PISAU.NET

PISAU.NET


Marah Dengan Bola Sepak Malaysia?

Posted: 26 Nov 2012 07:49 AM PST

Semalam Malaysia tewas 3-0 ditangan Singapura...

Pisau kata "engkau yang main lazer".."aku yang main lazer"..."aku yang kena tangkap"...hehehe...terbaik.."

Bantuan Ke Gasa Datang Dengan Pelbagai Bentuk Dan Rupa

Posted: 26 Nov 2012 05:00 AM PST

Pisau kata " cara wali selipar lebih afdal?"

Moga Nik Aziz Kekal Bertahta...

Posted: 26 Nov 2012 01:30 AM PST

Pisau kurang bersetuju mesej yang cuba disampaikan oleh poster ini. Sepatutnya kita harus doakan agar Nik Aziz kekal selama lamanya. Bayangkan jika Nik Aziz tak ada..macam mana kita nak jadikan beliau contoh ularmak akhir zaman?Macam mana kita nak jadikan sempadan dan rujukan untuk mengenali khawarij?


Banyak yang kita boleh pelajari daripada si tua kutuk ini. Skill untuk spin,jual dan lacurkan ayat Quran adalah kaedah yang dikatakan amat berjaya dipraktikkan oleh khawarij PAS ,semua ini adalah hasil daripada modul dan latihan melacurkan agama yang diajar oleh Nik Aziz.Semua itu boleh kita jadikan sempadan untuk menjadi seorang muslim yang baik.



Pisau kata " Mudah mudahan Nik Aziz kekal..boleh dijadikan sempadan untuk umat Islam..Bayangkan berapa ramai lagi yang masih belum khatam skill cara Nik Aziz...ilmu melacurkan agama hanya terdapat di Kelantan yang digelar Serambi Mekah. "

Beza Ahli Sunnah Dengan Khawarij PAS.

Posted: 25 Nov 2012 11:40 PM PST

Pisau kata " khawarij doakan kesejahteraan Guan Eng,Karpal dan Kit Siang"

Suara Nurul Izzah Penyambung Lidah IFC,Cucu Anwar Berpeluang Pilih Agama Sendiri.

Posted: 25 Nov 2012 09:52 PM PST

AIDC – "Bukan suara terasing, tetapi sambungan rentetan kes yang panjang", begitulah kesimpulan Dr Yusri Mohamad, bekas Presiden ABIM ke-6 ketika mengulas kenyataan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar di Gereja Tabernacle, 3 November.


Yusri membuat kesimpulan itu ketika berdiskusi dalam forum anjuran PERKASA di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, 8 November.


Mengukuhkan lagi hujah, Yusri menceritakan pengalamannya semasa menjadi Presiden ABIM dan Pengerusi Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) yang bergelut dengan kes murtad, wanita Melayu bernama Azlina Jailani.


Lina Joy

Kes Azlina Jailani atau lebih dikenali sebagai Lina Joy seperti yang diceritakan rakan Yusri, Azril Mohd Amin bermula pada tahun 2000 apabila wanita Melayu itu ingin menukar identitinya daripada Islam kepada Kristian apabila berkahwin dengan seorang lelaki beragama Kristian.


Pendaftaran perkahwinan Lina Joy menimbulkan masalah kerana di dalam kad pengenalannya tertera perkataan beragama Islam, lalu dipohonnya proses memadamkan identiti dengan pemohonan menukar status Kristian kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).


Sekali lagi Lina Joy menghadapi masalah kerana JPN tidak dapat meluluskan permohonannya kerana termaktub dalam undang-undang seorang Muslim tidak dibenarkan menukar identiti kepada agama Islam kecuali mendapat kebenaran bertulis daripada daripada mahkamah syariah yang mengesahkannya sebagai seorang murtad.


Pada tahun 2001, kes Lina Joy mula meletup apabila wanita Melayu dengan sokongan penuh daripada barisan peguam gereja berusaha mencabar kes itu di mahkamah sivil.


Tanpa melalui prosedur sepatutnya, iaitu melalui saluran mahkamah syariah, barisan peguam gereja berusaha mencabar kedaulatan mahkamah syariah melalui mahkamah sivil, sekaligus berusaha merombak status quo perlembagaan Malaysia dengan harapan, jika Lina Joy menang, kes ini bakal menjadi kes rujukan, 'precedent case' untuk kes-kes murtad yang lain pada masa hadapan.


Seperti diduga, sudah termaktub dalam perlembagaan, kes Lina Joy akan gagal dari Mahkamah Tinggi hingga Mahkamah Rayuan kerana ia merupakan bidang kuasa mahkamah syariah.
Kes ini lebih meletup pada tahun 2006, apabila barisan peguam gereja Lina Joy berusaha mencabar kes tersebut di peringkat perundangan tertinggi di Malaysia iaitu Mahkamah Persekutuan dan ketika itu juga bangkitlah pertubuhan-pertubuhan Islam mempertahankannya dengan menubuhkan PEMBELA.


Malik Imtiaz


Di belakang Lina Joy, berdirinya barisan peguam-peguam gereja yang turut mendapat sokongan daripada The Beckett Fund for Religious Liberty, yayasan dana luar negara, di samping sokongan padu daripada Majlis Peguam Malaysia (Malaysian Bar Council), diwakili oleh Malik Imtiaz Sarwar.
Peliknya, walaupun Majlis peguam hanya berstatus sebagai peguam pemerhati, namun pihak mereka memohon kepada mahkamah untuk berhujah di mana menurut wakilnya, Malik Imtiaz, seseorang muslim sepatutnya dibenarkan untuk menukar agamanya berdasarkan hak individu yang dijamin dalam Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan.


Seorang lagi aktivis Majlis Peguam, Ambiga Sreenevasan pertikai pelaksanaan hukum syariah Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan yang berkata penganut Islam tiada bezanya dengan penganut agama lain.


Selain Majlis Peguam, Lina Joy turut disokong oleh 11 wakil NGO yang menghantar wakil mereka mengikuti perbicaraan tersebut, NGO tersebut antaranya, Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), Sisters in Islam (SIS), National Human Rights Society (HAKAM), All Women's Action Society (AWAM), Catholic Lawyers Society, Interfaith Spiritual Fellowship, Malaysian Civil Liberties Society (MCLS), Malaysian Consultative Council of Buddhism, Christianity, Hinduism and Sikhism (MCCBCHS), Women's Aid Organization (WAO), Women's Development Collective (WDC) dan lain-lain.
Walaupun menerima sokongan kumpulan gereja dan 11 NGO, namun Mahkamah Persekutuan membuat keputusan menolak rayuan Lina Joy dengan majoriti 2-1.

 Nurul Izzah anak Anwar Ibrahim

 Yusri, berdasarkan pengalaman peribadinya melihat sendiri trend pergerakan kumpulan pro murtad ini dan berpendapat kenyataan Nurul Izzah di gereja Subang Jaya tiada bezanya dengan kenyataan ayahandanya, Anwar Ibrahim dengan BBC News.

"Malangnya, tidak lama selepas itu, saya melihat di internet, satu rakaman wawancara BBC dengan ayah YB Nurul (Izzah).


"Apabila ditanya oleh wartawan BBC, kalau saudara diberi kuasa, macam mana sikap saudara terhadap keputusan mahkamah yang telah diputuskan baru-baru ini (kes Lina Joy).

"Beliau berkata Mahkamah Persekutuan tidak sepatutnya memutuskan keputusan sebegitu. Dan ditanya lagi adakah Lina Joy ini berhak untuk menukar agamanya, dia (Anwar) menjawab dengan begitu yakin, it is her rights (Itu adalah haknya).

"Inilah sedikit sebanyak telah menjauhkan hati saya (dengannya), walaupun saya bekas Presiden ABIM. Saya Presiden ABIM yang ke-enam, beliau bekas Presiden ABIM yang kedua.
"Kawan tetap kawan, tetapi agama lebih utama dari segala-galanya. Ini bukan isu peribadi, (tetapi) ini isu prinsip", katanya.
Ini bukan kali pertama kritikan Yusri tentang isu Lina Joy, malah pada 2 Januari 2011, semasa pertemuan tertutup sahabat-sahabat ABIM di rumah Profesor Osman Bakar, bekas Presiden ABIM turut membuat kritikan yang sama di depan muka Anwar Ibrahim.


Dr Hassan Ali yang berforum bersama Yusri turut bersetuju world view pemikiran Nurul Izzah membayangkan pemikiran Anwar Ibrahim.


"Bagi saya statement yang dikeluarkan Nurul Izzah tadi yang kita dengar..saya tak nampak boleh ada penafian kepada statement ini.


"Daripada Malaysiakini, Malaysian Insider, dipetik dan dipetik..saya dah tonton video itu kali kelima..saya dah tengok satu persatu, tidak ada cara nak tarik balik, nak menerangkan lagi, (kerana) itulah hasratnya, hasrat ayahandanya (Anwar), hasrat dia (Nurul Izzah), hasrat partinya, hasrat kumpulan tiga partinya dalam Pakatan Rakyat, itulah," katanya.


IFC


Hujah Yusri dan Hassan Ali ada asasnya, di mana pasca keputusan kes mahkamah Lina Joy, Kumpulan 11 NGO pro murtad meneruskan agenda mereka dengan menubuhkan satu NGO baru dinamakan 'Kumpulan Artikel 11′, yang berjuang atas nama kebebasan beragama di Malaysia.



 Manakala Ambiga Sreenevasan, Presiden Majlis Peguam pula menganjurkan Forum Memeluk Islam pada tahun 2008 untuk membuka ruang kebebasan agama dipraktikkan secara telus kepada penganut-penganut beragama Islam.


Adakah satu kebetulan Anwar pula menyokong forum kebebasan beragama anjuran Ambiga itu meskipun ditentang oleh majoriti umat Islam di Malaysia ?


Kemudiannya Majlis Peguam dan Kumpulan Artikel 11 menjelmakan diri mereka sebagai Kumpulan BERSIH yang dipimpin oleh Ambiga dan disokong padu oleh Anwar Ibrahim.
Adakah satu kebetulan Ambiga penyokong murtad Lina Joy dilantik Anwar mengetuai BERSIH ?
Juga bukan secara kebetulan, Oriental Hearts and Minds Institute (OHMSI), badan pemikir Kristian yang menjemput Nurul Izzah berforum di Gereja Tabernacle, 3 November adalah badan yang sama menyokong BERSIH.


Adakah satu kebetulan Nurul Izzah dijemput berforum bersama Malik Imtiaz, peguam pro Lina Joy dan Mujahid Yusof Rawa, tokoh PAS yang berusaha mencari pengaruh gereja ?
Malik Imtiaz, peguam pro Lina Joy menurut laporan Aliran Monthly Vol 25, 2005 adalah Pengerak utama Kumpulan Artikel 11 yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pemandu Suruhanjaya Antara Agama-agama (IFC).


Sebelum ini, Malik Imtiaz peguam kes murtad kepada Subashini Rajasingam, peguam Abdul Kahar Ahmad (ajaran sesat), pengikut Ayah Pin (ajaran sesat) dan peguam Zaid Ibrahim yang mencabar undang-undang hudud Kerajaan Kelantan.


Pada Februari 2005, Malik Imtiaz dengan kerjasama Majlis Peguam dan Malaysian Interfaith Network (MIN) dengan tajaan yayasan Kristian, Konrad Adeneur Foundation (KAF) telah menganjurkan persidangan di Hotel Equatorial, Bangi untuk menyediakan satu draf 'perlembagaan' IFC.


Yayasan Kristian KAF juga merupakan penaja badan pemikir Anwar Ibrahim, Institut Kajian Dasar (IKD) yang juga merupakan anggota MIN penganjur IFC.
Sebab itu, tidak menghairankan apabila Anwar pernah dilaporkan berkata, "saya telah katakan secara terbuka. Terima IFC," kepada Aliran Monthly, pada 5 Jun 2007.
Pisau kata " ini yang PAS nak sangat"
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...