UMNO Online - “Pusat Beli-Belah Diberi Gred Berdasarkan Tahap Keselamatan – Persatuan Pengguna” plus 8 more |
- Pusat Beli-Belah Diberi Gred Berdasarkan Tahap Keselamatan – Persatuan Pengguna
- Tiga Tema Kemerdekaan Pakatan Bukti Mereka Tidak Sehaluan
- 12 ISA Detainess Released Today
- Puteri UMNO Edar 800 Ekor Ayam Di Kota Raja Sempena Aidilfitri
- Muhyiddin Backs Humanitarian Aid For Syrian Refugees
- Najib Honours Pandelela At His Office
- Komuniti Rumpun Usbo Diajak Bersatu Dan Sokong Kepimpinan Kerajaan
- Pimpinan Pas Perlu Lebih Terbuka Hadapi Isu Umat Islam
- Dekati Rakyat Menerusi Aktiviti Turun Padang Lebih Berkesan
Pusat Beli-Belah Diberi Gred Berdasarkan Tahap Keselamatan – Persatuan Pengguna Posted: 17 Aug 2012 02:43 AM PDT KUALA LUMPUR, 17 Ogos – Pihak berkuasa tempatan (PBT) dicadang supaya memperkenalkan sistem gred ke atas pusat beli-belah di negara ini berdasarkan kepada tahap keselamatan di premis berkenaan. Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Maa’mor Osman berkata ia bagi memastikan orang ramai tahu premis mana yang mempunyai tahap keselamatan terbaik untuk para pengguna. “Ia sama macam gred yang diberikan kepada premis makanan ikut kebersihan premis itu, misalnya A untuk bersih dan sebagainya,” katanya kepada Bernama sebagai mengulas cadangan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek supaya orang ramai memboikot pusat beli-belah yang mengabaikan aspek keselamatan di premis mereka. Maa’mor berkata cadangan memperkenalkan sistem gred bukan bertujuan menyekat kedatangan pengunjung ke sesebuah premis, sebaliknya untuk memastikan tiada pemilik pusat beli-belah yang memandang ringan soal keselamatan dan pada masa sama mewujudkan daya saing. Bagaimanapun Presiden Persatuan Keselamatan Pengguna, Samsuddin Mohamad Fauzi berpendapat soal keselamatan orang ramai di pusat beli-belah tidak boleh dinilai dengan memberikan gred tertentu. “Dalam soal keselamatan ini kita tak boleh kata yang ini lebih tinggi, yang ini lebih rendah kerana semua premis wajib mengikut piawaian yang ditetapkan oleh pihak berkuasa,” jelasnya. Sementara itu Pengarah Komunikasi Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) Mohd Yusof Abd Rahman berkata tindakan boikot terhadap pusat beli-belah yang mengabaikan keselamatan pengguna bukan satu cadangan yang terbaik. Beliau berkata sebelum ini banyak cadangan boikot misalnya terhadap produk dan barangan telah disuarakan oleh pelbagai pihak namun ia kurang mendapat sambutan daripada pengguna. Mohd Yusof berkata apa yang penting adalah kesedaran pengguna itu sendiri untuk melaksanakan hak mereka dalam mendapatkan perkhidmatan yang terbaik. “Maka, kalau pengguna rasa premis itu tak bertanggungjawab, sambil lewa terhadap keselamatan maka mereka sendiri sepatutnya secara automatik tak datang ke situ,” katanya. |
Tiga Tema Kemerdekaan Pakatan Bukti Mereka Tidak Sehaluan Posted: 17 Aug 2012 02:40 AM PDT SHAH ALAM, 17 Ogos – Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) menyifatkan kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini menafikan wujud ketidak sefahaman dalam pakatan pembangkang sehinggakan wujud tiga tema kemerdekaan yang berbeza di negeri yang diperintah kerajaan pakatan, satu perkara yang sangat melucukan. Pengerusinya, Hamidzun Khairuddin berkata jika perkara kecil, soal tema hari kemerdekaan pun mereka tidak boleh selesaikan, bagaimana mereka hendak menyatukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berbilang agama dan berbilang budaya ini. "Apakah sumbangan mereka yang sebenar dalam kemerdekaan..malah banyak asas-asas kemerdekaan itu mereka tentang sejak dari dahulu. “Sekarang apabila mereka memerintah kerajaan negeri, mereka tidak boleh menyatakan kesamaan dalam soal tema, apakah kalau mereka dapat mentadbir Malaysia, apakah janji mereka untuk memastikan penyatuan kaum dapat mereka selesaikan”, katanya di sini. Beliau berkata demikian mengulas tema kemerdekaan berbeza yang ditampilkan oleh kerajaan negeri yang diperintah kerajaan pakatan sehingga memaksa campur tangan Anwar Ibrahim baru-baru ini. GAPS kata Hamidzun lagi melihat apa yang pembangkang lakukan adalah satu percubaan untuk membawa semangat anti-Malaysia atau sebenarnya, anti-kemerdekaan apabila mereka menampilkan tiga tema kemerdekaan yang berbeza bagi negeri Kelantan, Kedah dan Pulau Pinang. Tambahnya, semangat kemerdekaan itu mereka cuba perlekehkan dan inikah pemimpin-pemimpin yang mahu membawa Malaysia lebih maju di masa hadapan. Sebelum ini, tiga negeri Pakatan Rakyat memutuskan untuk menggunakan tema sendiri, iaitu Kelantan dengan temanya ‘Menerajui Perubahan’, Kedah pula ‘Terus Berbakti’ dan Pulau Pinang 'Budaya Bersih, Merdekakan Rakyat' sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos manakala Selangor bersetuju untuk turut menggunakan tema perayaan Hari Merdeka Pakatan Rakyat ‘Sebangsa, Senegara, Sejiwa’ sebagaimana diputuskan oleh Pakatan Rakyat. Menurut Pengerusi Panel Tema Merdeka Pakatan Rakyat, Datuk A Samad Said yang juga pengerusi bersama Bersih, 'Sebangsa, Senegara, Sejiwa' merupakan tema yang paling sesuai dan merupakan denyut nadi rakyat. Pakatan Rakyat memilih temanya sendiri bagi menggantikan tema rasmi Kerajaan Persekutuan 'Janji Ditepati'. ***Sila ikuti temubual eksklusif UMNO-Online bersama Hamidzun Khairuddin, Pengerusi Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) di Youtube MediaUMNO. |
12 ISA Detainess Released Today Posted: 17 Aug 2012 02:29 AM PDT SUNGAI BULOH, Aug 17 – Home Minister Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein today announced the immediate release of 12 individuals who were detained under the Internal Security Act. He said today's number did not include the three people who were released earlier at the start of the Ramadhan month. The government was satisfied that all those released no longer posed a threat to national security, he told reporters after attending a security briefing at the Sungai Buloh prison, here today. |
Puteri UMNO Edar 800 Ekor Ayam Di Kota Raja Sempena Aidilfitri Posted: 17 Aug 2012 01:02 AM PDT KLANG, 17 Ogos – Jika biasanya kuih raya menjadi pilihan untuk disumbangkan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, Puteri UMNO Bahagian Kota Raja memilih ayam untuk diedarkan kepada kira-kira 380 golongan muda di bahagian itu. Ketua Puteri Kota Raja Suhaila M. Zin berkata seramai 60 orang anggota Puteri UMNO terbabit untuk mengedarkan ayam kepada golongan itu di 38 pusat daerah mengundi (PDM) bahagian Kota Raja bermula pukul 10 pagi ini. “Kita akan edarkan dua ekor ayam kepada setiap seorang di PDM Kota Raja sebagai persediaan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dijangka disambut Ahad ini,” katanya di sini hari ini. Raja Suhaila yang juga Ketua Puteri UMNO Selangor berkata program yang sama turut diadakan di seluruh Selangor. Kumpulan anggota Puteri UMNO berkenaan turut menziarahi Anggota Jawatankuasa UMNO bahagian itu, Moheyer Mat Som yang terlantar akibat serangan strok sejak dua bulan lepas di rumahnya di Jalan Kebun di sini. |
Muhyiddin Backs Humanitarian Aid For Syrian Refugees Posted: 17 Aug 2012 12:34 AM PDT KUALA LUMPUR, Aug 17 – Tan Sri Muhiyidin Yassin has pledged his commitment to assist Malaysian non-government organisations (NGOs) in their quest to provide humanitarian aid for Syrian refugees. The deputy prime minister gave his assurance to three Syrian ulamas who called on him at his residence here today. The ulamas led by Sheikh Dr Khalik Kindowere were on a one-week visit to seek aid for the people of strife-torn Syria. Their meeting with Muhyiddin was arranged by a group of 30 NGOs called Gabungan Selamatkan Syria (GSS) (Save Syria Confederation), said the Deputy Prime Minister’s Office in a statement. Speaking to reporters after the meeting, GSS secretariat chairman Naim Jusri said the confederation was glad that the deputy prime minister supported the humanitarian effort. “More proactive steps should be taken to show our sympathy that what is happening in Syria. We must help the people who have been displaced due to the turmoil in anyway we can,” he said. |
Najib Honours Pandelela At His Office Posted: 17 Aug 2012 12:26 AM PDT PUTRAJAYA, Aug 17 – Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak honoured 2012 Olympics diving bronze medallist Pandelela Rinong Pamg, at his office here today. As a token of the government’s appreciation, Najib presented the national champion with RM300,000, comprised of RM100,000 under the National Sports Council (NSC) prize scheme and RM200,000 worth of shares in Amanah Saham Wawasan. He also presented a full government scholarship from the Tun Abdul Razak Foundation to enable the athlete to pursue a degree of her choice at any local university. Najib made an assurance that the government was prepared to provide any assistance the young athlete may need to enhance her performance for further international success. “Are you committed for Rio (2016 Olympics in Rio de Janeiro, Brazil) and what else do you need? Do you have everything,” a smiling Najib asked Pandelela. He then asked her about her experience during the 10 metre diving event. “Were you nervous when you started?”, asked Najib. “Yes but later I was excited,” answered Pandelela. Also present at the function were Youth and Sports Minister, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek; Malaysia Amateur Athletics Union president, Datuk Seri Shahidan Kassim, Malaysian Contingent head Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid and NSC director-general, Datuk Seri Zolkples Embong. Pandelela’s parents, Hartini Lamim and Pamg ak Joheng and coach Yang Zhuliang were present too. The 19-year-old Bidayuh girl attained 359.20 points in the 10m platform event at the recent 2012 London Olympics, while Chen Ruolin of China defended her record with 422.30 points and Australian, Broben bagged the silver with 366.50 points. |
Komuniti Rumpun Usbo Diajak Bersatu Dan Sokong Kepimpinan Kerajaan Posted: 17 Aug 2012 12:18 AM PDT KUDAT, 17 Ogos – Presiden Pertubuhan Bajau Bersatu Sabah (Usbo), Datuk Seri Salleh Tun Said Keruak mengajak komuniti rumpun Usbo di negeri ini supaya terus memperkukuh kesatuan dan perpaduan, demi menjamin kemajuan di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN). Beliau berkata perpaduan penting untuk dipelihara kerana ia merupakan prasyarat kemajuan sesebuah tamadun bangsa. “Kita hendaklah mengelak sebarang perselisihan kerana ia boleh membawa kepada perpecahan yang akhirnya merugikan kita semua,” katanya ketika berucap pada majlis berbuka puasa di kediaman Hj Gurahman Hj Lolong di sini malam tadi. Hadir sama pada majlis itu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjong Kapor, Datuk Teo Chee Kang dan Setiausaha Agung Usbo, Datuk Salsidu Ibrahim. Salleh yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah berkata perpecahan yang berlaku sebelum ini hendaklah dijadikan iktibar ke arah memperkukuh kesatuan. “Dulu kita pernah berpecah, tetapi semenjak kedatangan UMNO ke Sabah, ia telah menyatukan kita bersama-sama dengan kerabat komponen Barisan Nasional (BN) yang lain. “Justeru, kita wajar mempertahan dan memperkukuh perpaduan ini dan berdiri teguh bersama kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di peringkat Pusat dan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Hj Aman di peringkat negeri,” katanya. Menurutnya, masyarakat komuniti rumpun Usbo – terdiri daripada Irranun, Sama, Suluk, Binadan/Banaran, Ubian, Sama Delaut, Sikubung, Simunul, Samal, Yakan dan Jama Mapun bertuah turut sama menikmati kemajuan yang dibawa kerajaan di bawah gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri. Sehubungan itu, beliau yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah mengajak rakyat supaya mengambil iktibar daripada ketidakstabilan di beberapa negara yang berpunca daripada keruntuhan pepaduan rakyatnya. “Kita melihat banyak negara bergolak, rakyat hidup menderita di banyak tempat seluruh dunia yang disebabkan perpecahan dalam komuniti mereka. “Akibat kekacauan itu, politik menjadi tidak stabil, dan pembangunan terbantut pelaksanaannya,” katanya, sambil menyatakan betapa bertuah rakyat negara ini dapat menjalani ibadah puasa dan bakal meraikan Aidilfitri dalam suasana aman. Beliau mengingatkan rakyat supaya jangan mudah terpedaya atau terpengaruh dengan cubaan pihak tertentu, yang mempunyai agenda tersembunyi, untuk memecahbelah perpaduan. Katanya, rakyat harus berdiri teguh di belakang pimpinan kerajaan BN yang sudah terbukti sejak merdeka membawa kemajuan untuk rakyat. “Jangan kita sesekali menggadaikan masa depan dengan terikut-ikut rentak golongan yang menentang kerajaan, kerana mereka belum teruji kemampuan sedangkan BN telah membuktikan menerusi `track record’ selama 55 tahun negara merdeka,” katanya. |
Pimpinan Pas Perlu Lebih Terbuka Hadapi Isu Umat Islam Posted: 17 Aug 2012 12:10 AM PDT MUAR, 17 Ogos – Pucuk pimpinan Pas diminta mengamalkan dasar politik yang lebih terbuka apabila berhadapan dengan permasalahan atau manfaat umat Islam di negara ini mahupun sejagat. Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata jika bangsa lain di negara ini boleh duduk semeja berbincang apabila ada sesuatu isu berkaitan kepentingan mereka, beliau hairan perkara itu tidak boleh dilakukan oleh Pas. “Kenapa Pas dan UMNO tidak boleh duduk semeja untuk bincangkan isu-isu berkaitan umat Islam, teruk sangat ke UMNO ni. Apa salahnya kita duduk semeja dan keluarkan kenyataan bersama tentang Palestin contohnya,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis berbuka puasa di Masjid Jamek Batu 18, Air Hitam di sini semalam. Ahmad Maslan mengulas teguran beberapa pihak dalam Pas terhadap bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa berikutan tersiar gambarnya dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bersama beberapa ulama di Makkah sempena persidangan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC). “Apabila Ustaz Nasha kelihatan duduk di sebelah Perdana Menteri semasa pertemuan itu beliau dihentam kononnya nak masuk UMNO. “Sedangkan beliau hadir ke sana adalah untuk menemukan Perdana Menteri dengan kepimpinan ulama di Makkah untuk membincangkan mengenai nasib masyarakat Islam dan Rohingya yang ditindas,” katanya. |
Dekati Rakyat Menerusi Aktiviti Turun Padang Lebih Berkesan Posted: 16 Aug 2012 08:11 PM PDT TENOM, 17 Ogos – Walaupun ada yang beranggapan pendekatan komunikasi bersemuka (turun padang) satu pendekatan lapuk tetapi bagi Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tenom, kaedah ini masih relevan dan sesuai bagi mendekati pelbagai lapisan masyarakat di peringkat akar umbi dalam memperkukuhkan hubungan sillatulrahim malah ianya amat berkesan kerana masalah rakyat akan lebih difahami. Ketuanya Jamawi Jaafar berkata, pertemuan secara langsung dengan kumpulan sasar memastikan segala masalah serta keperluan rakyat dapat dipantau dan diambil tindakan bagi mengatasinya disamping maklumat mengenai dasar serta program kerajaan boleh disampaikan secara langsung kepada rakyat. Katanya, interaksi pemimpin politik dan masyarakat dengan orang ramai dalam sesi turun padang ini secara langsung mampu mewujudkan hubungan harmoni yang akan menjadikan proses penyampaian serta penerimaan lebih mudah. “Mungkin ada yang mengatakan komunikasi bersemuka adalah pendekatan lapuk tetapi dalam beberapa siri pilihan raya kecil yang pernah kita lalui keadah ini amat berkesan dalam usaha mempengaruhi serta mendapatkan sokongan rakyat. “Kita akan lebih memahami kehendak rakyat malah rakyat sendiri memang suka sekiranya pemimpin turun padang. Rakyat mahukan pemimpin yang mudah didekati. Bukan pemimpin yang hanya tunjuk muka bila dekat pilihan raya sahaja,” katanya. Beliau berkata demikian selepas mengetuai Pergerakan Pemuda UMNO bahagian Tenom bersama pasukan Kembara Merdeka Ramadan melakukan beberapa program ziarah ke beberapa buah kampung di kawasan Tenom baru-baru ini. Antara kampung-kampung yang dilawati oleh Jamawi bersama rombongan ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda Tenom termasuklah Kampung Pantongan Sapong, Ladang Sapong Tenom, Kampung Uloi Tenom. Kampung Angan Angan Tenom dan kampung Tatalunggung Tenom. Jamawi turut menyampaikan sumbangan berupa keperluan raya bagi meringankan beban golongan sasaran agar sama-sama dapat meraikan suasana hari raya tanpa terasa terpinggir dan lebih meriah lagi. Jamawi yang juga Exco Pergerakan Pemuda UMNO turut mengulas, semua pemimpin digalakkan turun padang berjumpa sendiri dengan masyarakat. Ianya telah terbukti, pendekatan komunikasi bersemuka memang berkesan apalagi ianya telah menjadi amalan serta budaya masyarakat selama ini. “Tetapi jika ada yang mengatakan pendekatan itu sudah tidak relevan dan mengagungkan media baru, cubalah praktikkan baik semasa dalam pilihan raya atau apa juga keadaan kerana ingatan penduduk kampung pastinya tidak akan terhakis. “Rakyat akan ingat pemimpin yang rajin turun padang bertanya khabar dan mengambil tahu masalah rakyat daripada pemimpin yang hanya gah bercakap tetapi sukar untuk didekati," katanya. Jamawi berkata, Pemuda tidak menolak kepentingan media baru yang turut digunakan sebagai medium menyampaikan maklumat kerajaan tetapi tidak semua rakyat terutamanya di luar bandar menikmati dan memanafaatkan kemudahan ini. Justeru itu komunikasi bersemuka lebih berkesan untuk menyampaikan maklumat dan memahami masalah serta keperluan rakyat di peringkat akar umbi. Bagaimana pun Jamawi turut menegaskan pendekatan lain seperti penerbitan secara berkala melalui media cetak, halaman sosial seperti Facebook dan twiter akan diteruskan dari semasa ke semasa supaya mesej dapat disampaikan dan masyarakat terutamanya golongan muda lebih peka dengan perkembangan semasa. - MediaUMNO |
You are subscribed to email updates from UMNO Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment