BADUT RAKYAT |
- HOT NEWS !!! ISU ASET PKNS !!! RAKYAT SELANGOR MENYAMAN KHALID GAGAP DAN PKNS !!!
- HOT NEWS !!! PEMUDA PAS MEMBELASAH NURUL IZZAH !!!
- BONGKAR !!! DIKTATOR !!! HADI AWANG SINDIR NIK AZIZ DAN ANWAR IBRAHIM ???
- HOT NEWS !!! HADI AWANG DAN ZAID IBRAHIM GILA PUBLISITI MURAHAN !!! APA CERITA NI ???
- HOT NEWS !!! KES NURUL IZZAH !!! SULTAN SELANGOR DAH MURKA ???
- HOT NEWS !!! PUTAR BELIT OLEH ANWAR IBRAHIM TERHADAP SPR TERBONGKAR !!!
- HOT NEWS !!! ISU DAN PUNCA KURANG RUMAH MAMPU MILIK DI SELANGOR TERBONGKAR !!!
| HOT NEWS !!! ISU ASET PKNS !!! RAKYAT SELANGOR MENYAMAN KHALID GAGAP DAN PKNS !!! Posted: 07 Nov 2012 03:00 PM PST Seorang peguam memfailkan saman terhadap Menteri Besar Selangor,Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) bagi menghalang penjualan aset milik PKNS kepada Private Real Estate Company (PREC).Kamarudin Ahmad,63,yang menyewa di kompleks PKNS,mendakwa beliau turut mewakili semua penyewa di kompleks tersebut.Saman itu difailkan melalui Tetuan Kamaruddin and Partners di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi jam 2.30 petang semalam.Menurutnya,tindakan menyaman Khalid dan PKNS adalah satu usaha untuk memenuhi hasrat rakyat di negeri ini supaya aset PKNS kekal sebagai harta kerajaan Selangor.Dalam writ saman itu,Kamaruddin selaku plaintif menamakan Khalid sebagai defendan pertama dan PKNS sebagai defendan kedua dalam tuntutan samannya.Kamarudin dalam penyataan tuntutannya mendakwa,defendan menjual Kompleks PKNS,Kompleks PKNS Bangi,Pusat Konvensyen SACC Shah Alam,Menara PKNS Petaling Jaya dan Wisma Yakin di Jalan Masjid India,Kuala Lumpur kepada PREC. Kamarudin turut mendakwa Khalid melanggar pindaan Enakmen PKNS 1972 yang memperuntukkan peranannya sebagai agensi pelaksana dasar Kerajaan Persekutuan mengenai dasar ekonomi baru,untuk membangunkan masyarakat perdagangan dan perindustrian Bumiputera.Menurutnya,saman ini difailkan bagi mendapatkan perintah deklarasi kerana kedua-dua defendan melanggar perkara 13 (1) (a) Enakmen Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor 1964 apabila defendan tidak mendapatkan persetujuan bertulis daripada Menteri Kewangan untuk mewujudkan syarikat PREC bagi tujuan pemindahan lima aset PKNS. Dakwanya lagi, Khalid juga melanggar Perkara 81 Perlembagaan Persekutuan dengan cara melupuskan aset PKNS sehingga menjejaskan masa depan peniaga Melayu dan Bumiputera di negeri ini.Bagaimanapun,beliau memohon agar mahkamah mengeluarkan satu perintah deklarasi agar penjualan dan pemindahan aset PKNS kepada syarikat PREC tidak sah.Katanya,sekiranya aset tersebut telah dijual,ia perlu dikembalikan semula kepada PKNS. RENUNG-RENUNGKAN |
| HOT NEWS !!! PEMUDA PAS MEMBELASAH NURUL IZZAH !!! Posted: 07 Nov 2012 11:00 AM PST Dewan Pemuda Pas hari ini 'menempelak' Nurul Izzah Anwar berhubung kenyataan kontroversinya mengenai isu kebebasan beragama di negara ini yang didakwa Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sepatutnya diguna pakai secara sama rata termasuk kepada orang Melayu.Timbalan Ketua Pemuda Pas,Nik Abdul Abduh Nik Abdul Aziz berkata,ungkapan 'tiada paksaan dalam agama' daripada ayat 256 surah al-Baqarah adalah merujuk kepada hak bukan Islam untuk kekal dalam agama mereka sebebas-bebasnya dan ia sama sekali tidak melibatkan umat Islam.Beliau berkata,sesuatu yang amat pelik dan tidak logik apabila mengatakan seorang yang lahir daripada ibu bapa yang beragama Islam,dianggap satu paksaan ke atasnya untuk memeluk Islam. Seseorang yang dilahirkan sebagai seorang muslim merupakan satu anugerah Allah untuk dirinya.Ia tidak akan begitu bersusah payah mengenal Tuhannya sebagaimana bukan muslim."Oleh kerana ia satu anugerah agung daripada Allah,adalah pelik dan tidak logik jika anugerah itu dianggap satu paksaan ke atasnya untuk memeluk Islam.Bukankah Islam itu agama fitrah yang lahir bersama kelahiran dirinya? "Justeru seorang muslim semenjak lahir tidak berhak menukar agamanya atau murtad. Ia adalah satu penderhakaan dan penghinaan terhadap Tuhannya, agamanya, ibu bapanya dan juga masyarakat. Ia telah sengaja mendatangkan kesusahan dan fitnah terhadap agama Islam dan penganutnya," katanya yang dipetik daripada akaun Facebook miliknya di sini hari ini. Ahad lalu,Nurul Izzah seperti dipetik menerusi laporan portal propembangkang Malaysiakini berkata: "Apabila anda bertanya saya,tiada paksaan dalam beragama.mengapa sesetengah pihak rasa bersalah, perkara ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, sepatutnya diguna pakai secara sama rata." Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan peserta forum Negara Islam: Versi Mana; Siapa Bertanggungjawab? iaitu sama ada orang Melayu perlu diberikan kebebasan beragama seperti orang bukan Melayu di Subang Jaya.Menurut Perlembagaan Persekutuan,Melayu di bawah Perkara 160 (2) ditakrifkan sebagai seorang yang beragama Islam,bertutur bahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat Melayu.Nik Abduh berkata,tiada pemerintah muslim yang berkuasa atau sesiapa pun boleh memaksa bukan Islam untuk memeluk agam suci itu.Ayat 'tiada paksaan dalam beragama' adalah merujuk kepada hak bukan Islam untuk kekal dalam agama mereka sebebas-bebasnya.Itu satu hak yang Allah berikan kepada manusia untuk memilih agama masing-masing. Tetapi jika Allah telah membuat pilihan (menjadikan manusia dilahirkan sebagai muslim), maka manusia itu tidak berhak untuk melanggar pilihan Allah ke atasnya. Bagaimana dibayangkan seorang muslim dipaksa untuk menjadi muslim? Bukankah dia itu telah muslim? Bagaimana dibayangkan haknya untuk menukar agama? Bukankah itu melanggar hak Allah dan hak maruah ibu bapanya juga? Bagaimana dianggap hak jika ia melanggar hak yang lain?," soal beliau |
| BONGKAR !!! DIKTATOR !!! HADI AWANG SINDIR NIK AZIZ DAN ANWAR IBRAHIM ??? Posted: 07 Nov 2012 07:32 AM PST Niat di hati sekadar nak buat gimik politik sambil menguji pengaruh,kemudian tak pasal-pasal ianya memalukan diri sendiri dan menjadi bahan lawak politik tanahair pula.Akhirnya terpaksalah Presiden PAS,Abdul Hadi Awang mengakui kenyataannya untuk bertanding di Parlimen Pekan hanyalah bertujuan untuk membuktikan dirinya bukan diktator.Tahu pun Hadi takut untuk menyerahkan tengkuknya untuk disembelih oleh para pengundi di Parlimen Pekan.Lagipun dikalangan ramai pemimpin PAS sendiri pun tak yakin Hadi akan merealisasikan gimik lawaknya itu.Kecuali,hanya Mursyidul Am PAS,Nik Abdul Aziz Nik Mat sahaja yang kelihatan seronok hingga senyum sampai ke telingga bila sahaja mendengar berita berkenaan ura-ura Presiden PAS itu mahu bertanding di Pekan,Pahang.Seronoknya Nik Aziz bukan main lagi sehinggakan terus sahaja memberi lampu hijau kepada Hadi kerana tahu dengan demikian akan tamatlah riwayat politik Hadi dalam PAS dan hilanglah satu lagi perintis cadangan Kerajaan Perpaduan (UG).Persoalan sekarang dalam keadaan ribut tak ada,angin sepoi-sepoi bahasa,mengapa agaknya perihal diktator pula yang Hadi bangkitkan ??? Tentu ada yang tersirat disebaliknya, tak begitu pembaca Badut Rkyat ??? Kira-kira sebulan lalu,Nik Aziz yang juga adalah Menteri Besar Kelantan ada membuat kenyataan media bahawa dirinya akan terus berpaut pada kuasa dan jawatan sekalipun wujud desakan yang mahukan beliau berundur atas faktor kesihatan.Manakala pada awal tahun ini pula,Mursyidul Am PAS itu pernah memberi bayangan keinginannya untuk terus bertanding dalam pilihanraya dan memegang jawatan politik sampai mati.Alasannya,jawatan politik tak sama macam jawatan kakitangan awam yang ada tempoh persaraan.Hakikatnya,hanya diktator sahaja yang berasa amat sayang pada kuasa duniawi dan agak takut untuk melepaskan kuasa dalam genggaman Dan kebetulannya,Nik Aziz memenuhi ciri-ciri tersebut.Sementara itu,tidak berapa lama dulu,Anwar Ibrahim pernah mengumumkan bahawa namanya adalah satu-satunya calon yang sudah disahkan akan bertanding dalam PRU 13 nanti,sedangkan nama pemimpin PKR yang lain masih lagi dalam pertimbangan.Mengikut fahaman Hadi Awang,hak penentuan siapa yang akan bertanding atau tidak terletak pada keputusan parti,jika keputusan mendahului parti bermakna seseorang itu adalah diktator.Jelas sekali,Anwar memenuhi ciri diktator yang dimaksudkan itu kerana Anwar telah membuat keputusan sendiri tanpa merujuk keputusan bersama pemimpin lain.Lagipun,sejak dulu hingga kini Anwar memang layak digelar diktator merangkap bapak segala nepostisme dan kronisme.Kini terlerailah sudah kenapa tiba-tiba sahaja Hadi menimbulkan isu diktator.Rupanya ia satu sindiran sinis kepada rakan separti dan sepakatan.Tak sangka ya,dalam kalut menepis gelak tawa orang ramai dengan lawak politiknya sempat lagi melepas tembakan tepat ke dahi Nik Aziz dan Anwar. RENUNG-RENUNGKAN |
| HOT NEWS !!! HADI AWANG DAN ZAID IBRAHIM GILA PUBLISITI MURAHAN !!! APA CERITA NI ??? Posted: 07 Nov 2012 04:00 AM PST Kembang dada sekejap penyokong pakatan pembangkang khususnya para balaci PAS apabila Presiden PAS,Hadi Awang tiba-tiba sahaja mengumumkan akan bertanding menentang Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen Pekan,Pahang.Hiruk piruklah para penyokong dan pemimpin pembangkang menyokong rancangan Hadi itu,tanpa diketahui itu hanyalah kisah gempak yang menjadi bahan lawak politik tanahair sahaja.Satu perkara yang perlu difahami oleh segenap lapisan masyarakat negara ini ialah,rata-rata politikus pro pembangkang sememangnya gemar buat gempak dan gila publisiti murahan.Ini realiti,sebahagian besar pemimpin pembangkang kerja mereka hanyalah bercakap dan berceramah siang dan malam,namun bab kerja buat kebajikan untuk rakyat,satu haram pun tak diambil peduli.Jika betul Hadi serius mahu mencuba nasib di Pekan,tak perlulah menunggu arahan rasmi dari PAS Pusat.Selaku Presiden parti,Hadi berhak untuk menentukan mana tempat yang sudah muktamad untuk ditandinginya.Nampak sangat temberangnya bermotifkan mencari publisiti murahan tapi akhirnya menjadi bahan lawak politik apabila berselindung pula konon menunggu arahan rasmi parti.Hakikatnya,Hadi takkan sama sekali menghulur tengkuknya untuk disembelih oleh pengundi di Parlimen Pekan.Kawasan sendiri di Rhu Rendang serta Parlimen Marang pun tak terjaga,apatah lagi nak berkhidmat bagi penduduk Pekan. Sementara itu, Zaid Ibrahim yang baru melepaskan jawatan sebagai Presiden KITA pun nampaknya mahu tumpang semangkuk memeriahkan pesta lawak politik tanahair apabila kisah Hadi mahu bertanding di Parlimen Pekan diperkatakan ramai.Zaid pun teringin namanya disebut sebagai pak lawak politik.Bekas calon PKR di Hulu Selangor ini sejak dulu lagi agak gemar mencipta kontroversi sambil mencari publisiti murahan.Beberapa tahun dulu,dialah yang atas kapasiti peribadinya menyaman hudud PAS.Tapi ditarik balik selepas Zaid menyertai PKR dan dosanya dengan PAS terus 'diampunkan',namun hingga kini beliau masih berpendapat hudud PAS bertentangan dengan perlembagaan.Peliknya hingga kini juga,pemimpin PAS masih menyalahkan UMNO dalam isu saman itu.Ajaib betul perangai pemimpin pakatan pembangkang,mereka boleh bersetuju untuk tidak bersetuju,kemudian akhir kalamnya UMNO juga yang dijadikan kambing hitam.Fobia betul mereka dengan UMNO.Apapun,sama ada Hadi mahupun Zaid,kedua-duanya dialu-alukan untuk mengotakan hasrat mereka bertanding di Parlimen Pekan.Mereka ada hak,malah Datuk Seri Najib sendiri tidak menghalang sekiranya benar mereka berminat untuk mencuba nasib.Tapi, persoalannya sekarang berapa ramai yang percaya Hadi dan Zaid akan mengambil risiko untuk dimalukan oleh rakyat Pahang khususnya pengundi di Pekan ??? RENUNG-RENUNGKAN |
| HOT NEWS !!! KES NURUL IZZAH !!! SULTAN SELANGOR DAH MURKA ??? Posted: 07 Nov 2012 12:30 AM PST Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah melahirkan rasa terkejut dan kesal dengan kenyataan Naib Presiden PKR,Nurul Izzah Anwar pada Sabtu lepas,bahawa orang Melayu Islam bebas memilih agama di bawah faktor kebebasan beragama.Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa berkata baginda juga menolak sama sekali sebarang pandangan daripada mana-mana pihak bahawa orang Melayu beragama Islam mempunyai kebebasan untuk memilih agama lain dan keluar agama Islam. "Sebagai Penasihat kepada Sultan Selangor,Mais akan terus bertegas dalam membantu baginda untuk bersikap waspada,peka dan tegas terhadap mana-mana pihak yang sama ada secara langsung atau tidak langsung mencabar kemurnian agama Islam baik dari segi fahaman mahupun amalan,khususnya di Selangor," katanya dalam satu kenyataan lewat petang tadi. Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan portal berita pro pembangkang yang memetik Nurul Izzah pada forum 'Negara Islam: Versi Mana; Siapa Bertanggungjawab' di Subang Jaya,Sabtu lepas,berkata setiap rakyat di negara ini tidak seharusnya dipaksa mengamalkan agama-agama tertentu.Bagaimanapun semalam,selepas dikritik pelbagai pihak,Nurul Izzah mengeluarkan kenyataan di dalam laman sosial 'facebook'nya menafikan bahawa beliau menyokong gejala murtad.Mohamad Adzib berkata pihaknya khuatir kenyataan seperti itu boleh mengelirukan dan mempengaruhi orang Melayu beragama Islam dalam negeri Selangor berikutan ia dikeluarkan oleh seorang pemimpin kanan parti komponen pakatan pembangkang yang mentadbir negeri itu.Beliau menegaskan bahawa berdasarkan ajaran Islam,kebebasan beragama hanya terpakai kepada orang bukan Islam yang mana mereka bebas untuk memeluk agama Islam atas kesedaran dan kemahuan diri mereka sendiri serta tanpa sebarang paksaan. "Bagaimanapun, setelah memeluk agama Islam, mereka tidak boleh dengan bebas memilih agama lain dan keluar dari agama Islam.Perkara sama terpakai kepada orang Melayu yang beragama Islam di mana orang Melayu juga tidak boleh dengan bebas memilih agama lain dan keluar dari agama Islam kerana mereka semua perlu mematuhi semua ajaran agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w" katanya. Mohamad Adzib berkata Islam juga adalah syarat yang menentukan status sebagai seorang Melayu seperti yang diperuntuk dalam Perkara 160(2) Perlembagaan Persekutuan. Justeru, beliau berkata pemikiran liberalisme atau pluralisme amat bahaya kerana akan menghakis hak kedudukan dan keistimewaan orang Melayu yang sedia termaktub dalam Perlembagaan dan undang-undang sedia ada. "Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor juga menitahkan soal-soal berkaitan agama Islam jangan dipolemikkan dan dijadikan modal politik untuk kepentingan pihak tertentu kerana boleh mengelirukan dan memesongkan fahaman umat Islam berkaitan agama Islam.MAIS bertegas bahawa apa-apa pun agenda mahupun tindakan berorientasi politik tidak boleh sekali-kali menggadai kedudukan, kefahaman dan pelaksanaan Islam di negeri Selangor khususnya dan Malaysia amnya.Walau apapun,Mais mengarahkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) membuat siasatan untuk tindakan sewajarnya," katanya. |
| HOT NEWS !!! PUTAR BELIT OLEH ANWAR IBRAHIM TERHADAP SPR TERBONGKAR !!! Posted: 06 Nov 2012 09:00 PM PST Semasa Ketua Umum PKR,Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan di majlis Himpunan Kebangkitan Rakyat anjuran PR di Seremban Sabtu lalu,beliau sekali lagi mempertikaikan kewibawaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) apabila menuduh daftar pemilih SPR dipenuhi dengan maklumat yang meragukan.Menurutnya lagi,wujud cubaan menipu dalam daftar pemilih terbaru SPR itu apabila sehingga suku keempat tahun 2011 terdapat kira-kira 1 juta pengundi baru hanya dalam jangka masa setahun.Padahal sehingga Jun 2012,mengikut rekod SPR masih terdapat sekitar 3 juta orang lagi yang belum mendaftarkan diri sebagai pengundi sekalipun ramai daripada mereka yang usianya sudah mencecah 21 tahun dan ramai juga yang sudah berusia melebihi 30 tahun.Agaknya jika lebih 70% daripada baki yang belum mendaftar itu berjaya didaftarkan,barangkali Anwar akan keliling kampung mendakwa mereka semua itu adalah pengundi hantu la gamaknya.Pendek kata,bagi Anwar peningkatan pengundi baru itu agak tidak munasabah dan tidak masuk dek akal. Keraguan Anwar itu pernah diutarakan oleh Menteri Besar Selangor,Khalid Ibrahim apabila sebelum ini juga pernah mendakwa pertambahan lebih 400,000 pengundi baru di Selangor adalah pengundi hantu.Khalid bagaimanapun selepas itu mengakui lebih 80% pengundi baru tersebut adalah pengundi baru yang sah dan hanya baki sekitar 50,000 orang sahaja lagi yang masih diragui kerana gagal dijejaki.Dek kerana gagal dijejaki maka ia menjadi keraguan bagi Kerajaan PKR Selangor,walhal sebahagian besar daripada mereka tak semestinya mendiami di alamat yang sama dengan alamat kad pengenalan tambah-tambah lagi bagi mereka yang tela berpindah rumah,bekerja atau belajar di luar negeri Selangor.Menariknya disebalik keraguan yang cuba ditimbulkan oleh Anwar terhadap kewibawaan dan kredibiliti SPR,hakikatnya hampir satu pertiga daripada pengundi baru yang didaftarkan itu adalah hasil kempen aggresif penolong-penolong pendaftar yang mewakili DAP,PKR dan PAS.Di antara tiga parti pembangkang yang bersekedudukan dalam PR itu pula,DAP menduduki di carta pertama paling ramai mendaftarkan pengundi baru manakala PAS pula berada di kedudukan kedua paling aktif mendapatkan pengundi baru.Sesuatu yang agak menarik juga,sejak wakil parti politik dibenarkan mendaftarkan pengundi baru,sejak itulah banyak betul kes-kes pengundi baru yang meragukan dijadikan isu oleh PR. Kebetulannya, banyak kes pendaftaran yang meragukan ini termasuk alamat mengarut, nama pengundi sudah meninggal dunia, tarikh lahir atau nombor ic mengelirukan, pengundi baru bawah umur serta mendaftarkan pendatang asing dan macam-macam lagi banyak melibatkan wakil-wakil dari parti pembangkang. Rupanya sendiri bikin isu,sendiri cipta keraguan kemudian sendiri juga yang buat kalut ribut semata-mata untuk menjatuhkan kewibawaan, imej baik dan kredibiliti SPR.Dua bulan lepas Anwar pernah menceritakan impiannya untuk menjadi PM bakal tercapai sambil berangan untuk memaksa SPR mengumumkan kemenangan PR seawal jam 2.30 petang hari mengundi pada PRU 13 nanti. "Jam 2.30 petang,saya akan hubungi Tan Sri SPR, (dan berkata) Tan Sri, saya dah dapat keputusan. Saya bagi peluang setengah jam, umum cara teratur dan telus. Kalau tidak, kita ambil tindakan serta-merta kepada seluruh pihak SPR," kata Anwar semasa ceramah beliau di Ampang September lalu (lihat portal AntaraPos 10 September 2012).Bila anda membaca kenyataan Anwar seperti yang disiarkan portal berita Antara Pos itu,ada dua tafsiran yang boleh anda akan fahami.Pertama,Anwar yakin dengan kemampuan dan kredibiliti SPR dan yang kedua,Anwar sanggup lakukan apa sahaja demi untuk mencapai matlamat peribadinya,by hook or by crook.Dalam pada itu,tatkala Anwar kembali kepada tabiat lamanya mempertikaikan kredibiliti SPR sebagaimana dapat dilihat dalam ceramahnya di Seremban Sabtu lalu, di majlis yang juga Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu pula secara terbuka mengumumkan bahawa PR mampu menawan Negeri Sembilan pada PRU 13 nanti. Kata Mat Sabu, "kita jangkakan hari mengundi, pada jam 7 malam kita sudah mengetahui bahawa Wisma Negeri akan ditawan PR." Makna kata,Mat Sabu menaruh keyakinan terhadap sistem pilihanraya yang SPR seliakan di masa yang sama soal keraguan pada daftar pemilih SPR pun tidak timbul.Kontradik betul.Amat berbeza dengan pendirian Anwar yang meragui daftar pemilih SPR, walaupun 2 bulan sebelumnya yakin bakal menjadi PM melalui sistem pilihanraya yang sama. Mana satu pendirian sebenar PR ??? Yakin atau terus meragui kewibawaan dan kredibiliti SPR ???? Apapun,melihat pada pelbagai pendirian yang bercanggah diantara pimpinan PR ini, telah membuktikan sesuatu pada kita rakyat Malaysia.Desas-desus dan khabar propaganda kononnya SPR tidak telus,tidak adil atau tiada kewibawaan menguruskan pilihanya yang saksama sebenarnya hanyalah polemik politik semata-mata.Lagipun,jika benar SPR tidak adil,adalah lebih baik semua negeri dan kerusi yang telah dimenangi oleh PR diadakan semula pilihanraya,tidak begitu ??? Alang-alang PR mempertikaikan kesaksamaan dan kewibawaan SPR,kenapa masih lagi mahu berpaut pada kuasa yang telah diperolehi dari sistem pilihanraya yang diragui.Bukankah hipokrit namanya tu wahai pembaca Badut Rakyat ??? RENUNG-RENUNGKAN |
| HOT NEWS !!! ISU DAN PUNCA KURANG RUMAH MAMPU MILIK DI SELANGOR TERBONGKAR !!! Posted: 06 Nov 2012 06:00 PM PST Isu kekurangan rumah kos rendah atau rumah mampu milik dan harga rumah mahal mula menyelubungi rakyat Selangor sejak setahun yang lepas. Setelah lebih tiga tahun kerajaan PKR dan dua sekutunya memerintah Selangor barulah rakyat Selangor merasai kesannya. Antara beberapa sebab yang penulis perhatikan kenapa kerajaan Selangor kurang membina rumah mampu milik dan harga rumah menjadi mahal adalah seperti berikut. 1) Kerajaan negeri dan PKNS mengejar untung 2) Tiada subsidi bayaran premium tanah 3) Harga pasir yang melambung Apabila ketiga-tiga elemen diatas dicampurkan didapati punca utama kepada permasalahan tersebut datang daripada Menteri Besar Selangor sendiri.Kerana corak pentadbiran korporat yang dibawa oleh beliau untuk memimpin negeri Selangor.Memimpin sesebuah negeri tidak sama seperti mengemudi sebuah syarikat.Memimpin negeri perlukan sebuah tanggungjawab yang besar kerana perlu menjaga jutaan rakyat dengan penuh prihatin dan perasaan kasih. Pemimpin negeri bukan sahaja bertanggungjawab untuk membangunkan negeri malah perlu memastikan pembangunan rakyat dari segenap sudut termasuk rohani dan jasmani. Pemimpin negeri tidak perlu berkejar-kejar mencari wang untuk mencatat keuntungan atau simpanan yang berbilion-bilion dan kemudiannya di hujung tahun diumumkan sebagaimana sesebuah syarikat mengumumkan keuntungan mereka setiap tahun.Apabila sesebuah kerajaan berjaya menggembirakan rakyatnya, maka rakyat dan keluarga mereka akan hidup dalam kegembiraan dan seterusnya sebuah keluarga yang bahagia akan terbina.Apabila sebuah keluarga bahagia berjaya dibina maka insan-insan dalam keluarga itu akan menjadi insan yang berjaya dari pelbagai sudut.Apabila insan yang berjaya dilahirkan insan tersebut akan menjadi peyumbang kepada pembangunan negeri serta negara. Asas untuk melahirkan seorang insan yang berjaya bermula dari rumah. Dimana-mana tempat sekali pun rumah adalah keperluan penting bagi seseorang manusia.Tidak ada manusia di dunia ini yang tidak mengimpikan untuk mempunyai rumah sendiri. Walaupun buruk atau kecil tidak menjadi masalah, yang penting rumah sendiri.Sebab itu disetiap negeri wujud anak-anak syarikat kerajaan negeri yang diberi tanggungjawab mengendalikan pembinaan rumah untuk rakyat.Di Kelantan ada PKINK, Kedah ada PKNK ,Selangor ada PKNS dan lain-lain negeri juga ada anak syarikat masing.Tugas anak-anak syarikat ini adalah membina rumah-rumah bagi rakyat-rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana.Untuk rumah-rumah mewah pemaju swasta yang uruskan.Namun di negeri Selangor dibawah pemerintahan PKR kini fungsi PKNS telah jauh berubah. PKNS bukan lagi pemain utama untuk membangunkan rumah-rumah mampu milik bagi golongan berpendapatan rendah atau sederhana,sebaliknya PKNS pula yang bersaing dengan pemaju-pemaju lain untuk membina rumah mewah.Punca utama mengapa PKNS menjadi begitu adalah kerana corak pentadbiran korporat yang dibawa oleh Khalid Ibrahim.PKNS juga perlu wang yang banyak untuk mewujudkan pelbagai jawatan dan peluang perniagaan untuk kroni-kroni PKR. Pembinaan rumah mampu milik lebih kepada tanggungjawab dan ia tidak memberi untung yang lumayan. Pembinaan rumah-rumah mewah pula sudah tentu memberi untung yang berkali-kali ganda. Apabila untung berganda-ganda maka barulah gah untuk Pengerusi PKNS umumkan jumlah keuntungan yang dicatatkan mereka pada sidang akhbar setiap tahun.selain itu boleh juga mereka bayar elaun-elaun lumayan kepada kroni-kroni mereka.Dalam masa yang sama ahli-ahli politik PKR,PAS dan DAP boleh jual temberang PKNS mencatatkan keuntungan yang jauh lebih baik dibawah pentadbiran mereka berbanding dengan pentadbiran BN.Apabila hasil PKNS naik berkali-kali ganda daripada jualan rumah-rumah mewah maka hasil kerajaan negeri juga akan bertambah. Apabila hasil kerajaan negeri bertambah maka bertambah meriahlah pentas-pentas ceramah PKR, PAS dan DAP dengan temberang pemimpin-pemimpin mereka. Mereka galak menjual temberang penambahan pendapatan kerajaan negeri dan PKNS tetapi dibawah sana ramai rakyat yang menangis kerana tidak mampu membeli rumah kerana harga terlalu mahal. Kenapa rumah di Selangor semakin mahal sejak beberapa tahun ini ??? ANDA NAK TAHU JAWAPANNYA ??? UNTUK SELANJUTNYA RENUNG-RENUNGKAN |
| You are subscribed to email updates from BADUT RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.







No comments:
Post a Comment