Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


HOT! Peristiwa Misteri Yang Berlaku Ketika Palestin Diserang!

Posted: 26 Nov 2012 07:16 AM PST



Ada beberapa peristiwa yang diceritakan kepada seorang wakil ketika berada di Palestin. Kebenarannya Wallahuallam kerana Keris hanya berkongsi cerita.

Peristiwa 1

Seorang Ketua Mujahid Gaza berkata , ketika satu pertempuran, komander mujahidin menyuruh pejuang tidak menembak kereta kebal Yahudi yang memasuki kawasan mereka. Dengan berbekalkan baki 6 RPG, tiba-tiba senjata ini menembak ke arah kereta kebal tersebut dan memusnahkan ia. Komander itu menjerit agar tidak menembak dan para pejuang berkata mereka tidak melakukannya. Mereka berkata tiba-tiba senjata mereka berfungsi dan menembak sasaran. Setelah habis adegan aneh itu, para pejuang mendapati baki 6 RPG itu masih tidak digunakan! Dan siapakah yang menembak tentera laknatullah itu? Allahu Akhbar!

Peristiwa 2

Temuramah bersama tentera Yahudi laknatullah oleh TV Israel yang cedera mengatakan bahawa mereka melihat pejuang Gaza kesemuanya berpakaian putih sedangakan uniform pejuang Hamas bewarna hijau! Siapakah yang berbaju putih itu?

Peristiwa 3

Tentera Yahudi yang buta setelah serangan berkata mereka tiba-tiba dibaling pasir ke mata mereka dan tidak tahu siapakah yang melakukannya.

Peristiwa 4

Peluru berpandu yang pertama di lancarkan oleh Israel ke Gaza mengenai sasarannya iaitu anggota tentera mereka sendiri! Ia berpatah balik! Allahu Akhbar!

Peristiwa 5

Pada permulaan perang, roket-roket Hamas yang hendak dilancarkan, tiba-tiba salah satu roket itu meluncur laju ke udara tanpa ada sesiapa yang mengaktifkan ia. Dan roket itu mengenai sasaran di Israel !



Tahniah kepada kerajaan Barisan Nasional yang peka dan prihatin terhadap masalah rakyat palestin.


Sumber SINI

PANASS!! Apabila Pas dan UMNO Bersatu Bersanding!!

Posted: 26 Nov 2012 04:36 AM PST




Susah kita nak tengok perkara macam ni. Persandingan ini menjadi contoh kepada umat Islam Melayu yang lain. Walaupun ada warna khemah lain-lain, tetapi tetap bersatu hati. bagus betul

Perbezaan ideologi politik tidak menghalang lima pasangan pengantin melangsungkan persandingan secara serentak di Kampung Ketemba Kememeh di sini, semalam.

Pasangan tersebut ialah Khairul Fahmi Abdul Abdul Halim, 25, dan pasangannya Nuradilah Alias, 23; Mohd Hasmizan Hashim, 26, dan Suhada Omar, 23; Mohd Hasrizal Hashim, 24, dan Umi Kalsom Marzuki, 23; Abdul Rahman Ahmad, 27, dan Nurul Aida Aziz, 24; ZulkifliAhmad, 27 dan Nor Sakinah Shaar, 22 tahun.

Kesemua pasangan lelaki berasal dari kampung tersebut manakala pasangan perempuan berasal dari Jengka, Pahang; Teloi Timur, Sik; Parit Panjang, Baling; Tasik Gelugor, Pulau Pinang dan Tiak, Baling.
Bapa kepada Khairul Fahmi, Abdul Halim Hussin, 56, berkata, kelima-lima pasangan pengantin lelaki itu terdiri daripada latar belakang politik yang berbeza.


"Ada yang menyokong kerajaan, ada yang menyokong pembangkang. Namun ia bukan penghalang untuk mereka bersanding sekali.

"Malah, setiap perbelanjaan persandingan ini dikongsi bersama," katanya kepada Sinar Harian.

Menurut Abdul Halim lagi, penduduk di kampung ini tidak pernah melihat kepada perbezaan politik terutama melibatkan soal perkahwinan.

"Kami lebih pentingkan perpaduan dan kerjasama antara satu sama lain. Ideologi politik adalah hak masing-masing," katanya.

Menurutnya, persandingan secara serentak itu dapat meringankan perbelanjaan setiap pengantin.

"Kita telah menumbangkan tiga ekor lembu, selain menyediakan pelbagai jenis lauk pauk. Kosnya tidak melebihi RM20,000 berbanding kebiasaannya yang mencecah RM10,000 bagi setiap pasangan," katanya.

Majlis yang berakhir jam 6 petang itu turut dihadiri pemimpin setempat antaranya penyelaras Parlimen Baling, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, penyelaras Dun Kupang, Ishak Mat dan Jawatankuasa Umno Bahagian Baling, Noor Azman Ramli.

EKSKLUSIF!! Akibat Balak Tua Azizan Razak, Rakyat Kedah Merana, Jambatan Musnah!! @TajudinSik #TukarKedah

Posted: 26 Nov 2012 12:37 AM PST


Akibat pembalakan membabi buta, rakyat yang menanggung akibatnya. Itulah yang terjadi kepada penduduk Kampung Landai Melaka. Jambatan yang mereka pohon kepada Kerajaan Persekutuan melalui YB Datuk Tajudin ADUN Belantek, musnah serta merta akibat banjir lumpur bercampur balak buruk.

Jambatan yang mereka pohon selama 3 tahun lebih bersusah payah, berulang kali memohon kepada ICU akhirnya musnah tak sampai 5 minit. Memanglah banjir dan bencana alam ni ketentuan illahi, namun kita manusia yang merosakkan segalanya.

YB Tajuddin diserbu wartawan dan orang kampung yang mengadu nasib

Gambar jambatan yang roboh, musnah akibat banjir lumpur dan balak batang buruk Azizan
Mc dan Team Media Kedah turut bersimpati dengan penduduk kampung Landai Melaka. Bila terjadi perkara sebegini, pada siapa yang perlu kita salahkan?

Sebelum ada pembalakan yang membabi buta, kejadian seperti ini tidak pernah berlaku. Air sungai boleh diseberang dengan hanya 'meredah' sahaja. Kini, akibat pembalakan yang tidak terkawal, penduduk kampung yang menjadi mangsa.

Air sungai bercampur lumpur menjadi banjir lumpur apabila bukit bersebelahan kampung yang ditebang balaknya turun dengan laju. Sudah la bercampur lumpur, turun dengan laju, membawa sekali balak-balak tua yang dibuang merata tempat oleh pembalak.

Sungguh bahaya, sungguh mencemaskan. Mc ada buat sedutan gambar yang diambil oleh orang kampung pada masa kejadian.

jambatan sudah roboh dihadapan tetapi masih elok dibelakang

jambatan dihentam oleh sampah balak!

hampir musnah!

Terus musnah!!

Bahayanya, selamatlah pada waktu kejadian, tiada orang kampung yang mengunakan jambatan berkenaan. Tiada yang cedera atau kehilangan nyawa. Inilah akibat kalau kerajaan negeri tidak pandai menguruskan negeri.

Pas Kedah bangga dengan balak! Balak! Balak! Balak! Akhirnya depa sendiri musnah akibat balak! Rakyat sengsara akibat balak! Kerajaan Negeri tumbang sebab balak!

Kalau tanya Azizan pasal ni, tentu dia kata dia taktau! Apa yang dia tau hanya kaut balak banyak-banyak bagi kat kroni!

P/s: Video jambatan runtuh ni, akan Mc paparkan kemudian. Bersama komen orang kampung yang kecewa dengan apa yang berlaku.

P/sss lagi!! Tunggu depan TV, berita pukul 5, TV1.. ada cerita pasal jambatan musnah ni!

McTheory:
Semuanya disebabkan balak tua Azizan, lingkup habis!

PANASS!! Pemimpin Pas Kantoi Skandal Dengan Kekasih Anak?

Posted: 25 Nov 2012 10:17 PM PST


Menurut Mahkota Dewa, gambar di atas melibatkan individu yang mempunyai jawatan di dalam PAS dan beliau juga adalah seorang bekas pendidik.

Kalaulah betul, pengikut- pengikut PAS di kawasan yang dimaksudkan perlu untuk menilaikan semula individu tersebut sebelum tersalah membuat pilihan. Mc tak tahu dan cuma dapat pun dari rakan blogger.

Tanya orang di Klang, sekarang tengah kecoh sampai anak si dalam gambar ini mengamuk. Khabarnya itu kekasih anak sendiri?

Betul ke? Nak tau, tanya sumber asal yang Mc ambil kat SINI

McTheory:
Pas dan Seks bebas, memang tak dapat dipisahkan!

PANASS!! Exco Pemuda UMNO @Tunfaisal Belasah Pas Sebab ARAK!!

Posted: 25 Nov 2012 07:17 PM PST



Ini pengakuan Dr Siti Mariah pada 10hb September 2012

http://tunfaisal.blogspot.com/2011/09/drsitimariah-pas-tidak-pernah-janji.html

@DrSitiMariah - Pas tidak pernah janji untuk tutup kilang arak Shah Alam #PenipuRakyat

Alhamdulillah, hari ini ada seorang lagi pemimpin Pas yang telah membuktikan bahawa perjuangan membangunkan negara Islam 'ala' Pas hanyalah retorik dan janji palsu semata-mata. Untuk sekian lama, ustaz-ustaz, ustazah-ustazah dan penceramah Pas mempertikaikan kewujudan kilang arak di Shah Alam dan menyalahkan BN kerana tidak mengambil tindakan untuk menutupnya, hari ini, kita dapat tahu itu hanya retorik dan Pas tidak pernah berjanji untuk berbuat apa-apa sebaliknya akan terus menghalalkan kewujudannya.

Ini adalah perbualan twitter saya dengan Dr Siti Mariah, Ahli Parlimen Kota Raja.



tunfaisal Tun Faisal

@DrSitiMariah baik, skrg ni soalannya mudah - Pas mmg x pernah janji nak tutup kilang arak shah alam ke? sila jwb :)

12 minutes ago Favorite Reply Delete



DrSitiMariah Dr Siti Mariah

@tunfaisal setahu saya tidak ada. Tu sbb sy minta rujukan. Sy pimpinan pusat lbh 10 tahun dah. Sy tahu apa kenyataan resmi pas

3 minutes ago Favorite Retweet Reply



tunfaisal Tun Faisal

@DrSitiMariah bagus2 -Sekarang terbukti Pas memang x pernah janji untuk tutup kilang arak shah alam; ramai org kena tipu dgn Pas slama ni :)


4 minutes ago Favorite Reply Delete



tunfaisal Tun Faisal

@DrSitiMariah baik, skrg beranikah dr bersumpah bhw Pas mmg x pernah janji utk tutup kilang arak di shah alam… (cont)
deck.ly/~XsfSJ
2 minutes ago Favorite Reply Delete

Bila suruh bersumpah `wallahi wabillahi wataallahi, saya (nama Dr Siti Mariah) bersumpah bahawa memang selama ini Pas tidak pernah berjanji untuk menutup kilang arak Shah Alam', dia tidak berani pula.

Ini pengakuan Khalid Samad pula pada 20hb Julai 2011

Arak - Khalid nafi Pas pernah janji tutup kilang arak, Dr Dzul dan Dr Siti Mariah tidak berani jawab

http://tunfaisal.blogspot.com/2011/07/arak-khalid-nafi-pas-pernah-janji-tutup.html



Untuk budak-budak Pas yang masih duduk dalam khayalan, hari ini saya hendak tunjukkan perangai sebenar pemimpin mereka yang kononnya berjanggut, bertudung labuh, alim dan wara'; sedangkan hakikatnya mereka hanya penipu yang melacurkan Islam untuk mendapatkan kuasa.

Petang semalam, saya telah bertanyakan soalan yang cukup mudah melalui twitter kepada Dr Dzulkefly Ahmad, Ahli Parlimen Kuala Selangor, Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam dan penyibuk yang mencelah untuk menyelamatkan dua orang rakannya yang tersepit, Dr Siti Mariah, Ahli Parlimen Kota Raja, iaitu - "Ada atau tidak Pas berjanji untuk menutup kilang arak di Shah Alam semasa kempen 2008 dan sebelumnya?"

Walaupun masing-masing belajar tinggi hasil kemurahan hati kerajaan BN, ada title`Doktor', namun soalan yang mudah itu tidak mampu untuk dijawab, malah mereka berpusing-pusing untuk menipu jawapan. Hanya Khalid Samad yang berani, itupun separuh berani menyatakan yang batil dengan menyatakan - `Ada ke janji tu?"

Bagi sesiapa yang pernah menghadiri tazkirah, usrah, mukhayyam, ceramah dan membaca harakah, kita semua tahu, sejak tahun 70-an lagi Pas berjanji dan berazam untuk menutup kilang arak di Shah Alam. Sebab itu Dr Dzulkefly dan Dr Siti Mariah tidak berani sama sekali menjawab soalan yang mudah itu!

Jadi budak-budak Pas, sedarlah - mereka ni hanya melacurkan agama demi kepentingan duniawi dan kuasa sedangkan mereka tidak melaksanakan apa yang mereka perkatakan. Firman Allah swt dalam surah Al-Saff (2-3) - "Ya ayyuha allazeena amanuu lima taquuluuna ma la taf'aluun. Kabura maqtan 'inda Allaha an taquuluu ma la taf'aluun."Akhirnya Allah swt telah menjatuhkan kehinaan kepada mereka disebabkan niat dan cara mereka yang salah sehingga mereka hanya layak menjadi boneka di Perak, kuda di Selangor, hampas di Pulau Pinang. PAS hanya Parti Abdi Sosialis yang akan tunduk kepada dua parti sosialis DAP dan PKR dalam setiap tindakan mereka.

PANASS!! Azizan Razak, Tipu Rakyat Kedah, Hidup-Hidup!! #TukarKedah

Posted: 25 Nov 2012 04:36 PM PST

MB ni tau ka taktau!!

Kah kah kah.. rakyat Kedah kena tipu lagi dengan MB Kedah ni. Jangan fikir, dia buat muka bodoh dan berlakon alim, dia tak pandai menipu. Entah-entah, dia penipu paling besar kot.

Detail dari blog Mummy Rokiah, ni membuktikan bahawa, Pas takdak kerja lain, selain membohong saja!!

Di dalam pembentangan Bajet 2013 pada 20 November 2012 MB Kedah Ustaz Azizan Abdul Razak menyatakan hasil Kerajaan Negeri akan meningkat sebanyak RM40 juta melalui hasil perolehan caj air kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Kerajaan Kedah menjangkakan kutipan hasil negeri pada 2013 akan meningkat dari RM550 juta pada 2012 kepada RM640 juta. Peningkatan sebanyak RM105.6 juta ini bakal diperolehi dari hasil premium tanah di Langkawi, Alor Setar dan Bandar Baharu serta bayaran jualan air mentah kepada Syarikat Air Kedah Darul Aman (Sada) dan Kerajaan Pulau Pinang.

Dalam perkara yang sama Lim Guan Eng pada 24/11/2012 terkejut beruk bagaimana Kerajaan Kedah boleh mengeluarkan angka ini sedangkan tiada sebarang persetujuan dari Kerajaan Negeri Pulau Pinang malah jauh sekali memasukan peruntukan tersebut di dalam Bajet 2013 mereka.

Lim Guan Eng yang juga selaku Pengerusi Penang Water Authority Holding Bhd telah melenting (corky cocky & arrogant) dan cukup bertegas di dalam hal ini. Katanya di dalam sebuah akhbar tempatan berbahasa Inggeris "I've never met any Kedah official to discuss such a deal and there is no way we will ever agree to pay for water which flows into the state. If there is any confusion, it is on Kedah's side."

Tegas Guan Eng lagi "..as a matter of procedure there must be a (proper) document before you can table any anticipated revenue in the budget. You cannot just make up a number".

Mengikut tafsiran, konsep bajet ialah - 'satu pernyataan hasil dan perbelanjaan bagi sesuatu tahun (hadapan) yang digunakan sebagai alat perancangan dan pengurusan sumber-sumber ekonomi negara untuk memenuhi keperluan rakyat dan negara'.

Melihat percangahan, konflik dan keserabutan kenyataan kedua-dua Kerajaan di atas ini jelas membuktikan Bajet 2013 Kerajaan Kedah yang dibentangkan baru-baru ini ternyata ia merupakan satu belanjawan yang tidak ada intergritinya dan tidak berlandaskan fakta malah jauh untuk diterima pakai sebagai dasar, matlamat dan strategi Kerajaan yang akan dilaksanakan di dalam tahun budget, 2013.

Bagaimanakah satu angka hasil perolehan dimasukkan dari sumber kewangan yang tidak jelas dan tepat atau figure that pluck from the sky. Malah yang lebih mengeciwakan ialah bajet ini jika diterima ia merupakan satu pedustaan yang amat besar kepada rakyat negeri Kedah.

Walaubagaimanapun Kerajaan Negeri Kedah masih lagi ada masa untuk mendesak Kerajaan Pulau Pinang supaya membayar hasil air ini dan jika gagal mereka gagal tindakan menyekat air harus dilakukan. Jika masih gagal pimpinan PAS menanggung dosa kerana menipu rakyat.

McTheory:
Bajet Kedah, syok sendiri saja!!
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...