BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


GEMPAR !!! ANWAR IBRAHIM DAN PR MAHU SULTAN SULU JADI RAJA SABAH ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 20 Feb 2013 03:00 PM PST



Keengganan 400 orang dari Sulu untuk meninggalkan Sabah walaupun sebelum itu telah bersetuju untuk berbuat demikian menimbulkan tandatanya.Apatah lagi apabila ada desas desus yang menyatakan wujudnya komunikasi antara pihak Sultan Jamalul Kiram dengan pihak pembangkang Malaysia dalam tempoh masa pihak Sulu menukar fikiran itu.Bagaimanapun,setelah dikepung dan mengadakan perbincangan dengan pihak berkuasa,kumpulan yang menggelar diri mereka sebagai Askar Diraja Kesultanan Sulu (ADKS),nampaknya mula berlembut sedikit dan menyatakan ingin berjumpa dengan personaliti tertentu yang namanya kini dirahsiakan,sebagai syarat untuk pulang ke Filipina.Pesuruhjaya Polis Sabah,Datuk Hamza Taib berkata,pihaknya sedang berusaha untuk membawa personaliti berkenaan untuk bertemu dengan kumpulan terbabit bagi membolehkan proses kepulangan mereka dijalankan secepat mungkin.ADKS sebelum ini juga telah menafikan bahawa mereka memasuki Malaysia dengan membawa senjata,tetapi pihak berkuasa Malaysia mengesahkan terdapat paling kurang 80-100 orang yang bersenjata.Alasan pihak ini untuk berada di Malaysia adalah kerana pihak kesultanan Sulu mereka telah 'ketinggalan' dalam penyelesaian damai di Selatan Filipina dan kini bertegas untuk menuntut hak ke atas Sabah dengan menggariskan wilayah autonomi. 

Sebelum ini,pergerakan keluar masuk pihak Sulu di Sabah diberi kelonggaran,atas kepercayaan dan persefahaman bahawa mereka tidak akan mengganggu keamanan, undang-undang dan rutin seharian masyarakat setempat.Keadaan ini berlangsung tanpa masalah,sehinggalah akhir-akhir ini.Justeru,kerana itulah saya meragui tindakan pihak Sulu akhir-akhir ini,apatah lagi di ambang Pilihanraya,di mana Sabah adalah antara sasaran utama pembangkang untuk mengukuhkan kedudukan mereka.Kesungguhan Anwar Ibrahim berkempen di Sabah yang merangkumi perjumpaan-perjumpaan sulit dengan beberapa pihak juga menyumbang kepada segala kemungkinan ini.Bukan rahsia bahawa Anwar sudah tidak tertahan-tahan lagi untuk berkuasa dan telah serta sanggup melakukan apa saja.Kecenderungan beliau ke arah keganasan dan huru-hara juga sudah menjadi pengetahuan umum kerana sering membangkitkan semangat Arab Spring dan Dataran Tahrir.Pertumpahan darah bukanlah masalah bagi Anwar,malah sesuatu yang diharapkan,kerana itulah satu-satunya cara untuk menggoyahkan kedudukan Barisan Nasional. Mempergunakan pihak lain,termasuk sahabat handai sendiri, bagi mencapai tujuannya bukanlah sesuatu yang asing bagi Anwar. 

Jika Anwar sanggup mempergunakan atau memperjudikan tanah air dan nyawa penyokong dan sahabatnya,maka apalah sangat sebuah kawasan di Sabah digadaikan sebagai wilayah autonomi Sulu dan apalah sangat nyawa tentera dari kedua-dua belah pihak baginya.Asalkan yang menjadi pertaruhan bukanlah nyawanya,maka Anwar sedia meneroka apa jua peluang yang ada, untuk berkuasa.Kerana itu,kita tidak dapat mengelak dari melihat tangan Anwar dalam kekecohan yang ditimbulkan oleh pihak Sulu.Dengan dana sebanyak RM2 billion untuk pilihanraya,Anwar boleh membeli apa dan siapa saja termasuk menjanjikan bonus sekiranya beliau menang pilihanraya.Bagaimanapun,saya yakin kepimpinan Malaysia mampu mengawal keadaan dan memastikan keamanan.Malaysia boleh saja menggunakan undang-undang yang ada,menghalau dan menembak sahaja penceroboh yang bersenjata kerana mempunyai niat yang merugikan negara ini dan hakikatnya,itulah yang sebenarnya yang diharapkan oleh Anwar Ibrahim. 

Tetapi rakyat malaysia tidak wajar merasa bimbang kerana kerajaan Malaysia tidak begitu 'teruja' untuk memenuhi harapan Anwar tersebut.Sekiranya benar adanya perjanjian antara Anwar dengan pihak Sulu,maka pihak Sulu wajar memahami bahawa Anwar tidak pernah memikirkan kepentingan mereka,tetapi hanya ingin mempergunakan dengan mempertaruhkan nyawa mereka untuk kepentingan dirinya.Untuk pengetahuan pihak kesultanan Sulu,Anwar adalah manusia yang tidak pernah menepati janji.Malah beliau cukup fobia dengan slogan kemerdekaan BN yang lalu,iaitu 'Janji Ditepati' kerana sedar ia kena tepat di batang hidungnya.Bukti Anwar tidak menepati janji juga bersepah,dari janji-janji manifesto negeri-negeri PR yang sebahagiannya boleh juga ditonton di Youtube di mana beliau dengan selamba memungkiri janji dengan penduduk Kampung Pokok Assam dan juga penduduk di flat Padang Kota.Jangan nanti,Anwar tak menang pilihanraya sedangkan ada puak Sulu yang kehilangan nyawa bertempur dengan tentera Malaysia Atau boleh juga jadi begini,iaitu : Anwar menang pilihanraya,puak Sulu tetap kehilangan nyawa akibat bertempur dengan tentera Malaysia,tetapi wilayah autonomi tetap tidak diberi juga….

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF !!! VIDEO TERBARU YANG BAKAL PUNAHKAN NIK AZIZ TERSEBAR !!! WAJIB LIHAT !!!

Posted: 20 Feb 2013 11:10 AM PST


itu diaaa.satu video terbaru yang bakal punahkan nik aziz dah tersebar di youtube.adakah ini cerita skandal ??? cerita anak beranak yang kuasai pemerintahan kelantan ??? ataupun cerita beliau dengan rakyat kelantan ??? apa pun jom saksikan video di bawah


JAM 7 PAGI WAKTU MALAYSIA KISAH ANWAR IBRAHIM DAN SULTAN SULU AKAN DIBONGKAR !!!!

BOO LA WEIIIII NIK AZIZ !!!

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! RAHSIA SEBENAR SIAPA DEEPAK PENIAGA KARPET AKHIRNYA TERBONGKAR !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 20 Feb 2013 08:37 AM PST


Dalam isu terbaru Deepak Jaikishan berkenaan dengan pendedahan beliau terhadap apa yang gagal dilakukan oleh SUARAM,kisah berkenaan dengan kaitan Perdana Menteri dan isteri terhadap pembunuhan seorang model dari Mongolia yang dikatakan sebagai penterjemah bagi 'skandal' transaksi pembelian kapal selam Scorpene,Altantuya,Deepak telah membuat pendedahan tergempar terhadap bekas penganalisa politik yang yang digugurkan dari menjadi suspek utama dalam kes pembunuhan tersebut,Razak Baginda,atas alasan beliau mandul.Razak Baginda didakwa mempunyai hubungan sulit bersama Altantuya,Namun,tiada bukti yang dapat ditunjukkan bagi mengesahkan perkara tersebut.Mungkin pada Deepak,mendedahkan nama Razak baginda dan memalukan beliau adalah sesuatu yang perlu dilakukan kerana hanya perkara tersebut yang boleh mengaitkan pembunuhan Altantuya,dengan Perdana Menteri.Mungkin Deepak lupa bahawa Razak Baginda telah berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan.Deepak mungkin boleh berkata bahawa Razak Baginda baru sahaja mengalami masalah tersebut kerana anak beliau dilahirkan pada tahun 1987. 

Namun,ini masih tidak memberi sebarang jawapan terhadap dakwaan Deepak.Mengapa Deepak masih lagi mahu membuat pendedahan-pendedahan ini walaupun segala masalah beliau di mahkamah tentang masalah perniagaan beliau sudah selesai ??? Mungkin Deepak masih mahukan sesuatu,jika tidak,mengapa Deepak menyambung kerja-kerja yang gagal dilakukan oleh SUARAM ???Bagaimanapun,terdapat beberapa komen daripada pemerhati-pemerhati kes Deepak di mahkamah yang mungkin dapat memberikan kita jawapan jelas.Ramai yang mendakwa bahawa Deepak kelihatan tertekan,hilang arah dan tidak selesa.Ada juga yang mengatakan bahawa Deepak mungkin mengalami masalah tekanan kerana kehilangan jumlah wang yang banyak.Namun,jika kita lihat kembali kepada Deepak,mungkin kita dapat tahu mengapa beliau membuat dakwaan mandul terhadap Razak Baginda.Deepak Jaikishan a/l Jaikishan Rewachand kini berumur 40 tahun.Sebelum perniagaan beliau mengalami masalah besar,beliau dikatakan sebagai seorang yang berjaya,datang dari keluarga yang berpengaruh dalam pembangunan dan pelaburan hartanah.Telah dilaporkan bahawa dibawah pimpinan Deepak,kedua-dua syarikat beliau,Carpet Raya Sdn Bhd dan Tek Holding Sdn Bhd (syarikat pembangunan dan pelaburan hartanah), berjaya menjana wang hingga berbilion-bilion. Bursa Malaysia meyatakan,dari tahun 2000 hingga 2009,Deepak berjaya menyiapkan projek-projek pelaburan hartanah yang berjumlah kira-kira RM3 billion. 

Bagi industri permaidani pula,Deepak telah berjaya membuka dan mengambil alih kilang pembuatan terbesar di Malaysia yang dikenali sebagai Mulia Carpet Sdn Bhd. Pada tahun 2000,unit pembuatan ini dikatakan sebagai satu-satunya kilang pembuatan yang menghasilkan benang permaidani sendiri.Pada tahun 2003,Deepak telah membuka sebuah kilang pembuatan (Premier Weavers) yang mempunyai teknologi menenun yang terkini di Malaysia.Deepak telah berkecimpung dalam industri permaidani selama 15 tahun.Dengan segala kejayaan yang dikecapi,hanya satu perkara sahaja yang masih belum cukup untuk Deepak,seorang wanita.Deepak adalah seorang usahawan berjaya yang masih bujang.Jika kita lihat pada logik,Deepaklah yang sebenarnya mempunyai masalah 'dalaman',bukannya Baginda.Menuduh Baginda dengan mengatakan bahawa beliau mandul kelihatan seperti Deepak hanya menipu diri sendiri.Jika perkara ini benar,ini bukanlah pertama kali pihak Pembangkang mengupah orang yang mempunyai masalah mental untuk mambantu mereka menipu rakyat. 

Raja Petra Kamaruddin,individu yang dipercayai telah menulis skrip terhadap kes pembunuhan ini,juga dikatakan mempunyai masalah mental ketika beliau muda.Bagaimanapun,Raja Petra telah membuat U-turn terhadap perkara yang sedang diceritakan oleh Deepak.Terdapat juga kemungkinan mengapa seorang ahli perniagaan yang berjaya ini masih lagi bujang,mungkin Deepak tidak mempunyai sebarang minat terhadap wanita,mungkin Deepak adalah seorang homoseksual.Mungkin ini juga kebetulan,Pembangkang juga sering mengupah golongan gay untuk melakukan kerja-kerja mereka.Ini mengingatkan kita terhadap Hakim V.T. Singham yang dikenali sebagai penyokong pembangkang kerana sering membuat keputusan yang berat sebelah dan sering memihak kepada pihak pembangkang.Sama seperti Deepak,Hakim V.T. Singham juga berada pada peringkat umur yang sama dan juga masih bujang.

ANDA INGIN MELIHAT VIDEO PENUH USTAZ FATHUL BARI VS PEMUDA PAS SELANGOR ???

KLIK DI SINI

UNTUK SELANJUTNYA

RENUNG-RENUNGKAN 

BONGKAR !!! DAP,PKR DAN PAS SALING 'BERBUNUHAN' DI JOHOR !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 20 Feb 2013 04:00 AM PST


Akhir-akhir ini politik Malaysia semakin kerap dihiasi dengan kisah pertelingkahan antara parti-parti sekutu di dalam pakatan pembangkang akibat isu-isu semasa. Antaranya, isu Kalimah Allah,jelas meretakkan hubungan PAS dengan DAP walaupun terdapat suara-suara di dalam PAS yang tidak mampu mengakui hakikat itu.Isu yang sama juga menjauhkan lagi PAS dengan PKR kerana parti PKR jelas mempunyai pendirian yang sama dengan DAP.Walaupun PAS pada hakikatnya,akur dengan kehendak PKR dan DAP tetapi 'pertelingkahan mulut' di media perlu diteruskan bagi memberi gambaran kepada penyokong PAS kononnya parti itu tidak akan mengalah.Namun,ketidaksanggupan PAS untuk keluar dari Pakatan Rakyat dengan sendirinya menandakan PAS telah pun kalah dan akur kepada DAP dan PKR. DAP dan PKR pula secara umumnya tidak bermasalah dari segi isu-isu semasa. Tetapi, perkembangan terbaru di Johor, telah membuktikan bahawa pendirian yang sama dalam isu semasa bukan jaminan yang kedua-dua parti itu tidak bertelagah.

Pendek kata,secara dasarnya,PR kini telah retak seribu dan hanya menanti belah dan hancur lebur sahaja sahaja.Masalah PKR dan DAP di Johor dikatakan berpunca dari Pengerusi PKR Johor,Datuk Dr. Chua Jui Meng.Perkara ini dibangkitkan sendiri secara terbuka oleh Dr. Boo Cheng Hau,Pengerusi DAP negeri.Semuanya kerana berebutkan kerusi pilihanraya di mana Chua dikatakan telah 'membuat serangan hebat' terhadap DAP Johor secara bawah tanah,sejak beberapa bulan lalu.Antara serangan yang dilakukan oleh Chua ialah menuduh DAP sebagai bongkak bagi menafikan beberapa kerusi kepada DAP sekali gus, mengelakkan penguasaan DAP di negeri itu.Chua juga dituduh telah tidak menghormati sejarah persefahaman dan hubungan erat antara parti komponen dalam PR di Johor yang terjalin sejak dahulu dengan mengumumkan diri sendiri sebagai calon Gelang Patah sedangkan pembahagian kerusi belum pun muktamad.Alasan Chua bahawa beliau berhak berbuat demikian sebagai Pengerusi PKR Negeri memperlihatkan keangkuhan dirinya mengatasi DAP yang menjadi sasaran tuduhan bongkak.

Dalam PRU-12,kawasan parlimen Gelang Patah dimenangi oleh calon Barisan Nasional (BN) Tan Ah Eng dengan menewaskan calon PKR Zaliha Binti Mustafa sebanyak 33,630.Dalam pilihanraya kali ini,PKR dikatakan ingin bertanding semula di kawasan tersebut tetapi Timbalan Pengerusi DAP Tan Kok Wai telah mengumumkan untuk meletakkan calon DAP di situ.Justeru,tindakan Chua mengumumkan diri sendiri menyebabkan keadaan menjadi tegang serta janggal. Hari ini Karpal Singh dilaporkan menegaskan bahawa DAP tidak mengambil ringan aduan Dr. Boo dan akan menyiasat perkara tersebut segera demi kepentingan PR. Walaubagaimanapun,tiada kenyataan dari pihak PKR mengenai perkara yang sama. Oleh itu, Dr. Boo terpaksa 'menyeru' Ketua Pembangkang, iaitu Anwar Ibrahim atau Presiden PKR,Wan Azizah agar masuk campur dan memantau politik PR di Johor bagi memastikan perancangan menawan negeri tersebut berjalan lancar.Pelik sekali,apabila Anwar terpaksa 'diseru' untuk masuk campur, sedangkan dalam kebanyakan isu,Anwar akan masuk campur secara suka rela. Malah, dalam pemilihan parti PKR juga Anwar bukan sahaja masuk campur tetapi 'menggaul rata' sebelum menapis dan membuang mana-mana yang dilihat 'tidak begitu setia' atau tidak memberi keuntungan kepadanya. 

Selain itu,bukanlah rahsia yang Anwar juga telah masuk campur dalam politik dalaman PAS melalui kuncu-kuncunya yang digelar parasit oleh mereka-mereka yang arif mengenai strateginya.Berdasarkan hakikat ini,mungkin Karpal,Dr. Boo dan DAP wajar memikirkan semula 'seruan' mereka agar Anwar atau isterinya masuk campur dalam pertelingkahan DAP-PKR di Johor.Adalah tidak mustahil bahawa usaha mengsabotaj DAP yang didakwa dilakukan oleh Chua Jui Meng adalah sebenarnya berpunca dari 'campur tangan Anwar' ??? Sesungguhnya,amaran telah dikeluarkan kepada rakyat bahawa 'perang' di dalam PR adalah sesuatu yang pasti dan akan berterusan.Ia bukan sahaja kerana ketiga-tiga parti membawa pendirian, sifat dan halatuju yang bertentangan, tetapi juga kerana karektor individu-individu yang menerajui parti-parti tersebut.Maka,senarionya kini dan selama-lamanya ialah, PKR akan terus menikam DAP di Johor, dan sembunyi tangan.DAP akan terus menikam PAS di Pulau Pinang dan sembunyi tangan juga.PKR terus meracun PAS dari dalam dan DAP pula terus memijak PAS dari atas. PAS pula sedang menghancurkan diri sendiri kerana terlalu sayang pada PKR dan DAP walaupun saban hari berendam air mata,disepak terajang dan diludah dan ditunjal kepala.Melihat bagaimana DAP-PKR-PAS 'berbunuhan' sesama sendiri,PR mungkin akan mati sendiri pada bila-bila masa sahaja,tanpa BN perlu melancarkan serangan.

ANDA INGIN MELIHAT VIDEO PENUH USTAZ FATHUL BARI VS PEMUDA PAS SELANGOR ???

KLIK DI SINI

UNTUK SELANJUTNYA 

RENUNG-RENUNGKAN 

HOT NEWS !!! HASIL EKONOMI NEGERI KEDAH SEMAKIN SUSUT !!! PAS KINI KIAN TERDESAK MENIPU RAKYAT ??? APA CERITA NI ???

Posted: 20 Feb 2013 12:30 AM PST


tuntutan RM100 juta oleh Menteri Besar Kedah,Datuk Seri Azizan Abdul Razak kepada Kerajaan Pusat sebagai pampasan untuk menghentikan pembalakan ??? cuci mangkuk ??? di kawasan tadahan hujan berdekatan Tasik Pedu,menunjukkan Pas Kedah cukup terdesak untuk meningkatkan hasil pendapatan negeri.Timbalan Perdana Menteri,Tan Sri Muhyiddin Yassin yang pernah menjadi Menteri Besar Johor selama sembilan tahun,menyifatkan kenyataan Azizan yang menjadi menteri besar sejak 2008 - sebagai amat tidak logik dan tidak masuk akal,lebih-lebih lagi dari segi hubungan kerajaan negeri dengan Persekutuan.Namun Pas Kedah tidak mempedulikan sama ada tindakannya disifatkan mengugut, tidak wajar atau pelik kerana perbuatan di luar kewarasan seperti merosakkan alam sekitar dan menggondolkan hutan yang terletak hanya 100 meter dari tasik sudah pun dilaksanakan walaupun tanpa laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA).Meskipun tuntutan itu membuktikan kewangan negeri tenat atau berisiko muflis namun sungguh melucukan apabila papan-papan tanda menyatakan pendapatan negeri mencecah hingga berbilion ringgit dipacak di merata tempat sebagai propaganda."Malah satu papan tanda besar dipacak di depan rumah ayah saya di Jalan Anak Bukit berdekatan lapangan terbang yang mengatakan pendapatan negeri mencapai berbilion ringgit,tetapi sebenarnya angka-angka yang dinyatakan adalah pencapaian kerajaan Barisan Nasional (BN) terutama dalam menarik pelaburan di Taman Teknologi Tinggi Kulim (KHTP)," kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri,Datuk Mukhriz Tun Mahathir. 

Hakikatnya,hutang kerajaan negeri meningkat sebanyak 50 peratus apabila hutang awam dilaporkan berjumlah RM2.6 bilion setakat Disember 2011 dan hutang pembinaan kampus induk Kolej Universiti Insaniah (Kuin) di Kuala Ketil pula sebanyak RM330 juta.Kata Ketua Pemuda Gerakan negeri,Tan Keng Liang, hutang Kuin pula perlu mula dilangsaikan hujung tahun ini sebanyak RM49.2 juta setahun dan jumlah itu merupakan penambahan kepada bajet defisit RM1.1 bilion bagi 2013 berbanding anggaran hasil RM640 juta. Kewangan negeri menjadi lebih tenat apabila sasaran hasil RM640 juta itu iaitu peningkatan RM105.6 juta daripada hasil premium tanah dan bayaran jualan air mentah kepada Pulau Pinang tidak menjadi kenyataan apabila negeri berkenaan telah menolak jualan sumber air itu. Lebih menyedihkan ekonomi Kedah di bawah Pas seolah-olah tidak bergerak malahan kadar kemasukan pelaburan asing dalam tempoh empat tahun di bawah pentadbiran Pas hanya RM10 bilion. (Angka itu bermakna setahun antara RM2 hingga RM3 bilion sahaja). 

Sedangkan,pentadbiran BN pada 2007 berjaya membawa RM14 bilion FDI hanya dalam satu tahun.bayangkan perbezaan cukup ketara yang memberi manfaat kepada rakyat. Pada Januari hingga Oktober 2012, kemasukan FDI dan pelaburan langsung domestik negeri (DDI) negeri terus merosot kepada hanya RM373.3 juta, menjadikan Kedah terjatuh dari tangga kelima pada 2007 ke tangga ke-11 ketika ini berbanding negeri lain.Kerajaan negeri tiada idea baharu yang kreatif untuk melonjakkan hasil pendapatan negeri melainkan menebang balak dan menjual air hingga tidak menarik minat pelabur menanam modal dalam bidang industri,perkilangan dan pembuatan.

"Walaupun memiliki sedikit kelayakan dari segi akademik tetapi rata-rata pemimpin kerajaan negeri tiada pengalaman mentadbir untuk meningkatkan hasil," kata bekas Pegawai Tadbir Negeri Kedah (KCS), Datuk Wira Dr. Mohd. Shariff Abu Samah yang juga pengkaji dan pakar dalam pentadbiran awam negeri. Justeru, katanya, rakyat perlu membuat pilihan tepat memilih kerajaan negeri pada pilihan raya umum kelak bagi memastikan kesinambungan pembangunan negeri diteruskan untuk kesejahteraan rakyat sebagaimana dirancang oleh BN.Ia termasuk mendapat nikmat daripada rancangan mewujudkan hab perindustrian baharu yang menyerupai Taman Perindustrian Tinggi Kulim (KHTP),Bandar Getah di Utara Kedah dengan kerjasama kerajaan Thailand yang menyediakan banyak peluang pekerjaan. Industri berkaitan bidang aeroangkasa dan pembinaan pusat pembangunan dan penyelidikan (R&D) syarikat-syarikat antarabangsa,sektor pembuatan dan perkilangan kluster,pertanian berteknologi tinggi juga akan dibangunkan di Changlon jika BN mentadbir.Apa yang penting,isu pokok iaitu pokok balak dan alam sekitar tidak lagi berlarutan jika sumber kekayaan negeri berjaya dijana dan dipelbagaikan untuk meningkatkan hasil bumi jelapang padi ini. 

 PENULIS adalah Ketua Biro Kedah,Utusan Malaysia.

ANDA INGIN MELIHAT VIDEO PENUH USTAZ FATHUL BARI VS PEMUDA PAS SELANGOR ???

KLIK DI SINI

UNTUK SELANJUTNYA 

RENUNG-RENUNGKAN

SAH !!! ANWAR IBRAHIM KEHABISAN PELURU UNTUK MENYERANG UMNO DAN BN !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 19 Feb 2013 09:00 PM PST


Ketua Pembangkang semakin berkecamuk fikirannya ekoran tekanan politik yang dihadapi menjelang Pilihan Raya Umum ke 13 yang akan diumumkan dalam masa terdekat.Kalau dalam istilah peperangan,Anwar Ibrahim terpaksa mengeluarkan semua senjata sulitnya bagi menghadapi populariti Perdana Menteri Datuk Seri Najib yang semakin meningkat.Malah Anwar jelas nampak tertekan apabila rakyat mula memberi respons yang cukup memberangsangan terhadap segala usaha serta program untuk membantu dan meringankan kos kehidupan.Boleh dikatakan tidak ada kelompok atau golongan rakyat yang tidak menerima mahupun menikmati limpahan rahmat hasil daripada keprihatin kerajaan Barisan Nasional.Daripada BR1M 1.0 dan kini BR1M 2.0 dan seterusnya BRIM 3.0 pada masa depan hinggalah kepada program-program membantu ibu tunggal,pelajar sekolah,golongan belia dan remaja,siswa siswi,pemandu teksi,anggota tentera yang bersara,pemandu teksi,kumpulan OKU,golongan berpendapatan rendah dan peneroka Felda. Semuanya mendapat bantuan kewangan dari kerajaan yang berjaya membangun ekonomi negara sehingga menjana pendapatan yang cukup untuk disalurkan secara terus kepada rakyat.Pembangkang pula asyik berceramah siang dan malam menjual janji-janji manis setakat air liur di corong-corong udara.

Mereka gagal untuk membela rakyat tetapi mencaci,memfitnah dan mentohmah pihak kerajaan yang bertungkus lumus untuk membina negara yang lebih maju dan makmur.Anwar sedar beliau gagal untuk membuktikan kepada rakyat bahawa janji yang dibuat mampu direalisasikan.Maka apa saja isu yang boleh memberi 'political mileage' atau keuntungan politik akan digunakan walau pun kadangkala jelas remeh temeh. Oleh itu untuk mengalih pandangan,beliau membuat kacau dengan menggunakan beberapa kuda tunggangan untuk menjaykan agenda politiknya.Terkini Anwar cuba menggunakan senator bebas dari Australia,Nick Xenophon untuk campur tangan dalam proses pilihan raya negara ini.Ketika gagal mengguna Bersih untuk menumbangkan kerajaan,Anwar terpaksa menebalkan muka untuk merayu kepada kerajaan negara itu memantau perjalanan pilihan raya di Malaysia tetapi malangnya usahaya ditolak mentah-mentah.Senator Xenophon yang tidak mewakili parti pemerintah Australia menjadi benteng terakhir Anwar untuk terus menyerang Suruhanjaya Pilihan Raya tetapi ini pun gagal apabila awan beliau itu ditahan oleh pihak Jabatan Imigresen dan kemudian dihantar pulang. 

Sebelum ini Bersih 1.0. 2.0 dan 3.0 juga tidak mampu memberi kesan kepada kerajaan walaupun pembangkang berarak di jalanraya mendesak tuntutan mereka dipenuhi.Anwar juga mendalangi tindakan pertubuhan haram Suaram yang cuba menjadi plaintif dalam penyiasatan kes Scorpene di Perancis. Ini pun gagal apabila identiti sebenar pertubuhan itu didedahkan sebagai agen pihak asing yang menerima dana asing. Pembangkang juga berusaha untuk mengagalkan projek nadir bumi Lynas di Gebeng,Pahang dan telah mendapat tentangan hebat dari pelbagai pihak.Malah Pengerusi Himpunan Hijau yang didokong parti pembangkang telah menjadi elemen ekstrim dengan mengugut untuk membakar kilang Lynas dan kilang perlombongan emas di Bukit Koman,Raub.Anwar juga menafikan tidak terlibat memperalatkan Deepak Jaikishan untuk memburuk-buru serta memfitnah pemimpin negara tetapi rakyat tahu beliaulah tok dalang yang mengawal penjual karpet itu.Usaha ini nampaknya gagal kerana rakyat tidak berminat untuk mendengar penipuan demi penipuan yang keluar dari individu yang tidak bermoral dan tida mempunyai kredibiliti ini. 

Anwar sudah hilang punca untuk terus menyerang kerajaan kerana semua pelurunya sudah digunakan. Pepecahan di antara Pas dan Dap semakin hari semakin bertambah buruk.Setiap hari ada saja ahli-ahli Pas yang berdemonstrasi dan memijak-mijak gambar pemimpin Dap kerana tida bersetuju pendirian parti mereka berhubung isu kalimah ALLAH.Jika Pas dan Dap berpecah daripada PR maka punahlah harapan Anwar untuk menjadi Perdana Menteri.Sekiranya Pas dan Dap masih kekal dalam PR,rakyat juga akan menolak mereka kerana pendirian pembangkang yang mempermainkan agama Islam demi kepentingan politik.anwar dalang sebenar atau tangan ghaib disebalik isu kalimah ALLAH dengan dibantu oleh Dap.Taktik Anwar ialah untuk memecah belahkan kuasa politik melayu supaya senang Dap dan pengaruh gerakan Kristian bertapak di Malaysia Itulah sebabnya itu beliau bermati-matian mempertahan serta menyokong Dap dalam isu kalimah ALLAH.

RENUNG-RENUNGKAN 

HOT NEWS !!! DATUK HASAN ALI MEMBELASAH PAS DAN KARPAL SINGH KAW-KAW !!!

Posted: 19 Feb 2013 06:00 PM PST


Saya terpanggil untuk membuat sedikit ulasan mengenai kenyataan Karpal Singh berhubung dengan isu kalimah Allah yang dimuatkan dalam beberapa portal berita hari ini.Karpal dalam kenyataannya menyebut bahawa Pakatan Rakyat tetap bertegas berpegang kepada keputusan Majlis Presiden Pakatan tersebut pada 8 Januari 2013. Beliau tetap bertegas tidak menerima keputusan Majlis Syura Ulama PAS yang bersidang pada 30 Januari 2013 yang tidak membenarkan kalimah Allah digunakan oleh penganut Agama Kristian dalam Bible versi Bahasa Melayu.Karpal Singh mendakwa bahawa majoriti 2/3 (DAP dan PKR) mengambil pendirian yang sama dengan apa yang beliau pertahankan selama ini. Karpal dipetik sebagai berkata "Majlis Syura Ulama PAS adalah satu bahagian kecil dan tidak mewakili majoriti. Keputusan Majlis Syura tidak boleh atasi keputusan yang diumumkan ketiga-tiga pemimpin utama PR". Kenyataan Karpal Singh boleh ditafsirkan sebagai:

a. Memperkecilkan Majlis Syura Ulama PAS yang merupakan badan tertinggi Parti Islam itu yang bertanggungjawab menentukan dasar dan halatuju parti; 

b. Menggambarkan kejahilan Karpal terhadap Islam khususnya hal yang berkaitan dengan aqidah. Seperti yang dimaklumi, penerimaan dan amalan aqidah tidak boleh diukur melalui peratusan angka atau atas sokongan majoriti; 

c. Menggambarkan kejahilan Karpal untuk memahami struktur, roh dan semangat jaluran kepimpinan PAS terutama yang berkaitan dengan kedudukan Majlis Syura Ulama dan kedudukan golongan ulama itu sendiri yang dislogankan sebagai "Kepimpinan Ulama"; 

d. Karpal memandang remeh terhadap ketegasan pimpinan ulama seperti Prof Dato' Haron Din, Datuk Harun Taib dan pimpinan ulama yang lain yang sanggup mempertahankan keputusan yang dibuat hingga ke akhir hayat; 

e. Kegagalan Karpal memahami citarasa dan hati budi ahli dan penyokong PAS dengan keimanan yang mekar subur di dada sanggup melakukan apa sahaja demi mempertahankan kesucian Islam. 

f. Menghina kebolehan,kemampuan dan sumbangan PAS dalam Pakatan Rakyat. PAS dikatakan menyumbang dalam peratusan satu pertiga daripada kekuatan Pakatan Rakyat. Sedangkan seperti yang diketahui PAS lah yang mempunyai tenaga jentera pilihanraya yang kuat yang boleh diagihkan bukan sahaja untuk kegunaan PAS, tetapi seperti yang berlaku dalam PRU ke 12 juga untuk PKR dan DAP. 

Atas kejahilan dan ketidakmampuan orang seperti Karpal Singh untuk memahami tuntutan Islam terhadap penganutnya,sampai kucing bertanduk pun tidak mungkin mereka boleh bersetuju dan akur dengan keputusan-keputusan yang dibuat oleh PAS.Selamanyalah Karpal dan orang-orang sepertinya akan memperlekeh dan memperleceh tindakan PAS dan selamanya jugalah sanggahan,bantahan dan penolakan yang kadang-kadang di luar rangka akhlak akan dilakukan oleh manusia-manusia seperti ini.Pastinya tidak akan wujud keharmonian dan kedamaian di antara ketiga-tiga parti dan keadaan ini akan mempengaruhi dan memberi kesan negatif kepada ahli dan penyokong masing-masing. Jalan yang masih terbuka untuk PAS tidak lain daripada meletakkan tanda noktah yang besar dan jelas terhadap penyertaan PAS dalam Pakatan Rakyat.Tanda noktah tersebut perlu diletakkan sekarang juga. Ramai mengatakan tidak ada gunanya lagi PAS menghabiskan masa untuk bereksperimen dengan rakan kongsi yang "hostile" terhadap apa yang diperjuangkan oleh Parti Islam itu.Menoleh 5 tahun ke belakang,hampir tidak ada satupun yang diusulkan oleh PAS diterima oleh DAP dan PKR.Sayangnya pimpinan PAS masih tidur lena sambil melayan mimpi untuk menawan Putrajaya. 

YB DATO' DR HASAN MOHAMED ALI 
Presiden JATI Malaysia TTDI, 
Kuala Lumpur 18 Februari 2013

RENUNG-RENUNGKAN 
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...