaedah untuk mengkoordinasikan gerakan siber, bukan sebaliknya. Saya boleh beri sekurang-kurangnya 10 contoh insiden tentang respon/komunikasi pemimpin, kementerian dan agensi tanpa koordinasi sebelum ini.

Gerakan siber di negeri-negeri pembangkang telah berlaku sebelum arahan koordinasi. Para bloggers dan cybertroopers menggunakan inisatif dan networking sendiri untuk menyerang pentadbiran PR, tanpa ada sebarang arahan koordinasi. Dalam proses ini, bukan sedikit blogger dan cybertroopers pro-BN mengambil risiko yang tidak berani diambil oleh mana-mana pemimpin BN sehingga ada di kalangan mereka disaman dan diugut oleh pihak yang tidak suka dengan pendedahan mereka.

Saya percaya blogger dan cybertroopers pro-BN menghargai koordinasi, tetapi koordinasi yang paling utama adalah di kalangan para pemimpin. Mereka juga menghargai teguran, tetapi janganlah bercakap seolah-olah mereka ini, terlalu bodoh dan naif, seolah-olah mereka tidak faham tentang propaganda dan persepsi. 

Sebelum mengeluarkan sebarang perkataan yang bukan-bukan yang tidak bersifat menghargai, mungkin lebih elok pemimpin-pemimpin BN berjumpa dulu dengan bloggers dan cybertroopers pro-BN dan mendengar terlebih dulu tentang gerak kerja mereka. Kita hargai pemimpin BN yang telah bertemu mereka. Bagi yang masih belum, mungkin lebih elok simpan judgement anda terlebih dulu dan segera lapangkan masa anda untuk bertemu mereka.

Eloklah kita buat kerja masing-masing. Jika anda ada perkara yang ingin anda kritik mengenai mereka, jangan sekali-kali lupa - mereka juga ada banyak perkara yang ingin mereka kritik tentang anda. 

Itu pandangan saya sebelum Pilihan Raya Umum ke-13. Seperti yang saya sebut, komitmen UMB adalah untuk memberi tumpuan kepada musuh sebenar, iaitu pembangkang. Jangan sampai ada di kalangan bloggers dan cybertroopers pro-BN hilang fokus...


[Gambar] `Lembu', `ayam', `baghal' PR ambil BR1M?

Posted: 21 Feb 2013 06:00 PM PST



Rakyat dilembukan oleh Nik Aziz? Apa komen Nik Aziz tentang`lembu' dalam partinya yang ambil BR1M? Inilah akibat beriman dengan Tuhan yang mencarut...

BUKTI LEMBU DAN AYAM TERNAKAN @nikabdulaziz TERIMA BR1M



Ketika jutaan rakyat Malaysia bersyukur dengan pelbagai bantuan yang diberikan Kerajaan Pusat, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebaliknya menyamakan usaha murni itu sebagai 'memberikan hampas kelapa dan padi serta jerami kepada ayam dan lembu'.

Menurut Menteri Besar Kelantan itu, pemberian wang ringgit sangat mendapat sambutan kerana sama dengan ayam dan lembu yang akan datang sekiranya manusia memberikan haiwan tersebut makanan yang digemari.

Sehubungan itu, beliau menambah, pemberian wang ringgit adalah salah di sisi Islam kerana ajaran Islam yang sebenar adalah memberikan ilmu kepada manusia.

"Orang yang menawarkan (wang) kepada orang, (sama seperti) kalau kita panggil ayam nak suruh ayam datang dekat, kita tabur hampas kelapa, tabur padi. Kalau nak panggil lembu kita bubuh (bagi) jerami.

KRuuhhh..... Kok..kok.. Mooo...MOooo... Mana dia rakyat LEMBU dan AYAM ni? 

Ayam/Lembu sapani? bukan calon PKR ke?
LEMBU/AYAM SAPA NIH? BR1M turut 'dimeriahkan' dengan kehadiran Ustaz Jak atau Mohd Zaki Ibrahim iaitu bekas ADUN PAS kerusi N38 DUN Kuala Balah, Kelantan
Nah! Lembu sapa nih?

Ayam / Lembu sapa pakai Baju BERSIH ni?


kemaskini :

* 300,000 rakyat Kelantan terima BR1M 2.0
* 114,000 anak muda Kelantan terima BR1M Orang Muda
* 414,000 jumlah penerima bantuan keseluruhan
* Purata 1 keluarga ada 4 orang (4 X 414,000 = 1,656,000 orang)

1.656 juta rakyat Kelantan adalah binatang. Rupanya yang mengundi Nik Aziz selama ini adalah binatang. TUKAR!





Klout Score @tunfaisal - 77, @tun_faisal - 70

Posted: 21 Feb 2013 04:30 PM PST







Terima kasih semua rakan twitter, facebook dan semua rangkaian sosial saya yang telah memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi selama ini. Tak banyak la score Klout saya, tapi akaun utama saya @tunfaisal dan rangkaiannya dapat la sebanyak 77 mata, dan akaun kedua saya @tun_faisal dan rangkaiannya dapat 70 mata.



Harussani - Golongan anti-perpaduan Pas-UMNO dalam Pas tidak beriman?

Posted: 21 Feb 2013 05:00 AM PST



PAS dan UMNO wajib bersatu jika memiliki iman-Mufti Perak

Umat Islam di negara ini tidak harus berpecah disebabkan parti politik kerana mereka mengucap dua kalimah syahadah yang sama. Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, pihak yang tidak mahu bersatu dan mahu memecahbelahkan umat Islam seolah-olah membawa ajaran sesat. Sambil melihat Umno dan Pas mempunyai ruang untuk bersatu, beliau menasihatkan orang Islam supaya tidak bergaduh sesama mereka disebabkan berpolitik.

 "Saya nampak masih ada harapan untuk mereka (Umno dan Pas) bersatu selagi mereka ada iman," katanya. Menurutnya, tindakan itu juga membawa kepada usaha memutuskan hubungan silaturahim sesama Islam dan hukumnya haram. "Kita tidak boleh putuskan silaturahim sesama Islam semata-mata untuk bekerjasama dengan kafir harbi yang terang-terang menolak Islam. "Tahalluf siyasi (kerjasama politik) tidak boleh dibuat jika benarkan perkara yang dilarang oleh syarak," katanya kepada media semalam.

 Harussani berkata, dalam al-Quran jelas menyatakan golongan kafir itu adalah golongan orang-orang yang zalim. Beliau berkata, jika sekiranya timbul rasa marah atau tidak puas hati terhadap kepimpinan Islam yang sedia ada, wajib untuk menegur untuk membetulkan mereka. "Kalau marah sekalipun, wajib betulkan dan menasihati mereka, bukan menjatuhkan atau membawa perpecahan dalam kalangan umat Islam.

 "Akibatnya, agama dan bangsa akan hancur. Sebab itulah setiap orang Islam wajib bersatu padu," katanya Kelmarin, Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah bertitah terdapat andaian jika dua kabilah politik Melayu yang saling berpengaruh kembali bercantum, akan tercapailah perpaduan ummah di negara ini.



[Video] #Xenophon kantoi terlibat dalam Bersih 3.0 #MentalitiPenjajah

Posted: 21 Feb 2013 02:00 AM PST


Kita tidak perlukan mat salleh yang masih bermentaliti penjajah untuk menentukan apa yang baik dan buruk untuk negara kita. Siapa sahaja boleh disenarai hitam di UK, Australia, New Zealand, USA dan mana-mana negara di dunia. Xenophon memang wajar dihantar balik sebab sebagai orang luar, tidak sewajarnya menyalah gunakan kemasukannya ke negara ini untuk campur tangan seolah-olah dia kuasa kolonial yang hendak berhak menentukan yang buruk dan baik untuk negara ini.

Kesian Raja Arif.....

Posted: 20 Feb 2013 11:19 PM PST



Komitmen UMB sejak sebelum Perhimpunan Agung yang lepas, tiada lagi serang menyerang di dalam parti dan pro-BN dan taat kepada ulil amri, iaitu Perdana menteri dan Presiden Parti. Pilihan raya tidak lama lagi, kita fokus kerja PRU13. Jika masih ada di kalangan UMB yang tidak patuh kepada ulil amri, selain mereka berdosa kerana tidak taat kepada ulil amri, tindakan boleh diambil serta merta.

RAJA ARIF SILAP BELA HANTU RAYA TAK KENYANG KENYANG

Sangkakala kesian pulak tengok ketua pengarah Biro Tata Negara, Raja Arif yang kini menjadi bahan kutukan sebuah laman blog pro BN.

Bukan apa, setahu Sangkakala, dulu blogger sorang ni diberi kemudahan untuk pusing satu Malaya untuk membuat konvension media sosial.

Tapi sejak akhir akhir ni Sangkakala tengok beliau dihentam teruk sekali oleh blogger tersebut.

Itu lah, lain kali tengok tengok sikit YM Raja Arif, setelah dibela diberi segala bagai, bila satu benda dia tak dapat sudah pasti dia akan menjadikan YM Raja sebagai sasaran.

Mungkin sikap ketua pengarah BTN ini perlu diubah, daripada bagi makan hantu raya tak kenyang kenyang ni kepada bagi bau sahaja.

Sangkakala juga ada sikit rasa terkilan, sebab blogger ni kata BTN kini membela beberapa orang blogger untuk menepis segala tohmahan terhadap BTN dan Raja Arif .

Ada kemungkinan Raja Arif tak nak bela blogger ni sebab demand lebih sangat kot, sampai Raja Arif tak mampu nak bagi makan.

Walau apa pun Sangkakala ucapkan tahniah kepada blogger ni sebab dah tunjukkan siapa diri beliau yang sebenar.



pssttt..sangkakala tak dibayar oleh BTN tau..nak sumpah muhaballah pun boleh..hehehe 
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...