tun faisal dot com |
#PRKKajang Babi Betina - Bahasa Perlambangan Biadap @NgaKorMing untuk @ChewMeiFun Posted: 14 Mar 2014 05:00 PM PDT Wah suka-suka saja kaum biadap DAP ini menggunakan perlambangan binatang kepada orang lain. Ini lah budaya politik rendah dan biadap yang sudah berakar umbi di dalam parti DAP sejak dulu lagi... Hakikatnya Chew Mei Fun jauh lebih mulia daripada Nga Kor MIng dan banyak melakukan kebajikan untuk rakyat.. Pusat Khidmat dan Nasihat Perundangan Percuma - Waktu Wan Azizah di Permatang Pauh ada ke? Berapa ramai orang Permatang Pauh yang dapat nasihat perundangan percuma atau perkhidmatan rawatan mata percuma? Manifesto 4 Perkara Wan Azizah membuktikan kerajaan PR gagal mentadbir negeri dan di Kajang rupanya ada begitu banyak masalah. Wan Azizah sehingga terpaksa menjanjikan tindakan atas perkara-perkara yang sepatutnya sudah dibereskan oleh kerajaan PR Selangor. Kerajaan Selangor sudah menjadi begitu angkuh kerana mereka mempunyai kerusi yang begitu banyak. Nak beri satu lagi kerusi kepada PR? Nak beri satu lagi kerusi kepada seorang Presiden Parti yang diketahui ramai sebagai lemah dan tidak mampu menguruskan parti dengan baik? Kesombongan dan kebongkakan kerajaan PR Selangor inilah yang menyebabkan mereka sanggup membahayakan nyawa rakyat apabila gagal menyelesaikan masalah sampah, denggi, jalan raya rosak, banjir dan krisis air Selangor. Kesombongan dan kebongkakan ini lah yang menyebabkan mereka begitu biadap sehingga menggunakan perlambangan babi betina kepada pihak lain... Kini @chewmeifun Digelar Seekor Babi oleh Pembangkang #Kajang #PRKKajangPenulis ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada calon Barisan Nasional Datin Paduka Chew Mei Fun kerana gigih berkempen di Kajang walaupun dihujani dengan pelbagai fitnah dan tohmahan dari pihak pembangkang terutamanya dari DAP. Antara penghinaan yang telah dilakukan oleh pembangkang adalah dengan melabel Chew Mei Fun sebagai seekor babi. Ini dapat dilihat dari E-poster yang disebarkan melalui FB, Twitter, whatsapp dan sebagainya. Contoh poster yang disebarkan adalah seperti dibawah: Maksud poster diatas adalah: Jika MCA boleh dipercayai, babi betina pun boleh panjat ke atas pokok. Kalau #ComeyFun boleh dipercayai, lebih banyak SJK(C) akan ditutup kelak. Penulis berharap penyokong Barisan Nasional bersabar dan teruskan berkempen dengan cara yang sihat. Janganlah kita juga ikut rentak pembangkang dengan menggelar pemimpin pembangkang sebagai binatang dan sebagainya. We are better than that. kepada Allah swt kami berserah. |
#PRKKajang Manifesto @ChewMeiFun ringkas, tak retorik, buktikan Kajang bermasalah di bawah PR Posted: 14 Mar 2014 12:05 AM PDT Manifesto Chew Mei Fun tidak banyak retorik dan membuktikan Kajang di bawah PR memang bermasalah IKRAR CHEW MEI FUN!!! 1. Memperkuatkan check n balance terhadap kerajaan negeri Selangor. 2. Membetulkan masalah hal ehwal tempatan. 3. Memainkan peranan sebagai pihak pembangkang yg konstruktif. 4. Sebagai Duta Muhibbah untuk perpaduan rakyat. JANJI CHEW MEI FUN BUAT WARGA KAJANG!!! Memperkenalkan dan menganjurkan lebih banyak aktiviti kebudayaan untuk menonjolkan imej Kajang sebagai sebuah Bandar Kebudayaan. Mendirikan pusat khidmat wakil rakyat dan berperanan sebagai jambatan berkesan di antara Majlis Perbandaran dengan rakyat jelata. Memantau pentadbiran kerajaan tempatan untuk memastikan kualiti perkhidmatan yg memuaskan. Memantau keberkesanan pihak MPKj dalam pembinaan dan penyelenggaraan infrastruktur-infrastruktur termasuk jalan,longkang,lampu jalan dan kebersihan persekitaran. Meningkatkan sistem pengangkutan awam dan lalu lintas Kajang secara holistik melalui penyelarasan dengan projek MRT yg dirancang oleh kerajaan pusat,demi menangani masalah kesesakan lalu lintas di Kajang yg kian menular. Menyelesaikan masalah banjir kilat di kawasan Kajang. Memantau dan berkerjasama dengan pihak Polis dalam usaha membanteras jenayah,mengeratkan hubungan pihak Polis dengan orang awam,menubuhkan jawatankuasa keselamatan masyarakat dan menggerakkan penduduk-penduduk dalam usaha memperbaiki keadaan keselamatan. |
You are subscribed to email updates from tun faisal dot com To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment