Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


GEMPAR!! Ahli Parlimen Pas Kedah, Ceraikan Isterinya!!

Posted: 24 Nov 2012 07:25 AM PST


Mc nak cerita mengenai seorang ahli parlimen Pas yang nak bercerai dengan isterinya. Dahsyat-dahsyat, panas nih. Ahli Parlimen PAS Jerai, YB Mohd Firdaus Jaafar, akan menceraikan isterinya tidak lama lagi.

Dia telah pun berjumpa dengan peguamnya dan memfailkan perceraian, dan pada 27 November 2012 ini, mereka berdua akan naik ke mahkamah bagi menuntut cerai secara sah! Giloss..

Dengar cerita, dah lama si Firdaus ni nak bercerai. Biasa la MP Pas, bila dah ada duit banyak, ada kuasa, lupa diri la.

Dari terus bergaduh dan pukul bini, baik bercerai ja, betul tak?

McTheory:
Kita tunggu apa pulak nak jadi lepas ni!

PANASS!! Imam Doakan Kehancuran UMNO Hampir Di Tampar!!

Posted: 24 Nov 2012 04:36 AM PST


 Pepecahan umat Islam di Malaysia semakin menjadi-jadi apabila ahli Pas yang tegar menjadi khatib ketika sembahyang Jumaat dan membaca khutbah anti UMNO. Blog Pisau.net, ada cerita baik punya!

PAS hari ini bagaikan mengadakan gerakan seluruh negara menyeru para khawarij berdoa agar menghancurkan kerajaan Islam Umno BN.

Di Masjid Al-Falah Ulu Yam Bharu,Kuala Kubu Bharu pada penghujung khutbah Jumaat siang tadi Iman masjid yang dikenali sebagai totok khawarij Mohd Azmi Bin Hasan telah mengikut jejak langkah Nik Razi doa beliau " Ya Allah hancurkan kerajaan yang penuh kezaliman tumbangkan kerajaan Barisan Nasional pada Pilihan raya yang akan datang,turunkan bala dan kehancuran pada kerajaan yang zalin ini"

Korang nak tahu apa yang jadi di masjid selepas itu,kekecohan telah berlaku apabila ramai jemaah kurang senang apabila imam membaca doa tersebut hinggakan Mohamad Saiful Ketua Pemuda Umno Gugusan Ulu Yam Bharu telah bangkit membantah.

Pertengkaran didalam masjid berlaku hingga menimbulkan kekecohan, keadaan semakin panas apabila ramai yang bingkas bangun turut menyuarakan akan ketidakpuasan hati apabila Imam mempolitikkan khutbah apatah lagi didalam masjid.

Khawarij yang semua orang tahu menggangap masjid tempat berkubang telah mengotorkan rumah Allah dengan politik kotor yang mencemarkan kesucian agama. Pertengkaran dan perbalahan berlaku didalam masjid mencerminkan betapa khawarij PAS mengotorkan masjid dengan mencampur adukkan politik dengan agama hingga mimbar masjid dijadikan pentas politik.

Selamatkan umat Islam dari khawarij PAS...


Iman khawarij produk jus Doa Nik Razi

Sebab tu kita dilarang berpolitik dalam masjid. Kerana, masjid dan surau sepatutnya digunakan untuk menyatupadukan umat Islam. Tapi bila berpolitik, akan ada pepecahan, jadi apa pentingnya untuk kita berpolitik dalam masjid? Rugi lagi banyak la..


McTheory:
Pas lagi bingai, hancurkan Islam dengan politik dalam masjid!

TUDIAA!! Azizan Razak Buat Bajet 2013 Tipu Rakyat? #TukarKedah

Posted: 24 Nov 2012 01:17 AM PST


 Terkejut saya apabila mendapat tahu bahawa Kerajaan PAS Negeri Kedah baru-baru ini mengumumkan bajet 2103 di sidang DUN yang bernilai RM1.1 bilion meskipun mensasarkan pertumbuhan pendapatan berjumlah RM640 juta pada tahun 2013.

Menteri Besar Kedah, Azizan Razak yang membentangkan bajet "menipu" tersebut berkata bahawa jangkaan peningkatan pendapatan Kerajaan Negeri Kedah itu akan diperoleh dari hasil premium tanah dan air yang dijual kepada SADA serta sahabat "syaitan"nya Lim Guan Eng di Pulau Pinang.

Lebih hebat lagi, Azizan juga menjangkakan GLC-GLC Kedah bakal menjana keuntungan yang berlipat ganda pada tahun depan, termasuk Bina Darulaman Berhad (BDB).

Persoalannya, bajet apakah yang Menteri Besar ini bentangkan? Bajet mahu mufliskan Kedah atau mahu ranapkan terus negeri Jelapang Padi itu?

Sebagaimana maklum, Kedah tidak pernah mengkaji semula tarif penjualan airnya kepada Pulau Pinang sejak bertahun-tahun lamanya dan negeri Pulau Pinang dikatakan menikmati kadar tarif air yang sangat murah.

Jadi berapa juta sangatlah yang Azizan harapkan dari Lim Guan Eng?

Begitu juga dengan SADA, takkanlah Kerajaan Negeri Kedah akan dapat hasil yang tinggi dari penjualan air kepada anak syarikat negeri Kedah itu dan selama ini SADA dikatakan hanya mampu menjana tidak lebih dari RM25 juta setahun.

Berapa Kerajaan Negeri Kedah akan terima dari SADA? Takkanlah SADA nak beri semua keuntungannya kepada Kerajaan Negeri Kedah? SADA nak makan apa lepas tu?

Katakanlah Azizan bakal memperolehi sebanyak RM40 juta dari SADA dan Kerajaan "Khalifah tak sunat", Lim Guan Eng di Pulau Pinang. Mana dia nak korek bakinya yang berjumlah RM100 juta?

Mahu tak mahu, Azizan sudah pasti mengharapkan sumbangan yang tinggi dari hasil premium tanah, bukan? Nak tahu berapa yang Kerajaan Negeri Kedah peroleh dari hasil premium tanah di negeri itu?

Secara kiraan purata dari tahun 2007 hingga tahun 2012, Kerajaan Negeri Kedah hanya mampu mendapatkan hasil sebanyak RM30 juta sahaja setahun dari premium tanah!

Jadi, bagaimana Azizan mahu mendapatkan hasil premium tanah sehingga RM100 juta sedangkan perbezaan pendapatan dari hasil tersebut begitu ketara sekali.

Kalau Azizan mensasarkan peningkatan pendapatan sebanyak RM60 juta, mungkin masih lagi boleh diterima akal. Tapi kalau disasarkan sehingga RM100 juta, itu tidak realistik dan membohong namanya!

Pada saya, mungkin juga Azizan sedang terdesak untuk mengurangkan defisit tahunan Kerajaan Negeri Kedah kerana dia takut dihentam kerana tidak pandai menguruskan hal kewangan negeri.

Namun, wajarkah dia menipu dan meletakkan angka sasaran hasil pendapatan yang tidak realistik supaya bajet yang dibentangkan itu kelihatan "cantik" dan "sedap didengar"?

Dalam bajet itu juga, Azizan yang dinasihati oleh para Exco dan Pegawai Kewangan Negeri (SFO) yang merupakan saudara dekatnya itu kononnya mampu mengurangkan defisit tahunan Negeri Kedah kepada RM15 juta pada tahun 2013 ini.

Saya yakin bahawa pada akhir tahun 2013 nanti, Kerajaan Negeri Kedah akan mengalami defisit yang lebih besar dari RM15 juta sebagaimana yang dianggarkan oleh Azizan Razak yang para Exconya yang "syok sendiri".

Apatah lagi Azizan berbelanja besar sebanyak RM1.1 bilion dan hanya mendapat pulangan sebanyak RM640 juta sahaja. Ia adalah satu jurang perbelanjaan dan pendapatan yang sangat besar perbezaannya.

Ditambah pula dengan hutang BDB kepada bank untuk Azizan membina kampus KUIN di Kuala Ketil yang perlu dibayar sebanyak RM44.8 bilion setahun, dari manakah lagi sumber yang akan Azizan korek untuk menampung "kapal"nya yang semakin besar bocornya di sana sini?

Saya tertanya-tanya, apakah bajet "karamkan Kedah" ini sengaja dibuat Azizan sebagai bajet "widaq" yang menandakan bahawa Azizan yakin bahawa PAS tidak akan mampu mengekalkan kuasa dan dia tidak akan lagi bergelar Menteri Besar Kedah selepas PRU ke-13 nanti?

Apakah bajet ini boleh disifatkan sebagai "Bajet Perpisahan Azizan" sebagai Menteri Besar Kedah dan dia sengaja meninggalkan sebuah kerajaan yang hampir hancur dikerjakan PAS selama lebih empat tahun berkuasa?

Nampaknya Azizan benar-benar mahu negeri Kedah "dikaramkan" bersama PAS dan dirinya. Persoalannya, apakah rakyat Kedah sanggup membiarkan ini berlaku? Sama-sama kita nantikan kelak…


Sumber: Mykmu.net

PANASS Ahli Sunnah Tidak Mendoakan Kehancuran umat Islam lain, Seperti DOA K.O PAS!!

Posted: 23 Nov 2012 10:17 PM PST


Hanya syiah saja yang selalu berbuat demikian. Malah mereka menganggap umat Islam lain yang bukan syiah itu murtad, dan wajib dibunuh!! Nampak sangat Pas ni dah kena doktrin syiah!!

PANASS!! NGO Kedah Bangkit Jihad Demo Tentang Israel dan Pas!!

Posted: 23 Nov 2012 07:16 PM PST






NGO Sungai Petani yang di wakili PERKASA Daerah Kuala Muda telah mengadakan satu himpunan bagi membantah kekajaman Zionis terhadap umat Islam di Palestin di hadapan Masjid Sultan Muzaffar Shah Sungai Petani.

Selain itu pihak PERKASA juga mengecam tindakan PAS yang mempergunakan Islam sebagai kepentingan politik dengan mengkafirkan sesama umat Islam dan mendoakan kemusnahan kepada sesama umat Islam.

Turut sama dalam himpunan tersebut, beberapa orang wakil dari NGO Cina dan NGO India yang mengecam tindakan Zionis yang membunuh rakyat Palestin dengan kejam. - Media Kedah


P/s: Pas perlu berbangga kerana mereka pun dibenci sama macam Israel!! Dah naik taraf!

McTheory:
ahaa.. barulah sesuai pada nama, PASRAEL!!

PANASS!! Hairie Othman Kena BELI Dengan UMNO?

Posted: 23 Nov 2012 04:39 PM PST


Agaknya terkejut dengan perkembangan terbaru ni, Hairie Othman yang sebelum ini begitu galak berceramah diatas pentas PAS sekarang ini dilihat mempersoalkan tindakan Nik Razi yang mendoakan BN KO.


Beberapa jam selepas beliau 'twitt' mengkritik Nik Razi sudah ada penyokong PAS yang menuduh Hairie Othman khianat dan ada yang fitnah beliau telah dibayar UMNO. Ini semua gara gara teguran beliau yang melihat doa Nik Razi agak ekstrem.

Mc percaya Hairie mungkin akan rasa terkejut dengan perkembangan ini. Namun apa nak dikata, itulah Pas. Itulah wajah parti Pas yang sebenar.

Lebai, serban dan jubah yang mereka pakai tu hanyalah 'cover' yang menutup jahat disebaliknya. Sedangkan didalam hati mereka, penuh hitam dengki dan iris hati.

Mungkin Hairie belum lagi jadi totok Pas, sebab tu dia masih merasakan doa K.O BN tu ekstrim, tapi percayalah, bagi yang totok dan taksub, doa K.O BN tu adalah perkara biasa.

Pesanan untuk Hairie, Soalan berkaitan dengan Islam yang sebenar tu, usah ditanya kepada Pas. Kerana mereka sendiri tidak mampu untuk menjawabnya. Pas bukan Islam pun!! Pas hanya ISLE celup drama sokongan politik di Malaysia!!

McTheory:
Jadi Hairie, ini baru sikit.. banyak lagi yang tersembunyi benda pelik pasai Pas ni!
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...