Lawatan ke Sabah

Saudara/Saudari tuanhamba,
 
Lawatan ke Sabah
Saya melancarkan program Nadi Kasih Peringkat Sabah

Salam 1Malaysia,
 
Selepas cuti sambutan Tahun Baru Cina, saya meluangkan masa selama dua hari ke Sabah untuk beramah mesra bersama rakyat serta melihat sendiri perkembangan terkini di negeri di bawah bayu itu. Selain bertemu dengan penduduk di Sabah, saya turut berkesempatan melancarkan program Nadi Kasih Peringkat Sabah yang diadakan di Tuaran pada 14 Februari lalu.
 
Pada perlancaran itu, saya mengingatkan penduduk di Sabah agar terus memberi kepercayaan kepada Barisan Nasional (BN) supaya Kerajaan pimpinannya boleh terus membawa lembaran baharu kepada negeri dan rakyat di Sabah.
 
Saya berjanji, Sabah tidak akan terpinggir daripada arus pembangunan dan untuk itu, rakyat di negeri itu perlu terus memberi sokongan serta kepercayaan kepada Barisan Nasional.
 
Pilihlah untuk bersama-sama dengan saya dalam usaha untuk menjayakan program transformasi. Ini sekali gus dapat memastikan supaya matlamat negara untuk menjadikan Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi menjelang 2020 tercapai.
 
Untuk mengikuti segala pekembangan terkini mengenai isu semasa negara, ikuti saya di Facebook  dan Twitter serta lawati laman web saya, 1Malaysia.com.my. Kongsikan maklumat ini kepada ahli keluarga serta sahabat handai anda dan ajak mereka untuk melanggan maklumat terkini menerusi laman web saya. Diharapkan anda semua dapat meneruskan sokongan kepada saya sebagai Perdana Menteri agar kita dapat bersama-sama membawa negara ini ke peringkat yang lebih tinggi.


Najib Razak
Copyright © 2013 1Malaysia.com.my, All rights reserved.





-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...