UMNO Online - “Datuk Ahmad Maslan Pengerusi Baru Pertubuhan Alumni Kelab-Kelab UMNO Luar Negara” plus 9 more

UMNO Online - “Datuk Ahmad Maslan Pengerusi Baru Pertubuhan Alumni Kelab-Kelab UMNO Luar Negara” plus 9 more

Link to UMNO Online

Datuk Ahmad Maslan Pengerusi Baru Pertubuhan Alumni Kelab-Kelab UMNO Luar Negara

Posted: 11 Nov 2012 07:19 AM PST

KUALA LUMPUR, 11 Nov – Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Ahmad Maslan dilantik sebagai pengerusi baru Pertubuhan Alumni Kelab-Kelab UMNO Luar Negara bagi menggantikan Datuk Mohamad Rais Zainuddin setelah menang tanpa bertanding dalam  mesyuarat agung pertubuhan tersebut  yang berlangsung di Putra World Trade Center (PWTC) hari ini.

Beliau yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu telah dilantik dengan sebulat suara  untuk menjawat jawatan tersebut di dalam mesyuarat agung tersebut.

Selain itu, Pengarah Urusan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) Prof. Dato Dr. Sr.Kamarul Rashdan Salleh telah dipilih sebagai Timbalan Pengerusi kelab tersebut, manakala jawatan Naib Pengerusi 1 pula disandang oleh Zulhisyham Nazri dan Datuk Mokhrazinin Mokhtar pula telah dipilih untuk menjawat jawatan Naib Pengerusi 2 kelab tersebut.

Manakala bekas pengerusi pertubuhan tersebut, Datuk Mohamad Rais Zainuddin yang juga merupakan bekas exco kerajaan Negeri Sembilan telah dilantik sebagai ahli Kehormat kelab tersebut.

Bebas Pilih Agama… Kenyataan Bodoh, Melampau – Tun Mahathir

Posted: 11 Nov 2012 04:55 AM PST

LANGKAWI, 11 Nov - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar berhubung kebebasan beragama adalah satu tindakan bodoh dan melampau.

Beliau berkata orang Islam tidak boleh menukar agama sesuka hati, dan orangbukan Islam mempunyai hak untuk mengamalkan agama masing-masing tanpa ada sebarang paksaan daripada mana-mana pihak.

“Tak tau lah (Nurul Izzah) yang mahukan kebebasan dan berpolitik sampaitiada had. Kita orang Islam mana boleh tukar agama sesuka hati, tapi orang lainnak tukar mereka punya hal lah.

“Dalam Perlembagaan, masing-masing boleh amalkan agama mereka tanpa ada sekatan. Orang Islam dengan cara orang Islam dan kaum lain dengan agama masing-masing,” katanya ketika ditemui pada Kejohanan Paintball Piala Dunia Asia (WCA) 2012 di Dewan Mahsuri, Padang Mat Sirat Ahad.

Dr Mahathir berkata walaupun negara ini mempunyai ramai penduduk Islam dan diiktiraf oleh dunia sebagai negara Islam, ia tidak bermakna orang bukan Islam dipaksa menerima agama persekutuan itu.

Laporan portal berita pro pembangkang pada 3 Nov memetik Nurul Izzah sebagai berkata:Rakyat tidak seharusnya dipaksa menganut agama tertentu dan perkara ini juga patut terpakai kepada orang Melayu.

“Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama…bagaimana seseorang itu boleh berkata, maaflah, ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, ia sepatutnya diguna pakai secara sama rata,” katanya.

Beliau berkata demikian pada forum bertajuk ‘Negara Islam: Versi Mana; Tanggungjawab Siapa?’ di Subang Jaya pada 3 Nov.

Kenyataan Nurul Izzah Mempolitikkan Akidah, Jadikan Agama Gadaian

Posted: 11 Nov 2012 04:16 AM PST

SANDAKAN, 11 Nov – Kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar bahawa orang Melayu Islam boleh memilih agama di bawah faktor kebebasan agama boleh menimbulkan suasana yang bukan sahaja sensitif tetapi boleh menimbulkan kemarahan.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata tindakan itu bersifat mempolitikkan akidah dan menjadikan agama sebagai gadaian.

“Sebagai menteri yang bertanggungjawab untuk keselamatan, itu tidak akan kita benarkan.

“Jika dicampuradukkan politik dan pendekatan cakap tidak serupa bikin dengan agama dan isu kaum, ia memberi kesan yang boleh menjejaskan keselamatan negara,” katanya selepas merasmikan Program Rela Sabah Bersama Pemimpin di sini hari ini.

Hishammuddin berkata beliau ingin mengetahui jawapan Pas kepada hujah Nurul Izzah itu kerana dahulu UMNO dikafirkan kerana berkawan dengan MCA dan Gerakan.

“Sekarang ini isu begitu sensitif, boleh diterima pula oleh Pas yang menunjukkan mereka tidak konsisten dalam pendirian mereka,” katanya.

Laporan portal berita pro pembangkang pada 3 Nov memetik Nurul Izzah sebagai berkata:

Rakyat tidak seharusnya dipaksa menganut agama tertentu dan perkara ini juga patut terpakai kepada orang Melayu.

“Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama…bagaimana seseorang itu boleh berkata, maaflah, ini (kebebasan beragama) hanya terpakai  kepada orang bukan Melayu, ia sepatutnya diguna pakai secara sama rata,” katanya.

Beliau berkata demikian pada forum bertajuk ‘Negara Islam: Versi Mana; Tanggungjawab Siapa?’ di Subang Jaya pada 3 Nov.

Yayasan Veteran Malaysia Ditubuh Untuk Bantu Anggota Parti

Posted: 11 Nov 2012 04:05 AM PST

KUALA TERENGGANU, 11 Nov – Yayasan Veteran Malaysia (YVM) yang baru ditubuhkan kelmarin, menyasarkan penyertaan sekurang-kurangnya separuh daripada kira-kira 748,000 veteran UMNO yang berumur 60 tahun ke atas.

Setiausaha Vetaran UMNO Pusat,  Datuk Mustapa Yaakub berkata YVM akan mengemukakan permohonan penubuhannya, yang mendapat persetujuan Veteran UMNO, kepada Pejabat Pendaftar Pertubuhan untuk kelulusan dalam masa terdekat.

“Tujuan YVM ditubuhkan adalah untuk menjalankan kegiatan kepada seluruh anggota dan keluarga veteran parti itu di seluruh negara.

“Semua anggota UMNO yang berumur 60 tahun ke atas, secara automatik dianggap sebagai veteran UMNO dan mereka layak menjadi anggota YVM,” katanya sempena penutupan Perhimpunan Agung Tahunan Veteran UMNO Malaysia ke-5 hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said dan Pemangku Pengerusi Veteran UMNO Pusat Datuk Mohd Zaid Sirat.

Mustapa berkata ketika ini, terdapat kira-kira 748,000 veteran UMNO daripada tiga juta anggota parti itu di seluruh negara, dan beliau yakin ia mampu menjadi sebuah yayasan yang kuat jika setiap veteran menganggotainya.

Ditanya bentuk kegiatan kebajikan bakal dilaksanakan yayasan itu, Mustapa berkata ia membantu pelajar miskin menerusi pemberian biasiswa, membantu anak serta keluarga veteran UMNO yang miskin dan menyediakan bantuan khairat kematian anggota dan keluarga YVM.

“Kita harap dengan tertubuhnya yayasan itu, ia dapat membantu dan memberi faedah kepada anggota veteran dan keluarga mereka,” katanya.

Sebagai sokongan kepada penubuhan yayasan itu, Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said bagi pihak kerajaan negeri, turut meluluskan bantuan pelancaran yayasan tersebut berjumlah RM50,000.

1MOCC To Be Launched Tomorrow

Posted: 11 Nov 2012 01:32 AM PST

KUALA LUMPUR, Nov 11 – The government is introducing another new innovation in the public service through the implementation of ’1Malaysia One Call Centre’(1MOCC), aimed at facilitating communication between the public and government agencies.

The Administrative Modernisation and Management Planning Unit (MAMPU), in a statement here today, said that the public could make enquiries, complaints or give suggestions to the various government agencies by calling the common reference number 03 8000 8000.

Using the concept of single point of contact, the 1MOCC is a National Flagship project under the National Blue Ocean Strategy.

It provides five communication channels, telephone, short messaging system, facsimile, e-mail and social media.

Implementation of the first phase of 1MOCC involves 21 government agencies, comprising the Prime Minister’s Department and its agencies, Immigration Department, Road Transport Department and National Registration Department.

It is led by MAMPU with the involvement of the Finance Ministry, Public Service Department, Putrajaya Corporation and TM as strategic partners.

The second phase will involve all government departments and agencies in Putrajaya, while the third phase, to involve all government departments and agencies.

Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak is scheduled to launch 1MOCC in  Putrajaya tomorrow.

Be Wary Of Anti – Government NGOs, Salang Reminds Sarawak Rural Folks

Posted: 11 Nov 2012 01:29 AM PST

JULAU (Sarawak), Nov 11- The upcoming 13th General Elections is prompting non-governmental organisations to make their presence felt in Sarawak’s rural areas, said Deputy Information, Communications and Culture Minister Datuk Joseph Salang.

He said while the people could welcome those with the right objectives, they should be wary of those out to simply instigate them against the government.

He said this when launching the state-level Komuniti 1Malaysia Himpunan Kasih Sayang gathering organised by the state Information Department at  Rh.Jelian, Nanga Matop near here today.

“Just yesterday, I was told a NGO group had came to Pakan where the organisers invited local longhouse chiefs to come for a gathering at a longhouse.

“Towards the end of the gathering, they begun to talk about the perimeter survey initiative of the government which they alleged was just a ploy of the government to allow  elected representatives to seize land of the peole,” he said.

Salang said the majority of the longhouse chiefs, disappointed with such blatant accusations, left the gathering.

“These NGOs if they want to talk about politics, should not use their organisation to talk about politics.

“It is better that you use the platform of political parties that you are aligned to so as not to confuse the people,”he said.

Salang who has been re-nominated by state BN component party Parti Rakyat Sarawak(PRS) to defend his Julau parliamentary seat for his fourth term, said the perimeter survey was to basically decide the boundaries between state and NCR (Native Customary Right) lands.

“It is the intention of the government to later do the individual survey to give landowners the title to their lands,” he said.

On the coming election, he said the people should not regard it as a cockfighting contest.

“It is a very serious business.It is about electing the government of the day. It is about charting the path for the country’s future development and progress and the people’s wellbeing and prosperity,” he said.

At the function Salang presented  food items, wheelchairs and financial aid to selected rural folks.

Empat NGO Buat Laporan Terhadap Nurul Izzah

Posted: 11 Nov 2012 01:20 AM PST

KLANG, 11 Nov - Empat badan bukan kerajaan (NGO) hari ini membuat laporan polis terhadap Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar berikutan kenyataan kontroversinya mengenai kebebasan beragama untuk orang Melayu.

Laporan dibuat di Balai Polis Meru di sini oleh Gerakan Masyarakat Prihatin Meru, Persatuan Penduduk Taman Datuk Bandar Meru, Persatuan Penduduk Kariah Kampung Haji Mohamad Sharif Meru dan Persatuan Kariah Surau Haji Kamarudin Meru pada pukul 1 tengah hari Ahad.

Mereka meminta polis menyiasat kenyataan Nurul Izzah itu yang didakwa berbaur hasutan.

Pengerusi Gerakan Masyarakat Prihatin, Jaya Kusuma Rosman berkata Nurul Izzah yang juga Anggota Parlimen Lembah Pantai perlu bertanggungjawab sekiranya ada orang Melayu yang murtad ekoran kenyataannya itu.

Beliau berkata Nurul Izzah juga perlu meminta maaf kepada orang Melayu danberjanji tidak akan mengulangi kenyataannya itu lagi.

Laporan portal berita pro pembangkang pada 3 Nov memetik Nurul Izzah sebagaiberkata:

Rakyat tidak seharusnya dipaksa menganut agama tertentu dan perkara ini juga patut terpakai kepada orang Melayu.

“Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama…bagaimana seseorang itu boleh berkata, maaflah, ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, ia sepatutnya diguna pakai secara sama rata,” katanya.

Beliau berkata demikian pada forum bertajuk ‘Negara Islam: Versi Mana; Tanggungjawab Siapa?’ di Subang Jaya pada 3 Nov.

Malaysia Berpotensi Jadi Hub Penunggang Motosikal Kuasa Tinggi Serantau – PM

Posted: 11 Nov 2012 01:18 AM PST

PUTRAJAYA, 11 Nov - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berharap golongan penunggang motosikal berkuasa tinggi di negara ini akan bertambah kerana Malaysia berpotensi menjadi hub penunggang motosikal jenis itu di rantau ini.

Berucap menutup 1Malaysia Bike Week (1MBW) di perkarangan Istana Kehakiman di sini hari ini, Najib berkata beliau tidak fikir ada negara lain di Asean yang mempunyai jumlah penunggang motosikal berkuasa tinggi seramai itu.

“Saya menganggap ini sebagai titik permulaan kepada masa depan di mana kegiatan menunggang ini akan memuncak dan akan bercambah kepada bilangan yang jauh lebih besar lagi,” katanya.

Turut hadir Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Pengerusi Eksekutif Superbikes Association of Malaysia (SAM), Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Presiden Perbadanan Putrajaya Tan Sri Aseh Che Mat dan Presiden SAM Datuk Abdul Halim Suleiman.

Acara pada pada Ahad, turut diiktiraf oleh Malaysia Book of Records sebagai ekspedisi motosikal berkuasa tinggi terbesar dengan 438 motosikal dan 536 peserta serta perhimpunan terbesar motosikal berkuasa tinggi dengan 6,630 motosikal dan 7,740 peserta.

Najib berkata konvoi 1MBW yang bermula Selasa lalu dan disertai 536 peserta yang menunggang 438 motosikal itu mampu mengubah persepsi orang ramai terhadap mereka yang selama ini dianggap golongan elitis.

Beliau berkata ini kerana di sepanjang konvoi sejauh 1,828 kilometer bermula di Johor ke sekitar semenanjung itu, mereka turut menawarkan khidmat bakti sosial termasuk melawat orang sakit, membantu orang miskin dan menjalankan kerja pembersihan.

“Ini merupakan sumbangan yang amat bermakna kepada masyarakat setempat. Ia memperlihatkan golongan ini juga sebahagian rakyat yang cintakan negara, mahu berkhidmat kepada masyarakat dan menyumbang kepada kesejahteraan negara,” katanya.

Najib berkata peserta pengembaraan seperti itu juga dapat melihat beberapa aspek dan dimensi baru negara yang menjadikan mereka lebih cintakan negara.

Beliau berkata ini termasuk sistem rangkaian jalan yang baik yang disediakan kerajaan, pembangunan seimbang antara desa dan pekan, keamanan dan keharmonian rakyat pelbagai bangsa dan kehijauan alam semulajadi.

“Saya kira ini semua akan menjadikan kita sebagai rakyat yang lebih cinta kepada negara kita, yang ingin menyumbang dan mempertahankan apa yang sudah kita warisi selama ini supaya kita sebagai generasi baru akan berjuang bersama-sama dengan kerajaan menjadikan negara kita jauh lebih baik pada masa-masa yang akan datang,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Zahid dalam ucapannya sebelum itu mengemukakan tiga permintaan iaitu supaya kerajaan menurunkan cukai import, cukai jalan dan kadar premium insurans bagi motosikal berkuasa tinggi.

Beliau turut meminta agar syarikat pemasangan motosikal tempatan diberi permit untuk memasang motosikal berkuasa tinggi di negara ini, berbanding pada masa ini apabila kenderaan itu 100 peratus diimport.

Najib berkata pertimbangan sewajarnya akan diberi terhadap permintaan tersebut.Beliau turut berharap 1MBW dijadikan acara tahunan dengan Putrajaya dikekalkan sebagai destinasi akhir.

1,500 NGO Dijangka Sertai Himpunan Barisan 1 Malaysia 24 November Ini

Posted: 11 Nov 2012 01:14 AM PST

KUALA LUMPUR, 11 Nov – Himpunan Barisan 1 Malaysia yang melibatkan lebih 1,500 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang akan diadakan bertempat di Dewan Merdeka di Putra World Trade Center (PWTC)  pada 24 November  ini dijangka bakal menjadi satu perhimpunan NGO yang terbesar yang pernah diadakan di negara ini.

Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan, selain daripada penglibatan NGO-NGO di seluruh negara, ia juga akan turut  disertai oleh wakil-wakil daripada agensi kerajaan, swasta, yayasan, koperasi, GLC, kumpulan belia dan pelajar institusi pengajian tinggi yang terdiri dari pelbagai kaum.

"Himpunan yang bertemakan Untuk Masa Depan Rakyat ini bertujuan untuk menjelaskan tentang konsep dan dasar Gagasan 1 Malaysia, dasar transformasi Nasional dan Negara Maju. Selain itu, ia bertujuan untuk mendapatkan maklum balas dan pandangan umum tentang dasar-dasar negara di mana satu borang kaji selidik akan diberikan kepada mereka yang terlibat.

"Himpunan yang bakal dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak itu turut menjemput lima tokoh terkenal di dalam negara yang akan membincangkan isu-isu semasa dalam bidang sosial, ekonomi, pendidikan, agama dan lain-lain," katanya pada sidang media Himpunan Barisan 1 Malaysia di PWTC hari ini.

Antara tokoh-tokoh yang bakal hadir dalam himpunan tersebut ialah Prof. Dr. Sivamurugan, Prof. Dato Dr. Zaleha Kamaruddin, Tan Sri Lee Lam thye, Prof. Dr. Chandra Muzaffar dan Dato Dr. Mohd Fadzilah Kamsah. Selain itu, Prof. Madya Dr. Ridhuan Tee dan Tan Sri Ibrahim Abu Shah turut dijemput sebagai moderator program tersebut.

Menurut beliau lagi, program Himpunan Barisan 1 Malaysia yang diadakan secara percuma itu dan dijangka akan disertai lebih kurang empat ribu wakil daripada NGO-NGO akan  bermula pada pukul lapan pagi dan berakhir kira-kira pada pukul dua petang.

"Para peserta yang hadir juga boleh mengemukan soalan-soalan berkenaan apa jua kemusykilan mereka tentang dasar-dasar negara kepada ahli panel yang terlibat secara langsung melalui sesi soal jawab yang akan berlansung lebih kurang 30 minit di dalam program tersebut,"

"Ini merupakan satu peluang dan ruang yang terbaik bagi wakil-wakil daripada NGO-NGO dan juga lain-lain untuk mengutarakan pendapat dan pandangan mereka di mana setiap cadangan itu akan direkod dan akan diambil kira oleh pihak kerajaan bagi menambah baik sistem dan dasar kerajaan yang sedia ada," ujarnya.

Sarapan pagi dan makan tengahari juga akan turut disediakan kepada para peserta yang terlibat disamping turut dihiburkan oleh beberapa kumpulan artis yang terdiri dari pelbagai kaum dan pelbagai genre muzik antaranya ialah kumpulan Rabbani dan lain-lain. -MediaUMNO

Teknologi Membran Lebih Sesuai Untuk Industri, Bukan Isi Rumah

Posted: 10 Nov 2012 08:53 PM PST

KUALA LUMPUR, 11 Nov – Teknologi membran yang disaran Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai kaedah merawat air tidak sesuai untuk kegunaan isi rumah kerana sistem itu merupakan kaedah penapisan air sisa untuk kegunaan industri, kata seorang pakar pengurusan air.

Dr Ahmad Zaharuddin Sani Sabri berkata teknologi membran kebanyakannya diguna secara mudah alih dan sering diguna oleh industri untuk memproses air yang telah diguna sebelum dilepaskan ke dalam sistem air sedia ada.

“Membran boleh juga digunakan untuk memproses air kumbahan kerana air kumbahan merupakan sebahagian daripada air sisa,” katanya kepada Bernama di sini.

Beliau berkata kelebihan teknologi itu hanya setakat membersihkan air untuk industri yang boleh diguna semula dalam industri atau operasi kilang.

“Selalunya bagi operasi-operasi kilang seperti kilang getah yang memerlukan penggunaan air yang tinggi yang kemudiannya diproses kembali dan diguna pakai semula dalam kilang tersebut,” katanya.

Ahmad Zaharuddin yang juga seorang pensyarah kanan, berkata kerajaan Selangor gagal melihat aspek penting bahawa teknologi membran merupakan system yang memerlukan air mentah dan isu itu yang harus diutamakan.

“Bagaimanakah kita dapat memproses air jika kita tidak mempunyai bekalan air mentah? Isunya ialah adakah kita mempunyai air mentah yang mencukupi untuk diproses menjadi air bersih? Itu merupakan pertanyaan yang cukup besar,” katanya.

Mengenai pelbagai kenyataan oleh pemimpin kerajaan Selangor bahawa negeri itu mempunyai sumber air mentah yang mencukupi, Ahmad Zaharuddin berkata ramai yang salah sangka berhubung isi tersebut kerana mereka bersandarkan fakta hujan dan sungai yang banyak di Malaysia.

“Tetapi pernah kita terfikir sama ada hujan yang kita nikmati setiap hari ini, ditakung? Adakah kita menyimpan hujan untuk diproses?” tanya beliau.

Katanya walau sebanyak mana hujan yang turun di merata tempat, air hujan itu tidak boleh dipanggil air mentah untuk diproses jika tidak turun di kawasan takungan.

Beliau berkata jika kerajaan Selangor mahu menggunakan teknologi membran, ia perlu mewajibkan semua industri di negeri itu menggunakan teknologi berkenaan bagi menyelesaikan sebahagian daripada masalah isu air mentah.

Ahmad Zaharuddin juga berkata jika teknologi membran digunakan sebagai alternatif, kerajaan negeri itu perlu memikirkan tentang kos yang akan ditanggung bertahun-tahun apabila terpaksa menukar peralatan yang sedia ada.

Dalam temu bual menerusi rancangan “Soal Jawab” yang disiarkan TV3 baru-baru ini, Pengarah Eksekutif Jabatan Bekalan Air Suruhanjaya Pengurusan Air Negara (SPAN), Marzuki Mohammad, berkata kos rawatan air teknologi membran adalah jauh lebih tinggi berbanding loji rawatan konvensional, iaitu di antara lima hingga enam kali ganda.

Beliau merujuk kepada kenyataan Abdul Khalid bahawa teknologi itu membabitkan kos yang lebih rendah.

Ahmad Zaharuddin juga mempersoalkan hasrat kerajaan Selangor hendak menggunakan teknologi membran dari Kanada sedangkan Malaysia mempunyai kepakaran tersebut.

“Kita mempunyai kepakaran dalam teknologi membran di pusat membran sendiri di Universiti Teknologi Malaysia dan Universiti Malaysia Sabah,” katanya.

Beliau berkata rakyat Malaysia lebih memahami suasana yang ada di Negara sendiri berbanding orang luar yang hanya berminat untuk menjual teknologi mereka atau berniaga di negara ini.

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...