PAPA GOMO

PAPA GOMO


Kerajaan Negeri Selangor Hentikan Datum Jelatek Segera!!!Rakyat Dah Mula Muak Dengan Pakatan Rakyat

Posted: 21 Feb 2013 06:19 PM PST



Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) terus menerima desakan dari pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) supaya menghentikan projek super mewah Datum Jelatek dari terus dibangunkan.

Menurut Presiden Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) Hamidzun Khairuddin, tujuan PKNS ditubuhkan adalah untuk meningkatkan taraf hidup rakyat dengan membangunkan projek perumahan mampu milik dan bukan sebaliknya.

"Kondominium super mewah 45 tingkat Datuk Jelatek ditawarkan dari RM 956 000 hingga RM 11.6 juta langsung tidak munasabah untuk dibeli orang Melayu, Cina atau India yang berpendapatan kecil dan sederhana.

"Hanya jutawan dan mereka yang berpendapatan minimum RM 20 000 sebulan sahaja yang mampu untuk membeli kondominium itu," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Turut hadir pada majlis tersebut, wakil dari Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Jaringan Cina Malaysia (JCM), Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Waris Malaya, dan Kelab Perbadanan Insan Selangor.
Beliau turut mempertikaikan tindakan PKNS menjual dua blok kondominium tersebut secara en-block kepada rakyat Singapura.


"Rakyat Selangor lebih memerlukan rumah di Kampung Datuk Keramat berbanding rakyat Singapura. Nampaknya Menteri Besar Selangor melaksanakan visi kera dihutan disusukan, anak dirumah mati kelaparan."

Pada majlis yang sama, Presiden JMM Azwanddin Hamzah mendesak Menteri Besar untuk mendedahkan identiti Wiramas (M) Sdn Bhd, Surbana International Consultant (M) Sdn Bhd dan lembaga pengarah projek Datum Jelatek kepada umum.

Sebelum ini, Khalid mengumumkan tapak pembinaan tersebut akan didirikan empat blok pangsapuri mampu milik untuk warga tempatan dan pelan tersebut diubah kepada projek kondominium mewah Datum Jelatek.

Sumber KLPOS



Undi PKR Bawa Kehancuran Negara 
Undi PAS Bawa Pepecahan Umat Islam 
Undi DAP Bawa Penindasan Bangsa 
Undi BN Bawa Kemakmuran Agama, Bangsa Dan Negara.

Kenapa Blogger BN Perlu Cemburu Apabila Blogger Pembangkang Perolehi RM 3 Ribu Sebulan.

Posted: 21 Feb 2013 04:00 AM PST



Gua tak faham kenapa ada sebilangan Blogger yang cemburu dengan pendapatan geng Blogger pembangkang sepertimana yang tertera didalam gambar diatas. Kenapa perlu cemburu dengan pendapatan mereka tu?

RM 3 ribu sebulan bagi Blog pro Pembangkang untuk menyebarkan fitnah dan menyerang Barisan Nasional pada aku tidak berbaloi dengan usaha dan kerja mereka. RM 3 ribu tolak bill Talifon, broadband, wifi, kos ke sana ke sini, makan minum semua tu je dah tinggal berapa sen je buat Blogger Pembangkang tu nak hidup.

Gua tak kisah berapa pun blogger pembangkang ni dapat sebab mereka benar benar melakukan kerja mereka tampa rasa SYOK SENDIRI sepertimana sebilangan Blogger pro BN yang dok berjuang menentang kejahatan Pakatan Pembangkang.

Pendek kata mereka blogger Pro Pembangkang ini dibayar RM 3 ribu adalah satu keuntungan buat pemimpin pembangkang kerana mereka melaksanakan tugas mereka menghentam Barisan Nasional khusunya UMNO secara total dan bersatu padu.

Artikel mereka pulak Blogger Pembangkang? MAINTAIN sejak dari dulu sampai sekarang dengan melibas BN kiri dan kanan tampa artikel HIBURAN, ARTIS ataupun GOSIP sepertimana yang berlaku dalam gerakan blogger BN sekarang ini yang hanya menumpukan cerita artis dan skandal untuk menarik perhatian pembaca.

Gua malas nak ulas pasal ni tapi cuma Gua ralat sebab taraf blogger macam Milo Suam, Ameno World dan Anak Sg Derhaka tu tidak layak untuk menerima RM 3 ribu sebulan sebab kekuatan Blog mereka luar biasa dan banyak mengeluarkan isu isu panas dalam menfitnah BN dan kerajaan.

Macam contoh si Ameno World tu yang cukup popular kerana menfitnah Rosmah Mansor. Sepatutnya perlu diberikan elaun elaun lain memandangkan blog mereka itu adalah yang terhangat dipasaran dan bukan sepertimana blog Tukang lawan ataupun warta jingga yang tidak ada impak.

Apa pun tu rezeki mereka untuk menjalankan tugas mereka. Dan Gua rasa Blogger Pro BN yang dok menyokong kerajaan pun dapat apa yang blogger Pro pembangkang ni dapat. Ni namanya kerja dengan mencari rezeki.

Ada kawan Gua dapat RM 500 je sebulan beb walaupun kedudukan beliau dicarta teratas setiap masa. Dia kena tipu dengan orang tengah ataupun memang elaun banyak tu Gua tak sure. Tapi yang pasti Untung lah penerima penerima elaun dalam berjuang ni berbanding segelintir kawan kawan dalam pihak pembangkang mahupun kerajaan yang tak punya apa apa.

Psssttt.... Rezeki masing masing beb.....

Undi PKR Bawa Kehancuran Negara 
Undi PAS Bawa Pepecahan Umat Islam 
Undi DAP Bawa Penindasan Bangsa 
Undi BN Bawa Kemakmuran Agama, Bangsa Dan Negara.

<
/>
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...