PISAU.NET

PISAU.NET


Hot! Demo Sokong Nurul Izzah Melayu Boleh Murtad Depan Masjid Selepas Jumaat.

Posted: 11 Nov 2012 11:26 AM PST

CSL dah jelaskan yang ditentangnya adalah hudud versi PAS.. dah basi sebenarnya cerita ni..tapi demi menutup cerita Nurul Izzah dan mahu meneruskan kelangsungan episod melacurkan agama,pemimpin PAS mengambil langkah yang proaktif dengan menganjurkan demo syok sendiri...self service beb..


Entah seribu ke idak...tapi begitulah yang disiarkan oleh sumber berita pencacai..Tak ada pulak khawarij ni marah marah kat Nurul Izzah.. maknanya diaorang sokonglah Melayu pun bebas nak tukar tukar agama ni..Maknanya statement Nurul tu tak hina Islamlah..


Bila Karpal berdehem bab hudud tak ada pulak khawarij ni turun berdemo..bila Kit Siang batuk bab hudud tak ada pulak puak ni tidor atas jalan..Bila Nasarudin Tantawi disergah Karpal tak ada pula puak ni berpanas bertakbir ..Bila Guan Eng kata hudud bukan keutamaan perjuangan pakatan rakyat tak ada pula khawarij sumpah seranah..Yang diaorang bantah CSL yang pertikaikan hudud versi PAS.


 
MARANG: Hampir 1,000 umat Islam yang selesai menunaikan solat Jumaat di Masjid Rusila, semalam mengadakan bantahan secara aman terhadap kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang disifatkan menghina hudud serta hukum Islam.

Setiausaha PAS Terengganu, Yahaya Ali (gambar kiri)berkata Presiden MCA itu tidak mengetahui perundangan Islam tetapi bersikap kurang ajar kerana menghina hukum hudud dan Islam amnya.


Menurutnya, pemimpin MCA tersebut juga biadap kerana mempertikai agama Islam dengan mempersoalkan hudud yang telah digubal di Kelantan dan Terengganu sebagai hudud versi PAS.



"Tunjukkan contoh, di mana lemahnya (hudud), di mana kurang atau pun tempat tidak kena undang-undang hudud yang digubalkan khususnya di Terengganu dan Kelantan yang telah mengubalkan undang-undang di bawah Kanun Jenayah Syariah," ujarnya.

 

Antara pimpinan PAS yang hadir dan berucap iaitu Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik, Timbalan Pesuruhjaya (III) PAS Terengganu, Dr Alias Razak, Ketua Pemuda PAS Marang, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi, Timbalan Ketua Pemuda PAS Kuala Terengganu, Ustaz Wan Ahmad Faizul Wan Abas dan Ketua Penerangan Pemuda PAS Terengganu, Syeikh Muhammad Hanafi.

 

Yahaya selaku Yang Dipertua PAS Marang menegaskan perhimpunan secara aman tersebut bagi menyatakan sikap serta pendirian PAS mempertahankan Islam.

 

Ini kerana, kata beliau, hati umat Islam di negara ini terguris, terkilan dan marah dengan kenyataan dibuat oleh mereka yang tidak faham serta membenci Islam.

 

"Ini (demontrasi) adalah untuk menyatakan sikap dan pendirian kita membela Islam. Hati umat Islam terguris, terkilan dan marah dengan kenyataan-kenyataan dibuat  oleh mereka yang tidak faham dan dilihat seperti membenci agama Islam.

 

"Kita sendiri juga diajar oleh agama (Islam) agar kita tidak menghina agama-agama lain walau pun kita tidak bersetuju dengan agama-agama lain (namun) kita tidak sampai menghina agama-agama mereka," jelasnya.



Pisau kata " inilah yang dikatakan pejuang agama..korang patut sokong PAS..boleh? "
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...