BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


HOT NEWS !!! 2 PERTUBUHAN NGO MEMBELASAH NURUL IZZAH KAW-KAW !!!

Posted: 24 Nov 2012 03:00 PM PST


Dua pertubuhan Keris Emas Malaysia dan Angkatan Perpaduan Islam Segajat Malaysia (API Sejagat) mendesak Naib Presiden PKR,Nurul Izzah Anwar menarik balik kenyataan yang pernah dibuat di Gereja Tabernacle di Subang,3 November lalu.

"Pertubuhan Keris Emas, pertubuhan Api Sejagat tidak membenarkan orang Melayu tukar agama, kita tidak mahu identiti kita hilang.Jadi kita panggil penjumpaan ini untuk menyatakan rasa hati kita, kita mendesak pemimpin biadap itu menarik semula perkataan beliau, " kata Ayahanda Dato' Ahmad, Setiausaha Agung Pertubuhan Keris Emas Malaysia.

Sementara itu, Ayahanda Datuk Paduka Aziz Ah Faat,Pengerusi API Sejagat pula menyelar sikap ahli politik yang memperjudikan bangsa dan agama semata-mata untuk mendapat undi. "Untuk kemenangan, jangan sampai kita gadai agama kita, jangan sampai kita menidakkan apa yang (terkandung) dalam agama Islam,"katanya.

LIHAT VIDEO DI BAWAH

   

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! HARAKAH KATA HADI AWANG LAYAK JADI NELAYAN ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 24 Nov 2012 07:30 AM PST


Dalam Muktamar PAS baru-baru ini,anda telah menyaksikan bagaimana bersemangat sekali ahli-ahli PAS mencadangkan Presiden mereka,Datuk Seri Hadi Awang sebagai Perdana Menteri jika PR memerintah.Hadi Awang dilihat tidak menolak terus cadangan tersebut,sebaliknya mengambil sikap 'terbuka' terhadap apa jua cadangan dan keputusan.Malah,beliau juga membayangkan rasa 'syok' sekiranya ia benar-benar menjadi realiti.Ini menunjukkan yang Hadi 'teringin' juga merasa menjadi Perdana Menteri.Tun Mahathir pula membuat kenyataan bahawa Hadi Awang paling layak di antara semua pemimpin PR untuk memegang jawatan tersebut berdasarkan latarbelakang yang bersih berbanding Anwar Ibrahim.Walaubagaimanapun,cadangan tersebut telah menimbulkan perasaan tidak senang di kalangan pemimpin-pemimpin PAS.Malah,pendapat bahawa Hadi Awang layak sebagai PM juga telah tidak dipersetujui oleh mereka.Datuk Mustafa Ali,Setiausaha Agung PAS membuat kenyataan jelas bahawa kepimpinan PAS langsung tidak mengambil serius cadangan ahli-ahli PAS untuk melantik Hadi Awang sebagai PM.Mat Sabu sebagai orang no. 2 juga secara terang-terangan menolak cadangan itu kerana akur kepada perjanjian dengan DAP untuk melantik manusia yang digelarnya sebagai Al-juburi,sebagai Perdana Menteri. 

Dalam kita membayangkan sokongan desakan hebat dari pemimpin-pemimpin tertinggi PAS yang lain untuk merealisasikan kehendak ahli dalam isu ini,amatlah malang bagi Hadi Awang kerana panglima-panglimanya sendiri tidak yakin dengan kepimpinannya.Tentulah sesuatu yang amat memalukan bagi Hadi Awang apabila mereka yang sepatutnya menjadi 'orang-kuatnya',yang sepatutnya menjadi pemangkin kepada kepimpinannya,bertindak mengenepikan idea untuk melantik dirinya sebagai PM.Lebih mengejutkan lagi apabila Harakahdaily,lidah rasmi PAS bagaikan 'segan' untuk menyentuh soal Hadi sebagai PM.Sebaliknya media itu menonjolkan imej Hadi sebagai nelayan,meletakkan gambarnya di laut dengan pakaian seorang nelayan serta memetik kata-katanya yang lebih selesa menjadi nelayan dari menjadi Perdana Menteri.Apakah ertinya ini ??? Apakah bentuk permainan atau motif Harakahdaily berbuat demikian ??? Untuk menunjukkan 'kezuhudan' Hadi Awang ??? Atau untuk menunjukkan hakikat kedudukan yang tepat bagi Hadi Awang iaitu hanya sebagai nelayan ??? 'Permainan' Harakahdaily ini agak ganjil jika dilihat dalam konteks politik dalaman PAS.

saya akan tersenyum sinis jika melihat gambar Datuk Seri Najib atau Tun Mahathir sebagai nelayan kerana imej tersebut pastinya tidak kena atau janggal kerana tidak sesuai dengan keperibadian dan karisma mereka.Sama seperti kita melihat gambar Obama sedang menumbuk padi iaitu tidak sesuai,pelik serta mustahil.Tetapi,meletakkan gambar Hadi sebagai nelayan membawa impak yang amat bertentangan kerana watak,latarbelakang dan penceritaan begitu sebati,sesuai,tepat dan mudah dihayati. Melihat gambar yang disiarkan oleh Harakahdaily tersebut,menjadikan ianya semakin mustahil untuk kita membayangkan Hadi Awang sebagai Perdana Menteri.Mana mungkin seseorang yang begitu menepati imej seorang nelayan juga dapat menepati imej seorang Perdana Menteri ??? Maka,persoalannya kembali kepada Harakahdaily iaitu mengenai motifnya atau permainannya. Kita sedia maklum bahawa kepimpinan tertinggi DAP dan PKR sememangnya tidak pernah menghormati Hadi Awang sebagai setaraf dengan mereka.Hadi Awang sendiri nampaknya hilang keyakinan diri bila berhadapan dengan mereka yang lebih agresif,pantas,licik dan arif tentang selok belok dunia.Jika tidak kerana kelemahan Hadi Awang sudah tentu PAS tidak akan mengaku untuk sanggup menggadaikan Negara Islam dan hudud bagi menepati syarat kerjasama PR sejak dari awal lagi. 

Jika Hadi Awang punya karisma dan kredibiliti sebagai pemimpin,tentu PAS tidak akan membisu dalam isu murtad, arak,judi,pusat hiburan dan sebagainya, tetapi sebaliknya akan menyinga dan menyerang DAP dan PKR habis-habisan sebagai kafir sebagaimana PAS menentang UMNO dalam isu yang sama.Hakikatnya,Hadi Awang bukan pemimpin antara kaum,beliau hanya pemimpin bagi satu kaum, iaitu Melayu dan itu pula terhad kepada satu golongan,iaitu golongan yang jumud yang menganggap Ulama sebagai mengetahui segala-galanya.Justeru,mungkinkah Harakahdaily cuba 'mengajar' golongan jumud ini agar lebih terbuka dan menerima kenyataan tentang di manakah kedudukan yang paling layak atau tidak layak bagi Hadi Awang.Oleh itu,Gambaran Hadi Awang sebagai nelayan diharap dapat membantu golongan jumud PAS melihat kebenaran iaitu bahawa selama ini mereka dipimpin oleh pemimpin yang juga dipimpin oleh orang lain.Apakah Harakahdaily cuba memaksa ahli-ahli PAS agar menerima hakikat bahawa mereka tiada pilihan selain akur kepada DAP dan PKR kerana PAS sendiri tidak punya pemimpin sebenar.Selama ini PAS dipimpin oleh seorang Pak Turut,Budak Suruhan atau Boneka yang tidak tahu apa-apa,yang tidak berdaya melawan atau bersuara.Pemimpin yang dipimpin,tidak mungkin layak menjadi PM dan tentu sekali lebih sesuai menjadi nelayan menangkap ikan sambil mengikut angin di tengah lautan

RENUNG-RENUNGKAN 

KANTOI !!! NURUL IZZAH SAMAN UTUSAN MALAYSIA !!! APA CERITA NI ??? KENAPA TAK NAK SAMAN BR DAN MELOYA KINI ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 24 Nov 2012 04:00 AM PST


pembaca Badut Rakyat sedia maklum,semalam Nurul Izzah dah saman utusan malaysia.saya nak tanya kepada Nurul Izzah,kenapa beliau tak nak saman sekali meloyakini ??? saya akan berikan kepada anda 2 kenyataan Nurul Izzah.dari situ anda dapat lihat sendiri yang mana patut kena saman.saya tak nak ulas panjang-panjang dalam perkara ni.nanti saya pulak kena saman kononnya saya ni pertikai bla,bla,bla erkkkk ??? baiasalah,mula-mula bapak dia sekarang turun kat anak,sikit-sikit tak mengaku.apa salahnya mengaku,kan senang.contoh "saya mengaku saya yang kata semua tu,saya harap anda maafkan saya.kan senang.bukan susah pun.Sebelum ini,Nurul Izzah pernah menyebut beliau akan menyaman Berita Harian dan beberapa media lain,namun berdasarkan perkembangan semalam kemungkinan besar hanya Utusan Malaysia sahaja yang menjadi target. 

JOM LIHAT 2 KENYATAAN DI BAWAH 

DARI UTUSAN MALAYSIA

Melayu Perlu Bebas Pilih Agama? 

5 November 2012 KUALA LUMPUR: 

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR),Nurul Izzah Anwar menegaskan,rakyat tidak seharusnya dipaksa mengamalkan agama tertentu dan perkara itu juga perlu terpakai kepada orang Melayu. 

Beliau seperti dipetik menerusi laporan portal propembangkang,Malaysiakini berkata : "Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama… mengapa sesetengah pihak rasa bersalah,perkara ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu,sepatutnya diguna pakai secara sama rata." 

Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata demikian ketika menjawab soalan peserta forum Negara Islam : Versi Mana; Siapa Bertanggungjawab? iaitu sama ada orang Melayu perlu diberikan kebebasan beragama seperti orang bukan Melayu di Subang Jaya,semalam. 

Menurut Perlembagaan Persekutuan,Melayu di bawah Perkara 160 (2) ditakrifkan sebagai seorang yang beragama Islam,bertutur bahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat Melayu. Nurul Izzah menberitahu,kesimpulannya apa yang perlu dicari adalah kualiti yang mana iman umat Islam adalah kuat. "Seperti saya yang bersekolah di Assunta (sekolah menengah) dengan salib di dalam dewan dan nyanyian penganut Katholik tidak mempengaruhi saya," katanya. 

Bagaimanapun beliau tidak menyatakan orang Melayu sepatutnya diberikan hak dari segi undang-undang berkaitan kebebasan beragama sambil berkata: "Saya, sudah tentu, terikat kepada pandangan semasa." Kepada soalan berhubungan hak komuniti lesbian,gay,biseksual, dan transgender (LGBT),beliau mengakui,sebagai seorang Islam dan mereka yang menganut Katholik,terdapat batasannya.Namun beliau menegaskan,prinsip pembangkang ialah komuniti itu tidak sepatutnya dijadikan mangsa.

Saya Pegang Kepada Pendirian Umum 

Nurul Izzah menjelaskan,beliau berpegang kepada pendirian umum sedia ada iaitu setelah memeluk Islam, seorang Muslim tertakluk dengan syariat Islam sebagaimana seorang warganegara tertakluk dengan Perlembagaan Persekutuan.Katanya,beliau sama sekali tidak menggalakkan atau menerima murtad. 

"Sewaktu sesi soal jawab, salah satu soalan ditanya kepada saya berkait isu paksaan dalam agam melibatkan masyarakat Melayu. "Jawapan saya menegaskan ungkapan – 'Tidak ada paksaan dalam agama (Islam)…' daripada ayat suci al-Quran, surah al-Baqarah, ayat 256. Ungkapan ini merangkumi seluruh umat manusia," katanya. 

Nurul Izzah membuat kenyataan di http://www.nurulizzah.com hari ini selepas menerima banyak pertanyaan beliau dalam forum tersebut, semalam. 

- Oleh Metra Syahril Mohamed / Utusan Malaysia 

DARI PORTAL MELOYAKINI 

Nurul: There should be no compulsion in choosing faith 

Nigel Aw 2:46PM Nov 3, 2012 

People should not be compelled to adopt a particular religion and this should also apply to Malays, says Lembah Pantai MP Nurul Izzah Anwar. 

"When you ask me, there is no compulsion in religion… how can anyone say sorry, this (religious freedom) only applies to non-Malays, it has to apply equally." she said. 

She was speaking at a forum on "Islamic State: Which version; Who's responsibility?" in Subang Jaya this morning. The Lembah Pantai MP was responding to a question from the floor on whether Malays should have religious freedom like non-Malays. "Malay" is defined under Section 160(2) of the federal constitution as a person who professes Islam, habitually speaks the Malay language and conforms to Malay customs. Ultimately, she said, what should be sought is "quality" where Muslims' faith is strong. 

 "Even me, being schooled in Assunta (secondary school) with a huge cross in the hall and an active singing Catholic society did not influence me," she said.

However,Nurul Izzah stopped short of saying that Malays should be legally granted religious freedom, saying: "I am, of course, tied to the prevailing views." To a question on the rights of the lesbian, gay, bisexual and transexual (LGBT) community, Nurul Izzah conceded that as Muslims and even for Catholics, there were limitations. However, she stressed that the principle for Pakatan Rakyat was that the community should not be victimised. 

 'Muslims' freedom ignored' 

Human rights lawyer, Malik Imtiaz, on his part, noted that there had been a "back door attempt" to revise the country into an Islamic state with a single interpretation with Muslims being the biggest victims from this insidious move.

 "We talk about how non-Muslims are affected by the so-called dominance but tend to forget that the biggest victims of this discussion are the Muslims because everyone recognises the freedom of non-Muslims but people don't seem to talk about the freedom of Muslims. "The point is diversity is as important for Muslims as it is for everyone else. "No one stops (a Catholic) from going to a Catholic or Protestant church but for the state, there is only one version of Islam… if you don't believe this kind of Islam, you are a deviationist," he said. 

As such, Malik said what had been creating was a monolithic Islam that was being manipulated for political purpose and turned into tool to either woo or intimidate voters. 

ANDA BEZAKAN DUA KENYATAAN DI ATAS !!!

MANA SATU PATUT DI SAMAN ???

RENUNG-RENUNGKAN

ISU PKNS !!! KERAJAAN NEGERI SELANGOR ROMPAK DUIT RAKYAT ??? @HAMIDZUN GAPS MEMBELASAH KERAJAAN NEGERI SELANGOR KAW-KAW !!!

Posted: 24 Nov 2012 12:30 AM PST


Selangor merupakan sebuah negeri kaya yang dibina oleh BN selama lebih 50 tahun,namun kini menjadi medan lelongan dan rompakan harta yang banyak terkumpul,ujar Hamidzun Khairuddin,Presiden Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) 

Syabas kepada Menteri Besar yang rakyat kata menjadi peneraju kepada lelongan harta Selangor.Belum pun reda polemik penjualan 5 aset tetap PKNS yang akan dipindahmilikkan dan dihalalkan atas nama mengeffisienkan perniagaan, kini timbul pula satu skandal baru - penjualan Worldwide Holdings Berhad ? 

"Worldwide adalah anak syarikat penuh PKNS. Ia diperbadankan pada 29 Dec 1965,kemudian diampung di bursa saham Kuala Lumpur,sebelum dikeluarkan dari pasaran saham pada tahun 2008. Worldwide kini mempunyai modal berbayar berjumlah RM 177.12 juta.Dari 6 orang pengarah,Worldwide kini cuma ada 2 orang pengarah.Worldwide sangat aktif dalam perniagaan pembangunan,pengurusan dan pelaburan hartanah serta pengurusan alam sekitar. Worldwide ada sebanyak 87 kakitangan. Worldwide juga mempunyai 11 anak syarikat," ujarnya dalam satu kenyataan semalam. 

Rakan Blogger Sahabat Gunung Melaporkan Tambahnya,Laporan Ketua Audit Negara 2010 menegur Menteri Besar agar menambahkan bilangan pengarah Worldwide bagi meningkatkan akauntabiliti dan ketelusannya.Ketua Audit Negara juga mencadangkan agar Jawatankuasa Audit dan Pemeriksaan Worldwide diaktifkan dan fungsinya diselaraskan dengan peraturan Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 9, 10, 11 dan 12 tahun 1993. Setelah dibina puluhan tahun oleh kerajaan BN, Worlwide mencatatkan pendapatan tahun sebanyak RM238 juta pada tahun 2008, RM149 juta pada tahun 2009, RM169 juta pada tahun 2010. Manakala keuntungan sebelum cukai Worldwide pada tahun 2008 adalah RM 100 juta, 2009 adalah RM 79 juta dan 2010 adalah RM 93 juta. 

"Nyatalah dari pendapatan dan keuntungan besar ini Worldwide adalah anak emas negeri Selangor yang paling berjaya dalam perniagaan dan sekaligus menyumbang kepada pendapatan kerajaan negeri dan rakyat selangor. Sidang DUN Selangor minggu ini dikejutkan dengan kenyataan ADUN Kuang yang Worldwide anak emas Selangor akan dijual atau dalam bahasa halusnya diambilalih atau dipindahmilik atau disusun semula pemegang sahamnya," tambahnya. 

"apakah justikasi Menteri Besar dalam pemidahmilikan saham Worldwide ini ??? Kenapa mesti Worldwide,anak emas Selangor ??? Pelbagai soalan bermain dalam pemikiran rakyat selangor yang amat prihatin dengan pelbagai skandal yang wujud sekarang. Seperti skandal Talamgate,adakah ini rompakan harta Selangor disiang hari ??? GAPS menuntut menjelasan Menteri Besar dan Exco regim Pakatan DAP, PKR dan PAS.Rakyat juga menuntut kebertanggungjawaban dan ketelusan Menteri Besar dalam menjaga amanah khazanah negeri Selangor yang kaya raya," ujarnya yang juga mantan Ketua AMK Negeri Selangor.

KEPADA MB SELANGOR !!!

TOLONG JAWAB !!!

RENUNG-RENUNGKAN 

HOT NEWS !!! HADI AWANG LEMBAB !!! PUNCA PKR DAN DAP TAK MAHU BELIAU JADI PM ???

Posted: 23 Nov 2012 09:00 PM PST


DAP sudahpun bersuara membantah ura-ura PAS untuk menobatkan Presidennya,Abdul Hadi Awang sebagai Perdana Menteri ke-7 sekiranya pakatan pembangkang berjaya menguasai PRU 13 dan berpeluang menjadi Kerajaan Pusat.Hadi yang terkenal sebagai Presiden paling lembab dalam sejarah PAS kelihatan berseri seketika wajahnya,namun selepas itu menolaknya secara berkias setelah menyedari tarafnya dikalangan pemimpin PR yang lain hanyalah sekadar balaci suruhan sahaja.Tanpa berlengah Setiausaha Agung DAP,Lim Guan Eng tampil mengingatkan ahli dan pemimpin PAS supaya taat setia pada persetujuan bersama pimpinan tertinggi PR untuk mengangkat Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim sebagai PM.Manakala Lim Kit Siang pula selaku Pengerusi DAP dalam ucapannya di himpunan PR yang diadakan di Kota Bharu juga tanpa segan silu membuat pengisytiharan bahawa Anwar adalah calon rasmi pakatan pembangkang bagi jawatan PM. Jelas sekali dalam soal ini DAP tidak meletakkan sebarang keyakinan terhadap kemampuan Hadi disebabkan pada perkiraan mereka Presiden PAS itu agak lembap gaya pimpinannya dan langsung tiada kredibiliti. Ini satu penghinaan besar dan amat pahit untuk PAS telan, lebih-lebih lagi bila ia dinyatakan secara terbuka tanpa mengambil kira maruah dan harga diri ribuan ahli dan penyokong PAS yang berhimpun di Stadium Sultan Muhammad ke-IV pada malam itu. 

Kenyataan pemimpin DAP itu pula dungkapkan hanya berselang beberapa ketika sahaja selepas Dewan Ulama PAS serta perwakilan parti itu mengetengahkan nama Hadi sebagai pemimpin yang berkelayakan menggalas jawatan tertinggi itu.Satu isyarat jelas betapa DAP tidak akan bertolak ansur dengan PAS sama seperti mereka buktikan dalam menegaskan pendiriannya menentang hasrat PAS untuk melaksanakan negara Islam dan hukum hudud ala PAS.Polemik jawatan PM tidak hanya menonjolkan pendirian keras DAP membantah pencalonan Hadi,ia turut menyebabkan PKR melalui Timbalan Presiden,Azmin Ali bersuara dengan nada yang sama. Lebih mendukacitakan ramai ahli PAS bila mana reaksi dari kalangan pemimpin PAS seperti Mat Sabu, Mahfuz Omar dan Sallahudin Ayub juga tidak memihak kepada Hadi Awang.Sepertinya dikalangan pemimpin juga ramai yang meragui kelayakan Hadi sebagai pemimpin parti.Jadi benarlah pandangan ramai selama ini bahawa kepimpinan Hadi sememangnya tidak efisien disebabkan kelembapannya.Maka satu kesimpulan mudahnya, mungkin benarlah salah satu punca sampingan DAP dan PKR menentang saranan melantik Hadi sebagai PM adalah kerana kelembapannya dalam memimpin

RENUNG-RENUNGKAN 

HOT NEWS !!! ISU KERTAS PUTIH HUTANG TALAM !!! DATUK ZIN MEMBELASAH KERAJAAN NEGERI SELANGOR KAW-KAW !!!

Posted: 23 Nov 2012 06:00 PM PST


Koordinator BN Selangor,Datuk Seri Mohd Zin Mohamed berkata,akhirnya, Kerajaan Negeri mengeluarkan Kertas Putih berhubung isu Hutang TALAM pada Sidang DUN yang lalu setelah lebih dua tahun berjanji.Kertas Putih yang dinanti-nantikan oleh semua rakyat Selangor ini nampaknya indah khabar dari rupa.Tambahnya,umum mengetahui,apa jua soalan atau penjelasan yang diajukan kepada Menteri Besar dan Kerajaan Negeri,jawapan yang diberikan adalah tunggu sehingga Kertas Putih TALAM dikeluarkan.Mereka berjanji kononnya dalam Kertas Putih tersebut, segala transaksi akan dijelaskan dengan terperinci dan telus. "Bagaimanapun,rakyat Selangor tidak akan lupa bahawa sebelum Kertas Putih dikeluarkan,Kerajaan Negeri dengan gah telah mengupah pihak auditor bebas bagi melakukan audit terhadap isu ini.Mereka juga mengeluarkan 15 'frequently ask questions" (FAQs) dan turut mengadakan seisi jelajah ke seluruh Selangor bagi memberi penerangan mengenai isu ini. Apa yang menghairankan,isi intipati Kertas Putih dengan apa yang diterangkan oleh barisan exco ketika sesi jelajah adalah perkara yang sama. Dalam erti kata lain, tiada maklumat yang baru dalam Kertas Putih yang dikeluarkan. Malahan, sebahagian besar persoalan yang saya tanyakan sebelum ini masih belum terjawab," ujarnya dalam satu kenyataan semalam. 

"Umum mengetahui bahawa TALAM mempunyai hutang dengan beberapa anak syarikat Kerajaan Negeri seperti KHSB,PNSB dan UNISEL.Dinyatakan dalam Kertas Putih bahawa KHSB, PNSB dan UNISEL maing-masing hanya menerima RM10 dari urusniaga penyelesaian hutang TALAM ini,namun Kerajaan Negeri berjanji akan membayar pampasan kepada anak syarikat ini.Persoalannya,bagaimanakah Kerajaan Negeri menilai pemberian pampasan kepada KHSB,PNSB dan UNISEL ??? Bagaimana pula penerimaan oleh pemegang saham setiap anak syarikat ini ??? Adakah pemberian ini merupakan satu cara untuk Kerajaan Negeri menutup kelemahan mereka ??? Kertas Putih juga menyatakan maklumat yang bercampur berhubung jumlah kutipan hutang yang berjaya dilaksanakan.Tiada maklumat terperinci berhubung tanah yang dilelong dan gantian tanah yang dijanjikan oleh pihak TALAM.Sebuah tanah di Lot 14002 dikatakan telah di lelong pada tahun 2010.Bagaimanapun,TALAM hanya bersetuju untuk menggantikan tanah tersebut pada surat bertarikh 5 June 2012.Persoalanya,kenapakah berkara ini timbul setelah dua tahun berlalu sedangkan isu ini bermula sejak 2009 lagi ??? Adakah Kerajaan Negeri hanya menimbulkan perkara ini setelah terdesak dengan siri pendedahan oleh Barisan Nasional ??? Hakikatnya,Kertas Putih ini bolehlah diandaikan sebagai melepaskan batuk di tangga. Ianya hanyalah bagi menutup isu ini dari terus dibincangkan.Namun begitu,pihak Barisan Nasional Selangor tetap konsisten dengan apa yang kami dedahkan sebelum ini malah masih banyak persoalan yang poerlu dijawab oleh Menteri Besar berhubung kekeliruan yang berlaku dalam penyelesaian hutang TALAM ini," ujarnya yang juga Setiausaha UMNO Negeri Selangor.

JOM LIHAT KENYATAAN DI BAWAH

1. Akhirnya,Kerajaan Negeri mengeluarkan Kertas Putih berhubung isu Hutang TALAM pada Sidang DUN yang lalu setelah lebih dua tahun berjanji.Kertas Putih yang dinanti-nantikan oleh semua rakyat Selangor ini nampaknya indah khabar dari rupa. 

2. Umum mengetahui,apa jua soalan atau penjelasan yang diajukan kepada Menteri Besar dan Kerajaan Negeri,jawapan yang diberikan adalah tunggu sehingga Kertas Putih TALAM dikeluarkan.Mereka berjanji kononnya dalam Kertas Putih tersebut,segala transaksi akan dijelaskan dengan terperinci dan telus. 

3. Bagaimanapun, rakyat Selangor tidak akan lupa bahawa sebelum KErtas Putih dikeluarkan,Kerajaan Negeri dengan gah telah mengupah pihak auditor bebas bagi melakukan audit terhadap isu ini.Mereka juga mengeluarkan 15 'frequently ask questions" (FAQs) dan turut mengadakan seisi jelajah ke seluruh Selangor bagi memberi penerangan mengenai isu ini. 

4. Apa yang menghairankan,isi intipati Kertas Putih dengan apa yang diterangkan oleh barisan exco ketika sesi jelajah adalah perkara yang sama.Dalam erti kata lain,tiada maklumat yang baru dalam Kertas Putih yang dikeluarkan. Malahan,sebahagian besar persoalan yang saya tanyakan sebelum ini masih belum terjawab. 

5. Umum mengetahui bahawa TALAM mempunyai hutang dengan beberapa anak syarikat Kerajaan Negeri seperti KHSB,PNSB dan UNISEL.Dinyatakan dalam Kertas Putih bahawa KHSB,PNSB dan UNISEL maing-masing hanya menerima RM10 dari urusniaga penyelesaian hutang TALAM ini,namun Kerajaan Negeri berjanji akan membayar pampasan kepada anak syarikat ini. Persoalanya, bagaimanakah Kerajaan Negeri menilai pemberian pampasan kepada KHSB,PNSB dan UNISEL? Bagaimana pula penerimaan oleh pemegang saham setiap anak syarikat ini? Adakah pemberian ini merupakan satu cara untuk Kerajaan Negeri menutup kelemahan mereka? 

6. Kertas Putih juga menyatakan maklumat yang bercampur berhubung jumlah kutipan hutang yang berjaya dilaksanakan. Tiada maklumat terperinci berhubung tanah yang dilelong dan gantian tanah yang dijanjikan oleh pihak TALAM. Sebuah tanah di Lot 14002 dikatakan telah di lelong pada tahun 2010.Bagaimanapun,TALAM hanya bersetuju untuk menggantikan tanah tersebut pada surat bertarikh 5 June 2012. Persoalanya, kenapakah berkara ini timbul setelah dua tahun berlalu sedangkan isu ini bermula sejak 2009 lagi? Adakah Kerajaan Negeri hanya menimbulkan perkara ini setelah terdesak dengan siri pendedahan oleh Barisan Nasional? 

7.Hakikatnya, Kertas Putih ini bolehlah diandaikan sebagai melepaskan batuk di tangga. Ianya hanyalah bagi menutup isu ini dari terus dibincangkan.Namun begitu,pihak Barisan Nasional Selangor tetap konsisten dengan apa yang kami dedahkan sebelum ini malah masih banyak persoalan yang poerlu dijawab oleh Menteri Besar berhubung kekeliruan yang berlaku dalam penyelesaian hutang TALAM ini.

Datuk Seri Mohd Zin Mohamed
Koordinator BN Selangor

RENUNG-RENUNGKAN 
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...