BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


HOT NEWS !!! KHALID IBRAHIM ROMPAK ASET UNISEL ??? APA CERITA NI ???

Posted: 23 Nov 2012 03:00 PM PST


Setahun selepas memerintah Selangor,Kerajaan PR telah memindahkan aset-aset UNISEL kepada pemilikan Menteri Besar Incorporated (MBI). Perkara ini termaktub dalam 'Kertas Putih Penyelesaian Hutang Talam'.Kertas Putih berkenaan mendedahkan pampasan dalam bentuk pengambilalihan liabiliti UNISEL yang berjumlah RM248.7 juta telah diberikan oleh MBI kepada universiti swasta milik Kerajaan Negeri Selangor berkenaan.Kemudian,MB Selangor TS Khalid Ibrahim mengumumkan pengambilalihan hutang UNISEL oleh MBI sebanyak RM150 juta.


UNTUK SELANJUTNYA

Namun begitu,dalam Exco Pendidikan Selangor Dr Halimah Ali membuat kenyataan yang amat berbeza, apabila mendakwa pengambialihan hutang UNISEL berjumlah RM486.7 juta.



Baik apa juga amaun mahu pun alasan dan tujuan pengambilalihan hutang tersebut, perlu diingatkan bahawa perlaksanaan tersebut adalah berserta dengan pengambilan semua aset-aset UNISEL.Oleh kerana UNISEL beroperasi sebagai universiti swasta, maka universiti tersebut telah dijadikan sebuah universiti swasta tanpa aset yang pertama di Malaysia oleh Khalid Ibrahim.Ini juga bermakna bahawa UNISEL tidak mempunyai nilai ekonomi kepada mana-mana pelabur.- Akar Umbi

HOT NEWS !!! ADNAN MANSOR MEMBELASAH ANWAR IBRAHIM KAW-KAW !!!

Posted: 23 Nov 2012 10:52 AM PST


Pendedahan berkaitan tindakan Ketua Pembangkang,Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilaporkan menulis kepada Menteri Luar Australia,Senator Bob Carr untuk meminta negara terbabit membantu dalam Pilihan Raya Umum (PRU) di Malaysia bukanlah sesuatu yang mengejutkan.Setiausaha Agung UMNO,Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memberitahu bahawa tindakan mencari pengaruh luar bukanlah kali pertama dilakukan oleh penasihat PKR dalam usaha mendapatkan kuasa politik di negara ini."Ini bukanlah sesuatu yang luar biasa kerana Anwar telah pun acapkali bertindak sedemikian malah lebih dari itu apabila sanggup memburuk-burukkan negara sendiri lantaran mahu mengambil hati para pemimpin luar dan bersimpati kepadanya," katanya. 

Dilaporkan Anwar meminta bantuan Australia dalam PRU akan datang atas dakwaan untuk memastikan ia bebas daripada penipuan dan rasuah selain kononnya menemui bukti tentang penipuan dalam pendaftaran pemilih dan anomali lain dalam menghadapi pilihan raya."Apa lagi yang Anwar belum lakukan kerana sebelum ini dia bukan saja merendah-rendahkan kedudukan negara sendiri tetapi turut menganggap sistem demokrasi dan perundangan di Malaysia juga adalah lapuk dan ketinggalan," katanya yang juga Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN). 

GPRS Melaporkan Awal tahun ini,media turut melaporkan Anwar telah ke Turki dan menafikan Malaysia sebagai sebuah negara demokrasi selain tidak ada satu pun media yang ada di negara ini bebas untuk beroperasi serta mendakwa bahawa dia dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dulu adalah kerana mengkritik kepimpinan Perdana Menteri ketika itu. "Anwar lebih gemar meminta bantuan dari negara luar negara kerana rakyat di negara ini sudah tahu siapa dia yang sebenar.Tidak ada sesiapa yang mahu mempercayainya lagi sebagaimana pelbagai janji yang ditaburkan bukan saja sebelum dapat bentuk kerajaan bersama pakatan pembangkang dibeberapa buah negeri tetapi dah ada kuasa pun terus menipu," katanya lagi.Ujarnya,jika sebelum mendapat kuasa mereka menjadikan manipulasi dan persepsi sebagai satu taktik bagi memperlihatkan kononnya kerajaan sering melakukan kesilapan tetapi malangnya kelakuan tersebut berterusan biarpun menjadi wakil rakyat dan pemimpin. "Mereka tidak ada modal untuk tarik perhatian jadi mereka tuduh kerajaan BN khususnya UMNO sebagai parti yang selalu salah tanpa mereka sedar bahawa mereka perlu berdepan dengan kenyataan yang dimahukan oleh rakyat.Dalam temu bual dengan ABC Radio semalam, Anwar turut mendakwa pembangkang dinafikan akses kepada media arus perdana.Mereka buat macam-macam tuduhan terhadap kerajaan termasuklah PRU kononnya tidak telus sedangkan jika ia benar-benar berlaku adakah pakatan pembangkang akan mendapat peluang untuk beroleh kemenangan di Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Perak pada PRU 2008 lalu?" soalnya.

Tambah beliau lagi,apabila Anwar Ibrahim membuat kenyataan terbuka di luar negara yang kemudiannya disiarkan dalam media bercetak maka tuduhan juga dilemparkan kepada BN/UMNO."Macam mana BN/UMNO mahu memanipulasi media asing yang menyiarkan kenyataan Anwar berkaitan sokongannya terhadap Israel di dalam Wall Street Journal (WSJ) sedangkan mereka bukan dikawal oleh BN sebagaimana tuduhan kepada media arus perdana yang kononnya dikongkong dan tidak ada kebebasan bersuara," bidasnya. "Sebelum ini pun Anwar pernah mempropagandakan Malaysia sebagai sebuah negara yang negatif dan tidak selamat, dan kemudian mengeji pakaian batik Malaysia ketika berada di Indonesia sedangkan ia tidak sewajarnya dipolitikkan," tegasnya.Sebelum itu,anak sulung Anwar yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah juga pernah memberikan kenyataan palsu ketika temubual dengan akhbar Kompas di Indonesia, 4 Ogos lalu kononnya kapal selam negara,KD Tunku Abdul Rahman,masih tidak boleh menyelam selain mendakwa ia sebagai aset usang dan terpakai. "Telah terbukti bahawa pakatan pembangkang bukan saja sanggup memburukkan negara sendiri dan melemparkan fitnah semata-mata untuk kepentingan politik tetapi juga gagal menanamkan sikap patriotik dan nasionalisme dalam diri masing-masing."

HOT NEWS !!! PERHIMPUNAN BOGEL DEPAN PARLIMEN MEMBANTAH PROJEK LYNAS AKAN BERLAKU TAK LAMA LAGI ???

Posted: 23 Nov 2012 07:30 AM PST


Selepas kegagalan demonstrasi Bersih 2.0, Bersih 3.0 serta Bersih Ambang Malam Merdeka yang berakhir dengan pelbagai aksi ganas dan memalukan, kini kempen berjalan kaki pula dianjurkan oleh pihak pembangkang kononnya demi menyelamatkan alam sekitar dan nyawa manusia. Kempen perarakan berjalan kaki yang disertai beberapa puluh orang peserta itu kini dalam perjalanan dari Kuantan ke Dataran Merdeka dengan anggaran jarak perjalanan sejauh 300km sempena bantahan terhadap kilang pemprosesan bahan nadir bumi (rare earth) Lynas Advanced Material Plant (LAMP).Jangkaan awalnya mereka akan sampai di Dataran Merdeka pada 25 November 2012, sesudah itu keesokan harinya mereka mahu berkonvoi untuk berhimpun pula di Bangunan Parlimen bagi menyampaikan bantahan terhadap Lynas.

Mengikut laporan terkini pula,perancangan berarak ke Bangunan Parlimen telah dibatalkan sebaliknya diganti pula dengan rancangan ala anti PTPTN yakni dengan berkhemah di Dataran Merdeka.Tika ini bahan nadir bumi banyak diproses oleh negara China yang memonopoli dan menguasai sekitar 90-97% pengeksportan bahan tersebut untuk menampung keperluan industri pembuatan elektronik serta pelbagai lagi bidang lain.Kira-kira dua minggu lalu,Mahkamah Tinggi dalam keputusannya telah membenarkan kilang Lynas beroperasi selepas menolak permohonan injunksi interim ke atas Lesen Operasi Sementara (TOL) oleh tiga penyokong PR yang berasal dari Kuantan.Keputusan tersebut disambut gembira oleh kira-kira 500 orang pekerja dan kakitangan Lynas yang sebahagian besarnya adalah anak tempatan dan terdiri daripada kalangan orang Melayu Islam.Masing-masing tidak lupa menadah tangan memanjatkan doa kesyukuran ke hadrat Illahi sambil linangan air mata luruh satu persatu membasahi bumi, satu reaksi spontan yang agak menyentuh hati. 

Berbeza pula dengan sekumpulan kira-kira 200 orang penyokong PR khususnya daripada Cina DAP dan Cina PKR serta NGO HIJAU Anti Lynas yang turut berhimpun di perkarangan mahkamah yang sama,suasana agak hiruk piruk dengan nada kemarahan dan protes selepas keputusan penghakiman Mahkamah diketahui.Tidak cukup dengan itu,lima hari kemudiannya NGO HIJAU Anti Lynas yang pro PR mengambil langkah songsang yang dikira satu penghinaan terhadap Mahkamah apabila melancarkan kempen berjalan kaki sejauh 300km sebagai bantahan terhadap Lynas.Semua peserta perarakan berjalan kaki anti Lynas itu tidak datang sehelai sepinggang.Pelbagai gadget elektronik seperti Iphone,Galaxy Tab,Ipod serta pelbagai SmartPhone dan lain-lain yang komponen dalamannya diperbuat dari bahan nadir bumi dibawa bersama. 

Bila terluang masa, mereka mengemaskini akaun sosial facebook dan tweeter untuk menghebahkan aktiviti mereka dan menghubungi kaum keluarga dengan menggunakan pelbagai gadget elektronik.300km berjalan kaki membantah pemprosesan bahan nadir bumi dengan membawa bersama-sama elemen nadir bumi dalam poket dan beg masing-masing.Haru.Nampak sangat betapa hipokritnya golongan yang membantah kilang pemprosesan nadir bumi Lynas.Pemimpin PR serta penganjur gimik murahan berjalan kaki ini mungkin merasakan tindakan mereka akan menarik perhatian khalayak umum, itu biasalah sebab sudah menjadi resam pembangkang di negara kita ini gemar tenggelam dalam lamunan syok sendiri.Tanpa mereka sedari,lebih banyak tindakan kebudak-budakan yang mereka lakukan semakin membogelkan diri mereka sendiri.Malah mengundang perasaan mual dan pandangan jelik dari masyarakat umum terhadap parti pembangkang.Sama ada perhimpunan di Bangunan Parlimen ataupun perkhemahan di Dataran Merdeka yang mana satu menjadi kenyataan,maknanya tetap sama seperti kita tengok sekumpulan manusia berhimpun atau berkhemah sambil berbogel mendedahkan sikap hipokrit masing-masing.Bukan begitu pembaca Badut Rakyat dari PR ???

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! HADI AWANG HANYA BOLEH JADI PM DALAM MIMPI AHLI PAS - MUSTAFA ALI !!!

Posted: 23 Nov 2012 03:52 AM PST


Terjebak di dalam isu siapa menjadi Perdana Menteri sekiranya PR memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13),Setiausaha Agung PAS,Datuk Mustafa Ali menjawab bahawa perkara itu tidak perlu dijadikan polemik oleh pemimpin dan penyokong perikatan pembangkang kerana ia hanya satu harapan ahli, bukannya usul atau keputusan muktamad PAS.Menterjemah kenyataan politik ini ke bahasa harian,ia membawa erti bahawa PAS tidak pernah berniat,bercadang apatah lagi membuat keputusan untuk melantik Hadi Awang sebagai Perdana Menteri sepertimana yang diharapkan oleh ahli-ahli PAS Dan dalam bahasa mudah pula,pengertian ini berbunyi, 'Hadi Awang boleh jadi PM dalam mimpi sahaja'. Sengaja saya merungkai kenyataan Mustafa Ali ke dalam bentuk paling mudah bagi membantu ahli-ahli PAS memahaminya dengan baik.Ini kerana pengalaman lebih sedekad berhadapan atau 'berkonfrontasi' dengan ahli-ahli PAS,saya cukup maklum akan sikap mereka yang enggan membaca dan sukar memahami ayat yang panjang dan kompleks.Vokab mereka juga terhad kepada caci dan carut semata-mata.Justeru,saya bimbang jika mereka terpedaya oleh kenyataan Mustafa Ali dan terus dibuai angan-angan yang Hadi akan menjadi Perdana Menteri.Sedangkan itu adalah mustahil memandangkan PAS tidak pernah mengusul atau memutuskannya.Pendek kata,PAS tidak mungkin akan mengingkari perjanjian dengan sekutunya.PAS tidak akan mencabar PKR dan DAP serta tidak pernah berniat untuk menjadi parti dominan dalam pakatan mereka. 

PAS akur akan sentiasa menjadi pemangkin dan bukan peneraju kepada PR.Mustafa Ali juga mengakui yang PAS tidak mampu berdiri dengan sendirinya dan PR tidak mungkin akan memenangi empat negeri secara bersendirian.Kenyataan Mustafa tampak begitu merendah diri,mungkin bimbang disergah DAP. Sedangkan, jika dilihat dari sikap DAP, mereka beria-ia ingin meletakkan calon-calon Melayu dan memperbanyakkan kerusi yang ditandingi.PKR juga begitu keras menuntut kerusi-kerusi PAS atas alasan mengimbangi kuasa dalam kerjasama mereka dan PKR lebih licik kerana meletakkan orang-orang mereka di dalam PAS bagi memastikan agenda Anwar tetap berjalan lancar walaupun sekiranya PKR tidak memenangi kerusi yang mencukupi.Semua ini memperlihatkan bagaimana PKR dan DAP berusaha memastikan parti mereka mempunyai kuasa yang lebih.PKR mempertaruhkan kuasa mutlak di atas kedudukan Anwar sebagai Perdana Menteri,manakala DAP pula yakin mempunyai kuasa mutlak dengan memegang segala rahsia Anwar. Hanya PAS sahaja yang memperlihatkan sifat mengalah dan merendah dalam PR sepertimana yang ditonjolkan oleh Mustafa Ali. 

Jika kepimpinan atasan sendiri sudah mengakui tidak punya niat untuk mendominasi PR dan tidak punya keinginan untuk memastikan PAS menguasai pakatan,jauh sekali untuk mengimpikan jawatan Perdana Menteri,maka bagaimana ahli-ahli PAS masih berangan-angan dan melaung konon akan melaksanakan hudud ??? Jika ketua enggan berjuang,bagaimana pengikut boleh mengimpikan kemenangan ??? Jika PAS tidak menguasai PR,bagaimana Islam PAS boleh menang seperti yang dicita-citakan oleh Hadi Awang ??? Pernahkah ahli-ahli PAS terfikir akan hal ini ??? Atau mampukah ahli-ahli PAS befikir sejauh ini ??? Ahli-ahli PAS perlu terima hakikat bahawa pemimpin mereka hanya mampu memimpin mereka, tetapi tidak mampu menerajui PR,apatah lagi negara ini dan ia bukan hanya kerana mereka tidak layak,tetapi juga kerana mereka tidak berani dan tidak mahu mengatasi Anwar dan DAP.Kesimpulannya,benarlah kata orang bahawa pemimpin PAS adalah pak turut,balaci,barua,kuda tunggangan,anjing kurap kepada Anwar dan DAP.Ini hakikat yang sukar untuk ditelan tetapi benar belaka. 

RENUNG-RENUNGKAN 

HOT NEWS !!! TUNKU ABDUL AZIZ MEMBELASAH ANWAR IBRAHIM KAW-KAW !!!

Posted: 23 Nov 2012 01:00 AM PST


Rakyat di negara ini khususnya masyarakat Melayu diingatkan tidak ghairah menjatuhkan Barisan Nasional (BN) sehingga sanggup memilih Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.Bekas Naib Pengerusi DAP,Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata,perkara itu memandangkan sekiranya Anwar dipilih menjadi Perdana Menteri,pihak yang sebenarnya berkuasa adalah DAP.Menurutnya,Anwar memperalatkan DAP untuk mencapai cita-citanya sebagai Perdana Menteri manakala DAP pula mempergunakan Anwar untuk menjadi parti nombor satu di negara ini. 

"Mereka saling mempergunakan asalkan impian masing-masing untuk berkuasa akan menjadi kenyataan.Orang Melayu jangan tertipu dengan menyangka Anwar akan berkuasa, akhirnya kuasa tersebut akan diberikan kepada parti yang didominasi kaum Cina.DAP juga akan rasa selamat sekiranya memilih Anwar berbanding calon daripada Pas kerana mereka tidak perlu 'terbeban' dengan penubuhan negara Islam atau pelaksanaan hukum hudud," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. 

Beliau mengulas pendirian Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang menolak cadangan akar umbi Pas baru-baru ini supaya Presiden Pas,Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilantik menjadi Perdana Menteri sekiranya pakatan pembangkang menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.Mengulas lanjut,Tunku Abdul Aziz berkata,Pas hanya tiket untuk DAP dan PKR memastikan kemenangan dalam pilihan raya dan mereka langsung tidak berminat terhadap prinsip Islam parti tersebut. 

"Lihat sahaja sehingga hari ini,mereka tidak dapat mencapai sebarang persetujuan berhubung pelaksanaan hukum hudud atau penubuhan negara Islam.Mereka hanya minat dengan undi orang Islam sahaja, untuk itu mereka memerlukan Pas.Pas harus sedar perkara ini dan kembali kepada agenda asal mereka, jangan biar terus dipergunakan," tegasnya. 

Dalam masa sama,beliau turut memberi amaran negara akan porak-peranda sekiranya Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri."Negara ini akan hancur jika Anwar memerintah,jika tampuk pemerintahan jatuh ke tangan pembangkang,kita hanya boleh menyaksikan keadaan huru-hara.Pembangkang bukan mahu mengubah nasib rakyat di negara ini,mereka hanya mahu berkuasa demi kepentingan diri sendiri dan bukan demi rakyat. Jangan tertipu," ujarnya. - Utusan Malaysia

KANTOI !!! LEPAS ANWAR IBRAHIM DAN HADI AWANG !!! MAHFUZ OMAR PUN NAK SANGAT JAWATAN PM ??? APA CERITA NI ???

Posted: 22 Nov 2012 10:00 PM PST


Sepertimana yang dijangka oleh para pemerhati politik,semakin dekat dengan PRU,semakin kelam kabut PR jadinya.Sebelum ini semua pihak di dalam PR menerima baik Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri serta mengiakan saja apabila Buku Jingga mengambil-alih hudud atau Negara Kebajikan menggantikan Negara Islam.Berbagai-bagai kenyataan dibuat oleh pemimpin-pemimpin PR untuk menjustifikasikan keputusan yang diambil secara 'sepakat' ini.Malangnya,PR bukan sebuah parti yang wujud atas satu pendirian yang sama.Setiap dari parti sekutu PR berdiri atas pentasnya sendiri,dengan setiap pemimpin tertingginya mengimpikan singgahsana masing-masing.Penyokong masing-masing pula berpegang kepada keyakinan bahawa parti merekalah yang lebih kuat,yakni mendominasi Pakatan Rakyat.Pengundi Cina percaya bahawa DAP menguasai PAS dan hanya kerana itu mereka berani memberi sokongan kepada DAP.Penyokong PAS pula berusaha memaksa diri untuk percaya yang DAP tidak akan menguasai PAS dan PAS juga tidak mudah dikuasai kerana itu mereka terus menyokong PAS. 

Lagipun,mereka gusar tidak dapat masuk syurga jika tidak menyokong PAS.Manakala,penyokong PKR pula percaya yang kedua-dua DAP dan PAS pasti tunduk kepada Manusia Hebat Luarbiasa Anugerah Tuhan,iaitu Anwar Ibrahim dan kerana itu mereka terus mengabdikan diri kepadanya dengan harapan agar mendapat satu dua projek atau sebijik dua Ferrari bila beliau menjadi PM nanti.Justeru,untuk sementara,PR berada dalam tenang dan stabil bersandarkan senario di atas.Namun,segala-galanya kini berubah selepas Muktamar ke-58 PAS.Muktamar tersebut mendedahkan bahawa penyokong-penyokong PAS telah tersedar yang DAP menguasai pemimpin mereka dari luar dan PKR pula telah menguasai mereka dengan cara menyelinap terus ke atas.Lalu,pemberontakan dalaman dan tekanan untuk melihat PAS menguasai diri dan juga PR,mula terserlah.Ini diterjemahkan dengan melonjakkan nama Hadi Awang sebagai PM sekali gus menolak Anwar Ibrahim.Kesemua pemimpin PR cuba meremehkan tindakan akar umbi PAS sebagai sebuah impian atau harapan semata-mata dan tidak semestinya diambil-kira.Maka,berguraulah Mat Sabu konon sekiranya kedua-dua Hadi dan Anwar kalah maka beliau juga boleh jadi PM. 

Tidak mustahil Mahfuz Omar juga ada memasang angan-angan untuk menjadi PM berdasarkan senyum simpulnya ketika kelu ditanya pemberita mengenai siapa yang disokongnya sebagai PM.Malah,saranan Tun Mahathir bahawa Karpal Singh yang paling layak juga tidak wajar diketepikan begitu saja.Karpal sudah lama berjuang dan cukup konsisten dalam menyatakan pandangan terutama dalam menolak hudud dan Negara Islam.Cuma satu saja yang Karpal tidak konsisten iaitu dahulunya beliau menghentam Anwar tetapi kini beliau pula yang membela dan menjulang Anwar.Namun,jangan lupa,jika Karpal dianggap layak,maka apa kurangnya Lim Kit Siang ??? Bukankah beliau lebih layak sebagai PM di negara bermasyarakat majmuk ini kerana beliau telah berpengalaman secara langsung dalam 'menangani' masalah perkauman ketika tragedi 13 Mei Dan jangan kita lupa juga pada Nik Aziz yang dianggap wali keramat serta berhak menghukum manusia lain dengan hukum Allah SWT.Lagipun,bukankah hanya Ulama saja yang layak memerintah,bak kata orang PAS ??? err..suatu ketika dahululah.Rata-rata pemimpin PR nampaknya mengelak untuk mengecam saranan akar umbi PAS untuk melantik Hadi Awang sebagai PM. 

Malah,Anwar sendiri mengelak untuk memperbesarkannya. Mungkin Anwar yakin yang tidak mungkin PAS mampu mengenepikannya bagi jawatan tersebut.Mungkin juga DAP yakin yang siapapun menjadi PM, mereka tetap akan menjadi dalang di belakangnya.Justeru, masing-masing hanya memberi komen umum tanpa kepastian yang tuntas tentang siapakah bakal PM jika PR menang PRU. Dengan mengambil sikap mengelak dan membisu atau memberi respon umum,maka PR meletakkan penyokong-penyokong mereka dalam keadaan berharap sementara pengundi atas pagar pula dibiarkan dalam keadaan keliru dan kabur.Seolah-olah jawatan PM bukan sesuatu yang penting dan boleh dibincangkan semula selepas menang nanti.Sedangkan,jawatan PM adalah tonggak utama bagi meletakkan keyakinan rakyat kepada PR.Dari jawatan itu, barulah dapat dibayangkan 'rupa paras' kabinet PR dengan lebih jelas,serta hala tuju negara di bawah pemerintahan mereka.Ini kerana,jika PMnya Anwar,maka Malaysia akan dibawa ke arah liberalisme,jika Kit Siang atau Karpal maka Malaysian Malaysialah jadinya dan jika Hadi Awang maka Malaysia akan menjadi negara Islam konservatif. Kita perlu ingat bahawa PR bukan seperti BN yang mana parti-parti komponennya berpegang kepada aspirasi yang sama, menjunjung perlembagaan dan kedaulatan Raja-raja.Pun begitu,jawatan PM bagi BN tetap penting,apatah lagi bagi PR yang caca-marba aspirasinya.Dengan meremehkan isu jawatan PM,semakin terserlahlah sikap PR yang melihat politik sebagai perkara main-main iaitu sekadar satu perlumbaan merebut kuasa. Siapa yang paling bijak mengatur langkah, maka dialah yang berjaya.Hala tuju negara atau nasib rakyat adalah tiada kena mengena sama sekali dengan permainan mereka. 

RENUNG-RENUNGKAN 

HOT NEWS !!! SIDANG DUN SELANGOR KECOH !!! DATUK SUBAHAN KAMAL BELASAH KHALID KAW-KAW !!!

Posted: 22 Nov 2012 06:00 PM PST


Sesi penggulungan Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor semalam tegang seketika selepas Anggota Dewan Undangan Negeri Taman Templer Datuk Subahan Kamal membidas Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semasa beliau menggulung perbahasan ucapan Bajet 2013.Subahan berkata beliau tidak memahami dan bingung dengan penerangan Abdul Khalid mengenai belanjawan itu. "Saya makin lama makin bingung kerana saya tidak faham apa Menteri Besar dok cakap. ni kursus kira-kira,accounting.ini kursus di UiTM atau nak bentangkan bajet ???.Tapi bila menjawab tu,biarlah menjawab terus kepada persoalan yang dibangkitkan bukan pusing satu dunia sampai ke Afrika sampai ke Amerika," katanya menyebabkan Speaker Datuk Teng Chang Khim meminta Subahan menarik balik perkataan bingung kerana ia bersangka jahat. 

Rakan Blogger Sahabat Gunung Melaporkan Subahan menjawab beliau tiada masalah untuk menarik balik perkataan itu dan menyatakan bahawa Menteri Besar faham maksud beliau.Bagaimanapun,Teng berkata dengan menjawab boleh tarik balik tidak memberi erti jika Subahan tidak melakukannya."Saya tarik balik," kata Subahan dan Teng berkata: "Tarik balik apa ??? "Bingung tak salah,bingung bukan sangkaan jahat," jelas Subahan.

Keadaan itu membuatkan anggota-anggota pembangkang dari Barisan Nasional seperti Datuk Amiruddin Setro (BN-Jeram) naik marah dan bangun memprotes tindakan Teng itu.Keadaan turut menjadi hingar bingar menyebabkan pembesar suara di tempat duduk pembangkang ditutup.Teng turut mengarahkan Amiruddin supaya duduk tetapi beliau enggan menyebabkannya diarah keluar selama sejam dari sidang dewan mulai 5.10 petang.Keadaan menjadi tenang selepas Teng meminta pihak pembangkang bersabar untuk membolehkan Abdul Khalid menggulung perbahasan. 

Terdahulu,Abdul Khalid berkata cara perbelanjaan dibuat pada masa ini berbeza dari dulu kerana kecanggihan dan kepantasan teknologi maklumat."Kalau dahulu maklumat agak lambat diperoleh,tetapi kini maklumat seperti prestasi kutipan hasil dapat diperolehi dalam tempoh tiga bulan dan ini memudahkan perbelanjaan dapat diselaraskan dengan peningkatan pendapatan.Itu adalah antara sebab mengapa pada tahun lepas,setiap kali sidang dewan diadakan peruntukan tambahan dimohon oleh kerajaan negeri," katanya. Beliau berkata demikian sebagai menjawab perbahasan Ketua Pembangkang Selangor Datuk Muhamad Satim Diman (BN-Seri Serdang) yang sangsi Bajet 2013 kerajaan negeri berjumlah RM1.63 bilion akan kekal kerana kemungkinan ada permohonan peruntukan tambahan seperti tahun-tahun sebelumnya.

TAKKAN SPEAKER PANAS KOT ???

DAH MB PUTAR BELIT JAWAPAN !!!

MEMANG PATUT KENA BELASAH !!!

RENUNG-RENUNGKAN 
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...