UMNO Online - “Gathering On Nov 3 By Opposition Is To Distract Attention From 2013 Budget, Says Dr Mohd Puad” plus 9 more

UMNO Online - “Gathering On Nov 3 By Opposition Is To Distract Attention From 2013 Budget, Says Dr Mohd Puad” plus 9 more

Link to UMNO Online

Gathering On Nov 3 By Opposition Is To Distract Attention From 2013 Budget, Says Dr Mohd Puad

Posted: 04 Oct 2012 04:19 AM PDT

KUALA TERENGGANU, Oct 4 – The opposition is seeking to distract the public who are happy with the 2013 Budget by announcing a gathering on Nov 3.

UMNO Supreme Council member Dr Mohd Puad Zarkashi said the positive response to the 2013 Budget was disconcerting to the opposition and they appeared to have run out of ideas to get the vote of the people for the coming general election.

“I see them as not being disheartened by the Bersih 3.0 gathering on April 28,” said Dr Mohd Puad, who is also Deputy Education Minister.

“I am certain that they are holding the gathering on Nov 3 because they want to distract the attention of the people from the 2013 Budget,” he told a press conference after opening a state-level seminar at Stadium Negeri, here, today.

Pas deputy president Mohamad Sabu yesterday announced that Pakatan Rakyat would organise a gathering at the Bukit Jalil National Stadium on Nov 3 to state their stand on the eight demands of Bersih 2.0 at Parliament lobby.

The gathering would be made to uphold the eight demands of Bersih 2.0, which did not get the response of the government and were being forgotten.

Rakyat Selangor Sudah Naik Muak, Empat Tahun Selangor Gawat Isu

Posted: 04 Oct 2012 04:05 AM PDT

PETALING JAYA, 4 Okt – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyeru rakyat negeri Selangor agar mempunyai kesedaran baru bahawa pentadbiran negeri itu akan lebih baik di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN).

Muhyiddin, yang juga Timbalan Pengerusi BN, berkata tempoh pentadbiran selama empat tahun oleh pembangkang di Selangor membuktikan banyak kelemahan ketara yang tidak dapat diselesaikan kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

“Sebelum ini Perdana Menteri dan kepimpinan kerajaan BN yang lain pun dah beberapa kali turun ke Selangor. Jelas terbukti rakyat kecewa dengan apa yang berlaku. Selangor tak pernah tidak gawat dengan cerita-cerita yang tidak elok.

“Lebih banyak politik dari bekerja, isu air pun dipolitikkan. Rakyat dah muak dan mereka rasa sudah sampai waktunya mungkin bagi peluang balik kepada BN,” katanya selepas menghadiri program Mesra Rakyat di PPR Lembah Subang di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani yang juga Timbalan Pengerusi BN Selangor, Datuk Seri Noh Omar dan Koordinator BN Selangor Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed.

Muhyiddin berkata sepanjang lawatannya ke Selangor hari ini, rakyat menunjukkan sambutan yang baik terutamanya daripada golongan belia yang nyata semakin memahami segala dasar dan program yang dijalankan oleh kerajaan BN.

Justeru, beliau melahirkan kepercayaan bahawa rakyat Selangor telah bersedia untuk mengembalikan sokongan kepada BN.

Terdahulu, Muhyiddin meluangkan masa melawat penduduk kurang upaya di PPR Lembah Pantai selain meninjau projek jambatan yang menghubungkan kawasan perumahan itu dengan sekolah berhampiran.

Beliau turut mengumumkan peruntukan RM200,000 bagi memperbaiki surau PPR Lembah Subang sebelum menunaikan solat Asar berjemaah dan menikmati jamuan bersama penduduk.

Bas Mewah PKR – Sila Jawab… Penjelasan Khalid Keliru Dan Bercanggah

Posted: 04 Oct 2012 03:55 AM PDT

KUALA LUMPUR 4 Okt – Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim diminta memberi penjelasan berhubung hak milik `bas mewah' yang digunakan oleh pakatan pembangkang dalam jelajahnya ke seluruh negara yang turut di sertai oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Hamidah Osman berkata Wanita UMNO mengesa supaya diberi penjelasan kerana terdapat percanggahan dalam kenyataan yang dibuat oleh Khalid berhubung status bas berkenaan.

"Kenyataan yang diberi oleh Khalid agak mengelirukan, pada 30 September Khalid menyatakan bas berkenaan adalah di sewa, tetapi tidak sampai sebulan dari tempoh berkenaan beliau membuat kenyataan berbeza dengan mengatakan bas itu adalah sewa beli.

"Dalam hal ini, secara jelas berlakunya pembohongan mengenai status bas berkenaan dan sehingga kini beliau masih belum menjawab persoalan berkenaan, dan kami difahamkan bahawa bas berkenaan dikeluarkan dari kilang yang sama yang terbabit dengan 50 buah lori sampah yang dibeli oleh kerajaan Selangor," katanya pada sidang media yang diadakan di Ibu Pejabat Wanita UMNO di sini, hari ini.

Hamidah berkata, disebabkan terdapat beberapa kebetulan berhubung isu `bas mewah' dan 50 unit lori sampah, Wanita UMNO ingin mengetahui perkara sebenar dan mengapa sehingga kini Menteri Besar Selangor berdiam diri mengenai perkara itu.

"Saya mohion Menteri Besar, memberi penjelasan dalam tempoh seminggu sebelum membuat tindakan selanjutnya," katanya. -MediaUMNO

Ikuti lanjut sidang media itu dalam UMNO-online youtube.

 

Tanah YBK : Tanda Kemenangan Rakyat Miskin Terhadap Pemerintah Zalim

Posted: 04 Oct 2012 02:58 AM PDT

KUALA LUMPUR 4 Okt – Keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan tanah seluas kira-kira 323.7 hektar yang ‘dirampas’ kerajaan negeri Selangor sejak 2010 dipulangkan kepada Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) menunjukkan kemenangan kepada rakyat miskin.

Exco Pemuda UMNO Malaysia Ustaz Syahrin Jamaludin berkata keputusan tersebut diharap akan dapat membuka lembaran baru dan manfaat yang cukup besar kepada rakyat Selangor khususnya di Hulu Selangor.

Menurut beliau walaupun isu berkenaan berlaku di Selangor tetapi atas dasar keprihatinan kepada mereka yang dizalimi, beliau terpanggil untuk berkongsi pandangan demi kepentingan semua pihak.

"Alhamdulillah… akhirnya yang hak mendapat kemenangan. Saya tidak mahu mengulas panjang cuma melihat perkara itu adalah satu kemenangan kepada rakyat yang miskin dan berharap segalanya berjalan lancar.

"Sesungguhnya peristiwa malang sebelum ini diharap akan dapat membuka mata rakyat bagaimana pembangkang yang diuji oleh Allah s.w.t dengan sedikit kuasa telah menunjukkan kuasanya. Namun kuasa Allah s.w.t mengatasi segala-galanya dan YBK mendapat kembali hak yang sebelum ini terkontang-kanting dan itu adalah berkat doa daripada semua pihak. Alhamdulillah satu kemenangan kepada rakyat miskin," katanya kepada UMNO-Online di sini.

Mengenai hasrat YBK yang akan meneruskan projek pembinaan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Serendah, Syahrin yang juga Pengerusi Biro Pengajian Tinggi mengalu-alukan hasrat berkenaan.

Tegas beliau soal pendidikan adalah sesuatu perkara yang tidak akan dikompromi apatah lagi ianya melibatkan masa depan pendidikan rakyat yang seharusnya disokong oleh smeua pihak.

"Dalam soal ini kita mengalu-alukan hasrat tersebut malah kita juga mengharapkan pembangunan sewajarnya untuk rakyat dapat dibangunkan di kawasan berkenaan. Soal politik kita ketepikan demi pembangunan insan dan itulah hasrat kami," katanya. -MediaUMNO

Lebih 60 Ribu Kesalahan Lalu Lintas Dirakam AES Sejak 23 Sept

Posted: 04 Oct 2012 02:28 AM PDT

KUALA LUMPUR, 4 Okt – Sebanyak 63,558 imej kesalahan lalu lintas dirakam di seluruh negara melalui Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) sejak sistem itu beroperasi 23 Sept lepas.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Rahim Bakri berkata imej itu kini dalam proses semakan dan pengesahan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebelum saman dikeluarkan kepada pesalah lalu lintas itu.

“Memandangkan saman belum dikeluarkan di bawah pelaksanaan AES, maka tiada sebarang hasil yang dikutip setakat ini,” katanya ketika menjawab soalan Lee Boon Chye (PKR-Gopeng) yang ingin tahu jumlah saman dan hasil sejak perlaksanaan AES, pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Abdul Rahim turut menafikan bahawa pengendali AES boleh sewenang-wenangnya merakam dan mendakwa pengguna jalan raya melakukan kesalahan atas factor keuntungan, sebaliknya setiap rakaman akan disemak oleh JPJ terlebih dahulu.

“Apabila sesuatu kesalahan dilakukan, rakaman oleh pengendali operasi akan dianalisa dan disemak semula oleh JPJ sebelum saman dikeluarkan bagi memastikan kesalahan itu benar-benar berlaku. JPJ yang mengeluarkan saman bukan pengendali,” katanya.

Beliau berkata AES fasa pertama melibatkan 14 lokasi dengan pengoperasian 10 kamera tetap dan empat kamera mudah alih yang terdiri daripada kamera statik dan visual serta mampu mengesan dua kesalahan utama iaitu memandu laju serta melanggar lampu isyarat.

Papan tanda bagi lokasi kamera AES yang mengesan had laju dapat dilihat antara jarak dua hingga tiga kilometer sebelum lokasi kamera manakala lokasi kamera yang mengesan pesalah trafik lampu isyarat, diletakkan antara 50 hingga 500 meter daripada persimpangan lampu isyarat berkenaan.

Abdul Rahim berkata walaupun AES baru dipasang kira-kira dua minggu, ia telah menunjukkan tanda positif apabila jumlah kesalahan yang dirakam semakin berkurangan, membuktikan pemandu mula berdisiplin.

“Di kawasan Km 26, Kuala Kangsar, tiga hari pertama sebanyak 50 rakaman imej diperoleh dan selepas itu tiada rakaman langsung manakala di Km 85, Tapah, sebanyak 700 rakaman dibuat pada tiga hari pertama namun kini telah berkurangan,” katanya.

Polisi Kawal Harga Barangan Antara Langkah Kerajaan Mensejahterakan Rakyat

Posted: 04 Oct 2012 02:23 AM PDT

KUALA LUMPUR, 4 Okt –  Kerajaan telah mengadakan pelbagai polisi dalam usaha mensejahterakan rakyat di negara ini termasuk polisi kawalan harga barangan yang telah memanfaatkan rakyat terutama di musim perayaan.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata polisi kawalanharga pada beberapa barangan seminggu sebelum dan selepas sesuatu perayaan itu telah menjimatkan duit rakyat sehingga RM300 juta.

“Itu musim perayaan, tetapi untuk musim bukan perayaan, juga tidak dilakukan banyak negara, kita kawal harga barang-barang penting.

“Contohnya minyak, sepatutnya kita tidak boleh kawal harga, Shell atauEsso, dia boleh (cadang) tetapkan harga tetapi kerajaan tentukan harga sebenar .Kalau dia naik (harga minyak), dia boleh didenda di bawah Akta Petroleum,” katanya semasa berucap di program mesra warga Tentera Udara Diraja Malaysia(TUDM) di sini, Khamis.

Turut hadir Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Panglima Tentera Udara Jeneral Tan Sri Rodzali Daud.

Muhyiddin berkata dalam sistem ekonomi terbuka atau bebas seperti yang digunakan banyak negara seperti Malaysia, kerajaan tidak boleh kawal harga kerana ianya akan ditentang oleh para peniaga, dan dianggap sebagai perkara yangtidak adil.

“Tetapi di Malaysia kita amalkan perkara ini bukan secara bersendirian tetapi dibincang dengan pihak industri, dibincang dengan pembekal dan tanya mereka, berapa harga yang boleh dikenakan, luar biasa dan aneh, tetapi berlaku di Malaysia,” katanya.

Oleh itu, Muhyiddin berharap rakyat tidak terpengaruh dengan agenda pembangkang yang mendakwa kerajaan tidak mengambil apa-apa langkah untuk mengawal harga barangan dan mengurangkan perbelanjaan kos harian rakyat.

Di Malaysia, kerajaan sudah lama mengambil langkah mengawal harga barangan apabila ada kenaikan tanpa rakyat menyedarinya,  katanya.

Tambahnya, malah dalam Belanjawan 2013 yang dibentang oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 28 Sept lepas, turut menyentuh isu kebajikan rakyat termasuk bayaran insentif khas RM200 sebulan kepada pegawai dan anggotaATM mulai Januari tahun depan.

Muhyiddin pada majlis itu turut berterima kasih kepada anggota ATM yang telah menjamin keselamatan dan keamanan negara terus kukuh dan stabil, yang secara tidak langsung membantu barisan pimpinan negara memberi tumpuan kepadaagenda pembangunan dan kesejahteraan negara.

Beliau berkata berikutan dengan itu, Malaysia, walaupun masih boleh dianggap sebagai sebuah negara yang muda, mampu dibangunkan sebagai sebuah negara yangboleh dibanggakan.

Bagi memastikan keamanan dan kesejahteraan terus kekal, para pegawai dananggota keselamatan negara perlu diberikan latihan yang mencukupi dengan dibekalkan peralatan yang lengkap, canggih dan terkini bagi memastikan merekadapat menjalankan tugas dengan lebih berkesan, katanya.

“Maka itu gandingan kerjasama antara pihak awam dan pasukan keselamatan tak boleh kita perkecilkan, dan sebab itulah pada hari ini kita dapat menumpukan perhatian kita pada bidang-bidang untuk mensejahterakan rakyat kita,” katanya

Kabinet Pembangkang Bayangan Kronisme, Nepotisme dan Dinasti

Posted: 04 Oct 2012 02:16 AM PDT

KUALA LUMPUR, 4 Okt – Barisan NGO Perak menyifatkan barisan kabinet bayangan Pakatan Pembangkang menyerlahkan sikap Kronisme, Nepotisme dan Dinasti apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya Datin Wan Azizah berserta anaknya Nurul Izzah,  sama-sama memegang jawatan di dalam kerajaan pada satu masa di mana ianya sesuatu yang tidak pernah berlaku di dalam sejarah pentadbiran negara.

Pengerusinya, Mohd Salleh Khan Mohd Jaafar berkata, sekiranya inilah bayangan kabinet Pakatan Pembangkang, sudah amat terang lagi bersuluh bahawa pentadbiran negara akan lebih bercorak dinasti dan kronisme, apabila tiga anak beranak memegang jawatan kementerian di dalam masa yang sama.

"Ini merupakan kabinet bayangan kronisme, nepotisme dan  dinasti, bukan lagi demokrasi. Jika inilah bayangan kabinet pembangkang, ia lebih teruk dari yang sedia ada. Tidak pernah terjadi dalam sejarah tiga beranak memegang jawatan dalam pentadbiran kerajaan dalam masa yang sama.

"Masakan kabinet bayangan seperti ini dapat diterima oleh rakyat, yang jelas-jelas mempamerkan sikap mementingkan kroni dan mentadbir kerajaan ala-ala sebuah dinasti?," tegas beliau kepada UMNO Online di sini hari ini.

Selain itu menurut beliau, barisan kabinet bayangan yang dibongkar itu juga tidak adil dan berat sebelah apabila dapat dilihat, ianya membariskan para pemimpin yang pro Anwar untuk memegang jawatan-jawatan menteri di kementerian tertentu.

"Ternyata Anwar tidaklah seadil mana. Jika itu muka-muka yang bakal diberi jawatan menteri, maka Anwar akan mempunyai kuasa mutlak terhadap mereka, kerana individu-individu tersebut merupakan golongan Anwaris, yang merupakan penyokong tegar beliau," jelasnya.

Beliau juga menolak cadangan Pakatan Pembangkang untuk mewujudkan jawatan Timbalan Perdana Menteri I dan II kerana ia tidak relevan untuk dipraktikan di negara ini.

"Untuk apa wujud jawatan Timbalan Perdana Menteri II yang diberikan kepada bangsa-bangsa lain? Apa rasionalnya? Tindakan Anwar itu seolah-olah beliau terlalu tunduk dengan desakan pihak tertentu yang saya kira mempunyai hasrat tertentu yang tersembunyi.

"Justeru itu, saya menyeru kepada semua rakyat di negara ini, supaya tidak terpengaruh dengan dakyah dan fitnah yang dilemparkan oleh Pakatan Pembangkang terhadap kerajaan. Tidak nafikan bahawa selama ini ada sebagai sebuah kerajaan yang diterajui oleh manusia dan bukannya malaikat, sudah pasti ada salah dan silapnya, namun ia masih boleh diperbaiki.

"Jika Pakatan Pembakang menang, dan inilah barisan kabinet mereka, saya yakin nasib kita, khususnya orang Melayu akan bertambah buruk di masa yang akan datang," tegas beliau. -MediaUMNO

Jabatan Imigren Tidak Keluar Pas Pekerjaan Untuk Pusat Hiburan – KDN

Posted: 04 Oct 2012 01:30 AM PDT

KUALA LUMPUR, 4 Okt – Jabatan Imigresen Malaysia tidak mengeluarkan pas pekerjaan untuk pekerja asing di pusat hiburan termasuk rumah urut melainkan pekerja dalam kategori spa, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman Yusop.

Beliau memberitahu Dewan Rakyat pada Khamis, mengikut rekod Bahagian PengurusanPekerja Asing Kementerian Dalam Negeri (KDN), sebanyak 148 Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) yang sah dikeluarkan kepada pekerja asing dalam kategori spa melibatkan 12 majikan antara Januari hingga Ogos lepas.

Katanya sebanyak 191 serbuan dijalankan terhadap pusat-pusat hiburan termasuk rumah urut antara Januari hingga Jun tahun ini melibatkan 1,150 tangkapan atas kesalahan menyalahgunakan pas.

Kes kesalahan menyalahgunakan pas membabitkan Pas Lawatan Sosial ialah sebanyak 1,324 pada tahun lepas dan 1,038 kes pada tahun ini setakat ini, katanya kepada soalan Dr Siti Mariah Mahmud (PAS-Kota Raja) yang bertanya jumlah serbuan atau tindakan terhadap pusat-pusat hiburan termasuk rumah urut

“Pas Lawatan Sosial Jangka Panjang membabitkan suami atau isteri warganegara membabitkan 75 kes pada tahun 2011 dan 48 kes pada 2012. Pas pelajar pula membabitkan 28 kes pada tahun lalu dan 64 kes pula pada tahun ini,” katanya.

Kepada soalan tambahan Dr Siti Mariah mengenai jumlah yang terbabit dalam aktiviti tidak bermoral yang memasuki negara ini secara sah namun menyalahgunakan pas, Abu Seman berkata:

“Tindakan memperdagangkan orang terutama kegiatan pelacuran, banyak operasi dilakukan polis terhadap golongan berkenaan terutama membabitkan tangkapan.

“Dari segi tangkapan yang dibuat terhadap pelacur bagi tahun 2010 membabitkan warga asing seramai 12,631 orang, 11,832 orang (2011) dan 6,222 pada tahun ini (setakat ini),” katanya.

KSN Mahu Ketua Jabatan Dan Agensi Perkhidmatan Awam Pantau Perkhidmatan Pegawai

Posted: 04 Oct 2012 01:27 AM PDT

IPOH, 4 Okt –  Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa berkata ketua jabatan dan agensi perkhidmatan awam perlu turun padang untuk memantau sejauh mana keberkesanan perkhidmatan yang diberikan pegawai merekakepada rakyat.

Beliau berkata langkah itu juga dapat menyelami sekali gus menyelesaikanmasalah yang dihadapi pegawai-pegawai agar ia tidak menjejaskan tugas mereka dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

“Ketua-ketua jabatan perlu mengunjungi pejabat masing-masing dari peringkat kementerian sehingga ke akar umbi sebagai menunjukkan tanggungjawab merekakepada pegawai untuk menegur yang mana perkhidmatan mereka (pegawai) berikanperlu diperbaiki.

“Mereka juga (ketua) perlu mengucapkan tahniah kepada pegawai yang memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat seperti yang kita tahu terdapat agensi kerajaan yang menawarkan perkhidmatan awam bertaraf dunia,” katanya ketika berucap pada majlis penutupan Persidangan Suruhanjaya-Suruhanjaya PerkhidmatanAwam Malaysia (SPAM) di sini, pada Khamis.

Turut hadir Pengerusi SPAM Tan Sri Mahmood Adam, Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Tan Sri Dr Zulkarnain Awang dan Pengerusi SuruhanjayaPerkhidmatan Awam Perak Datuk Kamarudzaman Mahmud.

Katanya, aktiviti turun padang ini selaras dengan konsep yang ditonjolkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang sentiasa menjalankan sesi bertemu rakyat dan patut dicontohi oleh ketua jabatan dan agensi perkhidmatan awam.

“Sebagai penjawat awam kita bukan setakat makan gaji tetapi cuba untuk memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat dengan menjalankan tugas yang baik seolah-olah kita buat sesuatu yang terbaik untuk diri kita sendiri,” katanya.

Selain itu, katanya perkhidmatan awam juga perlu melaksanakan transformasi minda, memantapkan penyampaian perkhidmatan yang berorientasikan rakyat kepada semua pelanggan yang bertepatan dengan gagasan 1Malaysia “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”.

“Pelanggan sudah pasti mempunyai pelbagai kerenah…layanlah pelanggan masing-masing dengan sebaiknya dengan memastikan perkhidmatan yang disediakan sentiasa disenangi dan memuaskan hati pelanggan,” katanya.

Mengenai persidangan selama empat hari itu bermula 1 Okt lepas, beliau berkata dalam membincangkan dan mengkaji mana-mana dasar atau peraturan yang sudah lapuk atau tidak sesuai lagi untuk digantikan atau ditambah baik, anggota SPAM perlu membuat penilaian berdasarkan justifikasi, berimpak tinggi, mempunyai nilai untuk wang serta memberi manfaat kepada rakyat dan negara.

Lupus Al-Quran Dengan Membakar, Nasihat Mufti Pahang

Posted: 04 Oct 2012 01:22 AM PDT

KUANTAN, 4 Okt – Mufti Pahang Datuk Abdul Rahman Othman menasihatkan umat Islam di negara ini agar menggunakan perkhidmatan pusat pelupusan al-Quran yang diiktiraf pihak berkuasa bagi melupuskan kitab suci itu.

Beliau berkata ini bagi memastikan proses pelupusan dilaksana mengikut syariat Islam.

Kaedah terbaik pelupusan ialah menerusi pembakaran dan usaha pelupusan melalui kaedah pembakaran ini sudah dimulakan sejak zaman Saidina Uthman lagi dan diteruskan sehingga kini, katanya kepada pemberita, di sini pada Khamis.

Beliau sebelum itu melaksanakan proses melupuskan abu al-Quran seberat tigatan yang dibuang kira-kira tujuh batu nautika dari Pangkalan Tentera Laut DirajaMalaysia (TLDM), Tajung Gelang dekat sini.

Abu terbabit dibawa ke lokasi pelupusan oleh kapal TLDM KD Pahang danprogram itu merupakan yang pertama di negeri ini.

Mengulas lanjut, Abdul Rahman berkata proses pelupusan perlu dilakukansebaik mungkin bagi menjaga kesucian al-Quran.

“Abu al-Quran yang dilupuskan hari ini membabitkan sejumlah teks serta kitablama yang sudah rosak serta mempunyai kesilapan percetakan dan tidak bolehdibaca yang kemudian dikumpulkan dari seluruh negara oleh Kementerian DalamNegeri,” katanya.

Beliau berkata proses pembakaran dilakukan oleh pihak Percetakan Soufi di Cheras, Selangor.

Ditanya sama ada perlu diwujudkan satu tapak pembakaran khusus untuk al-Quran di negeri ini, beliau berkata perkara berkenaan boleh dipertimbang.

“Tidak dinafikan proses pelupusan ini memerlukan belanja yang besar namunsekiranya bersesuaian kita akan pertimbangkan untuk mewujudkan satu di negeri ini.

“Namun sekiranya pihak Percetakan Soufi masih mampu menampung keperluanpelupusan, lebih elok serahkan kepada mereka yang mempunyai kepakaran,” katanya.

Hadir sama pada majlis itu ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk SeriMuhammad Safian Ismail dan Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pahang,Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan.

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...