PAPA GOMO

PAPA GOMO


Tok Pa Tok Nampok Ko UMNO Dok Gocoh Samo Gu? Ko Demo Tidor?

Posted: 24 Nov 2012 06:00 PM PST


UMNO Kelantan, UMNO Kelantan yang mana seingat Gomo memang cukup gah dan megah sama sekali gerombolan mereka ini. Ya....memang mereka Gah dan hebat tapi gah dan hebat hanya di KUALA LUMPUR sahaja mereka hebat. Di Kelantan? Macam mana?

Gomo sebenarnya tidak kisah tentang negeri Kelantan sama ada dibawah PAS ataupun dapat kembali dirampas ke tangan Barisan Nasional. Gomo tak hairan sebab Gomo bukannya tinggal di Kelantan malah takde kena mengena dengan mana mana bahagian di Kelantan ni melainkan saudara mara yang berada didalam parti UMNO, PAS dan juga yang tak berparti.

Tapi kadang kala terasa juga nak lihat perubahan di Kelantan untuk sama sama maju dengan negeri lain. Nak juga tengok kekayaan hasil ekonomi Kelantan memberi saingan sengit kepada negeri lain terutamanya Selangor yang hampir dengan KL ni. Tapi peluang untuk BN mentadbir Kelantan mungkin hanya angan angan mat jenin kerana PAS pasti akan menang sekali lagi PRU 13 ini di Kelantan.

Tak dinafikan macam macam yang dilakukan oleh UMNO Kelantan untuk memastikan para pengundi setiap jajahan negeri Kelantan memberikan undi buat BN pada PRU 13 nanti. Kerja keras set Gelombang Merah UMNO Kelantan cukup dasyat memandangkan watak orang Kelantan yang kebanyakkan nya hanya berkain pelikat melepak di kedai kopi menjadikan setiap jentera UMNO haruslah menyelami denyut nadi para pengundi di Kelantan itu sendiri.

7 bulan lepas Gomo ada bersembang dengan rakan Blogger RBF Online yang juga berasal dari Kelantan mengenai peluang BN menang di Kelantan PRU 13 ini. Memang kami akui dan yakin Kelantan akan dapat dirampas BN pada PRU 13 ini. Malah kepimpinan Tok Pa yang dilihat sebagai Menteri Besar jika BN menang 2/3 di Kelantan kelak memberikan lagi keyakinan kami bahawa memang PAS akan tumbang pada PRU 13 nanti.

Tapi tu semua 7 bulan lepas, tu semua waktu kami dan mungkin ramai lagi yang melihat betapa hebatnya kempen UMNO yang menjalankan kerja disetiap kawasan dalam negeri Kelantan. Sekarang?

Sekarang ini UMNO Kelantan lagi hebat kerana bukan sahaja sibuk menarik undi rakyat Kelantan malah persengketaan sesama ahli UMNO untuk berebut menjadi calon pada PRU 13 semakin ketara. Setiap parlimen, dun pasti berlaku perebutan untuk melayakkan siapa yang menjadi calon BN pada PRU 13 ini.


Ntah apa apa lah UMNO Kelantan ni, kerja punyalah elok selama bertahun tahun didalam penggal pentadbiran Presiden UMNO D.S. Najib Razak tetapi dah nak hampir ni dok bergaduh tikam menikam demi tembolok sendiri. Jahanam dan memang jahanam UMNO Kelantan kalau berterusan sehingga kepada PRU 13 nanti.

Gomo pun tak faham apakah Tok Pa yang memang dah tentu menjadi calon PRU 13 ini di Jeli memantau mengenai pekara yang sedang hangat berlaku diseluruh bahagian negeri Kelantan. Apakah Tok Pa dikaburi dengan penipuan orang disekitar yang hanya melaporkan baik baik belaka tampa memberikan fakta yang sebenar berhubung pertelagahan berebut nak menjadi calon PRU 13?

Gomo sebenarnya meluat dengan karenah sebegini yang seakan menjadi tradisi dalam UMNO Kelantan apabila semakin hampir kepada PRU maka pembunuhan, tikam menikam dan cantas mencantas berlaku demi survival politik tembolok mereka yang gilakan kuasa.

Takkan semua tu Tok Pa selaku Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan nak suruh D.S. Najib Razak yang uruskan? Takkan lah setiap pertelagan dan persengketaan antara sesama ahli UMNO nak Najib Razak yang masuk campur dan selesaikan? Kalau dah semua Najib Razak nak buat habis tu baik Najib Razak je bertanding di Kelantan.

Buat D.S. Mustapha Mohamed, bertindak sebelum parah. Bukak mata, telinga anda agar mengetahui pekara ini dengan jelas. Jalankan kewajipan ini agar PRU 13 BN punya harapan menang di Kelantan. Karisma Tok Pa yang lembut dan berkarisma amatlah sesuai untuk watak MB .Namun tidak ada guna Tok Pa bertanding di Dun berharap menjadi MB jika dun dun lain di Kelantan tewas akibat sengketa sesama UMNO itu sendiri.

Gomo lihat perubahan rakyat Kelantan yang mahukan UMNO mentadbir Kelantan. Gomo lihat seruan anak anak muda seperti ngo "TUKAR" yang menjalankan kerja keras dalam mendekati pengundi muda. Tapi apakah semua itu hanya akan menjadi gimik semata mata sedangkan ahli UMNO yang berjawatan berebut rebut untuk menjadi calon pada PRU 13 ini sehingga tikam menikam sesama sendiri?

Rakyat Kelantan sememangnya mahukan UMNO pada PRU 13 ini. Tetapi mereka mual dan jelek dengan sikap pemimpin UMNO yang berjawatan dengan kemegahan di Kuala Lumpur dan pertelagahan berebut untuk menjadi calon PRU 13 nanti. Atas faktor mual dan jelek inilah nanti pengundi Kelantan tidak akan memangkah BN sebaliknya PAS parti barua DAP akan diundi pada PRU 13 kelak.

Tok Pa orang berjawatan, punya pengaruh dan mempunyai jentera yang ramai. Selesaikan masaalah ini dengan segera sebelum terlambat. Atau Tok Pa sendiri mahukan UMNO kalah di Kelantan PRU 13 nanti?

Psssttt.... "Gocoh nok jadi calon wat menatang gapo?

Hasan Ali Kecam Nurul Izzah Yang Buka Ruang Umat Islam Tukar Ugama

Posted: 24 Nov 2012 04:00 AM PST


Jelas sekali apa yang dinyatakan oleh Yb Hassan Ali berhubung kenyataan Nurul Izzah anak Anwar Ibrahim yang menyatakan orang Melayu boleh menukar agama kepada agama lain. Itulah Nurul Izzah anak Anwar Ibrahim yang mana kita tahu akan menghalalkan apa sahaja asalkan mereka memperolehi undi dari pihak pihak lain selain umat Islam.

Psssttt.... Kau orang nak tukar agama ke?


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...