House PK |
- WAHAI HUSAM CHINA DOLL! TOLONG EXPLAIN SIKIT HAL SKANDAL PROJEK LEMBAH SIREH NI!
- KUNYIT KASI TARUK! LAKONAN TAHAP BABI WAN AZIZAH YANG TERLAMPAU!
- PANAS BERAPI! LYNAS ADALAH MAINAN POLITIK DAP YANG DENGKI!
- CILI KASI TARUK! MARAH BETUL PENCACAI PEMBANGKANG DENGAN KENYATAAN BERAPI TUN M!
- TERKINI! DS ROSMAH TURUN BANTU MANGSA BANJIR! ADA YANG SEBAK....
- GEMPAR! NEELOFA DAN ANZALNA BERGADUH SAMPAI TARIK RAMBUT KERANA ISU TANDA PUTERA?
| WAHAI HUSAM CHINA DOLL! TOLONG EXPLAIN SIKIT HAL SKANDAL PROJEK LEMBAH SIREH NI! Posted: 09 Nov 2012 12:00 AM PST
Senario ini jelas kelihatan apabila para pemimpin kerajaan negeri bermula dari exco hinggalah Menteri Besarnya terpaksa tampil ke depan mengulas isu itu dengan pelbagai kenyataan mempertahankan projek tersebut. Masing-masing kalut ribut dibuatnya apabila skandal ini semakin mendapat perhatian ramai, lebih-lebih lagi dikalangan rakyat Kelantan pun isu ini semakin hangat diperdebatkan baik kedai-kedai kopi mahupun di ruang maya internet. Dalam usahanya yang terbaru untuk menolak kebenaran dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011 (LKAN 2011) berkenaan kelemahan dan kegagalan projek Pembangunan dan Pengindahan Tebing Sungai Kelantan (PTSK) di Lembah Sireh, tiba pula giliran Exco kanan negeri untuk mempertahankan Kerajaan PAS Kelantan. Kata Husam Musa, adalah mustahil projek Lembah Sireh dapat dilaksanakan sekiranya kerajaan negeri tidak memberi hakmilik tanah kepada syarikat Liziz Standaco Sdn Bhd. Selanjutnya kata Husam lagi, seandainya projek tersebut gagal atau syarikat swasta itu tidak mematuhi perjanjian maka kerajaan negeri memiliki kuasa untuk mengambil semula tanah seluas 716.8 ekar itu. Nampak gayanya Husam cuba cuci tangan bagi pihak PAS Kelantan berikutan kritikan ramai terhadap skandal Lembah Sireh yang sekarang ini telahpun dilaporkan kepada pihak SPRM. Ulasan Naib Presiden PAS itu merujuk secara langsung pada Laporan Audit yang antara lainnya menegur tindakan Kerajaan PAS Kelantan membelakangi prosedur penukaran hak milik tanah kepada Liziz Standaco, sehingga mendedahkan kepada risiko besar yang perlu ditanggung oleh kerajaan negeri. Read more... | ||
| KUNYIT KASI TARUK! LAKONAN TAHAP BABI WAN AZIZAH YANG TERLAMPAU! Posted: 08 Nov 2012 07:00 PM PST Muka depan Sinar Harian semalam memaparkan gambar pelakon airmata terhebat, Datin Seri Wan Azizah yang memulakan karier lakonannya pada tahun 1998 iaitu sejak suaminya dipecat dari kerajaan kerana meliwat. Kali ini, Wan Azizah melakonkan watak sedih seorang ibu yang kasihankan anaknya, Nurul Izzah yang berhadapan dengan serangan berbagai pihak akibat mengeluarkan kenyataan yang 'politically incorrect' bagi partinya, berkenaan kebebasan beragama bagi Umat Islam. Wan Azizah menyalahkan media kononnya memutarbelitkan kenyataan anaknya dan kononnya ia adalah serangan politik dari pihak lawan sebagaimana yang dialami oleh suaminya ketika dituduh meliwat dan terlibat dalam pluralisme dan liberalisme. Nurul Izzah sebelum ini mendakwa akan menyaman akhbar-akhbar yang dituduh memutarbelit kenyataannya. Namun, seperti juga bapanya ketika menuduh media memutarbelit kenyataannya mengenai sokongan terhadap Israel sebelum ini, mereka hanya memilih untuk menyaman akhbar berbahasa Melayu atau pro-kerajaan seperti Utusan Malaysia. Dalam kes bapanya itu, yang mula-mula menyiarkan kenyataannya adalah The Wall Street Journal dan dalam kes Izzah, adalah Malaysiakini tetapi nampaknya Izzah dan bapanya langsung tidak berminat untuk menyaman media tersebut, malah tidak langsung menafikan laporan mereka. Sedangkan, akhbar pro-kerajaan hanya memetik laporan dari sana, kemudian menyiarkan ulasan, pandangan serta pendapat berbagai pihak terhadap kenyataan mereka pula yang menjadi sasaran serangan mereka. Walaupun tiada putar-belit, tiada manipulasi dalam laporan yang dibuat media ini, tetapi Izzah nampaknya menjadi tidak tentu arah sekali. Risau sekali Izzah dan keluarganya apabila terserlah pendiriannya yang 'longgar' terhadap soal murtad. Melihat laporan ala novel sedih di Sinar Harian mengenai Wan Azizah, tidak salah jika dikatakan bahawa Izzah benar-benar tertekan. Manakan tidak tertekan, apabila sebelum ini, suaminya sering menafikan yang beliau terlibat dalam pluralisme dan liberalisme, tetapi kini anaknya pula seolah-olah mengesahkannya. Dari kenyataan Izzah, sekali lagi segala bukti mengenai fahaman Anwar dibangkitkan. Ucapan-ucapannya yang kontroversi yang jelas menyatakan bahawa 'semua agama adalah sama', kembali dipaparkan oleh para blogger. Rakan-rakannya di dalam ABIM yang telah lama meragui dan menghentamnya berkenaan isu ini boleh saja muncul membuat kenyataan mengesahkan fahamannya. Pendek kata, begitu banyak bukti dan saksi yang mampu membuktikan fahaman plural dan liberal Anwar. Mungkin menyedari betapa sukarnya untuk membela diri dari tuduhan menganut fahaman pluralisme dan liberalisme, maka strategi keluarga ini bagi memulihkan pandangan ramai terhadap Izzah hanyalah dengan meraih simpati. Untuk itu lah maka Wan Azizah pelakon handalan, perlu memainkan peranan di muka depan. Strategi ini mungkin berkesan jika tujuannya adalah untuk meraih simpati untuk Wan Azizah, tetapi lebih dari itu ia hanya menunjukkan betapa lemahnya Nurul Izzah. Nurul Izzah yang selama ini menonjolkan diri sebagai politikus lantang dan tidak berfikir panjang untuk menyerang tiba-tiba memperlihatkan dirinya sebagai wanita yang lemah, tidak berdaya atau mangsa kerakusan politik lawan. Sedangkan, hakikatnya, Nurul Izzah bukan mangsa, beliau adalah ahli politik dan pemimpin. Beliau bukan bermain ombak atau membuat rumah di tepi pantai, tetapi beliau sedang berenang di tengah lautan atas pilihannya sendiri dengan berani sekali. Justeru, jika beliau membuat kenyataan, beliau wajib bertanggungjawab ke atasnya. Jika beliau mempunyai pendirian bahawa Umat Islam perlu bebas menukar agama, maka beliau wajib mempertahankan pendiriannya, dengan tegas dan lantang juga biar apa jua kritikan, kecaman mahupun hukuman yang bakal diterima. Nurul Izzah pernah menuduh dengan lantang dan keras kononnya Perdana Menteri terlibat dalam rasuah pembelian kapal selam yang kemudiannya berkait dengan pembunuhan. Ini adalah tuduhan yang amat berat. Ketika itu, adakah Nurul Izzah terfikir akan apakah kesannya ke atas orang yang dituduhnya? Tidak. Apakah Perdana Menteri meminta simpati rakyat agar mempercayai beliau dan bukan tuduhan Nurul Izzah serta kuncu-kuncunya? Tidak juga. Ini adalah kerana Perdana Menteri tidak gentar kerana tuduhan tersebut tidak benar. Perdana Menteri juga faham ini adalah mainan politik kotor Nurul Izzah, bapa Nurul Izzah serta kuncu-kuncu mereka. Justeru, Perdana Menteri sabar memberi keterangan dan penjelasan tanpa jemu kepada rakyat mengenainya. Beliau juga bersumpah sebanyak 3 kali mengikut cara Islam sebagai usaha membela diri. Akhirnya, pihak Perancis sendiri tampil membongkar penipuan rangkaian yang berkait rapat dengan parti Nurul Izzah sendiri. Melihat bagaimana Nurul Izzah gabra dan gentar tidak seperti Perdana Menteri apabila dituduh dengan tuduhan sebegitu berat, rakyat boleh membuat kesimpulan sendiri bahawa Izzah bukan mangsa putar belit sesiapa, tetapi beliau benar-benar berpendirian sepertimana yang dinyatakannya. Iaitu bahawa Umat Islam wajar diberi hak untuk menukar agama sepertimana penganut agama lain. Kini, tidak boleh disangkal lagi bahawa Nurul Izzah mewarisi fahaman bapanya yang mendokong pluralisme dan liberalisme. Selama ini beliau berselindung di sebalik tudung dan baju kurung konon keluarganya dididik sebagai Muslim sejati, sedangkan di masa yang sama menyebarkan agenda plural dan liberal bagi pihak 'tuan-tuan mereka' di barat. Kita ingin menyarankan kepada Nurul Izzah agar berterus terang saja dengan fahamannya dan keluarganya serta berdiri teguh atas pendirian itu. Sekurang-kurangnya kita boleh menghormatinya sebagai pemimpin yang berani, walaupun kita tidak boleh menghormatinya sebagai seorang Muslimah sejati. Dengan tidak berani berkata yang benar dari hatinya, maka Izzah adalah sama saja dengan bapanya, yang pengecut dan membawa imej talam bermuka-muka, menjadi warak, liberal, plural, komunis, demokrat, neo-con dan apa saja yang mampu memberi keuntungan politik kepada mereka. Jika Izzah takut untuk menghadapi semua ini, kembalilah saja ke daratan agar tidak perlu lagi dilambung ombak di lautan. Kalau nak baca artikel lagi pedas! KLIK SINI | ||
| PANAS BERAPI! LYNAS ADALAH MAINAN POLITIK DAP YANG DENGKI! Posted: 08 Nov 2012 04:00 PM PST Berita yang pasti menggemparkan dan menyayat hati Pakatan Haram Pembangkang. Sila baca : KUANTAN: Kilang Lynas Advanced Material Plant (LAMP) hari ini dibenarkan beroperasi selepas Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonan injunksi interim ke atas Lesen Operasi Sementara (TOL) oleh tiga penduduk Kuantan. Hakim Datuk Mariana Yahya dalam penghakimannya berkata injunksi itu ditolak kerana ia bukan sahaja melibatkan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) serta Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB), tetapi juga Lynas sebagai responden ketiga. "Keseimbangan ekuiti perlu diputuskan bukan sahaja antara pemohon (penduduk Gebeng) dan MOSTI serta AELB, tetapi juga Lynas sebagai pihak ketiga yang mempunyai kepentingan dalam keputusan kes ini," katanya.
Dan ini pula beberapa fakta tentang Lynas yang perlu kita tahu :
Kilang Lynas TIDAK MERBAHAYA kepada orang awam, persekitaran dan pekerja Lynas Corporation sendiri kerana
1) Orang Awam - tidak melebihi 1.0 mSv setahun 2) Pekerja sinaran - tidak melebihi 20mSv setahun ![]() Lynas TIDAK SAMA dengan Asian Rare Earth (ARE), Bukit Merah :
| ||
| CILI KASI TARUK! MARAH BETUL PENCACAI PEMBANGKANG DENGAN KENYATAAN BERAPI TUN M! Posted: 08 Nov 2012 06:00 AM PST Marah betul laman portal pro-pembangkang Malaysiakini apabila disindir sinis mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengenai kontrak Petronas yang dikatakan "sengaja" diberikan kepada anaknya, Datuk Mokhzani Mahathir. Kemarahan Malaysiakini itu sehingga membuat laman itu menyiarkan insiden memalukan portal tersebut, namun sudah tentu ia ditulis di dalam bentuk yang akan memburuk-burukkan negarawan ulung yang banyak menabur jasa kepada dunia internet di negara ini. Malaysiakini kononnya mahu "mengenakan" Tun Dr. Mahathir dengan bertanyakan tentang kontrak Petronas yang diberikan kepada syarikat SapuraKencana Petroleum Bhd dengan nilai kontrak kononnya sebanyak RM700 juta. Berpengalaman mengendalikan wartawan yang cuba memburuk-burukkan beliau, Tun Dr. Mahathir selamba menyatakan bahawa "beliau memang sengaja mengarahkan projek berkenaan diberikan kepada Mokhzani". Malah tambahnya, "semua mesyuarat Petronas dipengerusikan olehnya dan sememangnya beliau mengarahkan kontrak berkenaan diberikan kepada anaknya, tidak kepada pihak lain". Lebih melucukan, arkitek pembangunan negara itu menyuruh wartawan Malaysiakini berbangsa Cina itu menulis apa yang disindirnya itu di dalam laman portal yang sering memanipulasi berita dan memburuk-burukkan kerajaan UMNO/BN itu. Saya yakin, sekiranya saya ditempat wartawan tersebut, sudah tentu itu adalah kali terakhir untuk saya bertemu dengan negarawan itu dan saya tidak mahu malu lagi selepas disindir begitu tajam sekali. Rasanya, hanya mereka yang tebal muka dan tak tahu malu saja yang akan tahan sindiran tajam sebegitu. Saya tidak pasti sama ada wartawan Malaysiakini punya rasa malu atau tidak… Pun begitu, saya tertanya-tanya tentang kontrak Petronas tersebut. Jika benar kontrak itu diberikan kepada syarikat SapuraKencana Petroleum, apa salahnya? Apakah syarikat berkenaan milik Mokhzani seorang dan apakah tiada lagi Ahli Lembaga Pengarah lain selain Mokhzani di dalam syarikat berkenaan? Bagaimana dengan Datuk Hamzah Bakar, Datuk Seri Shahril Shamsuddin, Chong Hin Loon dan Yeow Kheng Chew? Apakah mereka juga anak-anak Tun Dr. Mahathir? Dan mengapa pula mereka ini tidak disentuh? Lagipun, melihat pada nama syarikat yang tertera perkataan "Petroleum", apakah berdosa dan salah sekiranya kontrak berkenaan diberikan kepada syarikat tersebut? Lainlah jika terdapat perkataan "tembakau", "kayu kayan" atau "nasi beriani gam" pada nama syarikat tersebut. Jadi, memandangkan syarikat berkenaan adalah sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan berasaskan petroleum, apa salahnya diberikan kontrak Petronas itu kepada pihak mereka? Atau Pakatan Haram mahu kontrak itu diberikan kepada Kohilal? Itu cuma satu kontrak sahaja. Bagaimana pula dengan ribuan kontrak Petronas yang lain dan apakah kontrak-kontrak berkenaan juga diberikan kepada anak-anak Tun Dr. Mahathir? Saya yakin jawapannya adalah tidak sama sekali. Menghairankan, mengapa Malaysiakini tidak pernah tergerak hati untuk "mengorek" maklumat mengenai skandal pasir di Selangor? Laman portal yang dipercayai mendapat pembiayaan Yahudi itu patut bertanya kepada Khalid Gagap tentang siapakah Pengerusi Kumpulan Alam Semesta yang menguasi industri pasir di negeri itu dan apa pertalian darahnya dengan Menteri Besar Selangor itu. Abdul Rahman Ibrahim itu "abang" atau siapa pada Khalid Ibrahim dan mengapakah segala urusan pasir di negeri itu diberikan kepadanya sehingga ramai kontraktor di Selangor yang menggelarnya sebagai "Raja Pasir Semesta Selangor"? Malaysiakini patut "korek" skandal berkenaan sehingga ke akar umbi. Bukan apa, rakyat Selangor pun nak tahu juga apa yang berlaku mengenai hasil mahsul negeri itu yang dikatakan telah dibolot oleh "The Sons Of Ibrahim & Co"…kan? Sumber: MyKMU | ||
| TERKINI! DS ROSMAH TURUN BANTU MANGSA BANJIR! ADA YANG SEBAK.... Posted: 08 Nov 2012 04:07 AM PST Kesedihan dan kesayuan menyelubungi Pusat Penempatan Sementara Mangsa Banjir di Dengkil apabila salah seorang daripada mangsa menangisi nasib yang menimpa dirinya di sisi isteri pemimpin nombor satu negara, Datin Seri Rosmah Mansor. N.Vimala, 45, tidak dapat menanggung kesedihannya berikutan kejadian banjir yang berlaku menyebabkan dia sekeluarga tidak dapat meraikan perayaan Deepavali seperti tahun-tahun sebelumnya. Ternyata, kedatangan Rosmah seolah-olah memberi sinar kegembiraan kepadanya untuk meluahkan sedikit kepayahan yang dialami Vimala sekeluarga akibat musibah yang berlaku itu. "Deepavali semakin hampir tetapi disebabkan banjir semua persediaan serta kelengkapan untuk sambutan Deepavali telah hanyut dibawa air… baju-baju baru yang dibeli semuanya rosak. "Saya cakap dengan Datin Seri supaya tolong saya kerana saya kasihankan anak-anak kerana mereka sepatutnya bergembira tetapi semuanya telah musnah," katanya. Tidak tahan dengan kesedihan itu, lantas Vimala bertindak memeluk erat Rosmah dan menangis di bahu Yang Di Pertua BAKTI itu. "Datin Seri cakap dia akan cuba cari jalan bantu dan saya rasa amat terharu dan sedih kerana dia sudi mendengar masalah saya… memang Datin Seri berjiwa rakyat," katanya dengan nada sebak. Read more... | ||
| GEMPAR! NEELOFA DAN ANZALNA BERGADUH SAMPAI TARIK RAMBUT KERANA ISU TANDA PUTERA? Posted: 08 Nov 2012 01:49 AM PST |
| You are subscribed to email updates from House PK To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.









No comments:
Post a Comment