UMNO Online - “Bukan Satu Kejutan, Anwar Perlu Beri Penjelasan” plus 9 more | |
- Bukan Satu Kejutan, Anwar Perlu Beri Penjelasan
- Skuad Sayang Jadi Sukarelawan Di Pusat Pemindahan Banjir Seluruh Negara
- Shahrizat Seeks Anwar’s Clarification On Religious Freedom Issue
- Konsep Kesederhanaan Malaysia Diterima ASEM
- Pertubuhan Seni Mempertahankan Diri Perlu Bela Negara – Muhyiddin
- Hadi Bertanding Di Pekan Hanya Gimik Politik Pembangkang Menjelang PRU
- Usah Termakan Janji Ditabur Pembangkang
- Kontroversi Nurul Izzah: Apakah Pas Hanya Berdiam Diri ?
- Kenyataan Politik Labelkan BN Parti Perkauman
- Apakah Hanya Ulama Yang Masuk UMNO Dianggap Hanyut – Ustaz Fathul Bari
| Bukan Satu Kejutan, Anwar Perlu Beri Penjelasan Posted: 06 Nov 2012 03:58 AM PST DENGKIL, 6 Nov – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim didesak memberi penjelasan kenyataan anaknya yang juga Naib Presiden Keadilan, Nurul Izzah Anwar berhubung orang Melayu di negara ini harus diberi kebebasan untuk memilih agama yang ingin dianutinya. Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Jalil berkata, sebagai Ketua Pembangkang yang juga Penasihat Keadilan menjelaskan hasrat pembangkang untuk memberi kebebasan beragama termasuk kepada orang Melayu jika mereka memerintah negara ini. Menurutnya, Wanita UMNO tidak terperanjat dengan apa yang dinyatakan oleh Nurul Izzah itu namun merasa kecewa apabila seorang pemimpin Melayu dan beragama Islam sanggup mengeluarkan kenyataan sedemikian. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung kenyataan Nurul Izzah bahawa kebebasan beragama seharusnya terpakai kepada semua termasuk orang Melayu. “”Jadi saya nak tanya Anwar selaku Ketua Pembangkang, adakah ini benar. Mungkin ini usaha untuk tambat hati kaum-kaum lain dan saya percaya kaum-kaum lain juga tidak setuju dengan cara ini kerana ia akan membawa kepada perpecahan orang Melayu dan penghakisan pengaruh Islam di negara ini,” katanya Ikuti kenyataan lanjut Datuk Seri Shahrizat di umno youtube. |
| Skuad Sayang Jadi Sukarelawan Di Pusat Pemindahan Banjir Seluruh Negara Posted: 06 Nov 2012 02:30 AM PST DENGKIL, 6 Nov – Sejumlah besar anggota Skuad Sayang Pergerakan Wanita Barisan Nasional (BN) digerakkan sebagai sukarelawan bagi membantu mangsa-mangsa banjir yang ditempatkan di pusat-pusat pemindahan di seluruh negara. Ketua Wanita BN Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata sukarelawan itu akan membantu membuat kerja-kerja seperti memasak, mencuci dan menjaga bayi mangsa yang tinggal di pusat pemindahan itu. “Tiap-tiap kawasan Parlimen kita ada Skuad Sayang BN yang ditunjangi Wanita Umno dan mereka ini akan bekerja mengikut syif. Jadi sehingga tutupnya kesemua pusat pemindahan, skuad ini akan bertugas secara sukarela,” katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa banjir di Dewan Orang Ramai Dengkil di sini, hari ini. Turut hadir Presiden Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim. Abdul Azeez pula berkata seramai 60 sukarelawan KP1M termasuk 20 doktor terlibat dalam misi kelab itu membantu mangsa-mangsa banjir di seluruh negara, yang akan turun ke pusat-pusat pemindahan bagi menyampaikan bantuan kelengkapan seperti tilam, bantal serta makanan. Beliau berkata KP1M juga akan berbincang dengan Skuad Sayang di pusat-pusat pemindahan itu bagi menentukan barangan tambahan yang diperlukan seperti susu bayi dan lampin bayi. “Hari ini, kami bawa 30 tan makanan. Fokus kami hari ini adalah Selangor dan Johor. Sehingga esok kami akan berada di Johor dan kemudian Melaka dan Perak,” katanya. Sementara itu, Ketua Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Cyberjaya Izman Adnan berkata sehingga jam 11 pagi, 1,126 mangsa banjir daripada 255 keluarga di sekitar Dengkil ditempatkan di empat pusat pemindahan banjir iaitu Dewan Orang Ramai Dengkil, Dewan SRJK (C) Dengkil, Dewan Gemilang dan RTB Labu Lanjut, peningkatan daripada sejumlah 1,053 mangsa jam 5 pagi tadi. Beliau berkata lapan kawasan masih dinaiki air sehingga satu meter iaitu Taman Kristal 2, Taman Permata, Taman Baiduri, Taman Sri Tanjung, Kampung Sri Tanjung, Kampung Cemperai, Kampung Semarang dan Kampung Revolusi Hijau. “Setiap tahun, banjir hanya akan melanda Kampung Semarang kerana ia berdekatan Sungai Dengkil, di mana paras air akan naik akibat hujan lebat di Ulu Langat dan Kajang. “Tapi pada tahun ini banjir turut melanda kawasan-kawasan lain kerana benteng untuk menahan air sungai itu daripada melimpah telah pecah, dipercayai kerana hujan lebat dan arus sungai yang deras,” katanya. |
| Shahrizat Seeks Anwar’s Clarification On Religious Freedom Issue Posted: 06 Nov 2012 02:27 AM PST DENGKIL (Selangor), Nov 6 – Wanita Umno chief Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil today sought an explanation from Opposition Leader Datuk Seri Anwar Ibrahim on reports that Malays would be given the option of selecting their religion if the opposition wins the next general election. She also said that the movement had learned that the religion of newborn babies might not have to be stated on the birth certificate and that the child could select his or her religion upon turning 18. “I want to ask Anwar whether this is true? This the ideology of liberalism. I do not know whether this is true or otherwise, but we have received information that this is the plan of the opposition buttressed by the DAP,” she told reporters after visiting flood evacuees at the Dengkil community hall, here. She said Anwar’s daughter Nurul Izzah, who is a vice-president of the opposition Parti Keadilan Rakyat (PKR), had reportedly stated that the people should not be forced to practise any specific religion and that this should also be applied to the Malays. Shahrizat said she was not surprised by the statement because she had prior knowledge of the plan through information derived from some people in the opposition. She said that as a Malay and a Muslim, she was most hurt and concerned over the plan, and urged Malaysians, particularly the Malays and Muslims, to ponder the matter. “Perhaps, this is an attempt to win over the other races, but I believe the other races are not agreeable to it. This will disunite the Malays and erode Islamic influence in the country,” she said. |
| Konsep Kesederhanaan Malaysia Diterima ASEM Posted: 06 Nov 2012 02:24 AM PST VIENTIANE, 6 Nov – Para pemimpin Asia dan Eropah menerima baik konsep kesederhanaan yang diajukan Malaysia dalam menyelesaikan konflik, kata Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini. Perdana menteri berkata malah, konsep ini telah dimasukkan ke dalam deklarasi sidang kemuncak serta kenyataan pengerusi Sidang Kemuncak Asia Eropah (Asem ke-9). “Saya telah kemukakan semasa mesyuarat itu bahawa konsep kesederhanaan boleh menyumbang kepada penyelesaian konflik serta mencegah konflik pada masa depan,” katanya kepada media Malaysia pada hari terakhir Sidang Kemuncak dua hari Asem di sini. Najib berkata beliau berkongsi dengan sidang kemuncak itu tentang bagaimana konflik 40 tahun di Filipina diselesaikan melalui pendekatan kesederhanaan yang dilaksankan kerajaan Filipina, Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) dan Malaysia yang bertindak sebagai pemudah cara. “Jika semua mengambil pendekatan keras, konflik itu pastinya tidak dapat diselesaikan,” katanya. |
| Pertubuhan Seni Mempertahankan Diri Perlu Bela Negara – Muhyiddin Posted: 06 Nov 2012 02:13 AM PST KUALA LUMPUR, 6 Nov – Pertubuhan seni mempertahankan diri di negara ini diminta bukan sahaja membela diri untuk tujuan peribadi tetapi juga perlu membela negara, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Perkara itu disampaikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan yang juga Penasihat Majlis Pendekar Malaysia (MPM) selepas mengadakan pertemuan dengan Muhyiddin di pejabat Timbalan Perdana Menteri di bangunan Parlimen, di sini. Turut menyertai pertemuan itu ialah anggota jawatankuasa tertinggi MPM yang diketuai Presidennya dan pengasas seni silat lincah Mahaguru Tan Sri Omardin Mauju. Ahmad berkata itu adalah antara amanat Timbalan Perdana Menteri kepada MPM yang mewakili 51 pertubuhan seni mempertahankan diri di negara ini yang terdiri daripada pelbagai kaum. “Amanat kedua ialah beliau mengingatkan mengenai satu falsafah yang tinggi maksudnya, iaitu apa yang baik untuk negara, bangsa dan agama, adalah baik untuk kita, dan bukan sebaliknya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. Kira-kira 40 wakil daripada pertubuhan itu hadir pada pertemuan itu yang berlangsung kira-kira sejam. Ahmad berkata MPM turut menerima bantuan RM300,000 daripada Timbalan Perdana Menteri yang akan digunakan untuk memperkembangkan lagi pertubuhan itu. Katanya MPM juga merancang untuk mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada masa akan datang. Sementara itu, pada sidang media sama, Omardin berkata MPM disifatkan sebagai satu kuasa baru dalam dunia seni mempertahankan diri berikutan tiada persatuan sedemikian wujud di dunia ini, melainkan Malaysia. “Di negara lain, mereka bergaduh sesama sendiri, tetapi di Malaysia, kita telah menunjukkan satu contoh, bahawa kita tidak mempunyai ego tetapi boleh bersatu melalui pelbagai jenis seni mempertahankan diri. “Jadi, ini adalah satu kuasa baru dalam dunia persilatan,” katanya. Omardin juga berkata MPM mempunyai kekuatan ahli seramai enam juta orang yang telah ditubuhkan pada lima bulan lepas. Katanya MPM kini mempunyai cawangan di tujuh negeri dan sedang berusaha untuk menambah cawangan di seluruh negara. |
| Hadi Bertanding Di Pekan Hanya Gimik Politik Pembangkang Menjelang PRU Posted: 06 Nov 2012 02:11 AM PST
Naib Ketua UMNO Bahagian Bakri, Datuk Mazlan Sabari menyifatkan apa yang cuba dilakukan itu sekadar ingin memeriahkan suasana pilihan raya yang kononnya menunjukkan parti itu bersedia untuk menentang siapa sahaja tanpa mengira kawasan atau calon yang bakal dihadapi. "Benarkah Presiden Pas itu bersedia untuk berhadapan dengan Perdana Menteri, mengapa perlu mendapat restu daripada pemimpin lain sedangkan beliau adalah pemimpin utama Pas, apakah sebagai seorang presiden beliau tidak mempunyai kuasa dalam menentukan siapa calon yang bakal bertanding pada pilihan raya nanti. "Jika benar berdasarkan pada apa yang berlaku itu, jelaslah Haji Hadi hanyalah boneka Pas, jawatan presiden itu hanyalah sekadar jawatan sahaja sedangkan beliau sendiri tidak dapat menentukan nasib dirinya sendiri kerana ditentukan oleh pihak lain,” katanya. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung laporan yang menyatakan bahawa Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan bertanding di Parlimen Pekan untuk berhadapan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada pilihan raya umum nanti. Mazlan berkata, jika diteliti secara kasar, menempatkan Abdul Hadi di Parlimen Pekan adalah untuk membunuh karier politik Presiden Pas itu secara halus kerana pada kiraan mudah adalah sesuatu yang sukar untuk beliau menewaskan Najib di kawasan terbabit. "Ada yang tidak kena dalam perkara ini, yang menjadi persoalan mengapa Haji Hadi bertanding di Pekan, mengapa Ketua Pembangkang sendiri yang tidak bertanding di sana berbanding dengan Haji Hadi, sedangkan Anwar yang bercita-cita besar untuk menjadi Perdana Menteri," katanya. Beliau menyifatkan laporan yang mengatakan Presiden Pas akan bertanding di Parlimen tidak akan menjadi kenyataan dan sekadar gimik politik dan ia juga sebagai satu isyarat buat Haji Hadi bahawa ada pihak yang ingin menamatkan karier politiknya bagi memberi ruang kepada pihak yang selama ini sebenarnya tidak sebulu dengan Presiden Pas itu. – MediaUMNO |
| Usah Termakan Janji Ditabur Pembangkang Posted: 06 Nov 2012 01:49 AM PST
"Rakyat di negeri yang dikuasai oleh pembangkang ketika ini tampil menuntut segala janji yang ditabur mereka pada pilihan raya lepas dan janji seumpama inilah juga yang diberikan oleh mereka kepada masyarakat di sini," kata Ketua UMNO Bahagian Sipitang, Datuk Sapawi Ahmad. Ujarnya, pemimpin pembangkang yang datang berceramah ke negeri ini adalah mereka yang pernah memegang jawatan penting dalam Kerajaan dan UMNO sedangkan semasa mereka mempunyai kuasa tidak pula berbuat demikian. "Jangankan dijemput secara formal, untuk datang sendiri pun tidak teringin…mereka ini bukannya berkeinginan untuk menemui rakyat khususnya di luar bandar dan mereka datang ketika ini cumalah untuk membohongi rakyat. "Perjuangan mereka bukanlah untuk rakyat tetapi untuk kepentingan mereka sendiri," katanya kepada penduduk yang hadir pada program Salam Sayang di kediaman Ketua Daerah Mengundi Lumadan, Muanan Mujiaryo. Katanya yang juga Ketua Penerangan UMNO Sabah, rakyat di negeri-negeri tadbiran pembangkang telah merasa bahang pembohongan dan sedar bahawa keputusan yang mereka buat adalah silap. "Jangan terpengaruh dengan pembangkang dan jangan menjadi seperti rakyat di negeri yang dikuasai oleh pembangkang… Saya yakin rakyat negeri ini adalah bijak dan tahu membuat penilaian terbaik dan akan membuat keputusan tepat dengan mengekalkan BN sebagai peneraju kerajaan," katanya lagi. Program anjuran Wanita Umno Sipitang itu turut dihadiri oleh Ketua Daerah Mengundi Lumadan Muanam Mujiarto; Naib Ketua Pemuda Umno Sipitang Matbali Musah, Penolong Setiausaha Wanita UMNO Sipitang Dayang Surinah Mohd Karim, Ketua-Ketua Cawangan UMNO Lumadan serta AJK Wanita UMNO Sipitang. – MediaUMNO |
| Kontroversi Nurul Izzah: Apakah Pas Hanya Berdiam Diri ? Posted: 06 Nov 2012 01:15 AM PST KUALA LUMPUR, 6 Nov – Pas hari ini dicabar menyatakan pendirian mereka berhubung kontroversi yang menimpa anak Ketua Pembangkang yang merupakan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar selain prinsip perjuangan Islam yang mereka pertahankan selama ini. Pengerusi Biro Agama Pemuda UMNO Ustaz Hj Mohd Afandi Yusof berkata Dewan Ulama Pas serta mereka yang sebelum ini diwar-warkan sebagai tokoh agama di dalam Pas perlu menyatakan pandangan dan pendirian rasmi mereka. "Jika benar apa yang dilaporkan mengenai Nurul Izzah itu, ianya adalah satu kenyataan yang merbahaya dan ianya melibatkan soal akidah. Sesungguhnya tidak ada agama lain yang tinggi melainkan Islam. "Dimanakah suara ulama dalam Pas….. Mereka sepatutnya ke depan dalam soal ini. Ini bukan soal parti. Ini bukan soal parti PKR, Pas atau UMNO sekali pun. Ini adalah soal agama, akidah dan tuhan. Yang benar tetap benar dan yang salah tetap salah. Kita sama sekali tidak boleh menyamakan Islam sama dengan agama-agama yang lain. “Katakanlah benar walaupun pahit… Ini mungkin satu pengajaran yang amat berguna kepada Nurul Izzah dan bak kata pepatah terlajak perahu boleh diundur dan terlajak kata inilah padahnya,” katanya. Ustaz Afandi yang juga Ketua Pemuda Rantau Panjang seterusnya berkata Nurul Izzah boleh berkata apa sahaja namun langkah yang terbaik untuk beliau adalah mengambil tindakan yang sewajarnya. "Jika dia tidak katakan sepertimana yang dilaporkan, seharusnya beliau mengambil tindakan. Ini bukan soal main-main. Perkara ini cukup serius dan sepertimana yang saya katakan tadi ianya melibatkan soal akidah. "Malah lebih memburukkan akan timbul pelbagai tanggapan negatif seperti kaitannya dengan IFC selain seolah-olah mahu menyamaratakan agama Islam dengan agama lain. "Jadi jika beliau tidak berkata demikian, langkah sebetulnya adalah mengambil tindakan dan bukannya sekadar penafian demi penafian," katanya. – MediaUMNO |
| Kenyataan Politik Labelkan BN Parti Perkauman Posted: 06 Nov 2012 01:10 AM PST Kuala Lumpur, 6 Nov – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, membidas Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung kenyataannya yang mendakwa bahawa parti komponen Barisan Nasional (BN) adalah sebuah parti perkauman khususnya terhadap parti MCA dan MIC. Menurut Pengerusi Sekretariat Pemuda BN dan 1Malaysia, Mohd Faizal Ramli, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai orang lama di dalam dunia politik tanahair sepatutnya lebih faham dan tahu, bagaimana BN mampu menyatukan parti-parti komponen berlainan bangsa dan agama dalam satu matlamat bersama tanpa meminggirkan mana-mana kaum di dalam negara ini. "Bagi saya, dakwaan Haji Hadi itu hanyalah bersifat kenyataan poltik semata-mata, sedangkan hakikatnya beliau tahu bahawa BN selama ini berjaya menyatukan pelbagai bangsa dalam usaha bersama memakmurkan negara serta membela semua kaum di negara ini. "Memang kita akui bahawa setiap parti komponen seperti MCA, MIC termasuk UMNO sendiri membawa agenda untuk kepentingan bangsa dan kaum masing-masing. Namun apa yang perlu ditekankan di sini ialah bagaimana sikap toleransi dan hormat menghormati yang terjalin antara parti-parti yang bernaung payung BN dalam menangani isu-isu sensitif antara kaum dan bangsa di mana, setiap keputusan dibuat secara kolektif dalam menangani sesuatu isu yang berbangkit," jelasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini. Tambahnya lagi, sepanjang pentadbiran BN di negara ini amat jelas bahawa hubungan baik antara kaum terjaga dan dipelihara serta parti-parti komponen berlainan bangsa yang bernaung di bawah BN sedaya mungkin menolak sebarang kenyataan yang boleh menyentuh sensitiviti kaum di negara ini. "Setiap isu akan diperbincangkan dengan cara yang berhemah untuk mendapat satu keputusan terbaik untuk semua kaum. Situasi ini amat berbeza dengan parti-parti yang bergabung di dalam pakatan pembangkang, di mana kerap kali berlaku perselisihan pendapat sehingga ada di antara mereka yang mengeluarkan kenyataan yang menyentuh sensitiviti parti-parti atau kaum lain yang dibuat secara terbuka," ujarnya. Jelasnya lagi, sepanjang tempoh gabungan pakatan pembangkang terbentuk, banyak isu-isu yang menyentuh sensitiviti kaum dan bangsa, termasuk isu-isu agama dilontarkan tanpa mengambil kira hati dan perasaan parti-parti gabungan lain. "Kita boleh lihat bagaimana DAP dengan pemahaman perkauman yang sempit terus-terusan mempertikaikan Islam dan hak-hak orang Melayu tanpa mempedulikan apa perasaan orang-orang Melayu, khususnya ahli-ahli PAS yang menjadi sekutu mereka. "Begitu juga dengan PKR dengan fahaman liberalnya dan kesamarataannya yang dianggap sebagai satu keadilan. Sebab itu, kita dapat lihat dengan jelas bahawa budaya hormat menghormati dan toleransi antara kaum di dalam gabungan parti pakatan pembangkang amat rapuh. Dan inilah satu perbezaan yang amat ketara jika mahu dibandingkan dengan BN, yang sehingga ke hari ini berjaya menyatukan semua kaum dan agama dengan satu matlamat dalam usaha memakmurkan negara," katanya. – MediaUMNO |
| Apakah Hanya Ulama Yang Masuk UMNO Dianggap Hanyut – Ustaz Fathul Bari Posted: 06 Nov 2012 01:04 AM PST
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ilmuan Muda (ILMU) Ustaz Fathul Bari Mat Jahaya berkata perkataan berkenaan adalah yang sangat tidak adil dan sewajarnya pihak yang mengeluarkan kenyataan tersebut lebih spesifik dalam bab apa dan siapa yang terlibat. "Firman Allah s.w.t : Jangan kerana jenayah sesuatu kaum menyebabkan kamu berlaku tidak adil ke atas mereka. Adillah sesungguh keadilan itu dekat dengan taqwa. "Maka orang yang mengeluarkan kenyataan seumpama ini dia sewajarnya lebih adil dalam menghukum. Sewajarnya spesifikkan dalam bab apa, dan siapa yang terlibat. Walaupun tidak dinyatakan nama tetapi dinyatakan permasalahan dan konflik yang berlaku. "Isu perbezaan pertembungan ulama dalam UMNO saya nak tanya pula apakah ulama dalam Pas juga tidak hanyut. Bagaimana pula ulama di dalam PKR… bagaimana ulama yang tidak ada mana-mana parti tetapi apabila berada di atas pentas parti tersebut dia menyokong parti berkenaan. Apabila berada di atas pentas parti yang lain pula, dia menyokong parti lain tersebut. Ini lebih teruk… Ini lebih parah," katanya kepada UMNO-Online di sini. Beliau seterusnya memohon agar mereka yang mengeluarkan kenyataan itu betaqwa kepada Allah s.w.t agar lebih adil dalam menghukum yang akhirnya membawa kepada ketaqwaan. Tambah beliau lagi kenyataan berkenaan dilihat satu kenyataan yang serius yang mencalarkan kredibiliti ilmuan Islam di dalam UMNO. "Saya rasa kemasukan ilmuan Islam memberi impak positif untuk perubahan. Kita tidak kata UMNO itu sebuah parti yang sempurna dan lengkap. Ada kekurangan….ada kelemahan. "Maka kita mengharapkan penyertaan ilmuan Islam ke dalam UMNO mampu memberikan impak positif dan perubahan khususnya hal yang berkaitan dengan pegangan dan dasar-dasar agama. Itu yang kita impikan. Dan kita mengharapkan sokongan…orang yang mengatakan 'neutral'.. sewajarnya 'support' kepada kebaikan yang dilakukan," katanya. Menjawab soalan apakah ulama yang menyertai Pas diangap sempurna, Ustaz Fathul menjelaskan nilaian utama adalah al-haq. "Nilaian kita adalah al-haq. Kalau sekiranya dia tidak berada di dalam UMNO atau tidak di dalam Pas sekalipun tetapi dia bercakap benar maka kenyataan itu kita terima sebagai satu nasihat dan muhasabah. "Dan begitulah juga sebaliknya. Jika ulama itu berada di dalam UMNO atau berada di dalam Pas tetapi dia bercakap yang benar maka kita terima sebagai nasihat dan teguran..tetapi kena ingat kaedah dalam teguran….kaedah dalam kita memperbetulkan. "Sehingga Imam Syafie pernah berkata kalau sekiranya kalian menegurku di khalayak ramai jangan kalian hairan sekiranya aku menolak teguran kalian. Maknanya nak digambarkan oleh Imam Syafie setiap manusia ada egonya..setiap manusia ada perasaannya. Ada orang boleh terima teguran secara demikian…maka kita perlu juga menghormati pendirian seseorang," katanya. -MediaUMNO |
| You are subscribed to email updates from UMNO Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment