BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


HOT NEWS !!! SEKALI LAGI ANWAR IBRAHIM GELAR TV3 DAN UTUSAN PANDIKUTTY !!! APA CERITA NI ???

Posted: 10 Nov 2012 03:00 PM PST


Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menggunakan ungkapan pandykutti (anak babi),kali ini terhadap Utusan Malaysia dan TV3 yang dituduh oleh beliau sebagai sengaja menfitnah anaknya Nurul Izzah.Ini kali kedua Anwar menggunakan ungkapan menghina dalam bahasa Tamil.Pada tahun lalu,beliau dikecam kerana menggunakan perkataan menjijikkan itu ketika mengecam pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.Petang Semalam,Anwar menggunakan ayat sama itu terhadap media arus perdana pada majlis sambutan Deepavali anjuran kerajaan negeri Selangor.Beliau menggunakan majlis sambutan itu untuk menafikan dakwaan bahawa Nurul adalah pro-murtad. 

"Saya tidak rasa masalah walaupun sekarang isu agama dimainkan sebegitu rupa, sekarang Nurul Izzah hari-hari kena hentam TV3,Utusan, media-Umno.Dia (media) kata Nurul Izzah minta orang Melayu suruh keluar Islam,ini 'pandykutty' punya cakap..ada betul ke.. tak betul.. saya tahu.. saya 'train' (didik) dia," kata Anwar pada majlis itu yang dihadiri kira-kira 100 orang di Jalan Tengku Kelana. Menteri Besar,Tan Sri Khalid Ibrahim tidak hadir pada majlis itu.Khalid sebelum ini menolak tuduhan Anwar bahawa Jabatan Agama Islam Selangor(Jais) mengikut telunjuk Umno dalam menuntut penjelasan daripada Nurul.Pada wacana anjuran pergerakan Kristian di Subang Sabtu lalu,Nurul dilaporkan berkata kebebasan agama sepatutnya dilaksanakan sama rata dan bukan terbatas kepada bukan Islam sahaja. 

"Tidak ada paksaan di dalam Islam.Bagaimanakah seseorang itu boleh berkata maaf.ini (kebebasan agama) hanya untuk bukan Melayu. Ia (sebenarnya) harus dilaksanakan sama rata (untuk semua kaum)," kata Nurul ketika menjawab pertanyaan seorang peguam mengenai isu itu. Peguam berkenaan Siti Kasim dilaporkan kesal dengan tindakan Nurul menarik balik kenyataan itu berikutan kritikan orang ramai, pemimpin politik dan pertubuhan bukan kerajaan.Pada majlis petang semalam,Anwar mempertahankan kenyataan Nurul pada wacana itu dan mendakwa anaknya menjadi mangsa fitnah media. 

"Dia (Nurul Izzah) cuma mahu cakap jangan paksa.. kita mahu hidup cara baik-baik.. itu saja.. orang Islam mesti kuat Islam dia. Tapi untuk itu dia (media) pusing.. dia mainkan.Mana-mana kampung saya pergi…orang tanya ini apa TV3 cakap itu ada betul ke? Saya cakap sudah puluh tahun dia (media) tipu jadi kita jangan (percaya)," kata Anwar. kelmarin,Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata kenyataan Nurul itu mungkin celaru namun menganggap ledakan kritikan terhadap Ahli Parlimen PKR itu tercetus hanya kerana beliau pembangkang.Sisters In Islam(SIS) bagaimanapun menyokong Nurul dan menegaskan bahawa orang Islam harus dibenarkan keluar daripada agama itu jika mereka tidak lagi berpegang kepada ajarannya.Perundangan di Malaysia mengekang mubaligh bukan Islam untuk menyebarkan agama mereka kepada rakyat yang beragama Islam.Pada masa sama undang-undang syariah juga menetapkan seseorang Melayu yang memeluk Islam tidak boleh murtad demi memelihara kesucian Islam.

HOT NEWS !!! BUMI BAKAL GELAP DALAM TEMPOH 3 HARI ??? JAWAPAN SEBENAR ANGKASA !!!

Posted: 10 Nov 2012 12:07 PM PST


Agensi Angkasa Negara (Angkasa) hari ini menafikan laporan blog dan artikel yang mendakwa bumi akan bergelap selama tiga hari mulai 23 Disember berikutan kedudukan bumi,matahari dan pusat Galaksi (Bima Sakti) akan berada pada kedudukan selari.Di samping itu,laporan itu mendakwa,kedudukan awan-awan debu gelap atau Dark Dust Clouds berhampiran dengan Galaksi boleh menghalang penduduk dunia daripada melihat sebahagian daripada Galaksi,menurut kenyataan akhbar agensi itu yang dikeluarkan.Menurut kenyataan itu, berikutan senario tersebut,ada yang berpendapat bila bumi,matahari dan pusat galaksi selari (sejajaran) maka akan berlaku penumpuan daya gravity daripada bumi,matahari dan pusat galaksi sehingga boleh mengakibatkan kemusnahan alam semesta. 

Selain itu mereka turut mendakwa bila bumi, matahari dan pusat galaksi selari, di mana terdapat awan-awan debu gelap berhampiran pusat galaksi maka bumi akan bergelap.Angkasa berkata semua andaian itu adalah tidak benar kerana pusat galaksi terlalu jauh dari bumi dan matahari iaitu 165 quadrillion batu,jadi kesan tarikan graviti adalah terlalu kecil. "Awan-awan debu gelap menghalang penglihatan kita ke arah pusat Galaksi bukannya menghalang matahari daripada dilihat dari bumi," menurut agensi itu.Malah, menurut Angkasa, terdapat juga video YouTube oleh pihak NASA yang telah disalahguna oleh pihak tertentu yang menunjukkan Pegawai Tabir NASA,Charles F. Bolden, Jr memberi penerangan berkenaan persediaan peribadi dan keluarga sekiranya berlaku kecemasan, iaitu merujuk kejadian 911,puting beliung,gempa bumi dan sebagainya. "Pihak-pihak tertentu telah memanipulasi video tersebut dengan artikel "Bumi Akan Bergelap Pada 23, 24 Dan 25 Disember 2012"," katanya. – Bernama

HOT NEWS !!! ISU HUDUD HANYA MEMBUANG MASA ??? APA CERITA NI ???

Posted: 10 Nov 2012 07:30 AM PST


Pertarungan antara dua parti Cina, MCA dan DAP berhubung isu hudud PAS kelihatannya tidak akan menemui titik noktah.Masing-masing tegas dengan dengan pendirian menolak perlaksanaan hudud PAS.Bagaimanapun,diantara kedua-dua parti itu,MCA telahpun mengumumkan pendirian rasmi mereka untuk menerima hudud versi PAS seandainya itu adalah kehendak majoriti.Namun seperti yang dijangka ramai pihak,DAP selaku abang besar dalam pakatan pembangkang sehingga kini tegas untuk tidak sesekali mengikrarkan perlaksanaan hukum hudud sebagai agenda PR.Tuntutan dan cabaran Presiden MCA,Chua Soi Lek supaya DAP dan PAS bersepakat memasukkan perlaksanaan hudud PAS dalam manisfesto PR sebaliknya dianggap pula sebagai batu api yang bertujuan untuk mengeruhkan hubungan kedua-dua parti itu.Malah DAP berpendirian cabaran Soi Lek berkaitan isu hudud PAS hanya akan membuang masa mereka sahaja jika dituruti tuntutan tersebut.Buang masa ??? Biar betul ??? Itulah yang ditegaskan sendiri oleh Timbalan Pengerusi DAP,Tan Seng Giaw ketika mengulas cabaran Presiden MCA dan beliau juga turut menemplak Soi Lek kononnya MCA sendiri pun tidak jelas pendiriannya berkaitan isu perlaksanaan hudud PAS. 

Padahal, awal minggu ini Soi Lek telah mengumumkan pendirian MCA yang bersedia menerima hudud versi PAS sekiranya ia dipersetujui majoriti pengundi.JelasDAP terperangkap dengan langkah MCA itu dan kini terpaksa terus berdolak dalik dalam isu ini.Selain itu,peringatan Seng Giaw supaya Soi Lek berhenti bercakap mengenai isu hudud atas alasan ia tidak layak diperkatakan oleh MCA,juga sebenarnya patut digunapakai sama oleh pemimpin DAP.Jika MCA tidak layak membicarakan perihal hudud PAS,apa pula hak untuk pemimpin DAP mengkritik dan memaksa PAS tunduk pada tekanan DAP berkaitan pendirian parti cauvinis Cina itu yang menolak hudud PAS ??? rakyat malaysia tidak pernah lupa,Lim Kit Siang selaku Penasihat DAP telah mengumumkan penolakannya terhadap perlaksanaan hudud dengan alasan isu tersebut tidak termasuk dalam persetujuan bersama melibatkan DAP, PKR dan PAS dalam PR.Kenyataan Kit Siang itu pula disokong oleh anaknya,Lim Guan Eng yang menagaskan pendirian DAP selama ini adalah konsisten dan tidak pernah berubah apabila menolak perlaksanaan hudud dan penubuhan negara Islam ala PAS.dasar PR kini sepenuhnya bersandarkan Buku Jingga yang langsung tidak meletakkan janji perlaksanaan hudud PAS sebagai agenda mereka.Itu satu lagi bukti nyata pendirian sebulat suara PR yang telah PAS terima hakikatnya.Bila sudah begitu,maka betullah isu hudud hanya membuang masa pemimpin PR,disebabkan keputusan sebenar pendirian PR dalam isu ini sudah muktamad yakni tiada tempat dan ruang untuk perlaksanaan hudud PAS.Lagipun selepas kenyataan Timbalan Presiden PAS berkaitan usul pindaan perlembagaan disiarkan dalam akhbar Sin Chew Daily tempohari,Mat Sabu kemudiannya tampil mengesahkan soal perlaksanaan hudud tidak timbul sekalipun jika PR diberi peluang memerintah negara ini.

RENUNG-RENUNGKAN 

EKSKLUSIF !!! HAK ORANG MELAYU BEBAS BERAGAMA !!! NURUL IZZAH MENYEMARAKKAN AGENDA IFC !!!

Posted: 10 Nov 2012 04:00 AM PST


Sama ada pembaca Badut Rakyat sedar atau sebaliknya,Naib Presiden PKR Nurul Izzah sebenarnya telah menjadi penyambung lidah kepada agenda Suruhanjaya Antara Agama (IFC) yang sebelum ini telah berjaya digagalkan hasil dari kesedaran dan kebangkitan umat Islam membantahnya.IFC adalah lanjutan daripada IRC,matlamat dan tujuan penubuhannya adalah sebagai badan berkanun yang berkuasa penuh untuk mengubah ajaran sesuatu agama khususnya Islam dengan menerima desakan atau tuntutan agama lain.Dengan kata mudah sekiranya IFC dibenarkan bebas bergerak, maka peranannya akan setara dengan SUHAKAM.Bezanya,IFC akan mencampuri urusan agama khasnya Islam,manakala SUHAKAM memantau aduan berkaitan hak kemanusiaan.Apabila anak perempuan kepada Ketua Umum PKR itu menyatakan persetujuan bahawa hak kebebasan agama sepatutnya tidak terhadap kepada orang bukan Melayu sahaja sebaliknya perlu juga meliputi orang Melayu,jelas sejelasnya ada persamaan dengan perjuangan IFC.Nurul Izzah selaku Ahli Parlimen PKR Lembah Pantai mungkin sahaja tidak kisah pandangannya begitu berbahaya kepada akidah umat Islam sementelah lagi diakuinya sendiri yang beliau sudah terbiasa belajar di Sekolah Kristian Assunta di Petaling Jaya. 

Namun,bagi orang Melayu yang agamanya wajib berakidahkan Islam sebagaimana disebut oleh Perlembagaan Negara dalam Artikel 160 (2), tetap sama sekali tidak dapat menerima pandangan serba liberal yang kini sedang meracuni fikiran anak perempuan Anwar Ibrahim itu.Wan Azizah sebagai ibunya mungkin boleh terus bermain dengan sentimen air mata biawak sekalipun,hakikatnya ia tidak dapat menyembunyikan bahawa kenyataan Nurul Izzah itu sudah seumpama cubaan menyemarakkan kembali agenda IFC. 

Antara tuntutan-tuntutan IFC termasuklah;- 

1. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibubapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam. 

2. Orang-orang bukan Islam yang telah memeluk Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali ke agama asal mereka(murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang. 

3. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh mahkamah syariah tetapi dikendalikan oleh mahkamah sivil. 

4. Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam 

5. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam(murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan tindakan undang-undang. 

6. Seseorang atau pasangan suami-isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak penjagaan anak. 

7. Orang-orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.. 

8. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid. 

9. Orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya. 

10. Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka. 

11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah. 

12. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing. 

13. Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam. 

14. Sepatutnya islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah. 

Kesemua tuntutan IFC di atas itu senada dengan dakyah Yahudi Nasrani dalam usaha mereka untuk menghancurkan akidah umat Islam melalui Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dengan mengisytiharkan Deklarasi Hak Manusia Sejagat.Dalam Artikel 18,Deklarasi Hak Manusia Sejagat itu,antaranya menuntut supaya hak individu untuk bebas menukar agama dan kepercayaan serta kebebasan berfikir perlu dihormati tanpa sebarang halangan. "Everyone has the right to freedom of thought, conscience and religion; this right includes freedom to change his religion or belief and freedom,either alone or in community with others and in public or private,to manifest his religion or belief in teaching,practice,worship and observance" (Article 18,Universal Declaration Of Human Rights,United Nations). 

Bagaimanapun pengisytiharan PBB di atas jelas bercanggah dengan Perlembagaan Negara yang secara rasmi memutuskan orang melayu wajib beragama Islam, di masa yang sama melindungi setiap orang Islam dari dakyah agama lain.Akan tetapi,melihat pada sikap liberal anak beranak keluarga puaka yang menguasai PKR itu, tidak mustahil seandainya negara ini berjaya dikuasa oleh PR,ada kemungkinan semua peruntukkan dalam perlembagaan yang melindungi agama Islam dan penganutnya akan tergugat.Melihat kepada kemungkinan ini serta betapa bersungguhnya gerombolan puak liberalisme dan pluralisme yang semakin berjaya menguasai halatuju parti-parti politik dalam PR,amatlah wajar umat Islam segera bangkit dari lena untuk menepis ancaman yang sedang bergentayangan di tanahair kita ini.

RENUNG-RENUNGKAN 

HOT NEWS !!! @NOHOMAR MEMBELASAH RAFIZI LEMBU !!! RAFIZI LEMBU TAK SABAR NAK JADI YB KER ???

Posted: 10 Nov 2012 01:05 AM PST


"Dia (Mohd Rafizi Ramli, Pengarah Strategi PKR) memang tidak tahu malu apabila menggunakan kemudahan disediakan kepada Ahli Parlimen.Dia yang sebenarnya yang menjatuhkan maruah Dewan Rakyat." Demikian kenyataan sinis Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani,Datuk Seri Noh Omar ketika mengulas dakwaan Rafizi terhadap keputusan Yang Dipertua Dewan Rakyat,Tan Sri Pandikar Amin Mulia melarang penggunaan sudut sidang media di lobi Parlimen oleh mereka yang bukan Ahli Parlimen.Larangan lisan tersebut berkuat kuasa serta merta kerana tidak mahu sudut bertulisan 'Parlimen Malaysia Sidang Media' disalahguna oleh mereka yang bukan Ahli Parlimen.Noh berkata,beliau bersetuju dengan laranganyangdibuat itu kerana sudut sidang media itu adalah satu kawasan khusus untuk Ahli Parlimen tetapi telah dimanipulasi oleh pemimpin parti pembangkang yang bukan Ahli Parlimen untuk membuat sidang media.

"Rafizi bagi saya ahli politik tidak matang,tidak tahu malu dan hanya mengambil kesempatan.Lebih melucukan apabila dia pula menyalahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri,Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz kononnya menggunakan kuasa menghalangnya membuat sidang media," katanya,semalam.Noh yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor berkata,Rafizi perlu cermin diri sendiri sebelum membuat tuduhankerana larangan itu hanya dikenakan kepada orang luar atau pelawat. 

"Saya pernah berhadapan situasi ini.Sebagai menteri dan Ahli Parlimen,saya terpaksa menunggu sehingga 40 minit untuk membuat sidang media kerana tempat itu digunakan Rafizi.Saya hairan,dia buat sidang media atau ceramah politik kerana ambil masa terlalu lama.Siapa Rafizi ini? Kalau Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor) dan Datuk Saifudin Nasution (Machang) yang mengadakan sidang media tidak mengapalah kerana mereka Ahli Parlimen,tetapi mereka ini hanya menjadi 'pengiring' Rafizi pada hari tersebut," katanya.

Jika Rafizi menghormati martabat Dewan Rakyat,kata Noh,dia tidak akan buat sidang media di lobi Parlimen,tetapi di tempat lebih sesuai dengan kedudukannya sebagai ahli politik."Dia boleh buat sidang media di ibu pejabat partinya sendiri kalau dia mahu.Tetapi inilah sikap pemimpin pembangkang yang perlu diketahui rakyat.Dia yang buat salah ceroboh hak Ahli Parlimen kemudian salahkan orang lain pula.Kalau dia tahu malu,dia takkan buat begitu," katanya.

RAFIZI LEMBU DAH SALAHKAN DATUK SERI MOHAMED NAZRI AZIZ ???

APA CERITA NI ???

CUBA LIHAT VIDEO DI BAWAH 

KENAPA NAK SALAHKAN DATUK SERI MOHAMED NAZRI AZIZ ???


RENUNG-RENUNGKAN

BONGKAR !!! SAH !!! NURUL IZZAH DAN ANWAR IBRAHIM LEBIH BAHAYA DARI ULAR SAWA !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 09 Nov 2012 09:00 PM PST


Apabila fahaman liberalnya terdedah,Nurul Izzah pantas menuding jari kepada akhbar berbahasa Melayu pro-kerajaan sebagai memutar-belit kenyataannya berkenaan hak menukar agama bagi umat Islam.saya Hairan sekali kerana,kenyataan yang sama juga telah dipetik oleh Meloyakini tetapi Nurul Izzah langsung tidak menyalahkan meloyakini.semalam,meloyakini telah mengambil inisiatif memaparkan transkrip penuh soalan dan jawapan Nurul Izzah dalam forum tersebut dan ternyata tiada apa yang disalahlapor atau diputarbelit oleh mana-mana pihak seperti yang didakwanya.Kemudian,muncul pula seorang peguam meluahkan rasa kecewa terhadap Nurul Izzah kerana membuat pusingan 180 darjah di akhbar sedangkan beliau yang menjadi peserta forum adalah antara yang mengemukakan soalan kepada Nurul Izzah berkenaan isu tersebut dan menurutnya,Nurul Izzah telah memberi jawapan yang jelas bahawa hak menukar agama adalah juga tertakluk juga ke atas umat Islam.Untuk berlaku adil kepada Nurul Izzah,beliau juga ada menambah bahawa semuanya terpulang kepada kualiti seorang Muslim untuk tidak mudah terpengaruh dengan ajaran agama lain.Namun,untuk berlaku adil juga kepada media yang dituduh memutarbelit kenyataannya,Nurul Izzah tidak pernah menambah kenyataan berikut ketika di dalam forum itu,iaitu,"Saya berpegang pada pendirian umum sedia ada,iaitu setelah memeluk Islam,seorang Muslim tertakluk dengan Syariat Islam; sebagaimana seorang warganegara tertakluk dengan Perlembagaan Persekutuan," sepertimana yang dinyatakannya di media.Justeru,siapa sebenarnya yang membelit siapa ??? cuba cerita sikit !!! Jelas,Nurul Izzah,semakin menyerupai bapanya Anwar Ibrahim yang terkenal sebagai talam berpuluh-puluh muka bukan dua muka lagi.Memandangkan forum diadakan di gereja,maka Nurul Izzah merasakan 'selamat' dan sesuai untuk menunjuk keterbukaan dan menyerlahkan fahaman liberalnya. 

Tujuannya pastilah untuk meraih sokongan penganut Kristian dan juga golongan liberal.Tetapi,Nurul Izzah telah gagal melihat beberapa langkah ke depan untuk mencongak kesannya terhadap masyarakat dan umat Islam apabila kenyataannya disebarkan oleh media.Nampaknya,dalam keghairahan untuk meraih sokongan satu golongan,Nurul Izzah telah terlupa bahawa di zaman IT ini,apa saja yang dikatanya,tidak akan habis di situ sahaja,tetapi akan tersebar dengan pantas dan luas.Maka,Nurul Izzah terpaksa membuat U-turn bila berhadapan dengan masyarakat yang majoritinya umat Islam.Namun,Nurul Izzah kena ingat,terlajak perahu boleh diundur,terlajak cakap buruk padahnya.Sebagai seorang ahli politik,Nurul Izzah patut cukup arif akan peribahasa ini.Kini,yang dipersoalkan bukan lagi sama ada Nurul Izzah seorang liberal yang mempunyai pendirian 'longgar' terhadap murtad atau sama ada beliau seorang Muslimah sejati yang berpegang kuat kepada syariat dan tidak akan berkompromi dalam soal akidah umat Islam.Tetapi,apa yang terserlah kini ialah sikap Nurul Izzah yang suka membelit kenyataan sendiri,sama seperti bapanya.Seperti yang pembaca Badut Rakyat tahu,sikap suka membelit dan berbohong selalunya datang dalam satu pakej.Dalam kes ini,saya tidak tahu yang manakah atau siapakah dan apakah pendirian Nurul Izzah sebenarnya Atau,yang mana satu pendiriannya yang sebenar dan yang mana satu hanya lakonan atau pembohongan.

Pihak Kristian atau pihak liberal tidak boleh mempercayai keterbukaannya kerana kenyataannya boleh berubah sebaik saja beliau melangkah keluar dari pentas ceramahnya.Umat Islam juga tidak boleh mempercayainya kerana beliau boleh berkata apa saja untuk menjaga dan menarik hati kita.Nurul Izzah perlu memilih satu watak sahaja jika ingin berjaya sebagai seorang ahli politik.Seharusnya beliau mempelajari semua ini dari kesilapan bapanya iaitu seseorang ahli politik tidak boleh memilih untuk melakonkan semua watak kerana lambat laun,beliau pasti akan membelit diri sendiri.Akibatnya,beberapa pihak di barat telah pun menarik diri dari Anwar dan mendedahkan betapa Anwar seorang penipu.Malah,gelaran talam dua muka dan sesumpah juga adalah diberi oleh penulis-penulis di barat.Sementara teman-teman ABIM juga mula menjauhkan diri dan seorang demi seorang dari 'inner-circlenya' keluar parti.Justeru,Nurul Izzah perlu membuat keputusan apakah pendiriannya atau sekurang-kurangnya watak apakah yang ingin dimainkannya untuk hari ini dan selama-lamanya.Apakah beliau benar-benar percaya kepada pluralisme agama dan rela membuka ruang murtad dengan membenarkan semua agama berdakwah secara terbuka,atas alasan ayat AlQuran yang menegaskan tiada paksaan dalam beragama ??? Apa jua yang berlaku,Nurul Izzah perlu tahu bahawa isu di sini bukanlah tentang iman dan akidahnya kerana itu adalah antara beliau dengan Allah SWT.,tetapi isu ini adalah berkenaan pendiriannya atau siapa dirinya.Rakyat dari semua golongan perlu tahu siapa yang menjadi pemimpin mereka agar tidak tersalah memilih si ular sawa

RENUNG-RENUNGKAN 

HOT NEWS !!! RAFIZI LEMBU KANTOI LAGI !!! TAK SABAR-SABAR NAK JADI YB ???

Posted: 09 Nov 2012 06:00 PM PST


Kelakarlah dengan Pengarah Strategi PKR,Rafizi Ramli nie ….Bukan main bengang dier sebab selepas nie selagi dia tak menang atau jadi YB (Ahli Parlimen) dia tidak lagi akan berpeluang menggunakan ruang sidang media Ahli Parlimen di Dewan Rakyat …..Ini kerana Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia baru-baru nie membuat larangan penggunaan sudut sidang media di lobi Parlimen oleh mereka yang bukan Ahli Parlimen.Larangan lisan tersebut berkuat kuasa serta merta kerana tidak mahu sudut bertulisan 'Parlimen Malaysia Sidang Media' disalahguna oleh mereka yang bukan Ahli Parlimen. 

Dier nie bukannya apa… benganglah sebab kalau buat kat tempat lain,dia susah nak dapat liputan yang meluas …. Kalau takat buat kat Ibu Pejabat PKR,hanya MalaysiaKini dan Malaysian Insider sahajalah selain beberapa akhbar berbahasa Cina sahaja yang akan buat liputan ….. Mana tak kawan-kawan wartawan bengang,kalau mamat jambu nie buat sidang media kat Lobi Parlimen,bukannya sidang media tetapi dia buat Ceramah Terbuka…. Noh Omar, salah seorang ahli parlimen dan Menteri yang terkena dengan karenah pelik mamat jambu nie …. Baru-baru nie Noh terpaksa menunggu sehingga 45 minit sebelum dapat membuat PC,hanya kerana Ceramah Terbuka yang dibuat mamat jambu nie ….. - Sahabat Gunung
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...