PAPA GOMO

PAPA GOMO


Rejim Pakatan Selangor Arahkan Pemaju Menaikkan Harga Rumah

Posted: 20 Feb 2013 06:00 PM PST



Mana rumah untuk rakyat Selangor mampu milik? Mana semua janji janji manis Pakatan PAS,DAP dan PKR sewaktu berkempen pada tahun 2008 yang lepas? Mana semua tu?

Apa yang benar benar terasa waktu ini oleh hampir semua rakyat Selangor adalah harga rumah di Selangor yang malambung begitu tinggi ekoran sikap kerajaan negeri pimpinan Khalid Ibrahim yang tidak peka ataupun ambil kisah tentang permasaalahan rakyat Selangor terutamanya golongan muda anak anak Selangor.

Pembinaan rumah yang bernilai ratusan ribu menjarakkan peluang untuk anak anak muda memiliki rumah idaman mereka kerana pentadbiran negeri Selangor yang hanya menumpukan keuntungan dengan membina rumah rumah mewah dnegan harga yang tidak masuk akal.




Lihat sahaja contoh projek PKNS milik kerajaan negeri Selangor apabila rumah penduduk yang sebelum itu menetap disitu dirobohkan dan hendak pula didirikan projek mega yang mana untuk seunit studio berharga RM 700 ribu. Apakah anak anak muda mampu untuk memiliki sebuah rumah bersaiz Studio dengan harga RM700 ribu?

Gomo mengambil contoh kerajaan Pusat Barisan Nasional ataupun mana mana kerajaan negeri yang ditadbir Barisan Nasional. Jika sebuah projek perumahan hendak dibangunkan ianya mesti mengambil kira keperluan dan kehendak para penduduk di sesebuah negeri tersebut.

Sebab itu negeri yang ditadbir Barisan Nasional sentiasa membina rumah kos rendah dan mampu milik bagi memberi peluang kepada rakyat negeri tersebut membelinya. Dan anda sendiri boleh lihat di Selangor sewaktu zaman pentadbiran Barisan Nasional apabila sesebuah projek perumahan bernilai tinggi dibangunkan dalam masa yang sama dikawasan tersebut projek perumahan untuk rakyat juga dibangunkan.

Ini baru dinamakan seimbang dan bukan mencari keuntungan dengan mengetepikan keperluan rakyat sesuatu tempat sepertimana yang berlaku dalam negeri Selangor dibawah pentadbiran Pakatan PAS,DAP dan PKR waktu ini.



Datum Jelatek projek milik pentadbiran Pakatan PAS,DAP dan PKR yang telah membuktikan bahawa mereka ini hanya mementingkan tembolok mereka sahaja berbanding akan permasaalahan rakyat. Janji janji manis PRu lalu kini menjadi mimpi ngeri buat rakyat Selangor dan sudah pastinya pada PRU 13 ini rakyat akan bangkit menentang kezaliman yang dilakukan rejim Pakatan Haram di Selangor ini.

Gomo harap rakyat membuka mata dalam pekara ini. Jangan kita mudah sekali lagi untuk mempercayai janji janji manis yang dicanang oleh Pakatan pada PRU 13 nanti. Kembalikan Selangor kepada Barisan Nasional!!!

Psssttt..... Anak muda Selangor akan pastikan rejim Pakatan yang diketuai DAP tumbang pada PRu 13 nanti.

Undi PKR Bawa Kehancuran Negara 
Undi PAS Bawa Pepecahan Umat Islam 
Undi DAP Bawa Penindasan Bangsa 
Undi BN Bawa Kemakmuran Agama, Bangsa Dan Negara.

Teresa Kok DAP Perlekeh Kaum India "MABUK"

Posted: 20 Feb 2013 05:48 AM PST






Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok didesak meletak jawatan sebagai Pengerusi DAP Selangor ekoran didakwa gagal melaksanakan tugas dengan baik selain mengamalkan sikap pilih bulu dalam menangani masalah rakyat.
Desakan itu dibuat bekas Ketua Cawangan DAP Pantai Sepang, R.Vellasamy yang mendakwa banyak masalah rakyat, terutama masyarakat India di Selangor yang tidak dapat diselesaikan oleh beliau.

Selain tugasnya sebagai Ahli Parlimen Seputeh, Kok juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kinrara yang dilantik sebagai Exco kanan kerajaan Selangor sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan kerajaan negeri.

"Semua jawatan dia mahu, tetapi tidak boleh buat kerja, sebab itu sekarang banyak masalah di Selangor," katanya kepada pemberita di sini, hari ini, lapor Bernama.

Beliau berkata, tahun lepas, Kok mengadakan pertemuan bersama masyarakat Cina di Sungai Pelek, Sepang bagi menyelesaikan masalah rumah ibadat dan sekolah, tetapi tidak mengadakan pertemuan serupa bagi menyelesaikan masalah masyarakat India.

"Sebelum ini, saya telah hantar 11 memorandum minta bantuan bagi kebajikan masyarakat India di Sungai Pelek, Sepang tetapi sehingga kini masih tiada maklum balas," katanya.

Vellasamy yang dipecat daripada DAP pada Mei tahun lalu turut mendakwa, beliau digelar sebagai 'mabuk' oleh Kok kerana sering membangkitkan isu masalah rakyat yang tidak diselesaikan oleh DAP dalam beberapa mesyuarat parti itu.

"Pada tahun 2008, semasa itu mereka (pakatan pembangkang) tiada tempat untuk mesyuarat, kita bagi tempat di kuil, mereka janji akan bagi sumbangan dan tanah dengan geran untuk kuil, tetapi sampai sekarang tak ditunaikan," Read More





Teresa Kok satu jenis pemimpin Pembangkang yang cukup RACIST dan memang anti kepada Islam. Siapa tidak kenal dengan Teresa Kok yang memang cukup bangsat ini? Ini lah Teresa Kok yang sebenarnya yang banyak melakukan gerak kerja kotor demi agenda DAP.

Psssttt... Si teresa Kok tak kawin lagi, ada ke yang berkenan? Pi le ejas dia tu...

Undi PKR Bawa Kehancuran Negara 
Undi PAS Bawa Pepecahan Umat Islam 
Undi DAP Bawa Penindasan Bangsa 
Undi BN Bawa Kemakmuran Agama, Bangsa Dan Negara.

Azmin Ali YB Gombak Arahkan Projek Datum Jelatek Diteruskan

Posted: 20 Feb 2013 01:11 AM PST



Pembangunan pesat meningkatkan lagi penambahan jumlah kenderaan di sesebuah kawasan lebih-lebih lagi untuk sebuah pembangunan perumahan strata atau perumahan bertingkat yang melebihi dua puluh tingkat akan meningkatkan lagi permasalahan ini.

Kapasiti parkir kereta selalunya disediakan oleh pihak pemaju bergantung kepada status pembangunan serta keperluan penghuni sesebuah pembangunan.  Jumlah yang diperuntukkan adalah bergantung kepada jenis rumah, dan permintaan daripada individu itu sendiri.

Pembangunan Datum Jelatek di Lembah Keramat memperuntukkan empat blok berketinggian sehingga 39 tingkat menempatkan 674 unit kediaman pelbagai saiz, termasuk empat tingkat podium tapak penjualan, unit pejabat kelas A, dewan, skybar, dan restoran makanan mewah.

Lot-lot parkir diletakkan di tingkat bawah tanah setinggi tiga tingkat. Setiap unit rumah diberikan antara satu hingga empat lot parkir bergantung kepada saiz dan harga sesebuah rumah yang bermula dari RM 699 888 hingga RM 11 593 888.

Sebagai contoh, unit rumah jenis studio berkeluasan 538 kaki persegi dengan harga RM 699 888 diperuntukkan 1 lot parkir begitu juga bagi unit rumah jenis 1 bilik tidur atau 1+bilik belajar berkeluasan 743 hingga 1 168 kaki persegi setiap satu.

Bagi unit rumah dua dan tiga bilik tidur pula akan memperoleh dua atau tiga lot parkir kereta dengan harga rumah bermula dari RM 1 656 888 hinga 4 688 888 Read More....

Psssttt... Mana rumah murah untuk rakyat Selangor? Pakatan Haram Selangor Tindas rakyat!!!

Undi PKR Bawa Kehancuran Negara 
Undi PAS Bawa Pepecahan Umat Islam 
Undi DAP Bawa Penindasan Bangsa 
Undi BN Bawa Kemakmuran Agama, Bangsa Dan Negara.


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...