PISAU.NET

PISAU.NET


UFB - Nurul Izzah Tidak Berbangga Melayu Beragama Islam..??

Posted: 24 Nov 2012 07:00 AM PST


Pisau kata "Boleh pulak dia saman Utusan ...yang dedah Malaysiakini..makin hitam hati anak bang non ni.."

Indon Bakal Dapat Tokong Baru.

Posted: 24 Nov 2012 05:00 AM PST

15 Nov yang lalu Lim Guan Eng tokong kesayangan pengundi Pulau Pinang melawat konsulat Indonesia dengan menyatakan sokongan dan simpati apabila berlakunya kes beberapa anggota Polis dituduh telah merogol warga Indonesia.


Wanita Indonesia Dakwa Dirogol Polis, Mahu Pulang

Wanita Indonesia yang didakwa dirogol oleh tiga anggota polis di Pulau Pinang mahu kes itu diselesaikan dengan segera supaya dia boleh kembali ke negaranya.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menyampaikan mesej tersebut hari ini selepas mengunjungi konsulat Indonesia, tempat wanita berusia 25 tahun itu ditempatkan sekarang.

Lim, yang diiringi Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mansor Othman dan Exco Kerajaan Negeri, Abdul Malik Abul Kassim, berkata mereka mahu memberikan sokongan moral kepada wanita tersebut dan rakyat Indonesia amnya"

Seolah begitu prihatin dan amat bersimpati kepada rakyat Indon ketua menteri paling celaka dalam sejarah regim DAP mengambil peluang untuk menghentam institusi PDRM .


Kita tidak menyokong malah memang mengutuk perbuatan anggota polis tersebut jika didapati bersalah tetapi sebagai ketua menteri Pulau Pinang negeri yang berdaulat dibawah pemerintahan kerajaan Malaysia apa perlunya menunjukkan simpati berlebih lebihan kepada rakyat Indonesia seolah PDRM dibawah kerajaan persekutuan begitu jahat dan zalim secara keseluruhan .


Beribu kes membabitkan kes jenayah seperti culik, rompakan dan rogol yang dilakukan oleh pendatang Indonesia hingga mengorbankan rakyat Malaysia ,kenapa Lim Guan Eng dan pemimpin haprak pakatan tidak menyuarakan bantahan dan mengkritik kerajaan Indonesia .


Kenapa Guan Eng tidak mengutuk perbuatan Mat Indon yang merogol gadis OKU? Ini satu lagi bukti Guan Eng hipokrit bermuka muka dalam isu ini.


Buruh Indonesia dijel 10 tahun rogol OKU

JOHOR BAHRU 21 Nov. - Seorang buruh kasar warganegara Indonesia dihukum penjara 10 tahun dan sebatan lima kali oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah merogol seorang gadis kurang upaya (OKU), awal bulan ini.
Hakim Hassan Abdul Ghani memerintahkan hukuman pnjara ke atas tertuduh yang hanya dikenali sebagai Riduan, 27, berkuat kuasa dari tarikh tertuduh ditahan pada 8 November lalu.
Lelaki itu didakwa merogol mangsa yang berusia 15 tahun di rumah sewanya di Tingkat 4, Blok 18, Apartmen Tanjung Puteri Resort, Pasir Gudang dekat sini kira-kira pukul 4.30 petang, 1 November lalu.
Dakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 376(2) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan maksimum 30 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.
Mengikut fakta kes, sebelum kejadian, mangsa yang bermain di tingkat bawah rumahnya di apartmen yang sama telah dipelawa oleh tertuduh ke rumah sewanya.
Bagaimanapun, mangsa menolak pelawaan itu sebelum tertuduh menarik tangan mangsa ke rumahnya dan kemudian merogolnya.-Utusan

Pisau kata " Apa cerita dengan Cik P? Skandal jual tanah sampai sekarang dia tak berani jawap"

Buruh Indonesia dijel 10 tahun rogol OKU

JOHOR BAHRU 21 Nov. - Seorang buruh kasar warganegara Indonesia dihukum penjara 10 tahun dan sebatan lima kali oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah merogol seorang gadis kurang upaya (OKU), awal bulan ini.
Hakim Hassan Abdul Ghani memerintahkan hukuman penjara ke atas tertuduh yang hanya dikenali sebagai Riduan, 27, berkuat kuasa dari tarikh tertuduh ditahan pada 8 November lalu.
Lelaki itu didakwa merogol mangsa yang berusia 15 tahun di rumah sewanya di Tingkat 4, Blok 18, Apartmen Tanjung Puteri Resort, Pasir Gudang dekat sini kira-kira pukul 4.30 petang, 1 November lalu.
Dakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 376(2) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan maksimum 30 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.
Mengikut fakta kes, sebelum kejadian, mangsa yang bermain di tingkat bawah rumahnya di apartmen yang sama telah dipelawa oleh tertuduh ke rumah sewanya.
Bagaimanapun, mangsa menolak pelawaan itu sebelum tertuduh menarik tangan mangsa ke rumahnya dan kemudian merogolnya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20121122/ma_02/Buruh-Indonesia-dijel-10-tahun-rogol-OKU#ixzz2CytaEtJp
© Utusan Melayu (M) Bhd

Hot! 'Imam Caci Dan Nak Pukul Saya Selepas Tegur Doa'

Posted: 23 Nov 2012 09:20 PM PST

Rupanya Imam khawarij yang ditegur oleh jemaah seorang samseng,mungkin berasakan beliau seorang yang warak dan ahli syurga PAS adalah menjadi kewajipan untuk beliau untuk memukul jemaah yang menegur atas keculaparan beliau ketika diatas mimbar masjid.


Pisau menyeru agar para jemaah yang bersolat di masjid dan surau di seluruh negara agar bangkit membantah dan menegur mana mana khatib atau imam khawarij yang menggunakan rumah Allah untuk tujuan politik. Lebih afdal jika menegur dan mengkritik ketika mereka sedang berkhutbah atau bertazkirah politik secara berdepan . Zaman umat Islam berdiam diri membiarkan khawarij berleluasa mengotorkan masjid sudah berlalu,ini masa untuk kita mengajar balik haprak khawarij politik itu bukan agama....

Patutlah imam khawarij ni hampir dilempang:klik sini..sebab dia nak pukul jemaah....Akhbar Sinar pun turut melaporkan perkara yang sama

Jemaah yang menunaikan solat Jumaat di Masjid Al Falah, Hulu Yam Bharu dekat sini terkejut apabila khatib menutup khutbah dengan doa meminta kehancuran Umno dan Barisan Nasional (BN) selepas mendoakan kesejahteraan Sultan Selangor.



Terdapat sebilangan jemaah menurunkan tangan untuk tidak mengaminkan doa tersebut dan ada juga yang mengambil keputusan keluar daripada masjid kerana berasa terganggu.



Seorang ahli kariah masjid berkenaan, Muhammad Shaiful Harun, 35, berkata, beliau antara jemaah yang terkejut dengan bacaan doa itu kerana tidak menyangka khatib yang merupakan imam kedua masjid itu sanggup mendoakan kehancuran sesama Islam.



"Dalam kekhusyukan mengaminkan doa akhir itu, tiba-tiba terkejut dengan doa yang menyebut kehancuran Umno dan BN.



"Saya segera menghidupkan telefon bimbit dan merakam sambungan doa itu hingga akhir kerana saya sifatkan doa ini menyimpang," katanya ketika ditemui selepas membuat laporan di Balai Polis Hulu Yam Bharu di sini semalam.



Menurutnya, kerana mahukan penjelasan beliau menunggu khatib tersebut di depan masjid dan bertanyakan sama ada doa itu tercatat dalam teks khutbah Jumaat dikeluarkan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Halal tak ludah kat muka ularmak nih!?



Namun, menurutnya ketika bersemuka dengan khatib tersebut beliau terus ditengking dan dikutuk dengan kata-kata kesat.



"Niat saya mahu bertanya dan ingin menegur kesilapan, tapi dengan segera beliau mencaci saya.



"Sambil mencaci dan memaki hamun, imam tersebut seperti cuba mencari sesuatu di celah-celah tembok pagar yang saya percaya untuk dijadikan senjata memukul saya," katanya.



Menurutnya yang juga Pengerusi Pemuda Umno Gugusan Hulu Yam Bharu, jemaah yang melihat tindakan khatib tersebut cuba meredakan keadaan namun segalanya hanya terlerai apabila seorang anggota polis tiba membantu.


Muhammad Shaiful menggesa pihak polis dan Jais menyiasat perkara itu dan memastikan tidak berulang.



Manakala, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Kampung Kampung Pasir, Rosli Sari lantas menurunkan tangan sebaik mendengar doa tersebut.



Beliau terpinga-pinga dan terkejut mendengar doa itu sambil berasakan kesal terhadap tindakan khatib tersebut.



"Saya terasa sangat dan terus menurunkan tangan. Sambil mendengar doa itu hingga akhir, saya masih tertanya-tanya mengapa khatib membaca doa seperti itu.



"Sebab saya tidak pernah mendengar doa sebegitu ketika solat. Kalau melihat doa disampaikan adik (Mursyidul Am Pas) Nik Abdul Aziz, hanya dalam berita di televisyen, tapi ini depan mata," katanya.-Sinar


Pisau kata "Tak kapir pun kalau tak masuk PAS"

Demo Dengan Abby Dapat RM50 Bang...

Posted: 23 Nov 2012 07:51 PM PST

Seperti biasa Harakah yang diketahui ramai akhbar picisan PAS tidak pernah lupa peranan sebagai media pembohong dan putar belit. Adalah tidak mengejutkan semasa Muktamar PAS di Kota Bharu perwakilan menghentam teruk Harakah kerana keterlaluan bohong .


Terkini kita boleh lihat bagaimana Harakah Akhbar lidah rasmi khawarij PAS spin kononnya demo bodoh pakatan disertai 2 ribu orang bertambang malang Malaysiakini portal pembohong  hanya melaporkan 700 orang ,sedangkan hadirin yang ada dilokasi tidak mencecah 300 orang pun.


2 portal pembohong ,Harakah bohong besar Malaysiakini bohong sikit...kedua duanya pembohong..Apa yang menariknya demo ini sebenarnya tidak mendapat sambutan,melihat pada keadaan suam suam kuku kebetulan sekumpulan mahasiswa dalam perjalanan ke kedutaan Amerika,Unit amal melihat ini peluang meramaikan demo mereka yang menawarkan RM50 seorang kepada mahasiswa untuk menyertai demo khawarij PAS di hadapan banggunan Felda bersama Abby Abadi.


RM50 habuan duit kopi..
RM50 dan berdemo dengan artis khawarij,peluang ini bukan senang nak dapat maka berduyun duyunlah mahasiswa turun,setengahnya apabila ditanya kenapa berdemo mereka sendiri cakap "saja cari duit poket bang dan nak tengok Abby.."
Artis Pemegang tiket syurga PAS.

Demo yang berlangsung kemarin adalah menifestasi kebodohan dan kebebalan haprak pakatan.Tuduhan yang dilakukan kepada Felda kononnya menjual minyak sawit kepada Israel ternyata satu fitnah dan menzalimi rakyat Palestin.


Khawarij yang tidak mendoakan keselamatan rakyat Palestin bukan saja pro Anwar Israel,malah mereka membantah minyak sawit dihantar kepada rakyat Palestin.

Malang buat rakyat Palestin,sudahlah diserang Israel,haprak pakatan Anwar Israel pula membantah Felda menghantar  minyak sawit kepada mereka.
Pisau kata " Semua orang tau..kalau tak bodoh bukan namanya haprak pakatan"
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...