Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


HOT!! Lelaki Pertama Melahirkan Anak Di Dunia Bercerai!

Posted: 10 Nov 2012 07:17 AM PST


HONOLULU : "Lelaki" pertama di dunia yang berjaya melahirkan zuriat sendiri semalam mengumumkan dia kini berpisah daripada isterinya.

Thomas Beatie mengambil keputusan meninggalkan pasangannya, Nancy, selepas sembilan tahun hidup bersama.

Pengakuan Beatie, 38, dibuat ketika dia diwawancara sebuah program bual bicara perubatan, The Doctors, yang akan ditayangkan di Amerika Syarikat.

Kata Beatie, seperti perkahwinan lain, mereka melalui detik suka dan duka sepanjang sembilan tahun bergelar suami isteri.

"Ketika ini kami melalui detik sukar dan kami tinggal berasingan," katanya.

Beatie – lahir sebagai bayi perempuan dan diberi mana Tracy Lagindino – menjadi perhatian apabila menjalani pembedahan menukar jantina menjadi lelaki.

Namun, dia tidak membuang rahimnya dan setakat ini melahirkan tiga anak.

Selepas bertemu Nancy, dia jatuh cinta dan menukar jantina kerana undang-undang Hawaii tidak membenarkan pasangan sejenis berkahwin.

Nancy, 49, mempunyai dua anak hasil perkahwinan terdahulu, tetapi tidak lagi boleh hamil selepas menjalani pembedahan. Justeru, Beatie mengekalkan organ peranakannya dan berhenti mengambil ubat hormon lelaki bagi membolehkan dia hamil.

Baru-baru ini, dia menyempurnakan proses penukaran jantinanya dan menjalani pembedahan terakhir menjadi lelaki. – DM

P/s: Apa punya gila la cerita mat saleh ni.. teruk la puak takdak agama. Risau Malaysia jadi macam ni kalau biarkan puak penyokong LGBT dan pluralisme jadi Kerajaan. Minta dijauhkanlah.. nauzubillah!

PANASS!! Hisham Rais Kaki Pelacur Pula Sokong Melayu Murtad!

Posted: 10 Nov 2012 04:38 AM PST

Ni si melayu bangsat kaki pelacur

Sakit hati Mc bila baca komen si Hisham Rais, melayu liberal paling terkenal di Malaysia ni. Mc menjangkakan makhluk Allah ni tak pernah sembahyang. Sebab dia ni tak pernah sensitif langsung pasal agama. Baginya Agama tu mengongkong dan tidak bebas.

Hisham si kaki pelacur ni, sekali lagi mempersendakan Agama Islam, Keris7Lok yang mula ketengahkan dulu isu si kaki pelacur yang tiada agama ni.


Klik Untuk Besarkan Imej

Isu murtad hanya memperbodohkan orang Melayu oleh UMNO? Ini isu agama beb! Ini bukan benda main-main yang boleh dipolitikkan. Kalau murtad pun dah dibenarkan sehingga menyebut melayu boleh bebas memilih agama, itu dah melampau.

Jangan kurang ajar. Isham kalau ko tak mahu agama, itu kau punya pasal. Jangan ganggu melayu Islam yang lain.


Isham ini pemikir tetap Anwar Ibrahim. Bayangkan jika mereka diberi kuasa, Malaysia akan huru-hara kerana demonstrasi merupakan hobi mereka, malah kita risaukan takut-takut keluarga diMalaysia jadi macam ni Mak Islam, bapak Kristian, anak Buddha. Gila!

McTheory:
Kalau dah jadi macam tu, memang tak guna laa..

PANASS!! Pengaju Soalan Kepada Nurul Izzah Di Gereja Kecewa!! #IzzahPlural

Posted: 10 Nov 2012 01:16 AM PST

AIDCNews – 08/11/12 – Seorang peguam yang mengajukan soalan kepada Nurul Izzah Anwar dalam forum di Gereja Full Gospel Tabernacle, Subang Jaya, Sabtu lalu kecewa dengan sikap Naib Presiden PKR itu yang menukar kenyataannya 180 darjah selepas kenyataannya di forum itu menjadi kontroversi kepada rakyat Malaysia.


Siti Kasim, pengaju soalan kepada Nurul Izzah

Pengaju soalan tersebut, Siti Kasim, seperti dilaporkan FMT berkata jawapan Nurul Izzah semasa dalam forum itu berbeza dengan penjelasan yang dilakukan selepas forum.

Penjelasan Nurul Izzah pada 4 November,

sehari selepas forum itu (3 November) mengeluarkan kenyataan berbeza

daripada kenyataan asal, di mana beliau mendakwa berkata, "Jawapan saya

menegaskan ungkapan – 'Tidak ada paksaan dalam agama (Islam)….' –

daripada ayat suci Al Quran, Surah Al-Baqarah, ayat 256. Ungkapan ini

merangkumi seluruh umat manusia."


Turut ditambah Nurul Izzah yang tidak disebut dalam forum itu, "Saya

berpegang pada pendirian umum sedia ada, iaitu setelah memeluk Islam,

seorang Muslim tertakluk dengan Syariat Islam; sebagaimana seorang

warganegara tertakluk dengan Perlembagaan Persekutuan.


"Saya kesal kerana ada percubaan memutarbelitkan kenyataan saya

seolah-olah saya meremehkan soal aqidah atau mudah menerima orang Islam

yang memilih untuk murtad," kata Nurul Izzah dalam laman peribadinya,

www.nurulizzah.com.


Namun, Mkini dotcom, portal pro pembangkang yang mula-mula melapor kenyataan Nurul Izzah di gereja itu hari ini mengeluarkan transkrip soalan dan jawapan Nurul Izzah dalam forum itu yang amat berbeza dengan penjelasan Naib Presiden PKR.


Soalan yang diajukan dari Siti Kasim yang ditranskrip portal Mkini

dotcom, "Saya sangat gembira apabila mendengar YB Nurul bercakap

berkenaan kebebasan beragama. Adakah anda juga bermaksud bahawa orang

Melayu patut diberikan hak yang sama?".


Jawapan Nurul Izzah juga turut ditranskrip portal itu, "Dan, apabila

anda tanya saya, tidak ada paksaan dalam agama, malah Dr Ahmad Farouk

(Presiden Islamic IRF-Islamic Renaissance Front) memetik ayat dalam Al

Quran.


"Bagaimanakah anda boleh bertanya saya atau sesiapa, bagaimana boleh

seseorang menjawab, 'Maaf, ini (kebebasan agama) hanya dilaksanakan

untuk bukan Melayu. Ia sepatutnya harus dilaksanakan secara sama rata

…laksanakan untuk semua (kaum)". Hadirin bertepuk tangan.


"Di dalam Al-Quran, tidak ada terma yang spesifik untuk orang Melayu.

Ini cara ia sepatutnya dilakukan. Jadi (walaupun) saya diikat, dengan

pandangan semasa, tetapi saya harus mengatakannya.


"Jadi apa yang anda mahu sudah tentu dari segi kualiti. Awak percaya

dengan kuat dalam kepercayaan awak, walaupun saya bersekolah di Assunta

yang mempunyai salib besar di dewannya dan nyanyian persatuan Katolik

yang aktif, saya tidak terpengaruh dengannya". (Loceng berbunyi menanda

masa menjawab tamat dan moderator mengucapkan terima kasih kepada ahli panel).

Nurul Izzah juga tidak memberi penjelasan berkaitan dengan pandangannya yang mempertikai sekatan undang-undang terhadap kumpulan LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender) yang melakukan aktiviti seks di tempat peribadi sepertimana yang disebutkannya dalam forum tersebut.

Siti Kasim ketika bercakap kepada FMT kecewa dengan sikap Nurul Izzah yang tidak teguh pendirian apabila tidak mengaku kemudiannya menuturkan kata-kata di atas.

"Saya percaya Nurul hanya mencuba untuk menarik perhatian umum, dia tidak fikir apa akibatnya," katanya kepada FMT.

Siti Kasim yang juga ahli Majlis Peguam dalam jawatankuasa hak asasi manusia berkata sepatutnya Nurul Izzah berpegang teguh terhadap kenyataan asalnya bahawa hak kebebasan beragama juga perlu dilaksanakan dalam masyarakat Melayu-Islam.

"Tidak ada apa-apa kesalahan terhadap kenyataan itu, dia (Nurul izzah) bercakap perkara benar. Saya sudah menjangkakan akan berlaku kontroversi selepas itu. Tetapi, sebagai seorang ahli politik, awak perlu berpegang teguh kepada kebenaran," katanya lagi.

Pengaju soalan itu turut mengungkap kembali kenyataan Nurul Izzah semasa forum di gereja itu.

"Dalam beberapa hari, dia (Nurul Izzah) 'tarik balik' kenyataannya, dan berkata dia tidak sokong murtad. Tetapi, secara tidak langsung, apabila anda sokong kebebasan beragama, (bermakna anda juga sokong) jika Melayu ingin keluar dari agamanya (Islam), itulah murtad," jelasnya lagi.

Soalan yang sama itu kata Siti Kasim pernah dikemukakan kepada bapa Nurul Izzah, Datuk Seri Anwar Ibrahim, namun gagal mendapat jawapan yang benar-benar konkrit.

"Dia (Anwar) menjawab samar-samar dan tidak menjawab secara jelas. Kita mahu ahli-ahli politik yang bercakap secara terus terang," katanya.


Dalam masa sama, Siti Kasim mendakwa dalam Perlembagaan Persekutuan tidak mengecualikan Melayu daripada mengamalkan kebebasan beragama.

Menurutnya, individu-individu yang mengkritik Nurul Izzah adalah golongan konservatif yang mahu agama versinya diterima sebagai agama yang benar.


Siti Kasim bersama Ketua Seksualiti Merdeka/LGBT, Pang Khee Teik

Siti Kasim seperti dilaporkan portal Mkini dotcom, Januari lalu adalah salah seorang penganjur Seksualiti Merdeka yang membantah permohonan semakan kehakiman terhadap pejabat Peguam Negara.

Siti Kasim bersama Ketua Seksualiti Merdeka/LGBT, Pang Khee Teik

Selain Siti Kasim, pemohon bantahan itu adalah Pang Khee Teik, Angela Marianne Kuga Thas, S Thilaga Socky Pillai, dan Md Nor Ismat Selamat (juga dikenali sebagai Michelle Nor Ismat) yang kesemuanya dikaitkan sebagai anggota LGBT.

"Sila sokong hak-hak LGBT di Malaysia! Mereka ditindas dan diganggu seksualiti mereka .. semua itu di atas nama agama!!! Dunia mesti tahu tentang perkara ini," kata Siti Kasim dalam facebook.com/

Global Secular Humanist Movement.

TUDIAA!! Isu Melayu Murtad Tun Dr Mahathir Belasah Nurul Izzah! #IzzahPlural

Posted: 09 Nov 2012 10:16 PM PST


 Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar membuat kenyataan kebebasan agama di Gereja Full Gospel Tabernacle, Subang Jaya, Sabtu lalu kerana terpengaruh dengan pemikiran barat.

"Kita Muslim. Kita tidak boleh menukar agama.

"Lain-lain, mereka lebih, apa yang anda panggil … kepercayaan mereka mungkin membenarkan mereka (untuk menukar agama). Kita tidak seharusnya terlalu dipengaruhi oleh pemikiran barat." katanya dalam sidang akbar selepas menerima Anugerah Penaung Pertubuhan Perancangan Malaysia sempena sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia, semalam.

Mengulas lanjut kata Dr. Mahathir, umat Islam di negara ini tidak boleh terbawa-bawa pemikiran barat, bebas melakukan apa sahaja, termasuk mengeluarkan filem menghina agama Islam dan berkahwin dengan sesama jenis.

"Saya tertarik apabila tiga pemimpin agama di Amerika Syarikat menyatakan taufan Sandy yang melanda pantai timur negara itu disebabkan balasan Tuhan terhadap kegiatan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

"Jelas mereka juga tidak setuju dengan amalan berkenaan dan kalau kita biarkan perkara ini berlaku, institusi keluarga akan hancur," tambah beliau.

Nurul Izzah dalam satu wacana berjudul : Negara Islam: Versi siapa?, Tanggungjawab Siapa?," anjuran sebuah pergerakan Kristian di Subang Jaya 3 November lalu berkata orang Melayu tidak harus terkecuali daripada kebebasan agama dan hak itu bukan istimewa untuk bukan Melayu sahaja.

Dalam masa sama, Nurul Izzah juga turut mempertikaikan undang-undang berkaitan dengan halangan terhadap Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual (LGBT).

Menurutnya, selain daripada tempat awam, pihak berkuasa tidak wajar untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat dengan gejala tersebut di tempat peribadi.

Jika undang-undang itu dilaksanakan juga di tempat peribadi, katanya, ia dianggap sebagai tidak menghormati hak privasi seseorang individu.

Nurul Izzah melalui profil peribadi yang disiarkan di nurulizzah.com adalah pemilik ijazah sarjana muda di dalam bidang Kejuruteraan Elektrikal & Elektronik dari Universiti Tenaga Nasional, dan kemudiannya menyambung pengajian di peringkat sarjana di School of Advanced International Studies (SAIS), Universiti Johns Hopkins, Washington, D.C. di dalam bidang Kajian Asia Tenggara, Hubungan Antarabangsa.

"Menerusi aktiviti antarabangsa yang beliau ceburi, beliau berkesempatan menghadiri konvensyen yang memperjuangkan hak-hak asasi manusia, termasuklah Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu.

"Beliau juga, bersama teman-teman dari badan-badan bukan kerajaan seperti SUARAM (Suara Rakyat Malaysia) dan ALTSEAN BURMA sempat mengadakan rapat umum bersama pelajar-pelajar Malaysia dan luar Negara di universiti-universiti seluruh dunia untuk mengetengahkan isu ketempangan demokrasi di Malaysia.

"Beliau juga telah menyumbang dalam penulisan Global Health Watch 2 (2008), sebuah penerbitan laporan alternatif kesihatan sedunia, dan bergiat aktif dalam kumpulan Women Leaders Intercultural Forum (WLIF) kelolaan bekas Presiden Ireland, Mary Robinson dari tahun 2005-2007,"lapor nurulizzah.com. -AIDCNews

PANASS!! #IsuAirSgor: Teknologi Membran Hanya Alasan Untuk Bantah #Langat2

Posted: 09 Nov 2012 07:19 PM PST


Isu air di Selangor makin lama makin serabut. Dari penstrukturan air, penstrukturan semula, teknologi membran, dan kini mereka nak buka Loji air Bukit Jelutong yang dah ditutup 17 tahun dulu. Kenapa Kerajaan Negeri Selangor yang di ketuai oleh Khalid Gagap ni bersungguh-sungguh mahu membuka loji air Bukit Jelutong tu?

Bukankah loji air tu dulu ditutup disebabkan masalah kebersihan (tercemar teruk). Sungai Damansara yang tercemar telah membuatkan loji air Bukit Jelutong tidak relevan lagi digunakan pada 17 tahun yang lepas. Jika 17 tahun yang lepas pun ianya tidak relevan akibat percemaran sungai. Mc rasa sekarang lagi teruk!

Kawasan sekeliling Sungai Damansara juga tidak menunjukkan ianya boleh dijadikan kawasan tadahan. Perkilangan, perumahan dan aktiviti lain sudah lama bertapak di sekeliling Sungai Damansara. Tengok peta dibawah, macam-macam seksyen dan taman.


Khalid ni nampaknya dah panic. Pelbagai cara yang dikenalkan untuk meningkatkan bekalan air. Sahlah si Khalid ni tahu krisis air akan melanda. Jadi sekarang terdesak nak tunjukkan idea dia pun secerdik idea kerajaan pusat. Atas dasar dan kajian apa Khalid mahu loji itu dibuka semula?

Semuanya dilakukan dengan tergesa-gesa tanpa kajian yang menyeluruh. Khalid baru memberi cadangan untuk membuka loji air Bukit Jelutong dan dua loji di Ampang, tetapi Xavier yang bersungguh-sungguh mahu menjuarai isu air ini (biasa la claim kredit). Ada udang sebalik batu ke Xavier?

Xavier kata kos untuk buka semula loji yang ditutup semula hanyalah RM1.5 juta, apakah kos itu termasuk dengan kos teknologi membran yang mahu mereka gunakan? Kos itu juga tidak termasuk penapis yang hanya tahan 2 tahun dan perlu ditukar. Penapis tersebut memerlukan kos yang sangat mahal untuk setiap kali pengantian baru.

Kajian baru diarahkan tapi Xavier dah cakap murah. Sila tunjukkan perincian kos dulu, mana Xavier tahu teknologi membran ini akan lebih jimat dari Langat 2?

Semakin lama Kerajaan Negeri Selangor menangguhkan projek Langat 2, semakin besar risiko masalah air pada masa akan datang. Sudahlah perlaksanaan projek ini lewat hampir 2 tahun, kini mereka menangguhkan lagi semata-mata mahu menjalankan kajian keatas loji yang dibuka semula dengan teknologi membran.

Kalau ya pun teknologi membran ni boleh tambahkan kuantiti air, sumber air mentah nak diproses diambil dari mana agaknya? 34 loji yang ada di Selangor sudah cukup untuk proses kuantiti air mentah dari sungai-sungai dan 7 empangan yang sedia ada.

Kalau membran di letakkan di sebelah setiap 34 loji untuk tambah keluaran air terawat, sumber air yang sama juga akan ditarik. Kalau dah keluar banyak, sempatkah sungai dan empangan top-up? Musim kemarau macam mana? Hari-hari buat pembenihan awan, sembahyang hajat lah nampaknya.

Jadi dimanakah yang dikatakan teknologi membran ini mampu mengatasi masalah air di Selangor? Mungkin mereka kata mereka mahu menapis air yang selama ini tidak mampu ditapis oleh loji konvensional. Jika mengikut akal, apakah jumlah air yang mereka mahu tapis tu setanding dengan Langat 2 yang membekalkan air terawat sebanyak 1,130 juta liter sehari?

Jauh bezanya tu, malah ada loji-loji di Selangor sekarang pun telah bekerja lebih dari 120%, kerana permintaan air di Selangor dalam kapasiti yang besar. Mampukah teknologi membran yang dicadangkan oleh Kerajaan Negeri Selangor mengantikan Langat 2?

Mengikut pendapat Mc, teknologi membran ni hanya alasan Kerajaan Negeri Selangor mahu menangguhkan Langat 2. Mereka rela membiarkan rakyat Selangor menanggung risiko, dari membenarkan Kerajaan Pusat "menang"

Mereka menganggap dengan membenarkan Kerajaan Pusat melaksanakan Langat 2, umpama menunjukkan Kerajaan Pusat menjadi hero dalam masalah penyelesaian air di Selangor. Itu yang mereka tidak mahu!

Sesungguhnya Khalid dan Xavier bukanlah individu yang layak untuk dijadikan pemimpin. Kerana pemimpin seperti ini hanya melakukan kerja jika ada berkaitan dengan kepentingan politik mereka.

Rasanya dalam hal ini, Suara Kebangkitan Rakyat Selangor perlu ditagih untuk menunjukkan kepada Kerajaan Negeri, bahawa rakyat Selangor berhak membuat keputusan yang terbaik dari merisikokan kehidupan pada mereka dikemudian hari.


McTheory:
Rakyat Selangor perlu lakukan sesuatu untuk kejutkan pemerintah seperti Khalid dan Xavier tu..

TUDIAA!! Nik Aziz Sayang Sangat Kat Nurul Izzah!!

Posted: 09 Nov 2012 04:38 PM PST


Pemegang kunci surga Pas, si Pok Nik Aziz akhirnya menjadi pembela Nurul Izzah. Biasa la, dalam apa kes pun, Nik Aziz akan jadi hero. Kes gambar bogel Eli Wong pun Nik Aziz menjadi hero, kes Anwar Nik Aziz jadi hero, kes-kes khalwat ahli Pas pun Nik Aziz yang 'back up'.

Kerja Nik Aziz, hanyalah memperbodohkan ahli Pas yang sedia bodoh dan memperbahalulkan puak penyokong Pakatan Haram yang sedia bahlul! Semoga kita tak tergolong dalam kumpulan tersebut.. amin..

Hinggakan Nurul Izzah galakkan orang Islam murtad pun, Nik Aziz masih lagi menyokong Nurul Izzah, memang dahsyat orang tua ni.

Baca berita dibawah!

KOTA BHARU - Sekalipun mengakui bahawa Nurul Izzah Anwar mungkin telah mengeluarkan kenyataan yang 'celaru', tetapi Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat masih mempertahankannya dan menyifatkan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu tidak bernasib baik kerana berada di pihak pembangkang.

Nik Abdul Aziz berkata, pelbagai pihak sengaja memburukkan dan memberi maklum balas keterlaluan ke atas Nurul Izzah seumpama bunyi bising kuat daripada 'meriam buluh dan meriam besi' walaupun anak Ketua Pembangkang itu hanya menyuarakan sedikit pandangan.

Beliau turut membandingkan kesnya sebelum ini yang didakwa 'bapa kafir' oleh seorang bekas Ketua Polis Negara tetapi tidak pula mendapat sorotan media kerana tuduhan itu mengena ke atas seorang pimpinan pembangkang.

"Kebelakangan ini bising pasal (kenyataan) Nurul Izzah, kesnya sebab apa? Sebabnya dia pembangkang, kalau dia bukan pembangkang pasti tidak mengapa.

"Bekas Ketua Polis pernah kata saya bapa kafir tetapi semua senyap belaka, sebabnya dia menuduh Nik Aziz yang merupakan pembangkang, jadi kata apa pun surat khabar senyap, radio senyap.

"Tetapi apabila Nurul Izzah buat keluar sedikit kenyataan, walaupun kenyataan dia boleh jadi celaru sungguh, tetapi geger gegok (amat riuh) lebih daripada meriam buluh, meriam besi," katanya semasa menyampaikan kuliah di hadapan Pejabat Badan Perhubungan Pas negeri di sini hari ini. - UTUSAN

McTheory:
Kalau puak Pakatan, buat apa pun boleh, sampai kan kes murtad pun jadi kecikk!! GILA!
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...