BADUT RAKYAT |
- KANTOI !!! FUZIAH SALLEH DAN PR MENIPU RAKYAT MALAYSIA !!! LYNAS BOLEH BEROPERASI !!!
- HOT NEWS !!! WAYANG WAN AZIZAH SEBAGAI PELAKON KINI KEMBALI !!! APA MAKNANYA SEMUA INI ???
- HOT VIDEO !!! RAKAMAN PENUH 'KEBEBASAN BERTUKAR AGAMA' DARI SUDUT ISLAM DAN PERLEMBAGAAN !!!
- HOT NEWS !!! KISAH SEBENAR JELAJAH ANWAR IBRAHIM DI TERENGGANU TERSEBAR !!!
- HOT NEWS !!! @NOHOMAR MEMBANTAI YAYASAN SELANGOR KAW-KAW !!!
| KANTOI !!! FUZIAH SALLEH DAN PR MENIPU RAKYAT MALAYSIA !!! LYNAS BOLEH BEROPERASI !!! Posted: 11 Nov 2012 07:30 AM PST Mahkamah Tinggi telah memutuskan bahawa Lynas Advanced Material Plant (LAMP) boleh memulakan operasi sekali gus menolak permohonan untuk melanjutkan perintah injunksi interim (sementara) terhadap Lesen Operasi Sementara (TOL) ke atas syarikat tersebut.Pihak yang menentang Lynas yang menamakan diri mereka sebagai 'penduduk Kuantan' diwakili peguam Datuk Bastian Pius Vendargon,menyatakan akan membuat rayuan supaya mahkamah membekukan TOL bagi menghentikan operasi LAMP dalam masa dua hari.Yang menghairankan ialah 'penduduk Kuantan' ini terdiri secara majoritinya dari kaum Cina.Manakala,kumpulan pekerja dan penyokong Lynas pula majoritinya adalah Melayu.Ketika keputusan diumumkan,kira-kira 500 orang yang rata-ratanya beragama Islam itu turut berulang kali melaungkan takbir sebagai tanda meraikan kejayaan sebaik sahaja dimaklumkan keputusan Hakim,Datuk Mariana Yahya yang memihak LAMP.Ramai di antara kalangan pekerja tersebut menangis dan menadah tangan berdoa tanda bersyukur kepada Allah SWT di atas keputusan itu yang sekali gus menjamin periuk nasi mereka tidak terjejas. Secara logiknya,pekerja-pekerja di sesebuah kilang adalah merupakan penduduk di sekitar kawasan berdekatan.Ini kerana objektif sesebuah pelaburan adalah juga untuk memberi pekerjaan kepada penduduk setempat,selain membangun kawasan itu dan menjana kewangan negara. Justeru, siapakah mereka yang menentang Lynas dan memakai nama 'penduduk Kuantan' itu jika mereka bukan terdiri dari penduduk sekitar ??? Dan apakah sebenarnya motif mereka ??? Selama ini yang menjadi juara isu Lynas adalah PKR dan kaum Cina.Kesungguhan mereka menentang Lynas dan menolak bukti-bukti saintifik yang dibentangkan oleh pakar antarabangsa,menimbulkan kehairanan dan syak wasangka.Mereka telah melakukan berbagai-bagai usaha di merata tempat secara tersusun sekali gus membuktikan terdapat penaja atau dalang di belakang mereka.Namun,dengan segala usaha dan dana yang ada,pihak mereka masih tidak dapat membentangkan hujah balas atau bukti saintifik juga bagi mengesahkan tuduhan mereka bahawa Lynas tidak selamat.Maka jelas sekali bahawa penentangan mereka terhadap Lynas adalah satu penentangan kosong,kalau pun tidak mempunyai agenda atau motif tersirat. Ia bukan berkenaan alam sekitar, jauh sekali prihatin terhadap kesihatan penduduk Gebeng.Lagipun,sejak bila kita mendengar kaum kiasu ini prihatin terhadap nasib kaum lain ??? Apakah niat mereka sebenarnya ??? saya bukan berniat untuk menjadi prejudis perkauman,tetapi sikap kiasu kaum ini sudah terbukti di bawah pemerintahan DAP di Pulau Pinang dan juga di Singapura. Selain itu,sesiapa sahaja yang pernah melalui pengalaman bekerja di bawah golongan ini pasti tahu apa yang saya maksudkan.Namun,sikap mereka bukanlah isu.Isunya ialah kenapa dan mengapa mereka sanggup berhabis-habisan,mengerahkan tenaga dan masa untuk menegakkan sebuah auta ??? Apakah benar ia hanya strategi mencari publisiti bagi politik PKR atau PR ??? Atau apakah ia ada kena mengena dengan ancaman kilang ini terhadap dominasi negara China sebagai pengeluar nadir bumi terbesar ??? Melihat dari apa yang berlaku,tampak seolah-olah PKR atau PR hanya menumpang isu untuk menghentam kerajaan dan tidak lebih dari itu.Apa yang lebih jelas ialah ia merupakan satu agenda kaum Cina untuk menggagalkan operasi kilang ini sekali gus memburukkan imej kerajaan Malaysia selain mengganggu kestabilan dalam negara.Motif ??? Sukar dipastikan.Tetapi jika ia adalah untuk menjaga kepentingan negara China,maka tidak hairanlah kenapa kesetiaan mereka terhadap negara ini masih menjadi tanda-tanya.saya turut tumpang bergembira dan bersyukur kerana kilang itu sudah boleh beroperasi dan ini bermakna ramailah yang bakal berpeluang mencari rezeki.Alhamdulillah... RENUNG-RENUNGKAN |
| HOT NEWS !!! WAYANG WAN AZIZAH SEBAGAI PELAKON KINI KEMBALI !!! APA MAKNANYA SEMUA INI ??? Posted: 11 Nov 2012 04:00 AM PST Muka depan Sinar Harian memaparkan gambar pelakon airmata terhebat,Datin Seri Wan Azizah yang memulakan karier lakonannya pada tahun 1998 iaitu sejak suaminya dipecat dari kerajaan kerana meliwat.Kali ini,Wan Azizah melakonkan watak sedih seorang ibu yang kasihankan anaknya,Nurul Izzah yang berhadapan dengan serangan berbagai pihak akibat mengeluarkan kenyataan yang 'politically incorrect' bagi partinya,berkenaan kebebasan beragama bagi Umat Islam.Wan Azizah menyalahkan media kononnya memutarbelitkan kenyataan anaknya dan kononnya ia adalah serangan politik dari pihak lawan sebagaimana yang dialami oleh suaminya ketika dituduh meliwat dan terlibat dalam pluralisme dan liberalisme.Nurul Izzah sebelum ini mendakwa akan menyaman akhbar-akhbar yang dituduh memutarbelit kenyataannya.Namun,seperti juga bapanya ketika menuduh media memutarbelit kenyataannya mengenai sokongan terhadap Israel sebelum ini,mereka hanya memilih untuk menyaman akhbar berbahasa Melayu atau pro-kerajaan seperti Utusan Malaysia. Dalam kes bapanya itu, yang mula-mula menyiarkan kenyataannya adalah The Wall Street Journal dan dalam kes Izzah,adalah Malaysiakini tetapi nampaknya Izzah dan bapanya langsung tidak berminat untuk menyaman media tersebut,malah tidak langsung menafikan laporan mereka.Sedangkan, akhbar pro-kerajaan hanya memetik laporan dari sana,kemudian menyiarkan ulasan,pandangan serta pendapat berbagai pihak terhadap kenyataan mereka pula yang menjadi sasaran serangan mereka.Walaupun tiada putar-belit,tiada manipulasi dalam laporan yang dibuat media ini,tetapi Izzah nampaknya menjadi tidak tentu arah sekali. Risau sekali Izzah dan keluarganya apabila terserlah pendiriannya yang 'longgar' terhadap soal murtad.Melihat laporan ala novel sedih di Sinar Harian mengenai Wan Azizah,tidak salah jika dikatakan bahawa Izzah benar-benar tertekan.Manakan tidak tertekan,apabila sebelum ini,suaminya sering menafikan yang beliau terlibat dalam pluralisme dan liberalisme,tetapi kini anaknya pula seolah-olah mengesahkannya. Dari kenyataan Izzah,sekali lagi segala bukti mengenai fahaman Anwar dibangkitkan.Ucapan-ucapannya yang kontroversi yang jelas menyatakan bahawa 'semua agama adalah sama', kembali dipaparkan oleh para blogger. Rakan-rakannya di dalam ABIM yang telah lama meragui dan menghentamnya berkenaan isu ini boleh saja muncul membuat kenyataan mengesahkan fahamannya.Pendek kata,begitu banyak bukti dan saksi yang mampu membuktikan fahaman plural dan liberal Anwar. Mungkin menyedari betapa sukarnya untuk membela diri dari tuduhan menganut fahaman pluralisme dan liberalisme,maka strategi keluarga ini bagi memulihkan pandangan ramai terhadap Izzah hanyalah dengan meraih simpati.Untuk itu lah maka Wan Azizah pelakon handalan,perlu memainkan peranan di muka depan.Strategi ini mungkin berkesan jika tujuannya adalah untuk meraih simpati untuk Wan Azizah,tetapi lebih dari itu ia hanya menunjukkan betapa lemahnya Nurul Izzah. Nurul Izzah yang selama ini menonjolkan diri sebagai politikus lantang dan tidak berfikir panjang untuk menyerang tiba-tiba memperlihatkan dirinya sebagai wanita yang lemah, tidak berdaya atau mangsa kerakusan politik lawan. Sedangkan, hakikatnya, Nurul Izzah bukan mangsa, beliau adalah ahli politik dan pemimpin. Beliau bukan bermain ombak atau membuat rumah di tepi pantai, tetapi beliau sedang berenang di tengah lautan atas pilihannya sendiri dengan berani sekali. Justeru, jika beliau membuat kenyataan, beliau wajib bertanggungjawab ke atasnya. Jika beliau mempunyai pendirian bahawa Umat Islam perlu bebas menukar agama, maka beliau wajib mempertahankan pendiriannya, dengan tegas dan lantang juga biar apa jua kritikan, kecaman mahupun hukuman yang bakal diterima. Nurul Izzah pernah menuduh dengan lantang dan keras kononnya Perdana Menteri terlibat dalam rasuah pembelian kapal selam yang kemudiannya berkait dengan pembunuhan. Ini adalah tuduhan yang amat berat.Ketika itu,adakah Nurul Izzah terfikir akan apakah kesannya ke atas orang yang dituduhnya? Tidak.Apakah Perdana Menteri meminta simpati rakyat agar mempercayai beliau dan bukan tuduhan Nurul Izzah serta kuncu-kuncunya? Tidak juga.Ini adalah kerana Perdana Menteri tidak gentar kerana tuduhan tersebut tidak benar.Perdana Menteri juga faham ini adalah mainan politik kotor Nurul Izzah, bapa Nurul Izzah serta kuncu-kuncu mereka.Justeru,Perdana Menteri sabar memberi keterangan dan penjelasan tanpa jemu kepada rakyat mengenainya.Beliau juga bersumpah sebanyak 3 kali mengikut cara Islam sebagai usaha membela diri.Akhirnya,pihak Perancis sendiri tampil membongkar penipuan rangkaian yang berkait rapat dengan parti Nurul Izzah sendiri. Melihat bagaimana Nurul Izzah gabra dan gentar tidak seperti Perdana Menteri apabila dituduh dengan tuduhan sebegitu berat,rakyat boleh membuat kesimpulan sendiri bahawa Izzah bukan mangsa putar belit sesiapa, tetapi beliau benar-benar berpendirian sepertimana yang dinyatakannya. Iaitu bahawa Umat Islam wajar diberi hak untuk menukar agama sepertimana penganut agama lain. Kini, tidak boleh disangkal lagi bahawa Nurul Izzah mewarisi fahaman bapanya yang mendokong pluralisme dan liberalisme.Selama ini beliau berselindung di sebalik tudung dan baju kurung konon keluarganya dididik sebagai Muslim sejati, sedangkan di masa yang sama menyebarkan agenda plural dan liberal bagi pihak 'tuan-tuan mereka' di barat.Kita ingin menyarankan kepada Nurul Izzah agar berterus terang saja dengan fahamannya dan keluarganya serta berdiri teguh atas pendirian itu. Sekurang-kurangnya kita boleh menghormatinya sebagai pemimpin yang berani, walaupun kita tidak boleh menghormatinya sebagai seorang Muslimah sejati. Dengan tidak berani berkata yang benar dari hatinya, maka Izzah adalah sama saja dengan bapanya, yang pengecut dan membawa imej talam bermuka-muka, menjadi warak, liberal, plural, komunis, demokrat, neo-con dan apa saja yang mampu memberi keuntungan politik kepada mereka. Jika Izzah takut untuk menghadapi semua ini, kembalilah saja ke daratan agar tidak perlu lagi dilambung ombak di lautan. - SEL13.COM RENUNG-RENUNGKAN |
| HOT VIDEO !!! RAKAMAN PENUH 'KEBEBASAN BERTUKAR AGAMA' DARI SUDUT ISLAM DAN PERLEMBAGAAN !!! Posted: 11 Nov 2012 12:30 AM PST Rakaman Klpos di bawah adalah video penuh forum Yang Bertajuk 'Kebebasan Bertukar Agama' Dari Sudut Islam Dan Perlembagaan Persekutuan, anjuran PERKASA, di Kelab Sultan Sulaiman,Kampung Baru, Kuala Lumpur.Forum yang Dipengerusikan oleh Pensyarah kanan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Dr Ridhuan Tee Abdullah membariskan ahli panel,Ustaz Ismail Mina (Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia), Dr Yusri Mohamad (Presiden ISIS), Datuk Dr Hasan Mohamed Ali (Presiden Jalur Tiga) dan Datuk Zulkifli Nordin (Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia).jom saksikan video di bawah |
| HOT NEWS !!! KISAH SEBENAR JELAJAH ANWAR IBRAHIM DI TERENGGANU TERSEBAR !!! Posted: 10 Nov 2012 09:00 PM PST Setiap hari Jumaat kawasan lapang di Taman Shahbandar menjadi tapak pasar malam terbesar di Terengganu.Ia menjadi kawasan tumpuan setiap hujung minggu bagi rakyat Terengganu.Mengambil kira perkara itu,maka Bas Anwar telah menjadikannya lokasi hentian pertama dalam sesi Jelajah Merdekanya di Kuala Terengganu.Malulah kalau tidak ramai yang datang sambut …. sekurang2nya boleh tumpang crowd pasar malam.Sememangnya satu keputusan yang tepat ! Bas Anwar tiba jam 5 petang dan disambut tak sampai 100 orang ! Crowd pasar malam pelan2 menghampiri lokasi untuk melihat dengan lebih dekat Bas Anwar dan ketika Anwar mula berceramah,adalah sekitar 300 orang.Gambar dibawah diambil setelah 10 minit Anwar bercakap.Kanopi biru dibahagian atas adalah kawasan pasar malam dan asap yang kelihatan itu BUKAN dari bom asap FRU tapi asap peniaga bakar ayam percik dan sate. Di bawah pula adalah ketika yang paling ramai, dekat2 nak habis ceramah… Estimate sekitar 600 orang. Kalaupun saya silap,yang saya pasti TIDAK SAMPAI 1K bertentangan dengan dakwaan pencacai PR yang RIBUAN rakyat Terengganu menunggu untuk menyambut kedatangan Bas Anwar. Dibawah adalah sudut gambar yang diambil oleh orang Pkr - Kemudian Anwar ke Surau Ladang untuk solat Maghrib dan menyampaikan Tazkirah selama hampir 1 jam. Surau kecil je, adalah sekitar 100 jemaah … yang kebanyakannya orang luar kariah. Dari sebuah blog Pas - Sebelah malamnya,Anwar kini baru selesai menyampaikan tazkirah Maghrib di surau Ladang Sekolah di sini dan selepas menunaikan solat Isya' .. . hehehehe ..perkara kecil je tapi kalau dah salah maklumat,biarpun kecil kenalah diperbetulkan, ye dok ? Anwar TIDAK solat Isyak' pun di Surau itu … selesai bertazkirah,Anwar bergegas keluar untuk ke lokasi seterusnya sambil diiringi laungan Azan untuk solat Isya'. - DIN TURTLE KALAU NAK MENIPU PUN AGAK-AGAKLAH !!! RASA-RASA ADA TAK PETUNJUK DARI ALLAH ??? KLIK DI SINI UNTUK SELANJUTNYA KITA TUNGGU !!! RENUNG-RENUNGKAN |
| HOT NEWS !!! @NOHOMAR MEMBANTAI YAYASAN SELANGOR KAW-KAW !!! Posted: 10 Nov 2012 06:00 PM PST Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Noh Omar mempersoalkan tindakan dan tujuan kerajaan Selangor mengambil tanah milik Yayasan Selangor seluas 7.32 hektar di Klang. "Saya tidak faham mengapa kerajaan negeri rampas tanah itu daripada Yayasan Selangor... kita terima ia gagal dibangunkan seperti perjanjian yang dibuat namun tanah berkenaan tidak sepatutnya diambil.Beliau berkata,alasan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bahawa tanah berkenaan diambil alih oleh kerajaan negeri itu ekoran kegagalan sebuah syarikat membangunkannya, adalah tidak wajar kerana ia sepatutnya diberikan kepada Yayasan Selangor.Abdul Khalid selaku pengerusi yayasan itu sepatutnya lebih peka dan faham bahawa tanah berkenaan tetap milik Yayasan Selangor dan tidak sepatutnya dirampas oleh sesiapa termasuk kerajaan negeri," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan (HPPN) Negeri Selangor 2012 di Dataran Banting di sini hari ini.Noh mendakwa Yayasan Selangor masih menjadi pemilik asal seperti yang tercatat dalam geran tanah berkenaan malah yayasan itu juga yang membuat bayaran premium tanah sebelum ini. Semalam, Abdul Khalid dalam satu sidang media, memperjelaskan bahawa tanah tersebut bukan lagi di bawah kuasa Yayasan Selangor kerana ia telah diserahkan kepada sebuah syarikat persendirian pada 2002 oleh kerajaan negeri BN. Beliau menafikan dakwaan kononnya tanah tersebut akan dibangunkan sebagai Pusat Kebudayaan Cina. Beliau berkata, buat masa ini lot tanah itu masih kosong dan pihaknya belum terfikir untuk melaksanakan sebarang projek pembangunan di situ. - Bernama |
| You are subscribed to email updates from BADUT RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.





No comments:
Post a Comment