UMNO Online - “Tiada ‘Restu’ DAP dan PKR, Buat Pas Seakan Fobia Terhadap Perjuangan Hudud” plus 9 more

UMNO Online - “Tiada ‘Restu’ DAP dan PKR, Buat Pas Seakan Fobia Terhadap Perjuangan Hudud” plus 9 more

Link to UMNO Online

Tiada ‘Restu’ DAP dan PKR, Buat Pas Seakan Fobia Terhadap Perjuangan Hudud

Posted: 25 Nov 2012 08:16 AM PST

PARIT, 26 Nov – Apabila Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak menyentuh langsung perjuangan parti itu dalam melaksanakan hukum hudud dalam ucapan dasarnya pada Muktamar Tahunan Pas kali ke 58 baru-baru ini, ianya seakan menunjukkan Pas seperti sudah fobia dengan isu hudud yang mereka perjuangkan selama ini.

Kenyataan Hadi Awang yang nyata jauh berbeza dengan kenyataan Ketua Dewan Ulama Pas Datuk Harun Taib ini membuktikan  Pas ketika ini seperti tidak berani untuk memperjuangkan hudud kerana masih belum mendapat 'restu' dari rakan sekutu politik mereka.

Harun sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan bahawa secara umumnya pakatan pembangkang bersetuju hukum hudud dilaksanakan sekiranya pembangkang berjaya membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13.

Menurut Ahli Parlimen Parit, Nizar Zakaria, Pas sebenarnya telah hilang hala tuju dan matlamat sebenar mereka dalam memperjuangkan hudud hanya kerana takutkan rakan sekutu mereka. Sebab itulah mereka menukar perjuangan mereka kepada negara kebajikan.

"Jika kita lihat di dalam muktamar Pas baru-baru ini, mereka langsung tidak bercerita tentang perlaksanaan hudud sehinggakan ahli mereka sendiri menjadi keliru. Mereka sebenarnya hanya menggunakan isu hudud untuk menakut dan mengelirukan rakyat dan agar rakyat beranggapan buruk terhadap kerajaan sedangkan selama ini kerajaanlah yang telah banyak menjaga dan memelihara perjuangan agama Islam malah negara kita ini dikenali sebagai negara Islam contoh di mata dunia.

"Jika kita kaji semula, di dalam dokumen buku jingga dan manifesto mereka juga tidak disebut langsung untuk melaksanakan hudud. Ini jelas membawa makna Pas takut dan fobia untuk terus bermain dengan isu hudud. Mereka risau sekiranya terus bercakap pasal perjuangan hudud, mereka akan hilang aras sokongan daripada DAP dan PKR," ujarnya kepada UMNO-Online.

Tambah Nizar, selama ini Pas bermain dengan isu hudud hanyalah satu dogengan semata demi mendapatkan sokongan rakyat khususnya orang Melayu supaya rakyat terpengaruh dan memberikan sokongan kepada mereka.

"Kita lihat selama ini mereka terus mendesak kerajaan pusat melaksanakan hukum hudud tetapi sekiranya kerajaan pusat bersetuju melaksanakan hudud, adakah mereka sendiri bersedia melaksanakan hudud kerana mereka sendiri belum mendapat 'restu' daripada DAP dan PKR.

"Saya percaya mereka tidak akan berani melaksanakan hudud walaupun mendapat persetujuan daripada kerajaan pusat selagi DAP dan PKR tidak memberi persetujuan," ujarnya lagi. -MediaUMNO

Doa Kehancuran UMNO Kemuncak Ketaksuban Pas

Posted: 25 Nov 2012 08:13 AM PST

KUALA LUMPUR, 26 Nov – Pas hari ini dilihat berpaksikan kepada konsep matlamat menghalalkan ke Putrajaya setelah sanggup mendoakan kehancuran sesama umat Islam yang sekaligus mengambarkan mereka telah lari daripada perjuangan yang sebenar.

Pemerhati Politik Datuk Wan Hasyim Wan Teh berkata apa yang berlaku di Stadium Sultan Muhammad ke-IV itu juga menggambarkan kemuncak kepada keghairahan serta ketaksuban parti Pas itu sendiri.

Menurut beliau keghairahan Pas itu dikhuatiri bukan sahaja akan menyebabkan perpecahan yang teruk di kalangan umat Islam malah dibimbangi akan berulang sejarah dan pengalaman pada 1980-an dahulu.

"Politik ini umpama perlawanan bola sepak. Bukankah matlamat kedua-dua pasukan adalah untuk menjaringkan gol dengan penuh semangat kesukanan dan bukannya membawa kepada pergaduhan dan sebagainya.

"Ambil contoh itu adalah paling mudah. Perpaduan adalah segala-galanya dan bukankah itu juga jika diapliaksikan dalam bab-bab politik ini, ianya memberikan manfaat yang cukup luas bukan sahaja kepada rakyat malah kepada negara khususnya Islam itu sendiri.

"Dan paling penting bukankah Islam itu mengutamakan perpaduan..Apabila berlakunya sedemikian rupa dan timbul perpecahan serta sebagainya, siapakah yang akan menanggung rugi. Perpecahan akan berlaku dan inilah yang kita tidak mahu," katanya kepada UMNO-Online di sini.

Beliau seterusnya menambah peristiwa berkenaan juga menggambarkan kepada semua pihak bahawa ianya adalah signal kepada pilihan raya umum dan kekuasan semata-mata khususnya Putrajaya.

"Apa pun saya melihat hakikat itu merendahkan martabat Pas itu sendiri apabila sanggup mendoakan sedemikian rupa dan timbul persoalan apakah parti berkenaan sudah berkerat rotan berpatah arang.

"Jika itulah hajatnya..ingatlah Islam menekankan kepada persaudaraan dan ianya terkandung di dalam al-Quran yang mulia. Kenapakah sanggup berbuat sedemikian rupa," katanya. -MediaUMNO 

UMNO Terus Teguh Melangkah Dari Medan Negara Hingga Pentas Antarabangsa

Posted: 25 Nov 2012 06:52 AM PST

Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau lebih sinonim dengan nama UMNO bukan hanya sebuah pertubuhan politik yang berjaya mencapai impian dalam mengekalkan maruah dan martabat bangsa, agama dan negara tetapi sehingga hari ini lakaran kecemerlangannya bersama Barisan Nasional (BN) dikagumi di persada antarabangsa.

Sememangnya, untuk mengekalkan 66 tahun kegemilangan sebuah parti yang terdiri dari orang-orang Melayu dengan mengisi 55 tahun kemerdekaan bukanlah mudah kerana pengisiannya penuh dengan perancangan dan pelaksanaan lancar.

Tidak dinafikan bahawa cabaran dan rintangan yang ada bukan sedikit malah lebih getir apabila onak yang dilalui hasil daripada kepincangan dari dalam negara lantaran ada segelintir rakyat Malaysia sendiri gagal mensyukuri kesejahteraan hinggakan tergamak melempar nista.

Persepsi dan manipulasi yang dijadikan sebagai senjata pembangkang dalam usaha mereka untuk mendapatkan kuasa sehinggakan bukan sahaja menyerang peribadi kepimpinan tertinggi kerajaan malah negarawan yang telah memodenkan negara ini juga turut diburukkan.

Lebih dari itu, ada juga dikalangan kepimpinan pakatan pembangkang sanggup meminta bantuan asing dan memburuk-burukkan negara sendiri demi mengejar kedudukan, pangkat dan kuasa.

Namun, peredaran masa tidak dapat memadamkan bukti yang terpahat kukuh kerana jalinan UMNO dengan pelbagai parti politik dan kerajaan lain di persada antarabangsa telah membuktikan bahawa parti ini bukanlah hanya saduran dalam mendukung dan mempertahankan kedaulatan negara.

Peranan Malaysia melalui kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden UMNO telah diakui bukan sahaja dalam mengangkat agama Islam tetapi juga sebagai mediator yang berjaya menyelesaikan konflik dan pencetus suara kemanusiaan.

Antaranya baru-baru ini Kerajaan Malaysia telah bertindak sebagai pengantara melalui pendekatan kesederhanaan sehingga berjaya menyelesaikan krisis 40 tahun antara Barisan Pembebasan Islam Moro dan Kerajaan Filipina.

Peranan kepimpinan tertinggi parti juga dimanifestasikan dengan mengambil pendekatan serupa dalam isu keganasan etnik dan agama di negeri Rakhine, Barat Myanmar dengan menekankan soal kemanusiaan dan memberi bantuan kepada mangsa keganasan tanpa mengira latar belakang dan agama mereka.

Begitu juga dalam usaha menyokong rakyat Palestin yang mana UMNO dan barisan kepimpinannya sentiasa konsisten sehinggakan baru-baru ini ulama terkemuka dunia Dr Yusuf Al-Qaradawi juga telah memberi pengiktirafan dan pujian kepada Malaysia. Ini semua terhasil atas komitmen jitu negara dalam membantu dan menyokong rakyat Palestin yang ditindas oleh rejim Zionis di bumi Gaza.

Kepimpinan dan kejayaan UMNO turut diiktiraf oleh kuasa besar China sehinggakan terjalin memorandum persefahaman (MoU) di Beijing, antara Parti Komunis China dan UMNO dengan perkongsian idea serta saling mempelajari dalam pelbagai aspek merangkumi politik, ekonomi, pendidikan hinggalah kepada kebudayaan.

Bukan itu saja, kepimpinan China turut mengakui bahawa mereka amat kagum terhadap cara UMNO menangani masalah perkauman dan ingin mempelajarinya dalam usaha mengatasi masalah-masalah berkaitan etnik yang wujud.

Atas kesedaran UMNO dalam melakukan transformasi dengan idea merealisasikan Forum Antarabangsa menjelangnya Perhimpunan Agung UMNO sebagaimana dua tahun yang lalu, maka sewajarnya seluruh rakyat Malaysia meresapi aspirasinya dengan mengakui keterbukaan UMNO dalam pelbagai aspek.

Pemahaman dan pengakuan atas kebolehan parti yang dijadikan model antarabangsa perlu diserap bukan hanya ahli-ahli UMNO tetapi pakatan pembangkang juga tidak boleh menafikan apatah lagi untuk menyainginya.

Untuk itu, buka mata tajamkanlah minda kerana UMNO tidak pernah menutup pintu apatah lagi untuk menerima kembali mana-mana individu yang telah tersalah langkah kerana realitinya parti ini tetap teguh dan utuh, dulu, kini dan selamanya.

Ropikah Ahmad

Opposition’s Village Rounds Just A Sham

Posted: 25 Nov 2012 06:40 AM PST

SANDAKAN, Nov 25 – Attempts by opposition leaders to win the people’s support by making rounds in villages were merely a sham, said Chief Minister Datuk Seri Musa Aman.

“They only appear during the election season, promising the moon and the stars, and when it’s over, they are quiet,” he said.

Musa, who is also Sabah Barisan Nasional (BN) chairman, expressed confidence in the people’s continuous support for the coalition.

He cited the crowd turnout of between 7,000 and 8,000 in Kuala Penyu during a visit last week by Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin and state leaders, and the rousing welcome given to Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak in every area which he visited inSabah.

“The people in Sabah know which party is capable of looking after their well-being in the long term,” he said in his speech at a gathering with residents at Kampung Nelayan Tengah near here today.

Perhimpunan Agung UMNO Pentas Kukuh Ukhuwah – Raja Nong Chik

Posted: 25 Nov 2012 06:35 AM PST

KUALA LUMPUR, 25 Nov – Perhimpunan Agung UMNO ke-66 adalah pentas penting buat akar umbi parti terus mengukuhkan ukhuwah dan menjadikannya platform bagi membincangkan pelbagai perkara.

Justeru, Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin meminta perwakilan memberi tumpuan serius kepada amanat yang bakal disampaikan oleh Presiden UMNO dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“UMNO selaku parti tunjang dalam Barisan Nasional (BN) bertanggungjawab dan menjaga kepentingan semua kaum di negara ini serta sentiasa melakukan yang terbaik kepada semua pihak,” katanya.

Raja Nong Chik, yang juga Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, berkata demikian selepas menghadiri Kempen Gaya Hidup Sihat 1Malaysia di Parlimen Lembah Pantai di sini hari ini.

Beliau berharap perwakilan pada perhimpunan yang bermula Selasa ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini akan mengambil kira kepentingan semua kaum dalam mengemukakan saranan semasa sesi perbahasan.

Mustapa Confident Of Support By Kelantan Born To Be Translated Into Votes For BN

Posted: 25 Nov 2012 05:50 AM PST

KUALA LUMPUR, Nov 25 – Kelantan UMNO liaison chairman Datuk Seri Mustapa Mohamed is confident that Kelantanese residing outside the state will show their support for Umno by voting for Barisan Nasional in the coming 13th general election.

He said that despite the various allegations hurled by the opposition, UMNO’s aura remained strong among the Kelantan-born.

“Through a strategy of gathering the Kelantan-born residing outside the state in certain programmes, we find the support of those residing in the Klang Valley very strong,” he told reporters after the Asyura Cooking programme at Titiwangsa Lake here today.

The programme, organised by the Association of Kelantan-Born Children, drew about 2,000 Kelantanese people.

Mustapa, who is International Trade and Industry Minister, said he was confident that the ‘fence-sitters’, who wanted peace, brotherhood and unity, would be able to evaluate wisely and reject allegations that were baseless against UMNO.

“We hope the ‘fence-sitters’ will think wisely and evaluate the good and bad.

“Certainly, they will reject the extremist group which wants to destroy UMNO by accusing us of being apostate and reject Islam because the accusations are baseless,” he added.

He said besides being united, all UMNO members should accept and support the candidates that would be fielded to contest on BN ticket in the coming general election.

Dong Zong Diminta Hentikan Tohmahan Terhadap Kerajaan

Posted: 25 Nov 2012 03:02 AM PST

SERDANG, 25 Nov -  Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan bahawa Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 tidak mempunyai niat jahat atau tujuan terselidung bagi meminggirkan pendidikan bahasa Cina dan Tamil.

Beliau berkata kerajaan sememangnya bertindak adil terhadap semua jenissekolah dan mahu meningkat kualiti pendidikan di semua aliran.

Mengulas dakwaan Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) kononnya PPPM boleh menjejaskan pendidikan di sekolah aliran Cina dan Tamil, beliau berkata ia adalah tidak betul sama sekali dan merupakan satu tanggapan salah.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata semua sekolah kecuali sekolah menengah persendirian Cina yang mengelolakan Sijil Peperiksaan Bersepadu(UEC) akan menerima faedah daripada pelan tersebut.

Beliau mengulas demikian ketika ditanya oleh wartawan mengenai dakwaan Dong Zong itu pada Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2012 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) di sini, Ahad.

Dong Zong pada Ahad menganjurkan perhimpunan membantah pelan itu keranakhuatir ia akan meminggirkan sekolah-sekolah vernakular, di samping memintakerajaan bersikap adil terhadap semua sekolah.

Mengulas lanjut mengenai tiga usul yang dibangkitkan Dong Zong, Muhyiddinberkata PPPM langsung tidak menyebut untuk meminggirkan sekolah-sekolah yang menggunakan bahasa Cina atau bahasa Tamil, malah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina(SJKC) dan Tamil (SJKT) terus kekal dan turut disebut dalam laporan tersebut.

Mengenai pertambahan waktu pengajaran Bahasa Melayu pula, Muhyiddin berkata ia dibuat dalam bentuk kelas tambahan tanpa mengganggu masa pembelajaran bahasa Cina atau bahasa Tamil supaya mereka dapat memantapkan Bahasa Melayu yang mana akan diperlukan untuk masuk ke sekolah menengah nanti.

Mengenai kelas peralihan pula, yang penghapusannya tidak dipersetujui DongZong, beliau berkata kelas tersebut adalah tidak perlu sekiranya pembelajaran Bahasa Melayu di SJKC dan SJKT adalah setanding dengan sekolah-sekolah biasa.

Justeru, Muhyiddin mahu Dong Zong menghentikan tohmahan terhadap kerajaanberkenaan perkara itu kerana ia hanya dibuat untuk tujuan politik semata-mata.

“Semua rakyat Malaysia sokong PPPM kenapa Dong Zong tak sokong. Yang menyokong Dong Zong pun hanya beberapa pertubuhan. Banyak lagi pertubuhan yang tak sokong Dong Zong kerana dia tahu Dong Zong ada muslihat politik.

“Saya tidak ada kepentingan politik. Saya melihat dari segi kepentingan pelajaran. Sebab itu kita bersetuju (dengan pelan ini),” katanya.

Muhyiddin juga berkata Dong Zong seringkali melihat apa yang diusahakan kerajaan sebagai berniat jahat dan bertujuan merosakkan bahasa Cina dan masadepan bahasa itu walaupun apa yang berlaku adalah sebaliknya.

“Kalau itulah nak dibuat, mungkin dah berpuluh-puluh tahun dulu kita dah buat. Yang terbukti dalam Barisan Nasional sehingga 55 tahun merdeka, tidak adabuat begitu. Tidak ada sekolah Cina ditutup, tiada bahasa Cina tak boleh diajar,tambah guru Cina pun ada, tambah sekolah Cina pun ada,” katanya.

Beliau berkata ia membuktikan bahawa pandangan Dong Zong adalah salah dan berharap agar masyarakat Cina tidak terpedaya dengan apa yang dilakukan olehpertubuhan itu.

Extraordinary Achievements By Malaysia Young Women – Says Rosnah

Posted: 25 Nov 2012 02:02 AM PST

KUALA LUMPUR, Nov 25 – Puteri Umno leader Datuk Rosnah Rashid Shirlin regarded the achievements of the Malaysian young women as “extraordinary” for being able to be on par with the men.

She said this proved that the government recognised the women’s role and had provided equal opportunities with men, in career development as well as education.

“Malaysia is among countries which recognises the women’s role and their contributions,” she said at the opening of the 2012 National Young Women’s Assembly by Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak at the Putra World Trade Centre here today.

As such, she expressed the need for the Malaysian young women to know their role and responsibility in the country’s development and to help realise the government’s transformation plan.

Rosnah said that based on statistics by the Statistics Department last year, 13.8 million of the 28.3 million Malaysian population were women with 6.5 million of them in the young category.

At the function, the prime minister presented the ‘Anugerah Kesatria Puteri’ awards to 12 recipients for their role and contribution to the society and country.

They included singer Datuk Siti Nurhaliza Taruddin (Arts), television sports anchorwoman Jay Menon (TV personality) and a pilot with Air Asia, Captain Norashikin Onn (Career).

Ceramah Mengenai Politik Islam Dan Politik Kepartian, Dua Perkara Berbeza – Khazan

Posted: 25 Nov 2012 01:56 AM PST

KUALA TERENGGANU, 25 Nov – Kerajaan negeri Terengganu tidak pernah menghalang aktiviti dakwah termasuk penyampaian ilmu berpolitik mengikut Islam di masjid tetapi menentang usaha menjadikan masjid sebagai tempat ceramah berunsur politik kepartian.

Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri Terengganu, Khazan Che Mat berkata dakwah mengenai politik Islam dan politik kepartian adalah dua perkara yang berbeza yang perlu difahami umat Islam.

“Masjid bukan tempat yang sesuai untuk ceramah berunsurkan politik parti kerana ia akan menimbulkan rasa tidak selesa di kalangan jemaah masjid yang hadir.

“Namun, kita sangat menggalakkan penceramah menyampaikan ilmu mengenai politik menurut Islam seperti yang diamalkan Rasulullah SAW,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Ziarah Masjid di Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) di sini hari ini.

Khazan menegaskan penceramah perlu menjaga kesucian masjid dengan tidak mengutarakan isi ceramah yang boleh menimbulkan kebencian terhadap mana-mana pihak.

Beliau berkata penceramah patut memberitahu jemaah cara politik Islam yang sebenarnya, yang mana tiada pergaduhan ekstrem dan ketaksuban melampau yang akhirnya boleh merugikan umat Islam.

“Apa benda baik dilakukan kerajaan pemerintah perlu disokong, beritahu rakyat apa tanggungjawab yang perlu kerajaan lakukan, bukannya hanya menuding jari mengatakan semua yang dibuat kerajaan tidak betul,” katanya.

Selain itu, katanya penceramah dibenarkan menyampaikan dakwah mengenai sistem pengurusan ekonomi dalam Islam, namun mereka dilarang sama sekali mempromosikan perniagaan yang diusahakan bagi mengelak masjid dipergunakan untuk kepentingan peribadi, katanya.

Ulama Turut Dicalon Bertanding Wakili BN Dalam PRU-13 Kelantan

Posted: 25 Nov 2012 01:52 AM PST

PASIR PUTEH, 25 Nov – Golongan ulama antara yang turut dicalonkan Badan Perhubungan UMNO Kelantan untuk bertanding sama ada kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN), pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) kelak.

Pengerusinya Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata mereka terdiri daripada golongan yang berwibawa dan banyak berjasa kepada parti dan negara selain berpotensi untuk menang.

“Kita sudah mengenal pasti nama-nama mereka,” katanya selepas merasmikan upacara penutup Program Pelancaran 1Komuniti 1Koperasi di sini, Ahad.

Beliau yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata nama calon tersebut akan diumumkan lebih awal dari biasa untuk memberi peluang kepada rakyat menilainya.

“Biasanya, termasuk PRU ke-12, dua hari tarikh penamaan calon kita umumkan tetapi kali ini ia lebih awal dari itu,” katanya yang juga Ketua UMNO Bahagian Jeli.

Mustapa berkata manifesto Barisan Nasional (BN) juga akan turut diedarkan lebih awal supaya setiap rakyat Kelantan dapat meneliti dan membuat pertimbangan.

Katanya manifesto itu, sedang dirangka yang menjurus ke arah perseimbangan antara keperluan rohani dan jasmani yang sebelum ini sebahagiannya telah diumumkan seperti pembinaan jalan lebuh raya antara Kota Baharu-Kuala Krai.

Beliau berkata, keseluruhannya ia memberi masa depan yang lebih terjamin kepada rakyat Kelantan jika diberi peluang memerintah negeri itu.

Mustapa berkata rakyat Kelantan perlu percaya dan yakin setiap yang terdapat dalam manifesto itu kelak, ia pasti akan ditunaikan sesuai dengan slogan ‘Janji Ditepati’.

Pada majlis itu, beliau menerima sumbangan lebih RM3,000 dari UMNO Bahagian Pasir Puteh untuk membantu rakyat Palestin yang ditindas rejim Israel.

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...