Gelombang Rakyat

Gelombang Rakyat


TERKINI - AKTIVIS OKU DAKWA MANIFESTO PAKATAN HINA GOLONGAN CACAT.

Posted: 25 Feb 2013 10:19 PM PST


 

Aktivis Orang Kelainan Upaya (OKU) melahirkan rasa kesal dan terhina kerana Pakatan Rakyat tidak memuatkan janji untuk menjaga kebajikan golongan tersebut.

Kekecewaan itu antaranya disuarakan pengerusi Mobiliti Massa OKU Bangkit, Mohd Rosli Ibrahim yang berkata, manifesto tersebut sepatutnya menyenaraikan rancangan pembangunan untuk kepentingan golongan tersebut.

"Sebenarnya saya kesal dengan apa yang ada dalam manifesto Pakatan Rakyat. Dalam manifesto, apa yang kita harapkan ialah satu klausa mengenai pembangunan OKU secara menyeluruh.

"Kita OKU Bangkit dah sertai Himpunan Kebangkitan Rakyat, mengadakan pertemuan dengan ahli Parlimen. Kenapa dalam manifesto Pakatan Rakyat tak ada (sebut tentang OKU). Pelik.

"Saya rasa ahli politik ini tidak melihat isu OKU ini isu besar. Kenapa tiba-tiba abaikan? Kami rasa terhina. Sebenarnya mereka ini hanya berfikir tentang kepentingan politik dan masih dalam paradigma duit. Sama seperti BN," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Rosli berkata, Pakatan sepatutnya berjanji untuk menyediakan hak pendidikan dan aksesbiliti awam terhadap golongan OKU.

OKU Bangkit juga menuntut agar Pakatan membentuk kementerian khas untuk menjaga kepentingan golongan itu, katanya yang memberi amaran bahawa golongan tersebut mungkin tidak akan memberi sokongan dalam pilihan raya umum akan datang.

"Mereka tidak lihat bahawa golongan OKU ini sebagi satu konsep pembangunan insan. Itu masalahnya. Saya nak cakap bahawa, Pakatan Rakyat akan kehilangan doa daripada golongan OKU pada pilihan raya umum akan datang," katanya. 

Sementara itu, aktivis yang juga merupakan seorang kartunis popular, Mohd Affandi Ramli pula berkata, manifesto Pakatan sepatutnya menggariskan pusat latihan percuma untuk golongan OKU.

Namun, Pakatan mungkin tidak berminat dengan perkara seperti itu, katanya.

"Kalau kita lihat manifesto itu banyak sentuh tentang kebajikan rakyat, tetapi kenapa tak ada tentang keperluan untuk OKU. Golongan OKU sangat memerlukannya bukan sekadar penerimaan bantuan subsidi tetapi beri peluang yang sama rata.

"Kalau boleh adakan sekolah khas serta pusat latihan percuma. Ini kita pernah usulkan tetapi saya rasa mereka tak berminat. Sebenarnya ramai golongan OKU yang berpotensi ini telah dibunuh oleh pemerintah khususnya OKU yang terlantar yang meninggal dunia dalam keadaan menyedihkan," katanya.

Beliau juga berkata, tuntutan daripada golongan berkenaan akan dibincangkan dalam satu dialong anjuran OKU Bangkit bersama Pakatan Rakyat di Dewan Himpunan Cina Selangor Kuala Lumpur pada 3 Mac.

"Jemputan dah beri. Jadi kita tunggulah sahajalah siapa yang akan hadir nanti," katanya lagi.

MANIFESTO PAKATAN UMPAMA "TANAM TEBU DI BIBIR MULUT."

Posted: 25 Feb 2013 07:22 PM PST




Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata manifesto pilihan raya yang diumum pakatan pembangkang semalam tidak realistik, umpama "tanam tebu di bibir mulut" (tanam tebu di tepi bibir).

Ini kerana katanya sehingga sekarang pembangkang masih tidak melaksanakan janji untuk memberi "bintang dan bulan" di negeri-negeri yang mereka kuasai selepas pilihan raya umum lepas.

"Janji pembangkang dalam manifesto memberikan pendidikan percuma bermula dari prasekolah sehingga menara gading jika menguasai Putarajaya tidak realistik.

"Tak payah tunggu memberikan pendidikan percuma sekiranya menguasai Putrajaya, buat dulu di negeri yang ditadbir mereka bagi membuktikan kemampuan mereka seperti di Selangor.

"Saya lihat manifesto ini tidak lebih sekadar 'tanam tebu di bibir mulut', manis mulut bercakap tapi hati lain, macam cakap tak serupa bikin," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis makan malam anjuran Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) Selangor, di Klang malam tadi.

Noh yang juga menteri pertanian dan industri asas tani berkata banyak janji yang dibuat kerajaan negeri pimpinan Parti Keadilan Rakyat di Selangor pada pilihan raya umum lepas tidak ditunaikan dan sekarang rakyat mula bangkit menuntut hak mereka di mahkamah.

Manifesto bertema "Manifesto Rakyat Pakatan Harapan Rakyat" yang dibentang pakatan pembangkang semalam antara lain berjanji untuk menghentikan serta-merta operasi kilang nadir bumi Lynas dan membatalkan pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) jika mereka memenangi pilihan raya umum ke-13(PRU13).

Sementara itu, bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abu Hassan Omar meminta rakyat negeri tersebut agar tidak terpedaya dengan janji manis pembangkang dalam manifesto mereka yang beliau percaya tidak akan ditunaikan selepas memerintah.

"Janji ini bukanlah janji baru tapi janji sama yang muncul setiap kali menjelang pilihan raya umum," kata Abu Hassan yang juga Yang Dipertua Mubarak Selangor.





ARTIKEL PANAS (KLIK pada tajuk di bawah):-
  
ULAMA' PAS KESAL - HADI AWANG KIAN KETAGIH 'LAPAR KUASA FIRAUN.'


MAHATHIR - "ANWAR AGEN BAWA AMALAN KRONISME DI MALAYSIA."

Posted: 25 Feb 2013 06:38 PM PST

 

Nepotisme dan kronisme akan berleluasa dalam Kabinet jika Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri, kata Tun Dr Mahathir Mohamad yang memberi amaran selepas tidak lama selepas ketua pembangkang tersebut melancarkan manifesto Pakatan Rakyat untuk Pilihan Raya 2013.

Mantan perdana menteri itu terus menyerang bekas timbalannya dan menuduh Anwar memfitnah anaknya dalam usaha pakatan pembangkang memperhebatkan cubaan menawan Putrajaya daripada Barisan Nasional (BN).

"Parti Keadilan milik Anwar Ibrahim," kata Dr Mahathir dalam blognya chedet.cc, merujuk kepada PKR.

"Jika ia jadi Perdana Menteri sudah tentu Kabinet akan diisi dengan keluarga dan kawannya sebagai Menteri. Mudahlah nak buat apa pun," katanya lagi.
 
Dr Mahathir juga berkata Anwar menubuhkan parti politik dan mahu menjadikan isterinya sebagai presiden, dan anak perempuannya sebagai naib presiden, serta kawan baiknya sebagai timbalan presiden.

Beliau berkata semasa Anwar menjadi timbalannya dan menteri kewangan, Anwar banyak memberi kontrak kepada penyokong politiknya dan keluarganya.

"Kementerian telah pamerkan semasa mesyuarat agung Umno senarai orang yang mendapat kontrak semasa ia berkuasa. Terdapat dalam senarai nama-nama penyokongnya dan keluarganya. Tidak ada satupun dari anak saya yang tersenarai," kata Dr Mahathir lagi.

Bekas presiden Umno itu menambah beliau tidak pernah memberi apa-apa kepada keluarganya atau rakannya semasa berkuasa, tidak seperti Anwar, yang gemar untuk memilih keluarga dan rakannya untuk jawatan politik tertinggi dan perniagaan.

Pemimpin berusia 87 tahun itu mempertahankan anak lelaki sulungnya Mirzan, yang pernah menjadi ahli lembaga pengarah yang beribu pejabat di Manila, San Miguel Corp dan kini di syarikat petroleum Petron, sering menjadi mangsa dilemparkan fitnah oleh Anwar dan ahli politik PR.

"Setelah fitnah dilempar kepadanya, anak saya letak jawatan. Sekarang dia hanya menjadi pengarah dalam syarikat minyak Petron.

"Jika anak dan isteri Anwar boleh menjadi politikus, apakah anak saya tak boleh berniaga sendiri tanpa difitnah oleh Anwar? Dah tak ada modal politik dah ke?" kata Dr Mahathir lagi.

Dr Mahathir mencabar Anwar untuk mengangkat sumpah bersama al-Quran berkenaan dengan kes liwatnya walaupun mahkamah tinggi membebaskan beliau tahun lalu.

Dr Mahathir yang sering mengkritik Anwar, yang dahulunya merupakan anak didik beliau yang diharap dapat menjadi penggantinya pada 1990an namun dipecat pada 1998 selepas tuduhan liwat dan rasuah.

Anwar, yang dilihat menjadi calon perdana menteri PR, awal hari ini berkata pakatan tersebut akan menguntungkan rakyat Malaysia tidak mengira kaum.

ULAMA' PAS KESAL - HADI AWANG KIAN KETAGIH 'LAPAR KUASA FIRAUN.'

Posted: 25 Feb 2013 07:32 AM PST



Kenyataan terbaru Presiden PAS Hadi Awang menerusi Ucapan Konvensyen Pakatan Rakyat hari ini nyata klimaks serangan yang kian hilang kawalan dan mengubah prinsipnya secara total.

Hadi Awang yang dilihat bersifat sederhana dalam mengeluarkan sebarang kritikan terhadap UMNO/BN kini dilihat kian taksub dan liar tatkala bahang PRU13 semakin hampir.

Beberapa tokoh Ulama' PAS nyata kesal dan khuatir kecelaruan Hadi Awang dalam menyerang pelbagai cemuhan dan kecaman yang tidak menggambarkan apa yang dinasihatkan beliau satu ketika dahulu.



 

Hadi Awang pernah meminta Pimpinan PAS agar menyatakan kritikan bersifat lebih sederhana terhadap parti lawan memperlihatkan situasi ketidaktentuan dan kekeliruan perpaduan ummah di Negara ini yang bakal berdepan perpecahan besar antara umat Islam jika tidak dikawal.

Beliau meminta setiap anggota parti agar mengeluarkan teguran2 membina dan tidak terpesong sehingga memakan diri masyarakat serta ummah.

Hadi Awang juga pernah menyeru pimpinan agar tidak menolak secara terus menutup sebarang pintu rundingan dan muzakarah yang memberi kebajikan ummah.

Pintu rundingan sewajarnya lebih releven diutarakan bersama dalam bermuzakarah berkaitan isu2 utama berkaitan Islam bersama parti lawan dan mana2 organisasi.






Video di atas memperlihatkan pendirian sederhana Hadi Awang menerusi Ucapan Muktamar PAS ke 55 yang menyatakan pendirian agar tidak menutup sama sekali pintu kerjasama dengan mana2 pihak demi Islam.

Hari ini kenyataan Hadi Awang menyerang pemberian wang BR1M umpama Habuan Firaun dalam pentadbiran Mesir nyata bercanggah sama sekali dengan apa yang diutarakan satu ketika dahulu.

Adakah Hadi Awang menerima tekanan kritikal dari rakan Pakatan sehingga sanggup menyelar kenyataan sedemikian demi membuktikan keutuhan beliau bersama2 Pimpinan DAP & PKR?






VIDEO di atas menggambarkan pendirian sebenar Hadi Awang dalam meneruskan dakwah politik Islam. Kehadiran PM Najib Razak disambut dengan pelukan mesra dari beliau. Adakah Hadi Awang sanggup berpeluk tubuh kembali dengan individu yang kini beliau gelar sebagai Firaun?

Kezaliman Firaun memperkasa rakyat sebagai hamba abdi. Bekerja tanpa upah. Mengarahkan anak2 lelaki yang baru dilahirkan dibunuh kerana takut rampasan kuasa. Malah Firaun menggelar dirinya Tuhan yang Berkuasa.

Adakah ini prinsip Najib Razak wahai Hadi Awang?

Mungkin ada benarnya dakwaan Zulkifli Nordin menerusi paparan Siri Video Ceramahnya yang mendakwa PAS kini telah Kafir kepada ALLAH.

KLIK DI SINI untuk tonton video tersebut.



-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...