Hi tuanhamba, Langkawi berada pada kedudukan 10 terbaik | | Pelancongan merupakan antara penyumbang terbesar dalam ekonomi negara dan sebab itulah kerajaan komited untuk sentiasa membangunkan industri itu tahun demi tahun. Ia bukan sahaja penting kerana memberi pendapatan kepada negara malah turut merupakan salah satu cara bagi mempromosi keunikan semangat 1Malaysia di peringkat global. Menyedari kepentingan itu, sebab itulah kerajaan komited untuk terus berusaha bagi memajukan Langkawi dengan mensasarkan jumlah perbelanjaan pelancong di pulau itu sebanyak RM3.8 bilion menjelang 2015. Kerajaan Barisan Nasional telah menggariskan 14 inisiatif untuk tujuan itu agar hasrat untuk melihat kehadiran lebih ramai pelancong ke pulau pelancongan tersebut. | | | Imbasan Majlis menandatangani perjanjian damai di antara kerajaan Filipina dengan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) | Sebelum ini saya ada menulis artikel yang disiarkan di blog saya mengenai kejayaan kita menandingi ekstremisme di Filipina. Anda boleh membacanya di sini: | | | Perkara Baru  Tiba di Pantai Merdeka untuk melancarkan Himpunan Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri Kedah | Pada 31 Oktober lalu, saya membuat lawatan ke Pantai Merdeka dan Tanjung Dawai sambil menziarahi kira-kira 40,000 keluarga nelayan dengan mengadakan Tinjauan Mesra di sekitar kawasan berkenaan serta melancarkan Himpunan Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri Kedah. Ia merupakan satu pengalaman berguna buat saya apabila diberi peluang untuk bertemu dengan mereka yang bertanggungjawab memastikan bekalan makanan untuk kita semua terus mencukupi. | | | | Video  Temubual saya bersama Melody FM | Saya juga gembira kerana diberi kesempatan untuk ditemubual pada program pagi stesen radio Melody FM yang dikenali sebagai ‘Melody FM Morning Boss’. Pada temubual itu saya memberitahu masyarakat Cina mengenai aspirasi serta usaha saya untuk memastikan sekolah aliran Cina terus berkembang maju. Anda boleh menyaksikan temubual itu di sini. Anda juga boleh menonton video di rangkaian YouTube saya di sini | | | Ikuti saya di Facebook dan Twitter serta lawati laman web saya, 1Malaysia.com.my. Saya akan terus menyalurkan segala maklumat terkini mengenai negara ini kepada anda dari semasa ke semasa. Diharapkan anda semua dapat meneruskan sokongan kepada saya sebagai Perdana Menteri agar kita dapat bersama-sama membawa negara ini ke peringkat yang lebih tinggi. Najib Razak | | |
| |
-------------------------------------------------------------------------------
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment