BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


DATUK ZAHRAIN HASHIM MEMBONGKAR KEMELUT PKR,DAP DI PULAU PINANG DAN MANSUR OTHMAN !!!

Posted: 04 Oct 2012 12:00 PM PDT


Ahli Parlimen Bayan Baru,Datuk Seri Zahrain Hashim menasihatkan sahabat lamanya,Datuk Mansor Othman,Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang supaya jangan bertolak ansur,suka tak suka Mansor mewakili orang Melayu di Pulau Pinang.

"Kalau sayang orang Melayu,kita mesti terus menentang orang yang biadap dan rasis,Lim Guan Eng ini.Sebagai manusia,sebagai orang Melayu,kalau ada hati perut untuk menjaga kepentingan orang Melayu,orang seperti Lim Guan Eng harus ditentang habis-habisan.Kawan kamu dalam PKR yang bersubahat dengan Lim Guan Eng boleh dianggap musuh dalam selimut.Saya ingin memperingatkan Mansor,kawan saya walaupun kita berbeza pendapat dari segi politik,saya sebagai kawan tidak mahu dia bertolak ansur dan mengadaikan kepentingan orang Melayu atas nama jawatan dan kepentingan orang yang gila kuasa," ujarnya mengulas kontroversi politik yang melanda DAP dan PKR di Pulau Pinang.

Tambahnya,kontroversi isu kemelut politik di Pulau Pinang khususnya antara DAP dan PKR sejak akhir-akhir ini nampak jelas dan terserlah, boleh dikatakan wujud satu kontroversi untuk memperlekehkan dan memberi masalah kepada Datuk Mansor Othman,Timbalan Ketua Menteri.

"Kalau kita lihat dari perkembangan yang telah berlaku selepas Pakatan memang PRU12 di Pulau Pinang,ada `orang' yang teringin sangat nak jadi Timbalan Ketua Menteri tetapi tak dapat,sebab `orang' yang nak jadi Timbalan Ketua Menteri itu tidak direstu,tidak dapat diterima sebagai pemimpin besar yang mewakili PKR dalam kerajaan negeri Pulau Pinang. Anwar Ibrahim sendiri pernah memberitahu saya bahawa dia tidak mahu 'orang' itu menjadi Timbalan Ketua Menteri. Oleh sebab itu, pada 2008 Fairus telah diangkat sebagai Timbalan Ketua Menteri. Pokoknya, Anwar tidak berkenan dengan 'orang' itu," ujarnya lagi.Tambahnya,bila isu Fairus (Bekas Timbalan Ketua Menteri) timbul,inikan harus kita sedar bahawa "kononnya" masalah dengan Fairus ini timbul atas desakan ahli PKR yang duduk dalam kerajaan pun sebenarnya, ada ahli PKR yang duduk sebagai Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang telah bersubahat dengan Ketua Menteri untuk cari jalan lucutkan atau buang Fairus pada masa itu.

 "Saya ketika itu sebagai Pengerusi PKR,saya telah dibawa berita demi berita oleh Exco yang mewakili PKR masa itu dan yang saya cakap itu sebenarnya Setiausaha Perhubungan PKR negeri Pulau Pinang.Jadi banyak berita yang dia bawa kepada saya,sebagai Pengerusi saya terimalah dan kritikan serta pelekehan terhadap Fairus begitu dasyat sekali dan kita lihat,yang jadi klimaks ketika itu apabila Lim Guan Eng berjumpa dengan Anwar untuk memberitahu keadaan sebenar kedudukan Fairus dalam kerajaan negeri, dia sendiri tidak begitu puas hati. Anwar telah mengambil tindakan, apa yang dibincangkan dengan Fairus, saya tidak tahu dan Fairus telah meletakkan jawatan.Tetapi saya tahu ada orang yang tidak berapa puas hati sebab dia rasa selepas Fairus meletakkan jawatan, dia akan jadi Timbalan Ketua Menteri. Namun Anwar telah meminta Dr Mansor bertanding di Penanti, berlaku sekali lagi Pilihan Raya Kecil di kawasan Parlimen Permatang Pauh iaitu di DUN Penanti," ujarnya panjang lebar mendedahkan kemelut dan kerja tikam belakang yang berlaku dalam PKR Pulau Pinang.Apabila Mansor menang dalam pilihanraya kecil tersebut, menang mudah memandangkan UMNO dan BN telah mengambil pendekatan boikot dan tidak meletakkan calon, Mansor menang dan telah dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri.

"Kita Nampak 'orang' yang teringin nak jadi Timbalan Ketua Menteri tidak berpuas hati. Kita nampak juga Ketua Menteri, Lim Guan Eng juga tidak berpuas hati sebab sekurang-kurangnya Mansor boleh juga bersuara tentang isu-isu Melayu dan saya pun tahu bahawa Fairus juga ada semangat Melayu yang dia berjuang dan mempertahankan isu Melayu yang tidak menyenangkan Lim Guan Eng pada masa itu. Jadi, saya tidak hairan apabila Mansor kecewa, perasaan hampa dan begitu tertekan dengan cara pemerintahan Ketua Menteri di mana saya juga dulu mengelarnya diktator, cauvinis dan pemikiran komunis. Hari ini Mansor selar dia (Lim Guan Eng) sebagai angkuh, sombong dan tokong, bagi saya itu kira lembut jugalah. Bagaimanapun, beliau telah menyatakan, tapi yang saya hairan, itu dalam satu keadaan sulit, dalam satu mesyuarat tertutup dalam parti PKR yang tidak ada kena menggena dengan DAP atau mana-mana parti lain," ujarnya lagi yang yakin bahawa Mansor adalah mangsa terbaru dalam PKR yang bakal 'disembelih lehernya dalam politik PKR'.Beliau yakin apa yang terjadi ini merupakan satu konspirasi sebagaimana apa yang berlaku ke atas Fairus,malah Zahrain juga menerima nasib yang sama apabila dibawa ke Lembaga Disiplin PKR apabila dia menyerang Lim Guan Eng, ini juga menunjukkan Anwar Ibrahim sendiri tidak peduli tentang wakil parti yang duduk dalam kerajaan.Saya juga terkejut semalam dalam perbahasan bajet, Anwar Ibrahim berdebat, dia puji melambung pencapaian Lim Guan Eng di Pulau Pinang kononnya Guan Eng ini pejuang untuk Melayu padahal kita tahu dan jelas bahawa wakil tertinggi PKR dalam kerajaan Pulau Pinang telah gelar guan Eng ini sebagai angkuh, sombong dan tokong.Saya nak tanyalah pada Anwar Ibrahim, tak bagi muka langsungkah kepada wakil parti PKR dalam kerajaan negeri Pulau Pinang? Adakah kita nak sembah Lim Guan Eng sebagai sebegitu sekali sampai sanggup menjatuhkan maruah dan air muka pemimpin parti sendiri di Pulau Pinang," tambahnya lagi.

RENUNG-RENUNGKAN 

EKSKLUSIF !!! SIAPAKAH ANWAR IBRAHIM SEBENAR ??? PENGHIANAT ATAU PATRIOT NEGARA ???

Posted: 04 Oct 2012 08:30 AM PDT


Anwar mempunyai agenda politik yang ampuk bila diterima dengan penuh kemesraan oleh Mahathir sebagai anggota Kabinet merangkap sebagai pemimpin UMNO dalam masa yang terlalu singkat.Selepas disintuk limau dan mandi air tolak bala,politik Anwar dengan cepat menolak Datuk Suhaimi Kamaruddin untuk menjadi Ketua Pemuda.Dalam sekelip mata dia duduk sama taraf dengan Naib Presiden UMNO dalam Majlis Kerja Tertinggi UMNO.Tidak sampai setahun menyertai UMNO,dia sudah jadi Ketua Pemuda dan Menteri Kabinet.Bayangkan bekas pemimpin pembangkang sudah duduk semeja dengan pucuk pimpinan Majlis Tertinggi UMNO.Para pemimpin lain terpaksa bertungkus-lumus,bersilat dan berkuntau,memakai azimat dan minyak pengasih untuk mendapat sokongan ahli-ahli parti untuk melonjakkan mereka menjadi pemimpin.Anwar masuk gelanggang UMNO seperti seorang pahlawan yang menang dalam peperangan! Memang ada rungutan dan cakap-cakap di belakang yang tidak senang hati dengan pilihan Mahathir itu. Tapi mereka semua tidak ada keberanian yang luar biasa untuk menentang Mahathir kecuali Tengku Razaleigh yang hampir menewaskan Mahathir dalam pemilihan Presiden UMNO pada tahun 1987 yang lalu. Anwar bukan pemimpin yang mengekor angin.Dia tidak mahu menjadi orang nombor dua dalam apa saja pergerakan yang melibatkannya. Dia pernah jadi Ketua ABIM, juga Ketua PPIUM dan juga pemimpin PBMUM. Tapi bila dia menyertai UMNO, mengapakah dia sanggup menjadi orang nombor dua terpenting? 

Ada muslihatnya.Sebagai orang baru dalam UMNO,dia harus bijak bermain politik.Seperti kata perumpamaan Melayu, "pukul ular, ular mesti mati, kayu jangan patah,tanah jangan berlekuk." Musuh-musuhnya dalam UMNO lebih ganas dan lebih banyak musuh-musuhnya sewaktu memimpin ABIM atau pun PPIUM atau PBMUM. Walaupun dia mempunyai pengaruh politik dalam dan luar negara, namun dia tidak mahu tunjuk taringnya seperti kaduk naik junjung. Dia mahu melebarkan pengaruhnya di kalangan rakyat terlebih dahulu, supaya rakyat akan menjadi penyokong yang super setia kepadanya. Menurut Tun Mahathir, Anwar sudah mula merancang jaringan strategi politiknya dengan mengadakan cell-cellnya dalam parti, kerajaan, badan-badan berkanun dan berbagai NGO-NGO lain. Pendek kata, dia sudah merancang konspirasi untuk menguasai UMNO dan menjadi Perdana Menteri dalam masa yang singkat. Mahathir tahu, tapi dia mahu melihat sejauh mana dan serakus mana Anwar bermain politik. Perlu diingat, tidak ada seorang pun pemimpin politik di Malaysia yang merancang strategi politiknya melalui berbagai jaringan (network) seperti Anwar.Mahathir yang menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun juga tidak mempunyai jaringan politik yang bersifat horizontal dan vertical seperti Anwar. Hanya parti Komunis sahaja yang mempunyai jaringan dalam berbagai sektor kehidupan rakyat bagi menjana kekuatan politik komunisme. Dalam buku saya, "Pertumbuhan Perkembangan dan Kejatuhan Lekra di Indonesia," skripsi saya untuk ijazah sarjana di Universitas Indonesia di Jakarta,saya dapati D.N Aidit,Ketua Partai Komunis Indonesia (PKI) dan Njoto juga seorang pemimpin kanan KPI, menggunakan kader-kader Komunis menyerap masuk dan menguasai berbagai NGO termasuk Lekra (Lembaga Kebudayaan Rakyat), sebuah persatuan penulis terkenal yang dianggotai oleh para sasterawan dan budayawan yang berhaluan kiri. 

Badan-badan separuh kerajaan,gerakan buruh dan tani,gerakan pemuda dan pemudi Indonesia dan berbagai kementerian serta jabatan-jabatan kerajaan untuk menyokong kepimpinan PKI bila mana PKI merancang menjatuhkan kerajaan Sukarno dan mendirikan kerajaan baru yang dikuasai PKI! Anwar bukanlah komunis tetapi cell-cell yang ditubuhkannya itu ada persamaan dengan jaringan yang dilakukan oleh PKI. Dari era Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Tun Hussein Onn, Tun Mahathir, Tun Abdullah Ahmad Badawi hingga ke era Datuk Seri Najib Tun Razak, tidak ada seorang pun Perdana Menteri punya jaringan para penyokong mereka seperti mana yang dilakukan Anwar. Boleh dikatakan penukaran kuasa dibuat secara teratur dan tidak menimbulkan konflik yang boleh menimbulkan ketidakstabilan politik sepertimana yang pernah berlaku di negara-negara Afrika, Timur Tengah dan Amerika Latin. Peralihan kuasa dibuat dengan penuh sopan-santun, beradab dan tidak menimbulkan taufan politik yang boleh membawa kehancuran kepada negara. Ini cara UMNO dan Barisan Nasional (BN) melakukan perubahan kekuasaan dari seorang Perdana Menteri kepada Perdana Menteri yang baru. Siapa saja yang dipilih parti, berkuasa untuk menjadi Perdana Menteri, tidak dipertikaikan rakyat atau ahli-ahli UMNO atau parti-parti komponen BN lainnya. 

Kesetiaan dan sokongan parti dan rakyat tetap diberikan kepada Perdana Menteri yang dipilih. Dan jawatan Perdana Menteri itu mestilah dari UMNO. Inilah kekuatan kepimpinan UMNO sejak dulu hingga sekarang. Malangnya, Anwar tidak sabar menunggu gilirannya. Walaupun Mahathir mencanang namanya berkali-kali di berbagai tempat, bahawa Anwar sebagai pengganti, namun Anwar tidak mampu menunggu masanya. Dia ingin menentukan nasibnya sendiri, bukan Mahathir dan bukan rakyat. Bila dapat kuasa, disintuk limau oleh Mahathir dan menjadi orang nombor dua penting dalam kerajaan dan UMNO, seolah-olah dia dikhayalkan oleh kuasa yang tidak pernah dia mimpikan sewaktu menjerit slogan anti UMNO di era kepimpinan ABIM dulu. Dia merasakan seolah-olah Allah memberi "wahyu" kepadanya untuk menjadi Perdana Menteri. Allah tidak akan mengubah nasib seseorang atau sesuatu kaum, kalau orang atau kaum itu sendiri yang merubahnya.Barangkali dia berpaut pada firman Allah ini secara bulat-bulat tanpa memperhitungkan aspek-aspek lain dalam percaturan politik pada masa itu. Dia seolah-olah berpendapat, Allah akan memberkati segala sepak terajang mainan politiknya, kerana pada suatu hari kelak dia akan menjadi Perdana Menteri. Allah telah memberi jalan yang paling mudah untuk dia mendapat kuasa iaitu melalui UMNO. Malah Allah mempermudahkan kemasukannya tanpa mendapat reaksi negatif dari pucuk pimpinan. Malah Allah menunjukkan kuasaNya, bahawa dia Anwar Ibrahim,dengan mudah mendapat kuasa dan kedudukan sebagai Timbalan Perdana Menteri tanpa mendapat bantahan apa-apa. 

Ini kuasa Allah yang meminjamkan hak dan kuasaNya kepada Anwar Ibrahim untuk dia merenung jauh ke dalam hati budinya sendiri. Dia lupa kuasa yang dia miliki sewaktu dalam kerajaan dan UMNO, bukan kuasa sendirian berhad kepunyaan dia dan kroni-kroninya dan sahabat handainya jauh atau dekat. Bila dia menjadi Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Anwar seolah-olah menganggap dia adalah Perdana Menteri yang belum dihalalkan lagi. Apakah benar Mahathir akan meletak jawatan Perdana Menteri dan menyerahkan kuasa kepadanya? Apakah tidak mungkin Mahathir tarik balik sokongan terhadapnya dan menyodorkan tokoh lain sebagai penggantinya? Yang lebih afdal lagi, bilakah gerangannya Mahathir akan melatakkan jawatan tanpa dipaksa untuk berbuat demikian? Mahathir terlalu lama berkuasa dan mungkin akan kekal berkuasa selagi nyawa dikandung badan. Para juak-juak Anwar sering memberi nasihat untuk mempercepatkan tindakan menguasai UMNO dan kerajaan supaya Anwar cepat duduk di Sri Perdana di Putrajaya. Mereka begitu yakin Anwar boleh memberi tekanan kepada Mahathir supaya berundur lebih cepat, memandangkan orang-orang Anwar sudah hampir menguasai 192 bahagian UMNO dan kononnya kakitangan kerajaan, badan-badan berkanun dan juga berbagai NGO sudah diresapi oleh mereka yang pro Anwar. Mereka begitu yakin penyokong-penyokong Anwar dalam Pemuda dan UMNO akan berpaling tadah meninggalkan Mahathir dan menjulang beliau sebagai pengganti. Mereka dan Anwar terlalu yakin bahawa sudah sampai masanya bagi Mahathir dipaksa berundur memberi laluan kepada Anwar. Mahathir sedar, Anwar sudah menunjukkan taringnya, tapi dia diam saja. Dia hendak melihat lakonan politik Anwar setelah diberi peluang untuk menjadi orang nombor dua dalam kerajaan dan parti. Menurut Tun Mahathir, Anwar pernah beritahunya dia hendak bertanding jawatan Timbalan Presiden menentang Ghafar Baba. Mahathir menasihatinya jangan menentang Ghafar kerana Ghafar banyak berkorban untuk parti, seorang pemimpin veteran yang dihormati rakyat. Anwar tidak peduli dengan nasihat Mahathir. Waktu Mahathir memberi ucapan di Terengganu, mengingatkan pemimpin-pemimpin lama jangan berpaut pada kuasa sehingga menimbulkan kemarahan rakyat. Anwar memutar belitkan saranan Mahathir bahawa Mahathir merestui dia menentang Ghafar, pemimpin veteran tersebut. Dia menjadi begitu bernafsu untuk menumbangkan Ghafar dengan memberi alasan Mahathir mahu pemimpin muda menguasai parti! Oleh kerana dia mempunyai jaringan sokongan yang kuat dan berpengaruh dalam sebahagian besar bahagian-bahagian UMNO, maka dia dengan mudah mendapat pencalonan terbanyak.

Dengan adanya 10 undi bonus bagi setiap pencalonan pada waktu itu, maka dengan mudah Anwar menumbangkan Ghafar. Sejak Tun Ghafar Baba kalah mempertahankan jawatan Timbalan Presiden UMNO pada tahun 1993, Anwar dan juak-juaknya menjadi semakin galak. Ghafar terpaksa mengaku kalah sebelum persidangan UMNO, gara-gara mainan 10 undi bonus yang tidak demokratik itu. Nafsu untuk berkuasa dan menjadi Perdana Menteri semakin membuak setelah Anwar dilantik menjadi Timbalan Presiden UMNO merangkap Timbalan Perdana Menteri merangkap lagi sebagai Menteri Kewangan. Anwar dan kabilahnya seolah-olah tidak sabar lagi untuk merancang strategi mengambil kuasa secara licik melalui Perhimpunan Agung UMNO, di mana beberapa orang perwakilan sudah ditunjuk untuk mengkritik pimpinan Mahathir dan mendesak beliau berundur dari kerusi Perdana Menteri! Anwar melempar batu sembunyi tangan. Manusia merancang tapi Allah yang menentukan. Bila mana manusia lupa daratan, gila kuasa, dilambung nafsu yang tidak bersempadan, maka Allah akan menunjukkan kekuasanNya. Apa yang manusia miliki adalah hak Allah. Dia hanya meminjamkan kuasaNya kepada makhluk yang berstatus pemimpin. Dia boleh mengambil balik kuasa bila-bila masa saja. Tidak ada batas waktu. Tidak ada ampun dan maaf. Nabi Muhammad saw sendiri pernah bersabda, perang yang paling besar ialah perang nafsu. Manusia berkuasa kerana nafsu. Manusia jatuh menjadi debu sejarah juga kerana nafsu. Anwar yang banyak menabur ayat-ayat Al-Quran dan kata-kata falsafah dalam pidato-pidatonya, sepatutnya insaf dan tidak dibawa oleh arus nafsu untuk memburu kuasa yang melampau batas. Tapi Anwar, seperti manusia-manusia lain juga, sukar mengekang nafsunya. Ada nasihat baik dan nasihat jahat yang dibisik ke telinganya. Jalan ke Putrajaya terbentang luas untuknya. Pada suatu jika diberkati Allah, Anwar Ibrahim, anak Cheruk Tuk Kun, negeri tanpa Sultan, akan tinggal di Sri Perdana. Inilah mimpi yang belum menjadi kenyataan. Malangnya dia sudah terlajak begitu jauh untuk mengenang budi dan jasa mereka yang membawanya ke dalam UMNO. Dia seolah-olah berlagak bahawa dia tidak terhutang budi pada UMNO. Sebaliknya UMNO yang inginkannya untuk ditabal sebagai pemimpin. UMNO yang terhutang budi kepadanya dan bukan dia kepada UMNO! Mahathir melantiknya dalam Kabinet kerana menghargainya sebagai pejuang Islam. Dengan kata lain, Mahathir mahu Anwar membela UMNO dan menentang PAS yang dianggap mengancam kekuasaan UMNO di kalangan rakyat. Kekalahan UMNO di tangan PAS dan Semangat 46 dalam pilihanraya 1990, di mana semua 39 kerusi Dewan Undangan Negeri Kelantan jatuh ke tangan Angkatan Perpaduan Ummah, pimpinan Tengku Razaleigh Hamzah. Sejak kemenangan PAS, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz kekal menjadi Menteri Besar hingga sekarang walaupun selepas Tengku Razaleigh membubarkan Semangat 46 dan sebahagian besar ahli-ahlinya menyertai UMNO kembali. Ini bermakna, pengaruh PAS sudah merebak ke negeri-negeri lain. Oleh kerana PAS dan UMNO mendapat sokongan terkuat di kalangan masyarakat Melayu, maka kedua parti politik Melayu ini akan terus-menerus bermusuhan demi memburu kuasa. Anwar boleh membaca kilat dan kilau mainan politik Mahathir yang ingin memperalatkan dia untuk menentang PAS. Sebenarnya Anwar Ibrahim bermain acilut politik dengan PAS kerana banyak pemimpin ABIM menyertai PAS. Antaranya Kamaruddin Jaafar, Haji Hadi Awang dan Allahyarham Ustaz Fadzil Nor. Sebenarnya sudah ada suatu agenda antara Anwar dengan rakan-rakannya dalam PAS yang pernah menjadi ahli ABIM di masa lalu. Kononnya Anwar dalam UMNO dan rakan-rakannya dalam PAS akan merancangkan strategi untuk menguasai kedua parti tersebut. Matlamatnya ialah memperkukuhkan kedudukan Anwar untuk mengambil alih kekuasaan kerajaan Persekutuan dengan dukungan UMNO dan PAS. Dengan kata lain, UMNO dan PAS menjadi alat politik Anwar untuk menjaga kepentingannya. Tidak dapat dinafikan Anwar mempunyai ramai penyokong yang taksub, yang akan melakukan apa saja demi menjaga kepentingan beliau. Hasrat Anwar gagal bila dipecat dari UMNO dan Kabinet pada tahun 1998, sewaktu berlaku krisis ekonomi yang parah pada tahun 1997-98. Dia menjadi banduan di penjara Sungai Buloh atas tuduhan menyalahgunakan kuasa dan meliwat. Dari belakang tembok penjara, dia cuba "menguasai" suasana politik negara melalui Parti Keadilan Rakyat yang dipimpin Wan Azizah, isteri tercintanya. Malah Wan Azizah dengan anaknya menemui beberapa orang pemimpin asing untuk membela nasib suaminya. Antara mereka yang ditemui termasuklah Setiausaha Luar Amerika, Madeline Albright, Presiden Filipina, Joseph Astrada, Presiden Indonesia, Habibie. Bila Naib Presiden Amerika, Al Gore, menghadiri mesyuarat APEC di Kuala Lumpur, dia secara terang-terangan tanpa menghormati kerajaan Malaysia, membuat kenyataan menyokong "reformasi jalanan" yang dicetus oleh Anwar. 

Pendek kata, dia memperalatkan isteri dan anaknya untuk mencari sokongan dari berbagai pemimpin asing dengan harapan mereka boleh mengenakan tekanan politik, ekonomi dan lain-lain ke atas kerajaan Malaysia. Malangnya, segala rancangan Anwar untuk menentukan arah tuju politik nasional meleset setelah dia menjadi penghuni di penjara Sungai Buloh. Para pemimpin PAS yang lebih bijaksana dalam mainan politik, memperalatkan gambar mata lebam Anwar untuk meraih sokongan para pengundi dalam pilihan raya 1999. Akhirnya PAS memperolehi 27 kerusi Parlimen, Parti Keadilan cuma 5 kerusi dan DAP 10 kerusi – suatu jumlah yang cukup besar bagi pembangkang. Keputusan pilihanraya tahun 1999 menunjukkan Anwar masih mempunyai pengaruh di kalangan rakyat dan imejnya masih terserlah walaupun dia terlibat dalam skandal liwat. Mengapakah para pengundi tidak memberi sokongan yang paling besar pada Parti Keadilan Rakyat yang wiranya Anwar Ibrahim? Mengapakah PAS yang menjaja mata lebam Anwar mendapat kerusi lebih banyak dari parti pimipinan Wan Azizah? Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru saja ditubuhkan. Justeru itu, ia tidak dapat meluaskan pengaruhnya seperti PAS yang ditubuhkan sejak tahun 50-an lagi. Selain dari itu, kepimpinan Wan Azizah dianggap lemah, tanpa karisma, tidak ada oomph untuk mengangkat martabat partinya. Malah banyak orang menganggap Wan Azizah hanya sebagai "patung" dan Anwar suaminya yang merengkuk dalam penjara itulah yang menjadi tok dalang. Walaupun dia dalam penjara, namun dia dikatakan turut menentukan arah tuju PKR. Ini bermakna, secara de facto Anwar tetap menjadi orang nombor satu PKR. Sungguh pun Anwar dijulang sebagai wira oleh pihak pembangkang, namun sebahagian besar rakyat tetap mengekalkan Barisan Nasional untuk mentadbir negara. Ini bermakna, rakyat pada umumnya masih berbelah bagi tentang kewibawaan dan ketokohan Anwar yang dijatuhi hukuman penjara kerana meliwat. Ini bermakna, imej Anwar sebagai pemimpin berjiwa Islam diragui rakyat. Walaupun kes liwatnya mendapat laporan media dalam dan luar negara, namun tidak tergugat hati rakyat untuk memberi kemenangan mutlak kepada pembangkang untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional. Anwar melancarkan demonstrasi jalanan, menimbulkan huru-hara di Kuala Lumpur; memperalatkan ribuan anak-anak muda dan para penyokongnya untuk menentang kerajaan selepas dia dipecat dari kerajaan dan UMNO. Dia sebenarnya salah dugaan. Dia terlalu yakin bahawa melalui demonstrasi jalanan, dia dapat mengugut kerajaan untuk menerima dia kembali sebagai ahli Kabinet dan UMNO. Dia ingat melalui demonstrasi jalanan, kerajaan BN boleh digulingkan seperti mana yang berlaku di Indonesia, Thailand, Korea Selatan dan Filipina. Sesungguhnya dia hidup dalam dunia fantasi bikinan sendiri. Dia merasakan dirinya begitu hebat sebagai pemimpin politik yang boleh menggerakkan ribuan penyokong yang melolong, menjerit, menjulang namanya dan menistakan kerajaan dengan maki-hamun. Barangkali dia terpukau dengan kehebatan berbagai pemimpin politik seperti Sukarno yang dapat menggegarkan sokongan jutaan rakyat Indonesia untuk bergerak senafas dengan perjuangannya. Atau dia menganggap dirinya sebagai Nelson Mandela atau Aung San Suu Kyi yang menjadi mangsa rejim yang ganas. Dia Anwar Ibrahim, bukan Mandela, bukan Suu Kyi yang mendapat Hadiah Nobel kerana perjuangan suci mereka menentang rejim apartheid dan junta tentera yang super rakus dan zalim. Dia homoseks. Dia dianggap sebagai pemimpin politik yang tidak mengenang budi, menggigit tangan yang memberinya rezeki dan kedudukan penting dalam parti dan kerajaan. 

Dia dianggap sebagai kacang lupakan kulit. Dia rakus. Dia sanggup memperalatkan sesiapa saja dan apa saja untuk mencapai cita-citanya iaitu menjadi Perdana Menteri Malaysia. Dia merancang tapi Allah tidak merestuinya. Kalau benar dia berjuang atas landasan Islam dan meletakkan kepentingan rakyat di atas kepentingan dirinya sendiri, tentulah Allah memberkati perjuangannya dan memberi kemenangan kepadanya. Cuba dia merenung dalam lubuk hatinya dan bertanya, mengapakah rakyat menolaknya dan tidak memujanya seperti Mandela dan Suu Kyi yang meringkuk dalam tahanan lebih dari dua dekad? Apakah dosanya yang paling besar, maka Allah melaknati perjuangannya dan menjadikan dia seorang banduan? Kalau perjuangannya super ikhlas untuk membela rakyat, agama dan negara, tentulah majoriti rakyat Malaysia akan menyokongnya dan menghalalkan hasratnya untuk menjadi bakal Perdana Menteri. Berbagai pemimpin negara asing kononnya menyokong perjuangannya, tetapi mengapakah sokongan mereka membawa rebah? Kalau benar dia menjadi mangsa kekejaman kerajaan Barisan Nasional, mengapakah kerajaan Barisan Nasional tidak tumbang dalam pilihan raya tahun 2008? Bukankah Anwar juga berkempen habis-habisan untuk memenangkan pembangkang, tetapi masih gagal menjatuhkan kerajaan BN? Malangnya Anwar tidak muhasabah. Dia terlalu angkuh. Dia seolah-olah menganggap kerusi Perdana Menteri itu adalah hak mutlaknya. Dia rakus dan tidak sabar hendak menjadi Perdana Menteri. Seperti kata Tun Mahathir, dalam wawancara saya dengan beliau, Anwar sudah mula membuat cell-cellnya dalam parti dan kerajaan dengan hasrat untuk merebut kekuasaan kelak. Dia lupa bahawa perjuangan UMNO bukan berdasarkan revolusi atau demonstrasi jalanan untuk mempertahankan kuasa. Malaysia bukan Indonesia atau negara-negara Afrika, yang pucuk pimpinannya boleh dijatuhkan melalui demonstrasi yang mengorbankan ribuan rakyat. Dia terlalu idealistik. Dia hidup dalam dunia fantasinya bahawa kerajaan boleh tumbang sekiranya dia mengadakan demonstrasi jalanan dan memperalatkan media asing dan para pemimpin asing dalam kabilahnya. Kata orang, kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga. Apakah dia tidak sedar demonstrasi besar-besaran sewaktu peristiwa orang kampung di Baling makan ubi gajah yang beracun pada tahun 1974 itu tidak berjaya menjatuhkan kerajaan ? Akibat demonstrasi itu, dia ditahan di Kamunting selama dua tahun. Tentulah dua tahun di Kamunting tidak boleh disamakan dengan tahanan Nelson Mandela di Pulau Robbins dan tahanan rumah terhadap Aung San Suu Kyi selama lebih 10 tahun. Ketawa beruk, lutung dan buaya kalau ada pihak menyamakan perjuangan Anwar sama taraf nilainya dengan Manedela dan Suu Kyi. Hanya manusia yang taksub dan bodoh saya yang meletakkan perjuangan Anwar dengan Mandela dan pejuang demokrasi Suu Kyi. Rakyat Malaysia yang cinta damai tentulah terkejut bin pelik bila Anwar melancarkan demonstrasi jalanan atas nama reformasi selepas dia dipecat dari kerajaan. Tujuan dia jelas. Dia hendak menumbangkan kerajaan BN melalui kekerasan. Dia mengangkat dirinya sebagai "penyelamat" negara melalui demonstrasi-demonstrasi itu. Dia menganggap tentulah majoriti rakyat bersamanya menjerit "reformasi" sebagai tangkal azimat yang boleh membawa kejayaan dalam perjuangan yang sia-sia itu. Dalam khayalannya dia menjadi little Mandela dan little Suu Kyi di Malaysia. Dia fikir mantera "reformasi" akan membawa perubahan pimpinan kerajaan dan dia bakal menjadi Perdana Menteri yang akan melakukan reformasi kelak! Inilah khalayan Anwar yang tidak direstui oleh majoriti rakyat Malaysia. Dia lupa iklim politik di Malaysia tidak sama dengan Indonesia, Thailand, Filipina dan negara-negara Afrika dan Amerika Latin yang sering tergugat melalui demonstrasi jalanan. 

Dia boleh memukau ribuan para penonton dan para penyokong yang ternganga mendengar pidatonya yang berapi-api. Tapi kepetahan berpidato semata-mata tidak dapat menukar wajah politik Malaysia. Walaupun rakyat Malaysia hidup sederhana, tetapi mereka tidak bodoh untuk menumpang tuah pada seorang sang tokoh yang maha hebat skandalnya. Tatang dan jaja lah falsafah "masyarakat madaninya". Jeritlah slogan mantera "reformasi" dan taburlah janji berbagai janji seperti pawang menabur bertih, tetapi kalau Allah tidak merestuinya, segala mimpi akan kekal sebagai mimpi dan akan hilang menjadi debu sejarah. Manusia boleh saja merancang, tapi Allah yang menentukan segala. Anwar seperti ikan ketiadaan air, terpaksa bergelut untuk melepaskan dirinya dari berbagai masalah yang ia sendiri menciptanya. Dia tidak sabar hendak menjadi Perdana Menteri, seolah-olah dia adalah pilihan Allah untuk bersemayam di Putrajaya dan memerintah negara Malaysia yang mempunyai 27 juta warganya. Demi mendapatkan sokongan berbagai golongan dalam masyarakat majmuk di Malaysia, dia sanggup menabur janji untuk menjana mimpi-mimpi yang membahagiakan golongan-golongan itu tanpa menyedari segala janjinya hanya retorika kosong yang lepas di angin lalu. Dia cuba menyakinkan rakyat bahawa dia layak menjadi Perdana Menteri dengan mengambil kira pengalamannya sewaktu berada dalam UMNO dan menjadi Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan di bawah kerajaan Mahathir. Tapi rakyat Malaysia yang cinta damai tidak tergugat untuk memberi peluang kepadanya menjadi bakal Perdana Menteri. Mereka mendengar ucapannya yang berapi-api, mereka menepuk tangan tapi mereka tidak memberi undi kemenangan kepadanya. Sebenarnya Anwar gila kuasa setelah menikmatinya sebagai orang nombor dua dalam Kabinet Mahathir. Dia terdesak, panik dan marah bila dipecat dari UMNO dan Kabinet. Dendamnya tidak ada ujungnya. Kalau dia tidak berjaya menjadi Perdana Menteri, dia akan menghancurkan negara ini dengan segala tipu muslihatnya. 

petikan dari buku Yahaya Ismail, "Anwar Ibrahim, pengkhianat Atau Patriot?," Usaha Teguh Sdn Bhd, 2011.

RENUNG-RENUNGKAN

BONGKAR !!! PAS LEBIH JAHAT DARI ABU LAHAB DAN ABU JAHAL - ANWAR IBRAHIM !!!

Posted: 04 Oct 2012 11:09 AM PDT


sebelum saya meneruskan artikel ini,saya nak tanya kepada pemimpin PAS adakah pemimpin PAS lupa atau pura-pura lupa penghinaan Anwar Ibrahim terhadap mereka ketika beliau di dalam UMNO ??? saya rasa Anwar Ibrahim mesti lupa atau pura-pura lupa penghinaan dan pendedahan PAS terhadap salahlakunya ketika di dalam UMNO.bagi rakyat malaysia yang mengikuti perkembangan politik sejak dahulu,pasti tidak akan lupa bahawa Majalah Tamadun pada tahun 1998 pernah memuatkan wawancara dengan Mat Sabu yang mendedahkan salahlaku Anwar dan menggelar beliau Al-juburi.Begitu juga bagaimana Anwar pernah menyifatkan PAS sebagai lebih jahat dari Abu Jahal dan Abu Lahab kerana berkempen menggunakan ayat-ayat suci al-Quran untuk kepentingan diri dan menindas pemikiran umat Islam dengan pelbagai dakyah.

Ya,Anwar berkata demikian pada tahun 1984,iaitu ketika beliau menjadi Menteri Belia dan Sukan sebagai menjawab dakwaan PAS bahawa UMNO memperjuangkan semangat asabiyyah seperti Abu Jahal dan Abu Lahab di zaman Rasulullah SAW. Abu Jahal dan Abu Lahab adalah musuh Islam yang nyata dan dengan meletakkan PAS lebih buruk dari mereka, bermakna Anwar menganggap PAS sebagai musuh Islam yang jauh lebih buruk lagi merosakkan berbanding kedua manusia yang celaka itu.Tapi itu cerita lama iaitu cerita ketika Anwar masih di dalam UMNO dan berangan-angan untuk menjadi Perdana Menteri melalui UMNO.Hari ini,Anwar bergandingan tangan dan berpeluk cium dengan PAS,yang dicemuhnya sebagai musuh Islam itu.Seolah-olah berkawan berciuman dengan satu musuh Islam masih belum cukup,Anwar juga 'bersekedudukan' dengan Yahudi yang bukan sebarangan Yahudi,tetapi tokoh Zionis yang membunuh dan merampas tanah umat Islam iaitu satu lagi musuh Islam yang dilaknat Allah SWT.Tidak cukup lagi,Anwar juga berhubungan intim dengan DAP iaitu kafir harbi,musuh Islam yang tak kurang jelas dan nyata juga. 

Kesanggupan PAS memaafkan Anwar kerana meletakkan mereka lebih tinggi dari kedudukan Abu Jahal dan Abu Lahab dalam senarai musuh Islam menjelaskan satu perkara iaitu ; bahawa tuduhan Anwar terhadap mereka itu adalah benar belaka.Buktinya,adalah mustahil bagi sebuah organisasi,parti politik mahupun individu yang benar-benar memperjuangkan Islam sanggup dan tegar ingin meneruskan kerjasama dengan kafir harbi DAP mahupun sahabat atau perkakas kepada Zionis seperti Anwar Ibrahim Dan seperti kata-kata Anwar di atas,memang benar pun PAS berkempen dengan menyalahgunakan ayat-ayat Al-Quran dan hadith,nama Rasulullah SAW serta sahabat-sahabat baginda dan nama Allah SWT jua.Dalam ertikata lain,PAS menggunakan agama untuk menindas pemikiran umat Islam dengan pelbagai dakyah dan fatwa sesat.Melalui pendekatan inilah,PAS mengkafirkan sesama Islam,memecahbelahkan ummah dan memporak-perandakan keluarga melalui dakyah-dakyah yang disebarkan. 

Di masa yang sama,kita boleh melihat bagaimana sayangnya PAS kepada musuh Islam sehinggakan sanggup menyamakan si kafir harbi Lim Guan Eng dengan Khalifah Umar Abd. Aziz tetapi 'mengFiraunkan' pemimpin Islam ulung di abad ini iaitu Tun Dr. Mahathir Mohammad.PAS juga cukup pantas membela DAP jika parti tersebut diserang UMNO akibat menghina Islam.Malah PAS juga terus membela pihak-pihak yang telah mengaku dengan terang-terangan menerima dana asing dari rangkaian neo-con seperti SUARAM dan BERSIH.Dengan hakikat ini,PAS tidak mungkin lagi dapat menafikan yang mereka bukan musuh Islam. Kata orang, menilai seseorang itu adalah dari sahabatnya Dan PAS bukan sahaja bersahabat dan menyanjung musuh Islam,malah bekerjasama dan menjadi pak turut kepada mereka.PAS boleh menyumpah-nyumpah artikel ini sebagai berniat jahat serta menghamun saya sebagai jahil dan sebagainya tetapi,PAS tidak mungkin boleh menafikan hakikat yang nyata mengenai hubungan mereka dengan musuh-musuh Islam tersebut.Memandangkan PAS langsung tidak merasa bersalah atau berdosa berhubungan dengan musuh-musuh Islam itu,kita mula tertanya-tanya,Mungkinkah Tok Guru ada mengeluarkan fatwa baru secara diam-diam iaitu 'Halal Menerima Bantuan Yahudi Yang Bertujuan Menjatuhkan Kerajaan Pimpinan Islam Untuk Digantikan Dengan Kerajaan Kerjasama "Kafir Harbi-Liberal-Islam" ??? 

RENUNG-RENUNGKAN 

PELAKON VIDEO SEKS BAKAL MENJADI MB SELANGOR ???

Posted: 04 Oct 2012 01:30 AM PDT


Nampaknya Khalid Ibrahim terpaksa juga mula belajar menerima hakikat dirinya sudah tidak diperlukan lagi oleh PKR setelah Timbalan Presiden PKR,Azmin Ali membuka mulut membuat kenyataan,kemungkinan Selangor akan mendapat Menteri Besar baru selepas selesai PRU 13.Azmin yang sebelum ini dikaitkan dengan aksi 'jual beli aiskrim' di dalam tandas sudah diketahui umum telah lama bercita-cita untuk menjadi MB dan seringkali cuba mengganggu gugat kelancaran pentadbiran Khalid di negeri itu.Malah pendedahan oleh MB Selangor itu berhubung penemuan sebuah kamera pengintip di balik tabir langsir dalam pejabatnya sebelum ini juga berkait rapat dengan usaha-usaha terancang dalam PKR untuk menjatuhkan Khalid bagi digantikan dengan Azmin.Melihat pada hubungannya yang rapat dengan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim tidak sukar untuk kita fahami kenyataan terbaru Azmin ini tentunya sudah mendapat lampu hijau dari Anwar. Mahu tidak mahu, Khalid sudah boleh menguburkan terus hasratnya menyambung khidmat sebagai MB untuk penggal kedua selepas PRU 13 nanti. 

Mungkin sementara menanti PRU 13 bermula secara rasmi, Khalid boleh memulakan tabiat seperti Anwar pula dengan berangan-angan untuk menjadi Menteri. Dalam kenyataan kepada media itu juga, Azmin turut mengesahkan perkara tersebut telah dibincangkan oleh pemimpin tertinggi PR namun belum ada kata putus.Ini bermakna,dikalangan ramai pemimpin PR sendiri kelihatannya lebih condong untuk meminggirkan Khalid dari jawatan MB walaupun seringkali bekas CEO Guthrie itu dipotretkan sebagai MB yang cemerlang khidmatnya.Barangkali masing-masing juga sudah terlalu penat dengan pelbagai kontroversi yang melanda pentadbiran kerajaan negeri sejak Khalid menerajui Selangor,disebabkan itu spekulasi ini sengaja ditimbulkan. Keterlanjuran Khalid dalam isu air dengan memfokuskan tumpuan pada perihal penyusunan semula pengurusan bekalan air sehingga mengambil langkah songsang menangguhkan loji Langat 2 dan PPAMPS juga dipercayai turut mempengaruhi pandangan ramai pemimpin PR untuk cenderung melucutnya dari jawatan MB.Kasihan Khalid,belum pun penggal pertama sebagai MB berakhir,orang-orang kuat parti sudah ramai yang naik menyampah dengannya. 

Apapaun, kenyataan Azmin itu jelas membayangkan PKR masih menyimpan sisa-sisa harapan yang negeri itu akan kekal dalam genggaman pakatan pembangkang sekalipun realiti semasa dan mood khalayak umum di Selangor adalah sebaliknya. Tak salah kalau Azmin pun mahu turut berangan, apatah lagi sambil berilusi strategiknya kali ini akan membolehkannya ditabalkan sebagai MB baru Selangor,walau hakikatnya saat ini majoriti rakyat Selangor lebih berminat untuk mencampak terus semua pemimpin PR ke dalam longkang.Dengan mengetepikan senario dan realiti semasa serta kecenderungan pengundi di Selangor tika ini, kita andaikan saja PR benar-benar masih diberi peluang memerintah Selangor, itu bermakna seorang MB baru pastinya akan dilantik datangnya dari salah satu parti dalam gabungan PR.Jika itu terjadi,maksudnya bakal MB Selangor yang baru nanti tentulah seorang bekas pelakon video seks yang terbabit secara langsung melakukan urusan jual beli 'aiskrim' dalam tandas.Sangguhkah rakyat Selangor menerimanya ???

RENUNG-RENUNGKAN 

KANTOI !!! CERAMAH TUNTUTAN ROYALTI MINYAK KURANG SAMBUTAN !!! NAK TAHU KENAPA ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 04 Oct 2012 11:09 AM PDT


Ura-ura PAS Kelantan mahu menggegarkan Shah Alam dengan ceramah bersaiz mega yang menampilkan kepala-kepala parti pakatan pembangkang PR nampaknya gagal direalisasikan apabila hanya kira-kira 2,000 orang sahaja yang hadir ke Ceramah Mega Sempena Konvoi ROYALTI Ke Putrajaya.Gembar-gembur kononnya lebih 20,000 orang rakyat Kelantan di perantauan serta penduduk tempatan akan memeriahkan program tersebut yang diadakan di Dataran Kemerdekaan Shah Alam itu nyata hanya gah dari segi propaganda sahaja,namun realitinya sambutan yang diterima agak hambar.Mood khalayak ramai jelas semakin kurang berminat untuk meramaikan majlis PR.Satu senario yang tentunya agak menggusarkan ramai pemimpin pembangkang saat ini.Malah Anwar Ibrahim yang menjadi pemimpin paling awal berucap,seperti tidak dapat menyembunyikan kekecewaannya melihat hadirin yang hanya memenuhi ruang depan pentas dan jalanraya berdekatan sahaja manakala di atas padang masih banyak ruang kosong jelas kelihatan.Ketua Umum PKR itu kemudiannya dilihat meninggalkan majlis selepas selesai memberi ucapan dan membaca lafaz ikrar menyokong tuntutan royalti minyak untuk Kelantan.Ceramah ini dianjurkan oleh Gabungan Profesional Menuntut Royalti,Hak Pendaratan Minyak dan Gas Ke Kelantan (ROYALTI),sebuah NGO yang merupakan proksi kepada PAS Kelantan dan orang yang menjadi tulang belakang kepada penubuhannya ialah Naib Presiden PAS,Husam Musa.Mengikut perancangan awal mereka,kira-kira 1,400 orang rakyat Kelantan akan berkonvoi ke Shah Alam sebelum meneruskan perjalanan ke Putrajaya secara berkonvoi menaiki 600 buah kenderaan.Bagaimanapun,jumlah sebenar yang menyertai konvoi nyata kurang dari sasaran apabila hanya kurang dari 100 buah kenderaan sahaja yang menyertainya termasuk empat buah bas. 

Untuk menampung kekurangan tersebut,ramai ahli dan penyokong PAS sekitar Shah Alam dan Kota Raja dikerah meramaikan ceramah disamping turut diminta memakai baju merah berlogo R bagi menyertai konvoi ke Istana keadilan di Putrajaya.Sementara itu di Putrajaya,Mahkamah Persekutuan telah membenarkan permohonan kerajaan Kelantan untuk menangguhkan dua prosiding berkaitan isu royalti yang sedang berlangsung di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan.Keputusan tersebut kemudiannya disambut gembira oleh kira-kira 1,000 orang peserta himpunan Royalti yang berhimpun di perkarangan Mahkamah Persekutuan.Selepas selesai berhimpun di Putrajaya,konvoi tersebut dilaporkan akan singgah di KLCC,barangkali untuk membeli belah,menikmati permandangan sambil berdemo tunjuk perasaan.Apapun,baik ketika NGO proksi PAS ini mengadakan ceramah mega yang langsung tidak mega syang dihadiri Anwar,hadi Awang dan Nik Aziz mahupun ketika mereka berhimpun di Putrajaya,tampak jelas sambutan orang ramai untuk program pro pembangkang semakin berkurangan.Senario ini mirip seperti suasana suram yang menyelubungi pakatan pembangkang semasa menjelang Pilihanraya Umum 2004.ketika itu sebahagian besar program dan majlis politik anjuran mereka juga kurang mendapat sambutan sehingga memaksa PAS dan PKR membuat kerahan tenaga memaksa ahli-ahlinya meramaikan majlis anjuran mereka.Jika trend ini berterusan,tidak mustahil PRU 13 nanti pakatan pembangkang akan mengulangi kejatuhan mendadak hampir sama seperti PRU 10 2004 dulu.

RENUNG-RENUNGKAN 

PAMPASAN UNTUK TAHANAN ISA !!! BUKTI KERAJAAN DI BAWAH PEMERINTAHAN PM @NAJIBRAZAK TIDAK ZALIM !!!

Posted: 03 Oct 2012 06:58 PM PDT


Dakwaan PR bahawa kononnya sistem kehakiman negara ini adalah tidak telus dan dikawal kerajaan UMNO kini terserlah lagi sebagai satu pembohongan yang nyata dan berniat jahat apabila 5 tahanan ISA yang terdiri dari puak mereka telah memenangi perbicaraan dan bakal menerima pampasan yang tinggi.Tian Chua,Hishamudin Rais,Badrulamin khalwat,Badaruddin dan Saari diputuskan oleh mahkamah untuk menerima pampasan lebih RM4 juta atas alasan ditahan berdasarkan politik dan bukannya keselamatan negara.Kita hormati keputusan hakim walaupun tidak bersetuju bahawa mereka-mereka ini tidak mengancam keselamatan negara.Sebagai seorang yang rasional kita faham bahawa pendapat dan pandangan kita tidak penting dalam memperkatakan sesuatu kes mahkamah tetapi yang penting adalah bukti dan saksi.Malangnya,pihak yang bakal menerima pampasan tersebut sendiri adalah terdiri dari mereka-mereka yang tidak rasional.

Penahanan mereka itu sendiri adalah buktinya,di mana ianya bertitik tolak atau berpunca dari keengganan mereka menerima keputusan mahkamah yang mendapati Anwar Ibrahim sebagai bersalah.Sebenarnya,tidak salah jika dikatakan bahawa mereka ini lahir dari kes Liwat I Anwar.Sejak Anwar didapati bersalah oleh mahkamah dalam kes tersebut,mereka-mereka ini giat memburuk-burukkan sistem kehakiman negara dan kerajaan ke serata dunia Kononnya kerajaan mengawal mahkamah,hakim berat sebelah dan undang-undang boleh dimanipulasi.Imej Malaysia terjejas teruk kerana sikap tidak bertanggungjawab mereka itu. Oleh yang demikian, walaupun mereka tidak mengancam keselamatan negara sepertimana yang diputuskan hakim, mereka kekal dilihat oleh rakyat sebagai pengkhianat negara dan pembohong.Bukan sekali pembohongan mereka mengenai sistem kehakiman negara ini terdedah tetapi berkali-kali.Pembebasan Anwar bagi kes liwat II adalah bukti nyata bahawa PR berbohong kononnya mahkamah dikawal oleh kerajaan.Logik akal menyatakan jika benar mahkamah dikawal oleh kuasa politik,tidak mungkin Anwar akan bebas dan tidak mungkin kelima-lima pengkhianat negara itu akan mendapat pampasan.

Namun,ini tidak berlaku,sebaliknya Anwar dan pengkhianat-pengkhianat ini semua menang dan bebas untuk terus temberang kepada dunia memburukkan negara dan kerajaan.Maka jelas sekali bahawa kerajaan tidak pernah mencampuri urusan perundangan negara ini.Kerana itu,kita melihat pembangkang boleh menang dalam beberapa kes dan pemimpin UMNO juga boleh didapati bersalah dan dihukum dalam beberapa kes lain.Secara dasarnya, kini PR tidak punya kredibiliti lagi untuk menjaja bahawa sistem kehakiman tidak adil dalam strategi mereka untuk menjatuhkan BN.Dengan itu,kita sama-sama tunggu apakah selepas menerima pampasan ini maka Tian Chua,Hishamudin Rais,Badrulamin khalwat,Badaruddin dan Saari akan terus berbohong bahawa mahkamah Malaysia tidak adil dan berat sebelah ??? Jika mereka terus melakukannya, maka ada kebenarannya bahawa mahkamah Malaysia tidak adil iaitu bukan kerana ia dikawal oleh BN,tetapi oleh pihak PR sendiri sehingga dapat memastikan yang pihak mereka menang dalam kes-kes yang mampu memberi imbuhan kepada mereka.

RENUNG-RENUNGKAN 

EKSKLUSIF !!! TANAH YBK !!! KEZALIMAN KERAJAAN SELANGOR AKHIRNYA DI BALAS OLEH ALLAH !!!

Posted: 03 Oct 2012 05:19 PM PDT

Sesungguhnya,tidak ada yang lebih zalim dari merampas tanah rakyat miskin Dan inilah yang dilakukan oleh kerajaan PR Selangor yang kononnya berjuang untuk rakyat di mana Menteri Besarnya begitu tega ingin merampas tanah yang dimiliki oleh syarikat Permodalan YBK (PYBK),iaitu anak syarikat Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) yang seluas 1,625 ekar di Serendah,Hulu Selangor.Seluas 218 ekar daripada tanah tersebut telah dicadangkan sebagai tapak Projek UiTM.Alasan Kerajaan PR Selangor untuk merampas tanah milik syarikat tersebut ialah kerana kononnya telah tidak membayar cukai tanah.Namun keputusan mahkamah yang memihak kepada PYBK membuktikan bahawa cukai tanah sebanyak RM1.280 juta telah dibayar pada 31.8.2009 ('bayaran pertama") sebagai memenuhi syarat permohonan Kebenaran Merancang kepada Kerajaan Negeri Selangor Dan cukai tertunggak sebanyak RM5.7 juta pula dibayar pada 1.2.2010 melalui Yayasan Melaka ("bayaran kedua"). Namun,apa yang berlaku ialah : 

i) Bayaran pertama dipulangkan tanpa sebarang alasan diberikan bahkan tiada Notis 6A dikeluarkan untuk tanah tersebut

 ii) Bayaran kedua dipulangkan dengan alasan bahawa bayaran tersebut tidak boleh dibuat oleh pihak ketiga iaitu Yayasan Melaka 

Tindakan kerajaan negeri memulangkan semula bayaran menunjukkan bahawa mereka memang berniat untuk merampas tanah milik PYBK ini.Ini kerana pihak ketiga atau keempat yang membuat bayaran tidak sepatutnya menjadi soal jika benar isunya adalah 'cukai tanah tidak berbayar'.Justeru,persoalannya ialah apakah motif kerajaan PR Selangor untuk merampas tanah ini ??? Pengerusi YBK,Datuk Zainal Abidin Sakom mengesahkan bahawa tanah hak milik syarikat tersebut telah pun mempunyai geran dan cukai premium tanah sejak diambilalih pada 1997 juga telah dijelaskan.Maka,jika kerajaan negeri ingin mengambil-alih tanah tersebut, ia perlulah melalui proses pengambilan tanah mengikut undang-undang. Menurut laporan awal, Menteri Besar Selangor,Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bertegas untuk merampas tanah seluas 526 hektar bernilai RM540 juta di Serendah,Rawang,milik YBK kerana yayasan itu enggan membenarkan Kerajaan Selangor campur tangan dalam urusan operasi dan pentadbirannya. 

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 20 Oktober lalu telah menetapkan Menteri Besar perlu dilantik sebagai Pengerusi YBK, manakala seorang lagi wakil kerajaan negeri dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah dengan portfolio kebajikan,namun tiada maklum balas positif daripada yayasan itu.Sekali lagi,apakah motifnya bagi kerajaan PR Selangor untuk beria-ia ingin masuk campur dalam urusan dan operasi YBK ??? Jika alasannya adalah kerana ingin memantau kewangan dan pentadbiran YBK untuk memastikan kebajikan rakyat miskin terjaga tentulah tidak boleh diterima kerana segala program YBK adalah telus selain kewujudannya sudah begitu lama dan terbukti berkesan. Lagipun, rakyat Selangor yang 'dekat' dengan program-program kebajikan pasti sedia maklum tentang bagaimana kerajaan PR Selangor telah menghentikan sumbangan yang biasa diperuntukan kepada beberapa rumah anak-anak yatim di negeri ini oleh kerajaan BN sebelum ini.Tiada alasan diberikan atas tindakan menghentikan sumbangan tersebut. Justeru, alasan prihatin terhadap rakyat miskin tentulah tidak boleh diterimapakai.Oleh itu,rakyat melihat bahawa motif kerajaan Selangor ingin merampas tanah ini tidak lain tidak bukan ialah kerana PYBK dilihat sebagai tidak menepati aspirasi PR yang memegang prinsip kesamarataan total,selain ingin meneroka peluang untuk membuat 'keuntungan' dari tanah yang begitu luas.

Secara amnya,pembinaan UiTM serta program-program yang melibatkan rakyat miskin oleh PYBK pastinya mensasarkan kaum Melayu.Inilah yang dikatakan tidak menepati prinsip kesamarataan total yang didokong PR. Pastinya, DAP yang sedia menggenggam leher Khalid Ibrahim memberi tekanan yang hebat kepada beliau agar memastikan segala projek atau program yang mengutamakan sesuatu kaum terutama bumiputera,dihentikan atau ditiadakan terus.Lebih dari itu,sebagai seorang yang berlatarbelakangkan korporat dan memerintah dengan berorientasikan keuntungan,Khalid Ibrahim sendiri tidak berminat dengan program-program atau projek 'ala' kebajikan yang dilakukan oleh PYBK,sedangkan tanah yang luas itu boleh membawa hasil yang lebih jika dibangunkan pusat komersial atau perumahan mewah.Apa yang berlaku dalam isu tanah PYBK ini telah menyerlahkan sifat sebenar PR yang bercakap tidak serupa bikin.Slogan 'Demi Rakyat' yang mereka laungkan hanyalah untuk rakyat yang sedia kaya, kaum Cina dan golongan korporat atau peniaga yang berjaya.Rakyat miskin yang tidak membayar cukai dan tidak membawa pendapatan atau keuntungan kepada negeri tidak perlu diberi perhatian.Dengan cara ini,barulah PR mampu membuktikan 'kecekapan' dalam mentadbir negeri,di mana hasilnya tercatat dalam bentuk angka keuntungan atau pendapatan tahunan.Dengan itu,inilah diingatkan bahawa jika PR dibiarkan terus memerintah Selangor, tidak mustahil orang miskin dan sederhana iaitu yang majoritinya adalah Melayu,perlu kembali ke kampung atau meneroka hutan sepertimana yang pernah dilaungkan oleh DAP ketika tragedi 13 Mei. 

RENUNG-RENUNGKAN 
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...