Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


HOT!! Langgan 8 Kali, Percuma 1 Kali!! Taktik Baru Pelacuran!

Posted: 25 Nov 2012 08:37 AM PST

hiasan



"LANGGAN 8 KALI, PERCUMA SATU". Itu antara pakej yang ditawarkan premis pelacuran di Kepong Baru, Kuala Lumpur. Dengan menggunakan wanita warga asing sebagai pelaris, taktik itu dilihat berjaya mengumpan ramai pelanggan untuk ke premis berkenaan.

Walaubagaimanapun, polis yang menyamar sebagai pelanggan berjaya membongkar kegiatan tersebut, malam semalam. Dalam serbuan yang dilakukan, 9 wanita warga Thailand, 5 Filipina dan seorang warga China berusia lingkungan 20-an ditahan.

Serbuan yang dilakukan oleh sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Kongsi Gelap/Judi/ Maksiat D7, Bukit Aman turut mendapati ada di antara wanita asing tersebut yang menyalahgunakan pas lawatan sosial dan gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri. Turut ditahan, dua penjaga premis.

Kesemua mereka dibawa ke IPD Sentul untuk tindakan lanjut.



Sumber: Edisi 7, NTV7

Video dari Channel PDRMsia

HOT! #IsuAirSgor: Khalid Tak Serius Selesaikan Masalah Air Selangor!!

Posted: 25 Nov 2012 06:30 AM PST



Langat 2 masih lagi ditangguh! Pelbagai persepsi timbul, pelbagai alasan diberikan. Kisah penstrukturan air Selangor yang telah lama menyepi muncul semula. Semuanya dilihat 'seperti' berkaitan diantara satu sama lain dengan masalah air di Selangor.

Khalid telah pun bersuara di Dun Selangor, bahawa selagi penstrukturan air di Selangor tidak dibuat, selagi itu projek Langat 2 akan ditangguh.

Khalid Gagap sebenarnya tidak serius untuk menyelesaikan masalah air. Walaupun kini kita nampak air di Selangor umpama tidak ada masalah, namun kajian telah menunjukkan pada tahun 2014 Selangor akan mula menghadapi masalah air.

Bila Selangor menghadapi masalah air, Langat 2 pun belum siap, dari mana rakyat Selangor nak korek air? perigi, lombong atau tasik?

Sebab itu, Langat 2 tak perlu ditangguhkan lagi, perlu dibuat segera!!

Isu penstrukturan air, yang Khalid selalu sebutkan tu, langsung tak ada kena mengena dengan pertambahan air terawat di Selangor.

Malah untuk membuat penstrukturan air pun, Khalid tidak serius, dia hanya mengunakan kepala otaknya sendiri untuk membuat pertimbangan.

Sehingga kehari ni, baru 3 kali Khalid berjumpa, berbincang dan menawarkan 4 syarikat konsesi air dengan harga terakhir RM 9.27 billion, itu pun kali terakhir pada 31 Januari 2010. Selepas pada itu, tiada lagi perbincangan, yang ada hanyalah cakap-cakap belakang dan statement bodoh Khalid di media!


Mengikut pendapat Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Dr Jacob George menyifatkan empat syarikat konsesi air yang terlibat dengan penstrukturan semula industri itu berhak menolak tawaran kerajaan Selangor sekiranya harga yang diusulkan tidak munasabah.

Katanya, kerajaan Selangor tidak seharusnya menutup pintu rundingan dengan mengumumkan bahawa jumlah tawaran RM9.2 bilion itu adalah muktamad melainkan keputusan itu didorong oleh motif politik.

"Jika tawaran yang diberikan tidak masuk akal, nasihat saya kepada syarikat-syarikat itu untuk lebih berbincang jika kerajaan negeri salah kerana beri tawaran yang rendah. Kerajaan negeri perlu menunaikan tawaran mengikut keperluan.

"Apabila syarikat-syarikat yang telah menerima tawaran itu jika dianggap tidak sesuai (tidak cukup) mereka boleh mengusulkan kepada kerajaan negeri untuk berbincang. Jangan semua isu dipolitikkan termasuk isu air nanti tidak dapat mencapai matlamat," katanya

Tapi takkanlah perigi nak cari timba? Tentulah orang yang nak beli syarikat konsesi dan nak buat penstrukturan yang tawar dan beli. Takkanlah syarikat-syarikat konsesi ini yang terhegeh-hegeh nak tawar diri? Macam tak kena la pulak.


Dulu semasa Khalid tawar harga kedua, hanya Syabas dan Puncak yang tolak tawaran tersebut, ABASS dan SPLASH dah terima. Kenapa Khalid tak beli dua tu dulu? Kenapa nak tolak semua?

Semasa tawaran ketiga, ABASS dan SPLASH turut serta tolak walaupun harga tawarannya lebih tinggi. Pelekkan? Tentu ada udang disebalik batu.

Masalahnya, Khalid dan Kerajaan Negeri Selangor ni tak ikhlas nak buat kerja. Mereka bekerja bukan untuk rakyat. Segala permainan dan pergerakkan mereka hanyalah disulami politik. Kalau mereka ikhlas, dah tentu perbincangan penstrukturan air tu berjaya, walaupun berapa lama dan berapa kali pun.

Bila tak berjaya saja, nak salahkan orang lain. Salahkan Syabas, salahkan Kerajaan Persekutuan, salahkan Kementerian, salahkan BN, malah yang takdak kaitan dengan air pun Khalid turut tuduh bersubahat!

Video kat bawah ni menunjukkan jawapan Khalid menipu semasa sidang Dun Selangor,

Alasan Khalid nak beli syarikat konsesi, kononnya nak selesaikan masalah NRW, iaitu masalah 'pembaziran' air disebabkan masalah teknikal seperti ketirisan paip lama (penggantian paip baru) dan kecurian.

Tapi Khalid sendiri pun taknak bayar hutang Kerajaan Negeri kat Syabas. Kalau bayar dah tentu Syabas boleh modalkan nak ganti paip lama, boleh kurangkan NRW.

Khalid sendiri tak nak luluskan perbelanjaan capex i.e. paip baru sebelum penstrukturan dibuat. Lepas tu, paksa Syabas jual diri kat Kerajaan Negeri Selangor, patut ke macam tu? Kejam sungguh si Khalid Gagap ni.

Dari situ kita dah lihat bahawa Khalid ni memang bermain politik dalam urusan pengurusan air.

Khalid bebal ni pun tahu, andaikata penstrukturan air berjaya, Langat 2 tetap kena buat. Kalau terlalu lambat buat Loji Langat 2 pun jadi masalah juga, sebab dari jangkamasa sekarang, Langat 2 tak sempat nak siap dan beroperasi pada waktu yang dijangka Selangor mengalami masalah air tu.

Apakah masalah rakyat tak penting? Kalau masalah air untuk rakyat Selangor dan kepentingan urusan negeri pun tak penting bagi Khalid. Entah apalah yang penting bagi MB sebuah negeri maju macam Selangor ni.

Mc fikir, apa yang penting bagi dia, hanyalah 'kepentingan politik' dan poket kroninya kembung! Macam Talam! Selain daripada itu, lantak la apa nak jadi pun. Rakyat Selangor nak mati sebab tak makan atau takdak air pun, bukan masalah dia.

Kejam punya gagap! Sudah la hodoh, bertambah buruk dengan zalim! Buruk sungguh!


McTheory:
MB Pakatan Haram ni memang semua tak boleh buat kerja, menyusahkan orang saja!

PANASS!! Azizan Menipu Lagi? Kes Air Kedah ke Pulau Pinang!! #TukarKedah

Posted: 25 Nov 2012 04:37 AM PST


Sebelum ini dalam pembentangan bajet 2013 Kedah, MB Kedah berkata bahawa Kerajaan negeri akan mengutip hasil dalam angaran 40juta dari Kerajaan Dap Pulau Pinang kerana mengunakan sumber air mentah yang di ambil dari Sungai Muda..

Dalam sesi perbahasan dalam sidang dun yang lalu, Ketua Pembangkang Datuk Seri Diraja Mahdzir Khalid bangun mencela bertanyakan soalan kepada pihak kerajaan adakah kerajaan Dap Pulau Pinang akan membayar sumber bekalan air mentah itu sedangkan guan eng sendiri tidak setuju untuk membayar..

YB Anak Bukit dengan bersungguh sungguh mengakui bahawa kerajaan Dap Pulau Pinang akan membayar melalui perbincangan yang akan diadakan antara exco kerajaan negeri Kedah dengan Guan Eng..

Namun pekara ini menjadi semakin rumit apabila Guan Eng sekali lagi menafikan bahawa kerajaan Pulau Pinang akan membayar pembelian air mentah dari Kedah..

Kerajaan Negeri Pulau Pinang menafikan pernah bersetuju untuk membuat pembayaran bagi pembelian air mentah dari Kedah.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, beliau telah menghubungi Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak bagi mendapatkan penjelasan mengenai Bajet 2013 yang menyatakan akan mendapat anggaran pendapatan kira-kira RM40 juta dari pembelian air.

Guan Eng berkata, tidak ada mana-mana pegawai atau Exco Kedah yang berjumpanya bagi membincangkan isu pembayaran air dan tiada sebarang dokumen hitam putih yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri berhubung perkara itu.

"Tidak dinafikan ada seorang pegawai dari Syarikat Air Darul Aman Sdn Bhd (Sada) bertemu Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), Jaseni Maidinsa dan Ahli Lembaga Pengarah PBAPP, Mohamad Sabu namun tiada sebarang keputusan dibuat.

"Jadi saya tidak faham bagaimana Kedah boleh cakap mereka akan mendapat pendapatan RM40 juta sedangkan tiada sebarang surat mahupun pegawai PBAPP yang bersetuju untuk membayar," katanya pada sidang media di sini, semalam.

Guan Eng berkata, jika Kerajaan Negeri bersetuju membayar pembelian air kepada Kedah, sudah pasti ia dimasukkan ke dalam Bajet 2013 Pulau Pinang yang diluluskan baru-baru ini.

Menurutnya, perkara ini timbul mungkin berpunca dari masalah dan kekeliruan di peringkat Kerajaan Kedah.

"Beliau (Azizan) pun bersetuju bahawa tiada langsung surat yang mengatakan Kerajaan Pulau Pinang bersetuju membuat bayaran.

"Mereka membuat anggaran yang langsung tak wujud," katanya.

Sebelum ini pada pembentangan Bajet 2013 Kedah, Azizan berkata pendapatan Kerajaan Negeri itu akan meningkat pada tahun depan apabila Pulau Pinang mula membayar caj bekalan air mentah yang mengalir dari sungai negeri itu.

Macam mana pekara yang tidak dipersetujui ini dimaksudkan dalam pembentangan bajet negeri Kedah ?? Nilainya bukan sedikit tetapi dianggarkan hampir RM 40juta..

Kalau melihat dari aspek perancangan, Pas Kedah memang GAGAL sama sekali..Sebab itu Pas lebih seronok berceramah menjaja kononnya kerajaan yang ditadbir mereka dapat membawa pelbagai manfaat kepada rakyat, tetapi pada hakikatnya semua itu hanyalah pembohongan semata mata..

Dalam laporan audit pun menyentuh banyak pekara mengenai kegagalan kerajaan Pas Kedah..Tetapi disebabkan tak mahu mengaku salah maka, mereka menghasut rakyat supaya tidak mempercayai laporan audit..Rakyat dinasihatkan untuk membaca portal portal pembangkang dan ceramah saja.

 Medan Tempur Kedah

TUDIAA!! Nurul Izzah Tak Mengaku Diri Melayu? Sanggup Sokong Melayu Murtad?

Posted: 25 Nov 2012 01:17 AM PST



Betul kata UFB, hanya orang melayu yang tak bangga diri melayu saja yang akan buat macam tu!

PANASS!! Rakyat Kedah Risiko Minum Air Kotor Jika Pas Perintah Kedah Lagi! #TukarKedah

Posted: 24 Nov 2012 10:17 PM PST


Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata selain Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), rakyat di negeri ini turut bimbang jika sumber air tercemar akibat aktiviti pembalakan yang tidak terkawal.

Beliau berkata semasa negeri ini di bawah pemerintahan Barisan Nasional (BN), Menteri Besar ketika itu tidak berani melakukan pembalakan di lokasi yang menjadi kawasan tadahan air seperti Tasik Pedu, Jeniang dan Gunung Inas.

Bagaimanapun, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu berkata kerajaan PAS Kedah telah berbuat demikian dalam tempoh pemerintahan yang hanya mencecah empat tahun.

"Kawasan Tasik Pedu adalah hutan pemeliharaan bernilai tinggi, dan kita tak berani nak sentuh. Jika hutan ditebang, ia akan beri kesan kepada alam sekitar terutamanya sumber air," katanya ketika ditemui pemberita selepas perasmian penutup Fiesta Futsal Gelombang Merah di Titi Gajah hari ini.

Beliau mengulas kenyataan PBAPP yang mahu kerajaan negeri menghentikan pembalakan di sekitar kawasan tadahan air itu.

Mukhriz, yang juga Anggota Parlimen Jerlun, berkata kerajaan negeri juga dilihat tidak mempunyai daya kreativiti kerana hanya inginkan keuntungan mudah dengan melakukan kegiatan pembalakan tanpa memikir cara lain bagi menjana pendapatan negeri. - Bernama

Betul kata Mukhriz tu, simpanan air boleh tercemar teruk, contohnya seperti yang terjadi kat Gunung Inas, habis rosak kawasan tadahan tu. Kami pernah bongkarkan pasal semua ini dulu, kalau yang belum pernah tengok, boleh tengok layan video kat bawah ni.

PANASS!! Abby Albody DEDAHkan Rahsia Malaysia dan Israel!!

Posted: 24 Nov 2012 07:16 PM PST


Masih lagi tak puas melonjakkan kebodohan diri sendiri demi menagih populariti dalam sebuah perjuangan yang kononnya berteraskan dakwah. KEBODOHAN SEBELUM INI (KLIK!). Abby Abadi tidak kurang bengapnya dengan MAHFUZ OMAR (KLIK SINI) bila mempersoalkan kaitan FELDA & ISRAEL.



Demo kononnya Malaysia ekspot minyak sawit ke Israel berlansung amat hambar, pelbagai angka disebut dan direka hanya untuk puaskan hati pengikut yang diupah untuk membuat kacau bilau depan Ibu Pejabat Felda Kuala Lumpur kelmarin.

Ada yang sebut hanya 700 orang hadir, ada yang naikkan angka demi nak jaga hati tukang bayar upah, kononnya 2000 yang hadir, ada blog mereka sendiri beri lapuran yang bernada kecewa, 400 orang yang hadir. Semuanya dah bercelaru dan tidak sekata, seolah-olah masing-masing cuba tutup bangkai hidup. Memalukan !


Entah dari mana sumber, entah dari mana fakta, pengikut yang taksub hanya tahu "lepaskan geram" tanpa usul periksa. Menuduh, mereka fitnah dan cuba memanipulasikan sumber yang tidak jelas.

Syndrom menanam benci dan buat huru-hara ini adalah strategi yang kononnya terbaik yang ada pada pakatan haram. Doktrin yang cuba di tanam kepada golongan belia nampaknya makin lama makin tidak berhasil.

Pakatan haram lupa bahawa golongan muda bukan golongan yang boleh ditipu kerana mereka sendiri akan buat research tentang sesuatu isu yang ditimbulkan pakatan haram, zaman ini adalan zaman informasi di hujung jari.

Malaysia adalah pengeluar minyak sawit terbesar di dunia, minyak sawit Malaysia antara yang bermutu grednya di dunia dan banyak negara di dunia menggunakan minyak sawit kita.

Polisi negara kita cukup jelas, kita tidak akan berurus niaga dengan Israel, cukup jelas pendirian negara kita sekian lama. Pakatan haram cuba memanipulasi bagaimana minyak sawit kita ada di bumi Israel ?

Jawapan kepada persoalan yang hanya provokasi murahan politik ini amat mudah, Malaysia tidak terlibat dan tidak berhak menahan penjualan minyak sawit ini kepada pihak ke tiga. Mana-mana negara pengeluar pun mempunyai polisi perdagangan yang sama, tidak berhak untuk campur tangan urusan perniagaan pihak lain.

Hanya kumpulan yang terus menerus kecewa menjadikan FELDA sebagai sasaran serangan isu sahaja akan bertali arus tanpa kecewa untuk jadikan FELDA sebagai bahan politik dan hanya yang berkepentingan peribadi sahaja yang tanpa jemu terus menerus menabur fitnah terhadap FELDA. Mazlan Aliman siapa tak kenal. Cubaan beliau hanya untuk menonjolkan diri sebagai calon PRU13 sahaja. Tidak lebih dari itu

Sumber dari sini Mc ambil dari blog 1Peluru, kat bawah ni ada msg khas untuk Abby Albody



Dah jelas ke? Dah faham kenapa kita guna benarkan kapal dagang Israel untuk angkut minyak ke Israel? Minyak tersebut untuk Palestin, tetapi Palestine takdak pelabuhan, soo kita terpaksa guna pelabuhan Ashdod untuk hantar minyak ke Palestin. Faham tak?

Kalau tak faham tanyalah, jangan jadi bebal sangat. Mahfuz Omar yang selalu berlagak pandai tu, sebenarnya bodoh. Ditambah lagi dengan Abby Albody yang memang bangang tahap sampah!

McTheory:
Orang cakap, biar bodoh jangan sombong!

PANASS!! Pendemo Lynas, Kena Halau Dengan Penduduk Kuantan!

Posted: 24 Nov 2012 04:37 PM PST



Tak sudah-sudah pendemo gila glamor buat kacau. Blog Keris7Lok, ada story baik punya!
 
Lawak sungguh apabila melihat gelagat pendemo Anti Lynas dihalau. Mereka termalu dan perlu rasa hina sebab mereka orang luar. Penduduk Kuantan sendiri yang halau mereka. Paling Sadis adalah ketika ditanya mengapa mereka berdemo, jawab mereka " Hanya untuk memastikan Lynas menjalankan operasi mengikut syarat".

Dah macam mereka ini pula pihak pemeriksa. Tak masuk akal. Diseba kan itu juga anak-anak muda Kuantan berasa kesal dengan tindakan mereka yang terdiri daripada orang luar.


Padan muka! Rakyat memang tak suka puak ni pun. Dah berbuih mulut orang terangkan lynas tak berbahaya, namun puak ni nak teruskan juga. Memang hampeh la!


McTheory:
Bongok betui puak Pakatan Haram ni..
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...