tun faisal dot com

tun faisal dot com


[Video] Fathul Bari - Melayu PKR, DAP dan Pas yang amal pluralisme SESAT?

Posted: 24 Nov 2012 02:30 PM PST

Komen kurang cerdik Azhar Idrus

Posted: 24 Nov 2012 08:40 AM PST


Akibat selalu cakap bod-doh kat orang lain, akhirnya buat komen yang tak cerdik...

@Armand_PJU - #FaktaBukanAuta , pengundi muda kembali sokong BN sebab Pemuda buat kerja

Posted: 23 Nov 2012 11:44 PM PST


Armand in action di radio Selangor BN fm

@ARMAND_PJU KATA UMB BUAT KERJA "ITU FAKTA BUKAN AUTA" @TUNFAISAL

Written By Team Media Selangor on Saturday, 24 November 2012 | 15:30



Saya Ingin Mengucapkan Jutaan Terima Kasih Pada Pihak www.selangorbn.fm Kerana Menjemput Saya Bagi Wawancara Pada Khamis 22hb Nov 2012 Jam 12tgh-1ptg. Temubual Secara Live Bagi Segmen 'Suara Anak Muda".

Tahniah Pada Pihak BN Selangor Yang Membuat Satu Lagi Gerak Kerja Yang Baik Khususnya Dalam Mendekati Anak Muda Serta Penerangan Isu2 Semasa Terus Kepada Rakyat Dalam Cara Yang Santai. Diantara Soalan2 Yang Di Tanya Pada Saya.

Apa Perkara Baru Dlm BN Yang Menarik Anak2 Muda?

Pemuda BN di Bawah Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia YB Khairy Jamaluddin Banyak Membuat Program2 Yang Lebih Menyelesaikan Masalah Orang Muda. Pemuda BN Kini Lebih Kearah Mencari Penyelesaian Isu2 Muda.

Sebagai Contoh. Anak2 Muda Mahukan Suara Mereka Didengar, Lantasnya Tubuh Unit Pidato Pemuda BN Di Mana Kita Memberikan Satu Ruang Bagi Mereka Untuk Menyuarakan Isi Hati , Cadangan, Aspirasi Dan Harapan Mereka. Bukan Sekadar Itu Sahaja Kita Juga Melatih Anak2 Muda Yang Minat Dalam Berpidato Dan Pengujahan Awam Utk Menjadi Jurubicara Pemuda BN Di Pentas Ceramah, Forum, Dialog , Debat...Etc.

Masalah Pengangguran Anak Muda, Pihak BN Telah Buat BN Job Fair Mencarikan peluang2 Pekerjaan Bagi Anak2 Muda, Pemuda BN Bergerak Di Seluruh Negara Dalam Usaha Membantu Anak Muda Yang Memerlukan Peluang Pekerjaan.

Anak Muda Yang Kreatif, Pemuda BN Telah Buat BN Youth Music Untuk Anak Muda yang Kreatif Dalam Bidang Seni Di Berikan Ruang.

Anak Muda Yang Minat Kerja2 Sukarelawan, Pihak Pemuda BN Telah Menubuhkan BN Youth Volenteers. Utk Buat Kerja2 Kebajikan Dan Kerja2 Sukarelawan. Sambutan BNYV Amat luar Daripada Jangkaan. Pada Yang Meminati Media Sosial.

Siapa Tak Kenal Pada Unit Media Baru (UMB) Yang Konsisten Dalam Menjawab Isu2 Semasa Baik Didalam Blog, Facebook, Twitter Atau Apa Jua Sosial Media Terkini. Ni Lah Pembaharuan Pemuda BN


Betulkah Anak Muda Kini Bersama2 BN?


Ye Betul. Ini Berdasarkan Fakta Bukan Auta. Pihak Pakatan Mengeluarkan Persepsi Mengatakan Anak Muda Kini Bersama Mereka. Bagi Saya Ini AUTA BUKAN FAKTA.



Biar Saya Jelaskan, Berdasarkan Fakta. Boleh Dikatakan Saluran Undian Orang Muda Di Pilihanraya2 Kecil Bermula Daripada Manik Urai Hingga Yang Terakhir, Undian Orang Muda kembali Kepada Barisan Nasional IniFAKTA BUKAN AUTA.



Pilihanraya Negeri Sarawak Heboh Pakatan Awal2 Mengatakan Sarawak Akan Jatuh Pada Mereka Bukan Main Sombong dan Ego Cara Mereka Berkempen, Akhirnya Keputusan Memihak Pada Kerajaan BN Dan Sekali Lagi Undian Anak Muda Sarawak Bersama2 BN. FAKTA BUKAN AUTA.



Paling Baru , Sudahkah Kita Lupa Pihak Pakatan Mengatakan Mahasiswa Semua Pro Pakatan Dan Sekali Lagi Mereka Mengunakan Askar Upahan Murahan Mereka Si Adam Adli Dan Geng Merapu Beliau Dalam Mainan Persepsi Mengatakan Mahasiswa Bersama PAKATAN. Mengamuk Sana-sini, Demo Sana-sini, Tidur Sana-sini.. Tapi Isyarat Jelas Mahasiswa Yang Matang dan Bijak Telah Membuat Isyarat Bersama Aspirasi Kerajaan Barisan Nasional Dimana Pilihanraya Kampus 18 Daripada 20 IPTA Memihak Pada Pro-Aspirasi Atau Menyokong Dasar Kerajaan. Ini FAKTA BUKAN AUTA. 



Kenapa Pihak Pakatan Diam Bila Gagal Dapat Sokongan Mahasiswa? Saya Yakin Kalau Keputusan Memihak Pada Pihak Mereka Pasti Mereka Akan Heboh 1Malaysia, Tapi Bila Gagal Diam Seribu Bahasa.  

Apa Nasihat Pada Anak Muda Yang Mahu Kecimpung Dalam politik?



 Nasihat Saya Pada Adik-adik Yang Minat Pada Politik Adalah Bila Kita Letakkan Kaki Dalam Arena Politik Kita Harus Tanamkan Semangat Keikhlasan Dan Senatiasa Sedia Berkhidmat Untuk Rakyat. jangan Masuk Politik Untuk Kejar Jawatan dan Kekayaan, Jika Ini Yang Dibawa Saya Yakin Adik2 Akan Kecewa, Tapi jika Kerana Prinsip Perjuangan Utk Menegakkan Kebenaran, Keadilan dan Membantu Rakyat Sebagai Agenda Utama insyallah Adik Akan Terus Berjaya.



Saya Berpegang Pada Amanat YTM Tunku Abdul Rahman "Ketua Adalah Seorang Hamba Yang Persembahkan Dirinya Supaya Menjadi Pesuruh Kepada Sekalian Rakyat Jelata. Dan Tugasnya ialah Untuk Mengorbankan Diri Untuk Berkhidmat Pada Rakyat Jelata Itu Makna Yang Saya Tahu Dan Itulah Menjadi lambang Pejuangan Saya Sebagai KETUA UMNO"


Kata2 Dan Amanat Beliau Insyallah Akan Jadi Pegangan Saya Dalam Arus Politik Saya Insyallah. Ini Adalah Sebahagian Soalan Yang Ditanyakan...


Terima Kasih Sekali Lagi ,Rakan2 Yg Gunakan IPad, IPhone, Blackberry Dan Smartphone Bole Download Application Di www.selangorbn.fm.



 BN Pilihan Orang Muda



 Armand Azha Hj Abu Hanifah

[Video] Fathul Bari - Tahaluf Siyasi Pas tidak ikut sunnah? #PasSerabut

Posted: 23 Nov 2012 09:46 PM PST






Pengundi Islam lari kerana `tahaluf siyasi' Pas menyimpang?

Satu hakikat paling penting yang tidak dapat ditolak oleh peserta Seminar Memperkasakan Parti Pas dan Mursyidul Am Pas Datuk Nik Aziz Nik Mat adalah mereka mengakui bahawa imej Pas semakin merosot dan pengundi Islam semakin kurang yakin terhadap Pas dan pemimpin-pemimpinnya!!!


Mungkinkah pengundi Islam semakin lari dari PAS kerana Nik Aziz dan sejumlah pemimpin Pas seperti bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir Mohd Nizar Jamaludin yang tidak lagi berpegang kepada ajaran Islam sebaliknya berpegang kepada semangat assobiyah kepartian demi mendapatkan kuasa? Nizar misalnya, dalam sidang DUN Perak telah `membuang' perjuangan menegakkan negara Islam dari transkrip, manifesto dan perlembagaan parti tersebut.


Mungkinkah ia juga disebabkan sikap dan perilaku pemimpin Pas yang ibarat cakap tak serupa bikin dan yang dilihat tidak Islamik oleh rakyat? Misalnya, pakatan pimpinan Nizar telah melakukan amalan yang dilihat sebagai tidak Islamik termasuk melancarkan mogok lapar dan Husam Musa yang dikaitkan dengan politik wang semasa Muktamar Pas.


Kajian Zentrum Future Studies terhadap 2100 responden Kajian Mikro Kepercayaan Politik Malaysia yang dibentangkan oleh penerajunya Professor Madya Dr Abu Hassan Hasbullah di Seminar Memperkasakan Parti PAS kelmarin menunjukkan bahawa 519 orang daripada golongan berusia 31 hingga 40 tahun turut berpandangan negatif terhadap kepimpinan Pas berbanding 181 orang yang positif.


Didapati juga bagi golongan berusia 41 hingga 50, seramai 751 orang menyatakan hilang sokongan terhadap kepemimpinan Pas, manakala 396 responden masih menyokong; kebanyakan mereka yang berpandangan negatif terhadap Pas ini adalah dari negeri Pantai Timur dan Utara.


Kata Presiden PAS Dato' Seri Abdul Hadi Awang sewaktu menyampaikan ucaptama beliau, beliau "bukan setakat mahu menang tetapi yang penting adalah mengisi kemenangan itu." Kenyataan ini agak berbeza dengan kenyataan yang pernah dibuat beliau lama dahulu yang saya dengar sewaktu masih belajar, iaitu beliau "kami rela kalah kerana Islam, kita rela ditolak rakyat kerana melaksanakan suruhan Allah, apalah ertinya sebuah pemerintahan tanpa mendapat redha Allah".



Beliau juga menyatakan bahawa adalah menjadi tanggungjawab PAS untuk mengajak umat golongan bukan Islam menjadi penyokong kepada perjuangan ini. Kata beliau, hasil daripada 'tahaluf siyasi' dan kerjasama bersama Pakatan Pembangkang telah berjaya melumpuhkan ego kerajan Barisan Nasional (BN) yang begitu takbur sebelum ini.

Sebelum penyokong Pas begitu seronok menjadi kakak tua menyokong `tahaluf siyasi'yang dianjurkan oleh Presiden Pas ini tanpa memahami maknanya, mungkin elok juga kita membentangkan beberapa pandangan yang saya kira tidak dibincangkan dalam usrah pengikut-pengikut Pas.

Terdapat 2 pandangan berbeza tentang konsep kerjasama `tahaluf siyasi' Pas ini. Kebanyakan ulama terdahulu tidak menerima langsung konsep kerjasama ini dan menghukumnya HARAM, atas alasan:

Firman Allah SWT dalam surah al-Maidah ayat 51-52 - "Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpin(mu); sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Barangsiapa di antara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim. Maka kamu akan melihat orang-orang yang ada penyakit dalam hatinya (orang-orang munafik) bersegera mendekati mereka (Yahudi dan Nasrani), seraya berkata: "Kami takut akan mendapat bencana". Mudah-mudahan Allah akan mendatangkan kemenangan (kepada Rasul-Nya), atau sesuatu keputusan dari sisi-Nya. Maka kerana itu, mereka menjadi menyesal terhadap apa yang mereka rahasiakan dalam diri mereka."

Dihujahkan bahawa Islam mengharamkan segala bentuk kesetiaan kepada orang Yahudi dan Nasrani adalah kerana kesetiaan dilarang untuk diletakkan kepada ahli kitab yg berpegang teguh dengan ajaran yang mempunyai sedikit sebanyak persamaan dengan akidah Islam; inikan pula ahli kitab yg jauh menyimpang dr ajaran asal mereka. (dibaca - apa lagi dengan golongan sosialis, komunis dan sekularis di dalam DAP dan PKR.)
Manakala satu lagi pandangan yang mengharuskan tahaluf siyasi adalah berdasarkan hujah tersebut:
Pertama - berdasarkan peristiwa yang berlaku pada zaman jahiliyyah iaitu perjanjian di antara beberapa qabilah untuk menolong golongan yang dizalimi. Perjanjian ini telah disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW, yang diriwayat menyatakan "mana-mana perjanjian yang dilaksakanan ketika jahiiyyah tidak akan ditambahkan (diubah) oleh Islam melainkan semakin patut dilaksanakan." membawa makna bahawa sebarang perjanjian di zaman jahiliyyah yang bermaksud kerjasama dan silaturrahim tidak akan berubah ketika Islam melainkan ia lebih patut untuk dilaksanakan kerana Islam tidak akan mengharamkan sesuatu perkara yang baik.

Kedua - berdasarkan perjanjian Rasulullah SAW dengan bapa saudaranya Abu Talib untuk menjaganya serta memeliharanya dari ancaman kaum Quraisy, termasuk ketika kaum Quraisy melancarkan pemulauan kepada Bani Hashim dan Bani Abdul Mutalib sebagai tindak balas kerana mereka melindungi Rasulullah SAW.

Ketiga - berdasarkan perjanjian Rasulullah SAW dengan Mut'im bin 'Adi. Ia berlaku selepas kewafatan Abu Talib dan sekembalinya baginda SAW dari menyebarkan dakwah Thaif. Rasulullah SAW telah memasuki kota Mekkah dengan perlindungan seorang musyrik yang bernama Mut'im bin 'Adi. Rasulullah SAW menghargai pertolongan Mut'im sehingga baginda pernah bersabda apabila memenangi perang Badar, "Sekiranya Mut'im bin Adi masih hidup lalu memintaku membebaskan tawanan ini, aku akan lakukan untuknya.."

Keempat - berdasarkan perjanjian yang dibuat oleh Rasulullah SAW dengan kaum Yahudi ketika ditegakkan negara Islam Madinah. Perjanjian ini melahirkan Perlembagaan Madinah dan menjadi hujah keharusan kaum muslimin menjalinkan perjanjian dengan orang-orang bukan Islam di atas dasar memelihara kebajikan kedua-dua pihak.

Kelima - berdasarkan perjanjian Rasulullah SAW dengan Bani Khaza'ah yang berlaku apabila baginda bersama para sahabat ingin memasuki kota Mekah untuk mengerjakan haji namun disekat oleh kaum Quraisy. Lalu Rasulullah SAW mengutuskan pengintip dari bani Khaza'ah yang merupakan seorang musyrik dan mereka melaporkan kepada Rasulullah SAW mengenai pergerakan kaum Quraisy.
Keenam - berdasarkan perintah Rasulullah SAW kepada para sahabat agar berhijrah ke Habsyah semasa ditindas di Mekah untuk mendapatkan perlindungan dari Raja Najasyi yang merupakan seorang Nasrani pada masa itu turut merupakan dalil kepada keharusan untuk mendapatkan perlindungan dari orang yang bukan Islam di dalam menjaga kemaslahan umat Islam.

Di dalam kesemua peristiwa ini, mungkin yang tidak dapat dilihat dengan jelas oleh pengikut Pas adalah;
  1. menjadi satu keharusan jamaah Islam untuk mendapat perlindungan daripada orang yang bukan Islam demi mencapai matlamat perjuangannya, tetapi tidaklah sampai kepada peringkat tunduk dan patuh kepada mereka, apa lagi sehingga menggadaikan perjuangannya (seperti yang dibuat oleh Nizar atau yang mungkin dijanjikan oleh pihak tertentu kepada kaum lain dalam hal menentukan kedudukan dan keistimewaan Islam di dalam Perlembagaan Persekutuan).
  2. dalam konteks Perlembagaan Madinah membentuk kerjasama dengan bukan Islam untuk membangunkan sebuah negara bersama-sama atas dasar patriotisme dan kerjasama ini tidaklah sehingga mereka berhak menentukan siapa yang sepatutnya menjadi pemimpin negara atau pemimpin umat Islam (atau menghalang perpaduan sesama Islam?)
  3. dalam konteks hubungan dengan kafir zimmi dan bukan dengan kafir harbi
Kita yakin istilah `tahaluf siyasi' ini akan terus dimainkan sebab bukan semua yang berada di dalam Pas faham dengan maksudnya. Pada waktu yang sama ramai pula ustaz-ustaz dalam Pas yang akan bertindak menjadi `syaitan bisu' yang menyokong kepalsuan pemimpin mereka dan menyorokkan kebenaran atas dasar assobiyah.
`Tahaluf siyasi' apakah yang menjadi pegangan Pas dalam kerjasama mereka dengan golongan sosialis, komunis dan sekularis di dalam DAP dan PKR? Sudah terang lagi bersuluh - masihkah kita berasa hairan jika pengundi Islam semakin menjauhkan diri dari PAS?



-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...