BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


PERANCIS TAWAR MALAYSIA BELI ALATAN KETENTERAAN !!! BUKTI ISU SCORPENE HANYA REKAAN SUARAM TERSEBAR !!!

Posted: 06 Nov 2012 03:00 PM PST


Semalam,Akhbar melaporkan Presiden Perancis,Francois Hollande menyatakan minat untuk memperluaskan hubungan dagang dengan Malaysia terutama melalui penjualan barangan ketenteraan.Antara yang ditawarkan ialah jet pejuang,helikopter dan juga peluru berpandu.Presiden Hollande juga menggambarkan Malaysia sebagai sebuah negara yang penting bagi kerjasama ekonomi.Kenyataan ini tentulah pelik jika diambil-kira tuduhan SUARAM bahawa kepimpinan Malaysia sedang disiasat atas tuduhan rasuah dalam pembelian kapal selam scorpene dari Perancis.Tidak mungkin kerajaan Perancis akan berminat untuk berdagang lagi dengan Malaysia jika tuduhan SUARAM tersebut benar.Maka,buat kesekian kalinya semakin terang benderang lagi bersuluh bahawa SUARAM telah menipu dan bahawa ia adalah pertubuhan yang diterajui oleh para penipu. 

Mengimbas penipuan SUARAM,pertubuhan itu telah mencemarkan imej dan nama bukan sahaja kerajaan Malaysia tetapi juga kerajaan,polis,hakim dan undang-undang Perancis.SUARAM telah dengan sewenang-wenang menggunakan nama hakim Perancis apabila membuat kenyataan bahawa perbicaraan tentang isu rasuah pembelian scorpene sedang berjalan.Malah,kononnya beberapa nama yang bakal disapina juga sudah diperolehi.Walaupun telah terkantoi lagi buat kesekian kalinya apabila pendakwa Perancis membuat kenyataan rasmi bahawa tiada perbicaraan mengenai pembelian scorpene di negara tersebut,SUARAM masih lagi berdegil untuk meneruskan penipuan.Sejurus itu,SUARAM menggunakan nama Tan Sri Musa Hassan bekas Ketua Polis Negara bagi menggambarkan kononnya siasatan masih berjalan dan tuduhan mereka benar.Bagaimanapun,Tan Sri Musa pantas menafikan yang beliau akan mengadakan sidang media di Bangkok untuk mendedahkan penemuan baru mengenai isu ini sepertimana yang didakwa SUARAM.Hakikatnya,aduan SUARAM telah ditolak oleh mahkamah Perancis sejak bulan Mac lagi atas alasan ianya tidak berasas. Dan SUARAM kini sedang berusaha untuk mengemukakan rayuan. Soalnya, kenapa SUARAM tidak menyatakan yang benar ??? Iaitu bahawa aduan mereka ditolak dan sedang menunggu rayuan ??? Kenapa mesti menipu ??? Kenapa mesti menggambarkan yang perbicaraan sedang berlangsung atau siasatan sedang dibuat ??? Kenapa mesti mereka-reka nama saksi yang akan disapina ??? Kenapa mesti memburukkan nama Datuk Seri Najib dan kerajaan Malaysia ??? Kenapa mesti mereka-reka dokumen bukti dan menyebarkannya ??? Kenapa begitu rendah sekali maruah Cynthia Gabriel, dan semua peneraju SUARAM ??? Manusia apakah mereka ini yang tiada harga diri, tiada rasa malu, tiada rasa kesal, bersalah atau insaf ??? 

Kini, percubaan SUARAM untuk memburukkan nama Datuk Seri Najib dan Malaysia ternyata gagal apabila terdedah bahawa semuanya hanyalah rekaan semata-mata.Tetapi apa yang lebih hebat lagi ialah walaupun segala usaha dan wang ringgit dilaburkan oleh SUARAM untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib,nama Perdana Menteri Malaysia ini semakin menjulang tinggi dan Malaysia juga semakin dipercayai terutama sebagai rakan dagang alatan ketenteraan.Justeru,mungkin OSI,iaitu pertubuhan yang dimiliki oleh George Soros yang difahamkan menjadi dalang kepada penipuan ini perlu memikirkan semula mengenai 'pekerja-pekerja' atau 'agen-agennya' di dalam SUARAM.Nampak benar yang mereka-mereka ini begitu bodoh kerana menggunakan strategi penipuan yang amat bodoh dan mudah dikantoikan.Akibatnya,penipuan mereka bukan sahaja membuatkan pertubuhan itu hilang kredibiliti dan diketawakan,tetapi juga membuatkan Soros kerugian.Lebih dari itu, ia juga membongkar dan membuka mata masyarakat mengenai agenda, strategi,operasi dan modus operandi pihak yang ingin menakluk dunia serta agen-agen mereka. 

RENUNG-RENUNGKAN 

HOT NEWS !!! KEBEBASAN AGAMA !!! DATUK ZULKIFLI NOORDIN MEMBELASAH NURUL IZZAH KAW-KAW !!!

Posted: 06 Nov 2012 12:45 PM PST




Apakah Gereja Sidang Jemaat ALLAH di tengah kota Jakarta seperti ini akan muncul di Tanah Melayu jika orang Melayu salah perhitungan dalam PRU13 nanti ??? 

Salam 2 all. 

Kenyataan Nurul Izzah Binti Anwar Ibrahim bahawa hak kebebasan memilih agama sepatutnya tidak terhad kepada non-Muslim tetapi juga kepada orang Melayu yang beragama Islam memcetuskan kembali satu isu fundamental, iaitu adakah orang Melayu beragama Islam boleh murtad? Teman berpendapat samada Izzah bercakap dalam keadaan jahil ataupun sengaja cuba mencetuskan isu yang boleh membangkitkan kemarahan umat Islam bangsa Melayu khususnya.Dan teman berharap Izzah tidak membuat kenyataan itu sekadar untuk meraih undi non-Muslim, terutamanya daripada kalangan penganut Kristian! 

Persoalannya mengapa Izzah memilih membuat kenyataan tersebut? Teman juga mendesak Izzah mengesahkan samada benar lapuran yang menyatakan ucapan dan dialog tersebut dianjurkan oleh sebuah badan pemikir kristian iaitu Oriental Hearts & Mind Study Institute dan diadakan di premis Gereja Full Gospel Tabenacle, Subang Jaya, Selangor? Apa yang jelas,majlis itu diberi lapuran terperinci oleh sebuah laman web kristian iaitu www.1christians.blogspot.com! Laman portal pro-Anwar iaitu www.malaysiakini.com juga telah menyiarkan lapuran mengenai majlis tersebut! Kalau ini benar,teman berasa sangat kesal kesempatan untuk menyampaikan risalah Islam yang sebenar tidak digunakan sebaik mungkin.Dan teman mendesak pihak Jabatan Agama Islam Selangor menyiasat kesahihan lapuran tersebut dan mengambil tindakan yang perlu menurut lunas undang-undang sedia ada. Berbalik kepada isu memberi kebebasan kepada orang Melayu untuk memilih agama, Izzah sepatutnya mengetahui impak dan kesan kepada pandangan beliau itu iaitu: 

1. Pertama yang perlu kita faham ialah kewujudan bangsa Melayu dengan status Melayu adalah kerana agama Islam. Hubungan Melayu dan Islam sangat sinonim,sehinggakan peruntukkan Perlembagaan dibuat di Artikel 160 bahawa salah satu ciri Melayu, selain mengamal adat resam Melayu dan berbahasa Melayu, ialah dia mesti beragama Islam! Seseorang tidak boleh mengaku dia Melayu melainkan dia seorang Islam. Islam dan Melayu tidak boleh dipisahkan! Menyatakan orang Melayu boleh menukar agama selain Islam adalah sama kesannya dengan menghapuskan bangsa Melayu itu sendiri! Dan jika pandangan Izzah itu mahu diterjemahkan, maka Artikel 160 (2) Perlembagaan Persekutuan wajib dipinda dengan menghapuskan ciri "Melayu itu wajib Islam". Adakah PAS bersetuju dengan pandangan ini? Dan adakah itu yang diingini oleh umat Islam bangsa Melayu dalam negara ini? Tepuk dada tanyalah iman yop! 

2. Kedua, pandangan Izzah dalam isu ini adalah sama dengan agenda yang didalangi oleh Majlis Peguam dalam usaha mereka mencadangkan penubuhan Suruhanjaya Antara Agama, atau lebih dikenali sebagai IFC, dengan sokongan beberapa NGO lain. Antara lain agenda penubuhan IFC ini ialah semua warganegara Malaysia termasuk bangsa Melayu beragama Islam wajar diberikan hak memilih agama masing-masing! Persoalannya ialah adakah Izzah menyedari kenyataan beliau itu sekadar menterjemahkan agenda IFC itu? Kedua, apakah pendirian para ulama dan pimpinan PAS! Teman ingat lagi betapa PAS mengambil pendirian sangat tegas menentang cadangan IFC ini. Malah PAS telah mengadakan bantahan besar-besaran terhadap cubaan yang dianggap mengkhianati dan menghina Islam ini! Hinggakan ada pemimpin kanan PAS yang ditangkap polis dan dikenakan pertuduhan jenayah dan dihukum! Begitu pemimpin PAS bertegas, hingga ada yang mengisytihar 'perang jihad' terhadap penganjur IFC ni! Jadi teman nak tanya pemimpin PAS; apakah pendirian mereka sekarang dengan kenyataan Izzah ini? Adakah mereka bersetuju? Bersetuju bermakna mereka mentongsampahkan perjuangan dahulu. Kalau tidak bersetuju, mereka wajib mendesak meminta penjelasan dan kata-putus adakah itu dasar pakatan pembangkang? Jika benar memang menjadi dasar dan agenda pembangkang mahu memberi kebebasan memilih agama kepada orang Melayu, maka PAS tidak ada pilihan melainkan bermufarakah dan memisahkan diri daripada pakatan songsang ini! 

3. Selanjutnya, isu kebebasan beragama ini sebenarnya adalah agenda pejuang kebebasan Barat! Ini tercatat dalam Artikel 18 Deklarasi Hak Asasi Manusia Bangsa-Bangsa Bersatu dimana ia menyatakan "tiap-tiap individu berhak memilih agama masing-masing dan mengamalkannya, dan tertakluk kepada hak untuk menukar agama itu"! Persoalannya, adakah Izzah berkongsi pendapat dengan pejuang kebebasan Barat ini? Adakah pimpinan PAS juga turut berkongsi pendapat yang sama? 

4. Sebenarnya isu hak kebebasan memilih agama ini adalah juga agenda perjuangan yang dibawa oleh segelintir umat Islam yang menganut fahaman liberalisme dan pluralisma! Fahaman liberalisme dan puralisma adalah satu fahaman baru yang telah difatwakan sebagai sesat, yang membawa idea bahawa semua agama adalah sama! Maknanya Islam sama dengan Kristian, Hindu sama dengan Budha, Sikh sama dengan Yahudi, Kristian sama dengan Hindu, Sikh sama Yahudi, Islam sama dengan Budha! Pendekkata, semua agama sama! Tidak ada yang lebih, dan tidak ada yang kurang! Berdasarkan fahaman liberal dan pluralisma ini, adalah tidak menjadi kesalahan bagi orang Islam menukar agamanya kepada agama Hindu, Kristian, Budha, Sikh, Yahudi atau lain-lain; sebab semua agama sama! Begitulah sesatnya fahaman ini. Malah ada pengamalnya mempunyai keluarga yang cacamerba. Suami Kristian, isteri Islam, anak Hindu! Malahan kepercayaan penganut fahaman liberalisme dan pluralisma ialah mana-mana agama yang mengaku ianya benar dan lebih baik daripada agama lain "tempatnya di neraka"! Persoalannnya ialah adakah Izzah berkongsi pandangan dan bersetuju dengan fahaman penganut liberalisme dan pluralisma ini? 

5. Selanjutnya, kenyataan Izzah ini sama dengan pendirian bapanya iaitu Anwar Ibrahim. Dalam kes Azlina Jailani, seorang wanita Melayu beragama Islam telah murtad dengan memeluk agama Kristian dan mengambil nama Lina Joy! Kes ini menjadi satu isu besar dan dibawa ke Mahkamah! Anwar Ibrahim, dalam satu wawancara oleh media asing telah ditanya apa pandangan beliau tentang isu murtad Azlina Jailani! Jawapan Anwar, Azlina Jailani berhak memilih agamanya! Maknanya Azlina Jailani boleh murtad daripada Islam untuk memilih agama lain! Jadi, apabila Izzah membuat kenyataan bahawa orang Melayu juga patut diberi hak memilih agamanya, tujuan dan maksudnya sama saperti kenyataan bapanya! Persoalannya, adakah ini kes "bapak borek anak rintik"? 

RUMUSAN 

Persoalan yang lebih besar untuk rakyat Malaysia, khususnya umat Islam bangsa Melayu ialah apakah dasar pakatan DAP-PKR-PAS dalam isu hak orang Melayu beragama Islam untuk murtad? Nurul Izzah bukan calang orang! Nurul Izzah adalah anak Anwar Ibrahim, Ketum PKR! Nurul Izzah adalah anak orang yang diwar-warkan untuk menjadi PM oleh pembangkang! Nurul Izzah adalah anak kepada Presiden PKR! Nurul Izzah adalah Naib Presiden PKR! Nurul Izzah adalah Ahli Parlimen PKR! Dan pandangan Nurul Izzah sama dengan pandangan bapanya yang dikompangkan sebagai calon bakal PM untuk pembangkang! Dalam keadaan itu, kenyataan yang dibuat Nurul Izzah boleh ditafsirkan sebagai mewakili suara, hasrat, rancangan, agenda & dasar PKR dan pakatan pembangkang! 

1. Persoalannya, adakah menjadi dasar pembangkang akan meminda Artikel 160 (2) Perlembagaan Persekutuan untuk membuang ciri-ciri Melayu tidak termasuk "wajib beragama Islam?" untuk membolehkan Melayu mendapat hak kebebasan memilih agama sendiri selain Islam? 

2. Adakah pembangkang akan menggubal undang-undang untuk memberi kebebasan kepada orang Melayu beragama Islam untuk murtad dan memilih agamanya? 

3. Adakah menjadi dasar pembangkang akan menerima desakan Majlis Peguam bersama beberapa NGO lain untuk menerima tuntutan penubuhan IFC untuk. memberi kebebasan agama dan murtad kepada orang Melayu beragama Islam! 

4. Adakah menjadi dasar pakatan pembangkang menerima pakai dan akan melaksanakan Artikel 18 Deklarasi Hak Asasi Manusia yang menerima hak kebebasan memilih agama, dan membenarkan murtad? 

5. Persoalannya ialah adakah pimpinan dan para ulama dan ustad PAS sebagai parti rakan sebantal sekatil pembangkang ini bersetuju dengan pandangan dan pendirian Nurul Izzah ini? 

Jika mereka bersetuju,teman cadangkan supaya satu muktamar khas diadakan bagi membolehkan ahli akar umbi PAS dimaklumkan mengenainya, dan untuk mendapat persetujuan mereka kerana ini membabitkan satu isu dasar yang sangat besar ; iaitu satu dasar yang akan sekaligus menghapuskan bangsa Melayu itu sendiri! 

Kenyataan Nurul Izzah tersebut jelas bercanggah dengan status dan kedudukan orang Melayu yang sudah diterima umum sebagai beragama Islam. Malahan sudah dimaktubkan begitu rupa didalam Perlembagaan Persekutuan. Malahan bangsa Melayu wajar berbangga dan bersyukor kerana ia satu-satunya bangsa didunia ini yang bukan sahaja kewujudannya dikait-rapat dengan agama Islam; malah ia merupakan satu-satunya bangsa yang ditakrif ciri-ciri bangsanya dengan agama Islam saperti yang tercatat dalam Artikel 160 (2) dalam Perlembagaan Persekutuan! Mencadangkan bangsa Melayu wajar diberi kebebasan memilih agamanya selain Islam, boleh murtad dari agamanya Islam sama saperti cuba menghapuskan bangsa Melayu itu sendiri! Ianya satu penghinaan kepada bangsa Melayu, agama Islam dan Perlembagaan Persekutuan. Malah ianya mencabar aqidah bangsa Melayu secara langsung! 

Pada teman, cadangan, pandangan dan pendirian Nurul Izzah ini adalah sangat merbahaya kepada keharmonian agama dan kaum! Sudah pasti ianya akan mencetuskan satu polemik yang bakal mengundang rasa tidak puas hati dan kemarahan orang Melayu beragama Islam. Kepada umat Islam bangsa Melayu, teman berharap dan berdoa supaya bukalah mata! Sudah terlalu banyak isyarat, keterangan dan bukti yang telah ALLAH hantarkan untuk menyedarkan kita! Sudah banyak solat hajat dan doa kita minta supaya ALLAH tunjukkan kebenaran! Dan ALLAH telah pun menunjukkan kebenaran itu dengan pelbagai bukti, keterangan dan isyarat!! Janganlah jadi kaum yang disebut ALLAH sebagai PBB-Pekak, Bisu & Buta kepada kebenaran! 

Wallahua'lam & Wassalam. 

Adios amigos, grasias senor! 

Zulkifli Bin Noordin Isnin 20 Zulhijjah 1433 05 Nov 2012 

*Dipetik dari zul4kulim.blogspot.com

ANDA INGIN MELIHAT PETUNJUK DARI ALLAH ???


UNTUK SELANJUTNYA 

RENUNG-RENUNGKAN

BONGKAR !!! PAS BERSUBAHAT MEMBENARKAN UMAT ISLAM MURTAD ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 06 Nov 2012 04:00 AM PST


Agenda Plural dan fahaman liberal yang dibawa Anwar Ibrahim bukan lagi satu rahsia.Walaupun Anwar masih berdolak-dalih dan tidak berterus-terang mengenainya tetapi setiap ungkapan,ucapan dan tindakannya menyerlahkan lagi pendiriannya dalam soal ini.Anwar yang menyukai cara hidup bebas menemui keserasian dalam liberalisasi Yahudi Zionis yang berpegang kepada keterbukaan atau kebebasan tanpa batasan.Bagi mengelirukan dan memperdaya masyarakat agar melihat perjuangan mereka sebagai sesuatu yang benar,suci dan murni maka gologan berfahaman liberal ini merujuk agenda mereka sebagai perjuangan membela 'hak asasi manusia'.Bagi menepati keinginan mereka untuk hidup bebas dan terbuka,mereka berusaha memaksa manusia sejagat menerima bahawa yang buruk itu baik dan yang baik itu buruk.Antaranya,amalan homoseksual,lesbian,transeksual serta gejala pondan.Begitu juga dengan seks bebas.Kesemua amalan buruk ini terbukti membawa kepada berbagai penyakit serta kehancuran kepada struktur keluarga dan masyarakat,tetapi golongan ini berjuang untuk menobatkannya sebagai hak yang asas atau semulajadi,bagi manusia,agar mereka boleh mengamalkannya tanpa dipandang serong atau dihukum. 

Bagi memastikan mereka berjaya memaksa manusia menerima idea ini,maka mereka wajib terlebih dahulu menggoyahkan pegangan agama manusia sejagat,terutamanya Islam.Walaupun secara dasarnya semua agama melihat amalan buruk di atas sebagai dosa dan salah,tetapi jelas hanya Muslim yang bersungguh-sungguh memeranginya.Justeru,terbukti bahawa pegangan agama Islam adalah jauh lebih kukuh dan teguh berbanding agama lain, sekali gus menjadi musuh utama pejuang fahaman liberal ini.Kerana itu,Islam menjadi sasaran mereka tidak kira di mana,sejak dari dahulu dan selama-lamanya.Untuk itu,agen,boneka,NGO,media dan barua atau balaci-balaci digunakan untuk mempromosi idea ini.Anwar, sebagai salah seorang pendokong fahaman ini, dilantik sebagai 'barua' dan dinamakan sebagai bakal pemimpin boneka bagi Malaysia.Ini bermakna,Anwar bertanggungjawab memastikan agenda ini tercapai di Malaysia dan mungkin juga di rantau ini.Fahaman liberal Anwar diwarisi oleh Nurul Izzah,anaknya juga bukan satu rahsia lagi.Ini menjelaskan kenapa pemimpin PKR berada di belakang pejuang murtad seperti Ambiga Sreevenasen dalam isu IFC serta turut cuba menutup isu murtad di Selangor. Malah,kumpulan dan pemimpin yang memperjuangkan LGBT di seluruh dunia juga secara terbuka meluahkan sokongan kepada Anwar dalam kes liwatnya. 

Sokongan itu juga adalah konsisten dengan kenyataan Anwar yang menganggap bahawa undang-undang homoseksual adalah lapuk.Berdasarkan hakikat ini,saya tidak hairan dengan kenyataan Nurul Izzah yang merasakan bahawa adalah tidak wajar untuk menghalang umat Islam yang ingin murtad.Kenyataan 'tidak berlapik' ini dikecam hebat oleh beberapa pihak termasuk aktivis PAS.Namun,kenyataan oleh aktivis PAS bagi menyangkal pandangan Nurul Izzah adalah tidak cukup.Sebagai parti yang menggunakan Islam sebagai namanya, dan Ulama sebagai simbol kepimpinannya,maka teguran atau kecaman terhadap kenyataan Nurul Izzah dilihat terlalu bersifat politik dan tidak membawa kesan. Ini kerana, Nurul Izzah bukanlah ketua pertubuhan mana-mana NGO yang tiada kena mengena dengan PAS.Bukan juga wanita pingitan yang mana kenyataannya tidak akan membawa kesan signifikan kepada sesiapa. Tetapi, Nurul Izzah adalah pemimpin dalam parti sekutu PAS.Lebih dahsyat,beliau juga adalah anak kepada bakal Perdana Menteri yang dipersetujui sendiri oleh PAS.

Ini bermakna,kenyataan Nurul Izzah bukan sahaja membawa pengaruhnya tersendiri tetapi ia juga merupakan kenyataan bapanya,iaitu bakal Perdana Menteri PR jika memerintah negara ini.Maka,pastinya, kenyataan tersebut bakal dilaksanakan dalam pemerintahan PR. Ini adalah sesuatu yang pasti, apatah lagi dengan sokongan tidak berbelah bagi DAP yang begitu tegar, lantang dan degil memperjuangkan negara sekular.Tidak perlu dijelaskan lagi bahawa fahaman liberal Anwar dengan Negara Sekular DAP mempunyai persamaannya yang tersendiri.Justeru,sekiranya PAS masih lagi hanya 'mengecam' kenyataan Nurul Izzah,tetapi tidak mengambil tindakan signifikan untuk menyatakan ketegasan dalam membela akidah,maka tidak salah jika dikatakan bahawa PAS juga bersubahat dalam menjayakan perjuangan Yahudi Zionis untuk melonggarkan pegangan agama umat Islam di Malaysia serta menyebarkan pluralisme.Hakikatnya,PAS hanya ada dua pilihan,iaitu terus menjadi rakan subahat golongan ini atau meninggalkan mereka dengan keluar parti.Tiada jalan tengah lagi.

ANDA INGIN MELIHAT PETUNJUK DARI ALLAH ???

KLIK DI SINI

UNTUK SELANJUTNYA 

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF !!! ANTARA SOI LEK,DAP DAN HUDUD !!! SIAPA KAH YANG BENAR ???

Posted: 06 Nov 2012 02:23 AM PST


selama ini pakatan pembangkang yang dianggotai oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR),DAP dan Pas sememangnya memahami hukum hudud adalah isu yang dilihat sering menggugat kerjasama mereka.Sikap Pas yang sering bercakap soal hukum hudud setiap kali menjelang pilihan raya telah meletakkan DAP dalam keadaan serba salah.Walaupun DAP memahami Pas tidak ada kekuatan untuk melawan penentangan parti itu terhadap hukum hudud namun mereka tetap resah kerana isu berkenaan boleh mewujudkan persepsi bahawa pakatan pembangkang tidak sepakat.Bagi pemimpin-pemimpin Pas pula,mereka ingin menunjukkan kepada orang Melayu kononnya mereka tetap memperjuangkan hukum itu.Oleh itu,walaupun mereka menyedari perjuangan berkenaan tidak akan ke mana kerana penentangan DAP namun mereka cuba bersandiwara kononnya pelaksanaan hukum hudud tetap menjadi matlamat perjuangan mereka.PKR pula sememangnya tidak akan menyebelahi Pas dalam soal hukum hudud namun begitu mereka tetap resah melihat polemik antara Pas dan DAP.

Oleh itu,sama ada DAP, PKR mahupun Pas mereka harus mencari helah supaya dapat memalingkan perhatian rakyat terhadap perbezaan pandangan mereka tentang hukum hudud.'Misi' mereka hampir berjaya apabila Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek bercakap mengenai hukum hudud.Pakatan pembangkang cuba menggambarkan beliau menghina Islam. Berikutan itu wujudlah keberanian luar biasa dalam kalangan pemimpin Pas dan pemimpin Melayu PKR apabila mereka membantah kenyataan Soi Lek mengenai hukum hudud versi Pas.Hakikatnya,kenyataan Soi Lek sudah diputar belitkan dan diberikan gambaran yang salah,Soi Lek tidak pernah menentang hukum hudud sebaliknya beliau sebelum ini sudah berkali-kali meminta DAP menyatakan pendirian mengenai hukum hudud versi Pas.Tetapi pemimpin-pemimpin Pas dan pemimpin Melayu PKR cuba mengalihkan isu mengenai penentangan DAP dengan menunjukkan kononnya MCA juga menentang hukum hudud.Kalau benar pemimpin-pemimpin Pas dan pemimpin Melayu PKR marah dengan kenyataan Soi Lek kenapakah layanan yang sama tidak diberikan terhadap kenyataan pemimpin-pemimpin DAP.Apakah kerana DAP adalah 'taiko' dalam pakatan pembangkang maka pemimpin-pemimpin Pas khususnya tidak berani berkata apa-apa. Berbanding dengan DAP, MCA jauh lebih terbuka dalam isu hukum hudud, mereka bersedia mendengar penerangan berhubung perkara berkenaan.

Tetapi persoalannya,apakah pemimpin-pemimpin DAP bersedia berbuat demikian.Selain itu,kita perlu menerima hakikat apa yang berlaku sekarang adalah kerana kesilapan Pas sendiri yang bercakap hukum hudud secara bermusim.Akibatnya ia mewujudkan persepsi bahawa hukum hudud hanya menjadi alat politik dan bukannya hendak dilaksanakan secara bersungguh-sungguh oleh Pas.Apatah lagi sehingga ke hari ini Pas masih belum mampu membuat penjelasan mengenai kekeliruan yang wujud dalam hukum hudud versi mereka.Justeru tidak payahlah pakatan pembangkang hendak mengheret MCA dalam polemik mereka. Terimalah hakikat bahawa DAP sama sekali tidak boleh menerima hukum hudud versi Pas dan PKR tidak akan menyokong Pas melaksanakan hukum hudud.Sejarah politik negara sudah membuktikan keikhlasan MCA bersama komponen Barisan Nasional (BN) dalam membangunkan negara ini termasuk dalam perkembangan Islam.Selama ini MCA tidak pernah menghalang apa juga perkara berkaitan Islam yang hendak dilaksanakan oleh kerajaan, oleh itu apabila ada tuduhan Soi Lek dan MCA menghina Islam,jelaslah ia tuduhan bermotifkan politik dan bagi mengalihkan isu terhadap apa yang berlaku dalam pakatan pembangkang.

Cuba kita bertanya sejak MCA,Gerakan dan MIC berkawan dengan UMNO pernahkah kita mendengar berlaku keadaan di mana bacaan kitab suci al-Quran tidak boleh dipasang melalui pembesar suara di masjid-masjid ketika subuh.Tetapi lihatlah apa yang berlaku di Pulau Pinang sekarang.Selain itu berbanding pemimpin-pemimpin MCA tindakan sesetengah pemimpin DAP kadang kala lebih banyak menyinggung perasaan umat Islam.Keadaan itu berlaku kerana MCA jauh lebih berpengalaman dalam bersahabat dengan parti-parti yang mempunyai ramai umat Islam. Justeru adalah mustahil untuk mana-mana pemimpin MCA melakukan tindakan menghina Islam seperti mana dakwaan pakatan pembangkang terhadap Soi Lek. Oleh itu adalah diharapkan umat Islam tidak akan terpengaruh dengan dakyah terbaru pembangkang ini yang ternyata semakin ketandusan idea dan modal dalam menghadapi pilihan raya. Pembangkang terutamanya Pas amat memahami mereka tidak ada jawapan terhadap penentangan DAP terhadap hukum hudud, oleh itu mereka ingin tunjukkan kononnya DAP sudah boleh menerima perjuangan mereka dan sekarang MCA pula yang menentang. Apa yang paling malang mereka cuba menggambarkan bahawa suara MCA itu suara UMNO demikianlah terdesaknya Pas dalam usaha mereka meraih undi dan sokongan untuk pakatan pembangkang. Namun begitu jika sesiapa juga yang mengkaji sikap dan tindak tanduk Soi Lek dan MCA selama ini, mereka pasti memahami kedudukan sebenar. Mereka tidak akan terpedaya dengan dakyah pembangkang yang berusaha untuk melakukan apa sahaja bagi menyakinkan rakyat kononnya mereka sepakat.

Jika benar Pas yakin bahawa DAP tidak lagi menentang hukum hudud versi mereka seperti mana dilakukan oleh MCA maka adalah wajar jika Pas mendesak supaya hukum hudud itu dimasukkan ke dalam buku jingga pakatan pembangkang. Melalui cara itu barulah rakyat akan yakin bahawa Pas benar-benar bersungguh-sungguh untuk melaksanakan hukum hudud dan DAP pula sudah menerima hukum berkenaan. Jika Pas tidak berupaya melakukan demikian, tidak payahlah cuba menunjukkan keberanian tidak bertempat terhadap MCA tetapi dalam masa sama tidak ubah hanya menjadi pak turut kepada PKR dan DAP dalam pakatan pembangkang.Selain itu tidak payahlah hendak memperbodohkan rakyat khususnya orang Melayu kononnya UMNO menentang hukum hudud.Seperti mana sudah diperjelaskan berkali-kali tiada mana-mana pun umat Islam yang akan menentang hukum hudud yang ditetapkan oleh Allah SWT. Tetapi kita sama sekali tidak akan bersetuju dengan hukum hudud yang dijadikan modal politik dan dilakukan secara berpilih-pilih sehingga mengwujudkan persepsi hukum Islam itu tidak adil.Itulah sebenarnya yang cuba dielakkan oleh UMNO.Apa pun terserahlah kepada mana-mana pihak untuk melihat isu kenyataan Soi Lek itu dengan kebijaksanaan dan pertimbangan yang waras.Apa yang pasti semua orang tahu siapakah yang benar-benar menentang hukum hudud dulu, kini dan selamanya

oleh Zulkiflee Bakar

ANDA INGIN MELIHAT PETUNJUK DARI ALLAH ???

KLIK DI SINI

UNTUK SELANJUTNYA 

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! HARAPAN PALSU SEMASA HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT DI NEGERI SEMBILAN TERSEBAR !!!

Posted: 05 Nov 2012 09:00 PM PST


Pakatan Pembangkang nampaknya belum mahu beralah apabila masih aktif memainkan propaganda angka dan nombor sambil mendakwa kekuatan yang mereka miliki amat menggerunkan pemimpin BN.Dalam perkembangan terbaru Sabtu lepas para pemimpin PR telah mengerahkan para penyokong dan jentera-jentera pilihanrayanya berhimpun di Seremban,Negeri Sembilan dalam usaha mereka menonjolkan kekuatan jentera mereka untuk menggertak BN Negeri Sembilan.Seperti biasa ahli dan penyokong PAS dari seluruh negera terutama dari Kelantan,Terengganu,Selangor,Negeri Sembilan,Perak serta beberapa negeri lain di kerah menghadirkan diri. PKR dan DAP juga turut sama mengeluarkan arahan kepada ahli mereka,bagaimanapun hanya terhad kepada mereka yang tinggal sekitar Lembah Klang dan Negeri Sembilan sahaja.Mengikut beberapa portal dan blog pro pembangkang lebih kurang 30,000 hadirin telah memenuhi majlis tersebut terutama semasa program pada malamnya,ramai yang berpayung dan ramai juga yang kesejukan ditimpa hujan.Dengan tema Himpunan Kebangkitan Rakyat,pada awalnya PR menjangkakan 50,000 orang akan memenuhi setiap ruang padang yang seluas lebih kurang sebesar sebuah padang bola sepak di Taman Seremban Jaya itu.Itu jangkaan mereka beberapa hari sebelum program berlangsung. 

Namun kehadiran yang diumumkan oleh kebanyakan portal dan blog pembangkang ialah 30,000 orang.Kebiasaannya jika angka jangkaan gagal ditepati maka ia dikatakan gagal atau kurang berjaya, tak begitu pembaca Badut Rakyat ??? Ramai penyokong PR yang sedar angka sasaran gagal digapai,namun ego sendiri dan malu alah sendiri terpaksa disembunyikan maklumlah setakat ini rekod kehadiran lebih 100k orang di Stadium Bukit Jalil dalam majlis anjuran UMNO belum lagi mampu di atasi.Hakikatnya, sama ada 30,000 orang atau 50,000 orang kehadiran di atas padang becak pada malam itu sebenarnya melampau lojik akal.Satu meter persegi tidak mungkin mampu menampung 10 orang manusia yang berdiri sambil berpayung,tak gitu pembaca Badut Rakyat ??? Padang yang sebesar lebih kurang sebuah padang bolasepak itu,hakikatnya cuma mampu menampung sekitar 10,000 orang sahaja atau dalam keadaan terlalu padat mungkin angka akan mencecah 13,000 hingga 15,000 orang.Bila diambil kira ruang yang digunakan untuk pentas dan gerai-gerai orang berniaga,maka ruang kosong untuk hadirin di tengah-tengahnya akan makin mengecil.Angka paling tepat pun hanya sekitar 7,000 hingga 8,000 orang sahaja yang hadir pada malam Himpunan Kebangkitan Rakyat di Seremban Sabtu lepas. 

Kalau nak bagi besarkan sikit angka,maka kita kira sekalilah jiran-jiran tetangga yang mendengar dari rumah-rumah dan kedai berdekatan,maka angka itu kita genapkan jadi 10,000 orang sahaja.Tapi biasalah,sudah tabie semulajadi PR untuk memperbesarkan angka dan nombor,nawaitu yang penting bagi mereka ialah untuk menunjukkan mereka tetap kuat sekalipun terpaksa mengangkut penyokong.Soal terpaksa berhabis duit untuk menampung perbelanjaan menyewa hotel bujet dan wang pengangkutan tidak pernah menjadi persoalan,tapi ia akan menjadi isu besar kiranya BN yang melakukannya.Dwi standard itu biasalah.Sementara itu,Timbalan Presiden PAS,Mat Sabu ketika mengulas program anjuran PR di Seremban itu gah menyatakan 'kejayaan' majlis Himpunan Kebangkitan Rakyat tersebut bakal membolehkan PR menguasai Negeri Sembilan.Dengan yakin Mat Sabu mengumumkan bahawa semasa PRU 13 kelak menjelang jam 7 malam hari mengundi kelak akan di ketahui bahawa Wisma Negeri sudah ditawan oleh PR.Over confident betul.Mat Sabu lupa,dalam menentukan jatuh bangun sesebuah kerajaan negeri hanya pengundi anak negeri berkenaan sahaja yang layak membuat keputusan.Penyokong DAP,PKR dan PAS yang diangkut dari Kelantan,Perak, Terengganu misalnya hanya sekadar dapat meramaikan majlis tapi tidak layak untuk mengambil bahagian menentukan kerajaan negeri lain,kecualilah kalau PR sebenarnya telah secara terancang memindahkan para pengundinya ke kawasan-kawasan atau negeri lain Atau sebenarnya,keyakinan Mat Sabu itu disebabkan sudah ramai pengundi PR dipindahkan ke kawasan-kawasan BN,sebagaimana pernah dilakukan oleh PAS Kedah,PAS Kelantan dan PKR Selangor yang aktif memindah pengundinya ke DUN dan Parlimen milik BN ??? Apapun,tak salah untuk Mat Sabu terus berangan,namun percayalah tak selamanya majoriti rakyat akan lena diulit mimpi dan harapan palsu dari PR kerana bila tiba masa mengundi nanti,sebahagian besarnya tetap akan mendahulukan kepentingan agama,bangsa dan negara mengatasi propaganda pemimpin PR. 

ANDA INGIN MELIHAT PETUNJUK DARI ALLAH ???

KLIK DI SINI

UNTUK SELANJUTNYA 

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! HANNAH YEOH BERPERANAN HANCURKAN ISLAM DI SUBANG JAYA ???

Posted: 05 Nov 2012 06:00 PM PST


Nampak gayanya DAP telah melatah dengan kenyataan dari Abdullah Sa'amah yang merupakan pengasas Pondok Genting bahawa HARAM,BERDOSA UNDI DAP.Umat Islam juga tidak boleh menyokong mana-mana pihak yang bekerjasama atau menjalin pakatan dengan DAP pada pilihanraya kerana sokongan itu akan turut membawa kemenangan kepada DAP.Agenda perjuangan DAP berbeza dengan MCA dan MIC dalam Barisan Nasional yang digolongkan sebagai bukan kafir harbi iaitu tidak membawa kemudaratan kepada kedudukan Islam dan umat Islam.Perjuangan DAP tidak terima Perlembagaan negara, mereka mahu sama rata Islam dan bukan Islam,kuil dan masjid juga mahu sama rata.Wajib orang Islam dalam PAS,UMNO dan PKR menolak DAP yang mencari jalan hendak menguasai negara melalui undi pada pilihanraya.


Maka DAP melalui Hannah Yeoh telah diberi tugas untuk mengaburi mata umat Islam di Subang Jaya,di Selangor dan di Malaysia bahawa DAP menjaga Islam.Sedangkan Hannah Yeoh inilah senjata mereka untuk menembusi kaum Kristian di Selangor dengan membawa message "RISE UP, ITS TIME TO TAKE SUBANG FOR JESUS!!".


Roketkini – yang mendokong cogankata "Sebangsa SeJiwa" logo Burung Merpati – telah membentangkan pendapat dan wawacara oleh penulis-penulis Melayunya bersabit beberapa isu berkaitan Islam.

Masuk bakul angkat sendiri



Wartawan Roketkini Iza Suraiya menemubual ahli-ahli majlis MPSJ Rajiv Rishyakaran (Pegawai Pembantu Khas Hannah Yeoh) dan Ken Chia (bekasPegawai Pembantu Khas Hannah Yeoh) beserta dengan Lady Boss mereka itu "untuk mendalami cara kerja MPSJ yang begitu cemerlang".

Menjawab soalan: "Sebagai Adun DAP bagaimana penerimaan orang Melayu terhadap parti?"


Permainan isu agama dan kaum oleh BN

 "Ini sangat tidak sihat."

http://helenang.files.wordpress.com/2012/11/hannah2.png
http://helenang.files.wordpress.com/2012/11/hannah3.jpg 
http://helenang.files.wordpress.com/2012/11/hannah4.png?w=455

DAP tuduh MCA "anti-Islam" .

Tu lah, MCA. Lu mahu bagi lu punya paper 'Bintang' tu jadi suara evangelista.Apa boleh buat … dah MCA tidak mempunyai apa-apa platform media yang boleh diharap. Dalam pada itu,diterbitkan sebuah rencana bertajuk 'Hina Islam? Selamat jalan MCA' (22 Okt 2012) oleh Izmil Amri di Roketkini :

(Sedutan) Izmil menulis :"Tiada lain yang dapat ku ucapkan kepada Chua Soi Lek selain 'selamat jalan', tatkala seluruh negara melihat betapa gigihnya MCA menggali kubur sendiri sewaktu persidangannya hujung minggu lalu. Sambil mengelap air mata meratapi pemergian parti Cina terbesar di Malaysia, kita turut menitipkan belasungkawa buat United Malays National Organisation yang kian sunyi menyendiri di dalam sebuah barisan politik yang sedang nazak.

 "Mari kita bertafakur sejenak dan mengenang kembali fiasco konvensyen MCA yang baru sahaja berlalu. Kita faham keadaan mereka sekarang. Selalunya orang yang menghampiri ajal akan buat dan cakap yang bukan-bukan. DAP tidak perlu menjawab tuduhan MCA, apatah lagi bermain drama politik MCA. Sebagai sebuah parti yang lama, MCA sepatutnya lebih punya pengalaman dan kebijaksanaan untuk melakukan perkara yang lebih masuk akal, selain menghina Islam secara terang-terangan. Sangkanya permainan begitu akan menjerat DAP, tetapi MCA ternyata silap.DAP,sebagai sebuah parti yang tidak berasaskan kaum mahupun mengangkat nama mana-mana agama; hanya sekadar melihat dengan ekspresi tidak percaya pada politik 'lagak ngeri' yang diperlihatkan MCA dua tiga hari lalu.

Tidak menyangka parti Cina tersebut mampu memberanikan diri untuk menyerang dan menghina Islam dan hudud secara terang nyata. Seolah-olah pemimpin MCA ini semua telah salah makan ubat. Mabuknya itu lain macam, hatta menyebabkan kaum Cina lain menepuk kepala dan menggeleng-geleng tidak percaya. Antara tuduhan paling gila pastilah yang keluar dari mulut Naib Pengerusi Wanita MCA,Heng Seai Kie yang mendakwa kononnya PAS menbenarkan merogol wanita bukan Islam sekiranya wanita tersebut tidak menepati peraturan berpakaian yang disarankan agama Islam.Mengucap panjang saya apabila membaca laporan ini. Bagaimana agaknya beliau boleh membenci Islam sampai ke tahap ini, sehingga sanggup memfitnah PAS sampai begitu sekali." [...] - Selangor Daily

"Haram Melayu undi MCA" 

Agak-agaknya sibodoh bin bahalol mana yang percaya dengan pembohongan DAP ini ??? Si bodoh dalam PAS dan PKR ??? saya menyeru semua umat ISLAM bangkit untuk menguburkan DAP dan parti yang bersekongkol dengan mereka iaitu PAS dan PKR.

ANDA INGIN MELIHAT PETUNJUK DARI ALLAH ???

KLIK DI SINI

UNTUK SELANJUTNYA 

RENUNG-RENUNGKAN 
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...