BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


FB PEMUDA UMNO MALAYSIA !!! @KHAIRYKJ MEMBELASAH LIM GUAN ENG !!!

Posted: 22 Aug 2012 04:00 PM PDT



Ketua Pemuda Umno dan Barisan Nasional (BN),Khairy Jamaluddin menyahut cabaran Lim Guan Eng dengan berkata,Peguam Negara boleh mendakwa Pemuda Umno dan pihaknya bersedia untuk membuktikan siapa yang betul dalam isu laman sosial Facebook yang kontroversi.Menjawab kenyataan Guan Eng,Ketua Menteri Pulau Pinang dan Setiausaha Agung DAP,Khairy berkata, "Guan Eng nak main politik,kata Pemuda (Umno) hasut.Kami sedia didakwa.Bawa ke mahkamah.Tengok siapa betul," kata beliau menerusi Twitter kira-kira 7 malam Kelmarin.

KITA LIHAT SIAPA YANG KENA !!!

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! TUN MAHATHIR MEMBELASAH PAKATAN HARAM KAW-KAW !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 22 Aug 2012 11:58 AM PDT



Amik ubat,Bekas Perdana Menteri,Tun Dr Mahathir Mohamad membelasah Pakatan Haram dan mengingatkan rakyat bahawa tindakan memberi mandat percubaan kepada pakatan haram untuk memerintah negara selama lima tahun sebagai langkah berbahaya.ini kerana langkah itu boleh merosakkan banyak perkara.Beliau berkata banyak perubahan yang dijanjikan pembangkang seperti tiada yuran pendidikan dan tiada tol lebuh raya akan gagal seperti yang berlaku kepada sosialis dan komunis pada masa lepas yang mencuba idea negara kebajikan.

"Malaysia tiada sebarang ideologi.Tetapi yang nyata kerajaan memerlukan wang untuk membangunkan negara dan memberi subsidi kepada kos sara hidup rakyat.Tetapi apabila kerajaan menghapuskan cukai,tol dan yuran,ia akan kekurangan wang.Kerajaan sebaliknya perlu pula berbelanja lebih untuk mengurus dan mengekalkan utiliti,lebuh raya,sekolah,kos operasi dan pembangunan,pencen dan sebagainya," kata Dr Mahathir dalam blognya www.chedet.cc.

Dr Mahathir berkata dalam mengumpul dana,adalah tidak salah untuk meminjam jika wang itu dilabur dan memberi pulangan.

"Tetapi meminjam wang hanya untuk dibelanjakan akan menyebabkan tidak dapat membayar balik pinjaman. Inilah yang terjadi kepada Greece.Ia kini bankrap," katanya.

Dr Mahathir berkata rakyat perlu melihat rekod Barisan Nasional (BN) memerintah negara sejak kemerdekaan dan membandingkannya dengan negara lain yang mencapai kemerdekaan pada waktu sama, atau dengan negara barat yang maju.

"Mereka berada dalam kesulitan kewangan yang teruk, dan cuba sedaya mungkin, tetapi tidak dapat mengatasi krisis itu," katanya.

Beliau berkata sepanjang tempoh krisis kewangan 1997-1998, timbalan perdana menteri dan menteri kewangan pada masa itu (Datuk Seri Anwar Ibrahim) mencuba penyelesaian Tabung Matawang Antarabangsa (IMF) tanpa pinjaman IMF dan bank dan syarikat-syarikat menghadapi ancaman bankrap akibat pinjaman tidak berbayar, kenaikan kos import serta kos sara hidup.

"Rekod menteri kewangan pada masa itu adalah buruk, walaupun gemar mendakwa kejayaan hasil usaha orang lain sebagai hasil usahanya.Sekarang,sebagai pemimpin pembangkang beliau mendakwa akan membawa perubahan. Perubahan baik apakah yang beliau perkenalkan semasa berada dalam kerajaan dahulu?" kata Dr Mahathir.

Beliau berkata Anwar hanya berminat untuk memegang pucuk pimpinan Umno supaya dapat menjadi perdana menteri dan berkata : "Bagaimana beliau mencapai sasarannya itu tidak perlu lagi diperinci".Bekas perdana menteri itu berkata adalah mudah untuk membuat janji semasa kempen pilihan raya, tetapi untuk menunaikan janji adalah suatu perkara lain.

Dr Mahathir berkata pakatan haram akan memastikan yang BN tidak akan kembali dan akan menggunakan pegawai kerajaan untuk 'gempar' sesiapa sahaja yang ingin menukar kerajaan.Dr Mahathir berkata BN sentiasa mendengar pandangan rakyat dan telah mengubah banyak undang-undang dan dasar untuk membawa masa hadapan yang lebih baik kepada mereka.

"Apa yang perlu dilakukan oleh rakyat ialah menggesa BN supaya membuat apa juga perubahan yang dihasratkan rakyat," katanya.

KITA LIHAT APA PULA KATA PEMIMPIN PAKATAN HARAM ESOK !!!

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF !!! BETUL KER UMNO TOLAK HUDUD ??? NAK TAHU JAWAPAN SEBENAR ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 22 Aug 2012 05:00 AM PDT



sebelum ini nasrudin tantawi mengatakan karpal dah ok tentang cerita hudud,selepas itu karpal singh angin satu badan dan menolak hukum hudud bulat-bulat.cerita hudud ni dah banyak kali di timbulkan oleh PAS.bila dah meletup cerita ni,terdesak sangat dan tak ada idea,PAS salahkan UMNO pulak kenapa tak buat hukum hudud.sikit-sikit UMNO.habis itu kalau janji tak di tepati salah UMNO ker ??? adakah anda masih ingat cerita Datuk Zulkifli Noordin di parlimen ???



APA KATA PAS DAN UMNO BERSATU ???

KAN SENANG !!!

RENUNG-RENUNGKAN

#JANJIDITEPATI !!! JANGAN BERJANJI KALAU TAK BOLEH TUNAI JANJI TU !!!

Posted: 22 Aug 2012 01:30 AM PDT






LIHAT DULU VIDEO DI ATAS !!!

DALAM kehidupan masyarakat hari ini,ada orang yang petah bercakap,manis di bibirN menabur seribu janji. Mereka tidak segan-silu menabur pelbagai janji tanpa memikirkan sama ada janji yang ditaburkan itu mampu dipenuhi atau tidak.Malah,lebih mendukacitakan apabila ada orang yang sanggup bertopeng kejujuran dan menggadai amanah dengan menabur janji demi janji hanya untuk menjaga kepentingan dan kedudukan.Tidak kira apa jua pun tujuan janji yang dibuat itu, ia adalah suatu amanah yang wajib ditepati dan dipenuhi. Allah SWT berfirman yang bermaksud, "Wahai orang-orang yang beriman, penuhi serta sempurnakanlah segala perjanjian (yang kamu buat)." (Surah al-Ma'idah ayat 1).Setiap manusia akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah SWT mengenai janji yang dibuat.Allah SWT berfirman yang bermaksud, "Penuhilah janji itu, sebab janji itu akan ditanyakan." (Surah al-Isra' ayat 34).

Meremeh-remehkan janji atau sengaja tidak mahu memenuhi perkara yang dijanjikan adalah sangat dibenci dan dimurkai oleh Allah SWT.Allah SWT berfirman yang bermaksud, "Wahai orang-orang yang beriman mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak lakukan. Amat besar kebenciannya di sisi Allah,kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya." (Surah al-Saff ayat 2-3).Bukan setakat itu,malah orang yang memungkiri janji adalah termasuk dalam golongan orang munafik.Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Ada tiga tanda orang munafik, iaitu apabila dia bercakap dia berbohong, apabila berjanji dia ingkar dan apabila diberi amanah dia khianat." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Sebenarnya perbuatan memungkiri janji memberi implikasi yang buruk kepada pihak-pihak yang terlibat dengan janji yang dibuat itu.Misalnya,hubungan persahabatan yang sekian lama terjalin boleh menjadi renggang,pekerja tidak menghargai dan menghormati majikannya,suami isteri sering berselisih faham dan rakyat tidak yakin dan percaya kepada pemimpin-pemimpin mereka.Menyedari implikasi negatif ini,seseorang Mukmin itu tidak mungkin akan memungkiri janjinya dan mustahil pula akan mengkhianati amanah yang diberikan.Suatu ketika Luqman al-Hakim pernah ditanya : "Apakah sebab sehingga kamu dapat mencapai kedudukanmu itu?" Beliau menjawab: "Dengan berkata benar dan menunaikan amanah serta meninggalkan perkara yang bukan kepentinganku."Bagi memastikan janji itu dapat dipenuhi,Islam telah meletakkan adab-adab apabila berjanji. Antara yang paling penting adalah melafazkan ucapan 'insya-Allah' bagi setiap janji yang dibuat.Suruhan ini telah dijelaskan oleh Allah SWT di dalam firman-Nya yang bermaksud, "Dan janganlah engkau berkata mengenai sesuatu yang hendak dikerjakan bahawa aku akan lakukan yang demikian itu kemudian nanti melainkan hendaklah disertakan dengan berkata 'insya-Allah'." (Surah al-Kahfi ayat 23).

Persoalannya, apakah janji yang disertai dengan perkataan 'insya-Allah' itu bersifat pilihan sama ada mahu ditepati dan dipenuhi atau tidak? Inilah yang menjadi pegangan segelintir anggota masyarakat kita hari ini.Apabila berjanji mereka akan mengucapkan 'insya-Allah' dengan maksud untuk mengelak daripada berdosa jika tidak dapat memenuhi perkara yang dijanjikan. Sedangkan selepas menabur janji mereka tidak sedikit pun berusaha untuk memenuhi dan melaksanakan perkara yang dijanjikan itu.Perlu difahami bahawa janji adalah amanah yang wajib ditepati dan dipenuhi.Ini bererti ucapan 'insya-Allah' itu bukanlah sekadar untuk mengelak daripada berdosa jika tidak dapat memenuhi dan melaksanakan perkara yang dijanjikan. Bahkan perkataan 'insya-Allah' itu hendaklah disertai dengan azam dan usaha yang bersungguh-sungguh untuk memenuhi segala janji agar kita tidak termasuk dalam golongan orang munafik yang dibenci oleh Allah SWT.Jelas di sini bahawa menyebut perkataan 'insya-Allah' dengan disertai azam dan usaha untuk melaksanakan sesuatu janji itu adalah lebih menepati kehendak agama Islam. Memang sudah pasti bahawa kita tidak mampu melakukan sesuatu perkara yang dijanjikan itu melainkan dengan izin dan bantuan Allah SWT.Demikianlah betapa agama Islam sangat mengambil berat dalam soal janji. Oleh itu berhati-hatilah sebelum menabur berjanji.Biarlah kita berjanji dalam perkara-perkara yang mampu ditepati dan ditunaikan saja.

Oleh DR. MOHD SHUKRI HANAPI
PENULIS ialah Pensyarah di Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV),Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan,Universiti Sains Malaysia.

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! MAK TOM KECEWA LAGI !!! AZMIN ALI NAK JADI ANAK DERHAKA KER???

Posted: 21 Aug 2012 10:00 PM PDT



Che Tom Yahaya,ibu kepada Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali sekali lagi sebak dan terkilan apabila anaknya itu tidak pulang menjenguknya pada Aidilfitri ini.Malah,katanya,Azmin langsung tidak pernah balik ke rumah untuk bertanya khabar apatah lagi untuk berbuka puasa bersama keluarga sepanjang Ramadan lalu.

"Saya sangat kecewa dengan sikapnya," kata Che Tom ketika ditemui Utusan Malaysia di Ayer Keroh.

Ini merupakan kali kedua,Che Tom,79,bertemu media bagi melahirkan perasaan kecewanya dengan sikap Azmin.Kali pertama,beliau berbuat demikian ialah pada Mei lalu,apabila Che Tom dengan nada sebak menceritakan bagaimana Azmin tidak pulang menziarahinya sejak Ogos tahun lalu.Menurut Che Tom, disebabkan kecewa dengan sikap Azmin, beliau mengajak anak-anak lain berhari raya di luar Kuala Lumpur buat pertama kali sejak lebih 40 tahun.



"Saya dan tiga anak perempuan termasuk Umi Hafilda dan cucu-cucu saya memilih untuk beraya di Melaka kali ini kerana begitu kecewa dengan sikap Azmin yang juga sudah lebih setahun tidak pulang menjenguk saya di rumah.Tahun ini,kami langsung tidak membuat persiapan menyambut Aidilfitri.Tiada makna untuk kami buat demikian,kalau dia sebagai anak langsung tidak sudi untuk pulang bersalaman dan memohon ampun daripada saya," katanya.

Sementara itu,Ummi Hafilda yang turut hadir dalam pertemuan dengan Che Tom berkata,beliau terpaksa menunaikan hasrat ibunya yang mahu beraya di luar Kuala Lumpur.Ummi Hafilda sekali lagi mengulangi kenyataannya sebelum ini bahawa Azmin berubah sikap sejak berkawan rapat dengan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Dia lebih mementingkan Anwar berbanding ibu dan adik beradiknya hanya kerana kepentingan politik," katanya.

RENUNG-RENUNGKAN

HOT VIDEO !!! USTAZ KAZIM BELASAH PAS KAW-KAW BERKENAAN HUDUD !!!

Posted: 21 Aug 2012 07:00 PM PDT



saya malas nak ulas panjang cerita pasal hudud ni.lihat video di bawah.kan dah kena hentam kaw-kaw



RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! PENGGODAM BLOG ANWAR IBRAHIM DI KENALPASTI !!!

Posted: 21 Aug 2012 03:57 PM PDT



Rakan Blogger Mymassa baru mendapat info dari rakan kita di dalam PKR sendiri bahawa posting Perutusan Khas Anwar Memohon Maaf kepada PM DS Najib bukanlah dilakukan oleh orang luar.Ianya dilakukan oleh admin dan orang dalam Pkr sendiri.Seorang petugas lelaki.Ianya original dan bukan palsu.Perutusan itu kini menjadi kecurigaan besar kepada DAP dan masyarakat Bukan Islam di Malaysia yang kini semakin nampak pembohongan politik Anwar. DAP dan masyarakat Bukan Islam kini sudah mengetahui apa yang ada di dalam fikiran Anwar.Lebih daripada itu penderma Yahudi dan Israel semakin tidak mempercayai Anwar.

Bagaimana Anwar mahu menjaga keselamatan negara kita jika blog sendiri pun tidak boleh jaga ???

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...