UMNO Online - “Najib Urges Indian Community To Re-Evaluate BN Govt’s Contribution” plus 9 more

UMNO Online - “Najib Urges Indian Community To Re-Evaluate BN Govt’s Contribution” plus 9 more

Link to UMNO Online

Najib Urges Indian Community To Re-Evaluate BN Govt’s Contribution

Posted: 23 Nov 2012 07:44 AM PST

KUALA LUMPUR, Nov 23 – Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak tonight urged the country’s Indian community to re-evaluate the Barisan Nasional (BN) government’s contribution and assistance to the community throughout the past four years.  

The government had resolved many of the community’s pending problems, including providing large allocations to upgrade their education and economic status, he said.

 ”Since becoming Prime Minister, the allocations for Indians increased significantly. Assistance for Tamil schools between 2009 and 2012 touched RM300 million, with an additional RM100 million in the 2013 Budget,” he said at the launch of Tamil books by local authors, at the Dewan Tunku Chancellor, Universiti Malaya here. 

He said the government had also resolved other problems they had faced, such as identity card and birth certificate applications and citizenship status.

“Under the 1Malaysia concept, we want to ensure all government policies benefit every ethnic group, big or small,” he added.

He cautioned the people to not believe the opposition coalition who seemed to be confused with their separate views.

“They’re sleeping on the same pillow but having different dreams. We cannot gamble our future. Our future and that of our children is too valuable for that,” he said.

In relation to the Tamil books, Najib requested the Malaysian Institute of Translation and Books to assist more such publications in order to preserve the Indian community’s cultural and literary heritage for future generations.

He said although the Indian community was no different from other ethnic groups in wanting to preserve its own identity, they still contributed towards the nation’s unity and the Malaysian society. 

“I’m here to support Makkal Sakti Party and Universiti Malaya’s efforts because I understand it is close to the Tamil community’s heart.  

“I believe this programme can give ‘Puthiya Nambikkai’ (new hope) for Tamil authors inMalaysia,” he said while launching 10 Tamil books by local authors, at the event. 

Also present were Sakti Foundation president, Datuk R.S Thananthiran and Cherish & Share Programme director, Prof Dr M.Rajantheran.

Mahasiswa Diseru Belajar Pengalaman Dalam Perhimpunan Terbesar Orang Melayu

Posted: 23 Nov 2012 07:29 AM PST

KUALA LUMPUR, 23 Nov. – Perwakilan Kelab UMNO Luar Negara (KULN) dan mahasiswa tempatan disarankan agar menikmati setiap masa yang dilalui dalam Perhimpunan Agung UMNO 2012 sebagai satu peristiwa yang sangat bermakna dan mempelajari apa itu pengalaman hasil daripada pelbagai program terbabit.

Pengerusi KULN, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menegaskan bahawa masa hadapan golongan muda berada di tangan masing-masing dengan kepimpinan yang ada sekarang membina landasan untuk dilalui oleh mereka.

"Sebenarnya anda semua berada di era baru yang cukup penting dan bermakna dalam sejarah apabila terlibat secara langsung dengan persidangan terbesar orang Melayu dan sebelumnya dapat melibatkan diri dalam wacana yang bakal diadakan," katanya.

Beliau berkata demikian di hadapan 300 pelajar dalam Majlis Makan Malam Bersama Biro KULN dan Biro IPT yang bertemakan 'Transformasi Mahasiswa Memperkasa Bangsa' di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) menjelangnya Persidangan UMNO Selasa ini.

"Melalui perjumpaan secara dekat ini, anda akan dapat mengenali setiap pemimpin yang ada dan berdasarkan pengalaman, anda akan dapat membezakan yang mana pejuang palsu dan yang mana pejuang sejati," katanya.

Ujarnya, dalam kepimpinan UMNO ada perubahan sebagaimana transformasi yang dilakukan dan bukannya sebagaimana pemimpin pembangkang yang masih kekal sejak berpuluh-puluh tahun.

“Dari dulu saya mengenali Pas dengan pemimpinnya adalah Nik Aziz dan DAP pemimpinnya adalah Lim Kit Siang dan ia masih kekal hingga ke hari ini memainkan peranan dalam parti masing-masing."

Beliau turut menyorot bagaimana Akta Universiti dan Kolej (AUKU) ditubuhkan yang antaranya adalah ekoran daripada kebebasan mahasiswa yang dibenarkan berpolitik sehinggakan berlaku perarakan besar-besaran dan penyebaran dakyah songsang kononnya ramai yang kebuluran di Baling lantaran keadaan ekonomi yang meleset.

"Ketika keadaan tersebut, terdapat golongan mahasiswa yang memperlekehkan keamanan dan kesejahteraan negara lantaran kerajaan mengawal harga minyak selepas berlakunya kemelesetan ekonomi dunia ketika itu," katanya.

Sehubungan itu beliau menasihatkan golongan pelajar agar menghargai setiap masa yang ada dan menyorot perjuangan, perubahan dan transformasi yang dilakukan bermula dari Tun Abdul Razak yang kemudiannya hari ini kepada anaknya iaitu Perdana Menteri Malaysia.

"Antara yang mula-mula dilakukan oleh Datuk Seri Najib ketika menjawat sebagai Perdana Menteri adalah bagaimana untuk melepaskan banyak kuasa-kuasa yang ada kepada orang lain," katanya yang merujuk kepada transformasi politik termasuklah pindaan dalam Perlembagaan UMNO.

Dalam majlis tersebut, beliau turut menyampaikan anugerah kepada Kelab UMNO Cemerlang yang diterima Kelab UMNO Mansurah, Moscow dan Melbourne selain turut melancarkan buku 'Teknik Belajar Bahasa Urdu'.

Sebanyak 67 perwakilan KULN telah mengesahkan kehadiran daripada 72 kelab dan 7 Badan Perhubungan Negara yang diundang ke Perhimpunan Agung UMNO 2012. – MediaUMNO.

Selangor Opposition Disputes Talam Land Valuation

Posted: 23 Nov 2012 07:16 AM PST

SHAH ALAM, Nov 23 – Several Barisan Nasional members of the Selangor state assembly today disputed the Selangor government’s land valuation methods in taking over Talam’s RM392 million debt.

Wong Koon Mun (BN-Kuala Kubu Baru) said the Property Services and Valuation Department (JPPH) was not used to valuate Talam’s assets and the state government had instead used the services of a private appraiser.

“In the process of taking over Talam, JPPH plays an important role in setting a premium value,” he said at a press conference after Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim wrapped up the 2013 Budget at the state assembly, here today.

Wong also questioned the valuation of Talam’s assets in Bukit Beruntung and Ulu Yam, which he claimed were done by a private appraiser.

He further claimed that most of Talam’s 160 hectare land in Ulu Yam had grade 3 and 4 slopes, which were unsuitable for development.

Sulaiman Razak (BN-Permatang) queried why the 539.2 hectare Talam land in Bukit Beruntung worth RM262 million was taken over by the Selangor government whereas the land was only assessed at RM113 million by JPPH.

Earlier during the winding up, Abdul Khalid said the Talam land evaluations were based on commercial rates to speed up the process of acquiring the debt as the company’s financial situation was critical and categorised as PN17 inBursaMalaysia.

He added that the decision was based on the commercial and not administrative aspect.

The assembly also passed the 2013 Budget which was tabled on Monday.

Anwar Tak Tahu Malu, Tak Faham Maksud “Tidak”…

Posted: 23 Nov 2012 05:21 AM PST

Salam 1Malaysia….. Rakyat telah penat dan muak dengan laporan yang dibuat oleh ABC News terhadap Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim terhadap surat yang diberikan kepada Menteri Luar Australia, Bob Carr untuk meminta pertolongan beliau bagi menghadapi PRU-13.

Beberapa bulan lalu, Pengerusi Bersih, sebuah organisasi yang dikatakan berjuang untuk mendapatkan pilihanraya yang bersih dan adil, Ambiga Sreevenasen telah ke Australia untuk membuat perkara yang sama. Dia telah meminta agar kerajaan Australia mengawasi piilhanraya di Malaysia.

Permintaannya telah ditolak. Menurut Bob Carr,”Saya dapati bahawa pilihanraya di Malaysia adalah adil dan bersih – kerajaan tersebut telah kehilangan 2/3 majoriti di parlimen.”

Dengan itu, Ambiga terpaksa kembali ke Malaysia dan memberitahu Anwar bahawa Australia enggan mengawasi pilihanraya di Malaysia hanya untuk menjatuhkan imej kerajaan.

Walaupun Ambiga sering menyatakan bahawa Bersih adalah organisasi bebas, Anwar tetap bertanggungjawab dalam memberikan segala arahan dalam demonstrasi mereka. Anwar dan pemimpin-pemimpin pembangkang lain juga sering berada berdekatan dengan Ambiga bagi setiap demonstrasi Bersih.

Namun, ketika Carr mengadakan lawatan ke Malaysia, Anwar sekali lagi bertanyakan perkara yang sama kepada beliau. Carr memberikan jawapan yang sama, tidak.

Carr telah menolak permintaan Ambiga dan juga Anwar, termasuk kepada surat yang telah ditulis Anwar kepada Carr dan menurut ABC news, Carr telah menolak permintaan mereka sebanyak empat kali.

Nampaknya Anwar tidak faham akan maksud ‘tidak’. Mungkin itulah sebab mengapa dia dibicarakan sebanyak dua kali dalam kes liwat.

Walaupun Anwar akhirnya akur dengan pendirian Carr, itu tidak menghentikan dia dari merosakkan cubaan untuk memburukkan imej kerajaan.

Anwar mempunyai cita-cita dan ego yang terlalu besar yang tidak memungkinkan dia untuk berputus asa. Anwar ingin menjadi seseorang yang paling berkuasa di Malaysia. Untuk mencapai cita-cita tersebut, Anwar perlu menjatuhkan kerajaan terlebih dahulu.

Dia pasti boleh berjaya dengan jumlah dana misteri yang banyak diterima sebagai usaha untuk menjatuhkan kerajaan.

Rakyat sering mendapat bantuan dari pihak kerajaan melalui subsidi-subsidi yang diberikan kepada mereka. Keamanan, keselesaan dan makanan adalah beberapa perkara yang dianggap sebagai kemudahan yang dapat dinikmati rakyat berbanding dengan negara-negara lain.

Inilah yang membuatkan Anwar berang kerana dia tidak mampu untuk mengatasi pihak kerajaan dalam pilihanraya kerana kerajaan telah menjalankan kerja yang baik.

Jadi, Anwar memerlukan pertolongan dari luar. Namun, dia perlu meyakinkan pihak luar bahawa rakyat memberikan sokongan penuh terhadapnya dan mereka mahu kerajaan diubah namun perkara tersebut tidak dapat dilakukan kerana sistem pilihanraya tidak adil dan bersih.

Walaubagaimanapun, dengan kejayaan dalam menguasai empat negeri dibawah PR dalam pilihanraya lalu, tuduhan bahawa sistem pilihanraya kotor adalah sesuatu yang dibuat-buat dan hanyalah satu penipuan.

Anwar adalah seorang penipu dan kini seluruh dunia mula sedar akan perkara tersebut.

Suleiman Faris

Tokoh Ilmuan Islam Bidas Perbuatan Pas Mendoakan Kehancuran Saudara Seagama

Posted: 23 Nov 2012 05:14 AM PST

KUALA LUMPUR, 23 Nov – Beberapa orang tokoh dan Ilmuan Islam  membidas tindakan Pas yang mengadakan solat hajat dan berdoa untuk menghancurkan UMNO dan BN yang disifatkan sebagai satu tindakan yang menyalahi akhlak dan syariat Islam.

Menurut Brig. Jen. Tan Sri Datuk Seri  Abdul Hamid Ngah, doa yang merupakan sesuatu ibadah yang dituntut oleh Islam, senjata orang mukmin dan merupakan inti kepada ibadah telah disalahgunakan oleh kepimpinan parti tersebut.

"Perbuatan berdoa merupakan satu perbuatan yang diperintahkan Allah, seperti mana yang diperlihatkan contohnya oleh baginda Rasulullah saw.  Kita sebagai umat Islam dituntut untuk berdoa perkara yang baik-baik, samada untuk keluarga, masyarakat, negara dan diri kita sendiri.

"Tetapi tidak ada di dalam Islam, di dalam mana kitab sekalipun, yang membenarkan kita supaya berdoa untuk perkara yang tidak baik  kepada sesiapa sekali pun hatta kepada diri kita sendiri, apatah lagi kepada orang lain dan saudara seagama," tegasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Namun menurutnya, doa yang dilafazkan oleh Pas baru-baru ini, yang meminta kehancuran dan kemusnahan terhadap sesama Islam merupakan satu perbuatan yang ternyata amat bercanggah sama sekali dengan apa yang dituntut oleh Islam.

"Harus diingat, doa yang dikatakan sebagai ibadah itu ada peraturannya, ada adab sopannya, ada tertibnya dan doa itu hendaklah untuk perkara yang baik-baik. Maka apabila kita berdoa dengan niat yang tidak baik, untuk merosakkan orang lain, untuk menganiaya orang lain dan untuk menjahanamkan orang lain yang merupakan saudara seagamanya, itu bukan doa yang dituntut di dalam Islam.

"Kita mesti ambil iktibar daripada sejarah Nabi saw  ketika baginda berdakwah ke Taif, di mana Nabi dihina dan dibaling dengan batu oleh kaum baginda di situ. Biarpun baginda dianiaya dengan begitu teruk, namun Nabi tetap berdoa agar umatnya itu diberikan hidayah dan pentunjuk. Bukan sebaliknya. Jika nak ikut Nabi, itulah cara Nabi," tegasnya lagi.

Manakala menurut Tan Sri Dr. Mohd Yusoff Noor, dalam kes doa yang dilafazkan meminta kehancuran UMNO dalam satu perhimpunan Pas baru-baru ini, di mana mereka mendakwa dizalimi oleh UMNO, beliau tidak nampak ada kebenarannya di dalam dakwaan tersebut.

"Biasanya kalau orang yang dizalimi, dia akan berdoa agar orang yang menzaliminya itu  diberi pentunjuk dan hidayah. Dan ada juga doa yang meminta kehancuran mereka yang menzalimi sepertimana dalam isu umat Islam di Palestin yang dizalimi oleh puak Zionis.

"Namun dalam hal ini, saya tidak nampak pun UMNO menzalimi Pas. Saya yakin rakyat juga berpandangan sedemikian. UMNO sebagai tunjang dalam pemerintahan negara, telah berusaha memakmurkan rakyat dan negara di mana orang-orang Pas juga mendapat manfaat daripada nikmat atas hasil usaha UMNO itu," jelasnya.

Tambahnya lagi, dalam perkembangan dan pertumbuhan serta kemakmuran yang dikecapi negara selama ini, ahli-ahli Pas dan penyokongnya juga mendapat faedah yang banyak di bawah pemerintahan UMNO dan Barisan Nasional.

"Jadi kenapa pula diminta supaya diturunkan bala kepada UMNO yang menjadi tunjang kepada pemerintahan dan telah memberikan bantuan kepada rakyat termasuk ahli-ahli dan penyokong Pas. Contohnya dalam hal biasiswa, anak-anak ahli-ahli Pas juga mendapat peluang yang sama untuk mendapat tajaan biasiswa.

"Jelas, UMNO memastikan bahawa mereka yang berhak, mendapat hak mereka. Jadi mengapa pula Pas menganggap UMNO zalim dan sanggup mendoakan kehancuran UMNO? Sedangkan UMNO telah membantu rakyat tanpa mengira soal kaum dan parti mana sekalipun. Jadi jelas, apa yang dilakuan oleh Pas itu amat bertentangan dengan apa yang diperintahkan di dalam Islam, " soal beliau.

Perhimpunan Agung UMNO Medan Pengukuhan Jentera Wanita

Posted: 23 Nov 2012 05:12 AM PST

KUALA LUMPUR, 23 Nov – Perhimpunan Agung UMNO minggu hadapan akan menjadi medan pengukuhan habis-habisan jentera Pergerakan Wanita sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Penolong Setiausaha Pergerakan itu Datuk Rosni Sohar berkata pada perhimpunan itu juga aspek perpaduan dan disiplin dalam pergerakan turut menjadi fokus selain membawa beberapa usul memperjuangkan isu wanita, kebajikan dan masyarakat.

“Apa pun, perhimpunan kali ini adalah berkaitan pilihan raya,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Perhimpunan Agung UMNO akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini bermula 27 Nov hingga 1 Dis.

Persidangan pergerakan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri akan berlangsung secara berasingan pada 28 Nov, dengan diwakili 991 anggota bagi setiap sayap.

Rosni berkata pergerakan Wanita akan mengetengahkan 13 muka baharu sebagai pembahas usul.

Wanita UMNO juga akan menurunkan wakilnya bagi membahaskan tiga usul penting pada perhimpunan agung parti tonggak Barisan Nasional itu yang akan dirasmikan pada  29 Nov.

Usul ucapan dasar presiden akan dibahaskan oleh Ketua Wanita Bahagian Tanah Merah Dayang Saniah Awang Hamid, usul ekonomi oleh Exco Pergerakan Wanita Senator Norliza Abd Rahim dan usul agama dan pendidikan oleh Ketua Wanita Bahagian Marang Senator To’ Puan Zaiton Mat Amin.

Perwakilan Boleh Bahas Apa Saja Asal Tidak Sentuh Isu Sensitif – Tengku Adnan

Posted: 23 Nov 2012 03:01 AM PST

KUALA LUMPUR, 23 Nov. – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengingatkan para perwakilan yang bakal berkampung selama lima hari dalam Perhimpunan Agung UMNO 2012 nanti untuk tidak menyentuh isu-isu sensitif dalam perbahasan.

Katanya, antara usul-usul yang akan dibahaskan dalam persidangan tersebut ialah ucapan dasar Presiden, ekonomi serta agama dan pendidikan.

"Sebagaimana dua tahun lalu, Perhimpunan Agung UMNO 2012 ini akan dimulakan dengan Forum Antarabangsa bermula pada 26 hingga 27 November dengan ucaptama akan dibentangkan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun razak," katanya dalam taklimat media sempena Perhimpunan Agung UMNO 2012 di Ibu Pejabat UMNO, Menara Dato Onn, hari ini.

Jelasnya, forum antarabangsa kali ini bertemakan 'The Conflict And Conciliation In The People's Politics – Looking Back Or Looking Forward' dengan penglibatan peserta dari luar negara termasuklah parti-parti politik di peringkat antarabangsa, kedutaan asing dan Kelab UMNO Luar Negara selain para pemimpin tempatan.

Turut hadir dalam taklimat media tersebut ialah Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Abdul Rauf Yusoh; Penolong Setiausaha Pergerakan Wanita UMNO, Rosni Sohar; Penolong Setiausaha Pergerakan Pemuda, Megat Firdaus Megat Junid dan Penolong Setiausaha Pergerakan Puteri, Nor Azitah Abdul Rahman.

Seramai 5,447 orang melibatkan 2,759 perwakilan Perhimpunan Agung sementara, 991 perwakilan untuk Pergerakan Wanita, 991 perwakilan Pemuda dan selebihnya perwakilan Pergerakan Puteri UMNO.

Butiran Berkaitan Perhimpunan Agung UMNO:

i. MAJLIS TAKLIMAT PRESIDEN (TERTUTUP)
Tarikh: 27 November 2012 (Selasa)
Masa: 2.00 petang
Tempat: Dewan Merdeka, Aras 4, PWTC
Peserta: Ahli-ahli Majlis Tertinggi
Exco Pergerakan Wanita
Exco Pergerakan Pemuda
Exco Pergerakan Puteri
Ketua-ketua Bahagian
Timbalan-timbalan Ketua Bahagian
Naib-naib Ketua Bahagian
Ketua Pergerakan Wanita Bahagian
Ketua Pergerakan Pemuda Bahagian
Ketua Pergerakan Puteri Bahagian
Setiausaha-setiausaha Bahagian
Ketua Penerangan Bahagian
Bendahari-bendahari Bahagian

ii. PERASMIAN SERENTAK PERHIMPUNAN AGUNG PERGERAKAN WANITA, PEMUDA DAN PUTERI UMNO
Tarikh: 27 November 2012 (Selasa)
Masa: 8.00 malam
Tempat: Dewan Merdeka, Aras 4, PWTC
Perasmi: Timbalan Presiden UMNO

iii. PERHIMPUNAN AGUNG PERGERAKAN WANITA, PEMUDA DAN PUTERI UMNO
Tarikh: 28 November 2012 (Rabu)
Masa: 8.00 pagi
Tempat: i. Pergerakan Wanita
(Dewan Merdeka, Aras 4, PWTC)

ii. Pergerakan Pemuda
(Dewan Tun Dr. Ismail, Aras 2, PWTC)

iii. Pergerakan Puteri
(Dewan Tun Hussein Onn, Aras 2, PWTC)

iv. Mesyuarat Majlis Tertinggi Khas
Tarikh: 28 November 2012 (Rabu)
Masa: 8.00 malam
Tempat: Bilik Mesyuarat Tingkat 39, Menara Dato Onn

v. UPACARA NAIK BENDERA DAN MAJLIS PERASMIAN PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2012
Tarikh: 29 November 2012 (Khamis)
Masa: 8.00 pagi
Tempat: Dewan Merdeka, Aras 4, PWTC
Perasmi: YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak
Presiden UMNO

vi. JAMUAN MAKAN MALAM PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2012
Tarikh: 29 November 2012 (Khamis)
Masa: 8.00 malam
Tempat: Dewan Tun Razak 1, PWTC

vii. PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2012 (HARI KE-2)
Tarikh: 30 November 2012 (Jumaat)
Masa: 8.30 pagi
Tempat: Dewan Merdeka, Aras 4, PWTC

viii. PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2012 (HARI KE-3)
Tarikh: 1 Disember 2012 (Sabtu)
Masa: 8.30 pagi
Tempat: Dewan Merdeka, Aras 4, PWTC

Kedah, Penang Governments Have No Consensus On Raw Water Issue – Ahmad Bashah

Posted: 23 Nov 2012 02:42 AM PST

ALOR SETAR, Nov 23 – Penang Chief Minister Lim Guan Eng’s denial that the state government agreed to pay for Kedah’s water when the proceeds from the sale of water was entered in the 2013 Kedah State Budget, has proven the governments in the opposition pact were in disagreement.

State Umno liaison committee chairman Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah said, when tabling the budget recently, Kedah Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak had said he could sell raw water to Penang, but had not yet sought the consent of the Penang Government.

He said, based on the experience of the Barisan Nasional (BN) previously, raw water source was a common right and did not incur any charges.

“Azizan said he had asked a state exco to meet and discuss with the Penang Government, and hoped Lim would agree,” he told reporters after opening a 2012 Red Waves Futsal Fiesta organised by the state Umno Youth here today.

During the tabling of the budget, the state government expected RM20 million in revenue a year from the sale of raw water to Penang.

Nevertheless, Lim said the Penang Government had never agreed to pay for raw water from Kedah.

Ahmad Bashah, who is also Bakar Bata state assemblyman, said Lim’s statement clearly showed their stand against making payment, seeing water supply was a common right, for quite sometime,

Meanwhile, Ahmad Bashah said Azizan approved loggings in Tasik Pedu, Gunung Inas and Jeniang, with the latter claiming they were for various projects for the people.

He claimed Azizan’s explanation in the state assembly sitting recently, was unclear and merely made to justify the alleged rampant logging activities in the state.

He was commenting on a statement by the Penang Water Supply Corporation which wanted Kedah to cease logging in the Tasik Pedu area.

Perwakilan UMNO Diingatkan Ketepi Perbezaan Pendapat – Mukhriz

Posted: 23 Nov 2012 01:50 AM PST

ALOR GAJAH, 23 Nov — Perwakilan pada Perhimpunan Agung UMNO diingatkan agar mengenepikan perbezaan pendapat dan pertelingkahan dalaman sebaliknya menumpukan usaha untuk memenangi pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) akan datang.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Mukhriz Tun Mahathir berkata perwakilan perlu mengutamakan isu memenangkan calon-calon UMNO dan Barisan Nasional (BN) bagi menaikkan lagi semangat anggota parti itu menjelang PRU-13.

“Kalau ada sebarang perbezaan pendapat dan pertelingkahan dalaman, itu semua (perlu) diketepikan untuk kita tumpu kepada pilihan raya…nanti kita akan menyesal tak sudah,” katanya selepas melancarkan Honda Jazz Hybrid, kenderaan hibrid pemasangan komponen unit terurai (CKD) pertama di Malaysia, di sini, hari ini.

Mukhriz yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata Perhimpunan Agung UMNO berkenaan diharap turut menjadi platform penyatuan orang Melayu dan menjaga kesucian agama Islam.

Katanya UMNO telah terbukti sejak sekian lama berjuang demi memartabatkan agama Islam, bangsa Melayu dan negara.

“Apabila perpaduan di kalangan orang Melayu itu tidak berada pada tahap yang sepatutnya, maka kepentingan kita (orang Melayu) secara keseluruhan pun tidak terjamin,” katanya.

Govt Acknowledges Women As Partners In Nation Building – Rosmah Mansor

Posted: 23 Nov 2012 01:38 AM PST

KUALA LUMPUR, Nov 23 – The government has always cared about and addressed issues in the interest of women and acknowledged them as partners in nation building, said the Prime Minister’s wife Datin Seri Rosmah Mansor today.

Launching the Femina Channel, a Malaysian TV channel exclusively for women, at the Technology Park here, she said that women’s contribution since independence was indeed something to be proud of and had in fact far exceeded expectations in various fields.

Femina Channel is a new family concept regional TV channel providing features, drama, reality, news and health programmes for women, in all major television stations nation wide starting next year.

Rosmah further remarked that socio-cultural changes allowed Malaysian women of today increased access to education and job opportunities, enabling them to progress and actively contribute towards the development of the country.

“A compassionate nature and the ability to multi-task enables women to work alongside men, to help realise the government’s aspiration of achieving a developed nation status,” she said.

Malaysian women should also be grateful for the gender equality practiced in the country which enabled them to be at this successful level, in comparison with the women of some other countries, added Rosmah.

She described the advent of Femina Channel as an acknowledgement of the great contribution women have made towards the society and country.

Meanwhile, Mohd Johari Mohd Noor, managing director of Panomax Sdn Bhd, which owns Femina Channel, said the channel themed “everything about women” would also be aired in Indonesia, Brunei Darussalam, Singapore, Saudi Arabia, United Arab Emirates and Qatar.

“The 24-hour channel is available on feminachannel.com for free. We’re now in the midst of preparing for broadcast and acquiring the content locally and from Japan, Australia and Indonesia,” he said.

Also present were Science, Technology and Innovation deputy minister Datuk Fadillah Yusof, National Welfare Foundation chairman and Umno Wanita chief Datuk Seri Shahrizat Jalil and Ministry of Women, Family and Community Development secretary-general Datuk Dr Noorul Ainur Mohd Nur.

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...