UMNO Online - “KPM Jawab Tiga Isu Permintaan Pertubuhan Dong Zong” plus 9 more

UMNO Online - “KPM Jawab Tiga Isu Permintaan Pertubuhan Dong Zong” plus 9 more

Link to UMNO Online

KPM Jawab Tiga Isu Permintaan Pertubuhan Dong Zong

Posted: 24 Nov 2012 05:39 AM PST

KUALA LUMPUR, 24 Nov – Pelan Pembangunan Pendidikan (PPPM) 2013-2015 tidak berhasrat meminggirkan mana-mana aliran persekolahan yang wujud di negara ini, kata Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Abd Ghafar Mahmud.

KPM malahan akan memastikan setiap murid di sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan mendapat akses, ekuiti dan kualiti pendidikan, katanya.

“Kewujudan sekolah jenis kebangsaan (SJK) juga djamin oleh Akta Pendidikan 1996 (Seksyen 28) dan ini dikukuhkan dengan penyataan di dalam PPPM Bab 7 muka surat 7 hingga 16,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kenyataan tersebut dikeluarkan sebagai menjawab isu yang diutarakan dalam memorandum daripada Persatuan Jawatankuasa Sekolah Cina Bersatu Malaysia atau lebih dikenali sebagai Dong Zong berkaitan pendidikan Cina di negara ini.

Seramai 20 orang wakil Dong Zong yang diketuai oleh Pengerusinya Dr Yap Sin Tian telah menyerahkan memorandum tersebut kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz 26 Sept lalu.

Abd Ghafar berkata, kerajaan tidak berhasrat mengubah status atau ciri SJK malah Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri juga telah menyatakan Malaysia mempunyai kelebihan daripada legasi yang pelbagai dan satu-satunya negara di luar negeri China yang mempunyai SJKC.

Mengenai pertambahan masa pembelajaran Bahasa Malaysia ke 570 minit seminggu yang dikatakan boleh menjejaskan bahasa ibunda, beliau menjelaskan pertambahan tersebut hanya bagi murid-murid kelas pemulihan di tahap 2 SJKC yang lemah dalam penguasaan Bahasa Melayu dan hanya meliputi 30 peratus sahaja.

“Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun 2011 bermula dengan Tahun 1, pada tahun 2014 kohort murid Tahun 1 2011 akan berada di tahun 4 (Tahap 2 KSSR).

“Pertambahan masa Bahasa Malaysia di SJKC bagi Tahap 1 ialah daripada 270 minit kepada 300 minit manakala bagi Tahap 2 pula ialah daripada 180 minit kepada 270 minit,” katanya.

Namun katanya, perbezaan ini harus dilihat dalam konteks dua sistem yang berbeza iaitu peruntukan masa bagi tahap 2 180 minit bagi KBSR dan 270 minit bagi KSSR.

Katanya, pertambahan kelas pemulihan sehingga lima jam seminggu atau 300 minit adalah tidak diwajibkan kepada semua murid SJKC kecuali yang memerlukan sokongan kelas pemulihan sahaja.

Oleh itu pertambahan waktu Bahasa Malaysia bagi Tahun 4 hingga 6 sebenarnya ialah daripada 180 minit kepada 270 minit.

“Pertambahan masa satu jam sehari adalah untuk mempertingkatkan penguasaan Bahasa Malaysia bagi murid yang dikenal pasti tidak menguasai tahap minimum penguasaan bahasa tersebut di Tahun 4 hingga 6 di SJKC dan SJKT.

“KPM berpandangan adalah lebih baik murid-murid yang belum menguasai bahasa ini dikenal pasti lebih awal di tahun 4, 5 dan 6.

“Dengan adanya sesi pemulihan selama satu jam setiap hari kepada mereka yang tidak menguasai tahap minimum, dapat membantu mereka menguasai bahasa berkenaan sebelum mereka menamatkan pengajian di peringkat sekolah rendah,” katanya.

Dalam masa yang sama, katanya kerajaan mengakui bahawa bahasa ibunda adalah penting dan menggalakkan rakyat menguasai Bahasa Malaysia, bahasa Inggeris dan bahasa ibunda masing-masing.

Sementara itu, Abd Ghafar turut menyatakan rasional terhadap pelaksanaan murid-murid tahun 4 hingga 6 dari SJKC yang perlu mengikut sukatan seperti Sekolah Kebangsaan.

“Hasrat dan rasional cadangan pelaksanaan adalah bertujuan membolehkan murid SJK dapat menguasai kemahiran Bahasa Malaysia lebih cepat sebelum mereka masuk sekolah menengah yang akan menggunakan Bahasa Malaysia sepenuhnya”.

Katanya, ia juga bertujuan meningkatkan penguasaan Bahasa Malaysia dalam kalangan murid dan menambah baik transisi SJK ke sekolah menengah dan mengekalkan murid di sekolah.

BN Confident Of Re-Capturing Selangor

Posted: 24 Nov 2012 05:30 AM PST

KUALA LUMPUR, Nov 24 – Barisan Nasional (BN) is confident of re-capturing Selangor from the opposition pact in the 13th general election, said Selangor BN Coordinator Datuk Seri Mohd Zin Mohamed today.

“The momentum is with us now. Based on the response and support shown by the Selangor people the advantage is on our side.

“Therefore, we should build up the momentum and not do anything that can weaken it,” he said when opening the Selangor People’s Progressive Party Convention at SJK (C) Yuk Chyun, Jalan Klang Lama near here.

Towards this end, he said, members of all BN component parties should move in one group and made decisions collectively so that BN would remain strong.

He also told members of BN component parties in Selangor to unite and not to sabotage one another or the parties in BN.

Negara Bersedia Capai Pertumbuhan Ekonomi Lebih 5 Peratus Pada 2013, Kata Ahmad Husni

Posted: 24 Nov 2012 03:21 AM PST

IPOH, 24 Nov – Negara kini bersedia ke arah mencapai perkembangan ekonomi lebih lima peratus pada 2013 selepas mencatatkan pertumbuhan Kadar Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 5.2 peratus pada suku ketiga tahun ini, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Beliau berkata unjuran pertumbuhan ekonomi negara tahun depan adalah pada kadar antara 4.5 dan 5.5 peratus walaupun memahami situasi ekonomi dunia semakin mencabar.

“Kita mahu menumpu kepada usaha untuk mencapai lebih daripada lima peratus. Apabila kita lihat kepada ekonomi negara dari tahun ke tahun, kita perlu mencapainya kerana ekonomi negara kita menuju ke tahun 2020 di mana kita meletakkan sasaran mencapai sebuah negara berpendapatan tinggi dan rakyatnya menikmati kebahagiaan yang lebih  tinggi,” katanya  selepas menghadiri sambutan Deepavali Parlimen Tambun di Chemor di sini hari ini.

Beliau berkata Malaysia sangat bertuah kerana dalam keadaan krisis ekonomi dunia, zon Euro yang mengalami kegawatan serta negara-negara lain yang mencapai pertumbuhan ekonomi yang rendah seperti Amerika Syarikat dan Singapura, negara mampu mengekalkan pertumbuhan yang baik.

Negara dijangka tidak mengalami masalah untuk mencapai lima peratus pertumbuhan bagi setahun penuh tahun ini, katanya.

Ahmad Husni yang juga anggota Parlimen Tambun berkata pencapaian ekonomi negara ini turut didorong oleh Model Baru Ekonomi yang diperkenalkan kerajaan yang mensasarkan peningkatan pendapatan dan meninggikan kadar kebahagiaan.

“Model baru ekonomi Malaysia adalah berbeza dengan model yang ada di Negara lain yang menekankan peningkatan pendapatan semata-mata. Kita menekankan konsep eksklusif di mana setiap hasil negara perlu dinikmati oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum, di bandar atau di luar bandar,” katanya.

Kerajaan berusaha meningkatkan kualiti hidup penduduk negara ini seperti dalam aspek kesihatan, pendidikan dan pengurangan kadar jenayah kerana ia adalah asas kebahagiaan kepada rakyat.

Mengenai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0, Ahmad Husni berkata kerajaan belum menetapkan tarikh tutup pendaftaran untuk mereka yang layak berbuat demikian, namun meminta supaya ia dibuat pada November dan Disember ini.

“Kita mahu mereka membuat pendaftaran dengan cepat pada November dan Disember. Ini kerana supaya pembayaran boleh dibuat lebih cepat iaitu mulai awal tahun depan,” katanya.

Reject Individuals Out To Destroy Malaysia Socio-Political System – Chandra Muzaffar

Posted: 24 Nov 2012 03:16 AM PST

KUALA LUMPUR, Nov 24 – Malaysians need to reject certain individuals out to destroy the principles of the socio-political system practiced in this country, to ensure its future, urged International Movement of a Just World (Just) president, Dr Chandra Muzaffar, today.

“If we don’t reject these individuals, who don’t understand these principles, it will be very dangerous for our future generations. Therefore, we must maintain this system through the 13th General Election so that the country’s safe for all time,” he said.

He was delivering a talk titled “The Country’s Socio-Politic Future” during the 1Malaysia gathering at the Putra World Trade Centre, here today.

Dr Chandra, who is also professor of Global Studies at Universiti Sains Malaysia, said Malaysia was much better compared to other countries which practiced such a system because to date it has managed to maintain democracy where the citizens determined their own future.

“Our foreign policies have also managed to defend Malaysia’s independence and peace and prevent it from being any party’s puppet. And transfer of power also occurs peacefully and methodically,” he said.

He added however, that Malaysia faced challenges such as corruption, self-interest politics and racial politics, which could jeopardise the nation.

“Political discussions during public debates have also deteriorated in terms of civility. Rude and uncivilised language is frequently used and this goes against our values and the principles of ‘Rukun Negara’, he emphasised.

Therefore, political awareness must be raised in order to overcome this problem and leaders must also be healthy role models for the people.

Perhimpunan Barisan 1Malaysia Akan Diperluas Ke Peringkat Zon

Posted: 24 Nov 2012 02:06 AM PST

KUALA LUMPUR, 24 Nov – Perhimpunan Barisan 1Malaysia yang menghimpunkan badan-badan bukan kerajaan (NGO) di seluruh negara akan diperluaskan ke peringkat zon, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan.

Beliau berkata ia berikutan sambutan memberangsangkan dengan kehadiran lebih 1,500 NGO pada perhimpunan itu yang julung kali diadakan dan dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di sini, hari ini.

“Oleh itu, kita sedang mempertimbangkan untuk meneruskannya di mana satu mesyuarat anggota sekretariat mengenai cadangan itu akan diadakan dalam masa terdekat.

“Perkara ini turut dipersetujui oleh Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak,” katanya ketika ditemui pada perhimpunan itu di Pusat Dagangan Dunia Putra(PWTC), di sini.

Mengulas lanjut, Ahmad yang juga Pengerusi Sekretariat perhimpunan itu berkata kerajaan mempunyai dasar yang terancang dan NGO diperlukan sebagai pendokong supaya dasar itu dapat direalisasikan.

Bagaimanapun, beliau berkata sekretariat belum bercadang untuk menjadikan perhimpunan itu sebagai acara tahunan setakat ini.

Antara ahli panel pada perhimpunan itu termasuk pakar motivasi, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah, penganalisis politik, Dr Sivamurugan Pandian, aktivis sosial negara Tan Sri Lee Lam Thye dan Pengerusi Yayasan 1Malaysia Dr Chandra Muzaffar.

Rakyat Malaysia Mesti Berani Pertahankan Perlembagaan – Penganalisis Politik

Posted: 24 Nov 2012 01:57 AM PST

KUALA LUMPUR, 24 Nov – Setiap individu yang mengakui diri mereka warganegara Malaysia mesti berani mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, kata penganalisis politik Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian.

Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM) itu berkata perlembagaan negara perlu terus menjadi rujukan dan sandaran semua rakyat dalam mengekalkan perpaduan serta mewujudkan hubungan etnik di kalangan masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

“(Penghayatan) perlembagaan bukan ikut suka. Bila kita suka kita ikut, taksuka tak ikut. Kita mesti berpegang kepada perlembagaan pada setiap masa,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap mengenai “Masa Depan Hubungan Kaum dan Perpaduan” pada Himpunan Barisan 1Malaysia yang menghimpunkan ribuan anggota pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) untuk berkongsi pandangan mengenai dasar negara di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Sabtu.

Beliau berkata perkara-perkara yang termaktub di dalam perlembagaan terutama berkaitan kontrak sosial tidak harus dipersoalkan.

“Soal agama Islam, Bahasa Melayu, keistimewaan orang Malayu dan institusiRaja-raja Melayu harus dipertahankan sebagai satu kepelbagaian. Jangan samasekali cuba diubah,” kata Sivamurugan dengan disambut tepukan gemuruh parahadirin.

Beliau juga berkata corak hubungan etnik di Malaysia mesti ditentukan oleh rakyat negara ini sendiri dan bukannya bergantung kepada negara luar.

Bagi memastikan hubungan etnik yang berkesan, beliau menegaskan sensitivitisetiap masyarakat harus dijaga dengan mencari titik keseimbangan dan konsepmenerima satu sama lain harus dipakai, dan perlu juga melihat kepada keadaanmenang-menang untuk semua pihak.

Beliau berkata mentaliti rakyat negara ini juga harus berubah seiring dengan perubahan fizikal yang dikecapi negara dalam usaha Malaysia untuk muncul negara maju menjelang 2020.

“Tiada guna perubahan fizikal hebat seperti di negara maju lain, tapi mentaliti kita masih di takuk lama. Perubahan harus seimbang antara perubahan fizikal dan minda,” katanya.

Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Datuk Prof Dr Zaleha Kamaruddin yang berucap mengenai ‘Masa Depan Pendidikan Negara’ berkata ramai masyarakat di negara ini menganggap universiti adalah seperti sebuah kilang, dan ini adalah pandangan yang salah dan perlu diubah.

“Ini adalah kerana universiti adalah tempat di mana kita menambah nilai seseorang individu supaya ia berguna dalam segala segi, bukan sekadar tempat untuk hasilkan graduan,” katanya.

Untuk itu, paradigma pemikiran semua pihak, khususnya golongan pendidik di negara ini perlu diubah daripada hanya mementingkan kuantiti maklumat yang diterima kepada nilai maklumat itu sendiri, dan ini perlu dalam memastikan proses transformasi pendidikan negara mencapai kejayaan, katanya.

Zaleha juga berkata masyarakat, terutama golongan muda, juga perlu mengubahpersepsi yang menganggap semua maklumat yang didapati daripada internet adalahpengetahuan.

Golongan ini terlalu bergantung kepada internet untuk mendapatkan maklumat,dan mereka ini telah terpenjara dengan era maklumat dan malangnya segala informasi yang ada di internet tidak boleh dianggap sebagai ilmu pengetahuan kerana informasi itu perlu ada nilai sebelum menjadi ilmu pengetahuan yang bermanfaat dan meluas, katanya.

Beliau berkata dalam era globalisasi dan teknologi maklumat yang mencabar ini, rujukan maklumat kepada internet semata-mata tanpa pengesahan boleh mendatangkan implikasi terhadap kesahihan fakta sesuatu ilmu.

Pindaan Seksyen 376 Peruntuk Penjara Mandatori Bagi Perogol Gadis Bawah Umur

Posted: 24 Nov 2012 01:52 AM PST

PADANG RENGAS, 24 Nov –  Individu yang disabitkan kesalahan merogol gadis di bawah umur akan dijatuhi hukuman penjara mandatori selepas Seksyen 376 Kanun Keseksaan dipinda tidak lama lagi, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Beliau berkata pindaan itu dicadangkan supaya mereka yang didapati bersalah merogol gadis di bawah umur dan dijatuhi hukuman penjara mandatori tidak boleh merujuk seksyen lain bagi meringankan hukuman.

Katanya pindaan seksyen berkenaan akan dibentangkan pada sesi Parlimen akan datang.

“Saya telah minta kepada Peguam Negara dan dengan persetujuan beliau dan nasihatnya kita nak pinda Seksyen 376 Kanun Keseksaan supaya tidak diberikan budi bicara kepada hakim untuk memberikan hukuman yang ringan kepada pesalah melainkan mesti mengenakan hukuman yang ada iaitu penjara tidak lebih 30 tahun bagi kes hubungan jenis dengan wanita di bawah umur 16 tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program “Kepimpinan Berkesan” anjuran Pertubuhan Perkumpulan Perempuan (WI) Padang Rengas di sini, Sabtu.

Pindaan itu dicadangkan supaya hakim tidak boleh mengguna pakai Seksyen 294 Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593) yang memberikan mahkamah kuasa budi bicara dalam menjatuhkan hukuman.

Mohamed Nazri berkata pindaan itu perlu bagi melindungi gadis bawah umur daripada terdedah kepada jenayah rogol.

Beliau berkata sebanyak 6,000 kes hubungan jenis melibatkan wanita di bawah umur direkodkan dalam tempoh lima tahun sejak tahun 2007.

Katanya beliau juga menyambut baik keputusan yang dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi Pulau Pinang Datuk Seri Zakaria Sam baru-baru ini yang menjatuhkan hukuman penjara lima tahun setengah terhadap seorang juruteknik yang sebelum ini dibebaskan dengan perintah berkelakuan baik oleh Mahkamah Sesyen kerana kesalahan merogol gadis bawah umur.

Zakaria menetapkan hukuman itu selepas mengenepikan keputusan Mahkamah Sesyen yang membebaskan Chuah Guan Jiu, 22, dengan bon jaminan berkelakuan baik selama tiga tahun dengan ikat jamin RM25,000 pada Ogos lepas.

Wacana Beri Peluang Mahasiswa Hayati Perjuangan UMNO

Posted: 24 Nov 2012 01:37 AM PST

KUALA LUMPUR, 24 Nov – Setiausaha Kerja Agung UMNO Datuk Ab Rauf Yusoh mengingatkan semua peserta Wacana Kepimpinan Mahasiswa Nasional 2012 agar terus mengenali dan menghayati perjuangan pejuang terdahulu di dalam memerdekakan Tanah Melayu daripada penjajah.

Ujar beliau dalam mengupas isu Memperkasa Bangsa dan Masa Depan Orang Melayu, anak-anak muda harus tahu sejarah Tanah Melayu dan apa yang termaktub di dalam perlembagaan UMNO. Ini kerana hanya UMNO yang akan terus memastikan hak orang Melayu dan tujuh wasiat Raja-Raja Melayu terus terpelihara tanpa mengenepikan hak bangsa lain.

"Anda semua bakal pengganti pemimpin sedia ada.. oleh itu anda harus tahu bagaimana mereka di luar sana cuba menjatuhkan dan menghuru harakan negara. Mereka mahu jadikan negara kita 'Malaysian Malaysia' yang membawa erti menghapuskan hak keistimewaan bangsa Melayu," ujarnya dalam sesi pertama wacana.

Program Wacana yang menampilkan tajuk Transformasi mahasiswa memperkasa Bangsa adalah di antara program pembukaan bersempena Perhimpunan Agung UMNO 2012 yang bakal berlangsung pada 27 November ini.

Program yang disertai oleh perwakilan dari Kelab UMNO Luar Negara (KULN) dan wakil pelajar dalam negara ini bakal memberi pendedahan dan pendekatan untuk mereka turut sama merasai kehangatan perhimpunan ini.  - MediaUMNO

Sackings, Suspension Shows UMNO’s Seriousness About Errant Members – Musa

Posted: 24 Nov 2012 01:35 AM PST

BEAUFORT, Nov 24 – The recent sackings and suspension of errant Umno members shows the party’s seriousness in combating indiscipline in the party, said Sabah Chief Minister Datuk Seri Musa Aman.

“We must always take heed of the call by Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak as Umno president to party members to be disciplined, sincere and loyal.

“Members who are insincere and resort to sabotaging the party will be expelled,” he said when asked to comment on the disciplinary action taken on three party members in Umno’s Semporna division.

Two of them were expelled and another handed a three-year suspension for sabotaging the party.

Umno’s disciplinary board chairman Tengku Tan Sri Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail in a statement on Thursday had said Ab. Habi Mustapha and Abdul Majid Palah from the division were expelled while Nisfu Palah had been suspended for three years effective Sept 26.

Musa , who is also Sabah Umno and Sabah Barisan Nasional chief, also reminded the people of Sabah specifically in Beaufort to be wary of leaders who tried to pit them against each other.

He said these leaders were only after their own interests and would not hesitate to sow discord in trying to achieve their objectives.

Musa was speaking to reporters after launching the four-day Bagandang Festival, a cultural fest, here today.

Govt Transformation In Agriculture Sector Reaps Positive Results – Najib

Posted: 24 Nov 2012 01:20 AM PST

SERDANG, Nov 24 – The transformation in agriculture sector as proposed by the Malaysian goverment has showed positive achievements, says Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak.

He said the positive achievement was because the transformation or the rise in efforts taken to increase agriculture production was through innovation.

“Looking at the achievements in the agriculture sector in the third quarter this year, agro food sector has contributed RM6.7 billion to gross domestic product,” he said during his speech at the launch of Malaysia Agriculture, Horticulture and Agrotourism show (MAHA International) and Farmers, Breeders and Fishermen National Day 2012, here today.

He said this proved that transformation in agriculture sector has happened and is happening.

He said crop, livestock and fisheries subsectors have each registered positive growth, which are RM2.6 billion or 7.6 per cent, RM1.7 billion or 7.1 per cent and RM2.4 billion or 4.7 per cent, respectively.

“Meanwhile, the export value of food products for January to June 2012 period amounted to RM9.9 billion, an increase of 2.8 per cent compared with the same period last year,” he said.

To ensure that the agriculture sector continued to progress, Najib said the government has, for the first time, made a huge allocation which amounted to RM5.8 billion in 2013 Budget.

He said the government realised the importance of the agriculture sector as well as the overall industry potential.

“The agriculture sector will continue to be driven to increase national income for agriculture projects such as oil palm, rubber, high-value herbs and paddy, besides ensuring a sustainable food security,” he said.

To be held for 10 days from Nov 24 to Dec 2, the seventh edition of MAHA International is hosted by the Ministry of Agriculture and Agro-based Industry and organised by Malaysian Agricultural Research and Development Institute.

The exhibition is participated by 2,240 local companies including participations from 23 foreign countries.

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...