BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


KES SALON !!! PAS KELANTAN TIPU KAUM CINA !!! APA CERITA NI ???

Posted: 26 Nov 2012 03:00 PM PST


Pemimpin PAS sering menjaja propaganda bahawa undang-undang Islam ataupun hudud PAS yang mahu diperjuangkan oleh mereka menjamin hak kebebasan orang bukan Islam dengan alasan ia hanya terhad pada orang yang beragama Islam sahaja.saya faham tujuan PAS menggembar gemburkan propaganda itu untuk mengurangkan kerisauan masyarakat bukan Islam selanjutnya mengelakkan pakatan pembangkang yang turut melibatkan PAS daripada kehilangan undi sebahagian orang Cina yang menyokong DAP. Hakikatnya,apa yang menimpa para pengusaha salon gunting rambut di KB Mall,Kelantan baru-baru ini langsung tidak bertepatan dengan propaganda yang dilaungkan oleh PAS selama ini.Misalnya dalam kes Pengurus E-Life Hair Salon,Ong Lee Ting yang membuka perniagaan di KB Mall sejak 2010 sehingga kini pemilik salon itu sudah 11 kali disaman oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI).Di bawah Seksyen 107 (2) Akta Majlis Undang-Undang Tempatan seseorang wanita termasuk bukan Islam dilarang memotong rambut seorang lelaki ataupun sebaliknya tanpa mengira agama.Setiap kali disaman atas kesalahan tersebut,Ong perlu menyelesaikan saman bernilai RM200 hingga RM350.11 kali disaman bermakna pemilik salon itu sudah kerugian diantara RM2000 hingga RM3000.Bukan sedikit jumlahnya apabila diambil kira sewa kedai yang perlu dibayar saban bulan. 

Malah para pemilik salon yang bukan Islam juga turut didenda sekalipun mereka memberi khidmat kepada pelanggan lelaki yang bukan beragama Islam.Bukankah selama ini PAS gah bercakap bahawa orang bukan Islam terkecuali daripada peraturan Islam ??? Ternampak jelas PAS telah dengan sengaja menipu orang Cina,baik dalam isu salon unisex mahupun melibatkan hudud PAS.Apa susah sangatkah untuk PAS berkata benar dan memberi penerangan yang sebenar tanpa dolak dalik bermotifkan politik kepartian ??? Kira-kira sebulan lalu,Presiden MCA, Chua Soi Lek ada mendedahkan satu SMS yang diterimanya yang tertulis mesej kebimbangan sesetengah golongan bukan Islam keturunan Cina perihal risiko kesan perlaksanaan hudud PAS yang bakal memudaratkan 1.2 juta orang bukan Islam.Dalam konteks kepentingan orang Cina dan masyarakat bukan Islam,nampaknya kebimbangan yang disuarakan oleh Soi Lek ada asasnya.Mungkin disebabkan tidak tahan dengan asakan Soi Lek,selepas itu PAS telah melabelkan Presiden MCA itu telah menghina hudud dan Islam,sekalipun Soi Lek hanya secara sinis mengkritik hudud PAS itupun selepas mengambil kesempatan dari lampu hijau yang diberikan oleh Mursyidul Am PAS,Nik Aziz Nik Mat pada 12 Ogos 2009.Mengikut kenyataan Nik Aziz pada tarikh tersebut,katanya pemimpin DAP berhak mengkritik dan menghina Islam disebabkan mereka bukannya beragama Islam.Jadi apa bezanya pemimpin MCA dengan DAP,bukankah Soi Lek pun bukan beragama Islam sama seperti pemimpin DAP ??? 

Berbalik pada isu salon unisex di KBMall,jika logik propaganda PAS bahawa undang-undang Islam yang mahu diperkenalkannya melalui hudud PAS diambil kira yakni hanya terhad pada orang Islam sahaja,bermakna pemilik salon E-Life Hair Hair Salon akan terselamat dari denda tersebut.Sebaliknya hanya pelanggan atau pemilik salon yang beragama Islam sahaja akan menerima saman, itu jika logik propaganda PAS digunapakai,tidak begitu pembaca Badut Rakyat ??? Namun,lain yang dipropagandakan lain pula yang dilaksanakan. Mungkin bagi PAS isu ini agak remeh temeh,tapi sekarang ia semakin menjadi polemik umum dan isu panas yang pastinya besar impak buruk pada prestasi PR dalam PRU 13.Orang Cina dan lain-lain anggota masyarakat yang bukan beragama Islam rasa seperti tertipu dengan propaganda PAS bahawa undang-undang Islam hanya terhad pada orang Islam sahaja, sedangkan realiti yang berlaku melibatkan salon unisex di Kelantan turut melibatkan orang bukan Islam. PAS perlu belajar untuk bercakap benar bahawa undang-undang Islam termasuk hudud yang sebenar-benarnya turut meliputi orang bukan Islam,jika PAS berterusan menyembunyikan fakta ini dan polemik seperti salon unisex ini berulang, bukan sahaja memberi kesan pada imej Islam malah semakin mengelirukan orang bukan Islam.

RENUNG-RENUNGKAN 

HOT NEWS !!! KHALID GAGAP PANIK !!! SEKSYEN 7,SHAH ALAM TAK ADA AIR !!! APA CERITA NI ???

Posted: 26 Nov 2012 11:00 AM PST


Setelah puas bersilat dan bertaichi konon masalah air di Selangor hanyalah mainan politik BN untuk melemahkan PR,Menteri Besar Selangor,Datuk Seri Khalid Ibrahim akhirnya menepuk dahi apabila rumahnya mengalami gangguan bekalan air kelmarin.Pada hari minggu yang lepas,beberapa kawasan di Selangor termasuk Petaling,Klang dan Seksyen 7 Shah alam iaitu di kawasan kediaman Khalid Ibrahim,telah tidak mendapat bekalan air.saya harap tidak ada mana-mana pihak yang cuba bermain politik bodoh dengan menuduh UMNO sengaja memutuskan bekalan air ke rumah Khalid Ibrahim pula.Masalah ini adalah konsisten dengan kajian yang dilakukan oleh kerajaan pusat iaitu loji penapisan tidak lagi mampu menampung jumlah permintaan yang meningkat secara drastik di Selangor.Walaupun ketika negeri ini mengalami hujan yang lebat setiap hari,kandungan air di loji tidak menunjukkan peningkatan malah mengalami kemerosotan.Kini,setelah musim hujan mula reda,kandungan air semakin berkurangan dan sedikit sahaja peningkatan dalam penggunaan ternyata mampu menyebabkan kehabisan bekalan.Kini,segala apa yang dibimbangkan oleh kerajaan pusat telah pun menjadi nyata dan yang menjadi mangsa bukan sahaja rakyat tetapi juga Menteri Besar Selangor sendiri.Kerajaan PR menafikan penyelesaian yang diputuskan oleh kerajaan pusat melalui projek Langat 2 dengan memberi gambaran bahawa ianya bukan penyelesaian terbaik dan konon terdapat unsur-unsur tidak telus. 

Walaupun telah diperjelaskan berkali-kali oleh beberapa pihak yang berpengalaman dan juga pakar-pakar tentang bagaimana keputusan penyelesaian ini dicapai, kerajaan PR Selangor tetap berdegil untuk menggunakan penyelesaian mereka sendiri.Mereka menolak mentah-mentah keputusan kerajaan pusat walaupun sedia maklum bahawa keputusan itu dibuat berdasarkan kajian yang mendalam sejak beberapa lama serta oleh berbagai pihak.Amatlah malang bagi rakyat Selangor apabila dalam kedegilan itu, kerajaan negeri masih gagal menemui penyelesaian yang lebih baik dari Langat 2.Malah,teknologi membran yang dicadangkan juga kini terbukti tidak praktikal.Kini,mereka cuba pula mengkaji cadangan-cadangan lain yang mana pasti mengambil masa kerana setiap cadangan akan memerlukan kajian yang mendalam juga.Akibatnya masa terbuang begitu saja tanpa apa-apa tindakan penyelesaian.Sedangkan,projek Langat 2,jika berjalan mengikut jadual tanpa halangan oleh kerajaan Selangor adalah dijangka siap pada Mei 2014.

Mengikut kajian awal negeri Selangor dijangka mengalami kekurangan bekalan air,kira-kira 299 juta liter sehari bermula tahun ini di mana kemuncaknya akan dirasai pada tahun 2015. Melalui projek ini, air akan disalurkan ke Selangor dari Negeri Pahang.Namun,apa yang dicadangkan oleh kerajaan PR Selangor setakat ini semuanya membabitkan pemrosesan air mentah dan bukannya menambahkan bekalan air yang menjadi punca masalah.Ini menunjukkan yang mereka tidak peka akan masalah sebenar kerana terlalu ghairah berpolitik.Selain dari masalah air yang tidak cukup,loji baru juga amat diperlukan memandangkan keadaan loji sedia ada yang semakin buruk akibat terlalu lama dan sukar diselenggara tanpa menjejaskan bekalan kepada pengguna.Siapa sangka,dalam keghairahan PR untuk terus mempolitikkan isu air,Khalid Ibrahim sendiri terpaksa melalui keperitan hidup tanpa bekalan air.Walaupun kesengsaraan yang dilaluinya mungkin tidak lama, namun sekurang-kurangnya beliau kini merasai akibat dari sikapnya yang berpolitik tanpa batasan.Tidak dapat dipastikan sama ada Khalid akan insaf dan mengakui kesilapan setelah berhadapan dengan hari yang sukar tanpa bekalan air.Tetapi,saya tidak terkejut jika Khalid sanggup tidak mandi dan tidak bersuci semata-mata ingin terus bermain politik.Jika benar,maka nampaknya,rakyat Selangor terpaksalah menunggu sehingga pemimpin-pemimpin PR Selangor sudah tidak tahan bau masing-masing akibat tak mandi pagi,sebelum akur bahawa penyelesaian yang diputuskan oleh BN adalah yang terbaik.Ini kerana,BN sentiasa memastikan dan memutuskan hanya yang terbaik untuk rakyat jelata.Jika tidak,mana mungkin BN tetap menjadi pilihan rakyat sejak sekian lama ???

RENUNG-RENUNGKAN 

HOT NEWS !!! DONG ZONG BUKAN ANTI KERAJAAN TETAPI ANTI MELAYU !!! APA CERITA NI ???

Posted: 26 Nov 2012 07:07 AM PST


Perhimpunan 1125 yang diadakan oleh Dong Zong untuk membantah Pelan Pendidikan Kebangsaan disertai lebih kurang 7,000 peserta.Akhbar-akhbar Cina melaporkan jumlah seramai 10,000.Apapun jumlah sebenar, yang pastinya Dong Zong akhir-akhir ini semakin giat menuntut berbagai keistimewaan yang kononnya bertujuan untuk mempertahan dan meningkatkan pendidikan Cina bagi kaum Cina.Walaupun terbukti yang kerajaan tidak pernah meminggirkan sekolah-sekolah vernakular, namun Dong Zong masih tidak berpuas hati apabila pelan pendidikan baru menekankan usaha menyemai semangat jatidiri negara melalui Bahasa Kebangsaan.Bagi Dong Zong penambahan masa bagi subjek Bahasa Malaysia mengancam Bahasa Mandarin.Nampaknya,Dong Zong ingin memastikan anak-anak kaum Cina kekal tidak fasih berbahasa kebangsaan dan kekal terasing dari pergaulan dalam masyarakat majmuk di negara ini.

Malah,dari tuntutan-tuntutan sebelum ini,jelas terlihat bahawa Dong Zong bertekad untuk memisahkan kaum Cina dari aspirasi nasional dengan memperjuangkan peperiksaan yang tidak bersandarkan syarat-syarat yang digariskan oleh kementerian pendidikan. Jelas, bahawa Dong Zong enggan tertakluk di bawah kawalan kerajaan. Namun, sungguh biadab dan tidak bermaruah sekali Dong Zong apabila di masa yang sama menuntut layanan sama seperti Sekolah Kebangsaan. Apa jenis manusia yang sedia kaya, tetapi masih lagi asyik meminta-minta ??? Seperti biasa,parti-parti pembangkang juga mencelah mencari 'laba' dari perhimpunan ini,seperti PKR,DAP dan termasuklah PAS.Namun,kehadiran Pengerusi Cawangan MCA Kota Kecil,Tai Foo Him menjelaskan lagi agenda perkauman dalam perhimpunan ini. 

Menurut Dong Zong,pertubuhan itu bukan anti kerajaan.Ini mungkin separuh benar.Dong Zong bukan anti kerajaan,tetapi anti jatidiri dan aspirasi Malaysia yang berteraskan identiti Melayu.Dong Zong tidak mahu anak-anak mereka menyerap 'roh' Malaysia sepertimana tokoh yang disegani semua bangsa iaitu Tan Sri Lee Lam Thye yang dianggap telah 'diMelayukan'.Bagi kaum Cina, 'diMelayukan' adalah satu penghinaan kerana bermakna telah tunduk kepada Melayu.Sikap kiasu yang angkuh dan bongkak tidak membenarkan mereka berada di bawah dari sesiapa.Memandangkan Melayu yang mereka pandang rendah dan hina itu adalah tunjang kerajaan negara ini,maka Dong Zong yang tidak dapat menerima hakikat ini menjadi amat anti dengan Melayu.Justeru,Dong Zong ingin menunjukkan kepada Melayu, iatu kerajaan bahawa mereka lebih berkuasa dan merekalah tuan dalam negara ini.Dong Zong tidak berminat kepada semangat perpaduan, kerjasama, saling hormat-menghormati dan toleransi antara sesama kita kerana bagi mereka, kaum Cina jauh lebih mulia dari semua. Dengan itu, Pilihanraya yang menjelang tiba ini digunakan sepenuhnya oleh Dong Zong untuk menunjuk kuasa dan menguji ketahanan kerajaan.Namun,saya percaya,jika semua yang dituntut mereka juga ditunaikan kerajaan,Dong Zong tetap tidak akan berpuas hati,selagi tonggak pemerintahan berada di tangan Melayu.

RENUNG-RENUNGKAN 

" I SUPPORT ALL EFFORTS TO PROTECT THE SECURITY OF THE STATE OF ISRAEL " - ANWAR IBRAHIM !!!

Posted: 26 Nov 2012 04:00 AM PST


"I support all efforts to protect the security of the state of Israel," said Mr. Anwar – the Wall Street Journal on Thursday, 26th January 2011.itulah kenyataan Anwar Ibrahim.saya hairan kenapa beliau masih menafikan ??? mari kita lihat video di bawah.lihat kembali apa yang beliau kata.lihat juga penderitaan yang dialami oleh rakyat palestin



APA KATA ANDA ???

 RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! ISU LYNAS !!! PUAK PR KENA KENCING BULAT-BULAT ??? KENAPA YEKKK ??? MEH BADUT RAKYAT BAGI FAKTA SEBENAR !!!

Posted: 25 Nov 2012 09:00 PM PST


kadangkala saya kesian juga melihat rakyat malaysia terutama yang mengikut PR ni kena tipu oleh pemimpin PR terutama Fuziah Salleh.semalam puak-puak yang kena kencing ni datang ke dataran untuk menunjukkan protes mereka.yang bestnya budak kecil jadi mangsa untuk perhimpunan ni.mereka ni tak kesian ker kat budak kecik ni ??? sanggup kena tipu sampai 300km berjalan kaki ??? pihak lynas dah bagitahu semua ni tak berbahaya tapi masih degil kata berbahaya.apa cerita ni ??? yang datang kebanyakan dari puak cina DAP.macam ada udang di sebalik batu jer ???

saya nak cerita sikit pasal Lynas ni.kalau tak faham juga pergi study balik wahai puak PR yang baca Badut Rakyat ni.isu pokok yang menjadi punca bantahan PR dalam isu Lynas Corporation ini ialah 2 perkara.kesan radiasi dan radioaktif yang kononnya dihasil dan dibebaskan oleh kilang tersebut ke persekitaran setempat.Walaupun telah berbuih dibuktikan bahawa Lynas hanyalah sebuah kilang biasa,tapi pembohongan itu tetap dimain-mainkan berulang kali sehingga ada juga segelintir rakyat yang termakan dengan hasutan tidak berasas itu.


sekali lagi saya bagi beberapa fakta yang diselewengkan oleh pembangkang dan kumpulan penentang Lynas untuk pengetahuan semua pembaca agar tidak terkeliru dengannya. 

1. Lynas menyebabkan hujan radioaktif 

Hujan radioaktif hanya akan berlaku jika pelepasan radionuklid yang berkepekatan tinggi di udara, sedangkan ini tidak akan berlaku dalam Operasi Lynas kerana Penafsiran Impak Radiasi untuk senario terburuk pun menganggarkan pelepasan sebanyak 0.002mSv/tahun iaitu 500 kali ganda lebih kurang daripada Had Dos Maksimum yang dibenarkan kepada orang awam oleh AELB.Ini dalam scenario terburuk,dalam senario terburuk,dalam keadaan biasa ia jauh lebih rendah dari itu. 

2. Lynas menghasilkan asid yang boleh mencemarkan tanah 

Semua proses berkaitan dengan asid dilakukan di atas struktur konkrit yang boleh membendung tumpahan asid jauh dari tanah. 

3. Tidak ada kajian radiasi dalaman dilakukan oleh Lynas 

Fakta ini juga tidak betul kerana Penafsiran Impak Radiasi disediakan mengikut semua keperluan undang-undang Malaysia dan standard IAEA. Penafsiran Impak Radiasi adalah satu penilaian risiko terhadap kumpulan sasaran (pekerja dan orang awam) yang telah mengambil kira semua kemungkinan tentang cara atau laluan pendedahan.

 4. Operasi Lynas menyebabkan kanser dan kecacatan kepada bayi baru lahir 

pada pandangan saya,dalam banyak-banyak pembohongan,yang ini adalah yang paling jahat sekali.Unjuran Kementerian Kesihatan pada 2007 menunjukkan kes kanser adalah sebanyak 720 kes bagi setiap juta penduduk.Walaupun tanpa Lynas,anggaran kanser dan radiasi latar belakang tapak Lynas dibina ialah sebanyak 35 kes per juta penduduk.Manakala apabila kilang Lynas beroperasi, anggaran kanser kepada orang ramai disebabkan operasi Lynas hanyalah 0.1 kes perjuta orang (Penafsiran Impak Radiasi) {daripada 0.002 mSv/year} 

 5. Radon dan Thoron dari kilang Lynas boleh bertebaran sejauh beribu-ribu batu dan menyebabkan masalah kesihatan 

Sekali lagi,satu pembohongan berniat jahat kerana hasil kajian menunjukkan kadar pendedahan di kawasan pagar Lynas bagi kedua bahan tersebut adalah jauh lebih kurang dari standard yang ditetapkan AELB (rodon = 0.00002 mSv setahun, thoron = 0.002 mSv/setahun). Lagipun rodon dan thoron punya jangka hayat yang pendek dan tidak akan bergerak jauh.Ini bermakna apabila radionuklid terbentuk ia akan segera berubah menjadi pepejal dan tidak akan tersebar jauh dari kilang. 

6. Tiada Tahap radioaktif selamat 

Dakwaan ini juga salah.Radiasi ada dimana-mana (waima menonton television dan menggunakan telefon bimbit).Beberapa kawasan di Malaysia mempunyai purata paras radiasi lebih tinggi daripada purata radiasi dihasilkan oleh Lynas tapi tidak menyebabkan sebarang masalah kesihatan kepada penduduk. 

7. Lynas tidak membawa sebarang menafaat kepada Malaysia dan Kuantan 
 
statement dakyah palsu yang ini buat saya ketawa sampai sakit perut.Logiknya mana mungkin pelaburan berbilion ringgit tidak membawa menafaat kepada penduduk dan kawasan terlibat ??? Untuk pembinaan saja,semua kontraktor yang digunakan adalah kontraktor tempatan dan bila siap,kilang ini bakal memberi peluang pekerjaan kepada ribuan orang penduduk sekitar Kuantan.anda nak tak kalau anda di beri peluang kerja sekiranya anda berada di kuantan ??? mesti nak kan ??? belanja pun jimat,janji rezeki halal.betul tak pembaca Badut Rakyat ???

8. Sisa Lynas disimpan secara kekal di tapak kilang 

Sisa atau residue ini tidak akan disimpan di tapak kilang walaupun kemudahan simpanan sisa (RSF) telah direkabentuk untuk penyimpanan kekal. Malaysia sudah mempunyai keupayaan untuk melupuskan sisa merbahaya industri ini sejak 1995 lagi melalui sebuah anak syarikat Kumpulan UEM di Negeri Sembilan. 

9. Lynas menghasilkan 32,000 tan sisa setahun dengan kadar thorium sebanyak 0.165% setahun. 

Fakta ini jelas mengelirukan seolahnya Lynas menghasilkan 50 tan thorium setahun.Hakikatnya Lynas tidak sama sekali mengekstrak thorium mahupun memekatkannya. Walaupun jumlah residue adalah besar, kepekatan thorium tetap sama kerana Lynas tidak memekatkan bahan tersebut. 

10. Standard China digunakan untuk mengisytiharkan sisa sebagai bahan radioaktif 

Ini juga satu pembohongan kerana salah satu sebab produk nadir bumi China menghadapi kesukaran menembusi pasaran EU ialah kerana standard yang diguna pakai tidak memenuhi standard antarabangsa.Kilang Lynas di Malaysia menggunakan standard Malaysia yang jauh lebih ketat daripada standard ditetapkan oleh badan antarabangsa seperti IAEA. 

11. Mengikut undang-undang Australia,sisa perlu dikembalikan ke lombong 

Undang-undang seperti ini tiada di Australia kerana undang-undang negara tersebut hanya menghendaki sisa disimpan di tempat simpanan selamat yang dibina mengikut undang-undang Australia,bukan dikembalikan ke lombong seperti mana dakwaan pembangkang di Malaysia. 

itu 11 fakta yang saya beri.sedarkah anda wahai pembaca Badut Rakyat bahawa sebuah kilang magnet nadir bumi,Shin Etsu Sdn Bhd di Selangor turut terlibat dalam soal pemprosesan bahan dari nadir bumi untuk produk keluarannya sejak 90-an.Kenapa kerajaan Selangor sekarang dan Fuziah sendiri tidak membantah kewujudan kilang tersebut ??? Adakah kerana ia akan menjejaskan ekonomi Selangor dan pendapatan rakyat Selangor yang akhirnya akan membawa kepada tumbangnya PR di Selangor ??? Soal ia di dirikan oleh atau pada zaman kerajaan Barisan Nasional,itu bukan isu utama. 

Soal alam sekitar ini (jika benar mengancam masyarakat setempat) bukan di tentukan oleh pihak mana yang membina.Yang penting kalau kerajaan semasa berpendirian produk nadir bumi ini adalah produk radioaktif dan beradiasi,maka mereka harus mengambil keputusan menutupnya.Apatah lagi yang jelas kilang magnet nadir bumi,Shin Etsu Sdn Bhd di Selangor.cuba kira dari tahun 90 sampai sekarang.ada tak orang mati kerana radiasi di sekitar kilang itu.maksudnya sekitar kawasan berkenaan ??? Fakta yang di dedahkan di atas membuktikan bahawa bantahan PR keatas pembinaan kilang Lynas ini bukan atas sebab alasan kesihatan atau alam sekitar.Sebaliknya ia berkenaan dengan ekonomi negara asal kaum yang paling kuat menentang projek pembinaan Lynas ini.anda tau kan kaum mana ???

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! AKHIRNYA ANWAR IBRAHIM TUMBANG !!!

Posted: 25 Nov 2012 06:00 PM PST


akhirnya tumbang juga.kesian kan billboard anwar ni tumbang.lepas ni confirm puak PR kata UMNO punya kerja.sikit-sikit UMNO.agaknya kalau jatuh longkang pun salah UMNO kan ??? 

NAK TAHU SIAPA YANG SALAH ??? 


UNTUK SELANJUTNYA
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...