PISAU.NET |
- Pemimpin Umno Pulau Pinang Hina Tuhan !
- PAS Is Not An Islamic Party: They Are Obsessed
- Janji Di Kota : Hadi Sokong DAP Buang Kakitangan Kerajaan,Bermula Di Pulau Pinang!
- PEMBANGKANG DEDAHKAN MAKLUMAT NEGARA
Pemimpin Umno Pulau Pinang Hina Tuhan ! Posted: 22 Aug 2012 02:30 AM PDT Nampak gayanya Datuk Musa bermain dengan api,tindakan beliau menghina tuhan DAP sudah pasti akan mencetus kemarahan puak khawarij PAS. Semua orang tahu Lim Guan Eng adalah tuhan DAP dan juga khalifah kepada gerembolan khawarij. Penghinaan ini mencerminkan keadaan Umno yang semakin terdesak dan nakal hingga ke tahap menghina tuhan DAP. Apa salah Guan Eng yang hanya sekadar makan sekupang dua hasil gadai tanah hingga dihina sebegitu rupa? Bukankah ini hak beliau sebagai ketua menteri dan juga exco tanah untuk mengambil hasil untuk kepentingan poket sendiri...salahkah? Apa salah Guan Eng yang berjuang selama ini untuk rakyat makan serba "sedikit" sedangkan beliau adalah Ketua menteri. Negeri Pulau Pinang adalah hak Guan Eng kenapa dipersalahkan jika beliau "makan"? Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir menggelarkan Lim Guan Eng sebagai 'Robin Lim' berikutan sikap Ketua Menteri Pulau Pinang itu yang didakwa mengambil tanah orang miskin untuk diberikan kepada orang kaya. Pisau kata "Guan Eng sapu berjuta ringgit hasil seleweng tanah..minggu depan minggu paling ngeri buat haram jadah ni..korang tunggu lah.. " |
PAS Is Not An Islamic Party: They Are Obsessed Posted: 21 Aug 2012 11:30 PM PDT It has become a routine for PAS's leaders and supporters to clash between one another, they would often put politics in front of everything and they would never accept one anothers' opinions. Their arrogance had led to each of them often try to find their own excuses to show that they are never wrong, while everything which was accomplished by UMNO is always wrong. To them, PAS is the only organization which fights for Islam and UMNO is kafir where they go against PAS. As UMNO comes up with Islamic development programs such as the developing Islamic banking, Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Tabung Haji, building mosques and surau, PAS would be the forst to mock all of those efforts. During the early establishments of Tabung Haji, Bank Islam and UIA, PAS mocked and said that BN was trying to gain support from rakyat which had shifted to PAS. Not just that, PAS also mentioned that those who used the service from Tabung Haji to perform their haj, it would not mean anything and need to be done again. When the fact is, since it was officially running in 1963, it is one of the biggest help for Muslims so that they would reach Mecca. If it is true that Tabung Haji is haram, why should PAS supporters go there to find work? Perhaps those mockery that gave to UMNO were just jealousy. As for Bank Islam, PAS mentioned that those were UMNO's new political weapons to weaken the support for PAS. But as PAS takes over Kelantan in 1990, how could the CM decide to keep the state money to Bank Islam. Nik Aziz even dared mention that Kelantan is the only state that keeps and operates with Bank Islam. UIA in the other hand, after a while, it becomes the university which produces graduates from pro-PAS youth who are now even few of the leaders and supporters. All of these showed that PAS is an Islamic party that uses the name of Islam for their own interest instead of working for people. Their extreme movement had proven to be useless for both rakyat and the country. |
Janji Di Kota : Hadi Sokong DAP Buang Kakitangan Kerajaan,Bermula Di Pulau Pinang! Posted: 21 Aug 2012 06:41 PM PDT DAP chauvanis ultrakiasu rasis mengotakan janji mereka. Laungan untuk membuang kakitangan kerajaan jika mereka memerintah Putrajaya dilaksanakan terlebih dahulu di Pulau Pinang. Pisau pernah dedahkan bahawa DAP memang mahu membuang kakitangan awam malah mereka ini dihina di ceramah ceramah DAP hanya kerana kerajaan memberi bonus kepada kakitangan kerajaan. Khawarij PAS memang menyokong pembuangan kakitangan kerajaan,ini bukan cerita baru sejak tahun lepas mereka menyokong cadangan DAP. Alasan PAS bersetuju agar cadangan DAP membuang kakitangan kerajaan dilaksanakan: Tuan Ibrahim Tuan Man,dalam kenyataan beliau bertarikh 7-11-11 .Kononnya penyelarasan tugas dan bidang kuasa bakal dilaksanakan. PAS turut berpendapat,jumlah kakitangan awam melayu terlalu ramai maka jumlah itu harus dikurangkan.Memandangkan perancangan DAP mahu membuang kakitangan awam dan bakal diisi oleh mereka yang diambil bekerja berdasarkan Merit maka sudah tentu menepati kehendak Nik Aziz dan seluruh PAS yang anti kepada BANGSA MELAYU. 'Down sizing' alasan yang diguna pakai tak lebih kepada mahu menutup periuk nasi kakitangan awam.Malah secara langsung mahu menghapuskan dominasi majoriti melayu yang berkerja disektor kerajaan. Inilah yang dikatakan tahaluf siyasi PAS yang dicanang oleh pemimpin mereka.Pisau berasakan sudah pasti seluruh penyokong PAS yang berkhidmat di jabatan kerajaan sanggup meletak jawatan kerana walaq mereka terhadap PAS dan DAP maka perancangan ini harus dilaksanakan.:DAP rancang buang kakitangan awam:klik sini Kenyataan PAS menyokong kakitangan awam ditendang keluar. Kita semua sedia maklum,Nik Aziz sendiri menghina bangsa melayu,maka ia adalah bertepatan dengan tindakan PAS menyokong DAP dalam melaksanakan perancangan ini. Sedar atau tidak kakitangan awam sebenarnya dipandang hina oleh seluruh chauvanis ultra kiasu rasis DAP! Rasis chauvanis ultrakiasu DAP berpendapat gaji kakitangan awam dibayar oleh mereka! Maka ia adalah satu pembaziran buat kaum puak chuavanis ultra kiasu membela kakitangan yang majoritinya adalah melayu. Membayar gaji dan bonus kepada kakitangan awam dianggap satu pembaziran oleh DAP dan pakatan.Sebab itulah mereka menyemai kebencian kepada rakyat dan mempertikaikan pemberian bonus dan kenaikan gaji yang dilakukan oleh kerajaan BN :buktinya diceramah pakatan:- Penjawat awam makan gaji buta,pemalas tak buat kerja?Tiap tahun gaji mau naik?Bonus pun nak tibai jugak?Menghabiskan wang rakyat!? Gamaknya itulah yang dimaksudkan oleh para pemimpin pakatan rakyat yang kamu semua sokong sangat! Nah ,sekarang ini di Pulau Pinang regim negeri membuang ramai kakitangan kerajaan malah mendapat sokongan daripada presiden PAS. Yang bagusnya ramai kakitangan kerajaan menyokong haprak pakatan,adakalanya bagus juga dibuang memandangkan mereka ini kesemuanya 85% adalah melayu. Melayu melayu ini sanjung tinggi kepimpinan haprak pakatan. Sudah pasti tidak menjadi isu jika mereka dibuang kerja memandangkan banyak membazir duit kerajaan kata DAP. Tindakan Guan Eng membuang kakitangan Melayu seharusnya disambut baik oleh gerembolan haprak pakatan.Kerana pemimpin ini menjimatkan wang rakyat dan sebagai langkah berjimat cermat bukan? Manakala Presiden Cuepac Datuk Omar sememangnya tahu terlebih dahulu mengenai aduan kakitangan melayu dibuang sesuka hati oleh Guan Eng, nak tahu apa yang jadi? Baru baru ini semasa lawatan beliau ke pejabat ketua menteri paling celaka dalam sejarah regim negeri tak lebih kepada adegan peluk memeluk yang entah apa apa...Ada beliau bersuara mengenai kes pembuangan kakitangan melayu? Tak ada bukan?
Pisau kata " Seluruh kakitangan kerajaan harus sedar,kerjaya mereka bagaikan telur dihujung tanduk jika haprak pakatan menang...nak sokong lagi haprak pakatan?" |
PEMBANGKANG DEDAHKAN MAKLUMAT NEGARA Posted: 21 Aug 2012 03:45 PM PDT MilitaryOfMalaysia-1. Saya tertarik untuk mengulas mengenai tuduhan ahli-ahli politik yang berjawatan tinggi dalam parti pembangkang yang telah menuduh bahawa sekarang sudah berlaku skandal dalam projek Network Centric Operations (NCO) yang sedang dimajukan oleh Sapura Secured Technologies Sdn Bhd (SAPURA) untuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM). 2. Saya dapat tahu cerita ini dari blog Nurul Izzah, saya fikir pihak pembangkang ini tidak habis-habis menggodam cerita-cerita sensitif ATM. 3. Malang sekali apabila banyak cerita tidak benar dan masuk akal yang datang dari pihak pembangkang, jika ada cerita yang benar sekali pun, orang sudah susah untuk percaya kerana banyak perkara yang ditokok tambah. 4. Dari kaca mata saya, cerita yang dijaja bukan dibuat untuk kepentingan negara. 5. Kalau betul sayang negara, Nurul tidak memalukan rakyat negara ini apabila membuat pengakuan kononnya kapal selam Scorpene tidak boleh menyelam di Indonesia, cukuplah dengan bising di dalam negeri sahaja (Malangnya, ada juga rakyat Malaysia yang percaya dan terus percaya sampai sekarang).
6. Oleh kerana pendedahan Nurul itu juga, Indonesia kini menempah dua lagi kapal selam dari Korea Selatan dan memodenkan dua kapal selam tua miliknya menunjukkan bertapa pihak tentera laut Indonesia tidak memandang ringan keupayaan Tentera Laut Di Raja Malaysia (TLDM). 7. Rakyat Indonesia mungkin ketawa mendengar pendedahan Nurul tetapi Tentera Nasional Indonesia (TNI) dan agensi perisikan Singapura tidak…dan kerana itu mereka bersusah payah menghantar perisik-perisik mereka memasuki ATM tetapi Alhamdullilah, Allah tidak suka orang munafik, dan mereka semua kena tangkap dan dikesan. 8. Bagi saya ahli-ahli politik seperti Nurul ini sebenarnya mudah dipergunakan oleh pihak-pihak yang berkepentingan, sama ada mereka ahli perniagaan atau pun agensi risikan luar yang berselindung di sebalik badan bukan kerajaan (NGO) yang membawa macam-macam suara dan mendakwa mereka mewakili "SUARA" rakyat negara ini. 9. Saya kira, Nurul perlu berhubung dengan ATM untuk mendapatkan maklumat tentang berapa ramai perisik Indonesia, Singapura, CIA, Mossad dan ramai lagi yang telah dikesan berkeliaran dalam negara untuk mendapat gambaran sebenar tentang apa yang sedang terjadi dan apa rancangan negara-negara yang berkepentingan. PEMBANGKANG MELAYU SEDANG DIPERGUNAKAN 10.Ahli perniagaan (mereka yang kalah tender) inilah yang memberi maklumat kepada politikus, pihak-pihak ini mungkin kecewa kerana tender yang mereka lobi dengan nilai berjuta-juta ringgit akhirya terlepas ke tangan orang lain. 11. Saya sebenarnya sudah masak sangat dalam sepak teranjang politik dan dunia bisnes perdagangan senjata ini, bidang ini merupakan satu-satunya cabang orang Melayu boleh buat duit berjuta kerana tender biasanya boleh meninggi sampai beratus-ratus juta atau bilion. 12. Apakah wajar apabila Nurul Izzah mahu kerajaan membuat tender terbuka untuk sistem NCO bagi pihak tentera. 13.Hal-hal sensitif seperti NCO tidak wajar dibuat secara terbuka kerana ia berkait rapat dengan kerahsiaan ATM. 14. Atau Nurul Izzah telah diprovoke oleh pihak tertentu untuk mendedahkan maklumat sulit ATM tanpa beliau sedar. 15. Sepatutnya pembangkang harus berbangga kerana pembangunan NCO dijalankan oleh sebuah syarikat milik bumiputera dan ini bermakna maklumat sensitif mengenai ATM dan sistem komunikasi milik pihak keselamatan tidak akan didedah. 16. Dahulu parti yang sama juga yang membuat bising apabila pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) konon-konon telah menggunakan sistem komunikasi APCO yang kebetulan mempunyai nama yang sama dengan sebuah syarikat yang mempunyai jurutera Israel. 17.Jadi ramailah ahli-ahli politik pembangkang yang risau jika rahsia negara akan terdedah kepada musuh. 18.Parti yang sama juga mendesak mengapa PDRM tidak menggunakan kepakaran rakyat tempatan untuk sistem telekomunikasinya, pada halnya APCO itu merupakan nama sejenis sistem radio bukan nama syarikat. 19.Sekarang apabila ATM mengikut nasihat pembangkang, memberi kepercayaan kepada Sapura, timbul pula soal lain. 20.Saya fikir, jika projek NCO ini benar-benar akan menghabiskan wang negara dan mungkin berlaku kepincangan, saya nasihatkan Nurul untuk membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), hal-hal yang berkaitan keselamatan negara ini wajarlah diselesaikan secara dalaman tanpa perlu membuka pekung kepada pihak luar yang berminat. 21.Nurul sepatutnya sedar, Malaysia ini banyak negara yang "menaruh hati" dan masing-masing menghantar perisik mereka mendapatkan maklumat ke sini, Singapura, Indonesia, Filiphina malah Israel yang terletak jauh beribu kilometer itu pun sanggup melebarkan sayap risikan Mossadnya ke sini. 22.Dan bukan satu perkara rahsia, apabila DAP yang merupakan serpihan parti PAP Singapura menggunakan wartawan-wartawan dari akhbar Cina untuk mendapatkan maklumat mengenai ATM kerana akhbar biasanya mempunyai akses yang besar. 23.Saudari Nurul juga jangan lupa, bukan satu rahsia apabila banyak pergerakkan rakyat negara ini yang keluar masuk ke Afghanistan, Palestin, Lubnan dan ke mana-mana sahaja yang berkait dengan perjuangan dunia Islam antarabangsa telah disalurkan oleh rakyat Singapura yang berada dalam negara kepada pihak Mossad. JENIS-JENIS TENDER MILIK KERAJAAN MALAYSIA YANG HARUS DIKETAHUI UMUM (WAJIB BACA) TENDER PEMBERIAN TERUS 24.Nurul dan para pemimpin tertinggi parti pembangkang harus sedar bukan semua tender milik tentera boleh dibuat secara terbuka. 25.Secara umum, tender milik ATM dibuat secara i. Rundingan Terus ii. Tertutup dan iii.Terbuka 26.Rundingan terus adalah tender yang melibatkan hal-hal sensitif dan kerahsiaan di mana Kementerian Pertahanan mahu melindungi kepentingannya jadi sesuatu tender diberikan terus kepada syarikat terpilih seperti dalam isu NCO-Sapura ini. 27.Hal-hal yang berkaitan dengan sistem peperangan elektronik juga tidak akan dibuat secara tender terbuka. 28.Beberapa peralatan avionik dan sensor dalam SU30MKM juga tidak dibuat secara tender terbuka tetapi diberi langsung kepada Peranchis untuk melindungi rahsia kelebihan SU30MKM. 29.Walaupun beberapa pihak cuba meneka radar jenis apa yang dipakai oleh Sukhoi, ia hanya sekadar tekaan kerana muncung atau noise SU30 MKM tidak pernah dibuka semasa pameran kepada umum untuk menyembunyikan jenis radar yang digunakan. 30.Tender pemberian terus juga diberi kepada hal-hal yang berkaitan dengan pesawat maritim strike F-18 Hornet milik TUDM di mana, perkembangan dan pembangunan pesawat TUDM ini berkait rapat dengan polisi kerajaan AS. 31.Jadi hanya senjata dan sistem elektronik buatan syarikat AS sahaja yang boleh dipasang pada F-18 milik Malaysia dan tender terbuka atau separuh terbuka tidak akan dibuat kerana kerajaan Malaysia hanya boleh memasang peralatan yang dikeluarkan oleh syarikat AS yang diiktiraf kongres sahaja dibenarkan. TENDER TERTUTUP 32.Tender Tertutup pula ialah satu proses di mana beberapa jemputan dihantar kepada pihak berminat. Dalam kes ini, kita ambil contoh keperluan Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM) untuk melengkapkan skuadron pesawat MRCA yang baru. 33.Sebagai contoh, umum mengetahui bahawa TUDM (TUDM) sangat berminat untuk mendapatkan pesawat Typhoon dari United Kingdom (UK) 34.Ini disebabkan Typhoon mempunyai kebolehan yang sangat-sangat diperlukan oleh TUDM (sekali lagi saya kata, ini adalah contoh). 35.Kerajaan Malaysia bagaimanapun tidak boleh membeli Typhoon secara langsung dari UK kerana rakan-rakan yang lain seperti Peranchis, Russia dan Amerika Syarikat (AS) juga mengeluarkan jet pejuang dan mereka juga menyumbang sedikit sebanyak terhadap perkembangan ekonomi Malaysia. 36.Jadi Malaysia kemudian menghantar surat jemputan untuk permohonan tender kepada syarikat-syarikat pengeluar senjata AS, Sweeden, Peranchis, UK dan Russia. 37.Di sini kita lihat, China walaupun mengeluarkan jet pejuang tetapi tidak pula membariskan permohonan untuk memasarkan jet pejuang J-10 buatan mereka kepada Malaysia kerana negara itu tidak dijemput. 38.Andai kata Malaysia kemudian membeli Typhoon, negara-negara lain akan mendapat gambaran bahawa ianya adalah satu permainan yang adil dan saksama. 39.AS yang memasarkan F-18 Superhornet dan F-16 Block 60 kepada Malaysia serta Peranchis (Rafale) tidak boleh berkata apa dan berasa kecil hati kerana tender sudah pun dihantar kepada mereka dan "selection" telah dibuat mengikut tender siapa yang terbaik sedangkan sebenarnya, memang Malaysia hendakkan Typhoon. 40.Cuma mungkin kerajaan Malaysia boleh memberi alasan bahawa UK telah memberi tawaran yang lebih menarik, Typhoon wajar muncul sebagai pemenang. TENDER TERBUKA 41.Apabila tender terbuka dibuat, maka semua pihak akan cuba bertanding untuk mendapat tender ini. 42.Kita ambil contoh pembekalan kereta kebal untuk tentera darat yang dibuat oleh tentera darat pada beberapa tahun lepas di mana, Sweeden (CV90), Korea Selatan (K1A1), Afrika Selatan (Rooikat), Uk (Vickers), Russia (T80) dan Ukraine (T90), Pakistan (Khalid) serta Poland (PT91) telah masuk bertanding. 43.Kalau kita lihat di sini, US tidak menghantar permohonan untuk memasuki Abrams dan UK pula tidak memasukkan kereta kebal Challenger mereka walaupun tender dibuat secara terbuka kerana, ATM telah pun membuat spesifikasi terutama soal berat kereta kebal yang diperlukan oleh tentera darat. 44.Pada masa itu tidak seorang pun tahu siapa yang akan memenangi tender kereta kebal tetapi akhirnya PT91 muncul sebagai pemenang. NETWORK CENTRIC OPERATIONS (NCO) 45.Saya sudah lama menjejak maklumat mengenai sistem NCO ATM dan kali pertama saya mendapat tahu mengenainya adalah pada tahun lepas melalui XXXX-XXXXXXXXX . 46.Maklumat mengenai projek NCO ini tidak pernah diberitahu secara jelas kepada umum, tetapi tiba-tiba terlepas pada pembangkang dan nampaknya satu lagi projek yang patut dirahsiakan dari pengetahuan luar akan terpecah lubangnya melalui soalan demi saoalan di parlimen nanti. 47.Sebelum ini orang hanya berteka-teki sahaja mengenai NCO ATM ini tetapi sekarang projek ini sudah sahih ada dan bukan semua negara di dunia ini mempunyai sistem NCO. 48.Singapura mendahului negara-negara di Asia Tenggara dengan membangunkan sistem NCOnya sendiri. 49.Sekarang Malaysia, dan kemampuan NCO ini akan memacu ATM ke dalam dunia peperangan digital, ia tidak dimiliki oleh negara-negara jiran yang lain. 50.Kita sendiri lihat bahawa negara sekarang sudah mempunyai kemajuan dalam bidang satelit, komunikasi dan perisian dan kecanggihan ini akhirnya akan diaplikasikan untuk angkatan tentera kita. 51.Habislah kalau semua didedahkan, segala maklumat prasarana yang berkait dengan gentian optik, pemetaan, gelombang radio, router, server akan terdedah sedikit sedikit sehingga ia menjadi maklumat yang lengkap kepada pihak berminat walaupun proses mengumpul maklumat mengambil masa beberapa tahun. NCO BERBEZA DENGAN GIRN 52.Pembangkang telah menuduh bahawa ATM telah menggunakan sistem yang sama iaitu GIRN (Government Integrated Government Radio Network (GIRN). 53.Pada saya GIRN adalah sistem yang berbeza dengan NCO milik ATM dan saya akui ada banyak komplen yang datang dari pengguna GIRN. 54….tetapi untuk menuduh GIRN akan gagal adalah tidak wajar kerana sistem tersebut sedang dibangunkan dan keberkesanannya masih sedang dibaik pulih kerana ia masih diperingkat awal. 55.Sedangkan pada masa sekarang semua agensi kerajaan menggunakan sistem radio masing-masing dan masih kekal dengan unit radio yang belum digantikan dengan sistem yang boleh diintegrasikan untuk GIRN. 56.Sistem GIRN dimaju untuk penggunaan jangka masa panjang, Sapura telah menyediakan satu prasarana untuk memacu sistem komunikasi radio negara. 57.Pada peringkat awal, memang terdapat banyak masalah dan kerana itu PDRM masih kekal menggunakan sistem APCO Project 25 dan ATM masih kekal dengan pelbagai sistem radio miliknya. 58. Pengguna sistem GIRN ialah kastam, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), polis, bomba, imigresen, Kementerian perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna serta Jabatan Pertahanan Awam (JPAM). 59.XXXXXXXXXXXXXXX XXXXXXXXXXXXXXXXX XXXXXXX XXXXXXXXXXXXX XXXXXXXXX 60. XXXXXXXXXXX XXXXXXXXXXXXXXXX 61.Adalah tidak wajar untuk menyamakan projek NCO dengan rangkaian awam pada aman seperti GIRN. 62.Ada perkara yang kita simpan sahajalah dalam poket kita sendiri. 63.Kemampuan Sapura tidak perlu dipertikaikan kerana syarikat itu menggunakan teknologi terkini dari rakan kongsinya di Peranchis yang kemudian disesuaikan oleh anak-anak bumiputera. 64.Dalam artikel yang lepas, saya sudah beritahu, tidak perlu Malaysia bangunkan pesawat jet sendiri kerana anak-anak muda kita mempunyai kepakaran yang hebat dalam soal-soal perisian dan syarikat komunikasi kita sudah mencapai tahap yang boleh dibanggakan dalam bidang komunikasi. 65.Israel sendiri memberikan perhatian khusus terhadap kepakaran membina alat-alat peperangan elektronik dan menghentikan program pembangunan pesawat pejuang mereka sendiri (LAVI) dan kerana itu dunia mengiktiraf Israel kerana kecanggihan sistem peperangan elektroniknya dan dikategorikan sebagai yang terbaik malah lebih baik dari yang dikeluarkan oleh Amerika Syarikat.
66.Soalnya mudah, jika Nurul ikhlas dan ada berlaku penyelewengan di dalam Sapura, bagi maklumat kepada SPRM dan pandu suruhanjaya itu membuat siasatan ke atas Sapura. 67.Tidak perlu gunakan data dan maklumat yang kita ada untuk membuat tuduhan dan dibelitkan bagi tujuan kepentingan politik. Tambahan Maklumat : -Timeline yang diketengahkan oleh Nurul dalam blog beliau tidak tepat langsung. Mana dia dapat saya pun tak tahu. -Persediaan LIMA 2012 tidak ada kena mengena dengan penyediaan NCO. Sapura adalah sebuah syarikat yang besar, bukan semua kakitangan dia pergi ke Langkawi. -Tidak ada jurutera atau engineer yang terlibat dalam projek NCO ini berhenti (satu lagi fitnah dari Nurul) -Projek NCO buat pertama kalinya dicadangkan oleh Sapura dan ia mengambil masa selama empat tahun untuk yakinkan pihak ATM, ini bermakna tidak timbul soal open tender seperti yang didedahkan oleh Nurul 68.Jangan lemahkan negara sendiri kerana mana tahu pembangkang akan menang dalam pilihanraya dan sudah tentu jika Nurul menjadi Perdana Menteri, wanita yang bercita-cita tinggi seperti saudari sudah tentu tidak mahu mewarisi sebuah negara yang lemah dan kelak terpaksa menjilat kembali ludah-ludahnya sendiri. SIKAP NURUL MEMPUNYAI KESAN JANGKA PANJANG 69.Sikap Nurul ini akan melemahkan semangat anak-anak bangsa dan akhirnya generasi muda terutama orang Melayu sendiri akan hilang keyakinan terhadap kemampuan diri mereka sendiri dan keupayaan negara mereka sehingga tidak dapat membezakan di antara ha-hal yang berkaitan dengan negara serta soal politik jika semuanya dipukul rata. 70.Sudah acapkali saya beritahu, jika ada di kalangan kita mengesan berlaku salah laku dalam projek-projek yang melibatkan kerajaan, silalah buat laporan SPRM. 71.Elakkan dari membuat kutukan kat belakang dan kalau projek tidak terpilih, maknanya ada sesuatu yang tidak kena kat situ, mungkin belum sampai rezeki anda. 72.Kadang-kadang saya hairan dengan sikap kawan-kawan saya, sudah menang lebih empat kali tender kerajaan tapi bila sekali tidak dapat, macam-macam kutukan dan fitnah yang mereka tabur kononnya ada kaitan dengan rasuah, kroni dan sebagainya. 73.Dalam sekelip mata, mereka sudah lupa mengenai empat tender yang mereka menang tadi, tidak pulak mereka berkata apa-apa. 74.Moralnya, kita ini walaupun jahat dan nakal, janganlah menidakkan rezeki Allah untuk orang lain sampai kita tabur fitnah ke atas mereka. 75.Kita kena berusaha untuk mencapai kekayaan, kalau gagal, hentikan dari menyalahkan orang lain, bangsa lain 1000 kali gagal mereka tidak pernah putus asa, orang Melayu baru gagal sekali dua, cepat sangat melatah. kredit :ShahPaskal. Pisau kata " kalau tak bodoh bukannya namanya pakatan haprak kat Malaysia nih" |
You are subscribed to email updates from PISAU.NET To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment