Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


TUDIAA!! Orang China Ni Bersukan Sulam Berkungfu ka?

Posted: 06 Nov 2012 07:17 AM PST


Teruk betul, ni nak bersukan ke nak berkungfu? Memang naya sapa yang main bola atau basket ball dengan puak ni. Silap-silap makan kaki nanti!

TUDIAA!! Isu Hudud Antara Nik Aziz dan Soi Lek!

Posted: 06 Nov 2012 04:39 AM PST


Angin tak ada, ribut tak ada, sepantas kilat Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat tampil ke depan untuk memperlekehkan penjelasan dari Presiden MCA Chua Soi Lek berkenaan kritikannya terhadap hudud PAS.

Biasanya jika melibatkan maruah dan kesucian Islam, amat jarang sekali untuk Nik Aziz segera tampil ke depan mengulas panjang. Tengok sajalah dalam isu Ngeh Koo Ham dari DAP itu hari, jenuh menunggu komen balas dari Nik Aziz.

Malah dalam isu pencegahan murtad oleh JAIS ke atas sebuah gereja di Selangor akhir tahun lalu juga, sukar sekali untuk membaca komentar dari Nik Aziz yang bersifat membela Islam, sebaliknya sebahagian besar kenyataan yang keluar dari mulut para pemimpin PAS ialah mencerca tindakan kuatkuasa oleh JAIS itu.

Tapi kali ini, tak semena-mena Nik Aziz segera menonjolkan dirinya untuk mengulas dan menghentam penjelasan oleh Soi Lek.

Malah dengan bangganya Menteri Besar Kelantan itu mendakwa Soi Lek sudah tertekan apabila memberi penjelasan terbuka selepas timbulnya daripada pemimpin dan penyokong PAS terhadap komentarnya sebelum ini.

Menariknya, baru sahaja sekitar seminggu dua lepas khalayak umum didedahkan dengan kenyataan semberono dari Nik Aziz pada 12 Ogos 2009 yang memberi lampu hijau untuk DAP menghina Islam atas alasan para pemimpin DAP bukannya beragama Islam.

Manakala para pemimpin PAS yang lain termasuk Presidennya, Hadi Awang pada 12 Ogos 2012 pula mengakui DAP berhak menolak dan mempersoalkan hudud, juga dengan beralasan bahawa pemimpin DAP tidak beragama Islam.

Tiba-tiba sekarang, Nik Aziz bertegas menganggap Soi Lek tertekan kerana telah menghina Islam. Betulkah Soi Lek yang tertekan atau sebenarnya Nik Aziz yang sedang menghadapi tekanan?

Dalam penjelasannya yang disiarkan akhbar Mingguan Malaysia Ahad lalu Soi Lek menegaskan kritikannya hanya terhad pada kesan hudud PAS terhadap ekonomi, sama sekali tidak bermaksud mempertikaikan ajaran Islam.

Mengikut fahaman Nik Aziz, barangkali Soi Lek hanya perlu menutup mulut sendiri membiarkan saja kritikannya terhadap hudud PAS dimanipulasi kononnya menghina Islam barulah dikatakan beliau tidak tertekan.

Presiden MCA itu pula tentunya tidak akan berdiam diri apabila melihat komennya telah disalah tafsir oleh PAS dan PR hanya semata-mata untuk memenuhi agenda politik kepartian PAS dalam usahanya membela sikap keras DAP terhadap orang Melayu Islam dan agama Islam itu sendiri.

Nik Aziz sebenarnya terasa agak terpukul apabila Soi Lek secara terbuka mengakui kritikannya hanya ditujukan pada hudud PAS, itu salah satu puncanya yang menyebabkan tiba-tiba laju ja Nik Aziz mengomel balas.

Lebih-lebih lagi apabila Soi Lek turut mengimbas kembali janji PAS melalui manifesto pilihanraya 1986 yang menyatakan bahawa perlaksanaan hudud akan turut meliputi orang bukan Islam, dan jelas berbeza dengan hudud PAS versi 1993.

Kelu lidah Nik Aziz untuk mencari jawapan konkrit kenapa adanya perbezaan antara hudud dalam manisfesto 1986 dengan hudud PAS versi 1993. Tak terjawab beb. Sahlah, yang sebetul-betulnya tertekan dalam isu hudud PAS ini ialah Nik Aziz itu sendiri.

PANASS!! Ustaz Fathul Bari Bagi Buah Pedih Kat Ulamak Pas dan Dr MAZA!!

Posted: 06 Nov 2012 01:16 AM PST


Taktau la puak tu tak terasa lagi, memang gila tahap mereng dah kot. Jadilah Ulamak yang berteraskan Islam, jangan jadi Ulamak Politik, kerana setiap perbuatan orang politik, mempunyai kepentingan peribadi dan parti, bukan lagi kerana Allah SWT.

Ada faham?

PANASS!! YB PKR Buat Lawak Bangang Salahkan Hantu Kamera AES!!

Posted: 05 Nov 2012 10:17 PM PST

YB bebal

 ADUN Teja, YB Chang Lih Kang seperti yang dilaporkan oleh akhbar harian Cina, berkata bahawa beliau tidak akan membayar 2 saman AES yang diterimanya kerana memandu laju di Kuala Kangsar dan Subang Jaya. Chang telah mengesahkan mengenai saman-saman berkenaan, seperti yang disemak oleh Pembantu Peribadinya melalui laman web Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Itu cerita ADUN berkenaan di dalam akhbar Cina. Malang sekali ADUN Teja berkenaan merekacipta cerita dongeng seolah-olah mahu memburuk-burukkan Kerajaan melalui perlaksanaan AES. Pembohongan beliau sudah dibongkar. Menurut Setiausaha Jawatankuasa Perhubungan MCA Perak, Datuk Tan Chin Ming, sebenarnya terdapat 7 saman atas nama ADUN Teja berkenaan dan ketujuh-tujuh saman berkenaan telah diperolehi sebelum perlaksanaan AES.

Apa yang lebih membuatkan cerita ADUN Teja ini sebagai komedi, mana ada AES dipasang di Subang Jaya. Bukankah Kerajaan PR Selangor menangguhkan perlaksanaan AES. Itupun boleh tersilap fakta ka?

Sebagai seorang pengubal undang-undang, amat malang bagi pengundi-pengundi di Teja mempunyai Wakil Rakyat yang melanggar undang-undang dan keras kepala untuk membayar samannya. Bukan satu dan bukan dua, malah TUJUH saman atas nama ADUN berkenaan. Inikah sikap Wakil Rakyat yang kita mahukan?

Sudah lupakah kita bagaimana seorang Wakil Rakyat Selangor, ADUN Sekinchan yang melanggar seorang pelajar UiTM, Mohd Bakri sehingga cedera parah dan terlantar di ICU, Hospital Sultanah Aminah, Klang. Ini gara-gara ADUN berkenaan memandu dengan laju, terbabas, melanggar pembahagi jalan dan hilang kawalan sehingga mengakibatkan pelajar berkenaan yang tidak bersalah menjadi mangsa.

Sambung baca Kat SINI

Adeh.. Mc salah seorang blogger yang meminta kerajaan menangguhkan perlaksanaan AES. Tapi bila Mc baca cerita macam ni, Mc rasa nak ketuk YB Teja ni dengan tiang kamera AES. Bodoh teramat! Ni la pembangkang, buat kerja tak pakai otak! Tipikal membangkang mengunakan kepala lutut!

Dah kena saman bayar saja la, nak salahkan AES? AES pun tak wujud kat Selangor, apa punya bangang la si YB Teja ni. ha ha ha..

Kesian pengundi Teja ada YB bebal macam ni.. sedihnya..

McTheory:
Nak bangkang boleh, jangan jadi bangang!

TUDIAA!! Seruan Untuk Rakyat Kedah! Patut ka kita undi Pas? #TukarKedah

Posted: 05 Nov 2012 07:43 PM PST



Kedah bukanlah sebuah negeri termiskin di Malaysia seperti apa yang digembar gemburkan selama ini..Sejak BN mentadbir negeri Kedah banyak usaha yang dilakukan untuk memajukan negeri Kedah..

Dari segi pelaburan banyak yang masuk ke negeri Kedah ianya satu pencapaian yang sangat membanggakan..Sehinggalah Pas mengambil alih pentadbiran, negeri Kedah terus berubah wajah..Dari slogan menuju ke Kedah Maju 2010 hinggalah ke Kedah Sejahtera yang dicipta Pas..

Kerajaan BN sebelum ini telah meletakkan sasaran 2010 untuk bermulanya era kemajuan bagi negeri Kedah..Tetapi sejak Pas mengambil alih tampuk pentadbiran negeri pada 2008,usaha itu telah terbantut kerana Pas mencipta slogan Kedah Sejahtera iaitu negeri berkebajikan mengamalkan dasar kebajikan..Pas juga idak mahu meneruskan beberapa projek yang dilihat akan memberi kredit percuma kepada kerajaan BN sebelum ini..

Lalu Pas telah menghentikan beberapa projek mega BN Kedah sebelum ini kerana bagi mereka apa yang BN buat semuanya akan merugikan..Sebagai contoh projek Kedah Agro yang di usahakan oleh kerajaan BN sebelum ini berjaya membawa pulangan sehingga 40juta setahun..

Tetapi selepas saja Pas mengambil alih banyak projek projek dibawah Kedah Agro mencatakan kerugian seperti KELI K, LADANG SEJAHTERA,dan cadangan untuk mewujudkan kilang bagi memproses dan mengetin buah buahan sampai sekarang tidak dibina.

Banyak lagi projek yang mengalami kegagalan cuba disembunyikan oleh kerajaan Pas Kedah seperti apa yang didedahkan dalam laporan audit baru baru ini..Tetapi seperti biasa mereka akan menuduh orang lain bertanggungjawab diatas semua yang berlaku..Yang menjadi mangsa selalunya pegawai KCS..

Kini SUK dan KCS jadi kambing hitam Pas untuk melepaskan diri dari kesemua kerugian yang dialami kerajaan negeri..Pas terpaksa mengungkit dan membandingkan kegagalan projek mereka dan projek kerajaan BN terdahulu termasuk zaman Tan Sri Osman Aroff..


Dulu diawal awal Pas mentadbir negeri, mereka mampu berbelanja mewah untuk keselesaan demi menjaga Exco-Exco Kerajaan negeri. Bukan hanya itu saja, Kerajaan yang dikatakan "miskin" ini juga mampu menaja Pegawai-Pegawai Penjawat Awam Utama Negeri untuk melancong ke luar negara. Bukan seorang dua, dikhabarkan bilangannya mampu memenuhi buah bas..

Kerajaan Pas Kedah juga mampu memberikan apa saja kepada Exco-Exconya. Contoh membelikan kereta Toyota Camry dan Toyota Fortuner untuk kesemua Exco.. Manakala Mercedes Benz S Class berharga hampir RM 1 JUTA tidak termasuk no plat..


Nampaknya sedikit demi sedikit Pas mencuri untuk kesenangan pemimpin mereka..Duit ada atau tidak, itu belakang cerita. Yang pentingnya, dapat bergaya dengan hasil hasil yang dicuri .. Dianggarkan berjuta ringgit juga harga kesemuanya.

Dikhabarkan pembelian kenderaan mewah oleh Kerajaan Negeri Kedah itu tidak dipersetujui oleh kebanyakkan Kedah Civil Servant (KCS). Hampir kesemua mereka berpendapat bahawa pembelian kenderaan tersebut merupakan satu pembaziran wang rakyat memandangkan kenderaan lama (Proton Perdana V6 Eksekutif) masih lagi boleh digunakan..Hampir 1.2juta dibelanjakan bagi memenuhi permintaan exco exco di Kedah..


Tambahan pula, mereka tahu tentang keadaan poket Kerajaan Negeri Kedah yang kian kering kontang dan bocor di sana sini. Tidak pula Kerajaan Negeri itu menyuruh mereka melakukan satu dasar yang menguntungkan. Selalunya segala dasar, aktiviti ataupun pengurusan yang dilaksanakan Kerajaan Pas Negeri Kedah ini ternyata merugikan..

Menurut beberapa sumber yang menceritakan kepada mtk, ramai juga pegawai KCS merungut tentang hal ini dan rungutan dari para Pegawai KCS ini akhirnya kedengaran pada cuping telinga Kerajaan Negeri dan Exco-Exconya.Atas sebab itu Kerajaan Pas terpaksa mengadakan satu lawatan sambil belajar ke Australia..


Lawatan sambil belajar itu hanyalah drama semata-mata. Sebenarnya, KCS ke Australia  hanyalah untuk melancong..Seperti biasa Pas yang pakar dalam bidang putar belit ini menjawab tujuan mereka pergi ke Australia untuk melihat pelaburan baru yang paling menguntungkan iaitu membeli LEMBU dari Australia dan menjual kepada Indonesia..

Projek lembu ghaib ini juga telah lama didiamkan oleh kerajaan Pas Kedah kerana mereka takut untuk mndedahkan kerugian dalam projek ini..sehinggalah pekara ini didedahkan dalam parlimen dan beberapa MP BN di Parlimen baru baru ini..Projek ini juga dikatakan hasil dari idea orang paling rapat dengan MB..

Masih ingatkah lagi dengan Projek SAWAH PADI KERAJAAN PAS KEDAH JADI LOMBONG EMAS di Timor Leste pada Disember 2009 ??

MTK difahamkan kerajaan Pas Kedah telah memajak tanah yang luas di Timor Leste bagi menanam padi. Tanah yang dipajak ini akan dijadikan tapak baru aktiviti penanaman padi kerana bagi Pas, kosnya jauh lebih murah berbanding di negara kita dan hasilnya Pas bercadang untuk memasarkan beras ini dalam pasaran tempatan dan eksport ke negara yang memerlukan.

Namun apa yang menjadi keseronokkan kerajaan Pas Kedah ialah apabila kerja kerja tanah telah bermula,mereka menjumpai taburan EMAS yang begitu banyak sekali dikawasan yang dimiliki oleh kerajaan Pas Kedah..Menurut perjanjijan dengan kerajaan timor leste emas itu menjadi milik kerajaan negeri Kedah sepenuhnya..

Penemuan tidak disangka sangka itu menceriakan lagi pemimpin pemimpin Pas Kedah kononnya Idea untuk memajak tanah di Timor Leste itu sangat sangat "BRILLIANT" ..

Tetapi sampai sekarang projek itu sunyi sepi..

Banyak lagi projek projek luar negara yang dibuat oleh kerajaan Pas Kedah gagal dan merugikan..MTK nak  tahu juga kemana wang hasil BALAK yang dibanggakan kerajaan Pas Kedah itu dibelanjakan ?? Sebabnya gaji kakitangan pentadbiran Kerajaan Kedah ambil dari duit peruntukkan kerajaan Pusat..

Jadi kemana wang hasil kerajaan negeri dibelanjakan ?? itu pun belum termasuk lagi duit dari perlombongan bijih besi yang belum dapat lagi hasilnya..Tetapi Kerajaan Pas Kedah sudah berani meletakkan jumlah keuntungan di Billboard diseluruh negeri Kedah..

Medan Tempur Kedah

TUDIAA!! Ada Khatib Pas Kutuk Tun Dr Mahathir Atas Mimbar?

Posted: 05 Nov 2012 05:10 PM PST


PANAS!! Ada khatib di Sabak Bernam kutuk Tun M melalui mimbar masjid? Siapa khatib tu? Entah... Kalau tanya kat aku memang aku pun tak tau siapa khatib tu, bukan glamour mana pun, buat macam tu sebab nak cari glamour la kot.. mungkin nak jadi wakil rakyat ganti Aziz Bari ni...

Blog sahabat Jawaber6 ada menceritakan pasal khatib celaka tu,


Mengikut maklumat yang aku dapat dari kawan-kawan kampung...(al-maklum lah, anak perantau).. Ostad yang bagi khutbah jumaat sambil mengutuk dan memfitnah Tun M dan DS Najib di atas mimbar masjid bernama Bro Mustain Othman. Seorang guru agama lulusan maktab je. Tapi sejak pakatan memerintah Selangor maka dinaikkan pangkat jadi khatib masjid Kg. Tebok Jawa, Sabak Bernam. Tak layak pun sebenarnya.. Atas suaka politik...

 Pengakuan pun dah dibuat kat facebook nya.

Seakan bangga apabila dapat menyampaikan tuduhan dan fitnah di atas mimbar masjid yang suci itu. Tanpa rasa bersalah menghina Tun Mahathir dan DS Najib. Ajaran apakah yang digunapakai oleh Ostad Haram Jadah ni?

Jangan sampai tangan sampai kat muka. Kalau nak tegur ada caranya bukan di atas mimbar masjid yang dijadikan pentas politik bagi puak pakatan. Perkara ini dah lama sebenarnya cuma aku tak nak la memalukan manusia yang orang anggap Ostad Haram Jadah ni. Cuma semakin dibiarkan, semakin menjadi-jadi pulak sikap buruk dalam menegakkan ajaran PAS yang dianutinya.

Sudahlah Ostad Haram Jadah! Tolonglah jangan cemarkan masjid tempat suci nak beribadat tu! Buat malu orang Sabak Bernam je.. Kalau nak jadi YB cakap la kat Bro Anwar Bin Ibrahim tu.. Kasi gosok sikit bontot dia.. Buat cara Aziz Bari dapat jadi calon parlimen walau tak dapat sokongan PKR Sabak Bernam..

Ish rasa jijik pulak nak tulis panjang-panjang.. Apa-apa pun GOOD LUCK OSTAD!! Semoga selamat dunia akhirat....

McTheory:
Awat tengok muka dia macam yang dok menyalak tu?
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...