UMNO Online - “Selangor BN Questions Seizure Of Yayasan Selangor’s Land” plus 8 more | |
- Selangor BN Questions Seizure Of Yayasan Selangor’s Land
- Transfer Policy For Teachers Will Be Reviewed, Says Deputy Minister
- Tidak Ada Sebab Bangkit Isu Polemik Umat Islam – Abdullah
- Rakyat Perlu Kekal Kesinambungan Pemerintahan – Najib
- Perhimpunan Agung UMNO 2012 Akan Bahas 476 Usul
- Salleh Urges Locals To Take Up Jobs In Plantation Sector
- Beaufort Masih Kubu Kuat BN Akan Terus Nikmati Kemajuan
- Pembelajaran Luar Darjah Bantu Perkukuh Pengalaman – TPM
- Generasi Baharu Felda Dapat Durian Runtuh RM563.2 Juta
| Selangor BN Questions Seizure Of Yayasan Selangor’s Land Posted: 10 Nov 2012 05:03 AM PST KUALA LANGAT, Nov 10 – The Selangor Barisan Nasional (BN) has questioned the state government's decision in taking over of a 7.32 ha land belonging to Yayasan Selangor in Klang. “I don’t understand why the state government took over the land… We admit that Yayasan Selangor has failed to develop the land as stipulated in the agreement, but it shouldn’t be seized,” he said. He said the reason given by Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim that the land was repossessed following a company’s failure to develop it was unwarranted for the land belonged to the foundation. “As chairman of the foundation, Abdul Khalid should be more concerned and understanding that the land is still owned by Yayasan Selangor,” Noh told reporters after launching the state-level Farmers, Breeders and Fishermen Day 2012 at Banting Square here today. He asserted that the foundation was still the rightful owner of the land according to the land grant, and it had been paying the land premium. Abdul Khalid was quoted as saying yesterday that the land was no longer under the authority of Yayasan Selangor for it had was handed over by the BN-led state government to a private company in 2002. Denying that the land will be developed into a Chinese cultural centre, he said it was still vacant and the government had yet to implement any project there. |
| Transfer Policy For Teachers Will Be Reviewed, Says Deputy Minister Posted: 10 Nov 2012 04:59 AM PST SUNGAI PETANI, Nov 10 – The transfer policy for teachers will be reviewed to ensure that the existing procedures will be understood clearly by the relevant quarters, Deputy Education Minister Dr Mohd Puad Zarkashi said. He said this was because some teachers did not understand the procedures stipulated under the policy when applying for transfer. “The issue is more about option. If a Malay language teacher applied for a transfer, but there is no one to replace her, it will become a problem,” he told reporters after opening the 100th anniversary of Sekolah Kebangsaan Merbok near here today. He said the most difficult teachers to be replaced were those teaching Islamic Studies, English, Science, Mathematics and Living Skills. Mohd Puad said a thorough review of the policy would be done by the Daily School Management Division. |
| Tidak Ada Sebab Bangkit Isu Polemik Umat Islam – Abdullah Posted: 10 Nov 2012 04:53 AM PST KEPALA BATAS, 10 Nov - Tidak ada sebab bagi rakyat negara ini membangkitkan isu berkaitan polemik umat Islam kerana ia tidak membawa sebarang kebaikan kepada sesiapa, kata bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi. Abdullah berkata isu itu hanya akan menimbulkan rasa kurang senang di kalangan masyarakat, terutama mereka yang beragama Islam, dan beliau bimbang ia boleh menyebabkan perpecahan. “Perkara itu tidak pernah dipersoalkan sejak sekian lama, dan masyarakat dinegara kita juga selama ini hidup dalam keadaan harmoni. Saya tidak nampakkenapa ia perlu dibangkitkan sekarang. “Bila kita berada dalam kestabilan, tidak ada pergaduhan, ada pihak sengaja nak timbulkan isu… dalam suasana tenteram seperti sekarang, sepatutnya tidak perlu timbul apa-apa lagi isu yang boleh jejaskan perpaduan masyarakat berbilang kaum di negara ini,” katanya. Beliau mengulas surat seorang individu bukan Islam kepada sebuah portal berita yang mempersoal rasional Melayu dipaksa mengamalkan Islam sebagai agama mereka, dan bukan Islam perlu menukar agama jika ingin berkahwin dengan seorang Islam. Surat itu berikutan kenyataan Anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul IzzahAnwar yang didakwa mengeluarkan kenyataan bahawa rakyat tidak harus dipaksa mengamalkan agama tertentu, dan umat Islam juga perlu diberi hak sama rata untuk bebas beragama. Kenyataan itu didakwa dikeluarkan ketika beliau menjadi anggota panel forum “Islamic State: Which Version; Who’s sponsibility?” anjuran Gereja Full Gospel Tabernacle di Subang minggu lepas. Bagaimanapun, Nurul Izzah, yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), menafikan kenyataan bahawa beliau memberi gambaran cuba menggalakkan murtad di kalangan umat Islam. Semalam, beliau hadir ke Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Selangor (Jais) untuk memberi keterangan berhubung perkara itu. Terdahulu, Abdullah yang juga Anggota Parlimen Kepala Batas, menyampaikan sumbangan Deepavali kepada 350 penerima di Dewan Harmoni Sekolah Kebangsaan Ahmad Hashim. Sumbangan berupa makanan dan keperluan harian serta wang tunai itu dihulur bagi meringankan beban masyarakat India kurang berkemampuan yang akan menyambut pesta cahaya Selasa ini. |
| Rakyat Perlu Kekal Kesinambungan Pemerintahan – Najib Posted: 10 Nov 2012 04:50 AM PST ALOR GAJAH, 10 Nov - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata rakyat perlu memilih mengekalkan kesinambungan pemerintahan negara bagi meneruskan agenda transformasi yang telah dirancang oleh kerajaan. Perdana Menteri berkata sebagai contoh, rakyat boleh menilai corak pengundian rakyat Amerika Syarikat yang memilih Barrack Obama sebagai presiden negara itu bagi tempoh empat tahun lagi kerana ingin melihat kesinambungan transformasi yang dibawa oleh beliau. “Rakyat Amerika Syarikat mempunyai dua pilihan sama ada nak merubah ataumengekalkan kesinambungan. “Apabila mereka tidak yakin dengan agenda calon parti Republikan Mitt Romney, jadi mereka fikir lebih baik pilih kerajaan sama kerana ingin mengekalkan kesinambungan dan saya percaya itu keputusan yang amat tepat dan bijak,” katanya ketika berucap merasmikan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Melaka di Kuala Linggi di sini, Sabtu. Beliau berkata rakyat Malaysia patut mengikut apa yang dilakukan rakyatAmerika dalam menjamin masa depan negara mereka. “Ada hal tertentu yang kita boleh ikut (rakyat Amerika) seperti soal kesinambungan daripada menyokong sesuatu yang kabur, tetapi soal seperti LGBT(gejala lesbian, gay, biseksual dan transgender) dan lain-lain itu tak perlulahkita ikut,” katanya. Justeru, Najib berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) berjanji bukan hanya untuk mengekalkan kesinambungan pembangunan malah melaksanakan transformasi besar untuk negara jika terus diberikan mandat oleh rakyat. Beliau berkata perubahan tidak boleh dilakukan dalam sekelip mata seperti yang dilaung-laungkan oleh pembangkang. “Jangan termakan dengan janji-janji manis pembangkang kerana ini semua janji-janji kosong yang tidak mungkin dapat ditunaikan,” katanya. Katanya menjadi tanggungjawab rakyat untuk memilih kerajaan yang mampu menjamin masa depan mereka serta negara dan bukannya mengharap janji yang tidak jelas. |
| Perhimpunan Agung UMNO 2012 Akan Bahas 476 Usul Posted: 10 Nov 2012 04:36 AM PST KUALA LUMPUR, 10 Nov - Sebanyak 476 usul daripada 191 bahagian UMNO dipersetujui untuk dibahaskan pada perhimpunan agung UMNO 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bermula 27 November hingga 1 Disember ini. Naib Presiden UMNO yang juga Pengerusi jawatankuasa usul perhimpunan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata pihaknya menerima 521 usul dan 45 daripadanya diterima tanpa bahas manakala tiada usul ditolak. “Usul-usul yang akan dibentangkan kali ini dipecahkan kepada beberapa bahagian iaitu usul ekonomi yang akan diselaras Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Datuk Dr Awang Adek Hussin, usul agama oleh Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan usul pendidikan serta sosial dikendali oleh Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir,” katanya pada sidang media, di sini, Sabtu. Beliau berkata perjalanan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri akan diselaraskan dengan lebih terperinci dan mesyuarat jawatankuasa susulan akan digerakkan bagi menambah lebih ramai jawatankuasa untuk memastikan perhimpunan berjalan dengan lancar. Hishammuddin berkata perhimpunan agung UMNO 2012 iaitu yang terakhir sebelum pilihan raya umum ke-13 itu dianggap sebagai persediaan terpenting bagi memantapkan jentera parti. Katanya kepimpinan Perdana Menteri dan Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak sejak tiga tahun lepas telah membawa banyak transformasi yang menunjukkan parti tidak hanya bergerak statik malah merupakan perkara terpenting yang perlu diterjemahkan para perwakilan pada perhimpunan kelak. “Kita harus sentiasa mengingatkan mereka (perwakilan) supaya menjadikan isu transformasi serta perubahan sebagai agenda utama semasa perbahasan. Saya bimbang jika perbahasan hanya berkisar kepada isu-isu dalaman yang tidak akan menggambarkan kepimpinan perjalanan parti sejak PRU ke-12,” katanya. Hishammuddin berkata perhimpunan itu dilihat sebagai cara terbaik untuk mendekatkan parti kepada golongan sasar secara lebih menyeluruh dan persediaan dilakukan lebih awal bagi memastikan perwakilan dapat menyampaikan mesej kerajaan dengan jelas. |
| Salleh Urges Locals To Take Up Jobs In Plantation Sector Posted: 09 Nov 2012 10:53 PM PST KOTA BELUD, Nov 10 – Local youths must give plantation and other agricultural jobs a chance as it is the mainstay of the Sabah economy and one that has about the most promising future at the moment. Yayasan Kota Belud Chairman Datuk Seri Salleh Said Keruak said that local youths were not even considering these two sectors, as they feared the hard work and perceived bad living conditions, thus forcing owners to opt for foreign labour. The plantation sector today is not the same as in the past as planters are offering better wages, perks and living conditions, as well as other social amenities, he added. Salleh was speaking after launching the Kota Belud Education, Skills and Career exposition here, today. The exposition was officially launched by Assistant Minister of Resource Development and Information Technology, Datuk Jainab Ahmad, on behalf of Deputy Chief Minister Datuk Dr Yee Moh Chai. Salleh said: “Plantation owners are enjoying good receipts from high commodity prices. They in turn are offering better salaries to attract capable local workers, while farming food crops can be turned into a lucrative venture with today’s modern technology. “As such, instead of staying away from such a wonderful opportunity, local youths should boldly enter the plantation sector as the opportunities and rewards are ample and great is the demand.” Salleh said Sabah’s over dependence on foreign labour in the plantation sector was not to its advantage, as engaging workers from its traditional source of Indonesia was becoming difficult, given that Kalimantan was seeing more plantations being opened. He said many local youths who were once cadet planters had made good and many had been successfully employed by government agencies such as the Sabah Land Development Board and the Sawit Kinabalu Group, apart from the private sector. Salleh, who is also State Legislative Assembly Speaker, also called on planters to engage local youths and impress upon them that life is not “hell” on the plantations and that there are ample things to do once work in the field is over. He also said there should be improved housing for the workers, good health facilities as well as schools, so that the children of the workers can receive their education close by. Touching on farming, he said Sabah’s over dependence on food imports was also not good as the repercussions would be severe should an international food crisis occur. He said youths could venture into paddy cultivation, growing tropical fruits or even vegetables that could find a ready market in the state. “I must admit that it is hard work, but a successful farmer can earn five to ten times more in the food production sector, as compared to someone working in an office,” he added. Salleh said that with thousands of vacancies in the plantation sector as well as the service industry, Sabah’s unemployment rate should be low. If at all, the unemployment rate is high, he added, it was because job seekers were choosy. On the exposition which was organised jointly by Yayasan Kota Belud and the Distrct Office, Salleh said it was to give school leavers and job seekers a chance to meet face to face, prospective employers as well as those involved in tertiary education. More than a thousand youths, including those sitting for the fifth and sixth form exams, school leavers and job seekers attended the one-day exposition. On hand to advise those keen on pursuing further education were counsellors and advisors from 15 colleges and institutions of higher learning. A dozen companies, including three plantation giants, Sawit, Genting and Sabah Softwoods, granted interviews to prospective workers. |
| Beaufort Masih Kubu Kuat BN Akan Terus Nikmati Kemajuan Posted: 09 Nov 2012 10:48 PM PST BEAUFORT, 10 Nov - Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman berikrar untuk terus memajukan Beaufort yang berpotensi untuk membangun setanding daerah lain di negeri ini. Musa berkata Beaufort masih kubu kuat Barisan Nasional (BN) dan penduduknya harus menikmati kemajuan seiring kemajuan negeri dan negara. “Pemimpin tertentu tidak berbuat apa-apa (memajukan Beaufort)…salah siapa kalau Beaufort mundur. “Kerajaan negeri dibantu Pemuda UMNO Beaufort akan memastikan Beaufort dan kawasan sekitarnya iaitu Klias dan Kuala Penyu, Sipitang dan Sindumin tidak ketinggalan dari arus pembangunan,” katanya ketika berucap merasmikan Karnival Belia Gegar Beaufort 3 dan pelancaran NR Fan Club anjuran Pemuda UMNO Beaufort, di sini, Sabtu. Musa yang juga pengerusi UMNO Sabah, berkata rakyat di negeri ini tidak harus memperjudikan masa depan mereka demi kepentingan peribadi pemimpin tertentu. Beliau percaya rakyat di daerah ini juga tidak akan terpengaruh dengan dakyah pembangkang yang bersifat “angan-angan mat jenin” dan berbohong tentang pembangunan sedia ada di negeri ini. Musa berkata golongan belia yang menjadi undi penentu harus membuat pilihan tepat bagi menentukan kemenangan kepada kerajaan yang lebih bertanggungjawab. Menurutnya kerajaan negeri mahupun pusat sentiasa mengambil kira pandangan serta aspirasi generasi itu dalam setiap perancangan seperti peruntukan besar untuk anak muda dalam Belanjawan 2013. Pengerusi Penganjur yang juga Ketua Pemuda UMNO Beaufort, Mohd Ishak Ibrahim berkata karnival itu merupakan satu pengiktirafan kerajaan terhadap sumbangan golongan belia dalam proses pembangunan negara. Antara program pada karnival itu ialah kaunter pendaftaran daftar pemilih, kaunter borang BRIM 2.0, ruang amal derma darah, tarik tali terbuka Borneo, ‘Battle of the Gambus’, Bina Badan Mr Gegar, pertandingan kereta kawalan jauh dan bola keranjang tiga sepasukan. |
| Pembelajaran Luar Darjah Bantu Perkukuh Pengalaman – TPM Posted: 09 Nov 2012 10:44 PM PST PETALING JAYA, 10 Nov - Pembelajaran di luar bilik darjah dapat membantu pelajar memperkukuhkan pengalaman serta mempelajari tentang dunia kehidupan yang sebenar, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau berkata pembelajaran seperti itu dapat membantu pelajar meningkatkan kemahiran yang penting bagi kehidupan di abad ke-21, iaitu kemahiran berfikir, penyelesaian masalah, pembelajaran kendiri serta kemahiran bekerja sebagai satu pasukan. Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata demikian ketika merasmikan World Robotic Olympiad (WRO) di sini Sabtu yang menyaksikan hos Malaysia menghantar kontinjen terbesar dengan penyertaan 56 pasukan bertanding dalam pelbagai kategori. “Belajar melalui aktiviti mereka cipta, membina dan mengendalikan robot membantu pelajar menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam bidang kejuruteraan komputer, elektrikal dan mekanikal berteknologi tinggi yang sememangnya mempunyai permintaan tinggi dalam industri,” katanya. Beliau menarik perhatian penganjuran WRO di Kuala Lumpur juga bertepatan dengan pengisytiharan 2012 sebagai Tahun Sains dan Gerakan Inovasi Nasional (SGI 2012) bertujuan menggerakkan agenda pembangunan negara menerusi pembudayaan sains dan inovasi dalam kalangan rakyat Malaysia. Muhyiddin berkata selain mengumpul pelajar terbaik dalam bidang sains seluruh dunia, WRO juga menjadi landasan terbaik untuk memupuk minat pelajar dalam bidang sains dan teknologi melalui pembelajaran berasaskan pengalaman yang menarik dan menyeronokkan. Katanya memandangkan bidang robotik merentasi bidang disiplin lain seperti fizik gunaan, matematik dan kejuruteraan, ia juga menjadi pilihan kerjaya yang ideal kerana meliputi pelbagai industri dan melibatkan pelbagai kemahiran. “Robotik pada hari ini merupakan bidang yang sedang berkembang pesat dalam sektor perindustrian dan permintaan terhadap golongan profesional muda yang berbakat untuk bekerja dalam industri robotik semakin meningkat. “Saya amat berharap agar pelajar-pelajar ini (peserta) akan terus kekal berada dalam bidang sains dan teknologi sehingga ke peringkat pengajian tinggi bagi memberi sumbangan lebih bermakna kepada negara masing-masing serta mampu bersaing dalam bidang itu,” katanya. Timbalan Perdana Menteri berkata seperti di negara membangun lain, bidang sains dan teknologi memainkan peranan penting dalam pembangunan Malaysia, khususnya dalam usaha menuju ke arah matlamat menjadi negara maju berpendapatan tinggi. Beliau berkata usaha bersepadu sedang dijalankan bagi memaksimumkan penggunaan sains dan teknologi di Malaysia, khususnya bidang automasi dan robotik sebagai alat bagi memastikan pembangunan ekonomi yang mapan seterusnya menjadi nilai tambah kepada agenda transformasi negara. Muhyiddin berkata beberapa institusi pengajian tinggi tempatan turut menawarkan kursus di bidang robotik industri termasuk Universiti Teknologi Malaysia yang menubuhkan Pusat Robotik dan Kepintaran Buatan pada 1997. Buat pertama kalinya Malaysia dipilih selaku tuan rumah penganjuran WRO tahun ini yang masuk edisi kesembilan melibatkan 405 pasukan dari 37 negara. Pertandingan dua hari itu menyaksikan penyertaan negara seperti Australia, Indonesia, China, Costa Rica, Emiriah Arab Bersatu, Jepun, Iran, Korea Selatan, Jerman, Mesir, Nigeria, Thailand, Rusia dan Ukraine. Sejak penyertaan dalam WRO pada 2005, Malaysia telah menggondol tujuh pingat emas, lapan perak dan lima gangsa serta pernah meraih gelaran juara dunia dua tahun berturut-turut pada 2009 dan 2010. |
| Generasi Baharu Felda Dapat Durian Runtuh RM563.2 Juta Posted: 09 Nov 2012 10:41 PM PST SHAH ALAM, 10 Nov – Seperti yang dijanjikan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyempurnakan bayaran ‘durian runtuh’ pusingan ketiga kepada generasi baru Felda sebanyak RM5,000 untuk 112,635 keluarga melibatkan RM563.2 juta. Sebagai menandakan pembayaran itu, Najib menyampaikan cek replika kepada wakil dari 11 Wilayah Felda pada Himpunan Generasi Baharu Felda dihadiri kira-kira 12,000 belia dari seluruh negara di Universiti Teknologi Mara di sini. Berucap pada majlis itu, Najib berkata kini tiba giliran generasi baharu Felda untuk mendapat manfaat itu selepas ibu dan bapa mereka sebelum ini. “Hari ini giliran generasi kedua anak-anak mendapat rahmat daripada durian runtuh, sekali gus membuktikan bahawa sebagai sebuah kerajaan kita tidak pernah mungkir janji,” kata beliau. Sebelas Wilayah Felda itu ialah Raja Alias, Segamat, Gua Musang, Kuantan, Trolak, Johor Baharu, Mempaga, Terengganu, Alor Setar, Jengka dan Sahabat di Lahad Datu. Laporan media sebelum ini menyebut jumlah durian runtuh yang diberi kepada peneroka, isteri peneroka dan generasi kedua ini ialah RM1.689 bilion. Najib menarik perhatian bahawa pihak pembangkang cuba menidak dan menggagalkan segala usaha baik yang kerajaan lakukan, misalnya dengan menyatakan Felda telah bankrap. “Orang yang tak betul sahaja yang percaya Felda bankrap,” tegas beliau. Najib berkata mereka bukan sahaja mengutuk tindakan malah memfitnah kerajaan, dan kalaupun mereka mengemukakan idea, ia bersifat dangkal. Sumber dana kesemua pemberian durian runtuh adalah hasil penawaran awam permulaan berikutan penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH) di Bursa Malaysia yang merupakan penyenaraian saham kedua terbesar di dunia tahun ini. FGVH menyasarkan bayaran dividen 50 peratus daripada keuntungan perniagaannya setahun. Najib berkata kerajaan menyediakan pelbagai peluang kepada generasi baharu Felda sehingga ada yang kini menjawat jawatan tinggi, berpendapatan lumayan dan mempunyai tahap kepakaran tinggi termasuk mampu menyelenggara pesawat penumpang terbesar di dunia, Airbus A380. Beliau turut gembira dengan sokongan yang diterimanya hari ini dan berharap ini berterusan sehinggalah ke pilihan raya umum nanti. Seorang wakil 11 Wilayah Felda berkenaan, Yip Seng Lam, 40, berkata beliau selaku wakil 36 tanah rancangan di bawah Wilayah Mempaga, Pahang berterima kasih kepada Felda dan Perdana Menteri atas pemberian kepada generasi kedua Felda hari ini. Yip, yang mengusahakan tanah rancangan Felda Lurah Bilut, Bentong berkata terdapat 616 keluarga peneroka di sana melibatkan 400 keluarga Melayu, 169 Cina dan selebihnya keluarga India.
|
| You are subscribed to email updates from UMNO Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment