BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


HOT NEWS !!! PULAU PINANG MAKIN HAMPIR KE TANGAN BN !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 17 Aug 2012 12:00 PM PDT



faktor cina adalah satu-satunya alasan DAP untuk mengatakan bahawa mereka layak berkuasa sekali lagi di Pulau Pinang selepas PRU ke 13 berakhir.Guan Eng begitu yakin dengan undi cina sehingga dalam satu kejadian di Tanjung Bungah beberapa minggu lepas, Guan Eng dengan selamba meminta Pengerusi Jawatankuasa Penduduk yang membantah projek perumahan lereng bukit di kawasan tersebut,supaya mengundi BN.Begitulah takbur dan riak Guan Eng kerana memikirkan undi cina sudah 100% akan memihak kepada DAP.Tapi tanpa Guan Eng sedar,pengundi cina sekarang (terutama di Pulau Pinang),lebih cenderung untuk menjadi pengundi atas pagar.Paling ketara,sejak perhimpunan Bersih 3.0 April lepas berakhir dengan keganasan dan rusuhan.Orang cina semakin sedar bahawa DAP membiarkan parti itu diperalatkan Anwar Ibrahim untuk kepentingan peribadinya semata-mata.Satu perkara lain yang tidak kurang penting,selama hari ini,rakyat sekadar dimomokkan dengan tema ketelusan,keterbukaan dan seumpama dengannya yang didakwa diamalkan DAP.Penubuhan jawatankuasa CAT (Competency,Accountability and Transparency) di peringkat DUN sebaik pakatan haram mengambil alih Pulau Pinang pada 2008,seakan-akan membuktikan kebenaran tanggapan itu.

Tapi sebaliknya pula yang berlaku selepas puak-puak ini berkuasa.Sepanjang 4 tahun ini,tidak banyak yang boleh disebut tentang ketelusan dan keterbukaan DAP.Sebaliknya yang berlaku,Ketua Menterinya sedang mencapai tahap diktator,sebarang kritikan (walaupun kecil),akan diugut dengan saman.DAP juga gagal mengendalikan perhubungan kaum dengan baik.Terang dan jelas,keutamaan diberikan sepenuhnya kepada orang cina sementara orang Melayu dipinggirkan.Satu kajian pada 2011 menunjukkan, jumlah orang Melayu di bahagian pulau menyusut sebanyak 70% sejak DAP mengambil alih kerajaan negeri pada 2008.Ramai orang cina sendiri (terutama peniaga) yang tidak senang dengan pendekatan ini kerana ia seolah-olah 'mencuri' pelanggan mereka.Umun tahu bahawa orang Melayu adalah kuasa pengguna terbesar di Pulau Pinang,sementara orang cina mengawal bidang perniagaan.Taktik yang digunakan ialah dengan membeli tanah milik orang Melayu dengan harga 2 kali ganda dari harga pasaran dan memaksa mereka berpindah ke tanah besar. Inilah juga sebabnya kenapa harga hartanah di Pulau Pinang, jauh lebih mahal dari harga hartanah di Kuala Lumpur, Selangor dan Johor. Tidak hairan kenapa sepanjang tempoh 4 tahun ini,DAP gagal melaksanakan satu projek perumahan kos rendah pun untuk keperluan rakyat berpendapatan rendah dan sederhana.Mana ada untung beli tanah mahal-mahal,selepas itu bina rumah kos rendah ???

Kerakusan DAP tidak terhenti kepada tanah-tanah orang Melayu yang dibeli,malah tanah yang sudah dirizabkan untuk pembinaan rumah kos rendah pada zaman BN di jalan Zainal Abidin juga diserahkan kerajaan negeri kepada pemaju untuk dibina sebuah hospital swasta. Hakikatnya,hospital swasta itu belumpun mendapat kebenaran Kementerian Kesihatan tapi hak rakyat untuk rumah kos rendah,sudah dinafikan Guan Eng.Terbaru,Gerakan negeri pula mendedahkan bagaimana Guan Eng gagal menamakan Pengerusi Lembaga Tender Negeri yang baru seterusnya menimbulkan persoalan adakah kroni Guan Eng dan DAP yang dilantik menduduki jawatan tersebut atau Guan Eng sendiri terlibat secara langsung dalam Lembaga itu.Jika itu benar,tidak hairan kenapa Guan Eng menjadi kesayangan pemaju tapi menjadi kebencian rakyat dalam masa yang sama.Selain dari itu,rakyat melihat sendiri susunan kegagalan Guan Eng dan DAP sebagai Ketua Menteri dan parti memerintah melaksanakan janji pilihanraya 2008. Masalah kesesakan jalan raya yang dijanjikan parti tersebut untuk diselesaikan, masih berlarutan sehingga sekarang, malah bertambah teruk.Tol Sg Nyiur yang dijanjikan Guan Eng untuk dirobohkan dalam satu demonstrasi yang diadakan pada 2007, masih beroperasi sehingga sekarang dan banyak lagi sebenarnya kalau nak disebutkan di sini.Sementara BN negeri pula sedang mengalami proses evolusi besar-besaran sejak Tan Sri Koh Tsu Koon melepaskan jawatan Pengerusi BN negeri kepada Setiausaha Gerakan Negeri,Teng Chang Yeow.Rakyat makin sedar,apa pun yang buruk dicakapkan DAP mengenai pentadbiran terdahulu, satu yang diakui sendiri rakyat ialah BN tidak pernah meminggirkan rakyat yang berpendapatan sederhana dan rendah untuk memiliki rumah.Maka itu,biarkanlah DAP dan Guan Eng terlena dengan mimpi-mimpi indahnya,sementara rakyat dibawah menanti sahaja masa untuk menghumbankan anak kelahiran Johor tapi bermaustatin di Melaka ini pulang ke tempat dimana dia sepatutnya berada.

RENUNG-RENUNGKAN

REMAJA PEREMPUAN DIBAKAR KEKASIH MASIH KRITIKAL !!!

Posted: 17 Aug 2012 10:38 AM PDT



perhatikan gambar lelaki di atas,sila buat laporan polis sekiranya anda jumpa lelaki ini kerana beliau masih bebas !!! Nurul Firzanah Mat Zaki yang berumur 16 tahun dipercayai dibakar kekasihnya masih dalam keadaan kritikal selepas menjalani pembedahan di Hospital Kuala Lumpur semalam.Bapanya, Mat Zaki Mat Hussin berkata,Nurul Firzanah dibedah di bahagian leher bagi membolehkan saluran pernafasannya kembali berfungsi seperti biasa.Beliau berkata,dengan keadaan Nurul Firzanah yang 25 peratus terbakar dan masih kritikal,sambutan Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lagi membawa sebarang erti kepada keluarganya.

"Isteri saya,Norliyati Abdul Hamid masih tidak dapat menerima tragedi yang menimpa anak kedua daripada tiga adik beradik dan setiap kali masuk ke bilik Nurul, dia akan menangis kerana terbayangkan keletah manja satu-satunya anak perempuan kami itu," katanya kepada pemberita ketika ditemui di hospital di sini hari ini.

Nurul Firzanah sebelum itu dilaporkan koma selepas disimbah petrol dan dibakar dipercayai dilakukan oleh teman lelakinya di kawasan semak berhampiran Projek Perumahan Rakyat (PPR) Wangsa Sari,Seksyen 1,Wangsa Maju, selepas keluar bersahur bersama Selasa lepas.Ekoran kejadian itu mangsa dikatakan mengalami kecederaan di muka,dada dan tangan.Mat Zaki berkata,selepas kejadian,keluarga kenalan anaknya datang bertemu keluarganya bagi memohon maaf atas tindakan anak lelaki mereka yang berumur 19 tahun itu,namun sebagai bapa,katanya,beliau tidak dapat menerima perbuatan yang dilakukan ke atas anaknya itu.Katanya, mereka sekeluarga tahu mengenai persahabatan di antara Nurul Firzanah dengan pemuda itu dan tidak menghalang perhubungan itu, namun tidak menyangka perkenalan tersebut membawa derita kepada anaknya.Polis Kuala Lumpur masih memburu pemuda itu yang kini disembunyikan oleh kumpulan tertentu.

EKSKLUSIF !!! MANA SATU UCAPAN RAYA BERBAUR POLITIK DAN MANA 1 UCAPAN RAYA SEBENAR ???

Posted: 17 Aug 2012 08:30 AM PDT



anda lihat video di bawah,mana 1 ucapan raya sebenar dan ucapan raya berbaur politik.kenapa saya kata begitu ??? kalau dah ucapan raya,khas untuk raya kan ??? betul tak pembaca Badut Rakyat ??? malas nak komen panjang-panjang.jom lihat video di bawah



VS



RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! PENGERUSI DAP SUNGAI PELEK KELUAR PARTI KERANA SKANDAL TALAM ???

Posted: 17 Aug 2012 05:00 AM PDT



Pengerusi DAP Cawangan Taman Sri Sungai Pelek, Tan Tuan Tat telah meletakkan semua jawatan dan keluar dari parti itu berkuatkuasa serta merta,hari ini,17 Ogos 2012.Tuan Tat menyifatkan keputusannnya keluar dari DAP sebagai membidas parti itu yang telah lari dari matlamat perjuangan asal dalam mempertahankan dan menjunjung demokrasi.Beliau turut membidas dan mendakwa DAP kini telah diterajui oleh pemimpin yang angkuh,tidak kompeten malah tidak mengamalkan sikap profesional.

"Sudah tidak ada masa depan bagi akar umbi yang berkorban terhadap parti sewaktu pilihanraya umum lalu kini disishkan oleh parti," katanya sewaktu sidang media dalam megumumkan perletakan jawatan dan keluarnya beliau dari DAP,semalam.

Tuan Tat,telah berkecimpung dalam politik bersama DAP selama 18 tahun berkata mereka yang memberikan pandangan dan bersuara lantang dalam parti akan dituntut untuk meletakkan jawatan atau berhadapan dengan pemecatan oleh jawatankuasa displin DAP.Beliau mendakwa lebih ramai ahli DAP Sungai Pelek yang akan meninggalkan parti itu dalam masa yang terdekat kerana kecewa dengan sikap tidak domokratik kepimpinan tertinggi parti itu.Tuan Tat juga turut membidas Menteri Besar Selangor,Tan Sri Khalid Ibrahim dan Penasihat Ekonomi kerajaan negeri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sepatutnya berterus terang dalam soal pengambilan hutang Talam Corporation (TALAM).

Beliau mendakwa terlalu banyak persoalan yang tidak mampu dijawab oleh Abdul Khalid dalam tatacara bagaimana kerajaan negeri mengambil alih hutang TALAM yang nyata berlainan dengan penjelasan yang dilakukan oleh para pemimpin DAP.

"Mengapa para pemimpin DAP ini memberikan penjelasan yang nyata berlainan dan berlawanan dalam kes TALAM?," tanya beliau. Beliau turut mendakwa pemimpin DAP ini tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam isu TALAM namun cuba menjadi wira di mata rakyat.Mengapa perlu pemimpin DAP ini mempertahankan kerajaan negeri dan para pemimpin PKR? Mengapa pemimpin PKR sendiri tidak mahu mempertahankan tindakan mereka selama ini dalam soal pengambil alihan jutang TALAM? Apakah mungkin ada sesuatu yang cuba disembunyikan oleh PKR dan DAP dari pengetahuan rakyat?" tegas beliau.

"Mereka ini cuba sembunyikan perkara sebenar mengenai TALAM dari pengetahuan rakyat dan nyata gagal mempertahankan prinsip Kompetensi, Akauntabiliti dan Transparensi," tegas Tuan Tat.

ANDA NAK LAGI ???

KLIK DI SINI

UNTUK SELANJUTNYA

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! USTAZ NASHA DI PECAT DARI PAS - HADI AWANG !!!

Posted: 17 Aug 2012 01:55 AM PDT



"PAS Pusat menerusi Majlis Syura telah memutuskan memecat keahlian PAS Nasharudin Mat Isa berkuatkuasa serta merta."

Adakah ini yang bakal dibacakan Presiden PAS Abdul Hadi Awang dalam masa terdekat ini? Atau diselitkan sebagai Mukadimah ucapan perutusan Aidilfitri beliau? Atau mungkin juga pengumuman ini bakal dikuatkuasa selepas selesainya Sambutan Hari Raya Pertama?

Hadi Awang masih diam membisu. Sehinggakan ada pihak mendakwa Presiden PAS itu yang menghantar Ustaz Nasha selaku pemegang jawatan Pengerusi Lajnah Antarabagsa dan Hal Ehwal Luar mengiringi PM Najib Tun Razak menerima jemputan Ulama' Arab Saudi.Ustaz Nasha mungkin bakal dilihat mangsa kedua selepas Hasan Ali dari Parasit2 PAS. Ianya telah direkodkan 2 Pemimpin Pro Ulama' yang telah dicantas dek kerana mahu mempertahankan maruah perjuangan Parti yang sejak akhir2 ini tidak henti2 dicaci maki DAP menerusi Pengerusinya Karpal Singh.


PAS seolah2 tidak punya maruah membiarkan 'kebebasan demokrasi' yang dilaung2kan DAP digunakan untuk menentang keras sebarang bentuk Sistem Peundangan berkaitan Islam.Tidak malu sungguh parti ini. Tatkala mereka terus menerus menghina UMNO pembelot Agama Islam, rakan sekutu mereka terus menerus menyalak penentangan Hukum Hudud.Lebih bodoh jika hari ini DAP mengecam Undang2 Islam, esoknya pula PAS membalas kecaman tersebut terhadap UMNO bagi melepaskan geram terhadap DAP.Ustaz Nasha tidak sanggup mendengar herdikan secara terbuka berulangkali dimainkan di akhbar2 tempatan penentangan mereka terhadap Hukum Hudud. Beliau merasakan adalah satu amanah bagi dirinya tidak akan membiarkan Parti PAS terus menjadi mangsa gigitan DAP.

Adakah itu dianggap bertentangan dengan Lembagai Displin Parti?

Jikalau dahulu PAS menyahut laungan Takbir jika pemimpin seperti Ustaz Nasha kerana berani mempertahankan maruah Parti.Namun sejak menyetai Pakatan,suara mempertahankan Islan yang dibawakan Ustaz Nasha dianggap musuh dan bakal dipecat.Adakah PAS benar2 merujuk Perlembagaan Parti secara tersirat? Atau buku tersebut telah dibuang dan menggunapakai Perlembagaan Kongres Pakatan semata2.



Dan mengapa pula Karpal Singh terus berkuasa tanpa sebarang tindakan diambil ke atas beliau atas keterbukaan membuat kenyataan tidak menghormati Perjuangan PAS? Bukankah kenyataan Karpal itu juga memberi kesan terhadap hubungan Pakatan? Bukan sekali tindakan beliau, malah semakin lama semakin lantang pula menentang Hukum Hudud?BACUL.



Dan jangan pula berdolak dalik dengan mengecam UMNO pula tatkala PAS sedang bersubahat dengan Parti yang semakin teriak lantang menghina Hukum tersebut. Walhal terlalu jauh bezanya jika hendak dibandingkan dengan pendirian UMNO yang terlebih dahulu mencapai kebersamaan menerusi rakan BN mengikhtiraf Islam di dalam Perlembagaan dan Perlaksanaan Enakmen2 Syariah di Negeri.Ustaz Nasha dan Hasan Ali menjadi mangsa penipuan perjuangan PAS yang hanya berpaksikan kepentingan politik semata2.Jelas Hadi Awang tertekan pada masa kini. Namun apa yang pasti, jika Islam yang ditegakkan kamu sejak sekian lama.kamu tahu apa yang kamu patut putuskan Ustaz Hadi oiii. - Gelombang Rakyat

ANDA NAK LAGI ???

KLIK DI SINI

UNTUK SELANJUTNYA

RENUNG-RENUNGKAN

KISAH BENAR !!! TAHUN INI ADALAH AIDILFITRI UNTUK KERAJAAN PAS KELANTAN !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 16 Aug 2012 11:00 PM PDT



Sudah hampir sebulan umat Islam berpuasa berlapar dahaga bagi memenuhi tuntutan Rukun Islam yang ketiga itu, kini hanya tinggal beberapa hari lagi menjelangnya 1 Syawal yang sudah tidak sabar kita semua nantikan.Sebagaimana biasa tiap kali menjelang hariraya Aidilfitri,ramai anak Kelantan di perantauan akan bersesak-sesak pulang ke kampung halaman masing-masing dengan wajah ceria kerana berpeluang bertemu sanak saudara.Barangkali bagi anak Kelantan yang mencari rezeki di negeri orang,ada sesetengahnya yang masih menyokong PAS belum pun menyedari bahawa inilah Aidilfitri terakhir yang dapat mereka sambut tatkala Kelantan masih lagi dikuasai PAS.Selepas Aidilfitri 2012 ini,detik baru untuk rakyat Kelantan akan kembali bersinar sebaik sahaja visel ditiupkan menandakan bermulanya PRU 13.Alang-alang sudah banyak kesedaran timbul di kalangan rakyatnya diikuti penghijrahan sokongan pengundi atas pagar yang semakin mendekati UMNO,disamping dukungan kuat ramai pemimpin PAS yang mahu berganding bahu membina Kelantan Baru,tidak syak lagi Aidilfitri ini amat bermakna sekali.Lebih kurang 22 tahun Kelantan dibayangi kelemahan urus tadbir negeri gara-gara sikap tidak cakna Menteri Besarnya yang lebih banyak bercakap berbanding kerja buat,kini tibalah masanya untuk melakukan perubahan total.Mengikut beberapa kajian,analisis dan simulasi terkini berkaitan kecenderongan para pengundi di Kelantan,kesemuanya positif meletakkan BN khususnya UMNO berada di posisi yang selesa untuk menang di 25 hingga 29 kerusi DUN.

Jumlah kerusi itu termasuk semua 7 DUN yang sedang berada dalam genggaman sekarang yang mana turut berpeluang menambah undi sokongan dan majoriti kemenangan.Sebelum ini,kedudukan BN cuma selesa di 23 kerusi sahaja bagaimanapun beberapa perkembangan menarik akhir-akhir ini di negeri Serambi Mekah ini nampaknya telah meningkatkan lagi peluang untuk BN dalam PRU kelak.Beberapa isu yang dekat di hati rakyat ternampak jelas semakin mengharu-birukan kepala pemimpin PAS negeri umpamanya membabitkan isu bekalan air bersih yang kerap terputus-putus di banyak kawasan termasuklah kejadian yang terbaru di KB Mall seminggu dua lepas.Penyertaan beberapa NGO yang aktif memperjuangkan penyelesaian isu air bukan sahaja berjaya menambah kesedaran di kalangan ramai rakyat negeri ini malah kesannya kian ramai yang mula berani mempertikaikan kelemahan urus tadbir kerajaan Nik Aziz yang agak tidak efisien.Isu royalti minyak yang sebelum ini dianggap senjata penting PAS pula semakin tumpul sebaliknya mencengkam pula leher PAS hinggakan menimbulkan desakan dalaman menuntut pemimpin kanan PAS,Husam Musa supaya lebih banyak diam untuk mengelakkan PAS teruk dihentam atas kebodohan sendiri.Manakala isu ladang rakyat yang hingga kini masih menghantui pendudk di Selatan Kelantan pula bukan sahaja bakal menyebabkan gelombang kebangkitan rakyat menolak PAS dan Nik Aziz semakin kuat mengasak,malah tidak mustahil kekuatannya bakal melampaui rekod yang pernah dicatatkan semasa PRU 11 tahun 2004 yang menyaksikan PAS hampir mati kelemasan di negeri tersebut.

Sementelah lagi ditambah dengan bonus keaktifan bekas Naib Presiden PAS,Dr Hasan Ali yang kerap berkunjung ke negeri Cik Siti Wan Kembang melalui roadshownya yang sentiasa menarik perhatian ramai penduduk negeri itu,kesannya kini sudahpun cukup menyebabkan ramai pemimpin PAS terpaksa mula mengira hari-hari akhir sambil mencongak wang pencen persaraan.Gabungan semua isu tersebut ditambah dengan kajian data,analisis serta peranan beberapa faktor lain yang diketahui seringkali menentukan turun naik undi sesebuah parti di Kelantan, maka tidaklah keterlaluan untuk kita nasihatkan para penyokong PAS di perantauan yang masih menyokong PAS supaya raikanlah Aidilfitri ini dengan hati yang tenang dan tidaklah terlalu gundah gelana dalam jiwa.Cukuplah 22 tahun PAS bermaharajalela menjahanamkan masa depan negeri ini seakan sengaja disia-siakan begitu sahaja dek kerana terlampau kemaruk mengejar komisyen balak dan laba untung hasil usaha alibaba gadai tanah negeri tapi hasilnya pula mengalir pada Cina DAP dan Cina Singapura.Tak usahlah dicemari Aidilfitri ini dengan sendu tangis mengenangkan bakal perginya tak kembali sebuah parti yang selama lebih dua dekad diberi peluang mentadbir Kelantan ini,hanya air liur dan janji manis sahaja yang mampu ditaburi.

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! PAKATAN HARAM DENGKI PM @NAJIBRAZAK BERGAMBAR DENGAN ULAMA !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 16 Aug 2012 07:00 PM PDT



Ternyata pakatan haram begitu dengki apabila tokoh ulama terkenal Arab Saudi,Sheikh Dr Abdullah Hamad Jalaly,Mufti Masjidil Haram Makkah Sheikh Dr Sulaiman Al Salumi dan Ketua Hakim Mahkamah Makkah Dr Saleh Darwish mengunjungi Perdana Menteri,Datuk Seri Najib di sebuah hotel di Mekah dalam kunjungannya ke sana untuk mengetuai delegasi Malaysia pada Sidang Kemuncak Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).Mungkin merasa tertampar dengan gambar Datuk Seri Najib yang berbual mesra dengan ulama-ulama tersebut,pakatan haram membuat berbagai cerita bagi memperlekeh dan memburukkan beliau.Malah,demi 'menjaga air muka' kehadiran Nasharudin Mat Isa,Ahli Parlimen PAS Bachok bersama Datuk Seri Najib dikatakan pakatan haram sebagai 'penterjemah' kerana Perdana Menteri kita tidak dapat berbahasa Arab.Jika pakatan haram mengambil tahu sendikit tentang perkembangan semasa,mereka pasti tahu bahawa ulama-ulama Arab,termasuk Sheikh Dr. Abdullah Hamad Jalaly baru saja berkunjung ke Malaysia atas jemputan ke Majlis Fiqh bersama Ulama pada bulan Julai yang lepas.Di dalam majlis tersebut,tiada ulama PAS diperlukan untuk menjadi penterjemah antara Datuk Seri Najib dengan mereka kerana mereka kebanyakannya boleh berbahasa Inggeris Dan kalau pun seorang penterjemah diperlukan,di kalangan ulama UMNO dan kakitangan jabatan agama juga ramai.

Di samping itu,jangan kita terkejut bahawa tidak mustahil juga ada di kalangan ulama Arab yang mampu berbahasa Malaysia.Jika kita pernah mengunjungi Mekah,kita akan tahu bahawa adalah perkara biasa untuk menemui pak Arab yang mampu berbahasa Melayu kerana begitu ramainya jemaah Malaysia ke sana menunaikan umrah dan haji saban tahun.Untuk pengetahuan pembaca Badut Rakyat juga,ulama atau cendekiawan Arab selalunya mampu bertutur lebih dari satu atau dua bahasa.Ulama dari Mesir,misalnya boleh berbahasa Perancis kerana Perancis adalah bahasa kedua mereka.Oleh itu,janganlah kita perkecilkan Ulama Arab ke tahap Ulama PAS.Sekurang-kurangnya pakatan haram malulah sikit dan cerminlah diri dahulu sebelum memperlekeh Perdana Menteri atau ulama Arab.Sedarlah bahawa Perdana Menteri mampu berbahasa Inggeris dengan baik tetapi Nik Aziz ataupun Hadi Awang yang punya cita-cita untuk menjadi pemerintah Malaysia itu, jangankan bahasa Inggeris,bahasa Arab pun belum tentu.Ini kerana Nik Aziz bukan belajar agama di Negara Arab tetapi di India dan Hadi Awang pula di Pakistan.Tentulah kecekapan Bahasa Arab mereka tidak boleh menandingi ulama lulusan negara-negara Arab.Lebih dahsyat lagi,Nik Aziz dan Hadi Awang tidak boleh berbahasa Malaysia dengan baik pun tetapi masih membawa loghat negeri masing-masing dengan pekat.Jika ada pun bahasa yang Nik Aziz fasih,ialah bahasa Urdu,mengikut biodatanya.

Oleh itu,jika Bahasa Kebangsaan pun tidak fasih,Bahasa Inggeris yang juga bahasa global pun langsung tak boleh,bagaimana mereka ini boleh bermimpi untuk menjadi pemerintah negara ??? dengan bahasa Arab mereka juga tidak mencapai standard yang baik bagaimana mereka boleh bermimpi untuk memimpin umat Islam ke tahap global ??? Justeru,tidak perlulah pembangkang memperlekehkan sesiapa sebelum melihat ke dalam diri pemimpin mereka sendiri.Jangan hanya kerana sekeping gambar Perdana Menteri bersama Ulama Arab maka pakatan haram sudah tak tentu arah.Hapuskanlah perasaan dengki di bulan Ramadhan ini dan muhasabahlah diri agar dapat memperbaiki diri sendiri.Sepatutnya,kita merasa bangga dengan Perdana Menteri dan gembira dengan keberangkatannya ke Mekah kerana pastinya beliau mendoakan yang baik-baik untuk kita semua,rakyat negara ini.Kita tahu yang Datuk Seri Najib bukannya berhati busuk seperti Nik Aziz yang sanggup mendoakan sesama saudara seagama agar pecah perut,semata-mata kerana ingin menang pilihanraya.

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! KARPAL SINGH ANTI ISLAM - NASHA MAT ISA !!!

Posted: 16 Aug 2012 04:00 PM PDT



Hudud

Saya kekal dengan pandangan saya bahawa Karpal Singh bukan hanya sekadar anti hudud tetapi anti Islam.Sebagai seorang peguam yang lama,dia tahu apa itu substantive law dan apa itu procedural law.Perlaksanaan hudud memerlukan kepada 'standard of proof' yang cukup tinggi untuk boleh dilaksanakan,ada kesalahan yang memerlukan tahap pembuktian ke taraf 'beyond any shadow of doubt' iaitu tahaf pembuktian yang maksimum,sebelum boleh ianya dilaksanakan, tetapi dia menolak semua itu hanya kerana ianya adalah undang undang Islam.Berapa kali sudah dia mengungkapkan bahawa perlaksanaan sistem perundangan Islam 'is over my dead body' menunjukan dia sanggup mati untuk pertahankan pendiriannya, maka saya juga sanggup melakukan apa saja 'at whatever cost' untuk pertahankan agama saya.Terpulanglah kepada mana pihak yang mungkin kerana percaturan politik akan mendiamkan diri seperti syaitan syaitan bisu yang sering diungkap oleh pimpinan,Insyaallah saya tidak akan biarkan mana mana pihak sewenang wenangnya menghina agama saya.

Pas harus lebih tegas menyatakan pendirian nya dalam hal ini kerana sokongan yang diberikan oleh masyarakat umum kepada Pas adalah kerana perjuangannya untuk menegakkan Syariah Allah swt namun dalam isu hudud yang diserang dan dikecam oleh Karpal Singh ini,masih ramai yang tertunggu apa sikap Pas terhadap Karpal Singh.Adakah tahaluf siyasi yang sedang diamalkan oleh Pas turut membolehkan kesepakatan dengan mereka yang menolak dan memerangi Islam. Harapan saya adalah apabila penjelasan dibuat oleh pimpinan tertinggi Pas kepada masyarakat umum, maka akan terjawablah kekaburan yang ada pada masyarakat umum.Pemimpin Pas mungkin sudah faham,ahli Pas juga mungkin sudah mengerti tetapi masyarakat umum masih menanti penjelasan. Pas tidak akan menang hanya dengan undi dari ahlinya sahaja.

Isu Pertemuan Di Mekah.

Kepada mereka yang membuat andaian,tuduhan dan suu' dzan, nasihat saya adalah ittaqillah,ittaqillah, ittaqillah dan bersitghfarlah khas nya pada hari hari terakhir ramadhan ini.Kasihan saya melihat mereka yang menghukum tanpa tahu hujung pangkal. Berbaik sangkalah sesama Muslim.Hampir sebulan sepanjang Ramadhan ini,doa qunut yang dibacakan dihadapan Kaabah ketika solat witir,menyeru kepada merapatkan saf dan menyatupadukan orang orang Islam.Imam solat saban malam memohon dengan doa Ya Allah satukan lah suara umat Islam.Saya telah mengaturkan pertemuan di Mekah antara beberapa orang ulama di Makkah bersama dengan YAB PM bersempena dengan persidangan OIC. Saya dijemput ke Mekah dengan visa khas selepas YAB PM bersetuju untuk bertemu dengan ulama2 tersebut. Perbincangan telah diadakan di sebuah villa kenalan bersebelahan dengan Masjidil haram.Yang dibincang antara lain adalah isu di Syria dan Rohingya.Para ulama tersebut menyebut tentang peranan yang boleh dimainkan oleh Malaysia. Perbincangan juga menyentuh beberapa kejayaan yang telah di capai oleh Malaysia. Mereka juga telah meninggalkan beberapa pesanan kepada PM seperti mempastikan Malaysia terus mengangkat pegangan ahli sunnah wal jamaah dalam memelihara kesucian Islam.Pertemuan itu sedikit pun tidak berbincang tentang Pas atau Umno, sebab isu yang dibincangkan adalah jauh lebih besar dari Pas atau Umno. Kami berbincang tentang keadaan semasa ummah.Rasullullah menyebut,man lam yahtamma biamril muslimin falaisa minhum.

ANDA NAK LAGI ???

KLIK DI SINI

UNTUK SELANJUTNYA

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...