Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


PANASS!! Video Hangat Adun Wanita Dap Pula Tersebar? #ManifestoBukanJanji

Posted: 26 Feb 2013 07:17 AM PST



Sebenarnya ini salah satu video dari kaum cina yang menolak Dap. Sebenarnya banyak lagi video, cuma kita saja yang tak tahu pasal ni. Jom kita tolong promote video-video macam ni!

Mc pun tak faham sangat video ni, cuma bila dia kata Dap dan Janice Lee tu KANASAI, memang betul la. Sebab dalam bahasa cina, KANASAI tu bermaksud, 'MACAM TAHI'.

jadi memang betul la Dap tu KANASAI! he he..

TUDIAA!! Azizan Dah Kerat Dua Ekor Ni Sebagai Calon!! #TukarKedah

Posted: 26 Feb 2013 04:39 AM PST

Dr Mail dan Phahrol hanya tinggal kenangan..

Keadaan rumahtangga Pas bertambah gawat di Kedah apabila perbalahan beberapa anggota exco negeri itu dengan Menteri Besar tidak lagi mampu dibendung.

Usaha untuk menjatuhkan Azizan Abdul Razak yang dahulunya nampak sudah reda sedikit setelah campurtangan Pas Pusat kembali mengeruhkan landskap politik di Negeri Jelapang Padi itu.

Laporan media menyatakan 11 daripada 15 pas kawasan di Kedah telah memberi kata dua kepada Menteri Besar supaya meletak jawatan dan melepaskan kedudukannya sebagai pesuruhjaya negeri bagi parti itu.

Azizan yang terkenal dengan sifat bongkak dan angkuh serta sering memperlekehkan petugas media arus perdana, seperti biasa menunjukkan sikap keras kepalanya dengan enggan tunduk kepada desakan tersebut.

Azizan dikatakan gagal menjalankan tugasnya sebagai Menteri Besar untuk memajukan negeri Kedah.

Sebaliknya sepanjang pentadbirannya, boleh dikatakan tidak ada langsung pembangunan yang ketara dilaksanakan untuk kepentingan rakyat dan pembangunan ekonomi negeri.

Yang sering dipaparkan di dada-dada akhbar ialah bagaimana rakusnya kerajaan negeri Pas menggondolkan bukit bukau sehingga menjejaskan kawasan tadahan hujan di Tasik Pedu.

Seperti biasa apabila tidak pandai mentadbir dan menjana fikiran bernas untuk memajukan negeri, UMNO dan Barisan Nasional lah yang menjadi sasaran.

Apabila tidak berjaya memacu ekonomi Kedah menyebabkan kantong negeri hampir kosong, Azizan mengugut supaya kerajaan pusat memberinya RM100 juta jika ingin selamatkan hutan rimba negeri itu.

Itulah yang diperolehi oleh rakyat Kedah dalam keghairahan mereka untuk menukar kerajaan negeri pada Pilihan Raya Umum 2008 lalu.

Kini mereka sudah sedar perubahan yang mereka impikan selama ini di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat bagaikan mengharap panas hingga ke petang, rupa-rupanya hujan di tengah hari.

Harapkan kerajaan negeri baru pada 2008 akan menunaikan semua janji-janji manis yang ditabur semasa kempen pilihan raya tetapi akhirnya jadi kaki kencing rakyat rupanya!

Disebabkan terlalu asyik berpolitik dan berceramah siang dan malam, inilah kualiti kerajaan negeri yang dinikmati oleh rakyat kedah di bawah Pas.

Yang dipentingkan oleh pemimpin-pemimpin pas ialah mengejar kuasa serta kedudukan bagi kepentingan diri sendiri dan keluarga masing-masing.

Inilah yang berlaku di Kedah apabila dua exco kanan, Phahrolrazi Nawawi dan Dr Ismail Salleh mengetuai kelompok untuk menjatuhkan Menteri Besar.

Selain faktor politik yang tidak 'ngam', antara alasan utama ialah faktor ekonomi.

Ini kerana Azizan hanya mengutamakan kroni-kroni terdekatnya sahaja dalam pengagihan projek-projek dengan menyisihkan kumpulan kedua-dua ahli exco itu.

Sudah tentu ini menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan penyokong-penyokong mereka lantas secara senyap mejalankan kempen halus untuk menurunkan Azizan daripada kedudukannya.

Sindrom penafian yang diamalkan oleh Pas Pusat juga bakal mengundang bencana bagi parti itu di Kedah.

Kalau dahulunya api pergaduhan antara Azizan dan dua exconya dapat ditangani tetapi tindakan itu hanyalah bersifat sementera waktu kerana hakikatnya perbalahan mereka tidak dapat diselesaikan dengan apa cara pun.

Setiausaha Agung Pas, Mustafa Ali ingin menipu ahli Pas dan rakyat Kedah dengan mengatakan tidak ada pergolakan politik yang berlaku di negeri itu.

Ini sepertilah berkata bahawa tidak ada tsunami yang berlaku walhal separuh negeri sudah ranap.

Cuba menutup kenyataan yang sudah terang lagi nyata tidak akan menyelesaikan masalah dalaman pas di Kedah yang sudah ke peringkat amat serius.

Sudah ada desas desus Azizan mendesak kepimpinan pusat parti terutamanya Presiden Pas Abdul Hadi Awang supaya menggugurkan nama Phahrolrazi, Dr Ismail serta beberapa orang kuat mereka daripada senarai calon parti itu pada PRU13 nanti.

Jika ini berlaku bukan sahaja Pas Kedah akan berpecah, kerajaan negeri pun akan terlepas ke tangan BN.

Kini pun gelombang sokongan rakyat terhadap UMNO dan BN sudah meningkat sehingga menggerunkan Pas Kedah.

Kemungkinan besar Kedah akan ke pangkuan BN bukan sahaja kemelut yang membelenggu Pas Kedah tetapi kerana rakyat sudah cukup meluat dan marah kepada pentadbiran yang sama sekali tidak pro aktif dan membela kebajikan rakyat.

PANASS!! Ayahanda Tun Dr Mahathir Jawab Fitnah Anwar Terhadap Beliau!

Posted: 26 Feb 2013 01:16 AM PST


 Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan beliau sama sekali tidak terbabit dalam membuat keputusan berhubung dakwaan pemberian kontrak PETRONAS kepada anaknya.

Malah, bekas Perdana Menteri itu berkata, beliau cuma diberitahu oleh Presiden PETRONAS selepas kontrak itu diberikan dan beliau sanggup bersumpah di dalam masjid dengan menjunjung Al-Quran berhubung perkara itu.

"(Ketua Pembangkang Datuk Seri) Anwar Ibrahim menuduh saya, sebagai penasihat PETRONAS sudah terbabit dalam pemberian kontrak PETRONAS kepada anak saya.

"Bagi Anwar, inilah yang biasa dilakukan olehnya jika ia berkuasa. Semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan memang pun banyak kontrak diberi olehnya kepada penyokong politiknya dan keluarganya.

"Kementerian sudah mempamerkan semasa mesyuarat Agung UMNO senarai orang yang mendapat kontrak semasa ia berkuasa. Terdapat dalam senarai nama penyokongnya dan keluarganya. Tidak ada satu pun dari anak saya yang tersenarai," katanya dalam entri terbaharu blognya, www.chedet.cc.

Dr Mahathir berkata, walaupun digelar sebagai penasihat PETRONAS, beliau tidak memberi apa-apa nasihat kepada syarikat itu.

"PETRONAS diletak di bawah Perdana Menteri dan Perdana Menteri lah yang memberi arahan kepada Petronas. Semasa saya jadi Perdana Menteri pun saya tidak memberi apa-apa bantuan kepada anak-anak saya," katanya.

Katanya, tiada seorang pun anaknya mendapat tempat dalam kerajaan atau dalam parti ketika beliau sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

Beliau menjelaskan beberapa kali nama mereka dicalonkan tetapi tidak membenarkannya sehingga beliau bersara, begitu juga tiada kontrak kerajaan yang mereka perolehi.

"Jika mereka berjaya sama ada dalam perniagaan atau politik, ini adalah atas usaha mereka sendiri. Dan ini semua berlaku selepas saya letak jawatan Perdana Menteri," katanya.

Dr Mahathir berkata, PETRONAS tidak memberi peluang kepada anaknya sahaja ketika beliau menjadi penasihatnya dan orang lain juga mendapat peluang jika mereka ada kemampuan.

Sebaliknya Anwar, katanya, apabila menubuh partinya melantik isterinya sebagai Presiden, sebagai calon di Permatang Pauh dan kemudian menyuruh isterinya melepaskan kawasan untuk ditandinginya.

"Tidak ada bukti adanya pertandingan untuk jawatan penasihat parti yang disandang olehnya. Dia juga memilih anaknya untuk menjadi calon dalam pilihan raya.

"Sekarang isterinya jadi presiden parti dan anaknya jadi naib presiden parti. Kawannya juga jadi timbalan. Parti Keadilan adalah milik Anwar Ibrahim," katanya.

"Jika anak dan isteri Anwar boleh menjadi politikus, apakah anak saya tak boleh berniaga sendiri tanpa difitnah oleh Anwar?

"Kenapa begitu takut bersumpah jika jenayah liwat tidak dilakukan. Berani kerana benar, takut kerana salah – demikian pepatah Melayu," katanya. - BERNAMA

TUDIAA!! Azizan Razak Laungkan Amaran Pada Penentangnya di Kedah!! #TukarKedah

Posted: 25 Feb 2013 10:17 PM PST


Walaupun pesaing Menteri Besar si Phahrolrazi semakin membuat langkah untuk naik jadi Menteri Besar Kedah. Azizan Razak yang selama ini dilihat sering sakit dan tak sihat terus bertegas untuk mempertahankan jawatannya.

Menteri Besar, Azizan Razak sekali lagi menegaskan bahawa beliau akan tetap bertanding mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) ini. Azizan berkata, beliau masih sihat dan bersemangat untuk terus berjuang dan tiada sebab untuk berundur.

"Mengapa ada orang hendak saya berhenti, kata saya tidak sihat, jalan tiga selinder. Itu tak betul," katanya kepada pemberita apabila ditanya sama ada akan berundur ekoran dakwaan bahawa keadaan kesihatannya tidak memuaskan. Sejak tahun lepas Azizan telah beberapa kali mendapatkan rawatan kerana menghadapi masalah kesihatan termasuk masalah mata.

Azizan ditemui di pejabatnya pada Ahad lalu, bagi mengadakan sidang akhbar untuk menjelaskan isu aktiviti pembalakan dalam kompartment tujuh hutan Bukit Perangin di Wang Perah dalam daerah Kubang Pasu.

Mengenai dakwaan beliau mencatur pemilihan calon bagi 11 kawasan Dun, Azizan berkata selaku Pesuruhjaya Pas Negeri beliau hanya menyampaikan nama orang-orang yang dicalonkan. "Pas Pusat yang akan membuat pemilihan, bukan saya yang menentukannya," kata Azizan.

Penafian yang Azizan buat semata-mata tidak mahu timbul kontroversi apabila ada calon dari 'the other side' tidak terpilih kelak. Kerana kumpulan 'the other side' yang diketuai oleh Mat Sabu dan Phahrolrazi sedang mengasak Azizan Razak dengan begitu dahsyat di Kedah.

Apa yang menjadi persoalannya, puak penentang Azizan, berani bersuara lantang menolak beliau. Sedangkan penyokong Azizan langsung tak nampak muka. Apakah Azizan mempunyai penyokong? Atau beliau hanya berjuang seorang diri?


McTheory:
Kesian Azizan, jenuh taichi la sorang-sorang..

PANASS!! Manifesto Bukan Janji Lawak Alaf Baru Pakatan Rakyat! #ManifestoBukanJanji

Posted: 25 Feb 2013 07:16 PM PST



Mc agak teruja bila membaca ulasan dari Blog MiM yang menceritakan Manifesto Bukan Janji pada Pakatan! Kalau ianya bukan janji, apa motif Pakatan buat Manifesto?

Belum pun sempat membuai rakyat dengan mimpi palsu, Manifesto Bukan Janji PRU13 Pakatan pembangkang sudah bertalu-talu disindir dan dikutuk dengan hebat.

Ironinya, kritikan tajam itu bukan disebabkan oleh UMNO dan BN tetapi dek kenyataan pemimpin-pemimpin pembangkang sebelum ini yang menyebabkan Manifesto Bukan Janji pembangkang tampak murahan, tidak boleh dipercayai dan menempelak diri mereka sendiri.

Di antara puncanya ialah kerana TS Khalid Ibrahim, sebagai Menteri Besar Selangor pernah mendakwa bahawa "sebuah manifesto bukanlah janji" sebagai respon terhadap tuntutan air percuma oleh rakyat Selangor seperti yang dijanjikan dalam manifesto 2008.




Kenyataan itu sekali gus telah menyebabkan rakyat begitu mual apabila  kepimpinan pakatan pembangkang bercakap tentang 'Manifesto' kerana mereka tahu pakatan pembangkang tidak semestinya menunaikan manifesto itu kerana ianya bukannya janji.

Kata mudah, apa sahaja yang diperkatakan di dalam Manifesto Bukan Janji PRU13 ciptaan pakatan pembangkang boleh ditukar menjadi 'bukan janji untuk ditepati tetapi janji untuk dicapati'!

Sebutlah apa sahaja, semuanya di dalam Manifesto Bukan Janji PRU13 pakatan pembangkang, tidak boleh kita percayai langsung perlaksanannya.

Malah, bila mereka diberikan kuasa untuk melaksanakan projek-projek seperti rumah mampu milik, kerajaan pakatan pembangkang terbukti tidak mampu melaksanankannya!


Contohnya, ialah Manifesto Bukan Janji Pakatan pembangkang kononnya mahu menyediakan 150,000 unit rumah mampu milik.
Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), Datuk Wira Ir. Idris Haron berkata, pembangkang hanya pandai menabur janji sedangkan semua rumah mampu milik di seluruh negara adalah atas usaha kerajaan Barisan Nasional (BN) menerusi pihaknya, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Risda, Felda dan lain-lain. 
"Pas memerintah Kelantan selama 23 tahun tetapi sebuah rumah mampu milik pun mereka tak bina. Semua rumah itu dibina oleh SPNB. Kelantan juga adalah penerima terbanyak Rumah Mesra Rakyat (RMR) kelolaan SPNB," katanya kepada Utusan Online hari ini. 
Selain daripada kenyataan Khalid Ibrahim, kenyataan 'merapu' Nik Aziz dan Hadi Awang juga telah menempelak mereka. What a timing!

Dek kerana menghina rakyat seperti ikan, ayam dan lembu, Manifesto Bukan Janji pakatan pembangkang tampak low class dan tidak boleh dipercayai langsung!

Apa tidaknya, Manifesto Bukan Janji pembangkang telah menyelitkan gula-gula pilihanraya untuk menipu dan memerangkap rakyat.

Setelah dihina sedemikian rupa oleh pakatan pembangkang, pasti rakyat tidak lagi memandang atau mahu percaya dengan segala Manifesto Bukan Janji Pembangkang.

Kerana itu juga, Ketua Hubungan Kajian, Akademi Kajian Syariah Antarabangsa untuk Kewangan Islam (ISRA), Prof. Madya Dr. Asyraf Wajdi Dusuki memberi komentar yang sangat pedas tetapi benar!
Beliau berkata, sesiapa sahaja boleh buat membuat pernyataan, tetapi jika tidak apat dilaksanakan mereka akan mengubah kenyataan itu kepada "tidak pernah berjanji". 
"Tidak guna nak komen mengenai manifesto pakatan rakyat kerana bagi mereka (pembangkang), hal itu adalah satu pernyataan sahaja, bukan janji,'' katanya kepada Utusan Online menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) hari ini.

Selain daripada 2 perkara di atas, kita percaya rakyat sudah mulai sedar bahawa angka-angka Ringgit yang dinyatakan oleh Pakatan pembangkang tidak berdasarkan kepada kiraan tepat dan sebenar pendapatan negara dan tidak merujuk kepada pelbagai indeks kewangan dan ekonomi Malaysia.

Maksudnya, pembangkang boleh tulis apa sahaja nombor dan menjadikannya manifesto tetapi semuanya itu nombor-nombor yang dipetik di langit !

Tetapi apabila dinyatakan akibat buruk dek mainan politik pembangkang, kita semua tentu terkejut besar! Sebagai contoh :


Tambahan pula, pembangkang tidak semestinya menunaikan manifesto mereka!

Apa pun, Manisfesto Bukan Janji Pembangkang PRU13 telah menjadi bahan ketawa rakyat Malaysia. Semuanya kerana mulut mereka juga.

Memalukan!

Untuk lebih menarik layan video kat bawah ni.

PANASS!! Konvensyen Pakatan Rakyat Buktikan Anwar Bukan calon Utama Perdana Menteri!! #ManifestoBukanJanji

Posted: 25 Feb 2013 05:12 PM PST


Nampaknya sampai sekarang Pakatan Rakyat masih tidak membuat keputusan rasmi, siapa yang akan diangkat menjadi PM, andaikata mereka menang nanti.

Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat meremehkan isu gabungan itu belum menetapkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri jika menang pada pilihan raya umum akan datang.

"Kita akan memastikan masa yang sesuai, strategi ini tidak boleh cerita semua dan kalau saya cerita sudah tidak menjadi strategi lagi," Timbalan Presiden PKR Azmin Ali. Beliau enggan menghurai lanjut.

Jawapan Azmin itu disusun setelah perwakilan Konvensyen Pakatan Rakyat memberi sambutan agak hambar kepada gesaan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng bahawa Anwar harus diangkat menjadi Perdana Menteri untuk "selamatkan" Malaysia.

Sebelum ucapan Guan Eng, Azmin tampil menyifatkan Anwar sebagai pemimpin berwibawa yang menerajui Pakatan Rakyat, sekali gus menzahirkan pendirian PKR bahawa beliau harus diangkat menjadi PM jika pembangkang menang pilihan raya umum.

Pemerhati politik sebelum ini melihat sebarang ketetapan daripada Pakatan Rakyat mengangkat Anwar sebagi calon PM pembangkang akan menzahirkan permuafakatan antara PKR-DAP-PAS.

Anwar mempunyai sokongan bulat DAP namun sokongan daripada PAS untuk mengisi jawatan tertinggi kerajaan masih samar-samar.

"Bagi PAS lawan dululah... bila kita menang kita boleh bincang siapa perdana menteri. Macam kita nak bagi keuntungan kambing, kambing pun tak bela lagi jadi tak tahu mana nak untung, " kata Ketua Penerangan PAS Tuan Ibrahim Tuan Man.

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu juga mengambill pendirian sama. "Kita bayang (siapa PM) bila kita menang nanti, bagi menang dulu," kata beliau.


Anwar sendiri cuba meremahkan isu itu apabila ditanya oleh wartawan.

"Awak ada cadangan lain (siapa layak jadi PM) ? Saya tidak bangkit. Tiada masalah apa-apa pun. Usul hari ini konvesyen hanya untuk manifesto. Tidak berbangkit (soal siapa jadi PM,) kata Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Sumber asal dari AntaraPos Mc cuma terangkan balik situasi sebenar, apa yang berlaku didalam Pakatan Rakyat sekarang ni.

Kalau mengikut pendapat Pas, kalau siapa yang menang kerusi parlimen banyak. Dialah yang akan jadi PM? Macam tu, kalau Dap majoriti dalam Pakatan, sudah tentulah Dap akan naik jadi PM, Betul?

Sebab itulah sekarang ni, Dap pun dah ramai anjing melayu di dalamnya. Semua ini akan mengisi tempat kerusi bukan melayu tak boleh duduk. Sebabnya melayu Dap ni, kalau jadi menteri pun, dia akan jadi boneka pada kepimpinan Dap yang tertinggi.

Sekarang memanglah Dap sokong Anwar bermati-matian, tetapi kalau Dap menang? Rasanya apa akan jadi? Masih ingat kisah penyapu gergasi yang dipegang Kit Siang nak halau Melayu keluar dari Malaysia?


McTheory:
Janganlah kita cuba bermain api.. akhirnya bakal merana diri.
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...