UMNO Online - “Putrajaya To Become Prime Tourism And Administrative Centre- PPJ” plus 6 more |
- Putrajaya To Become Prime Tourism And Administrative Centre- PPJ
- Polis Siasat facebook Palsu Pemuda UMNO – Ketua JSJ KL
- Banyak Perkara Rosak Jika Pembangkang Perintah: Dr Mahathir
- Pemuda UMNO Tidak Utamakan Jumlah Calon – Razali
- Aidilfitri Jadi Landasan Memperkukuh Dan Mantapkan Persefahaman
- Rumah Terbuka Aidilfitri Landasan Penting Kukuh Perpaduan Rakyat: Shafie
- Najib Nasihati Pelajar Di Luar Negara Sumbang Ke Arah Kejayaan Malaysia
Putrajaya To Become Prime Tourism And Administrative Centre- PPJ Posted: 22 Aug 2012 05:32 AM PDT Putrajaya, Aug 22 — The Putrajaya Corporation (PPJ) will take various initiatives to turn Putrajaya into a prime tourism and administrative centre said its president Tan Sri Aseh Che Mat today. He said the unique architecture of buildings and bridges, beautiful parks and lake here will place Putrajaya on the local and international tourism map. Therefore, he said a standing committee will be formed with the Tourism Ministry to promote the administrative centre as a tourist attraction. “I’ve held two meetings with Tourism Minister Datuk Seri Dr Ng Yen Yen. The committee will be activated next week and jointly chaired by the Tourism Ministry Secretary-General, Tourism Malaysia Director-General and myself. “We will list all tourism products that can be found in Putrajaya,” he told reporters after meeting Nadi Putra bus drivers at the Park & Ride Terminal in Presint 14, here today. |
Polis Siasat facebook Palsu Pemuda UMNO – Ketua JSJ KL Posted: 22 Aug 2012 05:24 AM PDT Kuala Lumpur, 22 Ogos — Polis sedang menyiasat laporan mengenai kewujudan laman sosial Facebook palsu menggunakan nama ‘Pemuda Umno Malaysia’ yang memaparkan poster berbaur hasutan. Ketua Jabatan Sisatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata setakat ini, hanya satu laporan polis mengenai laman Facebook palsu itu diterima. “Polis setakat ini masih belum memanggil mana-mana individu untuk memberi keterangan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. Ku berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Isnin lepas, Setiausaha Kerja Pemuda Barisan Nasional, Ibdilillah Ishak membuat laporan polis berhubung kewujudan laman sosial Facebook itu. |
Banyak Perkara Rosak Jika Pembangkang Perintah: Dr Mahathir Posted: 22 Aug 2012 05:19 AM PDT Kuala Lumpur, 22 Ogos — Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengingatkan rakyat bahawa tindakan memberi mandat percubaan kepada pembangkang untuk memerintah negara selama lima tahun sebagai langkah berbahaya. Bekas perdana menteri itu berkata ini kerana langkah itu boleh merosakkan banyak perkara. Beliau berkata banyak perubahan yang dijanjikan pembangkang seperti tiada yuran pendidikan dan tiada tol lebuh raya akan gagal seperti yang berlaku kepada sosialis dan komunis pada masa lepas yang mencuba idea negara kebajikan. “Malaysia tiada sebarang ideologi. Tetapi yang nyata kerajaan memerlukan “Tetapi apabila kerajaan menghapuskan cukai, tol dan yuran, ia akan Dr Mahathir berkata dalam mengumpul dana, adalah tidak salah untuk meminjam jika wang itu dilabur dan memberi pulangan. “Tetapi meminjam wang hanya untuk dibelanjakan akan menyebabkan tidak dapat membayar balik pinjaman. Inilah yang terjadi kepada Greece. Ia kini bankrap,” katanya. Dr Mahathir berkata rakyat perlu melihat rekod Barisan Nasional (BN) memerintah negara sejak kemerdekaan dan membandingkannya dengan negara lain yang mencapai kemerdekaan pada waktu sama, atau dengan negara barat yang maju. “Mereka berada dalam kesulitan kewangan yang teruk, dan cuba sedaya mungkin, tetapi tidak dapat mengatasi krisis itu,” katanya. Beliau berkata sepanjang tempoh krisis kewangan 1997-1998, timbalan perdana menteri dan menteri kewangan pada masa itu (Datuk Seri Anwar Ibrahim) mencuba penyelesaian Tabung Matawang Antarabangsa (IMF) tanpa pinjaman IMF dan bank dan syarikat-syarikat menghadapi ancaman bankrap akibat pinjaman tidak berbayar, kenaikan kos import serta kos sara hidup. “Rekod menteri kewangan pada masa itu adalah buruk, walaupun gemar mendakwa kejayaan hasil usaha orang lain sebagai hasil usahanya. “Sekarang, sebagai pemimpin pembangkang beliau mendakwa akan membawa perubahan. Perubahan baik apakah yang beliau perkenalkan semasa berada dalam kerajaan dahulu?” kata Dr Mahathir. Beliau berkata Anwar hanya berminat untuk memegang pucuk pimpinan Umno supaya dapat menjadi perdana menteri dan berkata: “Bagaimana beliau mencapai sasarannya itu tidak perlu lagi diperinci”. Bekas perdana menteri itu berkata adalah mudah untuk membuat janji semasa kempen pilihan raya, tetapi untuk menunaikan janji adalah suatu perkara lain. Dr Mahathir berkata pembangkang akan memastikan yang BN tidak akan kembali, dan akan menggunakan pegawai kerajaan untuk ‘gempar’ sesiapa sahaja yang ingin menukar kerajaan. Dr Mahathir berkata BN sentiasa mendengar pandangan rakyat dan telah mengubah banyak undang-undang dan dasar untuk membawa masa hadapan yang lebih baik kepada mereka. “Apa yang perlu dilakukan oleh rakyat ialah menggesa BN supaya membuat apa juga perubahan yang dihasratkan rakyat,” katanya. |
Pemuda UMNO Tidak Utamakan Jumlah Calon – Razali Posted: 22 Aug 2012 05:15 AM PDT MUAR, 22 Ogos — Pemuda Umno tidak mementingkan bilangan anggotanya yang akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang, sebaliknya menumpukan kepada calon boleh menang. Naib Ketua pergerakan Datuk Razali Ibrahim berkata tidak ada gunanya jika mempunyai calon yang ramai namun gagal memberi kemenangan kepada Barisan Nasional (BN). “Apa yang lebih penting, calon daripada Pemuda harus mempunyai harapan untuk menang dalam pilihan raya itu,” katanya ketika ditemui pemberita pada rumah terbuka sempena Aidilfitri di kediamannya di Kampung Sri Menanti, di sini hari ini. Razali yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan, berkata beliau juga akan akur dengan keputusan pucuk pimpinan jika dirasakan beliau tidak mampu mempertahankan kerusi Parlimen Muar. Saya akan berusaha untuk memastikan calon BN yang terpilih bertanding di kerusi itu menang, katanya menambah senarai calon Pemuda sudah diserah oleh Ketua sayap Khairy Jamaludin kepada Presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak. “Tidak ada maknanya saya bertanding mewakili BN kalau tidak boleh menang,” katanya sambil menambah, peratus kemenangan calon Pemuda pada pilihan raya umum 2008 adalah memuaskan. Beliau berkata kepentingan parti harus melebihi kepentingan diri setiap anggota dan mereka yang tidak dicalonkan harus berusaha membantu BN dan bukan menjatuhkannya. |
Aidilfitri Jadi Landasan Memperkukuh Dan Mantapkan Persefahaman Posted: 21 Aug 2012 08:27 PM PDT Sipitang, 22 Ogos – Ternyata sambutan perayaan Aidilfitri menjadi landasan ke arah memperkukuhkan dan mempermantapkan persefahaman serta perpaduan yang sedia ada di kalangan rakyat pelbagai kaum. Hakikat inilah yang dapat disaksikan pada majlis rumah terbuka Umno Sipitang di dewan serbaguna Sipitang kelmarin. Lebih 5.000 rakyat yang hadir bagi memeriahkan rumah terbuka itu tidak hanya di kalangan mereka yang beragama Islam dan meraikan Aidilfitri tetapi mereka yang bukan beragama Islam turut hadir bagi memeriahkan sambutan perayaan tersebut. Keunikkan ini sudah menjadi kebiasaan kepada rakyat negara ini dan ianya bukan sesuatu yang menghairankan sebaliknya ia cukup jelas memperlihatkan betapa hebatnya perpaduan dan persefahaman rakyat negara ini yang terbina selama ini. Ketua Umno Bahagian Sipitang Datuk Sapawi Ahmad bersama-sama barisan kepimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN) pada kali ini menyambut kehadiran orang ramai ke majlis tersebut. "Inilah keistimewaan yang kita miliki…semangat kasih sayang di kalangan rakyat negara ini amat tinggi dan inilah juga membuktikan betapa perjuangan Umno dan BN telah memberikan pulangan yang terbaik kepada rakyat," katanya lagi. Beliau berkata selagi rakyat yakin dan percaya kepada Umno serta BN selagi itulah perpaduan dan persefahaman akan dipermantapkan. Malah, katanya, Umno dan BN juga tidak suka dan amat benci dengan pembohongan "keadaan ini amat berbeza dengan pembangkang yang suka kepada pembohongan." "Kita berjuang untuk rakyat dan bukannya mempergunakan serta mengelirukan rakyat…jika kita bersikap seperti pembangkang, sudah tentu rakyat tidak akan dapat merasai apa yang dinikmati ketika ini," katanya lagi. Majlis rumah terbuka Umno Sipitang itu turut diceriakan dengan kehadiran rakyat dai negara luar dan negara jiran. Sapawi memberitahu situasi yang diperlihatkan itu sudah tentu menarik perhatian rakyat negara luar dan negara jiran. "Tentunya keadaan ini amat berbeza dengan apa yang dialami oleh rakyat negara lain…kita utamakan keharmonian dan kemakmuran," katanya lagi. Sambil mengucapkan terima kasih kepada rakyat yang hadir, Sapawi berkata hubungan yang terjalin mesra akan dapat diteruskan. "Kita berharap rakyat akan terus bersama-sama Kerajaan BN dan Umno bagi memastikan keharmonian dan kemakmuran dapat dinikmati berterusan dari masa ke semasa," katanya lagi. Hadir sama pada majlis tersebut termasuklah Pegawai Daerah Sipitang Latip Amat, Pegawai Daerah Papar Iman Ali, Setiausaha Umno Sipitang Alidin Mohamad, Timbalan Ketua Umno Sipitang Kamarlin Ombi, Ketua Penerangan Umno Sipitang Ahmad Bujang, Ketua Wanita Umno Sipitang Datuk Surinam Sadikun, Ketua Pemuda Umno Yamani Hafez Musa dan Ketua Puteri Umno Sipitang Dayang Maimunah Sidek. |
Rumah Terbuka Aidilfitri Landasan Penting Kukuh Perpaduan Rakyat: Shafie Posted: 21 Aug 2012 08:15 PM PDT Semporna, 22 Ogos — Penganjuran rumah terbuka Aidilfitri setiap tahun adalah landasan penting bagi memupuk perpaduan rakyat berbilang kaum dan agama di negara ini, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Afdal. Beliau berkata melalui majlis rumah terbuka, rakyat pelbagai kaum dan kepercayaan boleh memupuk semangat persefahaman serta saling menghormati budaya dan amalan masing-masing. “Saya harap semangat dan amalan majlis rumah terbuka seperti ini dapat diterapkan dalam kalangan generasi muda demi mengukuhkan ikatan perpaduan rakyat di negara ini,” kata Anggota Parlimen Semporna itu kepada pemberita pada majlis rumah terbuka beliau di sini, semalam. Ribuan rakyat termasuk dari Tawau, Kunak, Lahad Datu, Sandakan dan Kota Kinabalu menghadiri majllis itu. |
Najib Nasihati Pelajar Di Luar Negara Sumbang Ke Arah Kejayaan Malaysia Posted: 21 Aug 2012 08:10 PM PDT Kuala Lumpur, 22 Ogos – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak malam tadi menasihatkan pelajar Malaysia di luar negara agar belajar bersungguh-sungguh dan menguruskan diri dengan baik supaya dapat membuat sumbangan kepada kejayaan negara. |
You are subscribed to email updates from UMNO Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment