UMNO Online - “Institusi Pondok Masih Relevan Sebagai Benteng Pertahan Identiti Melayu – Islam : Najib” plus 9 more

UMNO Online - “Institusi Pondok Masih Relevan Sebagai Benteng Pertahan Identiti Melayu – Islam : Najib” plus 9 more

Link to UMNO Online

Institusi Pondok Masih Relevan Sebagai Benteng Pertahan Identiti Melayu – Islam : Najib

Posted: 08 Nov 2012 04:15 AM PST

KUALA LUMPUR, 8 Nov – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata institusi pondok masih relevan pada masa kini kerana ia menjadi benteng dalam mempertahankan identiti Melayu-Islam di rantau ini.

” Ia berfungsi untuk mempertahankan sistem nilai dan kehidupan umat Melayu-Islam Nusantara, yang berpegang kepada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah,” katanya.

Beliau berucap di majlis ramah mesra bersama warga pondok dan pelancaran Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM) di sini, hari ini

Najib menarik perhatian bahawa sistem pondok memenuhi maqasid atau matlamat syariah termasuk agama, kemanusiaan, pembangunan ekonomi, pendidikan dan keamanan.

Ia mesti dipertahankan kerana sebagai ilmu yang disalurkan oleh institusi pondok boleh diguna dan dirujuk untuk menangani pelbagai serangan ilmiah dan trend pasca-modenisme yang sedang berlaku, katanya.

Najib berkata dalam menghadapi isu kebebasan mutlak, rasionalisme tanpa had, sekularisme, liberalisme dan pluralisme agama, “hujah daripada teks pondok adalah lebih mantap.”

Menurut beliau, banyak buku karya besar diambil daripada teks pondok dan dibaca oleh orientalis Barat dan musuh-musuh Islam.

Justeru, beliau berkata para ulama dan intelek Islam perlu berdiri dalam satu saf bagi melahirkan pemikiran Islam yang kukuh dan penghujahan yang mantap serta meyakinkan bagi menghadapi musuh.

Pada majlis itu, Najib, yang juga penaung YPPM mengumumkan geran RM100,000 bagi penubuhan sebuah pusat sumber di ibu pejabat yayasan itu.

Beliau berkata geran itu harus digunakan untuk mengumpul bahan-bahan ilmiah, manuskrip dan jurnal, serta sebarang penerbitan atau catatan berkaitan sejarah pondok, ulama pondok dan karya-karya mereka.

Tun Musa Hitam Retires As Sime Darby Chairman

Posted: 08 Nov 2012 03:45 AM PST

KUALA LUMPUR, Nov 8 – Former deputy prime minister Tun Musa Hitam today retired as Sime Darby Bhd chairman and former chief secretary to the government Tan Sri Samsudin Osman will serve as board chairman in the interim.

Musa has announced that he was not seeking re-election to the chairmanhip of the country's largest conglomerate at its annual general meeting held today.

Sime Darby said Musa had earlier stated that he would seek re-election at this year's annual general meeting as stated in the company's 2012 annual report.

However, he explained to the board this morning that he had at that time was unable to communicate his true intention due to several reasons, including the desire to contain speculations, the company said in a statement.

Musa also said that his retirement was something he had originally planned for much earlier.

"I had intended to serve Sime Darby for three years from 2007. However, due to a number of reasons that decision was delayed to now.

“Now, as I hand over the reins of this great company to the next generation of leaders, I do so with an easy heart," Musa told shareholders this morning.

Musa will also relinquish chairmanships of the Sime Darby Board Remuneration and Nomination Committee, the Boards of Sime Darby Plantation Sdn Bhd, Sime Darby Unimills, Sime Darby Hudson & Knight and the Kuala Lumpur Golf and Country Club.

Sime Darby said Musa, 78, was appointed to the Board of Synergy Drive Bhd on Sept 29, 2007 as chairman and non-executive director.

Synergy Drive acquired Kumpulan Sime Darby Bhd, Golden Hope Plantations Bhd and Kumpulan Guthrie Bhd in 2007 and was listed on Bursa Malaysia on Nov 27, 2012 as Sime Darby, it said.

Musa is currently chairman of Lion Industries Corporation Bhd and United Malayan Land Bhd, both of which are listed on Bursa Malaysia Securities Bhd Main Market, CIMB Group's International Advisory Panel and the World Islamic Economic Forum.

He is also a member of the International Advisory Board Rotterdam and a member of the Advisory Board of the Malaysian "Journal of Diplomacy and Foreign Relations".

He is also a member of the Advisory Panel of the Iskandar Regional Development Authority.

Sime Darby said Musa had shown exemplary leadership and had steered the oompany through some of its most challenging times.

“We wish him all the best for the future,” it added.

Kenyataan Anwar Cabar Najib Bersifat Alih Pandangan Isu Izzah – Zahid

Posted: 08 Nov 2012 03:28 AM PST

SETIU, 8 Nov –  Kenyataan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bertanding di kawasan Parlimen Marang di Terengganu pada pilihan raya umum akan datang adalah bersifat mengalih pandangan di atas isu panas yang dibuat oleh anaknya, Nurul Izzah.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, lontaran cabaran yang dibuat Anwar itu sewajarnya tidak perlu dilayan dan ia dibuat semata-mata sebagai satu perangkap politik.

“Tawaran Anwar itu bersifat tawaran politik. Kalau begitu, beliau juga harusjugalah bertanding di Pekan. Kalau beliau berani.

“Saya fikir tidak perlulah gimik politik kerana sistem politik di Malaysia agak berbeza dan adalah lebih baik bertanding di kawasan masing-masing,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Minggu 1Malaysia Bermotosikal di Kolej Universiti Bestari di Permaisuri dekat sini, Khamis.

Ahmad Zahid, yang merupakan penaung Superbike Association of Malaysia (SAM)mengetuai konvoi lebih 400 motosikal berkuasa tinggi di seluruh negara dengansatu perjalanan yang bermula di Johor pada Rabu dan akan berakhir di Putrajaya, Sabtu ini.

Konvoi tersebut yang dianjurkan SAM dan Media Prima bakal dimasukkan dalam Malaysia Book of Records kerana mempunyai bilangan yang paling ramai berkonvoi motosikal berkuasa tinggi dalam ekspedisi di seluruh negara.

Beliau yang juga Naib Presiden UMNO berkata, Nurul Izzah seharusnya mengakuikesilapan kenyataannya dan tidak wajar menyalahkan media sedangkan memang adarakaman-rakaman yang dibuat oleh beliau yang menyuarakan demikian di sebuah gereja di Selangor.

“Kalau mahu mengambil hati dan mahu mencari pengaruh di kalangan agama lain, janganlah sampai menggadaikan prinsip-prinsip yang telah menjadi asas kepada Islam.

“Sebagai orang Islam, kita jangan harus berbeda pendapat, walaupun kita berlainan parti politik, kerana isu melibatkan soal agama tidak patut dipolitikkan,” katanya.

Jelasnya, pihak berkenaan sepatutnya menggunakan kedudukan dan kekuatan untukmemperkukuhkan Islam dan bukannya hanya bersifat memperkukuhkan politik dan dirisendiri.

Penempatan Calon BN Kini Di Peringkat Akhir – Muhyiddin

Posted: 08 Nov 2012 03:23 AM PST

KOTA BHARU, 8 Nov –  Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pucuk pimpinan parti kini dalam peringkat akhir bagi menempatkan calon-calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13.

Timbalan Perdana Menteri berkata, pucuk pimpinan kini sedang meneliti input yang diberikan bahagian-bahagian serta maklumat dari sumber-sumber lain.

Sehubungan itu, beliau mahu semua jentera parti bersiap siaga sepenuhnya dalam semua aspek bagi menghadapi pilihan raya umum itu nanti, katanya ketika berucap pada Majlis Sepetang Bersama Timbalan Perdana Menteri di kompleks Yayasan Kemiskinan Kelantan di sini, Khamis.

“Kita akan menghadapi pilihan raya bila-bila masa saja, mungkin berhari-hari lagi, atau berminggu-minggu sahaja lagi,” katanya.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata, semua pihak di semua peringkat perlu menerima sepenuhnya calon yang akan diputuskan pucuk pimpinan parti itu nanti.

Muhyiddin berkata, apa yang penting, semua pihak terutamanya jentera pilihan raya dan kepimpinan di peringkat akar umbi bekerja keras dalam usaha mempertahankan kepimpinan kerajaan BN.

Beliau berkata, semua pihak perlu mengenepikan segala perselisihan sekiranyaada, kerana BN akan menghadapi “musuh besar” pada pilihan raya umum itu nanti.

Timbalan Perdana Menteri berkata, jentera parti juga perlu memfokuskan kepada pengundi muda kerana mereka yang pertama kali mengundi ini kurang maklumat sejarah pengorbanan BN kepada negara.

Beliau berkata rakyat terutama generasi muda perlu diperjelaskan apa yang telah dan akan dilaksanakan kerajaan BN selama ini dalam menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara aman dan makmur.

Terdahulu, beliau mempengerusikan mesyuarat bersama BN Kelantan di sini.

Turut hadir Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk SeriMustapa Mohamed yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan.

Alumni Bidas Yayasan Selangor Gadai Aset Demi Komersil Dari Bantu Rakyat Miskin

Posted: 08 Nov 2012 02:40 AM PST

SHAH ALAM, 8 Nov – Persatuan Alumni Asrama Yayasan Selangor hari ini melahirkan rasa kesal dan kecewa apabila Yayasan Selangor hari ini telah jauh menyimpang dari asas perjuangannya yang bertujuan untuk membantu anak-anak Selangor dalam bidang pendidikan khususnya kepada anak-anak di luar Bandar.

Presidennya, Kapten (B) Azme Dollah berkata pembinaan asrama-asrama Yayasan Selangor di Kuala Lumpur, bermula tahun 1971 adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada anak-anak Selangor bersekolah di sekolah-sekolah Premier seperti Victoria Institution, St John, Convent Bukit Nenas dan Sekolah Aminuddin Baki.

"Di samping mendapat pendidikan terbaik, pelajar juga dapat menyertai ko-kurikulum bertaraf premier seperti pancaragam dan pelbagai aktiviti sukan. Namun, kami sedih apabila pihak alumni dimaklumkan bahawa Asrama Asrama Tun Dr. Ismail dan Asrama Toh Puan Norashikin di Kampung Pandan A akan ditutup, selepas tamat peperiksaan SPM 2012 ini.

“Para pelajar tingkatan 2 dan tingkatan 4 sebelum ini telah diarahkan berpindah keluar dari asrama, awal tahun 2012 lagi. Kami menerima banyak berita sedih dari keluarga pelajar yang anaknya terpaksa berpindah semula ke sekolah luar bandar setelah bersekolah di sekolah-sekolah 'premier'. Ini sedikit sebanyak pasti memberi tekanan kepada para pelajar dan keluarga mereka," ujarnya dalam sidang media di sini hari ini.

Tambahnya, alumni ini berpendapat bahawa kedua asrama ini adalah di atas rancangan kerajaan Pakatan di Selangor untuk membangun tapak ini bagi mendapatkan pulangan wang.

"Sehubungan dengan itu, kami membantah keras tindakan penutupan kedua asrama ini berdasarkan beberapa faktor, pertamanya kerana Yayasan Selangor dan kerajaan negeri tidak sepatutnya menghapuskan hak pendidikan anak luar bandar Selangor di Kuala Lumpur hanya kerana keuntungan kewangan kerana piagam dan matlamat utama Yayasan Selangor itu sendiri adalah untuk memantapkan pendidikan anak-anak Selangor.

“Jika wang dijadikan ukuran, mengapa pula sekolah-sekolah Cina dan sekolah Premier seperti Victoria Institution, St John dan Convent Bukit Nenas yang mempunyai nilai yang jauh lebih tinggi tidak ditutup dan dibangunkan. Asrama Felda di Datuk Keramat juga masih berdiri kukuh yang mana asrama ini dulu mengambil contoh dan pendekatan Asrama Yayasan Selangor," tambahnya lagi.

Dalam masa yang sama, janji Pengurus Besar Yayasan Selangor, Ilham Marzuki yang menjanjikan sebuah sekolah berasrama penuh di Ijok sebagai penganti pada tahun 2013, juga menjadi tanya tanya kerana janji tersebut tidak disokong dengan sebarang surat kelulusan dari Kementerian Pelajaran.

"Lebih menghairankan, Ilham juga memohon untuk menempatkan pelajar-pelajar yang sebelum ini tinggal di kedua asrama tersebut ke asrama-asrama Victoria Institution dan Sekolah Aminuddin Baki.

“Tindakan Ilham ini adalah satu jenaka umpama 'rumah sendiri dijual untuk dapat duit yang banyak, tapi anak bini di tumpang di rumah orang. Jika tidak diberi, dikatakan orang lain tidak mahu memberikan kerjasama atau membantu mereka'. Di mana logiknya tindakan Yayasan Selangor ini?

“Yayasan Selangor juga dikatakan mempunyai jumlah simpanan tetap sebanyak RM51 juta, ianya kenyataan yang dikeluarkan sendiri Pengurus Besar Yayasan Selangor. Yayasan juga mempunyai banyak aset lain seperti tanah tanaman sawit di Pulau Carey seluas 1,500 ekar dan bangunan Yayasan Selangor di Bukit Bintang. Justeru itu, tindak nampak kenapa Yayasan perlu dikomersilkan selain mendokong matlamat utama penubuhan iaitu pendidikan," tambahnya lagi.

Sehubungan dengan itu, tegas beliau Alumni berpendapat bahawa Yayasan Selangor hari ini telah bertukar matlamat, dari menjadi pemangkin dan katalis kepada aktiviti pendidikan anak-anak luar bandar Selangor kepada aktiviti pencairan aset-aset yang ada.

“Wang ringgit kini menjadi taruhan kepada kesinambungan peluang yang boleh diberikan kepada anak-anak Selangor untuk belajar di asrama pusat Kuala Lumpur”, katanya. -MediaUMNO

Kerajaan Tak Cadang Mansuh Hukuman Penjara Seumur Hidup

Posted: 08 Nov 2012 02:29 AM PST

KUALA LUMPUR, 8 Nov – Kerajaan tidak bercadang memansuh hukuman penjara seumur hayat, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Beliau berkata mengikut Peraturan 113 Peraturan Penjara 2000, setiap banduan yang dijatuhkan hukuman penjara seumur hayat diberi hak untuk mengemukakan rayuan atau petisyen kepada Lembaga Pengampunan Negeri.

Katanya di bawah Peraturan 54, Jabatan Penjara juga akan menyediakan Laporan Kajian Hukuman Empat Tahun Sekali bagi setiap banduan seumur hayat.

“Rayuan dan laporan itu dikemukakan kepada Lembaga Pengampunan Negeri mengikut tempoh yang ditetapkan untuk pertimbangan lanjut berhubung hukuman banduan berkenaan,” katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Karpal meminta kerajaan menyatakan berapa banyak banduan dalam negara yang dijatuhkan hukuman penjara seumur hayat dan adakah kerajaan bersedia untuk memansuhkan hukuman itu.

Hishammuddin berkata berdasarkan statistik Jabatan Penjara sehingga 10 September lalu, terdapat 81 banduan seumur hayat sedang menjalani hukuman di penjara.

Beliau berkata mereka terbabit dengan pelbagai kesalahan di bawah Kanun Keseksaan, Akta Senjatapi (Penalti Lebih Berat) 1971 dan Akta Dadah Berbahaya 1952.

Tiada Cadangan Pinda Hukuman Sedia Ada Terhadap Individu Enggan Bayar Cukai – Donald Lim

Posted: 08 Nov 2012 02:25 AM PST

KUALA LUMPUR, 8 Nov – Kerajaan tidak bercadang meminda atau memansuhkan hukuman sedia ada terhadap individu yang enggan membayar cukai pendapatan, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Donald Lim Siang Chai.

Beliau berkata hukuman yang termaktub di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 itu sehingga kini dilihat berjaya mendidik individu untuk membayar cukai mengikut tempoh yang ditetapkan.

“LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri) telah menyerahkan segalannya kepada kebijaksanaan mahkamah untuk menentukan hukuman yang adil dan saksama (yang perlu dijatuhi kepada pesalah).

“Hukuman seperti itu juga dilihat berjaya mendidik individu (untuk membayar cukai) dan ini terbukti apabila jumlah kutipan cukai individu menunjukkan peningkatan kira-kira 10 peratus pada 2010 dan 2011,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Fong Kui Lun (DAP-Bukit Bintang) sama ada kerajaan bercadang untuk memansuh atau meminda hukuman sedia ada bagi meringankan beban pembayar cukai.

Lim berkata antara hukuman sedia ada yang dikuatkuasakan bagi kesalahan gagal membayar cukai pendapatan ialah penalti lewat membayar cukai, pengeluaran arahan sekatan perjalanan ke luar negara dan berdepan hukuman saman serta didakwa atau dipenjara.

Sementara itu, menjawab soalan Fong mengenai bilangan pembayar cukai pendapatan, Lim berkata sepanjang tempoh lima tahun iaitu antara 2007 sehingga 2011, seramai 8.61 juta individu telah melaksanakan tanggungjawab membayar cukai.

“Jumlahnya sentiasa meningkat bagi tempoh itu dan pada tahun lepas seramai 1.78 juta individu telah membayar cukai berbanding 1.76 juta pada 2010,” katanya.

Pada 2009 seramai 1.72 juta orang telah membayar cukai, pada 2008 (1.75 juta orang) dan pada 2007 (1.6 juta orang).

Beliau berkata seramai 4.07 juta orang pula dikesan gagal membayar cukai dalam tempoh itu iaitu 840,000 pada tahun lepas, 640,000 orang pada 2010, 730,000 orang (2009), 1.1 juta orang (2008), dan 760,000 orang (2007).

Permudah Urusan Pembelian Taman Manggis Untuk Buktikan Bela Rakyat Miskin

Posted: 08 Nov 2012 02:03 AM PST

JELUTONG,  8 nOV – Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng disaran mempermudahkan segala urusan termasuklah menyelesaikan segera masalah yang berbangkit berhubung pembelian tanah di Taman Manggis bagi menunjukkan keikhlasan beliau untuk membantu rakyat miskin memiliki rumah sendiri.

Presiden Persatuan Kebajikan Insan Mulia (PKIM), Aminah Abdullah berkata langkah berkenaan sekaligus bukan sahaja membantu rakyat miskin malahan dapat menujukkan kepada umum dan rakyat keseluruhan bagaimana komitmen dan keikhlasan beliau untuk membantu rakyat miskin.

Menurut beliau sampai bila permasalahan berkenaan akan terus berlanjutan dan sampai bilakah penyelesaian pembelian tanah di Taman Manggis akan menemui titik noktah yang akhirnya akan menyebabkan rakyat miskin tidak terbela.

"Inilah masa terbaik untuk Guan Eng buktikan kepada umum keihlasan beliau dalam usaha  membantu rakyat miskin selain merealisasikan slogan kerajaan negeri yang kononnya berpaksikan kepada Cekap, Telus dan Akauntabiliti.

"Jika masalah ini berlarutan dan tidak diselesaikan dalam masa terdekat percayalah pelbagai tanggapan akan keluar termasuklah tidak ikhlas dalam soal membantu rakyat miskin di negeri ini," katanya kepada UMNO-Online di sini, hari ini.

Kata beliau lagi dengan mempermudahkan segala urusan yang berkaitan pembelian tanah tersebut tentunya semua pihak akan mendapat manfaat termasuklah kerajaan negeri pimpinan Guan Eng hari ini.

"Rakyat  tengok dan lihat secara dekat…Ini untuk kepentinagn bersama dan bukanlah untuk kepentingan politik mana-mana pihak. Hasrat saya adalah untuk melihat kepentingan rakyat terlaksana," katanya. -MediaUMNO

PAU 2012 Diharap Lonjakkan Lagi Ransangan Serta Semangat Kepada Ahli Parti

Posted: 08 Nov 2012 01:54 AM PST

KUALA LUMPUR 8 Nov – Para pembahas pada Perhimpunan Agung UMNO 2013 di semua peringkat disaran agar dapat memberikan ransangan serta semangat kepada ahli parti untuk berdepan dengan Pilihan Raya Umum akan datang.

Exco Pemuda UMNO, Datuk Megat Zulkarnain Tan Sri Omar Din berkata selain daripada amanat pucuk pimpinan parti, tentunya ucapan daripada para pembahas juga sedikit sebanyak akan dapat memberi inspirasi kepada seluruh jentera parti di semua peringkat.

Beliau seterusnya mengharapkan agar jurucakap negeri dapat  berbahas dengan penuh kualiti dan mengeluarkan input dan maklumat yang berguna agar PAU 2012 benar-benar memberi suntikan kepada ahli parti di peringkat akar umbi dan secara keseluruhan.

"PAU kali ini tentunya akan meletakkan mesej yang jelas iaitu untuk semua pihak bekerja kuat untuk berdepan PRU yang akan datang ini dan perhimpunan kali ini juga adalah yang ditunggu-tunggu bukan sahaja oleh ahli parti tetapi semua pihak.

"Percayalah….Perhimpunan ini cukup besar ertinya kepada ahli dan mereka tentunya mendegar dan melihat secara dekat perhimpunan ini. Atas hakikat itulah saya mengharapkan perhimpunan kali ini benar-benar memberi mesej dan meletakkan asas yang kuat untuk berdepan PRU nanti," katanya.

Kata beliau lagi ahli parti terutama jentera di semua peringkat tentunya hanya menunggu masa yang sesuai untuk bergerak dan ditambah dengan ransangan serta amanat daripada pucuk pimpinan serta para pembahas tentunya momentum berkenaan akan lagi tinggi.

"Inilah yang kita harapkan dan inilah yang kita doakan agar semangat ahli UMNO termasuklah jentera berada dalam keadaan yang utuh dan penuh bersemangat untuk berdepan PRU pada bila-bila masa," katanya. -MediaUMNO

 

Nik Aziz Should Be Brave Enough To State The Truth – Muhyiddin

Posted: 08 Nov 2012 01:50 AM PST

PASIR MAS, Nov 8 – PAS’ spiritual advisor Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat should be brave enough to state the truth when leaders among the opposition pact make statements that are in conflict with Islam and the party’s struggle, said Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin.

He said the Kelantan Menteri Besar should not sideline the truth especially when it involves Islam just because of political interests.

“As he is a spiritual advisor and a religious figure who is highly respected, he should be brave enough and speak frankly even if it involves his friends.

“Although they may be from the same camp, he cannnot just because of political expediency, sidestep issues,” he told reporters after attending a 1Malaysia People’s Feast at Kolej Kemahiran Tinggi Mara, Lubok Jong here today.

Muhyiddin said this when asked to comment on Nik Aziz preferring to keep “mum” when leaders in the opposition pact make statements that are in conflict with Islam.

This includes an alleged statement by Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar, who is also Lembah Pantai MP, at a forum in Subang Jaya on Saturday that freedom of religion was applicable to all citizens including Muslims.

Muhyiddin, who is also Umno deputy president, said Nik Aziz might want to show solidarity among the opposition ranks but when it came to Islam, this should not be the case.

“If mistakes are made by (PKR advisor Datuk Seri) Anwar (Ibrahim), (Penang Chief Minister) Lim Guan Eng, (DAP chairman) Karpal Singh, he must reprimand, cannot say that this or that is his or her view. If it is wrong it must be said so,” he said.

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...