UMNO Online - “Politik Bukan Tempat Untuk Cipta Nama – Salleh” plus 9 more

UMNO Online - “Politik Bukan Tempat Untuk Cipta Nama – Salleh” plus 9 more

Link to UMNO Online

Politik Bukan Tempat Untuk Cipta Nama – Salleh

Posted: 16 Aug 2012 01:42 AM PDT

BEAUFORT, 16 Ogos –  Berkhidmat sebagai pemimpin dalam politik bukanlah tempat untuk mencipta nama melainkan untuk berkhidmat membangun negara dan membela rakyat.

Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Sabah, Datuk Seri Panglima Mohd Salleh Tun Said menegaskan bahawa barisan kepimpinan politik di semua peringkat mestilah berganding bahu bagi memastikan perjuangan politik dalam parti mencapai matlamatnya.

"Dalam politik bukan untuk mencipta nama. Yang kita utamakan ialah perjuangan parti untuk membangun negara dan membela rakyat. Justeru kita mesti terus bersatu padu untuk mewujudkan kerjasama yang baik.

"Sehebat mana pun seorang pemimpin sekiranya tanpa kerjasama dari semua pemimpin dia tidak boleh membangun negara dan tidak akan dapat membantu rakyat. Hakikat ini perlu kita sedari dan saya juga menyeru kepada rakyat di negeri ini agar memberi sokongan kepada pemimpin yang di pilih oleh kerajaan BN dan bukan pemimpin yang berjalan secara sendirian," katanya.

Beliau berkata demikain ketika berucap pada Program Nurhidayah di Masjid At-Taqwa Kg Rancangan Klias di sini, malam kelmarin.

Program anjuran bersama Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga (MPWK) Parlimen Beaufort, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat (UPKR) , Pusat Khidmat Adun Klias, Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Beaufort itu, diisi dengan majlis Khatam Al-Quran, penyampaian sumbangan Ramadan, berbuka puasa dan solat sunat terawih.

Seramai 86 wanita termasuk kanak-kanak mengambil bahagian dalam majlis khatam al-Quran sementara itu 172 penduduk yang kurang bernasib baik menerima sumbangan yang disampaikan oleh Salleh.

Dua penduduk warga emas turut menerima cermin mata sumbangan Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Azizah Mohd Dun.

Azizah yang juga Pengerusi MPWK Parlimen Beaufort berkata objektif program itu adalah untuk menerapkan nilai-nilai kerohanian dalam keluarga bukan hanya bagi ahli keluarga tetapi dalam kelompok masyarakat yang lebih besar.

"Program ini lebih menjurus dalam aspek kerohanian dimana ahli keluarga dan masyarakat didedahkan dengan nilai keagamaan dan menggalakkan semangat bekerjasama dalam komuniti.

"Justeru saya berharap program ini dapat menerapkan nilai-nilai murni dalam pembentukan diri yang seimbang dan dapat melahirkan masyarakat yang berakhlak mulia, mengamalkan gaya hidup sihat, bekerjasama dan saling hormat menghormati dalam kehidupan bermasyarakat," katanya.

Adun Klias itu juga turut mengingatkan umat Islam agar sentiasa bersyukur dengan nikmat pembangunan yang telah dibawa oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) sejak sekian lama.

'Bersykurlah dan ingatlah segala jasa kerajaan BN selama ini dan berilah sokongan berterusan kepada kerajaan bagi memastikan banyak lagi pembangunan yang akan dapat dinikmati. Kerajaan BN akan pastikan semua janji bditepati agar rakyat terus mendapat perhatian dan pembelaan," katanya.

Hadir sama, Penolong Pegawai Daerah, Mohd Shaoid Othman dan Jufri Etok, Ketua Penerangan UMNO Bahgian Beaufort, Samin Ungki, Bendahari UMNO Bahagian Beaufort, Zahari Zinin, Pemimpin Kemajuan Rakyat Dun Klias, Sadin Musih, Ketua Pergerakan Puteri UMNO Beaufort, Saridah Mohd Dun dan Pengerusi Masjid Kg Rancangan Klias, Sani Anji.

Raja Petra Terlalu Istimewa Sehingga Anwar Malu Untuk Menyaman

Posted: 16 Aug 2012 01:03 AM PDT

KUALA LUMPUR 16 Ogos – Sehingga kini Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim masih tidak mengambil sebarang tindakan termasuk menyaman Raja Petra Kamaruddin berhubung beberapa pendedahan yang dibuat sejak kebelakangan ini yang membabitkan Anwar, PKR dan pembangkang.

Tindakan berdiam diri Anwar berhubung tindakan Raja Petra itu telah menimbulkan pelbagai spekulasi serta tanda tanya, apakah begitu istimewanya sehingga Anwar tidak membuka mulut sama ada untuk menafi atau menidakkan apa yang dibongkarkan oleh Raja Petra.

Timbalan Ketua Bahagian Bakri, Datuk Mazlan Sabari menyifatkan tindakan Anwar itu mungkin disebabkan oleh beberapa perkara sehingga menyebabkan beliau terkedu sehingga tidak berani membuka mulut untuk membalas segala apa yang dibongkarkan oleh Raja Petra.

"Watak Anwar sungguh berbeza apabila berhadapan dengan Raja Petra, Anwar seperti tidak berani membuka mulut apa lagi untuk menyaman Raja Petra, kita tahu apa cerita sebenarnya atau Anwar khuatir jika beliau bersuara lebih banyak pendedahan yang akan dibongkarkan oleh Raja Petra.

"Dulu Raja Petra adalah kawan baik Anwar, yang membuat pelbagai cerita memburuk-burukkan pemimpin negara termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib, tetapi kini mereka berdua bagaikan bermusuh dan Raja Petra dilihat mula menyerang Anwar dan pembangkang.

"Anwar nampaknya terpaksa mendiamkan diri kali ini kerana khuatir sebarang tindakan yang diambil akan membawa mala petaka bukan sahaja kepada dirinya malah kepada pembangkang, mungkin Raja Petra mempunyai banyak cerita sehingga memaksa Anwar terpaksa berdiam diri," katanya.

Sementara itu, Ketua Puteri UMNO Tangga Batu, Azliza Azizan berkata Anwar terpaksa berdiam diri dan tidak berani menyentuh Raja Petra kerana banyak rahsianya akan terbongkar jika beliau bertindak menyaman beberapa tokoh seperti Tun Mahathir.

"Terlalu banyak rahsia menyebabkan Anwar bagaikan tersimpul kata-kata untuk bertindak terhadap Raja Petra, jika tidak masakan Anwar membiar begitu sahaja terhadap apa yang dilakukan oleh Raja Petra walaupun membawa masalah kepada pembangkang.

"Di samping itu, Anwar juga khuatir Raja Petra akan membongkarkan banyak lagi cerita yang bukan sahaja hilangnya kepercayaan di kalangan rakyat malah boleh menyebabkan pakatan yang diketuai bermasalah dan ini akan merencatkan cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri," katanya.

Azaliza berkata, beliau berkeyakinan tinggi bahawa Anwar tidak akan mengambil apa jua tindakan terhadap Raja Petra sehingga cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri tercapai. -MediaUMNO

Pulau Pinang Makin Hampir Ke Tangan BN

Posted: 16 Aug 2012 12:57 AM PDT

Faktor Cina adalah satu-satunya alasan DAP untuk mengatakan bahawa mereka layak berkuasa sekali lagi di Pulau Pinang selepas PRU ke 13 berakhir.

Guan Eng begitu yakin dengan undi cina sehingga dalam satu kejadian di Tanjung Bungah beberapa minggu lepas, Guan Eng dengan selamba meminta Pengerusi Jawatankuasa Penduduk yang membantah projek perumahan lereng bukit di kawasan tersebut, supaya mengundi BN.

Begitulah takbur dan riak Guan Eng kerana memikirkan undi cina sudah 100% akan memihak kepada DAP.

Tapi tanpa Guan Eng sedar, pengundi cina sekarang (terutama di Pulau Pinang), lebih cenderung untuk menjadi pengundi atas pagar.

Paling ketara, sejak perhimpunan Bersih 3.0 April lepas berakhir dengan keganasan dan rusuhan.  Orang cina semakin sedar bahawa DAP membiarkan parti itu diperalatkan Anwar Ibrahim untuk kepentingan peribadinya semata-mata.

Satu perkara lain yang tidak kurang penting, selama hari ini, rakyat sekadar dimomokkan dengan tema ketelusan, keterbukaan dan seumpama dengannya yang didakwa diamalkan DAP.  Penubuhan jawatankuasa CAT (Competency, Accountability and Transparency) di peringkat DUN sebaik Pakatan Rakyat mengambil alih Pulau Pinang pada 2008, seakan-akan membuktikan kebenaran tanggapan itu.

Tapi sebaliknya pula yang berlaku selepas puak-puak ini berkuasa.  Sepanjang 4 tahun ini, tidak banyak yang boleh disebut tentang ketelusan dan keterbukaan DAP.  Sebaliknya yang berlaku, Ketua Menterinya sedang mencapai tahap dictator, sebarang kritikan (walaupun kecil), akan diugut dengan saman.

DAP juga gagal mengendalikan perhubungan kaum dengan baik.  Terang dan jelas, keutamaan diberikan sepenuhnya kepada orang cina sementara orang Melayu dipinggirkan.

Satu kajian pada 2011 menunjukkan, jumlah orang Melayu di bahagian pulau menyusut sebanyak 70% sejak DAP mengambil alih kerajaan negeri pada 2008.

Ramai orang cina sendiri (terutama peniaga) yang tidak senang dengan pendekatan ini kerana ia seolah-olah 'mencuri' pelanggan mereka.  Umun tahu bahawa orang Melayu adalah kuasa pengguna terbesar di Pulau Pinang, sementara orang cina mengawal bidang perniagaan.

Taktik yang digunakan ialah dengan membeli tanah milik orang Melayu dengan harga 2 kali ganda dari harga pasaran dan memaksa mereka berpindah ke tanah besar.

Inilah juga sebabnya kenapa harga hartanah di Pulau Pinang, jauh lebih mahal dari harga hartanah di Kuala Lumpur, Selangor dan Johor.

Tidak hairan kenapa sepanjang tempoh 4 tahun ini, DAP gagal melaksanakan satu projek perumahan kos rendah pun untuk keperluan rakyat berpendapatan rendah dan sederhana.

Mana ada untung beli tanah mahal-mahal, selepas itu bina rumah kos rendah?

Kerakusan DAP tidak terhenti kepada tanah-tanah orang Melayu yang dibeli, malah tanah yang sudah dirizabkan untuk pembinaan rumah kos rendah pada zaman BN di jalan Zainal Abidin juga diserahkan kerajaan negeri kepada pemaju untuk dibina sebuah hospital swasta.

Hakikatnya, hospital swasta itu belumpun mendapat kebenaran Kementerian Kesihatan tapi hak rakyat untuk rumah kos rendah, sudah dinafikan Guan Eng.

Terbaru, Gerakan negeri pula mendedahkan bagaimana Guan Eng gagal menamakan Pengerusi  Lembaga Tender Negeri yang baru seterusnya menimbulkan persoalan adakah kroni Guan Eng dan DAP yang dilantik menduduki jawatan tersebut atau Guan Eng sendiri terlibat secara langsung dalam Lembaga itu.

Jika itu benar, tidak hairan kenapa Guan Eng menjadi kesayangan pemaju tapi menjadi kebencian rakyat dalam masa yang sama.

Selain dari itu, rakyat melihat sendiri susunan kegagalan Guan Eng dan DAP sebagai Ketua Menteri dan parti memerintah melaksanakan janji pilihanraya 2008.  Masalah kesesakan jalan raya yang dijanjikan parti tersebut untuk diselesaikan, masih berlarutan sehingga sekarang, malah bertambah teruk.

Tol Sg Nyiur yang dijanjikan Guan Eng untuk dirobohkan dalam satu demonstrasi yang diadakan pada 2007, masih beroperasi sehingga sekarang dan banyak lagi sebenarnya kalau nak disebutkan disini.

Sementara BN negeri pula sedang mengalami proses evolusi besar-besaran sejak Tan Sri Koh Tsu Koon melepaskan jawatan Pengerusi BN negeri kepada Setiausaha Gerakan Negeri, Teng Chang Yeow.

Rakyat makin sedar, apa pun yang buruk dicakapkan DAP mengenai pentadbiran terdahulu, satu yang diakui sendiri rakyat ialah BN tidak pernah meminggirkan rakyat yang berpendapatan sederhana dan rendah untuk memiliki rumah.

Maka itu, biarkanlah DAP dan Guan Eng terlena dengan mimpi-mimpi indahnya, sementara rakyat di bawah menanti sahaja masa untuk menghumbankan anak kelahiran Johor tapi bermaustatin di Melaka ini pulang ke tempat di mana dia sepatutnya berada.

isuhot.com

UMNO Kuala Kedah Dan 1MDB Salur Bantuan Kepada 1,200 Golongan Miskin

Posted: 16 Aug 2012 12:08 AM PDT

ALOR SETAR, 16 Ogos – UMNO bahagian Kuala Kedah dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) hari ini menyumbang duit raya kepada 1,200 warga emas dan miskin dalam Parlimen Kuala Kedah sempena menyambut Aidilfitri.

Ketua UMNO bahagian Datuk Latt Shariman Abdullah berkata sumbangan wang tunai itu bagi meringankan bebanan golongan tersebut membuat persiapan menyambut hari raya yang dijangka Ahad ini.

“Penerima sumbangan adalah daripada golongan asnaf yang layak tanpa mengira fahaman politik mereka tetapi tidak termasuk anak-anak yatim,” katanya selepas menyampaikan sumbangan itu bersama isterinya, Datin Norzihan Ahmad di Pusat Kemajuan Masyarakat (Kemas) Kuala Sungai, dekat sini.

Menurut Latt Shariman semua penerima dipilih oleh ketua-ketua kampung dan pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung Persekutuan (JKKKP).

Katanya sepanjang bulan Ramadan, UMNO Kuala Kedah melancarkan program ‘Ihya Ramadan’ dan menyampaikan bantuan wang tunai, makanan serta kain batik dan pelikat kepada hampir 3,000 orang miskin tidak termasuk program bersama 1MDB.

Selain itu UMNO bahagian meraikan anak-anak yatim dengan majlis berbuka puasa dan menyumbang keperluan hari raya untuk mereka di samping merancang majlis khas hari raya untuk mereka, tambahnya.

Rumah Terbuka Najib Dan Kabinet Di Seri Perdana Pada Raya Pertama

Posted: 15 Aug 2012 11:45 PM PDT

KUALA LUMPUR, 16 Ogos – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak bersama anggota jemaah menteri akan mengadakan majlis rumah terbuka Aidilfitri pada hari raya pertama di kediaman rasminya di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya mulai 10.30 pagi hingga 4 petang.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri hari ini, orang ramai dinasihatkan menggunakan perkhidmatan bas Nadi Putra yang disediakan secara percuma bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.

Sebanyak 16 bas disediakan dari 10.30 pagi hingga 6 petang di empat lokasi iaitu Putrajaya Sentral, Park and Ride Presint 1, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Orang ramai disaran menggunakan perkhidmatan bas Nadi Putra yang terdapat di empat lokasi itu pada setiap 15 minit .

Menurut kenyataan itu lagi, Najib yang juga merupakan anggota Parlimen Pekan, Pahang akan mengadakan rumah terbuka di Taman Tasik Sultan Abu Bakar, Pekan pada 26 Ogos bersamaan Ahad mulai 10 pagi hingga 2 petang.

Malaysian Economy On Right Growth Track With 5.4 Pct GDP, Says Mukhriz

Posted: 15 Aug 2012 11:40 PM PDT

KUALA LUMPUR, Aug 16 – The Malaysian economy, which expanded at 5.4 per cent in the second quarter of 2012, is on the right growth track in the current period of uncertainties, Deputy Minister of International Trade and Industry, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir said.

He said Malaysia had done extremely well economically when compared with several developed economies, in the global volatile economic environment.

“All the indicators show that we are on the right path. We have done extremely well.

“This is achieved under an environment on a global scale which is very fragile and uncertain,” he told reporters after witnessing a financial agreement signing ceremony between Admuda Sdn Bhd and Maybank Bhd, here today.

Mukhriz said the mitigating measures taken by the government had borne fruit, mainly due to the Economic Transformation Programme (ETP), introduced by Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak.

He added moving forward, more efforts should be put in place to ensure sustainable economic growth for Malaysia.

On Wednesday, Bank Negara Governor Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz announced that Malaysia’s Gross Domestic Product (GDP) expanded 5.4 per cent in the second quarter, compared with 4.3 per cent in the same quarter of last year, driven by stronger domestic demand.

Domestic demand surged 13.8 per cent against the 9.7 per cent registered in the first quarter.

Zeti also announced a revised 4.9 per cent GDP growth for the first quarter from 4.7 per cent.

Aman Palestin Begins RM374,000 Al-Qassam Mosque Construction

Posted: 15 Aug 2012 11:27 PM PDT

GAZA, Aug 16 – The construction of the RM374,000 (USD120,000) Al-Qassam mosque donated by Malaysians has started to ease the lives of the people of Abasan Al-Jadeeda alley in Khan Younis.

At the foundation laying ceremony for the mosque, Palestinian Minister of Waqf (Religion) Dr Saleh Arlreqeb said during the December 2008 aggression on Gaza, 34 mosques were destroyed completely and 161 were partially destroyed.

“However, with the pure efforts of our Muslim brothers from all over the world, we (Palestinians) are going to rebuild all of them. We are going to construct them even better," he said after the brick-laying ceremony at the mosque construction site.

Aman Palestin's Gaza office Chief Executive Officer Omar Seyam said it was essential for Malaysians to support the Palestinian cause particularly in the culture and religion sector especially in this holy month of Ramadhan.

“The project date was chosen carefully to meet this last 10 days of Ramadhan, which is considered the holiest days in the month. The two-storey mosque will be built on an area of 500 sq metres and will serve 3000 people, " he added.

For the past four years the people of the alley prayed in a temporary structure made from steel bars and cloth, assembled directly after its destruction.

Khanyounis, a city situated at the southern part of the Gaza Strip is the second largest urban area after Gaza City and has the highest number of unemployment rate in the Palestinian territories.

Pancing Pemimpin BN Kerana Pembangkang Tak Mampu Saingi Rekod BN

Posted: 15 Aug 2012 11:23 PM PDT

KUALA LUMPUR, 16 Ogos – Tindakan pakatan pembangkang memancing anggota Barisan Nasional (BN) khususnya di kalangan kepimpinan tertinggi dan juga wakil rakyat untuk menyertai kelompok mereka bukanlah sesuatu yang baru sebaliknya ia adalah antara alternatif berterusan pakatan pembangkang.

Pengakuan ini dibuat oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pitas, Datuk Bolkiah Ismail yang menyatakan bahawa beliau juga pernah didekati oleh kelompok terbabit yang memintanya meninggalkan BN dan menyertai kelompok mereka dengan tawaran-tawaran tertentu.

"Pakatan pembangkang mahu mewujudkan kemampuan untuk menyaingi BN tetapi jika dari segi 'track record' pentadbiran maka tentunya mereka tidak akan dapat menandinginya lantas mereka lakukannya dengan cuba menarik anggota-anggota BN untuk memberikan sokongan kepada mereka.

"Tindakan pakatan pembangkang ini bukanlah hanya menarik pemimpin BN tetapi mereka juga bergerak di peringkat akar umbi dengan mengajak ketua-ketua cawangan, pemimpin masyarakat dan orang perseorangan untuk menyertai pakatan pembangkang dan meninggalkan perjuangan yang telah dipelopori oleh BN," katanya kepada UMNO-Online.

Jelasnya, bagi pakatan pembangkang maka tentunya ini adalah cara terbaik untuk mereka menghancurkan BN bagi mendapat mandat berkerajaan selepas pilihan raya akan datang.

"Pembangkang akan gunakan apa cara sekali pun untuk melumpuhkan perjuangan BN biarpun mereka terpaksa menggunakan taktik kotor dengan menyelinap dan mempengaruhi kelompok tertentu yang tentunya untuk mendapatkan sokongan mereka dan jika tidak pun akan mengelirukan pemikiran masyarakat."

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Kudat turut memaklumkan bahawa mana-mana kelompok yang terpengaruh dengan tarikan pembangkang sebenarnya lebih kepada agenda peribadi tanpa melihat kepada jasa dan perjuangan sebenar BN.

"Inilah yang berlaku kepada Datuk Seri Lajim Ukin dan Wilfred Bumburing yang mana sebenarnya mereka lebih kepada aspirasi sendiri yang tidak dapat dicapai lantas bertindak meninggalkan BN.

"Ini semua adalah atas kepentingan peribadi yang tidak mendatangkan kesan kepada kekuatan BN apatah lagi BN adalah parti yang berpaksikan kepada rakyat dan bukannya kepada individu tertentu," jelasnya.

Dalam hal ini beliau turut menyorot perjuangan BN yang bukan saja membawa kemajuan dan kecemerlangan kepada negara tetapi lebih dari itu apabila mengeluarkan masyarakat khususnya di kawasan pedalaman dari belenggu kemiskinan. – MediaUMNO

Mulianya DAP Di Mata Pas… Ustaz Nasha Dikecam Umpama Sampah

Posted: 15 Aug 2012 10:23 PM PDT

KUALA LUMPUR 16 Ogos – Apakah istimewanya DAP sehingga Pas begitu hormat dan tunduk kepada apa jua kenyataan dan tindakan parti tersebut. Mana tidaknya… suara dan pandangan ikhlas daripada bekas orang nombor dua dalam Pas, Ustaz Nasharudin Mat Isa bukan sahaja tidak dilayan, malah beliau turut mendapat kecaman yang cukup dahsyat.

Mengulas mengenai perkara itu  pendakwah bebas, Ustaz Jamil Long berkata itulah gambaran kepada sebuah parti yang kononnya melaung-laungkan perjuangan Islam yang mana memperlihatkan mereka seolah-olah 'mengiktiraf' DAP lebih daripada segala-galanya.

Sedangkan menurut beliau apa yang diperjuangkan dan dinyatakan oleh Ustaz Nasharudin jauh sama sekali untuk menghancurkan Pas dan sebagainya kerana apa yang dinyatakan oleh Ustaz Nasharudin itu ada hujahnya dan ada faktanya.

"Bukankah semua telah nampak dan boleh lihat bagaimana konsistennya DAP termasuklah Karpal Singh berhubung penentangan terhadap hudud serta penubuhan negara Islam.  Justeru ada benarnya desakan Ustaz Nasharudin yang meminta Pas membuat pendirian jelas.

"Jangan masin tarik talilah…..Sepatutnya jika benar-benar Pas ada maruah, 'tarik handbrake' terus dalam pakatan pembangkang. Ini tidak… Pas lebih rela untuk menyerang, mengecam bekas pemimpin nombor duanya”, katanya kepada UMNO-Online di sini.

Ustaz Jamil seterusnya menambah mungkin Ustaz Nasharudin tidak mahu 'bersubahat' dan terus merelakan parti itu terus menerus menjadi bahan kepada masyarakat umum yang melihat perjuangan 'kluk-klek' Pas.

“Apa yang ramai melihat Pas ketika ini adalah sekadar menjadi  'pak turut'…' kuda tunggangan'…dan macam-macam gelaran lagi. Dan Ustaz Nasharudin merupakan orang yang ada integriti adn cukup berwibawa. Beliau tentunya ikhlas untuk melihat Pas terus maju ke hadapan.

"Namun lain pula jadinya….Saya cukup sedih dengan apa yang belaku di dalam Pas hari ini. Tidak mengenal sesiapa dan apa sahaja boleh terjadi. Apa pun ingatlah kita hanya merancang dan Allah s.w.t yang menentukan segala-galanya," ujar beliau. -MediaUMNO 

Jangan Mudah Terpesona Janji Bulan Dan Bintang Pembangkang – Nasir Tun Sakaran

Posted: 15 Aug 2012 10:07 PM PDT

SEMPORNA, 16 Ogos –  Menteri Di Jabatan Ketua Menteri, Datuk Seri Nasir Tun Sakaran mengingatkan rakyat tidak cepat terpesona dengan janji-janji bulan dan bintang pembangkang yang sengaja ditabur semata-mata ingin meraih simpati serta memesongkan pemikiran rakyat.

Beliau menjelaskan, selama ini kerajaan BN telah dan sedang melaksana tugas dan tanggungjawab sebagai kerajaan yang diberikan mandat oleh rakyat dengan menyalurkan pelbagai bantuan dan pembangunan yang diperlukan oleh rakyat terutamanya di kawasan-kawasan luar bandar.

Katanya, transformasi pengurusan negara yang baik serta penambahbaikan pendidikan, pembangunan infrastruktur dan pelbagai bantuan khas kepada rakyat merupakan usaha Perdana Menteri serta pucuk kepimpinan negara dan negeri ini benar-benar ikhlas membela nasib rakyat.

“Jadi mengapa kita terpesona dengan propaganda yang sengaja disebarkan pihak pembangang dan cuba menafikan hasil usaha dan pembangunan yang telah, sedang dan akan dilaksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional”, katanya.

Nasir berkata, kerajaan BN sentiasa peka dan prihatin membantu rakyat keseluruhannya tanpa memikirkan ideologi politik, kaum mahupun fahaman agama termasuk masyarakat di luar bandar yang sememangnya banyak memerlukan pembangunan infrastruktur dan pembangunan asas.

" Kita berharap orang-orang kita tidak mudah tertipu dengan janji-janji bulan dan bintang ini kerana keajaan BN telah terbukti menunaikan janji dengan slogan Janji DiTepati," katanya.

Justeru tegas beliau lagi  tiada sebab mengapa rakyat harus tertipu dengan bujukan pembangkang yang hanya tahu menabur fitnah, adudomba dan tidak membela nasib rakyat apabila diberikan kepercayaan dan mandat.

Beliau berkata demikian sempena majlis Ziarah Ramadhan dan Majlis berbuka puasa bersama masyarakat Islam Kampung Tampi-Tasmpi Asli dekat sini.

Hadirsama sempena majlis itu Pegawai Daerah Semporna, Abdul Muhammad Ibnu Abdul Kadir Baba; Pemimpin Unit Kemajuan Rakyat Kawasan Dun Senallang, Haji Tahir Amir; Ketua Daerah Semporna, OKK Haji Musa Sabaani;  ADDO Haji Abdullah Sukka; Pegawai Kemajuan Masyarakat Dun Senallang, Roslan Jalaludin, pemimpin-pemimpin masyarakat serta kakitangan UPKR Senallang,

Datuk Seri Nasir yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Semporna menasihatkan rakyat terus memelihara semangat perpaduan kaum, persefahaman serta tidak berpecah belah sebaliknya sentiasa bermuafakat menyelesaikan apapun permasalahan demi keharmonian sesama penduduk disamping mengeratkan hubungan dengan kaum-kaum yang lain berlandaskan konsep 1Malaysia.

Sehubungan itu, katanya umat Islam hendaklah meningkatkan amal ibadah terutamanya di bulan Ramadhan yang penuh dengan rahmat dan keberkatan.

"Meskipun ada di kalangan kita berbeza pendapat dan ideologi politik namun tidak semestinya kita terus bersengketa dan memisahkan diri dari masyarakat dalam hal ehwal agama Islam," kata Nasir.

Katanya, dalam kehidupan bermasyarakat dalam sesebuah kampung hendaklah mengenepikan sikap mementingkan diri, fahaman politik dan perbezaan kedudukan sebaliknya sama-sama memajukan kampung dengan permuafakatan bijak sambil memelihara keharmonian kaum.

Sempena majlis itu Nasir menyampaikan bantuan zakat asnaf faqir Pusat Zakat Zabah (JHEAINS); menyampaikan sumbangan dan zakat peribadi kepada masyarakat dan kanak-kanak yang turut menghadiri majlis itu seterusnya bersama-sama masyarakat Islam menunaikan solat berjamaah solat magrib

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...