UMNO Online - “Enam Unjuran Jamin Kelansungan Negara Bangsa -Raja Nazrin” plus 9 more

UMNO Online - “Enam Unjuran Jamin Kelansungan Negara Bangsa -Raja Nazrin” plus 9 more

Link to UMNO Online

Enam Unjuran Jamin Kelansungan Negara Bangsa -Raja Nazrin

Posted: 07 Nov 2012 04:39 AM PST

PETALING JAYA, 7 Nov – Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah bertitah mengingatkan rakyat, khususnya dari kalangan bukan Islam supaya tidak sesekali menyentuh sensitiviti agama Islam yang telah dipersetujui bersama ketika pembentukan negara semata-mata untuk mengaut keuntungan politik.

Baginda bertitah dalam menjamin kelangsungan sebuah negara bangsa yang aman, berdaulat dan sejahtera rakyat harus kekal menghormati piagam awal yang telah dipersetujui bersama yang menjadi asas utama penubuhan Persekutuan Tanah Melayu, iaitu tidak menyentuh perkara berkaitan sensitiviti agama.

Titah baginda, sensitiviti agama tidak mengizinkan isu agama diperdebatkan secara terbuka kerana yang kurang arif berkemungkinan terlajak kata sehingga memetik contoh-contoh yang jahil.

“Kebelakangan ini, garis sempadan menyentuh agama Islam kelihatan semakin berani dilanggar, malah ada di kalangan bukan Islam yang semakin lantang mencabar perkara-perkara berkaitan Islam melalui ucap kata bernada mempersendakan syariat, memperkecilkan akidah umat Islam dan merendah-rendahkan amalan Islam.

Perbuatan melanggar sempadan agama lain secara keterlaluan, secara terbuka dibimbangkan berkemungkinan menjadi punca tercetusnya tragedi buruk kerana agama adalah perkara paling sensitif, berpotensi besar mencetuskan konflik yang memungkinkan persengketaan,” titah baginda.

Itu merupakan satu daripada enam unjuran yang dirakamkan baginda ketika menyampaikan syarahan perdana budaya bertajuk “Institusi Raja Berperlembagaan: Kelangsungan Negara Bangsa” di sini hari ini dalam memastikan kelangsungan survival negara bangsa yang diinginkan, terlaksana.

Program anjuran Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan itu turut dihadiri menterinya Datuk Seri Dr Rais Yatim dan Ketua Setiausaha kementerian Datuk Seri Kamaruddin Siaraf serta beberapa jemputan khas termasuk artis.

Menyifatkan perbuatan itu sebagai tidak menghormati Raja-Raja Melayu, baginda bertitah tindakan sedemikian wajib dihentikan serta merta dan secara tegas dicegah dari dibenarkan terus berlaku.

Baginda bertitah institusi istana sentiasa membuka pintu rundingan kepada siapa sahaja yang berhasrat menyembahkan pandangan untuk mendapatkan panduan dan pedoman melalui perbincangan secara tertutup tanpa perlu diuar-uarkan.

“Kuasa raja sebagai ketua agama Islam wajib, malah amat wajib dihormati dan agama Islam jangan sama sekali dijadikan alat untuk memancing laba politik baik di kalangan umat Islam, lebih-lebih lagi bagi kalangan yang bukan Islam,” titah baginda.

Unjuran kedua yang dititahkan baginda ialah aspek kesetian kepada negara yang perlu dimanifestasikan setiap rakyat iaitu kewajipan menghormati dua lambang negara iaitu Jalur Gemilang dan lagu Negaraku.

Baginda bertitah perbuatan segelintir individu memijak Jalur Gemilang serta mempersenda lirik dan irama lagu Negaraku membuktikan sikap tidak patriotik mereka sedangkan bendera negara harus dimuliakan hinggakan lambang negara itu tidak harus dibiarkan berkelana, tertinggal di tiang-tiang selepas sesuatu upacara.

Ia bukan sahaja tidak boleh dipijak, malah turut dilarang daripada di potong-potong, dijadikan material, dijahit dijadikan baju, topi atau selimut dan jika ditampal dibaju sekalipun, ia dimuliakan dengan diletakkan di dada, titah baginda.

Sambil mahu supaya kesilapan asas itu tidak berulang, baginda menitahkan agar perbuatan seumpama itu diberikan nasihat sewajarnya di mana perbuatan menggunakan kain bendera sebagai material baju, seluar dan topi tidak harus dibenarkan terus berlaku.

Selain itu, baginda juga mahu supaya ketelusan dan integriti pentadbiran yang didukung tiga cabang utama meliputi kerajaan, eksekutif dan kehakiman dielakkan daripada sebarang kepincangan kerana keadaan itu jika merebak di peringkat institusi pelaksana turut memberi kesan kepada kedaulatan Raja-Raja.

Dalam unjuran keempat, baginda mengingatkan agar keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang yang menjadi kunci yang akan menentukan ketenteraman awam dan kestabilan politik tidak dilaksanakan secara selektif atau gagal dikuatkuasakan sepenuhnya.

Baginda bertitah dalam mencapai wawasan negara maju, dua aspek itu sama

sekali tidak boleh dikompromi kerana sebuah negara maju amat menekankan aspek

pentadbiran berlandaskan undang-undang dan keadilan.

Dalam memastikan kelangsungan survival negara bangsa berjalan lancar, baginda juga mengingatkan supaya pemimpin, khususnya di negeri-negeri yang dikuasai kumpulan politik yang berlainan parti dengan kerajaan persekutuan supaya memahami konsep federalisme berasaskan Perkara-Perkara 73 hingga 95E Perlembagaan Persekutuan agar tidak ditafsirkan sebagai tidak menghormati kedaulatan Raja dan institusi Yang Dipertua di negeri-negeri.

Baginda bertitah hubungan antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri

kini menjelmakan satu dimensi baru hingga memeningkan penjawat awam yang

berkhidmat di negeri-negeri kerana telah berlaku keadaan pegawai-pegawai awam

Persekutuan yang bertugas di negeri, dilarang menghadiri acara-acara rasmi di

peringkat negeri termasuk acara yang dihadiri oleh Raja.

Titah baginda, senario yang tidak mencerminkan kematangan budaya politik negara bangsa dan kurang mendalamnya kefahaman di kalangan penjawat awam berkenaan konsep Federalisme menyebabkan mereka menghadapi dilema ketika memenuhi tanggungjawab untuk mengimbangkan kesetiaan di antara pihak berkuasa negeri dengan Persekutuan, terutama kepada mereka yang bertugas di negeri yang dikuasai kumpulan politik berlainan parti dengan kerajaan Persekutuan.

Sehubungan itu, baginda mahu satu atur urusan orde yang baru antara kuasa negeri dan kuasa Persekutuan diwujudkan, supaya tidak akan menyulitkan penjawat awam untuk menyempurnakan amanah dan tidak menjadi mangsa kepada pertelingkahan politik berpanjangan.

“Konsep Federalisme wajib difahami dan diperkenalkan orientasi baru terutama di kalangan penjawat awam agar kelainan politik itu jangan sampai menjejaskan hubungan warga, hingga memungkinkan warga kembali bersifat parokial kenegerian, lalu semakin tipis kesetiaan kepada negara,” titah baginda.

Dalam unjuran terakhir, baginda mengingatkan pemimpin politik supaya berperanan memastikan suhu politik tidak terlalu panas dan sekata tidak menjadikan pilihan raya sebagai satu peperangan sivil.

Titah baginda pilihan raya adalah satu daripada instrumen utama dalam sistem kerajaan yang mengamalkan demokrasi berparlimen dengan rakyat diberikan hak untuk menentukan kerajaan.

“Pilihan raya bukan medan perang yang bermatlamatkan menang semua di mana kerajaan yang terbukti memenuhi janji dan mencipta rekod kejayaan membangunkan negara bangsa, sewajarnya memiliki keyakinan untuk kembali mendapat sokongan rakyat,” titah baginda.

Sementara itu, Rais berkata syarahan yang menjadi tradisi kepada pembuka tirai tamadun pemikiran bersama enam unjuran yang dikemukakan baginda jelas  mmberi signifikasi bahawa setiap pandangan atau kritikan harus diterima dengan terbuka.

Beliau berkata sama ada kerajaan atau pembangkang, setiap unjuran yang dibuat baginda wajar diterima secara tenang melalui kesahihan proses berfikir disamping menterjemahkannya kepada keadaan sosial yang tenang dan tidak berkecamuk dengan konflik.

“Syarahan ini akan diteruskan dengan kita akan memberi lebih penekanan kepada lunas keintelektualan yang membawa perubahan minda kepada masyarakat dan untuk itu, satu buku kecil mengenai kandungannya akan dibuat bagi diedarkan kepada khalayak,” katanya.

Penang Wanita Chief Wants CM To Explain Non-Revenue Receipts

Posted: 07 Nov 2012 04:30 AM PST

GEORGE TOWN, Nov 7 – Penang Wanita MCA chief Tan Cheng Liang has asked Chief Minister Lim Guan Eng to give a detailed explanation of the non-revenue receipts included in the state budget as highlighted in the Audit Report 2011.

She said the audit report stated that the non-revenue receipts were derived following the closure of the trust account and surplus from the closure of the trust fund which were RM126 million and RM59 million, respectively, and amounted to RM138 million.

“We want to explain that the RM126 million was the reserve of the previous BN state government to settle the debt of the Penang Water Supply Corporation (PBAPP).

“Therefore, this is not revenue from the Pakatan Rakyat (PR) government. But, the chief minister has deposited the money we kept as reserve to pay the debts of PBAPP as non-revenue receipts. This confuses the people,” she told reporters.

Tan said the money to settle the debt was accumulated by the BN government since 2005 during the privatisation of the PBAPP, but the federal government settled the debt totalling RM655 million.

“We want to tell the people that this was not due to the PR government’s ability to manage or seek funds. The Penang government of today should thank the BN government because when we handed over power, we also handed over reserves of RM850 million,” she said.

Tan said she wanted the people in the state to realise that the PR state government was not efficient in managing funds, especially to generate more income and develop infrastructure facilities.

“The money was derived through the prudence of the BN. This is the politics of the chief minister. This is an irresponsible government,” she said.

Siar Keseluruhan Kandungan Forum Berkaitan Kenyataan Nurul Izzah – Jamil Khir

Posted: 07 Nov 2012 04:26 AM PST

KOTA BHARU, 7 Nov –  Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, adalah elok disiarkan keseluruhan kandungan forum di mana Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar membuat kenyataan mengenai kebebasan beragama.

“Saya ingat kalau nak bincang tentang ini lebih jelas, elok disiarkan keseluruhan forum yang dibuat di tempat tersebut. Saya ingat tidak timbul barangkali kalau kita katakan persoalan media massa (putar belit).

“Kita tidak harus bermain politik dalam hal yang berkaitan akidah, hal yang berkaitan dengan pegangan sesuatu umat dan juga hal yang berkaitan dengan hal yang amat penting untuk umat Melayu dan Islam itu sendiri,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan siaran TV Alhijrah di Kelantan di sini, Rabu.

Jamil Khir diminta mengulas kontroversi ekoran kenyataan Anggota Parlimen Lembah Pantai itu yang dilaporkan oleh sebuah portal berita sebagai berkata kebebasan beragama seharusnya terpakai kepada semua termasuk orang Melayu.

Jamil Khir berkata, perkara tersebut perlu diperjelaskan sebaik mungkin supaya tidak menimbulkan kekeliruan.

Mengenai siaran TV Alhijrah, Jamil Khir berkata, kini seluruh negara mendapat siaran tersebut dan siaran yang kurang jelas bagi kawasan di sesetengah negeriakan diperbaiki.

Katanya, stesen tersebut akan membuat pelbagai inovasi dan kreativiti supaya rancangan yang berbentuk dakwah itu meliputi semua peringkat umur dan mencapaimatlamatnya.

Beliau berharap maklumat bersifat keislaman yang terkandung dalam rancangan siaran stesen tersebut akan terus berkembang dan dapat dimanfaatkan oleh orang ramai.

Penduduk negeri ini kini boleh menonton siaran TV Alhijrah secara percuma di saluran 48 melalui frekuensi 687.25 megahertz.

Apa Kejadahnya Anwar Cabar Bertanding Di Marang??

Posted: 07 Nov 2012 04:23 AM PST

Kalau ada pertandingan siapa paling banyak mencabar, ia pasti sudah dimenangi oleh Anwar Ibrahim. Sikap Anwar yang suka mencabar sudah menjadi satu lawak basi bagi rakyat Malaysia.

Asal ada peluang, beliau akan mencabar dan sasarannya pastilah Perdana Menteri kerana percaya itu saja tarafnya.  Namun begitu, beliau tidak pula ingin mencabar atau menyahut cabaran Nallakarupan, Umie Hafilda atau Ezam Md Nor yang menjadi kunci segala pertuduhan ke atasnya.

Antara cabaran Anwar terhadap Dato' Seri Najib ialah debat isu PTPTN, debat bajet, debat isu Melayu, dan yang terbaru ialah beliau mencabar agar Dato' Seri Najib bertanding di Marang iaitu kawasan Presiden PAS, Hadi Awang.

Persoalannya, apa ke jadahnya Dato' Seri Najib hendak bertanding di Marang?  Sedangkan beliau adalah orang Pekan, dan telah lama berbakti di Pekan.

Lainlah seperti pemimpin pembangkang yang ikut suka hati bertanding di mana saja kerana mereka percaya rakyat memilih pemimpin berdasarkan kekerapan ceramah dan kefasihan berpidato dan bukannya berdasarkan khidmat, bakti serta kebolehan bekerja.

Jika ini tidak benar, tidak mungkin Hadi Awang tiba-tiba membuat kenyataan ingin bertanding di Pekan. Sekali lagi, apa ke jadahnya, Hadi nak bertanding di Pekan?  Atas dasar apa beliau ingin bertanding di kawasan orang?  Apakah jasa beliau kepada rakyat Pekan, sedangkan di Marang juga beliau tidak ada jasa?

Setelah sekian lama, kita semakin arif tentang taktik dan perangai Anwar iaitu beliau akan mencabar seseorang atas perkara yang tidak masuk akal, remeh atau tidak logik yang mana ia pasti akan ditolak.  Taktik ini tidak lain tidak bukan ialah untuk menunjuk hebat tanpa perlu berbuat apa-apa.

Selain itu, beliau juga akan menggunakan isu cabaran ini apabila sudah benar-benar ketandusan isu dan namanya hampir tenggelam.

Mungkin beliau benar-benar berpegang kepada prinsip selebriti iaitu lebih baik menimbulkan publisiti murah daripada tiada publisiti langsung.  Namun, dalam isu mencabar Dato' Seri Najib bertanding di Marang ini, tindakan ini bukan lagi dilihat sebagai satu publisiti murah, tetapi bodoh.

Kelihatan seolah-olah Anwar bercakap hanya kerana ingin mengambil perhatian orang ramai walaupun sebenarnya tiada apa untuk dicakapkan.

Kelihatan seolah-olah Anwar bercakap hanya kerana ingin mengambil perhatian orang ramai walaupun sebenarnya tiada apa untuk dicakapkan.

Strategi saling menukar tempat bertanding ini juga kononnya untuk memperlihatkan yang Hadi Awang bukan diktator.  Walhal, Hadi Awang bukan diktator sudah pun diketahui ramai.

Justeru, jika beliau merasa yang beliau perlu membuktikannya, tentulah pelik sekali.   Sedangkan semua orang tahu yang beliau hanyalah pak turut kepada DAP dan juga Anwar Ibrahim, iaitu diktator yang sebenar-benarnya.

Hadi juga pasti tahu yang beliau akan malu jika kalah di Marang, tetapi tidak akan malu jika kalah di Pekan.  Mungkinkah ini cara untuk mengelak dari malu atau cara halus pihak tertentu untuk menamatkan terus riwayat politik beliau?

Apapun, Hadi Awang bukanlah watak signifikan di dalam Pakatan Rakyat.  Hadi tidak punya karisma dan kaliber sebagai pemimpin.  Malah, dalam mesyuarat, Hadi hanya memberi ucapan pembukaan sebelum melepaskan tanggungjawab pengerusi kepada orang lain.

Maka, kita tertanya-tanya, apakah permainan Anwar dalam isu ini?  Siapakah sebenarnya sasarannya?  Najib atau Hadi?  Atau sekadar melepaskan 'gian' untuk bercakap walaupun tiada isu?

Ataupun kerana terdesak ingin mengalih asakan media mengenai fahaman liberalisasinya yang berbangkit akibat keceluparan mulut anaknya, Nurul Izzah yang membenarkan umat Islam murtad?

Meor Suleiman Fariss

Bila Raja Belit Dakwa Kenyataan Anaknya Diputar Belit

Posted: 07 Nov 2012 04:13 AM PST

Rasa nak gelak pun ada membaca kenyataan Raja Putar Alam No 1, Anwar Ibrahim bahawa kenyataan anaknya, Nurul Izzah mengenai kebebasan agama untuk semua orang (termasuk orang Islam) itu, telah diputar belitkan.

Dia sendiri pun raja putar belit, ada hati nak tuduh orang lain putar belitkan kenyataan anaknya, pathetic.

Apa yang belit?  Memang dah betul pun Nurul Izzah kata semua orang patut dapat kebebasan agama, dimana yang putar belitnya disitu?  Memanglah tak siapa menuduh Nurul Izzah menggalakkan murtad, tapi bila dia kata orang Melayu pun dapat kebebasan beragama macam orang bukan Melayu, apa yang cuba disampaikan dari kenyataan itu?

Benda ini sebenarnya senang saja.

Soalan peserta itu, sama ada orang Melayu perlu diberikan kebebasan beragama seoerti orang bukan Melayu, dimana Nurul Izzah menjawab, perkara ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, sepatutnya diguna pakai secara sama rata.

Apa yang putar belit disitu?  Kenyataan Nurul Izzah yang menyebut orang Islam patut patuh kepada syariat Islam seperti mana rakyat Malaysia patuh kepada perlembagaan, dibuat kemudian, itupun setelah ramai orang menyerbu blognya minta pengesahan tentang berita yang disiarkan Malaysiakini itu.

Kalau betul Nurul Izzah tidak bermaksud orang Melayu patut diberi kebebasan beragama, keluar kenyataan dalam sidang akhbar dan nafikanlah kenyataan tersebut.  Bukan konar tang lain dan campur aduk dengan kenyataan yang dibuat kemudian.

Ini yang sepatutnya dibuat, senang saja, tapi kenapa tak buat?

Penulis boleh tolong jawabkan itu.  Sebab Nurul Izzah memang maksudkan orang Melayu patut diberika kebebasan beragama sama seperti orang bukan Melayu.  Dia tarik balik kenyataan itu, hanya akan kecilkan hati pihak gereja, tak tarik balik, akan kecilkan hati orang Melayu/Islam.

Tapi gereja lebih penting sebab ada banyak bukti menunjukkan gereja menyokong Pakatan haram  pimpinan papanya dibanding dengan orang Melayu, terutama di Lembah Pantai sekarang.

Maka itu sekarang Nurul Izzah guna taktik papanya juga, bawa kes ke Mahkamah.  Ingat orang nak peduli keputusan Mahkamah yang panjang dan banyak benda teknikal tu?

Yang penting video ada, semua ada yang membuktikan memang Nurul Izzah mahu orang Melayu diberi kebebasan beragama sama seperti bukan Melayu.

mykmu.net

Tindak Tanduk PKR, DAP Londehkan Tembelang Pas Dalam Perjuangan Islam

Posted: 07 Nov 2012 03:59 AM PST

KUALA LUMPUR 7 Nov – Bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Mohd Fairus Khairuddin berkata tindakan berterusan pemimpin pembangkang terutama dari PKR dan DAP menghina Islam telah membuka tembelang Pas sendiri betapa parti itu sebenarnya lebih mengutamakan politik berbanding perjuangan Islam yang selama ini dilaung-laungkan.

Menurut beliau hakikat itu dapat dilihat daripada tindak-tanduk segelintir pimpinan Pas berhubung kontroversi yang berlaku ke atas Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar yang memperlihatkan hipokrasi parti berkenaan.

"Saya bukannya menuduh….dan sebenarnya keenganan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk  mengulas lanjut berhubung kenyataan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar yang menimbulkan kontroversi bukanlah  sesuatu yang mengejutkan. Apatah lagi Presiden Pas itu sendiri mengakui bahawa tumpuan utama parti itu sekarang ialah untuk menang pilihanraya.

"Memang kita dah jangkakan perkara ini jika isu tersebut ditanyakan kepada pimpinan Pas. Tentunya akan ada yang mengambil sikap berkecuali atau pun mereka akan mengelak untuk mengulas mengenainya demi kepentingan politik kecuali segelintir daripada pimpinan Pas yang lain," katanya kepada UMNO-Online di sini.

Beliau seterusnya menambah Pas seharusnya mengambil sikap berani menegur dalam apa jua keadaan sekalipun terutama dalam soal-soal bab akidah dan melibatkan kepentingan Islam.

"Kenapa perlu takut kerana tentunya perkara-perkara sebegitu boleh mengundang polemik yang lebih berterusan dan yang lebih besar. Bukankah dalam Islam kita disarankan agar mengelakkan fitnah.

"Jangan berpura-pura kerana tentunya sejauh mana kepura-puraan itu akhirnya akan diketahui umum. Penyakit yang busuk jika ditutup dengan apa sekali pun akan tetap dihidu baunya," katanya.

Tambahnya lagi umat Islam perlu melihat dengan penuh ilmu bagaimana politik Pas dan tentunya akan timbul persoalan apakah kerana tawaran menuju bersama ke Putrajaya membuatkan Pas mengambil tindakan sedemikian rupa.

"Kaedah ini saya kira orang dah boleh baca dan boleh nilai….Apabila timbul sahaja isu yang melibatkan pimpinan pembangkang, banyak dalih dan banyak pula alasan yang keluar. Tak cukup bukti la dan macam-macam lagi," katanya. -MediaUMNO

Semarakkan Semangat Baru Untuk PRU-13 Melalui Persidangan UMNO

Posted: 07 Nov 2012 03:55 AM PST

KUALA LUMPUR, 7 Nov. – Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK), Tan Sri Abdul Aziz Rahman berharap agar Perhimpunan Agung UMNO 2012 yang akan berlangsung hujung bulan ini akan memberikan semangat baru bukan saja kepada ahli-ahli UMNO tetapi kepada seluruh jentera Barisan Nasional (BN) bagi berdepan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

"Saya yakin dan percaya Presiden merangkap Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib akan menggariskan landasan-landasan perjuangan dan strategi bagi menentukan PRU ke-13 memihak kepada BN kerana ia amat penting dan amat signifikan untuk menentukan trasnformasi yang telah digariskan," katanya kepada UMNO-Online.

Ujar beliau lagi, perhimpunan kali ini juga tentunya akan dapat memberikan semangat baru yang kental kepada ahli-ahli UMNO agar majoriti pengundian dan pemelihan pada PRU kelak akan memihak lebih dua pertiga kepada BN.

"Perhimpunan Agung kali ini diadakan dalam suasana untuk menghadapi PRU ke-13 yang akan diadakan bila-bila masa saja.

"Justeru, selepas perhimpunan ini ahli-ahli UMNO akan kembali ke kawasan masing-masing dan mestilah bergerak lebih cergas," katanya.

Tambahnya, anggota UMNO perlu aktif dan bersemangat di peringkat peti undi dan mesti mengawasi pengundi-pengundi di setiap pilihan raya kerana sudah wujud kononnya satu pemindahan secara menyeluruh akan dibuat oleh pembangkang untuk menentukan kawasan-kawasan pilihan raya yang mana majoriti mereka akan ditambah agar kemenangan memihak kepada mereka.

"Ahli-ahli UMNO mesti berwaspada apabila adanya pemindahan pengundi.

"Ahli-ahli parti mesti bermuhasabah diri, bahawa setiap ahli UMNO mesti berdaftar sebagai pengundi kerana tidak ada gunanya kita melaung ke sana ke sini tetapi tidak berdaftar sebagai pengundi apatah lagi setiap undi waima satu sekalipun sangat penting untuk PRU akan datang." – MediaUMNO

Malaysia Gesa Masyarakat Antarabangsa Hentikan Penempatan Haram Israel

Posted: 07 Nov 2012 03:44 AM PST

KUALA LUMPUR, 7 Nov – Malaysia menggesa masyarakat antarabangsa mengambil tindakan tegas untuk menghentikan penempatan haram Israel, perampasan tanah dan memusnahkan kediaman, harta serta infrastruktur rakyat Palestin.

Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Datuk Hussein Haniff berkata dasar dan amalan tentang pengusiran dan perampasan Israel akan memburukkan lagi keadaan yang mengakibatkan warga Palestin semakin lemah dan mudah terdedah kepada kesengsaraan.

Katanya masyarakat antarabangsa terutama Kuartet Timur Tengah juga perlu bertindak balas terhadap sekatan pentadbiran yang diamalkan Israel serta pembunuhan secara sewenang-wenangnya.

“Sasaran pembunuhan terhadap rakyat Palestin menunjukkan pembunuhan individusecara terancang.

“Pembunuhan itu menafikan hak tertuduh untuk membuktikan mereka tidak bersalah dan mendapat perlindungan undang-undang yang sewajarnya,” katanya

ketika berucap pada Mesyuarat Jawatankuasa Ketiga Perhimpunan Agung PBB ke-67 diNew York, pada Selasa.

Teks ucapan beliau dikeluarkan di sini hari ini.

Hussein berkata Malaysia juga menggesa untuk merealisasikan hak rakyat Palestin ditentukan sendiri oleh rakyatnya melalui penyelesaian akhir konflik berkenaan.

Semasa Mesyuarat Jawatankuasa Kedua, Malaysia mendesak sistem PembangunanPBB agar mengukuhkan program bantuannya untuk membantu mengurangkan kesusahanyang dihadapi warga Palestin dan penduduk Syria di Golan, menerusi sumber mencukupi dan aktiviti operasi berkesan.

“Berhubung permohonan Palestin untuk menganggotai PBB, Malaysia mengulangisokongannya terhadap usaha Palestin mendapatkan keanggotaan penuh dalam PBB.

“Adalah menjadi harapan kami keamanan dan penyelesaian berkekalan terhadap krisis ini akan wujud tidak lama lagi untuk menamatkan kesusahan ekonomi dan sosial yang dihadapi oleh warga Palestin dan penduduk Syria di Golan,” kata wakil tetap itu.

Sementara itu, Malaysia juga menyampaikan kenyataan Asean tentang usaha badan itu untuk memperbaiki amalan hak kemanusiaan bagi pihak 10 negara anggotanya.

Hussein berkata Suruhanjaya Asean untuk Penggalakan dan Perlindungan Hak Wanita dan Kanak-Kanak (ACWC) yang ditubuhkan pada April 2010 menyaksikan kemajuan yang positif dan berkata Konvensyen bagi Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi terhadap Wanita (CEDAW) pada Januari lepas sebagai contoh.

Beliau berkata Asean percaya terdapat keperluan mengamalkan pendekatan bukanberbentuk konfrontasi dan amalan konstruktif berhubung isu serantau terutamanya, budaya yang pelbagai, agama dan tradisi dalam menggalakkan dan melindungi hak asasi manusia di rantau ini.

Kes Penyeludupan Manusia Libat Malaysia Sebagai Transit Menurun

Posted: 07 Nov 2012 03:23 AM PST

PUTRAJAYA, 7  Nov – Usaha negara memerangi penyeludupan dan pemerdagangan manusia menunjukkan kesan apabila jumlah kes membabitkan Malaysia sebagai transit penyeludupan manusia ke Australia semakin menurun.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, perkara itu disahkan Menteri Luar Australia Bob Carr pada pertemuan dengan beliau di sini pada Rabu.

“Hubungan Malaysia dengan Australia banyak berkisar kepada perjalanan manusia yang didagang di mana negara sasaran adalah Australia dan Malaysia dilihat sebagai transit, tetapi usaha kita selama ini dapat bendung perkara ini dan kita akan umumkan jumlahnya nanti,” katanya kepada pemberita selepas pertemuan itu.

Sementara itu, Hishammuddin berkata, Jabatan Imigresen yang memasuki fasa kedua transformasi menjadikan Lapang Sasar Menembak Antarabangsa Langkawi (Lisram) sebagai pusat pengumpulan data khususnya mengenai pendatang asing.

Lisram juga katanya akan dijadikan pusat latihan pegawai imigresen selain pusat menyelaras agensi yang mempunyai tugasan berkaitan seperti Jabatan Kastam, Bank Negara, Pasukan Petugas Khas mengenai Keganasan Polis Diraja Malaysia serta agensi risikan terutama dari negara yang mempunyai hubungan dua hala dengan Malaysia.

Hishammuddin berkata, proses transformasi Jabatan Imigresen akan berdasarkan tanda aras agensi antarabangsa termasuk Australia.

Sementara itu Carr yang dalam lawatan kerja lima hari ke negara ini, berkata Australia sangat menghargai kerjasama peringkat tinggi Malaysia berhubung penyeludupan manusia.

“Kami percaya Malaysia bukan sahaja rakan kongsi yang penting, tetapi juga peneraju di rantau ini dalam menghasilkan penyelesaian berinovasi untuk mengekang penyeludupan manusia. Kami percaya dengan ‘naluri’ Malaysia dalam menangani isu itu dan mahu mengeratkan kerjasama,” katanya.

Jentera Pemuda Masuk Pendalaman Untuk Edar Borang BRIM 02

Posted: 07 Nov 2012 03:17 AM PST

TENOM 7 Nov – Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tenom mengerakkan seluruh anggota jentera pemuda ke kawasan pendalaman untuk memastikan mereka yang berkelayakan mendaftar sebagai penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia 02 (BRIM02).

Ketua Pemuda Tenom, Jamawi Jaafar berkata tumpuan Pemuada UMNO bukan sahaja kepada golongan keluarga yang berpendapatan rendah malah turut membabitkan golongan belia berkelayakkan seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada pembentangan Bajet 2013 tidak lama dahulu.

"Pemuda UMNO akan turun padang ke serata ceruk terutama kawasan pendalaman bagi mengedarkan borang BRIM02, kita tidak mahu ada rakyat yang berkeleyakan ketinggalan untuk menerima bantuan kerajaan untuik meringankan bebanan terutama di kalangan golongan yang berpendapatan rendah.

"Inilah khidmat kami untuk masyarakat tanpa mengira kaum, bangsa dan fahaman politik, apa yang penting adalah bagi memastikan semua rakyat dapat menikmati hasil daripada kemajuan negara yang dipimpin oleh Barisan Nasional." katanya selepas mengedarkan borang borang BR1M 02 di Kampung Batu Tiningkang, Tenom..

Menurutnya, BRIM02 kini  diperluaskan termasuk kepada golongan belia yang belum berkahwin berumur 21 tahun, berikutan itu Pemuada UMNO berusaha bagai memastikan golongan terbabit turut menerima pemberian kerajaan.

” Semua ini dilakukan oleh kerajaan BN bagi membuktikan kerajaan BN sentiasa peka adil dan keprihatinan kepada rakyat termasuk golongan belia” jelas Jamawi.

Beliau berkata, usaha yang dilakukan oleh Pemuda UMNO itu akan dijalankan secara berterusan bagi memastikan tiada pihak yang keciciran dalam memastikan kerana ada di kalangan rakyat yang tidak menyedari menegnai bantuan yang disediakan oleh kerajaan untuk membantu mereka terutama di kawasan pendalaman.

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...