UMNO Online - “Skuad Sayang Plus 1Malaysia Anjakan Paradigma Perjuangan Pergerakan Wanita” plus 9 more

UMNO Online - “Skuad Sayang Plus 1Malaysia Anjakan Paradigma Perjuangan Pergerakan Wanita” plus 9 more

Link to UMNO Online

Skuad Sayang Plus 1Malaysia Anjakan Paradigma Perjuangan Pergerakan Wanita

Posted: 26 Nov 2012 07:52 AM PST

KUALA LUMPUR, 26 Nov – Skuad Sayang Malaysia hari ini melebarkan lagi sayapnya merentasi kerjasama dan hubungan dengan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) serta pelbagai pihak lain dalam usaha memberi nilai tambah kepada khidmat bakti yang telah digerakkan oleh Skuad Sayang sebelum ini.

Inisiatif yang digerakkan oleh Wanita UMNO yang kemudianya diperluaskan lagi kepada Wanita Barisan Nasional (BN), dan malam tadi mencatatkan lagi satu sejarah apabila Skuad Sayang Plus 1Malaysia dirasmikan oleh isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, yang juga penaung Skuad Sayang Malaysia.

Berucap ketika merasmikan pelancaran skuad berkenaan, Datin Seri Rosmah berkata usaha serta komitmen Skuad Sayang pada hari ini dalam melaksankaan 'Smart Partnership' ataupun kolaborasi strategik dengan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan, NGO dan bersama pelajar universiti begitu bertepatan sekali demi menjayakan program kebajikan.

"Usaha menganjurkan 'Smart Partnership' seperti ini merupakan satu anjakan paradigma perjuangan pergerakan wanita secara keseluruhannya dalam memenuhi tuntutan semasa, terutamanya dengan landskap geo-politik terkini yang sentiasa berubah dan kian mencabar.

"Saya yakin dengan pelbagai aktiviti sukarela berbentuk kemasyarakatan melalui penyertaan aktif Wanita BN, akan dapat memastikan bukan sahaja perhatian dan pembelaan lapisan masyarakat lebih terjamin bahkan perjuangan BN akan sentiasa mendapat tempat di hati mereka," katanya.

Rosmah berharap skuad itu dalam memberikan bantuan kemanusiaan dan kebajikan kepada masyarakat, akan memastikan orang ramai dapat merasakan kehadiran skuad itu dan bantuan yang dihulurkan.

“Apabila kita berbakti, pastikan bakti yang dicurahkan, khidmat yang disampaikan dan bantuan yang dihulurkan benar-benar menyentuh hati rakyat. Walau sekecil mana pun sumbangan yang disalurkan, jika ia dilakukan dengan niat yang suci, pasti ia akan dihargai rakyat," katanya.

Beliau turut mengalu-alukan kerjasama pintar yang diwujudkan antara Skuad Sayang dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC), pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta pelajar-pelajar universiti itu.

Pada masa yang sama beliau turut menggesa GLC, NGO dan sektor korporat yang prihatin terhadap kepentingan masyarakat, supaya tampil memberikan kerjasama, membantu meringankan beban rakyat bersama Skuad Sayang Plus 1Malaysia.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya Skuad Sayang Malaysia, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dalam ucapan aluan-aluannya berkata kerja-kerja kebajikan adalah salah satu komponen dalam politik.

"Skuad Sayang telah pun melebarkan sayapnya sebelum ini dengan disambut oleh Wanita BN dan hari ini Skuad Sayang Pluas 1Malaysia pula dilancarkan dan Alhamdulillah kita berharap dapat melebarkan lagi khidmat bakti menerusi usaha seumpama ini.

"Kita seterusnya mengharapkan apabila berlakunya bencana seperti banjir, kebakaran dan sebagainya lagi, Skuad Sayang Plus ini menerusi kerjasama dengan NGO dan sebagainya lagi dapat memberikan apa yang terbaik untuk kumpulan sasar kelak," katanya.

 

Peralihan Dalam UMNO Contoh Yang Baik – MILF

Posted: 26 Nov 2012 05:48 AM PST

KUALA LUMPUR, 26 Nov – Peralihan UMNO daripada sebuah pergerakan bebas yang bersatu menjadi sebuah parti politik pemerintah di Malaysia dapat dijadikan contoh, kata Pengerusi Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) Al-Haj Murad Ebrahim.

Beliau memuji parti itu yang memperoleh kuasa daripada mandat popular dan pada masa sama mendukung cita-cita serta amalan demokrasi.

“Masyarakat Malaysia mempunyai sebab untuk berterima kasih kerana pengalaman anda dalam tadbir urus kurang memihak atau berpecah belah berbanding dengan apa yang kami alami,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika tampil sebagai penceramah jemputan pada Forum Antarabangsa UMNO bertemakan ‘Konflik dan Perdamaian dalam Politik Rakyat’ di sini hari ini.

Forum dua hari itu dianjurkan sempena Perhimpunan Agung UMNO 2012 yang bermula esok.

Pada 15 Okt, kerajaan Filipina dan MILF menandatangani perjanjian bersejarah, dengan Malaysia sebagai perantara, untuk menamatkan konflik empat dekad di selatan Filipina.

Sementara itu, seorang lagi wakil MILF Michael Ong Mastura memberitahu pemberita di luar majlis itu bahawa UMNO menjadi model yang sangat baik untuk dicontohi oleh MILF.

“Kami seringkali merujuk kepada permulaan UMNO dan kami juga seperti itu, asalnya sebuah pertubuhan kini menjadi sebuah parti, ini adalah satu contoh yang baik,” katanya.

Pindaan Peraturan Cegah Guna Perkataan Seksis Dibentang Di Parlimen Esok

Posted: 26 Nov 2012 05:43 AM PST

KUALA LUMPUR, 26 Nov – Usul untuk meminda dua Peraturan Mesyuarat termasuk penggunaan perkataan seksis ketika berhujah akan dibentangkan di Dewan Rakyat esok.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata ini bagi memastikan semua Anggota Parlimen menjaga kata-kata dan mengelak penggunaan perkataan tidak sopan.

“Sekarang terlalu banyak insiden seperti itu, dan saya tidak rasa ia sesuatu tindakan sihat… kita perlu menghentikannya,” katanya di Lobi Parlimen hari ini.

Beliau berkata pindaan itu ialah pada Peraturan Mesyuarat 36(4) yang menyatakan “adalah menjadi kesalahan bagi ahli-ahli dewan yang menggunakan bahasa yang kurang sopan (biadab)”.

“Pindaan itu adalah dengan menambah ayat “atau membuat pernyataan yang seksis”, katanya.

Mohamed Nazri berkata Malaysia akan menjadi negara pertama membuat pindaan seperti itu, dan ia kelak dapat memastikan penghormatan terutama kepada Anggota Parlimen wanita.

“Kadang-Kadang orang terlanjur bercakap menggunakan perkataan yang seksis, maka semua Anggota Parlimen perlu berhati-hati kerana tindakan itu akan dianggap sebagai kesalahan selepas Peraturan Mesyuarat itu dipinda,” katanya.

Ketika ditanya siapa yang menentukan perkataan itu seksis atau tidak, beliau menjawab: “Itu akan ditentukan oleh Speaker kerana beliau mempunyai kuasa mutlak untuk memutuskan sama ada perkataan yang disebut itu seksis atau sebaliknya.

Beliau berkata pindaan juga akan dibuat pada Peraturan Mesyuarat 20(1) yang menyatakan “Risalat-Risalat mesyuarat hendaklah dibawa ke dalam mesyuarat hanya oleh Tuan Yang di-Pertua atau oleh seorang Menteri atau pengerusi jawatankuasa dan hendaklah dihantar kepada setiausaha”.

“Pindaan itu akan melibatkan penambahan “risalat hendaklah dalam bentuk cetak, elektronik atau apa-apa rupacara yang diperintahkan oleh Tuan Yang di-Pertua”, katanya.

“Jawatankuasa Parlimen telah mengadakan mesyuarat untuk membuat beberapa pindaan kepada dua Peraturan Mesyuarat tersebut, dan saya telah menulis surat kepada Speaker untuk mendapat keizinan pembentangan usul mengikut Peraturan Mesyuarat 86(5).

“Saya juga telah menulis surat kepada Speaker hari ini untuk mendapat keizinan untuk mendahulukan usul ini esok selepas sesi soal jawab, dan saya percaya Speaker akan memberi kebenaran,” katanya.

Mengulas tuntutan Hindraf yang mahu Kementerian Hal Ehwal Minoriti ditubuhkan, Mohamed Nazri berkata perkara itu tidak perlu dilakukan.

Beliau berkata hal ehwal minoriti lebih relevan dikendalikan Jabatan Perdana Menteri kerana ia tentu akan mendapat perhatian dan keutamaan terus Perdana Menteri.

“Lagipun, jika diwujudkan kementerian itu, ia akan menjadi kementerian ‘junior’, yang mungkin akan dianggap tidak penting oleh sesetengah pihak,” katanya.

Semalam, Hindraf melancarkan pelan tindakan lima tahunnya yang menggariskan tuntutan bagi menubuhkan Kementerian Hal Ehwal Minoriti dan akan menyokong mana-mana parti yang mempersetujui cadangan itu serta mahu Hindraf mengetuai kementerian tersebut.

Hanya BN Yang Mampu Menyatupadukan Semua Kaum Di Negara Ini – Pak Lah

Posted: 26 Nov 2012 05:37 AM PST

KUALA LUMPUR, 26 Nov – Bekas Perdana Menteri dan mantan Presiden UMNO, Tun Abdullah Ahmad Badawi menegaskan bahawa hanya Barisan Nasional (BN) sajalah merupakan sebuah parti yang mampu untuk menyatupadukan rakyat yang berbilang bangsa dan agama di negara ini.

Menurut beliau, ini telah terbukti sejak Malaysia mencapai kemerdekaan, bahawa BN yang dahulunya dikenali sebagai Parti Perikatan, berjaya merapatkan jurang perbezaan di antara kaum dan agama di negara ini dan bersatu dalam satu matlamat untuk membangunkan negara.

"Ramai di kalangan rakan-rakan kita dari negara luar yang kagum dengan keamanan dan keharmonian yang wujud di negara ini, biarpun rakyat Malaysia terdiri daripada berbilang kaum dan agama. BN sehingga ke hari ini, seperti yang dapat kita lihat terus berjaya mengekalkan keharmonian dan keamanan dengan pendekatan yang sederhana dan adil di negara ini," jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis makan malam di hadapan delegasi asing dari pelbagai negara yang menyertai forum UMNO's International Forum bertempat di Dewan Tun Dr. Ismail di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) malam tadi.

Tambahnya lagi, kejayaan BN dalam mentadbir negara ini sehingga menjadi salah sebuah negara yang pesat membangun serta mampu mengekalkan keamanan dan keharmonian masyarakat yang berbilang bangsa, serta kecekapan dalam menghadapi sebarang krisis dan konflik menyebabkan Malaysia kini menjadi salah sebuah negara contoh bagi negara-negara lain.

"Perpaduan antara tiga kaum terbesar iaitu Melayu, Cina dan India yang wujud sejak usaha mendapatkan kemerdekaan negara ini lagi, merupakan kunci kesinambungan bagi keamanan dan keharmonian yang dikecapi oleh rakyat Malaysia sehingga ke hari ini," ujar beliau. -MediaUMNO

Fahami Keperluan, Kehendak Golongan Muda Untuk Jadi Pemimpin Yang Baik

Posted: 26 Nov 2012 05:35 AM PST

KUALA LUMPUR, 26 Nov – Untuk menjadi pemimpin yang lebih baik, golongan pemimpin dan ahli politik perlu memahami keperluan dan kehendak generasi muda atau Generasi Y (Gen Y), kata Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin.

“Dengar luahan mereka dan dengar apa yang menjadi kemarahan mereka…dan buat sesuatu mengenainya, dan bukan hanya kata dengar apa yang kami kata dan kami akan buat sesuatu untuk anda,” katanya.

Khairy bercakap sebagai anggota panel sidang pleno pada Forum Antarabangsa UMNO bertajuk ‘Konflik dan Pendamaian dalam Politik Rakyat’ yang diadakan sempena Perhimpuan Agung UMNO 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.

Mengulas mengenai tajuk ‘Generasi Y dan Penglibatan dalam Politik’, beliau berkata bahawa pemimpin-pemimpin dan ahli politik mesti menyesuaikan diri dengan cara baharu dalam menyebarkan mesej mereka memandangkan golongan muda masa kini telah beralih kepada media sosial seperti Twitter dan Facebook

Sementara itu, Presiden Persekutuan Kesatuan Pelajar Melayu Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Muhammad Eizaaz Muhd Redzuan berkata teknologi komunikasi maklumat (ICT) mempunyai peranan dalam mempengaruhi persepsi Generasi Y terhadap pelbagai isu yang timbul terutama yang berkaitan politik.

“Ini kerana Generasi Y adalah masyarakat yang dipandu pengetahuan, terima kasih kepada adanya ICT dalam dunia tanpa sempadan,” katanya.

Perwakilan Palestin Hargai Sokongan Malaysia Untuk Bawa Keamanan

Posted: 26 Nov 2012 05:08 AM PST

KUALA LUMPUR, 26 Nov – Perwakilan Palestin yang menghadiri forum mengenai konflik dan pendamaian di sini, memuji usaha Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Malaysia membawa keamanan ke tanah air mereka, sekalipun terletak beribu kilometer jauhnya dari sini.

Abdallah Aqrabawi daripada Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia (PCOM), berkata pemimpin harus berkongsi dan menjayakan idea untuk penyelesaian secara aman kepada konflik yang berlaku di beberapa bahagian di dunia.

“Walaupun kita dari negara dan parti politik yang berbeza, kita harus menjayakan idea mengenai budaya aman yang disebut Najib Razak hari ini,” katanya di luar Forum Antarabangsa UMNO bertema ‘Konflik dan Pendamaian dalam Politik Rakyat – Menoleh ke Belakang atau Memandang ke Hadapan?’ di sini hari ini.

Forum dua hari itu yang dianjur bersempena Perhimpunan Agung UMNO 2012, dirasmi Najib hari ini.

Dalam ucapannya, Najib berkata masanya sudah tiba bagi pergerakan global bagi menyebar luas budaya keamanan dan membuang pendekatan membalas dendam dalam dunia masa kini yang telah berubah.

Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya Hubungan Antarabangsa Al-Fatah, Dr Abdullah M.I. Abdullah, mengakui Malaysia telah lama menyokong perjuangan Palestin.

Pada Mesyuarat Pemimpin Asean-Amerika Syarikat di Phnom Penh, Malaysia dan Indonesia membangkitkan isu keganasan di Gaza, menyebabkan Presiden Barack Obama membuat beberapa panggilan telefon bagi membantu menghentikan keganasan itu.

Anggota Kanan Majlis Eksekutif Kebangsaan Wiper Democratic Movement dari Kenya, Victor Ogeto, memuji inisiatif Malaysia dalam menganjurkan forum yang berlatarbelakangkan konflik di beberapa negara.

Katanya adalah mudah untuk menamatkan konflik jika pihak berkepentingan bersedia berbincang bersama.

Wakil Ketua Umum Partai Demokrat dari Indonesia, Max Sopacua berkata negara jiran itu menghantar delegasi paling ramai ke forum tersebut bertujuan mendapatkan input-input berkaitan.

Beliau turut berkata pihaknya bercadang menghimpunkan kertas kerja yang dibentang selain ucapan Najib untuk dibuku dan disebar.

Bila Orang Lama DAP Beri Amaran Kepada Bangsa Melayu

Posted: 26 Nov 2012 04:59 AM PST

Saya tertarik untuk mengulas kenyataan bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim, yang memberi amaran kepada rakyat di negara ini, khususnya masyarakat Melayu, agar tidak terburu-buru memilih Anwar sebagai Perdana Menteri.

Menurutnya, Anwar hanyalah berjawatan Perdana Menteri pada namanya sahaja sedangkan DAP merupakan pihak yang memegang kuasa dan tampuk pemerintahan negara sekiranya Pakatan Haram berjaya menjajah negara pada PRU ke-13 nanti.

Tunku Abdul Aziz yang berpengalaman luas dan tahu luar dalam DAP dalam kenyataannya itu juga menyatakan bahawa Anwar hanyalah sekadar "Perdana Menteri boneka" selepas mempergunakan bekas partinya itu untuk merebut jawatan yang dia idamkan selama ini.

Lebih berani, "orang lama" DAP itu turut mengesahkan bahawa DAP sebenarnya didominasi oleh kaum Cina yang ekstrim!

Malah menurutnya, kewujudan Karpal Singh sebagai Pengerusi parti itu hanyalah "wayang" di mana mereka hanya membiarkan saja ketua mereka itu dibelasah keseorangan sekiranya terdapat mana-mana kesilapan kenyataan dari golongan pemimpin Cina DAP.

Saya tidak dapat tidak perlu menerima kenyataan Tunku Abdul Aziz mengenai hubungan DAP dan PKR ini memandangkan dia adalah antara bekas pemimpin tertinggi DAP yang paling lama berada di dalam parti tersebut.

Dalam ertikata lain, sudah tentu dia kenal benar dengan segala kelemahan dan kekuatan DAP, tahu segala gerak kerja serta agenda sulit parti itu.

Dalam kenyataannya itu, saya menyimpulkan bahawa Anwar mempergunakan DAP untuk menjadi Perdana Menteri, manakala DAP pula akan membonekakan Anwar sebagai Perdana Menteri sekiranya Pakatan Haram menawan Putrajaya.

Matlamat Anwar ialah untuk menjadi Perdana Menteri dan dia tahu dia tidak boleh mendapatkan kuasa secara berseorangan. Dia sedar PKR tidak kuat pun berbanding DAP yang mendapat sokongan kaum Cina sejak tahun 2008.

DAP pula mungkin sebenarnya langsung tidak punya cita-cita untuk menjadi Perdana Menteri.  Tapi kalau dipilih, sudah tentu DAP akan meletakkan Guan Eng sebagai Perdana Menteri. Tapi, DAP tahu mereka tak pandai kelentong orang Melayu seperti Anwar.

Dan sebab itulah Anwar dipergunakan DAP untuk menabur auta dan fitnah terhadap Kerajaan BN meskipun Anwar sebelum ini sering memaki hamun DAP sesuka hatinya ketika bersama UMNO suatu ketika dahulu.

PAS? Tak payah cakaplah mengenai PAS. PAS hanyalah "pekakas hina" atau "gerila upahan" yang langsung tidak dipandang oleh DAP atau PKR. PAS letaknya di kelas bawahan di mana para penyokongnya dilihat tidak berotak seperti salah seorang Naib Presidennya yang gagal SRP.

Pada DAP, mereka tidak perlu memerintah sebagai Perdana Menteri pun tak mengapa asalkan segala dasar dan kemahuan mereka dilaksanakan dengan lancar di negara ini.

Dengan Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri, DAP boleh mengugut Anwar pada bila-bila masa saja untuk menurut kehendak mereka atau "agen rejim zionis" itu akan mendapat undi tidak percaya di Parlimen.

Lagipun, jangan lupa bahawa fail-fail, fakta dan bukti-bukti kukuh "skandal rahsia Anwar" sememangnya berada di dalam genggaman DAP dan tidak mustahil segala maklumat itu akan digunakan DAP untuk mendapatkan segalam kemahuannya.

Saya yakin bahawa kemungkinan yang timbul dari bekas Naib Presiden DAP itu ada kebenarannya dan jangan mimpilah Anwar akan membela nasib Islam, bangsa Melayu dan Malaysia sekiranya dia menjadi Perdana Menteri.

Silap-silap, Anwar akan meminda lebih separuh perlembagaan negara dan menurut segala kehendak DAP bagaikan "lembu dicucuk hidung".

Persoalannya, apakah kita akan membenarkan "sesumpah" itu menjadi Perdana Menteri dan menjahanamkan negara ini? Sendiri fikirlah..kan?

mykmu.net

Kejayaan UMNO Jadi Contoh Kepada Negara Dunia Lain

Posted: 26 Nov 2012 04:24 AM PST

KUALA LUMPUR, 26 Nov. – Kesinambungan UMNO sebagai sebuah parti politik yang dapat mengekalkan kesejahteraan dengan menerapkan pembangunan dalam negara dikagumi masayarakat antarabangsa yang mahukan parti ini menjadi model kepada negara mereka.

Ahli Parlimen Niger yang mewakili Nigerien Party for Democracy and Socialism (PNDS), Assoumana Malam Issa mengakui bahawa kedudukan UMNO amat membanggakan dan menjadi label kepada negara-negara sedang membangun.

"Negara ini mempunyai unit perancangan yang rapi termasuklah ekonomi bagi memastikan pelaksanaannya berlangsung dengan lancar dan teratur yang secara tidak langsung aadalah contoh terbaik kepada negara kami," katanya.

Jelas beliau, PNDS telah menjalin hubungan dengan UMNO sejak dua tahun lalu dan mendapati bahawa parti tersebut mempunyai pengalaman yang luas dalam hubungan dengan negara-negara lain.

"UMNO adalah parti politik yang sangat berjaya dan kami berharap agar dapat dengan jalinan yang ada parti ini akan dapat membantu membangunkan negara kami.

"Kami berada di sini untuk kali kedua sebagai peserta forum dan akan turut serta dalam Perhimpunan Agung UMNO," katanya.

Katanya, dengan penyertaan dalam Forum Antarabangsa yang berlangsung sempena Perhimpunan Agung UMNO beliau merasai pengalaman yang sangat menarik dan berharap ia akan dapat menjadi contoh terbaik kepada Niger khususnya dalam pembangunan.

"Kami mahu menimba ilmu serta mempelajari bagaimana pentadbiran UMNO sebagai sebuah parti politik yang konsisten berlandaskan misi dan visi yang jelas sebagaimana dalam Perlembagaan parti dapat memajukan masyarakat," ujarnya.

Perkara tersebut turut dipersetujui oleh Diarra Fatimata Ly yang turut serta dalam delegasi Niger dengan menyatakan bahawa pendidikan adalah cara terbaik untuk pembangunan.

"Kita bukan hanya dapat membudayakan keamanan tetapi bergerak dalam kelompok dengan membawa golongan wanita dalam perjuangan dan menerapkan kesejahteraan dari akar umbi," katanya.

PNDS yang ditubuhkan pada tahun 1990 telah memenangi pilihan raya secara demokrasi pada tahun 1992 mahu rakyat Niger di Barat Afrika. - MediaUMNO

Tindakan Kerajaan Selangor Tangani Banjir Dipersoal

Posted: 26 Nov 2012 04:22 AM PST

DENGKIL, 26 Nov – Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Mohd Zin Mohamed hari ini mempersoalkan tindakan segera kerajaan negeri Selangor untuk menangani masalah banjir di negeri itu.

Ahli Parlimen Sepang itu berkata kerajaan Selangor pernah berjanji membina kolam tebatan banjir di Klang suatu masa dulu namun sehingga kini ia masih belum dilaksanakan.

“Kerajaan negeri juga mengaku berlakunya tragedi ban pecah (yang menyebabkan banjir) namun menyalahkan penduduk yang melakukan aktiviti pertanian di kawasan terbabit.

“Secara logik, jika pokok ditanam, maka ban tidak akan pecah sebaliknya akan bertambah kuat kerana struktur akar pokok yang mencengkam tanah,” katanya selepas menyampaikan bantuan kepada 588 keluarga mangsa banjir di Sepang dan Kuala Langat, di sini hari ini.

Setiap keluarga menerima RM1,000 termasuk RM500 daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) manakala selebihnya sumbangan Tabung Bencana Alam Majlis Keselamatan Negara (MKN), bagi meringankan beban mereka yang terjejas akibat bencana tersebut baru-baru ini.

Mohd Zin merayu kerajaan Selangor mengambil tindakan segera menangani perkara perlombongan pasir haram di sekitar Sungai Langat dan masalah pengurusan sampah yang didakwa antara punca berlakunya banjir di Sepang dan Kuala Langat.

Beliau meminta rakyat menilai secara objektif sikap kerajaan negeri Selangor yang berterusan mengambil sikap sambil lewa dan menyalahkan penduduk atas kejadian banjir yang berlaku.

AES Is Not A New Traffic Law Or Regulation

Posted: 26 Nov 2012 04:05 AM PST

SHAH ALAM, Nov 26 – The Automated Enforcement System (AES) does not change the existing law or regulations for traffic offences, said Road Transport Department deputy director, Ahmad Nasir Abdul Gani.

“The public seems to be confused and consider the AES as a new law or regulation,” he said during the central Ministry of Information Communication and Culture, Strengthening the Coordinating Committee Programme, here today.

“For instance, a summon for beating the red light is still RM300 prior to the AES. The difference now is that there is a 24-hour monitoring system via the AES camera system,” he said.

A speeding ticket may also still be appealed, as before, provided there is concrete proof to mitigate it, he added.

Commenting on a report stating there was more than 60,000 traffic offences recorded by the AES since September, Ahmad Nasir said they will verified first before summonses are issued.

He emphasised that the AES was needed in order to reduce the high rate accidents and fatalities in Malaysia, with 19 deaths recorded daily.

Hopefully the AES could educate Malaysian drivers to be more cautious as there are 22 million vehicles registered in the country, with an annual increase of 10 percent, he said.

The two-day programme, which started today, was opened by the Information Communication and Culture Ministry, deputy secretary-general (Information), Datuk Dr Rothiah Omar.

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...