PISAU.NET |
- Anwar : “I support all efforts to protect the security of the state of Israel”
- Saksikan Live Piala AFF Malaysia Vs Singapura.
- Mana Surat Saman? Izzah Selak Kain Sendiri
- Jangan Libatkan Anasir Luar Rosak Potensi Negara - PM
- PAS Doakan Kesejahteraan DAP dan Guan Eng..
Anwar : “I support all efforts to protect the security of the state of Israel” Posted: 25 Nov 2012 06:51 AM PST |
Saksikan Live Piala AFF Malaysia Vs Singapura. Posted: 25 Nov 2012 05:49 AM PST |
Mana Surat Saman? Izzah Selak Kain Sendiri Posted: 25 Nov 2012 12:00 AM PST KENYATAAN MEDIA Pisau kata "PAS dah istiharkan Nurul Izzah bidadari syurga mereka" |
Jangan Libatkan Anasir Luar Rosak Potensi Negara - PM Posted: 24 Nov 2012 10:00 PM PST KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan semua pihak khasnya pembangkang agar tidak cuba melibatkan campur tangan asing dan membawa budaya negatif dari luar yang boleh merosakkan potensi dan masa depan Malaysia sebagai sebuah negara. Menyelar tindakan yang disifat memalukan negara itu, Perdana Menteri berkata potensi Malaysia tidak wajar dirosakkan dengan kemasukan anasir luar kerana negara ini penuh dengan pengharapan dan mempunyai masa depan yang lebih baik daripada apa yang dimiliki hari ini. "Kita sudah ada yang baik di sini...'why fix when it is not broken' (kenapa nak betulkan jika tidak ada yang salah)," katanya ketika berucap pada Himpunan Barisan 1Malaysia : Untuk Masa Depan Rakyat sempena Perhimpunan Agung Umno 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini Sabtu. Najib berkata Malaysia kini menjadi contoh kepada banyak negara malah ada yang mencemburui kejayaan dan pencapaian negara namun ada pihak di dalam negara yang sengaja mencari kesalahan kerajaan untuk dijaja ke negara luar. "Jangan cakap dalam negeri, orang Bangsamoro pun hendak berdamai pandang ke Malaysia, (selama) 40 tahun, lebih 100,000 orang sudah mati, tapi kata putusnya pada Malaysia. "Di sini ada orang cari salah pada kita, (sedangkan) yang lain lagi teruk. Di Amerika Syarikat pilihan raya presiden pun banyak masalah, pengundi tidak ada nama di tempat mengundi, keputusan lambat, tetapi tidak ada pihak yang kata ada penipuan besar, pemilihan (Presiden Barack) Obama bagi penggal kedua tidak sah, tidak ada...," katanya. Sambil menempelak pembangkang yang sering mempersoalkan dan mempertikai kerajaan, Najib berkata mereka bagaimanapun mendiamkan diri apabila barisan pembangkang berjaya merampas lima negeri daripada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-12 pada 2008. "Jadi jangan minta negara luar campur tangan, jangan bagi malu kepada negara kita. Kita sudah buat yang terbaik untuk Malaysia tapi dia pergi Australia untuk minta campur tangan, nasib baik Australia tidak ikut," katanya, merujuk tindakan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilaporkan meminta bantuan Australia untuk memastikan pilihan raya umum bebas dan adil di Malaysia. Australia bagaimanapun menolak rayuan itu serta menegaskan bahawa negara itu tidak akan mempengaruhi cara pilihan raya umum patut dilaksanakan di Malaysia. "Dia tahu kita ada hubungan baik, dia tahu pemimpin kita, dia kenal. Ini dia (Anwar) pergi sana cucuk sana, cucuk sini. "Kita jangan jadi macam itu, kita ada peluang dan masa depan yang cukup baik jadi fikirkanlah untuk masa depan anak-anak kita," tegasnya. Menyedari sokongan rakyat tidak lagi tertumpu hanya kepada parti-parti siasah, Najib berkata realiti baharu politik yang didukung perkembangan teknologi maklumat menuntut kerajaan untuk mengukuhkan hubungan dengan badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat umum. "Sebab itu kita mengiktiraf NGO kerana Barisan Nasional (BN) faham masa depan negara bergantung kepada permuafakatan bersama NGO dan masyarakat madani yang seharusnya dibawa bersama sebagai rakan kongsi untuk mencapai matlamat mentransformasikan negara," katanya. Menegaskan BN bukanlah parti yang kaku, Najib berkata kerajaan bersedia melakukan perubahan untuk membawa kejayaan lebih besar kepada negara. "Kita telah membuktikan tidak semestinya kita tukar kerajaan untuk maju tetapi kita boleh membawa perubahan yang besar dengan kerajaan yang sama," katanya. - BERNAMA |
PAS Doakan Kesejahteraan DAP dan Guan Eng.. Posted: 24 Nov 2012 05:00 PM PST "Kami adalah parti yang berprinsip dan pemimpin berpegang pada prinsip, jadi tidak ada jalan bagi pemimpin yang berkata selepas memegang tampuk kuasa di Putrajaya akan melaksanakan hudud dan menubuhkan kerajaan Islam. Tidak mungkin kerana ia bukanlah dalam rangka dasar bersama."-LIM GUAN ENG Ini adalah kata kata keramat tokong pujaan haprak pakatan....Nak tahu apa kesannya? Tokong ini dikalungkan bunga dan darjatnya diangkat oleh para khawarij PAS terutamanya Nik Aziz.Ada yang berjumpa dengan tokong ini mengambil peluang untuk memeluk ,salam cium tangan dan ada yang angkat tokong ini sebagai pejuang dan pembela Islam. Para khatib dan imam khawarij pakat berdoa panjangkan umur Guan Eng dan sejahterakan DAP agar terus berjuang untuk ke Putrajaya.. Puak PAS kata Lim Guan Eng dan DAP berjaya membantu mengembangkan syiar Islam.. ? Betulkah? Apa hujah korang...? Pisau kata " Hanya kerana Guan Eng duduk bersila sambil makan nasi pakai tangan diaorang kata Guan Eng dah terima hidayah dan nak masuk Islam..." |
You are subscribed to email updates from PISAU.NET To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment