BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


HOT NEWS !!! ADUN DAP SELAK AL-QURAN UNTUK BERHUJAH ??? APA CERITA NI ???

Posted: 08 Nov 2012 03:00 PM PST


Di sebalik kemelut dan kontroversi membabitkan Nurul Izzah Anwar Ibrahim dalam isu kebebasan beragama yang menggalakkan orang Melayu murtad,sebenarnya terdapat banyak isu lain yang membabitkan DAP yang mendorong kepada ahli-ahli politik Melayu-Islam seperti Nurul Izzah untuk mengeluarkan kenyataan dalam usaha melindungi kempen dan usaha berterusan DAP untuk mengeluarkan Melayu dari Islam kepada Kristian.Hierarki tertinggi DAP dikuasai oleh puak-puak ekstremis Kristian seperti Lim Guan Eng yang telah mendapat gelaran FATHER JOSEPH dari Gereja St. Anne,Bukit Mertajam pada 1 Ogos 2010.Ironinya,apa-apa sahaja tindakan daripada kalangan para pemimpin bukan Islam dari PKR dan DAP yang dilihat menghina dan memperlekehkan Islam,akan segera diberikan tanggapan yang baik-baik dan manis-manis.Antara tanggapan yang kerap diperdengarkan kepada para pengundi Islam dan Bumiputera mereka ialah, itu adalah kaedah pendakwahaan,sekaligus melambangkan kejayaan pentarbiyyahan PAS kepada sekutu-sekutunya.Maka melalaklah puak-puak seperti Nga Kor Meng,Lau Weng Shan,Tan Seng Giaw, Wong Kar Woh,Tan Meng Kai dan sebagainya sambil memetik ayat-ayat al Quran untuk diperdengarkan bagi menguatkan hujah masing-masing. 

Para pemimpin dan penyokong PAS pula bukan main lagi seronok dengan situasi tersebut dan mendendangkan tentang kejayaan pentarbiyahan mereka. Kata mereka, berbanding para pemimpin MCA dan MIC, para pemimpin DAP dan PKR yang bukan Islam, lebih prihatin dan menyokong agama Islam kerana mereka sanggup mencari ayat-ayat al Quran untuk dibacakan ketika berucap.Malangnya yang tidak mereka katakan ialah, para pemimpin bukan Islam yang mereka bangga-banggakan itu sebenarnya hanya membacakan ayat-ayat al Quran dan membuat tafsiran sesuka hati di hadapan khalayak orang Melayu beragama Islam yang menjadi hadirin. Tidak sepatah ayat al Quran, bahkan kebaikan Islam pun diperkatakan di hadapan kelompok bukan Islam yang menjadi penyokong.Sebaliknya para pemimpin berkenaan menuduh MCA sebagai ANJING UMNO yang menyokong Negara Islam sepertimana yang diisytiharkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika dia masih lagi menjadi Perdana Menteri Malaysia.

http://sel13.com/wp-content/uploads/2012/11/IMG-20121108-004501.jpg

Majoriti Ahli Parlimen DAP beragama Kristian berbanding Buddha

Dek kerana kecenderungan PAS untuk membela para pemimpin bukan Islam dari DAP dan PKR untuk 'mengajar' umat Islam dengan petikan ayat-ayat al Quran, maka bertambah dan semakin galaklah puak-puak berkenaan mempermain-mainkan ayat-ayat al Quran dan memberikan tafsiran ikut sesedap rasa. Ianya bukanlah kejayaan pentarbiyahan sebaliknya ia adalah kejayaan perlecehan. Tiada seorang pun daripada para pemimpin PKR dan DAP itu yang memeluk agama Islam walaupun mereka kelihatan sangat dekat dengan Islam menerusi bacaan al Quran. Sebaliknya yang lebih banyak berlaku ialah,ramai orang Islam yang menyokong Pakatan Rakyat yang tertipu dengan lakonan murahan sebegitu. Untuk mendoktrinkan agama lain kepada orang Melayu,bukannya susah sangat.Cukup dengan menjadi sebahagian daripada orang Melayu atau menggunakan Islam sebagaimana yang dilakukan oleh Snouck Gronje,seorang mubaligh Kristian yang sangat terkenal dengan kepakarannya dalam bidang tasauf yang berjaya memurtadkan ribuan orang di Acheh ketika Indonesia berada di bawah penguasaan dan penjajahan Belanda. Dan itulah yang cuba dilakukan oleh para pemimpin DAP dan PKR yang bukan Islam! Buktinya, tersangat ramai orang PAS yang amat menyayangi mereka sepertimana kasih sayang yang diterima oleh FATHER JOSEPH LIM GUAN ENG!!!- SEL13.COM

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! PANGGILAN BOM PALSU ADA KAITAN DENGAN TINDAKAN PEGUAM HALANG PKNS PINDAHKAN ASET ???

Posted: 08 Nov 2012 10:51 AM PST


Pendedahan berhubung penjualan beberapa aset strategik PKNS kepada Private Real Estate Company telah mengejutkan Khalid Ibrahim dan konco-konconya.Khalid sama sekali tidak menyangka perkara itu sekali lagi akan menjadi isu besar sepertimana isu pembelian hutang Talam.Bagi menghalang aset-aset PKNS yang kebanyakan menjadi tempat peniaga-peniaga bumiputera mencari rezeki jatuh ke tangan pihak luar yang mementingkan keuntungan,seorang peguam telah merancang untuk mendapat deklarasi bagi menghalang Khalid Ibrahim memindahkan aset-aset itu kepada syarikat luar.Peguam Kamaruddin Ahmad dijadual memfailkan satu permohonan di Mahkamah Tinggi Shah Alam jam 9 pagi 6 November 2012.Tindakan yang bakal dilakukan Kamaruddin bukanlah satu rahsia besar dan menjadi pengetahuan umum. 

Bagaimanapun kira-kira sekitar jam 8 pagi seorang kakitangan mahkamah telah menerima satu panggilan telefon dipercayai daripada seorang lelaki yang menyatakan sebanyak tiga biji bom telah dipasang di sekitar mahkamah dan akan meletup pada jam 8,9 dan 10 pagi.Pihak polis telah dimaklumkan tentang kejadian tersebut dan Unit Pemusnah Bom PDRM telah bergegas ke tempat kejadian.Pemeriksaan yang dilakukan mereka mendapati tidak ada sebarang bom yang dipasang dan kawasan tersebut selamat.Kami difahamkan tindakan membuat panggilan bom palsu itu adalah satu tindakan untuk mempermain-main atau menghalang peguam Kamaruddin Ahmad daripada memfailkan perintah deklarasi bagi menghalang PKNS untuk memindahkan aset-aset mereka kepada Private Real Estate Company.

ANDA NAK LAGI GAMBAR ???


UNTUK SELANJUTNYA 

RENUNG-RENUNGKAN 

EKSKLUSIF !!! UNTUK NURUL IZZAH !!! KALAU TAKUT DILAMBUNG OMBAK !!! JANGAN MANDI LAUT !!!

Posted: 08 Nov 2012 09:44 AM PST


tu diaaa.satu lagi lakonan keluarga Anwar Ibrahim telah berlaku.Muka depan Sinar Harian hari ini memaparkan gambar pelakon airmata terhebat,Datin Seri Wan Azizah yang memulakan karier lakonannya pada tahun 1998 iaitu sejak suaminya dipecat dari kerajaan kerana meliwat.Kali ini,Wan Azizah melakonkan watak sedih seorang ibu yang kasihankan anaknya,Nurul Izzah yang berhadapan dengan serangan berbagai pihak akibat mengeluarkan kenyataan yang 'politically incorrect' bagi partinya,berkenaan kebebasan beragama bagi Umat Islam.Wan Azizah menyalahkan media kononnya memutarbelitkan kenyataan anaknya dan kononnya ia adalah serangan politik dari pihak lawan sebagaimana yang dialami oleh suaminya ketika dituduh meliwat dan terlibat dalam pluralisme dan liberalisme.Nurul Izzah sebelum ini mendakwa akan menyaman akhbar-akhbar yang dituduh memutarbelit kenyataannya.Namun,seperti juga bapanya ketika menuduh media memutarbelit kenyataannya mengenai sokongan terhadap Israel sebelum ini,mereka hanya memilih untuk menyaman akhbar berbahasa Melayu atau pro-kerajaan seperti Utusan Malaysia.

Dalam kes bapanya itu,yang mula-mula menyiarkan kenyataannya adalah The Wall Street Journal dan dalam kes Izzah,adalah Malaysiakini tetapi nampaknya Izzah dan bapanya langsung tidak berminat untuk menyaman media tersebut,malah tidak langsung menafikan laporan mereka.Sedangkan,akhbar pro-kerajaan hanya memetik laporan dari sana,kemudian menyiarkan ulasan,pandangan serta pendapat berbagai pihak terhadap kenyataan mereka pula yang menjadi sasaran serangan mereka.Walaupun tiada putar-belit,tiada manipulasi dalam laporan yang dibuat media ini,tetapi Izzah nampaknya menjadi tidak tentu arah sekali.Risau sekali Izzah dan keluarganya apabila terserlah pendiriannya yang 'longgar' terhadap soal murtad.Melihat laporan ala novel sedih di Sinar Harian mengenai Wan Azizah,tidak salah jika dikatakan bahawa Izzah benar-benar tertekan. Manakan tidak tertekan,apabila sebelum ini,suaminya sering menafikan yang beliau terlibat dalam pluralisme dan liberalisme,tetapi kini anaknya pula seolah-olah mengesahkannya.Dari kenyataan Izzah,sekali lagi segala bukti mengenai fahaman Anwar dibangkitkan.Ucapan-ucapannya yang kontroversi yang jelas menyatakan bahawa 'semua agama adalah sama',kembali dipaparkan oleh para blogger.Rakan-rakannya di dalam ABIM yang telah lama meragui dan menghentamnya berkenaan isu ini boleh saja muncul membuat kenyataan mengesahkan fahamannya.Pendek kata,begitu banyak bukti dan saksi yang mampu membuktikan fahaman plural dan liberal Anwar. Mungkin menyedari betapa sukarnya untuk membela diri dari tuduhan menganut fahaman pluralisme dan liberalisme,maka strategi keluarga ini bagi memulihkan pandangan ramai terhadap Izzah hanyalah dengan meraih simpati. 

Untuk itu lah maka Wan Azizah pelakon handalan,perlu memainkan peranan di muka depan.Strategi ini mungkin berkesan jika tujuannya adalah untuk meraih simpati untuk Wan Azizah,tetapi lebih dari itu ia hanya menunjukkan betapa lemahnya Nurul Izzah. Nurul Izzah yang selama ini menonjolkan diri sebagai politikus lantang dan tidak berfikir panjang untuk menyerang tiba-tiba memperlihatkan dirinya sebagai wanita yang lemah, tidak berdaya atau mangsa kerakusan politik lawan.Sedangkan,hakikatnya,Nurul Izzah bukan mangsa, beliau adalah ahli politik dan pemimpin.Beliau bukan bermain ombak atau membuat rumah di tepi pantai, tetapi beliau sedang berenang di tengah lautan atas pilihannya sendiri dengan berani sekali. Justeru, jika beliau membuat kenyataan,beliau wajib bertanggungjawab ke atasnya.Jika beliau mempunyai pendirian bahawa Umat Islam perlu bebas menukar agama,maka beliau wajib mempertahankan pendiriannya,dengan tegas dan lantang juga biar apa jua kritikan,kecaman mahupun hukuman yang bakal diterima.Nurul Izzah pernah menuduh dengan lantang dan keras kononnya Perdana Menteri terlibat dalam rasuah pembelian kapal selam yang kemudiannya berkait dengan pembunuhan.Ini adalah tuduhan yang amat berat.

Ketika itu,adakah Nurul Izzah terfikir akan apakah kesannya ke atas orang yang dituduhnya ??? Tidak.Apakah Perdana Menteri meminta simpati rakyat agar mempercayai beliau dan bukan tuduhan Nurul Izzah serta kuncu-kuncunya ??? Tidak juga.Ini adalah kerana Perdana Menteri tidak gentar kerana tuduhan tersebut tidak benar.Perdana Menteri juga faham ini adalah mainan politik kotor Nurul Izzah,bapa Nurul Izzah serta kuncu-kuncu mereka.Justeru,Perdana Menteri sabar memberi keterangan dan penjelasan tanpa jemu kepada rakyat mengenainya.Beliau juga bersumpah sebanyak 3 kali mengikut cara Islam sebagai usaha membela diri.Akhirnya,pihak Perancis sendiri tampil membongkar penipuan rangkaian yang berkait rapat dengan parti Nurul Izzah sendiri.Melihat bagaimana Nurul Izzah gabra dan gentar tidak seperti Perdana Menteri apabila dituduh dengan tuduhan sebegitu berat,rakyat boleh membuat kesimpulan sendiri bahawa Izzah bukan mangsa putar belit sesiapa,tetapi beliau benar-benar berpendirian sepertimana yang dinyatakannya.Iaitu bahawa Umat Islam wajar diberi hak untuk menukar agama sepertimana penganut agama lain.Kini,tidak boleh disangkal lagi bahawa Nurul Izzah mewarisi fahaman bapanya yang mendokong pluralisme dan liberalisme.Selama ini beliau berselindung di sebalik tudung dan baju kurung konon keluarganya dididik sebagai Muslim sejati,sedangkan di masa yang sama menyebarkan agenda plural dan liberal bagi pihak 'tuan-tuan mereka' di barat.Kita ingin menyarankan kepada Nurul Izzah agar berterus terang saja dengan fahamannya dan keluarganya serta berdiri teguh atas pendirian itu.Sekurang-kurangnya kita boleh menghormatinya sebagai pemimpin yang berani, walaupun kita tidak boleh menghormatinya sebagai seorang Muslimah sejati.Dengan tidak berani berkata yang benar dari hatinya,maka Izzah adalah sama saja dengan bapanya,yang pengecut dan membawa imej talam bermuka-muka,menjadi warak,liberal,plural,komunis,demokrat,neo-con dan apa saja yang mampu memberi keuntungan politik kepada mereka.Jika Izzah takut untuk menghadapi semua ini,kembalilah saja ke daratan agar tidak perlu lagi dilambung ombak di lautan. 

ADA SESIAPA YANG NAK SANGKAL KENYATAAN SAYA ???

RENUNG-RENUNGKAN 

BONGKAR !!! AGENDA PLURAL DAN LIBRAL ANWAR IBRAHIM SEMAKIN TERSERLAH !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 08 Nov 2012 09:44 AM PST


Nilai-nilai diri seorang manusia terletak pada keteguhan prinsip hidupnya.Seorang pemimpin hebat wajib mempunyai prinsip yang kuat atau tidak mungkin akan tercatat dalam sejarah sebagai hebat.Kerana itu,Adolf Hitler walaupun tercatat sebagai manusia paling kejam tetapi tiada siapa dapat menafikan yang beliau adalah pemimpin hebat.Walaupun beliau dikutuk kerana kekejamannya,tetapi kemampuannya mempengaruhi begitu ramai rakyatnya,menggerakkan askar-askar yang patuh kepadanya yang percaya dan setia kepada cita-citanya telah melayakkannya mendapat penghormatan tersendiri dalam kategori seorang pemimpin hebat di dunia.Hitler tidak berdolak-dalih mahupun menafikan kekejaman yang dilakukan tetapi berdiri teguh atas kepercayaan bahawa apa yang dilakukannya adalah wajar yakni,benar.Anwar Ibrahim,diketahui sering menyamakan dirinya dengan pemimpin-pemimpin hebat dunia.Namun,ciri-ciri pemimpin hebat tidak ada dalam dirinya.Dunia melihatnya tidak lebih sebagai manusia paling rakus yang tergila-gila untuk menjadi Perdana Menteri.Anwar tidak mungkin dapat menjadi pemimpin hebat kerana tidak berani berdiri atas prinsip hidupnya sendiri serta mengakui fahaman pluralisme and liberalisme yang dipegangnya. 

Apabila diasak mengenai kenyataan berunsur liberalis iaitu bahawa undang-undang homoseksual adalah lapuk, Anwar pantas menafikannya pula.Apabila ditekan oleh rakan-rakannya di dalam ABIM mengenai beberapa ucapan dan kenyataannya yang berunsur pluralis,Anwar menafikannya juga.Malah,sehingga ke hari ini,Anwar masih cuba meyakinkan umat Islam di Malaysia bahawa beliau adalah pemimpin Islam sejati,warak dan alim.Beliau ke hulu ke hilir mencari peluang bercakap dan berkhutbah di dalam masjid.Imej isteri dan anak-anaknya yang bertudung banyak membantu mengelirukan orang ramai mengenai warna sebenar hati,budi dan pemikirannya. 

ANDA NAK LIHAT APA TERJADI SELEPAS ANWAR IBRAHIM MEMBERIKAN KULIAH MAGHRIB DI MASJID KAMPUNG BUKIT NAGA???

UNTUK SELANJUTNYA 

Persoalannya,kenapa Anwar tidak mengaku sahaja arah tuju perjuangan liberalnya serta fahaman pluralisnya ??? Kenapa perlu berdolak dalih ??? Kenapa perlu bermuslihat dengan umat Islam yang menjadi penyokongnya ??? Rekod pergerakan Anwar membuktikan bahawa Anwar berpegang kepada fahaman pluralisme agama dan liberal.Bukti terkini ialah kenyataan Nurul Izzah yang selari dengan Majlis Peguam yang menganjurkan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) yang menyerlahkan lagi fahaman pluralis dan liberalis yang dipegang oleh bapanya dan mungkin juga seluruh keluarga dan ahli-ahli partinya.Matlamat utama IFC iaitu memberikan kebebasan memilih agama dan keluar dari sesuatu agama termasuk di kalangan umat Islam Dan ini jugalah yang dikatakan oleh Nurul Izzah iaitu umat Islam juga wajar diberi kebebasan untuk memilih agama lain, atau dalam kata lain,murtad.Bukankah ia sama saja ??? 

Pandangan Nurul Izzah itu adalah jelas berdasarkan fahaman pluralisme agama yang meletakkan semua agama adalah sama sepertimana yang disebut Anwar dalam ucapannya di London School of Economic (LSE) pada 18 Mac 2010 bertajuk "Religion and Pluralism in a Divided World", iaitu "tidak penting apa sahaja agama yang anda anuti ,hanya berbuat baik dan elak kejahatan." Ucapan tersebut menjadi kontroversi, mendapat teguran JAKIM dan meletakkan Anwar dalam keadaan tegang dengan rakan-rakannya di dalam ABIM.Sehubungan dengan itu,satu kajian dan diskusi telah diadakan untuk mengenalpasti pluralisme di dalam Anwar dan percanggahannya dengan Islam.Dari situ, Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady,Felo Amat Utama,International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC) telah mengenalpasti 12 dalil yang bercanggah dengan Islam dari ucapan tersebut : 

Antaranya: 

1. Menganggap hanya satu agama sebagai benar adalah pandangan yang silap atau tertutup sedangkan agama-agama lain juga benar.Apa juga agamanya,sama ada Islam,Kristian,Sikh,Hindu serta yang lain,saya percaya bahawa kebenaran-kebenaran yang paling tinggi (higher truths) akan mengatasi amalan- amalan semata-mata (mere practice) dan semua ibadatnya berpusat kepada kebenaran yang satu itu (singular truth) : bahawa dari Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali. 

2. Memetik penyair Sufi,Jelaluddin al-Rumi yang berkata "Lampu-lampunya berlainan,tetapi Cahaya itu sama, ia datang dari seberang sana ; kalau anda terus menerus melihat pada lampu,kamu tersesat ; kerana dari sana timbul rupa lahir pada bilangan dan kemajmukan"(The lamps are different but the Light is the same,it comes from Beyond ; If thou keep looking at the lamp,thou art lost ; for thence arises the appearance of number and plurality). 

3. Semua agama mempunyai pertanyaan yang sama iaitu dari mana datangnya manusia ??? Apa matlamat hidupnya ??? Apa yang berlaku bila ia meninggal dunia ??? yang bermaksud persamaan universal (universal concepts) antara semua agama untuk mencari kebenaran,keadilan dan sifat keunggulan. 

4. Pada hari ini wujud kebebasan beragama (freedom of religion) tetapi mengenepikan Pluralisme Agama (Religious Pluralism) yang sepatutnya kedua-duanya diperteguhkan sebagai konsep kebebasan di negara-negara yang mengamalkan demokrasi. Memihak kepada satu agama dan mengenepikan agama-agama lain adalah bertentangan dengan semangat Pluralisme Agama.Perkara ini lebih ketara di Timur Tengah dan Asia Tenggara. 

5. Al Quran sendiri menganjurkan Pluralisme Agama seperti dalam firman 'tidak ada paksaan dalam agama',maka mestilah perbuatan memaksakan kepercayaan seseorang ke atas orang lain bukan bersifat Islamik. Jika ayat ini ditolak maka kenyataan Al Quran itu tidak mempunyai apa-apa erti. 

6. Guru Granth Sahib,Kitab Agama Sikh memberitahu kepada semua manusia bahawa seseorang yang mampu melihat semua jalan-jalan kerohanian (spiritual paths) akan membawa kepada Yang Satu dan akan menjadi bebas merdeka tetapi orang yang menyatakan kepalsuan akan turun ke dalam api neraka dan terbakar di dalamnya.Orang yang berbahagia ialah orang yang disucikan dan mereka akan berterusan tenggelam dalam nikmat Kebenaran. 

7. Hari ini,terdapat pemimpin-pemimpin agama-agama dunia tertentu yang terus menerus membuat Perintah-Perintah Eksklusif (exclusivist claims) tentang mereka memiliki kebenaran yang kekal abadi berbanding dengan penerimaan perkara-perkara yang disepakati bersama (commonality) yang mampu menghubungkan semua manusia. Kalaulah kita menerima hakikat bahawa memang terdapat kepelbagaian, maka Pluralisme Agama adalah jawapannya kerana mampu menyatukan. Itulah jalannya untuk membawa keluar daripada kegelapan kepada cahaya, daripada perang kepada damai, daripada kebencian dan kejahatan kepada kasih-sayang dan kebaikan. 

8. Kaum muslimin masih lagi berterusan berprejudis ; menolak nilai kebebasan bersuara (free speech),kebebasan media (free press),demokrasi dan kebebasan hati naluri (freedom of conscience).Mereka memandang budaya Pluralisme Agama sebagai satu bentuk konspirasi teragung oleh 'pihak lain',terutamanya Kristian,untuk mengembangkan ajarannya dan menjadikan muslimin memeluk agama Kristian. Pluralisme juga dilihat sebagai jerat untuk menyeluduk masuk demokrasi ala Barat melalui pintu belakang.Tetapi sebenarnya ini merupakan suatu penyelewengan apabila dilihat menurut perlaksanaan hukum Islam.Di luar daripada kepentingan polisi awam,memang tidak ada kewajipan agama untuk orang Islam mengenakan undang-undang dan nilai-nilai umat Islam ke atas seluruh masyarakat.Dari segi ideologi,sikap beku dalam pemikiran (rigidity) masih berupa penghalang kepada kemajuan dan islah. Muslimin hendaklah membebaskan diri daripada amalan-amalan lama menggunakan klise dan menjaja-jajanya (cliche-mongering) serta mengenakan label-label kepada orang, dan bergerak melewati kepentingan-kepentingan kelompok yang sempit.Penemuan semula garapan terhadap pluralisme yang asal dalam Islam sangat-sangat diperlukan. 

9. Syariat itu bukannya hanya tertulis di atas batu dan ia mengalami evolusi (perubahan) secara dinamik.Demi untuk mempertahankan moderat,maka unsur utama dalam metodologi Islam mesti dipandang dalam perspektif yang menyeluruh (holistic) yang akan menjadi lebih menarik,mengikut kaedah yang bersifat universal dan kekal abadi.

Ini hanya sebahagian dari 12 hujah utama dalam ucapan Anwar yang mengesahkan bahawa beliau berfahaman pluralisme dengan berpaksikan cara hidup liberal.Ucapan ini telah dimuatnaik ke dalam blognya tetapi dikeluarkan apabila mendapat bantahan JAKIM.Kesimpulan di sini ialah,Anwar Ibrahim adalah seorang pemimpin walaupun rakus dan gila-kuasa tetapi tidak cukup 'jantan' untuk berdiri teguh di atas fahaman,pendirian dan prinsip dirinya.Sedangkan pemimpin hebat wajib berani menyatakan apa yang dianggapnya benar dan memperjuangkannya tanpa perlu berselindung atau berlakon.Pemimpin hebat tidak akan takut pada risiko ditangkap atau kalah pilihanraya,asalkan perjuangannya berjaya menembusi hati dan minda seramai yang mungkin atas kepercayaan yang beliau membawa kebenaran.Keengganan Anwar untuk mengakui fahamannnya membawa kita kepada satu kemungkinan iaitu; jauh di sudut hati,beliau tahu bahawa fahaman itu adalah salah dan sesat tetapi ingin terus mempromosinya kerana ia sesuai dengan jiwanya yang sukakan kebebasan seks mutlak, di samping sesuai dengan kehendak penajanya di barat. 

RENUNG-RENUNGKAN 

HOT NEWS !!! ISU LYNAS !!! AUTA POLITIK MENGATASI SAINTIFIK ???

Posted: 08 Nov 2012 10:51 AM PST


jika berdasarkan fakta saintifik,projek Lynas Advanced Material Plant (LAMP) di Gebeng,Pahang yang disahkan tidak melanggar mana-mana peraturan di dalam mahupun di luar negara oleh enam entiti bebas sebelum ini,sepatutnya telah lama memulakan operasinya. Projek itu telah menarik ramai pembeli dan juga rakan niaga termasuk satu dari Jerman yang menjanjikan pelaburan lebih RM1.5 bilion untuk menguruskan sebuah kilang yang akan memerlukan sekitar 1,200 pekerja.Sementara itu,syarikat-syarikat pembekal telah membina kilang mereka lebih dekat dengan tapak Lynas antaranya dua syarikat pembekal asid yang telah melaburkan RM300 juta dan menggaji sekitar 100 kakitangan.Dengan hasil bumi,minyak dan sumber lain yang semakin berkurangan,Malaysia sememangnya perlu meneroka ke dalam sektor ekonomi baru.Industri nadir bumi boleh menjadi sektor pembangunan baru negara yang mampu melonjakkan Malaysia ke arah status negara berpendapatan tinggi menjelang 2020 memandangkan permintaan untuk bahan tersebut semakin meningkat saban hari.Kehadiran loji LAMP milik Lynas di Pahang juga akan membentuk sebuah hab untuk aktiviti hiliran nadir bumi seperti televisyen,skrin komputer,telefon bimbit hinggalah kepada lampu yang menjimatkan tenaga,mesin imbasan magnetik MRI dan juga komponen kenderaan bernilai lebih AS$10 trilion (RM30.66 trilion).

Selepas memulakan operasinya,loji nadir bumi di Gebeng dijangka mampu memproses 22,000 tan nadir bumi setahun iaitu bersamaan satu perlima permintaan global seterusnya menjana pendapatan tahunan sebanyak RM4 bilion.Pakar runding Dudley Kingsnorth of Industrial Minerals Co of Australia (IMCOA) menjangkakan permintaan untuk bahan nadir bumi akan mencecah 160,000 tan menjelang 2016 berbanding 105,000 tan pada 2011.Sehingga kini,para pengeluar dari China telah memonopoli industri tersebut tetapi menjelang 2016,dijangkakan sekitar 60,000 tan bekalan nadir bumi dunia akan diperolehi daripada pengeluar di luar China terutamanya lombong Lynas di Barat Australia dan juga daripada MolyCorp di California, Amerika Syarikat.Dengan nilai RM2.5 bilion, projek LAMP adalah pelaburan terbesar Australia di negara ini. Seperti mana kesan hab Petronas di Kertih,LAMP di Gebeng akan membentuk sebuah pusat pembangunan untuk kawasan sekitarnya.Projek LAMP juga bakal memberi nafas baru kepada pembuat komponen kenderaan di Taman Automotif Pekan serta pengeluar komponen elektronik lain dan dijangka akan membawa masuk bersamanya pelbagai industri teknologi tinggi lain ke negara ini dalam jangka panjang. Bagaimanapun, sekali lagi politik nampaknya telah mengaburi semua fakta dan menghalang semua usaha pembangunan yang diusahakan demi kesejahteraan rakyat.Sesetengah parti dan ahli politik didakwa telah menakut-nakutkan sekumpulan penduduk setempat agar berterusan menentang operasi kilang tersebut sehinggakan permulaan operasinya terpaksa ditangguhkan sebelum ini.Melupakan sepenuhnya fakta saintifik sedia ada yang telah disahkan oleh enam pihak bebas iaitu Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB), Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), panel pakar akademik,jawatankuasa bebas,pakar Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC), projek nadir bumi itu tetap digambarkan tidak selamat kepada seluruh rakyat Malaysia.

Akibat wayang politik yang cuba mengatasi fakta sains,Malaysia mungkin bakal kerugian besar kerana tindakan itu akan menjejaskan pelaburan langsung asing (FDI) dan keyakinan pihak luar menjalankan perniagaan di negara ini. Seorang Ahli Parlimen pada 19 Jun lalu ada menyebut di Dewan Rakyat bagaimana kebenaran dan fakta sains berterusan cuba 'ditewaskan' melalui permainan wayang politik khususnya dalam kes loji Lynas di Gebeng. Namun,bagai meludah ke langit, permainan politik golongan beragenda peribadi itu akhirnya memakan diri apabila salah seorang daripada ahli pasukan mereka sendiri yang juga seorang pakar nuklear, bersetuju bahawa kilang nadir bumi itu selamat.Dengan pelbagai pihak bebas dari dalam dan luar negara menyokong operasi Lynas di Malaysia berdasarkan fakta-fakta saintifik,mengapa masih ada yang melayan wayang politik dan bangkangan membuta tuli golongan penghalang pembangunan negara itu? Tiba masanya untuk rakyat berfikir semula,Malaysia mungkin kerugian teruk dalam sebuah pelaburan besar jika potensi industri nadir bumi tidak digarap sepenuhnya akibat ditenggelami permainan politik.Oleh itu,orang ramai jangan terlalu mudah ditipu segelintir 'pengacau' dan guna akal masing-masing dalam menilai berdasarkan fakta dan bukti sahih yang dikemukakan pihak yang benar-benar pakar dalam bidang tersebut.Jangan dilayan hujah tin kosong yang menyembur air liur semata-mata dan memutar fakta demi mengelirukan dan menakutkan rakyat agar menentang sesuatu usaha kerajaan, seterusnya membentuk persepsi negatif terhadap pemerintah negara.

Ketua Kluster Politik,Keselamatan dan Antarabangsa Majlis Profesor Negara,Profesor Datuk Dr. Mohamed Mustafa Ishak melihat trend itu berlaku berikutan politiking di Malaysia telah mencapai satu tahap yang tidak lagi memikirkan kesejahteraan rakyat mahupun ekonomi negara.Menurut beliau,permainan politik nampaknya tetap diteruskan pihak tertentu walaupun selepas sesuatu projek itu telah dibuktikan selamat dan tiada masalah. "Senario sebegini umpama mengambil langkah ke belakang yang hanya akan menyebabkan negara menghadapi banyak cabaran dan kerugian.Kita sepatutnya mara ke hadapan kerana amat rugi jika sesuatu projek rakyat terbatal akibat politiking. Dalam jangka pendek, perbuatan ini membuang banyak masa sementara jangka panjang meningkatkan kos dan membazir wang rakyat," tegasnya.Bagi beliau,kecuali ada keraguan timbul melalui pendedahan fakta saintifik,sesuatu projek untuk kesejahteraan rakyat tidak wajar ditangguh, dilengah mahupun dibatalkan kerana akhirnya rakyat juga yang rugi.Tambahnya,kerugian akibat pembatalan sesuatu projek semata-mata kerana politik bukan sahaja menyebabkan perbelanjaan yang telah dikeluarkan hangus begitu sahaja malahan pampasan mungkin perlu dibayar dan semuanya itu menggunakan duit rakyat.

Beliau menegaskan,jika sesuatu projek itu telah terbukti selamat dan tiada masalah terutama sekali jika disahkan pakar bebas melalui hujah-hujah saintifik, tidak perlu dilayan lagi hujah kosong yang menggunakan sentimen, emosi, kepentingan politik dan menolak fakta sains."Kalau didengar juga hujah tidak saintifik itu, bagaimana kita mahu maju ke depan? Saya kesal senario menolak hujah saintifik masih berterusan dan diganti pula dengan hujah retorik dan agenda populis untuk menarik sokongan.Terlalu banyak politiking akan membawa rakyat undur ke belakang dan dunia akan melihat negara kita tidak stabil terutamanya apabila berita-berita tidak tepat disensasikan.Akhirnya,keyakinan masyarakat antarabangsa terhadap Malaysia akan jatuh," ujarnya. Mohamed Mustafa berharap pihak yang menggunakan sentimen politik untuk keuntungan peribadi itu dapat menilai kembali kesannya terhadap rakyat dan negara serta bertanggungjawab di atas perbuatan mereka.Kemelut politik seperti tiada kesudahan sedangkan kita tiada masalah besar seperti pemerintahan diktator, penindasan dan lain-lain yang dihadapi negara-negara lain.Memang kita ada kelemahan-kelemahan kecil yang boleh diperbaiki tetapi tidak perlulah sehingga mahu menggambarkan Malaysia sudah di ambang kehancuran," katanya.

Oleh Nurul Anuar Kari 

RENUNG-RENUNGKAN 

HOT NEWS !!! ANWAR IBRAHIM CABAR PM @NAJIBRAZAK DI MARANG !!! SATU PUBLISITI BODOH TERSEBAR !!!

Posted: 08 Nov 2012 02:25 AM PST


Kalau ada pertandingan siapa paling banyak mencabar,ia pasti sudah dimenangi oleh Anwar Ibrahim.Sikap Anwar yang suka mencabar sudah menjadi satu lawak basi bagi rakyat Malaysia.Asal ada peluang,beliau akan mencabar dan sasarannya pastilah Perdana Menteri kerana percaya itu saja tarafnya.Namun begitu,beliau tidak pula ingin mencabar atau menyahut cabaran Nallakarupan,Umie Hafilda atau Ezam Md Nor yang menjadi kunci segala pertuduhan ke atasnya.Antara cabaran Anwar terhadap Datuk Seri Najib ialah debat isu PTPTN,debat bajet,debat isu Melayu dan yang terbaru ialah beliau mencabar agar Datuk Seri Najib bertanding di Marang iaitu kawasan Presiden PAS,Hadi Awang.Persoalannya,apa ke jadahnya Datuk Seri Najib hendak bertanding di Marang ??? Sedangkan beliau adalah orang Pekan dan telah lama berbakti di Pekan.Lainlah seperti pemimpin pembangkang yang ikut suka hati bertanding di mana saja kerana mereka percaya rakyat memilih pemimpin berdasarkan kekerapan ceramah dan kefasihan berpidato dan bukannya berdasarkan khidmat,bakti serta kebolehan bekerja.Jika ini tidak benar,tidak mungkin Hadi Awang tiba-tiba membuat kenyataan ingin bertanding di Pekan.Sekali lagi,apa ke jadahnya,Hadi nak bertanding di Pekan ??? Atas dasar apa beliau ingin bertanding di kawasan orang ??? Apakah jasa beliau kepada rakyat Pekan,sedangkan di Marang juga beliau tidak ada jasa ???

Setelah sekian lama,pastinya pembaca Badut Rakyat semakin arif tentang taktik dan perangai Anwar iaitu beliau akan mencabar seseorang atas perkara yang tidak masuk akal,remeh atau tidak logik yang mana ia pasti akan ditolak.betul tak ??? Taktik ini tidak lain tidak bukan ialah untuk menunjuk hebat tanpa perlu berbuat apa-apa.Selain itu,beliau juga akan menggunakan isu cabaran ini apabila sudah benar-benar ketandusan isu dan namanya hampir tenggelam.Mungkin beliau benar-benar berpegang kepada prinsip selebriti iaitu lebih baik menimbulkan publisiti murah daripada tiada publisiti langsung.Namun,dalam isu mencabar Datuk Seri Najib bertanding di Marang ini,tindakan ini bukan lagi dilihat sebagai satu publisiti murah,tetapi bodoh.Kelihatan seolah-olah Anwar bercakap hanya kerana ingin mengambil perhatian orang ramai walaupun sebenarnya tiada apa untuk dicakapkan.Strategi saling menukar tempat bertanding ini juga kononnya untuk memperlihatkan yang Hadi Awang bukan diktator.Walhal, Hadi Awang bukan diktator sudah pun diketahui ramai.Justeru,jika beliau merasa yang beliau perlu membuktikannya,tentulah pelik sekali.Sedangkan semua orang tahu yang beliau hanyalah pak turut kepada DAP dan juga Anwar Ibrahim,iaitu diktator yang sebenar-benarnya.

Hadi juga pasti tahu yang beliau akan malu jika kalah di Marang,tetapi tidak akan malu jika kalah di Pekan.Mungkinkah ini cara untuk mengelak dari malu atau cara halus pihak tertentu untuk menamatkan terus riwayat politik beliau ??? Apapun,Hadi Awang bukanlah watak signifikan di dalam PR.Hadi tidak punya karisma dan kaliber sebagai pemimpin.Malah,dalam mesyuarat,Hadi hanya memberi ucapan pembukaan sebelum melepaskan tanggungjawab pengerusi kepada orang lain.Maka,saya tertanya-tanya,apakah permainan Anwar dalam isu ini ??? Siapakah sebenarnya sasarannya ??? Datuk Seri Najib atau Hadi? Atau sekadar melepaskan 'gian' untuk bercakap walaupun tiada isu ??? Ataupun kerana terdesak ingin mengalih asakan media mengenai fahaman liberalisasinya yang berbangkit akibat keceluparan mulut anaknya,Nurul Izzah yang membenarkan umat Islam murtad ??? 

RENUNG-RENUNGKAN

BONGKAR !!! NURUL IZZAH BUKTIKAN PKR DAN PAS SEMAKIN LIBERAL !!!

Posted: 07 Nov 2012 06:00 PM PST


Nurul Izzah,Ahli Parlimen PKR Lembah Pantai yang juga adalah anak perempuan kepada Ketua Umum PKR,Anwar Ibrahim kelihatan semakin kepanasan apabila kenyataannya dalam forum bertajuk "Negara Islam: Versi Mana; Siapa Bertanggungjawab?" terus mengundang bantahan umat Islam.Forum tersebut yang dianjurkan oleh Oriental Heart And Mind Study Institute (OHSMi),sebuah pergerakan Kristian dan diadakan di Gereja Full Gospel Tabernacle,USJ pada Sabtu lepas itu turut dihadiri oleh Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.Jika para pembaca Badut Rakyat melawat laman web OHSMi di http://www.ohmsi.net dan klik pada tab 'Contact Us',di bawahnya akan terpampang matlamat pergerakan tersebut yang menyebut ;- "Our goal is to create frameworks for dialogue and engagement where followers of Jesus Christ and members of society become relevant and significant in the public space of national life".Nampak jelas matlamat utama OHSMi adalah untuk mengetengahkan peranan penganut Kristian dan mengembangkan pengaruh mereka dalam ruang lingkup masyarakat negara ini. Namun disebalik itu semua apa pula motifnya kehadiran Nurul Izzah dan Mujahid di acara tersebut ??? 

Kedua-duanya bukannya pengikut Jesus Christ dan diketahui umum lahir sebagai muslim.Nak dikatakan kedua-dua pemimpin politik dari PKR dan PAS itu datang berdakwah kebenaran Islam dalam Gereja Full Gospel Tabernacle,realitinya tak pula begitu.Sebaliknya,Nurul Izzah dalam jawapan kontroversinya kepada satu pertanyaan dari hadirin mengakui hak kebebasan agama tidak sepatutnya hanya terhad pada orang bukan Melayu.Dengan kata lain,sepertinya secara sedar Nurul Izzah bersetuju bahawa orang Melayu Islam juga perlu diberi hak sama rata untuk bebas menganut agama lain sama seperti orang bukan Melayu.Kesan sikap tidak cermat anak perempuan Anwar itu,besar impaknya pada umat Islam khususnya orang Melayu Islam sekiranya hak kebebasan beragama disalah tafsir,tak mustahil akan wujud lebih banyak kes seumpama kes murtad melibatkan seorang perempuan Melayu keturunan Jawa bernama Azlina Jelani ataupun juga dikenali sebagai Lina Joy.

Satu kebetulan,ringkasan pengenalan berkaitan forum tersebut seperti yang terpampang dalam laman web OHSMi juga seperti bersimpati dengan kegagalan permohonan Lina Joy untuk menukar agamanya kepada Kristian.Penglibatan Nurul Izzah ke forum sedemikian tidaklah terlalu luar biasa memandangkan pendirian ayahnya sendiri yakni Anwar Ibrahim dalam kes Lina Joy agak condong untuk menyokong permohonan Lina Joy untuk bebas menukar identiti dan agamanya.Namun,pembabitan pemimpin PAS seperti Mujahid Yusof,anak lelaki kepada bekas Mursyidul Am PAS yang pertama,Yusof Rawa membuktikan pendirian PAS dalam isu murtad sudah semakin longlai.PKR yang sekian lama berpegang pada prinsip liberal dan pluralisme,kini semakin liberal manakala PAS pula hari demi hari kian terpengaruh dengan dasar PKR.Demi kerana kemaruk mengejar kuasa PAS sepertinya tidak kisah untuk berubah menjadi liberal.Undi dikejar,agama digadai.

RENUNG-RENUNGKAN 
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...